Upload
nabil-fikri
View
276
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
1/44
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(IPG)
IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(BMM3110)
ENCIK CHE HAMIDI BIN CHE HASSAN
(690123035491)
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
2/44
1(a) DEFINISI
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang
menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata
yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang
sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisidari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang
bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan bersama sama.Oleh yang
demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai menempatkan kata kata
secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan
fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan
1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana
morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan
ayat merupakan unit terbesar.
Pengenalan
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa.
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus
tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-
jenis ayat dan ragam ayat.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
3/44
AYAT
KLAUSA
FRASA
KATA
Definisi ayat :
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna.
Binaan ayat
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau
konstruksi.
Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang
sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil
rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.
Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
4/44
Subjek dan predikat
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur
yang menerangkan subjek.
Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama.
Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya.
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Pola ayat dasar
Ayat dasarialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat
lain dalam sesuatu bahasa.
Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas
binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar
sesuatu bahasa.
Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk,
ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan
berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.
Pola Ayat Dasar
Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN)Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
5/44
Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)Frasa Nama (FN) Frasa Sendi Nama (FSN)
Contoh pola ayat dasar
Pola Subjek Predikat
Pola 1 (frasa nama)Ahmad
(frasa nama)guru
Pola 2 (frasa nama)
Padi
(frasa kerja)
menguning
Pola 3 (frasa nama)Kanak-kanak
(frasa adjektif)nakal
Pola4 (frasa nama)Pejabatnya
(frasa sendi nama)di atas
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
6/44
1 (b) Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau
konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang
sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian
kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayatmengandungi subjek dan predikat.
1.1(b) Subjek
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor
Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk
guru dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali
sebagai perkara yang diceritakan.
1.1.1.Binaan Subjek
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur
seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata
adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa
unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara
Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentukklausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
Perhatikan contoh di bawah:
Subjek Subjek
Bah. Ayat Unsur Bah. Ayat Unsur
Ah Tian guru senaman
Tipah membeli gula
Suara ketua pengawas
ituserak-serak basah
Munainady menoreh getah
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
7/44
Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh
frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif
dan frasa sendi nama.
1 (c) Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.
Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dansatu predikat (membaca buku).
Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu
dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau
penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajartingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi
penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)
Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja
(FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat
Jamilahpengurus sumber
manusiaFrasa Nama Frasa Nama FN+FN
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
8/44
Atan budak pandai Frasa Nama Frasa Adjektif FN+FA
Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi membentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa. Terdapat berbagai-bagai jenis ayat dasar daripada segi binaan dan
susunannya, serta sepi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar mempunyai
pola yang tersendiri.
Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Berdasarkan pola ayat dasar, dapat dibuktikan bahawa ayat dasar boleh terdiri hanya
daripada satu perkataan untuk subjek dan predikat kecuali untuk binaan pola FN + FSN.
Bukti 1 : FN + FN
Subjek + Predikat
Arisa guru.
1. Perhatikan ayat di atas, dan cuba analisis dari aspek binaan subjek dan predikat serta
daripada aspek makna ayat tersebut.
2. Frasa Ar isayang menjadi konstituen subjek merupakan frasa nama. Manakala frasa
gurujuga merupakan frasa nama.
3. Daripada aspek semantik, ayat tersebut mempunyai makna dan lengkap.
Bukti 2 : FN + FK
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
9/44
Subjek + Predikat
Ayah tidur.
1. Subjek ayat adalah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja tak transitif yang tak
berpelengkap.
2. Ayat ini lengkap daripada aspek makna.
3. Ayat ini boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan pada binaan predikat
iaitu frasa kerja. Ini kerana frasa kerja t idurmerupakan kata kerja tak transitif tak
berpelengkap yang boleh menerima unsur keterangan.
4. Secara ringkasnya, jika unsur frasa kerja adalah frasa kerja transitif, maka akan wujuddalam dua bentuk, iaitu dengan dua objek atau satu objek. Keadaan ini berlaku kerana
frasa kerja transitif mengandungi objek dan tidak boleh berdiri sendiri, malah daripada
aspek makna adalah tidak lengkap.
Bukti 3 : FN + FA
Subjek + Predikat
Adik nakal.
1. Bagi ayat di atas, ternyata pola ini subjek dan predikatnya boleh terdiri daripada satu
perkataan.
2. Binaan ini boleh diperluaskan dengan frasa adjektif yang menerima unsur
keterengan,penguat dan kata bantu.
Bukti 4 : FN + FSN
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
10/44
Subjek + Predikat
Dia ke kampung.
1. Bagi pola di atas, subjeknya boleh terdiri daripada hanya satu perkataan, tetapi
predikatnya tidak.
2. Ini berlaku kerana binaan frasa sendi nama itu sendiri yang terbina dengan kata sendi
dan frasa nama.
