24
1. SOALAN UMUM Sistem Saraan Malaysia (SSM) 1.1 Apakah Sistem Saraan Malaysia? Jawapan: Sistem Saraan Malaysia (SSM) merupakan usaha kerajaan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam negara bersesuaian dengan (i) keperlukan mewujudkan pekerja berilmu dan berkemahiran yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju, (ii) memastikan perkhidmatan awam kekal, relevan dan mampu melaksanakan peranannya dengan berkesan serta berupaya menghadapi keperluan dan cabaran semasa (iii) menangani ekspektasi pelanggan yang sentiasa meningkat dan (iv) memastikan perkhidmatan awam dianggotai olhe pegawai yang berintegriti, telus dan mempunyai akauntabiliti selaras dengan keperluan good governance. Isu naik pangkat sebelum pelaksanaan SSM 1.2 Siapakah yang layak diberi pertimbangan? Jawapan: Anggota yang berlayak adalah disenaraikan seperti berikut: ISU-ISU PELAKSANAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SEBELUM PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) BI L ISU CADANGAN 1 Anggota yang layak dipertimbangkan i. Anggota yang telah memangku sebelum 1 November 2002 ii. Anggota yang telah berkhidmat 20 tahun dan lebih. 2 Tarikh kenaikan pangkat anggota yang memangku sebelum 1.11.2002 Kenaikan pangkat mulai tarikh memangku atau tarikh yang sesuai berasaskan prestasi anggota.

Contoh Soalan PTK ( Umum )

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh Soalan PTK ( Umum )

1. SOALAN UMUM

Sistem Saraan Malaysia (SSM)

1.1 Apakah Sistem Saraan Malaysia?

Jawapan:Sistem Saraan Malaysia (SSM) merupakan usaha kerajaan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam negara bersesuaian dengan(i) keperlukan mewujudkan pekerja berilmu dan berkemahiran yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju,(ii) memastikan perkhidmatan awam kekal, relevan dan mampu melaksanakan peranannya dengan berkesan serta berupaya menghadapi keperluan dan cabaran semasa(iii) menangani ekspektasi pelanggan yang sentiasa meningkat dan(iv) memastikan perkhidmatan awam dianggotai olhe pegawai yang berintegriti, telus dan mempunyai akauntabiliti selaras dengan keperluan good governance.Isu naik pangkat sebelum pelaksanaan SSM

1.2 Siapakah yang layak diberi pertimbangan?

Jawapan:Anggota yang berlayak adalah disenaraikan seperti berikut:

ISU-ISU PELAKSANAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SEBELUM PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

BIL ISU CADANGAN

1 Anggota yang layak dipertimbangkan

i. Anggota yang telah memangku sebelum 1 November 2002

ii. Anggota yang telah berkhidmat 20 tahun dan lebih.

2 Tarikh kenaikan pangkat anggota yang memangku sebelum 1.11.2002

Kenaikan pangkat mulai tarikh memangku atau tarikh yang sesuai berasaskan prestasi anggota.

3 Kenaikan pangkat anggota perubatan (pakar). Anggota diberi pemangkuan ke Gred 2 setelah diwartakan pakar dan tarikh kepakaran di kebelakangkan.

Dipertimbangkan kenaikan pangkat mulai tarikh warta dan hanya anggota yang diwartakan sebelum 1.11.2002

4 Anggota telah memangku tetapi tidak memenuhi kriteria penilaian seperti kursus atau naziran

Urusan kenaikan pangkat diteruskan tertakluk dengan dikecualikan daripada syarat kriteria tersebut memadai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

5 Anggota dalam senarai Dipertimbangkan kenaikan pangkat

Page 2: Contoh Soalan PTK ( Umum )

pemangkuan berkumpulan dan calon simpanan:

ke Gred 2

6 Menetapkan tempoh peralihan untuk urusan kenaikan pangkat menggunakan Sistem Saraan Baru (SSB).

Setakat 30 Jun 2003

2. OPSYEN SSM

Tawaran Opsyen bagi pegawai yang memangku

2.1 Bagi anggota sedang memangku, pada gred manakah tawaran opsyen SSM akan dibuat, adakah pada gred hakiki atau gred jawatan yang dipangku?

JawapanAnggota yang sedang memangku akan ditawarkan opsyen SSM berdasarkan kepada gred jawatan hakiki.

