Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    1/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    254

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK UNTUKMEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MEMAHAMI TAJUK

    CARA TUMBUHAN MEMBIAK

    Oleh

    Pau Chai [email protected]

    ABSTRAK

    Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkankefahaman murid-murid dari Tahun Empat memahami tajuk caratumbuhan membiak melalui kaedah pembelajaran berasaskan projek.Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang murid kelas TahunEmpat. Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan menjalankan projek

    menghasilkan buku skrap dalam kumpulan. Penyelidikan tindakan initelah dilaksanakan dalam masa empat minggu di sebuah sekolahrendah di Kuching, Sarawak. Cara pengumpulan data yang digunakanadalah soal selidik, ujian pra dan pos serta melalui pemerhatian; dankemudian dianalisis menggunakan analisis kandungan dan analisisdeskriptif. Penyemakan data turut dibuat menggunakan triangulasikaedah, triangulasi masa dan triangulasi penyelidik. Dapatanmenunjukkan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah memberikesan positif dari segi peningkatan tahap minat dan penglibatan muriddalam aktiviti pembelajaran selain daripada peningkatan markah dalamujian. Penyelidikan tindakan ini juga memberi peluang kepada sayauntuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran melalui

    penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek.

    Kata kunci: Kaedah pembelajaran berasaskan projek, tajuk cara

    tumbuhan membiak, murid kelas tahun empat

    ABSTRACT

    This action research was carried out to enhance the understanding oftopic plant reproduce among Year Four pupils through the introductionof project based learning. Respondents in this study are made of 30students in class Year Four. During the study, the respondents areasked to carry out the scrap book project in group. This action researchwas carried out in one month in a primary school in Kuching, Sarawak.The data for this study was collected based on observation,questionnaires, pre and post tests and then analyzed using contentanalysis and descriptive analysis. Checking of data was done usingmethod, time and researchers triangulation. The analysis of datashowed that project based learning has positive effect in terms of theincrease in the level of pupils interest and involvement in the learningactivities other than an increase in the pupils marks for test. In addition,this action research also improved my teaching and learning practicesand my professionalism as a researcher and educator through theimplementation of project based learning.

    Key words: Project based learning, plant reproduce, year four pupils

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    2/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    255

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    PENGENALANKonteksSaya merupakan guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjana MudaPendidikan(PISMP) Ambilan Januari Tahun 2009. Sepanjang empat tahun dalam

    program ini, saya berpeluang menjalani empat kali Pengalaman BerasaskanSekolah (PBS) di sekolah-sekolah yang terdapat di Sibu dan Kuching. Saya jugatelah menjalani tiga fasa praktikum selama enam bulan di sekolah-sekolah yangterdapat di sekitar bandaraya Kuching. Pada praktikum fasa Satu, saya telahmenjalani praktikum di Sekolah X. Pada masa itu, saya berpeluang mengajar SainsTahun Tiga dan Empat. Pada pratikum fasa Dua, saya telah menjalani praktikum diSekolah Kebangsaan Y dan berpeluang mengajar Sains Tahun 4 dan 5. Semasapraktikum ketiga, saya telah mengajar tajuk cara tumbuhan membiak matapelajaran Sains Tahun Empat. Saya mendapati kebanyakkan murid menghadapikekeliruan untuk mengenalpasti cara tumbuhan membiak seperti melalui biji benih,daun, spora, keratan batang dan batang bawah tanah serta salur. Selain itu, muridjuga menghadapi masalah untuk mengenalpasti jenis atau nama tumbuhan yangditunjukkan oleh saya semasa proses P&P dijalankan. Oleh itu, hampir separuhmurid dalam kelas iaitu 50% tidak dapat menguasai topik ini dengan baik danmendapat pencapaian yang lemah dalam ujian.

    Isu keprihatinanSaya mendapati ramai murid Tahun 4 kurang memahami dan keliru terhadap tajukcara tumbuhan membiak. Semasa saya mengajar tajuk ini terdapat 60% muriddalam kelas tidak boleh mengenali contoh-contoh tumbuhan yang ditunjukkan olehsaya seperti bryophyllum, begonia, fern, kiambang dan lain-lain. Saya telahmenggunakan powerpoint untuk mengajar tajuk ini namum terdapat kekeliruan diantara mereka untuk memahami enam jenis cara bagi tumbuhan membiak iaitu

    melalui biji benih, daun, spora, keratin batang dan batang bawah tanah serta salur.Ada di antara mereka tidak pernah melihat atau mendengar beberapa jenistumbuhan yang ditunjukkan oleh saya dalam kehidupan harian jadi ini telahmenyusahkan mereka untuk mengenalpasti cara pembiakan bagi tumbuhantersebut.Semasa sesi refleksi, saya telah memberi soalan kuiz sebanyak lima soalan kepadamurid-murid saya. Berdasarkan dari jawapan-jawapan yang diberikan oleh merekadidapati 55.94% iaitu 3/5 daripada mereka tidak memahami tajuk cara tumbuhanmembiak. Oleh itu, kebanyakan mereka telah menjawab kuiz berkaitan caratumbuhan membiak dengan jawapan yang salah.

