14
Latihan soalan objektif Nama Guru Jamal bin Ali Kelas Tahu n 5 Mata Pelajar an Kemahir an Hidup Tajuk Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Kaedah Perbincangan & Tunjuk cara Tugasan Setiap murid secara berkumpulan dibekalkan dengan satu masalah untuk diselesaikan. Murid diminta menceritakan pengalaman (pengetahuan sedia ada) tentang pemeliharaan haiwan kesayangan. Dalam menyelesaikan masalah yang dibekalkan itu, mereka juga diminta menceritakan pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada melalui penemuan, pengalaman baru dan model. Pelaksana an Dilakukan secara kumpulan 5 orang Jadual 1 1. Berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 1, namakan konsep pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang untuk dilaksanakan oleh cikgu Jamal. A Kontekstual B Kognitivisme C Behaviourisme D Konstruktivisme 2. Antara tajuk pelajaran yang berikut, yang manakah paling sesuai diajar menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek? I Membaiki pakaian II Mempromosi jualan III Penyediaan bekas ikan hiasan IV Menghasilkan produk reka cipta V Penyelenggaraan bahagian bangunan A I , II dan III sahaja B I , III dan IV sahaja C II , III dan IV sahaja D III , IV dan V sahaja 3. Seorang guru mengajar amali reka cipta menggunakan bahan terbuang sambil berusaha menambahkan kebolehan pelajar dengan membuat tindakan dan ramalan secara saintifik serta bermakna. Namakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang beliau gunakan. E Reka Cipta F Penemuan Inkuiri G Kajian Masa Depan H Pembelajaran Berasakan Ketrampilan 4. Bilakah hasil pembelajaran bagi sesuatu pembelajaran berasaskan ketrampilan dapat dinilai? I Selepas selesai sesuatu unit pembelajaran J Selepas mengikuti sesuatu program pengajian K Selepas setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran 1

contoh soalan (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: contoh soalan (1)

Latihan soalan objektif

Nama Guru Jamal bin Ali

Kelas Tahun 5

Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup

Tajuk Pemeliharaan Haiwan Kesayangan

Kaedah Perbincangan & Tunjuk cara

Tugasan Setiap murid secara berkumpulan dibekalkan dengan satu masalah untuk diselesaikan. Murid diminta menceritakan pengalaman (pengetahuan sedia ada) tentang pemeliharaan haiwan kesayangan. Dalam menyelesaikan masalah yang dibekalkan itu, mereka juga diminta menceritakan pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada melalui penemuan, pengalaman baru dan model.

Pelaksanaan

Dilakukan secara kumpulan 5 orang

Jadual 1

1. Berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 1, namakan konsep pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang untuk dilaksanakan oleh cikgu Jamal.

A Kontekstual

B Kognitivisme

C Behaviourisme

D Konstruktivisme

2. Antara tajuk pelajaran yang berikut, yang manakah paling sesuai diajar menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek?

I Membaiki pakaian

II Mempromosi jualan

III Penyediaan bekas ikan hiasan

IV Menghasilkan produk reka cipta

V Penyelenggaraan bahagian bangunan

A I , II dan III sahaja

B I , III dan IV sahaja

C II , III dan IV sahaja

D III , IV dan V sahaja

3. Seorang guru mengajar amali reka cipta menggunakan bahan terbuang sambil berusaha menambahkan kebolehan pelajar dengan membuat tindakan dan ramalan secara saintifik serta bermakna.

Namakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang beliau gunakan.

E Reka Cipta

F Penemuan Inkuiri

G Kajian Masa Depan

H Pembelajaran Berasakan Ketrampilan

4. Bilakah hasil pembelajaran bagi sesuatu pembelajaran berasaskan ketrampilan dapat dinilai?

I Selepas selesai sesuatu unit pembelajaran

J Selepas mengikuti sesuatu program pengajian

K Selepas setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran

L Selepas mengikuti sesuatu kursus atau mata pelajaran

5. Suasana aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan sekiranya guru berjaya mengaplikasikan strategi, kaedah dan teknik dengan berkesan. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah pengajaran?

M Aktiviti yang pelbagai dirancang dan digunakan dalam pengajaran.

N Cara-cara mata pelajaran diajar berdasarkan kepada objektif jangka panjang.

O Proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru.