3. Kata sendi juga tidak boleh membentuk frasa sendi nama tanpa unsur frasa nama.
4. Oleh yang demikian unsur predikat yang terbina daripada frasa sendi nama tidak boleh
hanya satu perkataan .
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
11/44
2.Klafisikasi Golongan Ayat Fasif
2 ( a ) Penganalisisan Golongan Ayat Fasif
2.1.1 Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.
A
S P
Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
KataNama
Kata GantiNama DiriPertama
daerah kami
KataBantu
KataKerjaPasif
FrasaNama
KataNama
KataNama
KataPenentu
FrasaSendiNama
KataSendiNama
FrasaNama
KataNama
KataAdverba
akan dikunjungi
pemimpin
parti
tersebut
pada
bulan
depan
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
12/44
Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan
biasa ialah daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan.
Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah daerah kami
manakala predikat ayat ialah akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan.
Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri
daripada kata nama inti daerah dan kata ganti nama diri pertama kami sebagai penerang
kepada kata nama inti daerah.
Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu akan, kata kerja pasifdikunjungidiikuti frasa nama
pemimpin parti tersebut sebagai pelaku diri ketiga dan diikuti frasa sendi nama pada bulan
depan sebagai keterangan masa kepada frasa kerja.
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama pada dan frasa nama bulan depan. Frasa
nama bulan depan pula terbentuk daripada kata nama inti bulan dan kata adverb depan
sebagai penerang masa kepada kata nama inti bulan.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
13/44
2.1.2 Dengan segeranya kami laksanakan perintah Pengarah Syarikat.
Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa
ialahperintah Pengarah Syarikat kami laksanakan dengan segeranya.
A
S P
Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
KataNama
Kata NamaKhas
perintahPengarahSyarikat
KataGanti
Nama DiriPertama
KataKerjaPasif
FrasaSendiNama
KataSendiNama
FrasaNama
KataAdjektif
Kata GantiNama Diri
Ketiga
kami
laksanakan
dengan
segera
-nya
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
14/44
Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah perintah Pengarah
Syarikatmanakala predikat ayat ialah laksanakan dengan segeranya.
Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri
daripada kata nama inti perintah dan kata nama khas Pengarah Syarikat yang berfungsi
sebagai penerang kepada kata nama intiperintah.
Frasa kerja pula terdiri daripada kata ganti nama diri pertama akan diikuti kata kerja pasif
laksanakan dan frasa sendi nama dengan segeranya.
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama dengan dan frasa nama segeranya. Frasa
nama segeranya pula terbentuk daripada kata adjektifsegera dan kata ganti nama diri ketiga -
nya. Kata adjektif segera berfungsi sebagai kata nama dan kata pembenda -nya telah
menjadikan kata adjektifsegera sebagai kata nama.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
15/44
2.1.3 Dengan segeranya kami laksanakan perintah Pengarah Syarikat.
Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri ketiga susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah
pengedar dadah it uterus diburu polis ke mana - mana sahaja.
A
S P
Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)
KataNama
KataNama
pengedar
dadah
KataBantu
KataKerjaPasif
FrasaNama
KataNama
FrasaSendiNama
KataSendiNama
FrasaNama
terus
dikejar
polis
ke
KataPenentu
itu
KataNama Kata
Penegas
segera
mana -
mana
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
16/44
Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah pengedar dadah itu
manakala predikat ayat ialah terus diburu polis ke mana - mana sahaja.
Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri
daripada kata nama inti pengedar dan kata nama dadah yang berfungsi sebagai penerang
kepada kata nama intipengedardan diikuti kata nama penentu itu.
Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu terus diikuti kata kerja pasifdiburu dan frasa nama
polis ke mana - mana sahaja.
Frasa namapolis ke mana - mana sahaja pula terbentuk daripada kata nama pelaku diri ketiga
polis dan frasa sendi nama ke mana - mana sahaja sebagai penerangan tempat. Frasa sendi
nama terdiri daripada kata sendi nama ke dan frasa nama mana - mana sahaja. Frasa nama
mana - mana sahaja terbentuk daripada kata nama mana - mana dan kata penegas sahaja.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
17/44
2 ( b ) PETIKAN RENCANA
MENERAJUIKECEMERLANGAN GLOBAL
Menerajui Kecemerlangan Global tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan
dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi
bersama bagi negara dan perniagaan. Ia juga bertepatan dengan apa yang ingin saya katakan
pada hari ini. Dalam tahun baru, konteks baru, dan dunia yang semakin pulih dari
kemelesetan, kita perlu fokus terhadap Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa
pendek dan sederhana,Meningkatkan daya saing Malaysia,Merancakkan pelaburan dan
pertumbuhan swasta serta Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi.
Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik. Suasana ekonomi
sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada tahun lepas. Pada masa itu, dunia berada
dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih 20 juta pekerjaan telah
hilang. Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang. Ekonomi di seluruh dunia mengalami
penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengeluaran industri dan pelaburan
modal jatuh mendadak.
Masyarakat mengalu-alukan ketibaan tahun 2010. Namun, sementara Malaysia masih
merasai kesan kemelesetan ini, saya percaya kita telah mengharungi rintangan dan mencapai
kemajuan dalam menongkah arus. Kita enggan menjadi pemerhati pasif semasa kemelesetan
ini melanda rantau Asia, justeru kita telah bertindak dengan tegas dan pantas.
Kerajaan telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi pelaburan
negara yang dikehendaki dan perbelanjaan berhemat yang diperlukan untuk mengurangkan
defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasi sektor
perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor
utama ekonomi negara.
Kini, kita sedang menyaksikan hasil langkah-langkah tersebut. KDNK bagi suku
keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
Pakej-pakej rangsangan menjana ratusan projek infrastruktur penghasilan kerja. Eksport
kembali pulih, dan pengaliran semula pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia. Defisit
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
18/44
fiskal dijangka mengecil dari 7.0 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun 2010. Indeks
pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010.
Jumlah eksport meningkat 37 peratus kepada RM52 bilion dan import bertambah 31 peratus
kepada RM40 bilion.
Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat menggalakkan. Coca-cola telah
mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion ringgit yang mampu menjana 2,000 hingga 3,000
pekerjaan di Malaysia. IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang
terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi keusahawanan yang biasa saya lihat
dalam setiap syarikat tempatan. JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti
sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25
peratus daripada pengeluaran pemacu cakera keras dunia. Melangkah ke hadapan, peganganKerajaan dalam pasaran akan dikurangkan, modal akan dijana, inovasi akan dipupuk dan
kekayaan akan dihasilkan bagi memberi kemudahan untuk mengembangkan lagi ekonomi
Malaysia.
Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak
dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut.
Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh.
Keputusan yang diambil oleh Kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu
mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya.
Walaupun begitu, perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan dan Perdana Menteri
aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar
membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang dilaksanakan
sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Saya tidak
boleh menerima keadaan ini. Saya berjanji: kita akan bekerja tanpa mengenal penat lelah
untuk membangun serta melaksanakan pembaharuan ekonomi yang diperlukan oleh negara
untuk terus berkembang, untuk perniagaan berjaya dan yang paling utama untuk kemakmuran
rakyat.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
19/44
Ekonomi dunia sebelum dan khususnya sejak krisis kewangan, telah mengalami
perubahan yang ketara. Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu
mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan
dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Kita tidak boleh hanya
bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita
harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti,
merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Jika kita tidak bertindak
pantas untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balas secara efektif terhadap perubahan
persekitaran ekonomi, kita akan menghadapi risiko kehilangan daya saing.
Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa sektor ekonomi untuk memacu
pertumbuhan. Kita perlu mempelbagai dan memberi insentif kepada industri strategik yangbaru di mana negara kita mempunyai kepakaran, kekuatan dan potensi untuk lebih berjaya.
Selaras dengan perkembangan ini, kita juga harus memberi pertimbangan kepada manfaat
yang boleh diperoleh daripada kompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di
luar negara. Mereka dengan sokongan bakat asing yang sesuai mampu menyumbangkan
kecerdasan minda, modal intelektual dan kemahiran untuk membantu merealisasikan
matlamat kita dengan lebih bermakna. Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah
meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama mengembleng tenaga
dalam proses transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya.
Sistem pendidikan kita perlu dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik untuk
melahirkan tenaga kerja masa depan, dengan komitmen kepada program berasaskan merit.
Ini akan mendorong kecemerlangan dan memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari
segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan yang
akan memacu kejayaan pada dekad mendatang.
Kita memerlukan kerajaan yang dapat membantu untuk memperkukuh sektor swasta.
Ini bermakna, membentuk semula dan memperkasa sektor awam untuk menjadi lebih
responsif dan bertanggungjawab kepada keperluan sektor swasta dan perniagaan.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
20/44
Kita juga telah mengenalpasti beberapa polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya
pada era sebelum ini, namun kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan, merencat
pasaran dan meletakkan kita dalam kedudukan yang kurang berdaya saing. Sebagai contoh,
kerajaan sedang berunding untuk mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula
sistem subsidi yang wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan
pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan. Langkah ini akan membawa Malaysia sejajar
dengan keadaan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan terhadap industri,
perniagaan dan pembayar cukai. Ini adalah penting untuk membolehkan kita terus maju ke
hadapan bersama sebagai satu negara, di samping meningkat dan mengukuh program
jaringan keselamatan untuk menyokong kebajikan rakyat Malaysia yang mudah terjejas.