    Rajah 1. Hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid X.

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    3/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    256

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    Rajah 1 menunjukkan hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid X. Murid X telahmembuat kesilapan sebanyak empat dari lima soalan dan hanya soalan ketiga yangberjaya dijawab betul olehnya. Murid ini tidak dapat menjawab soalan pertama iaitucontoh tumbuhan bagi cara membiak dengan daun. Soalan kedua juga didapati

    salah dengan tidak dapat memberi contoh tumbuhan yang menggunakan saluruntuk membiak. Bagi soalan keempat, dia juga tidak dapat memberi contoh bagitumbuhan yang membiak dengan cara batang bawah tanah dan soalan terakhirjuga gagal dijawab iaitu menyenaraikan cara ubi kayu membiak. Secara umumnya,murid X telah gagal menguasai topik ini dan tidak memahami apa yang telah diajaroleh saya sebelum ini.

    Rajah 2. Hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid Y.

    Rajah 2 menunjukkan hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid Y. Murid Y telahmelakukan kesilapan sebanyak lima dari lima soalan. Dia gagal menjawab soalanpertama iaitu memberi contoh tumbuhan bagi cara membiak iaitu dengan daun.

    Soalan kedua juga didapati salah dengan tidak dapat memberi contoh tumbuhanyang menggunakan salur untuk membiak. Soalan ketiga iaitu menyenaraikan caramembiak bagi cendawan juga gagal dijawab olehnya. Bagi soalan keempat, diatidak dapat memberi contoh bagi tumbuhan yang membiak secara batang bawahtanah dan soalan terakhir juga gagal dijawab iaitu cara ubi kayu membiak.

    Rajah 3. Hasil latihan yang telah dijalankan oleh murid A.

    Rajah 3 menunjukkan hasil latihan yang telah dijalankan oleh murid A. Menuruthasil kerja murid A, saya mendapati murid ini tidak dapat menguasai tajuk yang

    diuji dengan baik kerana daripada enam soalan objektif, dia hanya menjawab dua

    Murid A telahmendapat30% .

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    4/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    257

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    soalan dengan betul manakala bagi soalan subjektif, hanya satu dari empat soalanyang betul dijawabnya. Oleh itu, didapati murid A tidak memahami tajuk ini denganbaik.

    Skor murid 4X dalam latihan topik cara

    tumbuhan membiak

    100% 1

    90% 3

    80%1

    70% 3

    60% 2

    50% dan kebawah 20

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    Bilanganmurid

    Rajah 4. Skor murid Tahun 4 dalam latihan tajuk cara tumbuhan membiak.

    Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4, saya mendapati sepuluh soalan latihanyang diberi kepada tiga puluh orang murid Tahun 4, hanya seorang yang dapatmenjawab semua soalan dengan skor 10/10, tiga orang memperolehi skor 9/10,

    seorang memperolehi skor 8/10, tiga orang memperolehi skor 7/10 dan dua orangmemperolehi skor 6/10. Secara keseluruhannya seramai dua puluh orang muridmemperoleh skor 5/10 atau skor di bawah 5/10. Keadaan ini menunjukkan bahawahampir setengah murid kurang dapat menguasai tajuk ini dengan baik.

    OBJEKTIF KAJIAN1. Meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 terhadap topik cara tumbuhan

    membiak dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek.2. Membantu tiga puluh orang murid Tahun 4 untuk menguasai tajuk cara

    tumbuhan membiak dengan menggunakan kaedah pembelajaranberasaskan projek.

    SOALAN KAJIAN1. Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan

    kefahaman murid Tahun 4 terhadap tajuk cara tumbuhan membiak ?2. Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat membantu tiga

    puluh orang murid Tahun 4 menguasai topik cara tumbuhan membiakdengan baik?

    PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKANPerancanganPembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan yang komprehensifdengan melibatkan murid-murid dalam penyiasatan yang berterusan danberkerjasama (Bransford & Stein, 1993).