P Satu siri tindakan guru yang dilakukan secara bersistematik serta berurutan

1

Page 2: contoh soalan (1)

dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

6. Yang manakah antara berikut paling tepat menggambarkan strategi pemusatan murid?

Q Menekankan pembelajaran kendiri dan inkuiri penemuan

R Perancangan pembelajaran disediakan oleh murid sendiri

S Mementingkan aspek perkembangan sahsiah dan emosi murid

T Guru memberi perhatian kepada semua murid semasa peroses pengajaran dan pembelajaran

7. Bagaimanakah teknik simulasi dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran?

U Murid berpeluang membuat penilaian kendiri

V Murid berpeluang mengalami sendiri sesuatu situasi

W Murid berpeluang menentukan sendiri hasil pembelajaran mereka

X Murid berpeluang menunjukkan bakat masing-masing semasa belajar

8. Prinsip - prinsip berikut adalah sesuai dipadankan dengan kaedah tunjuk cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

II Mengutamakan aspek keselamatan

III Membantu murid membuat rumusan

IV Menarik perhatian murid terhadap aspek – aspek penting

V Mengadakan aktiviti susulan bagi mengukuhkan kefahaman murid

VI Menerangkan semula kepada murid mana-mana aspek yang menimbulkan keraguan

A I , II dan III sahaja

B I , III dan IV sahaja

C II , IV dan V sahaja

D III , IV dan V sahaja

9. Modul merupakan antara bahan sokongan yang sangat berkesan untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan yang tepat tentang ciri utama pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul ialah

E bilangan hasil pembelajaran ditetapkan

F tidak dilakukan penilaian di akhir modul

G isi pelajaran disusun mengikut sukatan pelajaran

H murid diberi kebebasan memilih tajuk dan kaedah pembelajaran

Nyatakan nama, jenis dan fungsi komponen berdasarkan simbol dalam jadual di bawah.

Simbol

Nama

Jenis

Fungsi

Jadual 2

10. Jadual 2 adalah contoh soalan komponen elektronik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Aras soalan mengikut Taksonomi Bloom berdasarkan soalan tersebut adalah

I aplikasi

J penilaian

K kefahaman

2

Page 3: contoh soalan (1)

L pengetahuan

11. Lazimnya pada bulan Disember sebelum musim baru persekolahan bermula rancangan tahunan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) perlu disiapkan.

M Guru kelas

N Ketua Bidang

O Guru Panatia

P Guru Mata Pelajaran

12. Sebelum menyampaikan isi pelajaran, seseorang guru itu terlebih dahulu memulakan aktivitinya dengan melakukan set induksi.

Daripada pernyataan berikut, yang mana satukah bukan tujuan pelaksanaan set induksi bagi sesuatu pengajaran.

Q Memotivasikan murid untuk meneruskan pelajaran

R Menimbulkan persoalan tentang tajuk yang akan dipelajari

S Menjadikan murid lebih bersedia untuk mengikuti tajuk yang akan dipelajari

T Menggalakkan murid berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan oleh guru

13. Urutan langkah-langkah yang tepat dalam mentafsirkan sukatan pelajaran bagi menghasilkan rancangan kerja semester yang berkesan ialah

U

V

W

X

14. Alat bantuan pengajaran yang paling asas dalam membantu pengajaran seseorang guru adalah

Y buku teks

Z papan tulis

AA kad imbasan

BB sukatan pelajaran

15. Manakah bahan bantu mengajar yang paling berkesan untuk memberi kefahaman kepada murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

CC Projektor LCD

DD Perisian komputer

EE Bahan multimedia

FF Bahan maujud/sebenar

3

Menentukan tajuk

pembelajaran

Merujuk buku panduan khas

Menentukan hasil

pembelajaran

Merancang aktiviti P & P

Menentukan tajuk

pembelajaran

Menentukan hasil

pembelajaran

Merancang aktiviti P & P

Merujuk buku panduan khas

Menentukan hasil

pembelajaran

Merujuk buku panduan khas

Menentukan tajuk

pembelajaran

Merancang aktiviti P & P

Merujuk buku panduan khas

Menentukan tajuk

pembelajaran

Menentukan hasil

pembelajaran

Merancang aktiviti P & P

Page 4: contoh soalan (1)

16. Tindakan berhemah yang sepatutnya diambil oleh guru Kemahiran Hidup dalam menguruskan bahan-bahan pengajarannya adalah sentiasa

GG mengenal pasti bahan–bahan lama yang perlu dilupuskan

HH mencari peluang untuk membeli bahan – bahan yang baharu

II berusaha supaya bahan-bahan pengajaran boleh dimanfaatkan semula

JJ mencari ruang yang lebih kondusif untuk menempatkan bahan-bahan pengajaran

17. Apabila sekolah menerima bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, bahan itu seboleh–bolehnya hendaklah

KK disimpan di bengkel Kemahiran Hidup

LL didaftarkan dan diisimpan di tempat yang wajar

MM diagihkan penyimpanannya dalam kalangan guru Kemahiran Hidup

NN disimpan di bilik guru besar atau penolong kanan kecuali diperlukan

18. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid

OO belajar sendiri dengan penyeliaan yang minimum oleh guru.