Secara keseluruhan, kekurangan ini menjelaskan keadaan pelaburan swasta Malaysiayang masih belum pulih ke paras sebelum krisis kewangan Asia. Dan sebagaimana yang anda
tahu, ini boleh memberi ancaman pada usaha kita untuk menjadikan negara sebagai destinasi
pelaburan asing dan tempatan.
Menangani isu-isu ini bukan sahaja perlu mempunyai visi yang jelas dan polisi yang
betul tetapi ia juga memerlukan iltizam politik yang jitu, pelaksanaan yang efektif dan
sokongan rakyat yang sepadu. Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk
keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana? Saya percaya kita perlu mencapai
persetujuan bersama mengenai isu ini. Memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin pulih,
sesetengah pihak mempersoalkan keperluan untuk segera mengubah tabiat lama. Kini,
terdapat seruan untuk melindungi status sedia ada. Kita jangan mudah terpedaya. Kita
memerlukan cara baru untuk bertindak. Dengan pemulihan ekonomi, kita mesti bertindak
segera untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di masa hadapan. Dan ini merupakan
pilihan yang perlu kita hadapi. Untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana iaitu
satu kedudukan yang merbahaya kepada mana-mana negara dalam ekonomi global baru;
atau untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu dan kita selesa serta terus berharap agar
dunia beradaptasi dengan kita. Pilihan kita dan tugasan Kerajaan adalah untuk terus
menerajui polisi-polisi ekonomi yang berjaya dalam industri berpengetahuan masa hadapan,
dengan pekerjaan bergaji tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi bersama.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
21/44
Pada hari ini, kita akan mengambil satu langkah penting dalam perjalanan tersebut.
Teras utama agenda polisi jangka-panjang merupakan model ekonomi baru yang akan
disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dengan visi jangka masa yang lebih panjang
yang akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Ini akan mengubah ekonomi
Malaysia menjadi satu ekonomi yang berpendapatan tinggi dan mempunyai pertumbuhan
berkualiti dalam abad yang mendatang.
Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang
dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang.
Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan
bumbung falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini,
1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan(GTP) satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama merupakan
satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang
akan membangunkan MEB. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus
bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.
Selepas beberapa bulan saya menjadi Perdana Menteri, saya telah menubuhkan Majlis
Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang merupakan satu badan bebas yang ditugaskan
untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci. Saya meminta majlis ini memberikan
cadangan berani tetapi praktikal untuk melaksanakan model ekonomi baru bagi mengubah
ekonomi Malaysia. Dan saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah menerima laporan
NEAC ini.
Laporan ini secara telusnya menyatakan keadaan ekonomi masa kini, kekuatan dan
kelemahan serta menilai polisi semasa dan bidang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pada
masa akan datang bagi Malaysia. Ia merupakan analisis yang komprehensif dan
berpandangan jauh. Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada
pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz, ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan
Sekretariat. Hasil kerja dan khidmat yang diberikan kepada negara bukan sahaja layak
menerima pengiktirafan tetapi juga penghargaan kita.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
22/44
Pada hari ini, saya dan anggota kabinet bersama-sama ahli jawatankuasa NEAC
akan memulakan pertimbangan terperinci mengenai cara untuk kita maju ke hadapan,
terutamanya dalam kita beralih dari laporan ini kepada pelan tindakan masa depan. Namun, ia
bukan merupakan cara lama debat politik. MEB mempunyai implikasi yang meluas untuk
semua rakyat Malaysia dan kita tidak mampu untuk mengabaikan pandangan mereka
mengenai perkara ini. Seperti mana pelabur, Kerajaan juga menitikberatkan ketelusan yang
tinggi. Sama ada dalam bajet mahupun GTP, di mana ribuan penduduk awam terlibat dalam
proses ini, saya telah mengarahkan laporan ini diterbitkan dan mudah dicapai oleh masyarakat
umum. Dengan ini kita dapat mengumpulkan input dan memberi peluang untuk mereka terlibat
sama dalam proses membuat keputusan bagi bulan yang mendatang. Hanya melalui
konsultasi bersama Rakyat dan semua pihak lain yang berkepentingan, maka kita akan
mampu mencapai perancangan yang kukuh, meyakinkan dan efektif dalam melaksanakan
MEB.
Perdana Menteri telah menekankan dalam pelbagai majlis sebelum ini bahawa era
Kerajaan tahu segalanya telah berakhir. Rakyat dan golongan-golongan seperti pemimpin
perniagaan dan pelabur ingin serta layak untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan
polisi. Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih konsultatif dalam melibatkan pihak
berkepentingan paling utama. Hanya melalui proses tersebut, kita boleh meluaskan
pandangan, mencabar pemikiran sedia ada dan membantu membina ketelusan dan
keterbukaan semua ke arah yang betul. Inilah hala tuju yang akan kita ambil. Rakyat
didahulukan,pencapaian diutamakan.