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    5/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    258

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    Saya telah merujuk kepada model pembelajaran berasaskan projek yangdiperkenalkan oleh Merill (1991). Terdapat lima langkah dalam model Merill untukmelaksakan projek. Antara langkah-langkahnya adalah:

    1. Menentukan tajuk2. Perancangan pelaksaan projek3. Pembiaan jadual dan penentuan prosedur projek4. Pembimbingan5. Penilaian dan refleksi

    Projek menghasilkan buku skrap akan meningkatkan prestasi pemahaman murid-murid berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip sains. Prestasi murid-muridditunjukkan melalui huraian yang jelas dan penyediaan butir-butir serta hujah yangtepat dalam buku skrap. (Newmann & Wehlage 1995). Murid-murid telah membuatbuku skrap sebagai projek bagi topik cara tumbuhan membiak. Mereka telahmencari gambar tumbuhan dan membuat bacaan lanjutan tentang tumbuhan

    berkenaan dari internet, majalah, surat khabar, buku dan lain-lain.

    PelaksanaanSaya telah menjalankan P&P untuk mengajar topik ini menggunakan kaedahpembelajaran berasaskan projek dengan menghasilkan buku skrap. Murid akanmenghasilkan buku skrap secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyaiseorang ketua kumpulan dan diberi empat minggu untuk menyiapkan buku skrap.Saya bertindak sebagai fasilitator dan memberi bimbingan serta dorongan kepadamurid-murid. Saya meminta setiap kumpulan mencari gambar-gambar tumbuhanmelalui surat khabar, buku, internet, majalah dan lain-lain. Semasa mencari gambarmereka telah membuat bacaan lanjutan terhadap tumbuhan yang dicari oleh

    mereka seperti rupa bentuk, cara membiak, habitat dan lain-lain. Ketua kumpulantelah membahagikan tugas di antara ahli kumpulan. Ketua kumpulan juga telahmemastikan ahli kumpulannya mencari dan mengumpul gambar tumbuhan danmemaklumkan perkembangan tugasan kumpulan mereka kepada saya.Setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersama-sama untukmeletakkan gambar-gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap.Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikan tumbuhan melalui carapembiakannya iaitu melalui cara biji benih, daun, spora, keratan batang dan batangbawah tanah serta salur dan menyenaraikan nama bagi tumbuhan yang ditunjukkandalam gambar. Oleh itu, murid berpeluang menyelesaikan masalah denganmengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya dalam buku skrap.

    Murid-murid telah mengklasifikasi dan mengenalpasti gambar-gambar tumbuhanyang dikumpul dalam buku skrap mengikut enam cara tumbuhan membiak.Seterusnya, nama tumbuhan perlu disenaraikan. Buku skrap yang belum disiapkantelah diteruskan kepada minggu yang berikutnya. Saya telah membuat penilaiankepada buku skrap dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka melakukanpenambahbaikan. Jadual 1 pula menunjukkan tempoh dan aktiviti berkaitanpenghasilan buku skrap.

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    6/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    259

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    Jadual 1.Langkah-langkah penghasilan buku skrap

    METODOLOGIPeserta kajianKumpulan sasaran untuk kajian penyelidikan ini terdiri daripada 30 orang murid darikelas Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Y yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 17orang perempuan. Pencapaian murid-murid kelas ini dalam mata pelajaran Sainsadalah sederhana hanya tiga orang mempunyai pencapaian yang baik iaitumendapat markah 80 atau ke atas . 18 orang murid saya adalah murid yang lemahiaitu telah gagal dalam mata pelajaran sains. Saya juga mendapati murid-murid

    telah menunjukkan minat yang tinggi dalam melibatkan diri secara aktif semasaproses pembelajaran Sains sekiranya saya membuat sesuatu aktiviti yang menarikseperti membuat kuiz, eksperimen, demonstrasi dan simulasi dalam kelas.

    Etika PenyelidikanSebelum memulakan kajian, terlebih dahulu saya telah memohon kebenarandaripada pihak sekolah. Kemudian, saya mendapatkan kebenaran daripada tigapuluh orang murid-murid secara bertulis. Mereka telah mengisi surat persetujuanpenyertaan kajian. Penerangan diberikan agar mereka memahami objektif dan haksebagai peserta kajian. Rajah 5 menunjukkan contoh surat persetujuan penyertaanmurid.

    Langkah-langkah Tindakan TarikhSatu Murid-murid mencari gambar tumbuhan

    melalui internet, majalah, buku dan suratkhabar.

    26/ 6/ 2012-

    2/ 7/ 2012

    Dua Murid-murid membuat bacaan lanjutanterhadap tumbuhan yang dicari sepertirupa bentuk, cara pembiakan danhabitat.

    26/ 6/ 2012-2/ 7/ 2012

    Tiga Secara kumpulan berempat, murid-murid membuat buku skrap dalam kelas.

    3/ 7/ 20129/ 7/ 2012

    Empat Murid-murid mengklasifikasi danmengenalpasti serta melekatkan gambar

    tumbuhan yang dikumpul bersama-samadalam buku skrap mengikut enam carapembiakannya.