PP memindahkan pembelajaran dari satu situasi ke satu situasi yang lain.

QQ belajar mengekalkan maklumat lebih berkesan dengan melakukannya sendiri.

RR membina keyakinan diri kerana dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan.

19. Pilih kenyataan yang paling tepat mengenai sesi pengajaran mikro.

SS Mesti dimulai dengan set induksi

TT Hanya dilaksanakan dalam makmal pengajaran mikro

UU Hanya berfokus kepada satu kemahiran tertentu sahaja

VV Mencakupi langkah permulaan hingga langkah penutup

20. Objektif komponen kemahiran variasi rangsangan dalam pengajaran mikro adalah seperti berikut kecuali

WW memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat mereka terhadap pengajaran guru.

XX memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

YY memotivasikan murid serta membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti dan gaya penyampaian guru.

ZZ menjalin hubungan yang berterusan antara guru dengan murid melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

4

Page 5: contoh soalan (1)

Latihan soalan struktur.

1.

Tajuk : 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta(a) Kajian reka bentuk dan kefungsian produk.

(i) Membuka dan memasang Kit Model Kereta.

Rajah 1

a Rajah 1 adalah petikan maklumat Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup. Jelaskan langkah-langkah pengajaran menggunakan beberapa kemahiran asas Kajian Masa Depan.

Langkah 1

Murid di minta membuka dan menyenaraikan komponen yang terdapat dalam kit Model Kereta yang disediakan

Langkah 2

Dalam kumpulan murid diminta berbincang tentang fungsi setiap komponen dan membuat ramalan tentang ciri-ciri kereta pada masa depan seterusnya membuat jangkaan kesan dan akibatnya terhadap kehidupan manjusia.

Langkah 3

Murid di minta memasang kit model kereta dan mengujinya setelah siap dipasang.

b Dua bentuk aktiviti Pembelajaran Psikomotor yang boleh diaplikasikan dalam Kaedah Kajian Masa Depan seperti tajuk dalam Rajah 1.

i Membuka model kereta

Murid membuka model kereta yang disediakan dengan cermat dan teliti serta membuat catatan urutan proses membuka kereta tersebut.

ii Memasang semula model kereta

Murid memasang semula model kereta yang telah dibuka dengan proses menyongsang berpandukan catatan urutan proses membuka.

iii Mengubahsuai reka bentuk

Murid diminta mengubahsuai reka bentuk kereta melalui lakaran mengikut kreativiti masing-masing.

2. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah .

a Terangkan konsep strategi pengajaran dan pembelajaran.

Aspek perancangan untuk:

• menambahbaik / meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

• menyusun atur aktiviti–aktiviti dan bahan

• mengenal pasti matlamat dan objektif

• melakukan usaha–usaha ke arah pencapaian objektif

5

Page 6: contoh soalan (1)

b Tiga kelebihan kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan bahan.

• Murid memilih sendiri bahan yang mereka mahu gunakan

• Pembelajaran aktif berlaku

• Lebih daripada satu bahan digunakan – merangsang pembelajaran murid

• Peluang untuk murid sendiri membina bahan

• Murid terlibat dalam proses membina ilmu dan kemahiran

c Empat tujuan penyoalan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

• Dapat mendengar jawapan yang mencapah daripada murid

• Membina keyakinan dan kejayaan

• Dapat menekankan isi–isi utama

• Melibatkan murid secara aktif

• Mengadakan ruang untuk murid menyuarakan pendapat

3. Bahan bantu mengajar kerap kali digunakan oleh guru semasa menyampaikan isi pelajaran.

a Lima tujuan guru menggunakan bahan bantu mengajar adalah

• Menarik perhatian pelajar

• Mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari murid

• Menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus

• Meneguhkan ingatan pelajaran terhadap pengajaran guru

• Menghasilkan pembelajaran yang konkrit

• Memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar

• Memudahkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru

b Bahan bantu mengajar ialah alat yang menyokong proses penyampaian pembelajaran dan membantu guru menyampaikan isi kandungan dengan lebih efektif.