3.1 Jenis Ayat Berdasarkan Petikan Rencana
Jenis Ayat Ayat
Ayat penyata i. Perenggan 6
IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang
terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi
keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
23/44
tempatan.
ii. Perenggan 6
JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan
aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat
yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada
pengeluaran pemacu cakera keras dunia.
iii. Perenggan 8
Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada
kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas.
iv. Perenggan 17
Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting
kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan
berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan
datang.
v. Perenggan 20Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam
teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan
kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu
kepada prestasi sektor awam dan swasta.
vi. Perenggan 23
Dari segi institusi, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia
(MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan yang
bertanggungjawab untuk mempromosi serta memudahkan
pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di
Malaysia.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
24/44
Ayat tanya i. Perenggan 16
Adakahkita mempunyai semangat dan keberanian untuk
keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana?
ii. Perenggan 20
Cabaran kita adalah bagaimanauntuk melakukannya
Ayat perintah Ayat Silaan (Perenggan 11)
i. Saya menjemputkesemua rakyat Malaysia yang telah
meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan
bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses
transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang
sepenuhnya.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
25/44
2( C ) TEKS UCAPAN MAJLIS DAN KLASIFIKASI AYAT BAHASA MELAYU
Terima kasih kepada pengerusi majlis. Saya amat berbesar hati berada di sini pada hari
ini kerana Pemimpin perniagaan dan pelabur adalah penting untuk menentukan kesejahteraanekonomi Malaysia dan juga masyarakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha,
sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akan
berlangsung sepanjang beberapa hari yang akan datang. Menerajui Kecemerlangan Global
menjadi tajuk ucapan saya pada hari ini seterusnya menjadi tema bagi Invest Malaysia 2010,
adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta
aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan.
Hadirin sekalian,
Dua belas bulan yang lalu (1), agenda tersebut mungkin idealistik. Suasana ekonomi
sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada tahun lepas. Pada masa itu, dunia berada
dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih 20 juta pekerjaan telah
hilang. Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang. Ekonomi di seluruh dunia mengalami
penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengeluaran industri dan pelaburan
modal jatuh mendadak.(2) Kita mengalu-alukan ketibaan tahun 2010. Namun, sementara
Malaysia masih merasai kesan kemelesetan ini, saya percaya kita telah mengharungi
rintangan dan mencapai kemajuan dalam menongkah arus. Kita enggan menjadi pemerhati
pasif semasa kemelesetan ini melanda rantau Asia, justeru kita telah bertindak dengan tegas
dan pantas. Kita telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi
pelaburan negara yang dikehendaki dan perbelanjaan berhemat yang diperlukan untukmengurangkan defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif
liberalisasi sektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti
tinggi dalam sektor utama ekonomi negara.Kini, kita sedang menyaksikan hasil langkah-
langkah tersebut. KDNK bagi suku keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus,
lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pakej-pakej rangsangan menjana ratusan projek
infrastruktur penghasilan kerja. Eksport kembali pulih, dan pengaliran semula pelaburan asing
yang berkualiti ke Malaysia. Defisit fiskal dijangka mengecil dari 7.0 peratus kepada 5.6
peratus pada tahun 2010. Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan
12.7 peratus pada Januari 2010. Jumlah eksport meningkat 37 peratus kepada RM52 bilion
dan import bertambah 31 peratus kepada RM40 bilion. Aktiviti sektor swasta yang positif jugaamat menggalakkan. Coca-cola telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion ringgit yang
mampu menjana 2,000 hingga 3,000 pekerjaan di Malaysia. IPO Maxis yang bernilai beberapa
bilion ringgit merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi
keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat tempatan. JCY Berhad juga
merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai
syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada pengeluaran pemacu cakera
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
26/44
keras dunia. Melangkah ke hadapan, pegangan Kerajaan dalam pasaran akan dikurangkan,
modal akan dijana, inovasi akan dipupuk dan kekayaan akan dihasilkan bagi memberi
kemudahan untuk mengembangkan lagi ekonomi Malaysia. Ekonomi global masih belum pulih
sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak
terkecuali daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini
berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan dan
visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan
ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya.