    9/7 /201220/ 7/ 2012

    Lima Buku skrap yang belum siap diteruskankepada minggu yang berikutnya. Murid-murid boleh membuatpenambahbaikkan terhadap buku skrap.

    14/ 7/ 201220/ 7/ 2012

    Enam Saya telah membuat penilaian kepadabuku skrap dari semasa ke semasa

    untuk memastikan mereka telahmelakukan penambahbaikan.

    3/7 / 201220/7/ 2012

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    7/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    260

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    Rajah 5. Contoh surat persetujuan penyertaan murid.

    Teknik Mengumpul DataSaya telah menggunakan tiga kaedah penggumpulan data iaitu kaedahpemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta soal selidik. Data yang dikumpul telahmencukupi untuk memberi bukti dan sokongan dalam menjawab soalan-soalan

    penyelidikan tindakan.

    Soal selidikBorang soal selidik telah dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untukmengumpul data kajian. Setiap murid telah disoal dengan soalan yang sama, olehitu saya telah membuat perbandingan antara murid yang berbeza. Borang soalselidik telah diedarkan kepada murid untuk diisi sebelum dan selepas tindakan.Soal selidik ini mengandungi tujuh soalan. Borang soal selidik telah dikumpulsemula untuk dianalisis. Rasional saya memilih instrumen ini kerana ianya dapatmenghasilkan data yang lebih tepat tanpa pembiasan kerana data dibuat oleh pihakpertama iaitu kumpulan murid itu sendiri.

    Ujian pra (sebelum) dan ujian pos (selepas) tindakanUjian telah diberi kepada murid sebelum dan selepas tindakan. Ujian tersebut terdiridaripada 6 soalan objektif dan 4 soalan subjektif. Ujian sebelum diberikan kepadamurid untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan merekamengenai topik yang dikaji. Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil,satu ujian pos telah diberikan kepada murid-murid. Soalan dan prosedur yang samadengan ujian sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai peningkatan dalampengetahuan murid-murid. Analisis akan dilakukan untuk melihat perubahan dalampeningkatan pengetahuan murid tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan.

    PemerhatianKaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang lebih bersifatsecara terus. Maklumat yang dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat danmencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan menggunakan senaraisemak. Saya telah membuat pemerhatian terhadap sikap dan minat serta kelakuanmurid semasa dalam kelas. Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya sayadapat mengamati dan mengenal pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukanterhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerakbalas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkantindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilikdarjah sewaktu proses P&P berlaku.

    SURAT PERSETUJUAN PENYERTAAN DALAM PENYELIDIKAN TINDAKAN

    Saya, dari Kelas 4X Sekolah Kebangsaan Kenyalangbersetuju/ tidak bersetuju untuk melibatkan sebagai peserta dalam penyelidikan tindakan ini.Saya memahami bahawa saya perlu terlibat dalam semua aktiviti dalam penyelidikan tindakan ini.Saya membenarkan penyelidik membuat rakaman video dan tangkapan gambar-gambar untuktujuan penyelidikan tindakan ini. Saya turut memahami pandangan, maklum balas dan hasil kerjasaya akan digunakan dalam penulisan laporan penyelidikan tindakan. Pada masa yang sama, sayadifahamkan saya boleh menarik diri pada bila-bila masa sepanjang pelaksanaan penyelidikantindakan ini. Saya memahami segala maklumat peribadi saya akan dirahsiakan.

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    8/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    261

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    Teknik menganalisis dataPenganalisisan data adalah berdasark ananalisis deskriptif. Untuk ujian pra danujian pos, jumlah soalan yang dijawab dengan betul ditukar ke dalam bentukperatusan. Perbandingan peratus (%) markah ujian peserta bagi ujian pra dan ujian

    pos turut dilakukan. Hasil dapatan kesemua ujian ini telah dianalisis denganmenggunakan perisian Microsoft Excel 2007 (MS EXCEL), dan dipersembahkandalam bentuk jadual dan graf. Dalam kaedah ini, saya menganalisis markahpencapaian peserta dalam bentuk peratusan bagi Ujian pra dan pos sertaperbandingan min markah telah dilakukan. Selain iu, saya juga menganalisis soalselidik dan pemerhatian berstruktur dalam bentuk peratusan .

    Saya menganalisis nota lapangan saya dengan analisis kandungan. Semasamenganalisis, saya menandakan perkara-perkara yang dianggap penting danberkaitan dengan soalan-soalan penyelidikan tindakan saya. Setelah menganalisiskesemua nota lapangan, saya merujuk semula perkara-perkara yang ditandakandan tentukan kategori.