Tiga cara terbaik guru menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1. Gantung pada satu tempat yang sesuai – mudah dilihat. Boleh dipamerkan keseluruhan atau bahagian yang perlu sahaja selari dengan isi yang diajar pada satu-satu masa. (Carta, gambar)

2. Diletakan pada satu tempat yang sesuai untuk dilihat oleh semua murid. (Bahan Maujud)3. Beri arahan yang jelas cara penggunaan ABM4. Tunjukkan ABM pada masa yang perlu sahajaBimbingan fakta dilkukan dari masa ke

semasa5. Dikumpul semula selepas tidak lagi digunakan

6

Page 7: contoh soalan (1)

c Bagi memastikan bahan yang diperolehi dari sumber internet itu merupakan maklumat yang sah dan sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran

Dua ciri umum untuk menilai sumber daripada internet.

i. (i) Ketepatan (Accuracy) : kandungan isi yang dinyatakan itu didapati tepat dan ada unsure tanggungjawab.

ii. (ii) Bukti dan keterangan pengarang (Autority) : lihat kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan tersebut, lihat juga sumber rujukannya.

iii. (iii) Berobjektif (Objectivity): bahan yang menyampaikan maklumat yang terkini. Lihat tarikh hak ciptanya.

iv. (iv) Liputan(coverage) : liputannya komprehensif, ekstensif dan intensif.Pendedahan kemahiran pengajaran mikro merupakan satu bentuk latihan simulasi yang sangat berkesan dalam latihan perguruan. Salah satu kemahiran mikro ialah kemahiran variasi rangsangan.

4. Cadangkan berserta contoh lima kemahiran variasi rangsangan dan bagaimanakah amalan ini dapat dilaksanakan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

a Perubahan pergerakan langkah guru

(kiri ke kanan, depan – belakang dan sebagainya tetapi tidak berlebihan)

b Perubahan pergerakan anggota badan guru

(tangan, kepala, bahu, hentian dan lain-lain ’body language’)

c Perubahan nada suara guru

(mendatar – lantang, lantang – perlahan – senyap)

d Perubahan fokus deria pelajar

(mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan bau)

e Perubahan bentuk lisan pelajar

(menyoal-jawab, bertutur-membaca, bercerita-membaca)

f Perubahan bentuk fizikal pelajar

(menulis, duduk-berdiri, demontrasi, berlakon)

7

Page 8: contoh soalan (1)

Latihan soalan esei.

1. Huraian perbandingan antara pendekatan objektivisme dengan pendekatan konstruktivisme dalam konteks mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Beberapa aspek/faktor yang perlu ditonjolkan dalam jawapan pelajar iaitu

Pendekatan Objektivisme

• Guru bertindak sebagai penyampai dan murid akan menerima dan akur dengan apa sahaja yang disampaikan oleh guru tanpa sebarang respon yang bersifat kritis.

• Isi pelajaran dan aktiviti murid dirancang dengan format tertentu yang ditetapkan.

• Penilaian ke atas pencapaian murid sepenuhnya adalah berdasarkan kepada soalan dan jawapan yang telah ditetapkan oleh guru.

• Guru sebagai pemutus tentang apa yang perlu dipelajari oleh murid dan siapa yang akan mengajar serta bagaimana hendak belajar.

• Suasana pembelajaran lebih terancang dan mudah dikawal

Pendekatan Konstruktivisme

• Guru bertindak sebagai pemudahcara yang membimbing murid-murid untuk menguasai isi pelajaran melalui usaha dan kreativiti mereka sendiri secara aktif serta sedia memberi respon yang mungkin boleh mencabar pengetahuan guru.

• Murid memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru melalui aktiviti yang bebas tetapi terkawal.

• Murid berpeluang membuat penilaian kendiri.

• Murid boleh menentukan apa yang hendak dipelajari, siapa yang patut mengajar dan bagaimana hendak belajar.

• Suasana pembelajaran lebih bebas dan sukar dikawal

Rumusan

• Kedua-dua pendekatan mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing.

• Kedua-dua pendekatan boleh digunakan dengan berkesan berdasarkan kesesuaiannya dengan tajuk dan isi pelajaran, tahap kebolehan murid, jangka masa yang diperuntukkan dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

• Amalan dalam sistem persekolahan sekarang secaram umumnya lebih berorientasikan pendekatan objektivisme yang meletakkan guru adalah segalanya dalam menyampaikan isi pelajaran dan menilai pencapaian pelajar.