Opsyen kepada yang dalam tindakan tatatertib

2.2.Adakah anggota yang sedang dalam tindakan tatatertib dan / atau tidak dapat dikesan sehingga 31 Oktober 2002, perlu diberikan Surat Tawaran Opsyen selepas 31 Oktober 2002 sekiranya anggota berkenaan hadir ke pejabat?

Jawapan(I) Anggota yang sedang dalam tindakan tatatertib adalah layak diberi surat tawaran opsyen.(ii) Anggota yang tidak dapat dikesan dalam tempoh opsyen dan hanya hadir bertugas selepas 31 Oktober 2002, hendaklah diberikan Surat Tawaran Opsyen dengan tempoh opsyen yang sama iaitu satu bulan mulai tarikh anggota dikesan.

Kelewatan penerimaan Surat Tawaran Opsyen

2.3 Sekiranya anggota lewat menerima Surat Tawaran Opsyen yang tidak memberikannya tempoh satu bulan untuk membuat opsyen, adakah anggota boleh diberi pelanjutan tempoh opsyen?

JawapanSekiranya dapat dibuktikan anggota lewat menerima Surat Tawaran Opsyen atas sebab yang munasabah, anggota boleh diberikan pelanjutan tempoh opsyen tertakluk tidak melebihi satu bulan dari tarikh penerimaan.

Opsyen kepada yang bercuti panjang

2.4 Siapakah yang bertanggungjawab memberi Surat Tawaran Opsyen kepada anggota yang sedang bercuti panjang?

JawapanKetua Jabatan terakhir tempat anggota berkhidmat adalah bertangungjawab memberikan Surat Tawaran Opsyen kepada anggota berkenaan. Bagi perkhidmatan gunasama yang ditempatkan di jawatan latihan atau kumpulan, Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab memberikan Surat Tawaran Opsyen tersebut.

Page 3: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Opsyen kepada yang bercuti panjang

2.5 Bagaimanakah kedudukan anggota bercuti panjang yang tidak dapat dikesan alamat terakhirnya untuk diberikan Surat Tawaran Opsyen?

JawapanSurat Tawaran Opsyen hendaklah diberikan sebaik sahaja anggota dapat dikesan atau apabila anggota melaporkan diri bertugas. Anggota juga layak diberikan tempoh opsyen selama satu bulan.

Tindakan mengembalikan Surat Akuan Penerimaan Opsyen

2.6 Bolehkah anggota dan Ketua Jabatan tidak mengembalikan Surat Akuan Penerimaan Opsyen?

JawapanSurat Akuan Penerimaan Opsyen perlu dikembalikan sebagai bukti anggota telah menerima Surat Tawaran dan Borang Opsyen dan Ketua Jabatan telah menerima semula Borang Opsyen anggota.

Ketepatan rekod perkhidmatan

2.7 Apakah tindakan yang boleh diambil jika gaji dalam kertas opsyen yang telah ditandatangani tidak tepat disebabkan maklumat dalam rekod perkhidmatan tidak dikemaskinikan?

JawapanKetua Jabatan hendaklah diingatkan supaya mengemaskinikan rekod perkhidmatan setiap anggota di bawah tanggungjawab mereka khususnya berkaitan dengan pergerakan gaji. Ini bermakna PPG hendaklah bersidang dan memutuskan dengan segera pergerakan gaji anggota terbabit.

Pemindaan Pilihan Opsyen

2.8 Bolehkah anggota meminda pilihan yang telah mereka buat dalam kertas opsyen?

JawapanAnggota dibenarkan mengubah pilihan yang mereka telah buat selagi opsyen belum berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, mereka dikehendaki menandatangani kertas opsyen yang baru. Pindaan yang dibuat dengan cara memotong atau memadam pilihan yang telah dibuat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Kedudukan kebelakangan tarikh kuatkuasa naik pangkat

2.9 Bagaimanakah kedudukan surat tawaran opsyen yang telah ditandatangani oleh seseorang anggota yang telahpun berkuatkuasa jika mereka dinaikkan pangkat dengan tarikh kuatkuasa dikebelakangkan sebelum tarikh kuatkuasa SSM?

JawapanAnggota terbabit perlu menandatangani surat tawaran opsyen yang baru mereka dengan kuatkuasa kenaikan pangkat yang dikebelakangkan itu telah menyebabkan maklumat dalam surat tawaran opsyen ini telah mereka tandatangani berubah.