    Jadual 2.Contoh penulisan nota lapangan saya pada 12 Julai 2012

    Tarikh 12/ 7/2012

    Masa 7.40 pagi-8.40pagicatatan Saya telah menjalankan aktiviti buku skrap di dalam kelas. Saya

    mendapati bahawa kebanyakan murid berasa seronok dan turutmelibatkan diri dalam proses perbincangan dalam kumpulan. Muridtelah menunjukkan motivasi yang tinggi dan telah memberi perhatiansemasa guru memberi arahan dan bimbingan. Tetapi beberapa orangmurid telah bercakap dengan suara yang kuat semasa membuatperbincangan.

    Teknik Menyemak DataTriangulasi masa dan triangulasi penyelidik serta triangulasi kaedah telahdigunakan untuk membantu saya menyemak data yang telah dikumpul.

    Triangulasi masaTriangulasi masa melibatkan tempoh membuat buku skrap dalam kumpulan selamaempat minggu. Saya telah menjalankan penyelidikan ini semasa praktikum FasaTiga sebelum pelaksanaan penyelidikan tindakan ini dan projek buku skrap telah

    dijalankan pada Program Internship selama empat minggu. Perkembangan muriddapat diteliti dengan baik dan disemak dari semasa ke semasa.

    Triangulasi PenyelidikTriangulasi sumber pula ialah semakan ujian pra dan ujian pos oleh saya dan rakansepraktikum saya untuk memastikan semakan adalah konsistensi dan tiada biasdemi menyemak kesahan data saya. Selain itu, saya juga meminta rakansepraktikum untuk memerhati penglibatan peserta kajian dalam penggunaankaedah pembelajaran berasaskan projek bagi tajuk cara tumbuhan membiak.Pemerhatiannya turut dijadikan bukti sokongan terhadap senarai semakpemerhatian yang telah saya buat.

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    9/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    262

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    Triangulasi kaedahSaya menggunakan triangulasi kaedah semasa mengumpul maklumatmenggunakan kaedah yang berlainan kepada murid-murid yang sama. Dalampenyelidikan tindakan ini, saya menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra dan

    ujian pos dan juga soal selidik.

    REFLEKSIRefleksi dapatan

    Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkankefahaman murid-murid Tahun 4 terhadap topik cara tumbuhanmembiak ?

    Kaedah pembelajaran berasaskan projek telah menukarkan kaedah p&p sayadaripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Sebelum ini, saya jarangmenggunakan kaedah p&p yang berpusatkan murid. Saya berpendapat bahawakaedah tersebut mengambil masa yang lama dan menjejaskan kelancaran p&psaya. Akan tetapi, pernyataan Trigwell dan Prosser (1996) telah menyedarikan sayatentang keperluan untuk bertukar kaedah P&P. Trigwell dan Prosser menyatakanguru perlu menyedari bahawa guru tidak dapat memindahkan sesuatu pandanganatau konsep baru tentang dunia kepada pelajar. Kaedah berpusatkan murid adalahsatu keperluan. Saya telah merancang mengajar topik cara tumbuhan membiakdengan kaedah pembelajaran berasaskan projek( project based learning) melaluibuku skrap.

    Penyelidikan tindakan ini membolehkan saya memahami manfaat perbincangankumpulan. Peserta murid saling berbincang dan berkongsi idea semasa membuatbuku skrap. Murid-murid yang terdiri daripada 30 orang murid dari Tahun 4 telah

    dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyaiseorang ketua kumpulan.

    Rajah 6. Murid saling membuat perbincangan semasa menghasilkan buku skrapdalam kumpulan.

    Rajah 6 telah menunjukkan murid-murid sedang membuat perbincangan bersama-sama dan saling berkongsi idea semasa membuat projek dalam kumpulan.Perbincangan dalam kumpulan membolehkan murid-murid memperolehi gambarandan kefahaman yang lebih mendalam. Murid-murid telah dimotivasikan dan minatmereka telah dipertingkatkan semasa membuat projek. Ahli kumpulan telah salingtolong-menolong di antara satu sama lain. Bagi ahli kumpulan yang mempunyaipencapaian yang lebih baik, telah menolong atau membimbing ahli kumpulan yanglebih lemah. Setelah mengumpulkan gambar-gambar dan maklumat tumbuhan,setiap kumpulan telah menghasilkan buku skrap mereka dalam kelas. Dalamkumpulan berempat, setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersama-

    sama untuk meletakkan gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap.

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    10/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    263

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    Seterusnya, mereka harus mengklasifikasikan tumbuhan melalui carapembiakannya dan menyenaraikan nama bagi tumbuhan yang ditunjukkan dalamgambar. Oleh itu, murid berpeluang menyelesaikan masalah denganmengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya dalam buku skrap.

    Rajah 7. Contoh buku skrap yang dihasilkan oleh murid.