Hadirin sekalian
Oleh yang demikian, saya menyeru agar syarikat, pelabur dan usahawan Malaysia
untuk merebut peluang yang ada serta menjadi juara serantau malah di peringkat global. Kita
perlu mewujudkan polisi intervensi bersama untuk menjadikan ini satu realiti. Sekiranya
Malaysia ingin mencapai matlamatnya, kita harus membina hubungan strategik, kuat dan
teguh serta dipacu pasaran berasaskan permintaan yang menghubungkan sektorpertumbuhan kepada MEB. Saya telah menyentuh beberapa strategi yang saya percaya kita
perlu, termasuk pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf
dunia; pembaharuan fiskal berhemat yang membawa lebih banyak keseimbangan kepada
rangka kerja hasil dan perbelanjaan; serta langkah mesra pasaran yang berkesan bagi
memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pendekatan baru ini. Saya
yakin dengan sokongan anda bahawasanya kita akan memilih jalan yang betul, bergerak
ke hadapan membina Malaysia yang lebih saksama, kukuh dan dinamik untuk dekad yang
mendatang. Saya menyeru anda berganding bahu dengan saya dalam perjalanan bersejarah
ini untuk membina kemakmuran dan masa depan baru demi 1Malaysia.
JENIS JENIS AYAT BAHASA MELAYU
Jenis Ayat Majmuk Ayat
Gabungan Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin
idealistik.( 1 )
Pengeluaran industri dan pelaburan modal jatuh
mendadak.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
27/44
i.
Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih
kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A
Aziz, ahli jawatankuasa NEAC danpasukan Sekretariat.
ii.
Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan
memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi.
iii.
Keterangkuman ataupenyertaan menyeluruh merupakan
pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan
pemuafakatan di dalam MEB.
3 PERATURAN HUKUM D M
Frasa Nama (FN)
Frasa nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan
antara perkatan-perkataan ini :
a) inti & penerang
Contoh : Guru sekolah menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK)
Guru inti ;
sekolah menengah itu penerang
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
28/44
b) inti & inti.
Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK)
Ibu inti ;
bapa
inti.
Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan
sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M,
penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama.
Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Huk um Menerang (M). Dalam frasa nama,
uns ur int i yang b erada pada keduduk an pertama adalah un sur di terangkan, dan pada
kedudu kan kedua merupakan unsu r menerangkan.
Contoh : Guru bahasa ; Guru inti / (D)
bahasa penerang /(M)
Hukum D-M mempunyai beberapa kekecual ian, antaranya ialah jawatan tertentu y ang
biasa digu nakan seperti Perdana Menteri (sepatu tnya Menteri Perdana) dan naib
presiden (sepatutnya presiden naib).
2) Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak
transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja
terbahagi kepada dua :
a) Frasa kerja yang tidak mengadungi obejk dan tidak memerlukan kata nama sebagai
penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif.
Contoh : Adik menangis (FN+FK)
b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini.
Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata
nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
29/44
Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK) ; di sini :
burung
gagak objek
di hutan
penerang
3) Frasa Adjektif (FA)
Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang
mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat
atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir selepas kata
kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas,muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :
a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
- keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah
- makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar
- keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai
b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama
sebagai penerang. Ia membawa dua maksud
- keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
- kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala
Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
a) Di hadapan : paling degil, amat bijak
b) Di belakang : murah sekali, cepat benar
c) Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
30/44
d) Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi
Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan
selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasaadjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh :
Rumah Ani amat besar sekali Amat besar sekali rumah Ani
4) Frasa Sendi Nama (FS)
Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan frasa
nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi
nama menjadi predikat dalam ayat.
Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :
a) Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar
b) Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar
c) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan
untuk menangkap rusa.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen
merupakan unsur pilihan)
d) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan
negeri China pada tiap-tiap bulan.
(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
31/44
3 (i) CONTOH KESILAPAN TATABAHASA DALAM PETIKAN AKHBAR
Bahasa Kebangsaan di India Kecil
Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner(1) kerana Perdana
Menteri singgah di situ dalam lawatanya ke kawasan itu. Restoran tersebut terletak di
kawasan yang akan dibangunkan dengan nama Little India(2) ( istilah yang digunakan
oleh seorang wakil rakyat ) keranan terdapat banyak orang keturunan India di situ. Kedua-dua
peristiwa itu mendapat liputan media massa tempatan kerana kehadiran pemimpin tertinggi
negara.
Yang begitu mendukacitakan ialah bahasa kebangsaan tidak digunakan untuk
menamai(3) kedua-dua buah tempat itu walaupun wakil rakyat dan pengusaha restoran itu
diyakini mampu menggunakan bahasa tersebut kerana mereka rakyat Malaysia. Apakah
salahnya jika digunakan nama Sudut Najib dan India Kecil, misalnya? Jika ada Little India (
dan Chinatown), tidak mustahil akan wujud Arfican Colony, Myanmar Village dan yang
seumpamanya yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.
Sumber Berita Harian: Ruangan Pelita Bahasa Keluaran Julai 2012
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
32/44
Kesalahan Tatabahasa
1. Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner.
Pembetulan :Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner.
Bagi ayat yang pertama, ini merupakan contoh pola ayat FN + FK.