• Mata pelajaran Kemahiran Hidup yang melibatkan pelbagai bidang kemahiran mempunyai ruang yang luas untuk guru mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

• Pendekatan objektivisme lebih sesuai untuk pembelajaran yang mementingkan aspek kognitif sementara pendekatan konstruktivisme lebih sesuai untuk pembelajaran yang mementingkan aspek afaktif dan psikomotor

2. Bincangkan kaedah dan teknik pengajaran yang berpusatkan murid, guru dan bahan

Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan murid

• Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran

• Komunikasi dua hala di mana guru sebagai pemudahcara dan murid melakukan aktiviti

• Menekankan pemebelajaran kendiri, terarah kendiri dan kaedah dapatan melalui kaedah inkuiri (penemuan)

• Lebih utamakan hasil pembelajaran

• Menekankan perkembangan aspek emosi, rohani, jasmani dan intelek murid

8

Page 9: contoh soalan (1)

• Ujian formatif, menggunakan hasil ujian bagi mengatasi kelemahan

Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan guru

• Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala.

• Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar.

• Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik.

• Murid-murid kurang berpeluang menyumbangkan pendapat mereka.

• Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.

• Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.

Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan bahan

• Mempunyai variasi media dan bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan guru menarik perhatian murid semasa penyampaian ilmu seperti audio visual, buku das lain-lain bahan cetak.

• Diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, specimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen, projektor dan komputer sementara bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja dan bahan bercerita.

• Menumpukan penggunaan bahan pembelajaran oleh pelajar.

• guru hanya membimbing dan pelajar berinteraksi dengan bahan untuk memahami dan menguasai sesuatu kemahiran.

• pelajar lebih berdikari dalam proses pembelajaran mereka melalui penggunaan buku kerja, CD-ROM pembelajaran, audio-visual, modul dan melayari internet.

Rumusan

• Menyatakan hubungkait bagi ketiga-tiga kaedah dan teknik supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan pencapaian hasil pembelajaran akan lebih berkesan.

3. Maklumat umum yang perlu dinyatakan rancangan pengajaran harian (RPH).

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup

Kelas : Tahun Lima Amanah

Kehadiran : 30 orang

Tajuk : Penyediaan tapak semaian sayuran

Masa : 10.00 – 11.00 pagi

Pengetahuan sedia ada : Murid – murid pernah melibatkan diri dalam gotong royong membersihkan rumput rumpai di sekolah

Hasil pembelajaran:

Pada akhir pengajaran murid-murid dapat

9

Page 10: contoh soalan (1)

(i) menyatakan nama peralatan perkebunan yang digunakan dalam persediaan tapak sayuran (cangkul, sudip tangan dan pencakar tangan)

(ii) menyatakan kegunaan peralatan perkebunan yang digunakan

(iii) memberitahu tapak yang sesuai dan tidak sesuai untuk penanaman sayur–sayuran

(iv) menyatakan ciri-ciri tapak semaian yang sesuai untuk tanaman sayuran

(v) menggemburkan tanah di tapak semaian untuk tanaman sayuran

Nilai:

- cermat

- menjaga keselamatan

- berkerjasama

- disiplin

- mematuhi peraturan

KB:

- membuat urutan / tertib

- mengkategori

- membuat keputusan

- membanding beza

BBM :

cangkul, sudip tangan, pencakar tangan, pongkis, sarung tangan, carta, kad imbas.

Berdasarkan kepada maklumat umum yang terkandung dalam RPH, berikut adalah tiga asas pertimbangan mengapa maklumat tersebut diperlukan.

Keselamatan:

- murid sangat seronok apabila diminta untuk melakukan kerja – kerja lapangan. Mereka boleh melakukan perkara – perkara yang membahayakan rakan – rakan. Maka nilai ’menjaga keselamatan’ dimasukkan dengan tujuan guru akan sentiasa peka menjaga keselamatan murid dan alatan di samping mengingatkan murid (seperti jangan bermain – main)

Penulisan hasil pembelajaran yang mudah

- hanya tiga alatan sahaja yang disenaraikan dengan tujuan agar aktiviti ke arah hasil pembelajaran itu akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin . Fokus pelajaran pada hari tersebut adalah amali, maka pelajaran akademik guru akan selesaikan sesegera mungkin.

Masa yang diperuntukan (60 minit)

- kerja membersihkan dan menggemburkan tanah mengambil masa yang lama. Murid-murid sekolah rendah memerlukan masa yang panjang seperti itu . Mereka juga perlu masa untuk membersihkan diri dan mengemaskan alatan setelah tamat sesi pengajaran dan pembelajaran.

KB: membuat urutan / tertib

- murid sepatutnya boleh memberitahu tertib dalam menyediakan kawasan untuk penanaman: bermula dengan membersihkan kawasan dan menggemburkan tanah. Jikapun mereka tidak mampu dengan menyatakan akan hal ini secara teratur, adalah diharapkan murid dapat tunjukkan kefahaman semasa melakukan amali.

10