    Murid telah berjaya mengklasifikasi dan mengenalpasti enam cara bagi tumbuhanmembiak dan akhirnya melekatkan gambar tumbuhan yang dikumpul bersama-sama dalam buku skrap seperti dalam Rajah 7 mengikut enam cara tumbuhan

    membiak tersebut.

    Rajah 8. Murid berasa riang dan gembira semasa membuat buku skrap.

    Merujuk Rajah 8, saya mendapati semasa murid-murid membuat buku skrap,mereka telah berasa gembira dan riang. Mereka kelihatan bermotivasi dengan

    membuat perbincangan sesama ahli kumpulan dan telah memberi perhatian penuhdan kerjasama yang baik semasa membuat buku skrap kerana berasa seronok.Masalah kawalan kelas telah dikurangkan dengan tidak membuat bising, berlari,mengantuk dan lain-lain. Mereka telah saling tolong menolong dan ahli kumpulanyang memberi pencapaian yang lebih baik akan memberi bantuan, bimbingankepada ahli kumpulan yang sederhana dan lemah. Oleh itu, masalah kawalan kelasdiselesaikan berbanding sebelum tindakan.

    Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat membantu tigapuluh orang murid Tahun 4 menguasai topik cara tumbuhan membiakdengan baik?

    Penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah membantu saya dalammenarik perhatian murid dan memupuk minat mereka untuk melibatkan diri dalamaktiviti yang dirancang oleh saya di dalam kelas. Projek buku skrap akanmeningkatkan prestasi pelajar iaitu pemahaman idea, konsep, teori dan prinsipsains dengan mentafsir dan menerangkan, maklumat yang konkrit. Prestasi murid-murid ditunjukkan dengan mereka dapat memberi huraian yang jelas danmenyediakan butir-butir dan hujah yang tepat dalam buku skrap. (Newmann danWehlage 1995)

    Selain itu, penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah menjadikanpengajaran saya lebih mudah difahami oleh murid-murid. Mereka tidak berasabosan dalam pengajaran saya, mereka telah saling membuat perbincangan dan

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    11/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    264

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    kelihatan seronok dan riang. Dalam kumpulan beempat, setiap ahli kumpulan telahmembuat perbincangan bersama-sama untuk meletakkan gambar tumbuhan yangdikumpul ke dalam buku skrap. Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikantumbuhan dengan cara membiaknya iaitu melalui cara biji benih, daun, spora,

    keratan batang dan batang bawah tanah serta salur dan menyenaraikan nama bagitumbuhan yang ditunjukkan dalam gambar. Oleh itu, murid telah berjayamenyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan tumbuhan mengikut caramembiaknya dalam buku skrap.

    Selain itu, penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah menjadikanpengajaran saya lebih mudah difahami oleh murid-murid. Mereka tidak berasabosan dalam pengajaran saya, mereka saling berbincang dan kelihatan seronokserta riang. Dalam kumpulan berempat, setiap ahli kumpulan telah membuatperbincangan bersama-sama untuk meletakkan gambar tumbuhan yang dikumpulke dalam buku skrap. Oleh itu, murid telah berjaya menyelesaikan masalah denganmengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya.

    Penggunaan kaedah ini banyak membantu 30 orang murid saya dalam menguasaitajuk cara tumbuhan membiak . Ini dapat dibuktikan berdasarkan ujian pra dan pos.

    Rajah 9. Keputusan ujian pra dan ujian pos bagi dua orang murid

    Menurut Rajah 9 di sebelah kiri, murid X telah mendapat markah 40 dalam ujian pratetapi dalam ujian pos, murid X telah mendapat markah 80 selepas tindakan. Inibermakna, murid ini telah mendapat kemajuan sebanyak 40 markah dan telahmenguasai topik ini. Rajah di sebelah kira ialah keputusan bagi murid Y, dalamujian pra murid Y telah mendapat 50 markah dan ujian pos telah mendapat 80markah. Murid Y telah mendapat kemajuan sebanyak 30 markah berbandingsebelum tindakan dijalankan oleh saya.

    Jadual 3.Perbandingan peratus gred murid dalam ujian pra dan ujian posMarkah Gred Bilangan Murid/Peratus %

    Sebelum ujian tindakan Selepas ujian tindakan

    80-100 A 2 6.67 6 20.00

    60-79 B 7 23.33 13 43.33

    40-59 C 10 33.33 8 26.67

    20-39 D 8 20.67 2 6.67

    0-19 E 3 10.00 1 3.33

    Markahujian pramurid Yialah 50%dan ujianpos ialah80%.

    Markahujian pramurid Xialah 40%dan ujianpos ialah80%.