Pemilik restoran itu merupakan subjek frasa nama, manakala menamai sudut tersebut sebagai
Najids Cornerialah predikat frasa kerja. Hal ini kerana (menamai) merupakan kata kerja yang
membawa maksud menamakan sesuatu.
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa KerjaKata Kerja Keterangan
Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut
sebagai Najibs
Corner
2. Restoran itu terletak di kawasan Little India.
Pembetulan:Restoran itu terletak di kawasan Little India.
Bagi ayat yang kedua pula, ini merupakan contoh pola ayat FN + FSN.
Restoran itu merupakan subjek frasa nama, manakala terletak di kawasan Little India ialah
predikat frasa keterangan. Hal ini kerana (di) merupakan kata sendi nama yang menerangkan
sesuatu tempat.
Subjek Frasa Nama Predikat
Frasa Kerja Frasa Keterangan
Sendi Nama Frasa Nama
Restoran itu terletak di kawasan Little
India.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
33/44
3.Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai tempat itu.
PEMBETULAN :Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai tempat itu.
Bagi ayat yang ketiga pula, ini merupakan contoh pola ayat FN + FSN.
Bahasa Kebangsaa merupakan subjek frasa nama, manakala tidak digunakan untuk menamai
tempat itu ialah predikat frasa keterangan. Hal ini kerana (untuk) merupakan kata sendi nama
yang menerangkan tujuan sesuatu.
Subjek Frasa Nama Predikat
Frasa Kerja Frasa Keterangan
Sendi Nama Frasa Nama
Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai
tempat itu.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
34/44
4. BINAAN FRASA KERJA DAN BINAAN FRASA NAMA DALAM cerpen Mak Timah
karya Khatem Bin Ariffin
4.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai
unsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan
penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa
nama.Ada pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga
menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur
nama.
4.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan
perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara
perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang
menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan
yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.
Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang
diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang
merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
4.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh
terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan
nama.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
35/44
Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa
binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:
i) Inti + penerang nama jenis.
Frasa Nama
Inti Penerang Nama Jenis
baju kurung
ii) Inti + penerang milik
Frasa Nama
Inti Penerang Milik
Pakaian Idah
Susu Afiq
Bilik ku
Orang nya
4.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama
Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis
kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh
perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa
sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama
inti + penerang bukan nama.
i)Penentu Hadapan
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
36/44
Frasa Nama
Penentu Hadapan Inti
Bilangan Penjodoh Bilangan
Semua - barang kemas
ii) Penentu belakang
Frasa Nama
Inti Penentu belakang
petang itu
waktu itu
iii) Inti + penerang kata adjektif
Frasa Nama
Inti Penerang Kata Adjektif
suara garau
suara langsing
iii) Inti + penerang frasa sendi nama
Frasa Nama
Inti Penerang Frasa Sendi Nama
Sendi Nama Frasa Nama
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
37/44
Aku dari sekolah
Ayah di dapur
4.2 Susunan Konstituen Frasa Nama
Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan
kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian.
Peraturan-peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan
panggilan, dan penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis
sememangnya mengambil kira susunan konstituen frasa nama.
Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah
Frasa Nama
Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang)
Pakaian Idah
Susu Afiq
Baju kurung
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
38/44
4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.
Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja
yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa
nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata
kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata
kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata
kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.
4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis
kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah
sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah
seperti berikut :
a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap
i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama
Ayah bangun dari tidurnya
Mak Timah datang bekerja di rumah
Aku berlari ke bilik
ii) Kata nama sebagai pelengkap
AyatSubjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama
Ayah cium pipi Idah
iii) kata Adjektif sebagai pelengkap
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
39/44
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Dadku menjadi sebak
b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja
Kata Kerja Penerang
Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu
4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau
penyambutnya.
a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat
Afiq menggunakan pampers
Aku cuba mencari hujah
Aku menggelengkan kepala
b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
40/44
Mak Timah memberitahu ku satu berita
Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.
4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu
menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh
kedua-dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu
bagi kerja, manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.
a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap
Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami
Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku
Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek
Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku
Afiq sedang tidur di biliknya (penerang)
Ayah akan mendukung Afiq
b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah
i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja
ii. Aku boleh menjaga mereka.
iii. Aku tak mahu katakata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.
iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.
v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.
vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?
vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
41/44
4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen.
Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung
pancangan komplemen akan digunakan iaitu bahawa dan untuk yang berfungsi
menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan
komplemen.
a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.
b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah
c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.
d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.
4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
ii) Keterangan waktu
a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya.
b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang
iii) Keterangan cara
a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya.
iv) Keterangan tujuan
a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.
v) Keterangan alat
a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung.
vi) Keterangan bagai
a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.
b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.
6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak
Timah
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
42/44
Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya
penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang
lain adalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam
ayat pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi
nama sebagai keterangan frasa kerja.
Rumusan
Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada
asas iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan
menggaplikasikan frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian
setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya
sesuatu ayat boleh di perluaskan dengan unsur frasafrasa yang boleh di ubah peranannya
dalam ayat seperti menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata
hubung pancangan komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk
komplemen.
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
43/44
REFLEKSI
Sintaksis Bahasa Melayu adalah mata pelajaran untuk Pengajian Melayu bagi Semester
kelima untuk program PPG kali ini. Pensyarah yang membimbing kumpulan kami ialah Encik
AHHMAD SALEHUDDIN BIN SAMAN .Bidang kajian dalam ilmu Sintaksis ini ialah yang
merangkumi susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama, ayat
dalam Bahasa Melayu termasuk frasa, klausa, ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk dan
proses penerbitan ayat.
Dari perincian sukatan pelajaran yang diedarkan kepada saya dan rakan-rakan
memudahkan kami mengikuti kuliah yang disampaikan oleh pensyarah dan rujukan daripada
bahan bacaan serta pencarian ilmu melalui internet. Pensyarah pembimbing menyampaikan
kuliah mengikut perincian yang meliputi semua aspek kajian dalam ilmu Sintaksis. Walaupunaspek-aspek ini saya telah menguasainya, tetapi apabila diperincikan secara mendalamnya
melalui frasa dan klausa ayat-ayat menyebabkan ada juga kekeliruan yang timbul dalam
mengkelaskan sesuatu penerbitan ayat-ayat tersebut. Melalui apa yang dikuliahkan serta
rujukan Kamus Tatabahasa Dewan dapat membantu saya memahami bidang kajian ilmu
Sintaksis ini.
Sepanjang interaksi dengan pensyarah saya didedahkan dengan bidang kajian ilmu
Sintaksis yang terkandung dalam Bahasa Melayu.. Walaupun topik-topik ini pernah saya
pelajari semasa mengikut pengajian sebelum menjadi guru dulu, ada yang saya ingat dan ada
yang memerlukan saya membuat rujukan untuk mengukuhkan pemahaman saya. Dengan apa
yang dipelajari ini dapat saya katakan bahawa semua ini pernah saya mengaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu agar murid-murid memahami tentang
penerbitan sesuatu ayat dalam Bahasa Melayu.
Alhamdulillah saya mendapat pensyarah pembimbing yang memahami dengan
masalah saya dan rakan-rakan yang mempunyai tanggungjawab sewaktu berada di sekolah
apabila balik untuk menjalankan tugas di sekolah selepas kuliah. Cara pendekatan yang
digunakan oleh pensyarah pembimbing ini amat menarik dan bersesuaian dengan perwatakan
dan penampilannya. Saya suka dengan gaya dan perwatakan Encik AHHMAD SALEHUDDIN
7/29/2019 Che Hamidi II Ok
44/44
BIN SAMAN selaku pensayarah pembimbing kami. Ini menyebabkan saya rasa seronok dan
selesa sewaktu mengikuti kuliah yang disampaikan oleh beliau.
Sewaktu menerima soalan tugasan ini saya rasa agak tertekan juga kerana selain
daripada untuk menyiapkan tugasan ini, pada masa yang sama saya jperlu menyaipkan
tugasan yang lain. Tambahan pula tarikh serahannya dalam masa yang hampir sama antara
seseorang pensyarah pembimbing. Saya dan rakan-rakan terpaksa melaluinya juga dengan
kerelaan hati memandangkan bidang kajian ilmu Sintaksis ini memerlukan saya membuat
kajian tetang frasa dan kalusa ayat melalui penerbitan ayat-ayat tersebut. Melalui tugasan ini
saya perlu memahami tentang ayat majmuk dengan membuat pelbagai rujukan berkaitan
dengan ayat majmuk ini.
Alhamdulillah atas kesabaran saya maka melalui pembacaan buku-buku rujukan maka
dapatlah saya melengkapkan tugasan ini dengan apa yang fahami mengikut kotak pemikiran
saya..Walaupun tugasan kali ini amat berbeza dengan tugasan-tugasan yang sebelum ini,
saya amat bersyukur kerana tugasan yang berat ini mampu menyiapkannya mengikut masa
yang diperuntukkan kepada kami.
Pada keseluruhannya saya berasa amat berpuas hati dengan apa yang dikuliahkan oleh Encik
AHHMAD SALEHUDDIN BIN SAMAN. Semoga apa yang saya dapat ini boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah nanti dengan lebik baik. Sekalung
penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik AHHMAD SALEHUDDIN
BIN SAMAN kerana berjaya mengajar saya dan rakan-rakan saya dengan cemerlang.
Wasalam.