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    12/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    265

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    Jadual 3 telah menunjukkan terdapat dua orang mendapat gred A iaitu 6.67%dalam ujian pra dan ujian pos telah telah meningkat kepada 6 orang (20%). Bagimurid yang mendapat gred B dalam ujian pra ialah 7 orang (23.33%) sementaradalam ujian pos telah meningkat kepada 13 orang (43.33%). Bagi gred C terdapat

    10 orang (33.33%) dalam ujian pra dan terdapat penurunan iaitu 8 orang (26.67%)dalam ujian pos. Bagi murid yang mendapat gred yang gagal iaitu gred D, terdapat8 orang murid (20.67%) dalam ujian pra, bagi ujian pos, hanya terdapat 2 orang(6.67%) mendapat gred D. Bagi murid yang mendapat gred E dalam ujian pra ialah3 orang (10%) dan ujian pos telah menurun ke seorang (3.33%) sahaja. Saya telahmendapati murid-murid dapat menguasai tajuk ini dengan lebih baik berbandingsebelum tindakan dijalankan kerana kesemua murid iaitu 30 orang telahmenunjukkan kemajuan dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Murid yangmendapat gred yang kurang memuaskan iaitu gred C, D dan E telah menurunmanakala bagi gred yang baik seperti A dan B telah meningkat.

    Sebelum tindakan Selepas tindakan

    Min peratusan yang

    menjawab "Ya"30 85.24

    Min peratusan yang

    menjawab "Tidak"70 14.76

    020406080100

    MInperatusan(%)

    Rajah 10. Min peratusan bagi soal selidik sebelum dan selepas tindakan.

    Melalui soal selidik yang diberikan kepada murid, saya mendapati minat merekaterhadap topik cara tumbuhan membiak telah meningkat dengan caramenghasilkan buku skrap dan telah menguasai topik ini. Peratusan min yangmenjawab Ya sebelum tindakan ialah 30% dan yang menjawab Tidak ialah 70%.Selepas tindakan dijalankan min peratusan yang menjawab Ya telah meningkatkepada 85.24%. Jika berbanding dengan min peratusan sebelum tindakannya telahmeningkat sebanyak 55.24%. Ini bermakna lebih banyak murid-murid telahmemahami dan menguasai topik ini dengan lebih baik. Min peratusan bagi muridsasaran yang menjawab tidak adalah 70% sebelum tindakan dan selepastindakannya telah menurun ke 14.76%.

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    13/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    266

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    10

    9093.33

    6.67

    0

    50

    100

    Min peratusan

    murid yang

    memenuhi syarat

    Min peratusan

    murid yang tidak

    memenuhi syarat

    Sebelum tindakan Selepas tindakan

    Rajah 11. Perbandingan min peratusan murid yang memenuhi syarat dan tidakmemenuhi syarat sebelum tindakan dan selepas tindakan.

    Bagi pemerhatian, didapati min peratusan murid yang memenuhi syarat ialah 10%

    sebelum tindakan tetapi selepas tindakan minnya telah meningkat ke 93.33%. Inibermakna terdapat ramai murid telah memenuhi syarat dalam senarai semakpemerhatian selepas tindakan. Bagi min peratusan murid yang tidak memenuhisyarat telah mencapai 90% sebelum tindakan dan selepas tindakan telah menurunke 6.67% sahaja.

    Refleksi Penilaian TindakanSecara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini telah mendatangkan kesansecara positif kepada murid-murid. Mereka telah berjaya menguasai enam caratumbuhan membiak dan memberi contoh tumbuhan selepas penyelidikan tindakanyang mengggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek. Mereka juga

    mampu untuk menjawab soalan-soalan ujian yang berkaitan dengan tajuk ini.Setelah menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya telah mengetahui lebihmendalam tentang kaedah pembelajaran berasaskan projek. Saya juga mengetahuikelebihan dan kelemahan saya melalui kajian tindakan ini. Dengan menyedarikelemahan diri saya dalam penyelidikan tindakan, saya berjanji akan memperbaikikelemahan-kelemahan yang timbul dan saya yakin bahawa P&P saya akan lebihberkesan pada masa akan datang.

    Dapatan kajian telah menunjukkan kaedah pembelajaran berasaskan projekberkesan dalam membantu murid mempelajari topik cara tumbuhan membiak. Hasilanalisis soal selidik dan pemerhatian mendapati setelah kaedah ini digunakan,peserta kajian yang tidak begitu minat dalam sains menjadi lebih seronok, ceria,dan suka mempelajarinya. Mereka juga berkeyakinan bahawa kaedah tersebutdapat membantu mereka menyelesaikan soalan dalam ujian.

    Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil kajian tindakan ini. Kaedahpembelajaran berasaskan projek yang saya gunakan dalam pengajaran tajuk caratumbuhan membiak berjaya memberi kesan yang positif kepada peningkatankefahaman murid tahun 4. Walaupun pada akhir kajian tindakan, masih terdapattiga orang murid yang tidak dapat menguasai tajuk ini dengan sepenuhnya dimanamereka mendapat gred D dan E dalam ujian selepas tindakan, namum padahakikatnya mereka telah mencapai peningkatan markah yang ketara dalam ujianselepas tindakan jika dibandingkan dengan markah ujian sebelum tindakan. Saya

    percaya jika murid tersebut diberi lebih banyak bimbingan dan diajar dengan

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    14/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    267

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    keadah pengajaran yang lebih interaktif, mereka pasti dapat menguasai tajuk inidengan baik.

    Refleksi Pembelajaran KendiriSaya telah menambah baik amalan sebagai seorang penyelidik memandangkan inimerupakan pengalaman kali pertama saya menjalankan penyelidikan tindakan disekolah rendah. Kekurangan pengalaman dalam diri telah mendatangkan pelbagaikekangan kepada saya untuk menyelesaikan penyelidikan tindakan ini. Perkarayang telah saya pelajari ialah dari segi teknik yang digunakan semasa inginmengendalikan satu projek iaitu dengan murid-murid untuk menyiapkan buku skrapdan memastikan setiap dari mereka dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Sayatelah mempelajari teknik mengendalikan sesuatu projek dengan murid-muridsekolah rendah dengan betul supaya mereka dapat menyiapkan buku skrap dalamtempoh yang ditetapkan. Saya telah memahami kepentingan menjalin hubunganrapat dengan murid, iaitu mereka berani berjumpa saya sekiranya merekamenghadapi apa-apa masalah dalam pembelajaran mereka. Dengan itu, saya lebih

    memahami masalah yang mereka hadapi dan seterusnya dapat membantu mereka.Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, saya mendapati bahawa guru-guruharus sentiasa menyesuaikan keadah dan strategi pengajaran mereka berdasarkantahap kemampuan dan keperluan murid-murid. Jika guru mendapati sesuatukaedah atau strategi pengajaran yang digunakanya tidak sesuai untuk muridnyamaka guru harus berusaha untuk mencari kaedah lain yang sesuai agar muriddapat menerima apa yang ingin disampaikan oleh guru mereka dengan baik.Proses ini memerlukan seseorang guru membuat refleksi pengalaman yang lepas,mengenalpasti masalah, menentukan objektif yang ingin dicapai, merancang carapenyelesaian, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul maklumat dan akhirnyamenentukan kesesuaianya untuk digunakan dalam kelas.Inilah rasional utama

    kajian tindakan yang dijalankan oleh guru sekolah dari semasa ke semasa.

    Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini merupakan salah satu daripadacara menambahkan pengalaman mengajar yang memberi peluang kepada sayauntuk memperkukuhkan lagi perkembangan profesionalisme sebagai guru yangberupaya menilai diri saya sendiri.

    Cadangan kajian seterusnya:Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan yang telah saya jalankanmendatangkan kesan yang positif dalam kalangan murid Tahun 4. Walaupunterdapatnya peningkatan dalam prestasi murid saya tetapi masih ada tiga orang

    murid yang gagal dalam ujian pos. Oleh itu, saya akan melanjutkan tindakan sayake kitaran yang seterusnya. Tempoh masa selama satu bulan untuk perlaksanaankajian tindakan ini tidak mencukupi bagi saya untuk mengesan kefahaman muriddan meninjau pencapaian mereka dalam topik cara tumbuhan membiak dengansepenuhnya terutamanya bagi tiga orang murid yang mendapat gred D dan Edalam ujian selepas tindakan. Lebih banyak masa diperlukan untuk memberibimbingan kepada murid yang lemah. Selain itu, murid-murid boleh membuat bukuskrap digital kerana ini akan meningkatkan teknik mereka untuk menggunakankomputer dan memudahkan murid untuk menyiapkan projek.

    KesimpulanSecara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan kesan kepada setiap pesertakajian dalam peningkatan kefahaman dan juga pencapaian mereka serta telah

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Pelaksanaan Kuiz

    15/15

    Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

    268

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012

    27&28September 2012/ IPG KBL

    berjaya menambah baik amalan P&P saya. Saya menyedari sebagai seorang guru,saya harus sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa untuk mencapaiaspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbangdan menyeluruh.

    RujukanBransford & Stein. (1993) Science, an involvement approach to elementary Sciencemethods. New York:International Publications

    Newmann and Wehlage. (1995). Project based learning in teaching primary science.New York: Trans-Atlantic Pubns

    Merill, j. ( 1991) Approaches to teaching science subjets: Project based learning,United States:Pearson Education

    Trigwell, k. & Prosser, M. (1996) Changing approaches to teaching: a relationalperpective, New Jessey: Upper Saddle River Inc