Penyimpanan borang opsyen

Page 4: Contoh Soalan PTK ( Umum )

2.10 Di manakah borang opsyen yang telah ditandatangani oleh seseorang anggota seharusnya disimpan?

JawapanBorang opsyen yang telah lengkap ditandatangani hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota di mana rekod perkhidmatannya disimpan.

3. PRINSIP PERKHIDMATAN

Cuti Belajar Bergaji Penuh

3.1 Adakah anggota yang sedang dalam tempoh cuti belajar bergaji penuh (CBBP) sebelum tarikh kuatkuasa SSM layak diberikan pergerakan gaji sebenar bagi tempoh cuti belajar bergaji penuhnya?

JawapanAnggota yang sedang bercuti belajar bergaji penuh layak diberi pergerakan gaji sebenar hanya bagi baki tempoh cuti belajarnya iaitu pada tarikh pergerakan gaji selepas tarikh kuatkuasa.

Contoh: Anggota diluluskan CBBP selama 3 tahun mulai 1 September 2000 hingga 31 Ogos 2003. Tarikh pergerakan gaji anggota pada 1 Julai. Pergerakan gaji anggota pada 1 Julai 2001 dan 1 Julai 2002 hanya diberikan secara isyarat mengikut SSB. Pergerakan gaji anggota pada 1 Julai 2003 boleh diberi secara sebenar mengikut SSM.

Bercuti tanpa gaji (CTG)

3.2 Adakah anggota yang sedang bercuti tanpa gaji (CTG) selama tiga tahun di bawah PP 1/92, sebelum tarikh kuatkuasa SSM layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat bagi tempoh cuti tanpa gajinya?

JawapanAnggota yang sedang bercuti tanpa gaji layak diberi pergerakan gaji secara isyarat hanya bagi baki tempoh cuti tanpa gajinya, iaitu pada tarikh pergerakan gaji selepas tarikh kuatkuasa.

Contoh: Anggota diluluskan CTG selama 3 tahun mulai 1 Julai 2000 hingga 30 Jun 2003. Tarikh pergerakan gaji anggota pada 1 April. Anggota tidak layak diberi pergerakan gaji pada 1 April 2001 dan 1 April 2002 di bawah SSB. Anggota hanya boleh diberi pergerakan gaji secara isyarat pada 1 April 2003 di bawah SSM.

Bercuti Tanpa Gaji Di bawah PP6/86

3.3 Adakah anggota yang telah diluluskan CTG di bawah PP 6/86 dan telah menikmati tiga kali kenaikan gaji gaji secara isyarat dalam tempoh CTG tersebut layak mendapat faedah pergerakan gaji secara isyarat dengan pelaksanaan SSM bagi CTG seterusnya selepas SSM.

JawapanFaedah pergerakan gaji secara isyarat di bawah SSM adalah berkuatkuasa mulai 1 November 2002. Oleh itu anggota masih layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat terhad tiga kali pergerakan bagi tempoh CTG yang diluluskan selepas 1 November 2002.

Page 5: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Kenaikan pangkat bagi pegawai yang tidak memilih SSM

3.4 Adakah anggota yang tidak memilih opsyen SSM dan kekal dalam syarat perkhidmatan JKK 1976 atau SSB mempunyai peluang kenaikan pangkat yang sama dengan anggota yang memilih SSM?

JawapanPada prinsipnya, mereka masih berpeluang ditimbangkan kenaikan pangkat seperti anggota yang memilih SSM. Kenaikan pangkat anggota berkenaan akan dibuat ke gred kenaikan pangkat SSM kerana semua gred jawatan SSB telah digredkan semula di bawah SSM. Mulai tarikh kenaikan pangkat tersebut anggota akan tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan SSM.

Perlantikan KPSL dan kebelakangan tarikh lantikan

3.5Bolehkah anggota yang dilantik ke jawatan lain secara KPSL selepas kuatkuasa SSM yang dikebelakangkan tarikh lantikan sebelum 1 November 2002, diberi gaji permulaan di mata gaji P2 sekiranya mata gaji di P1 di jawatan baru tidak dapat menampung gaji di jawatan baru?

JawapanTidak boleh kerana peraturan SSM berkuatkuasa mulai 1 November 2002 tanpa dikebelakangkan sebarang faedah dan syarat perkhidmatan.

Tempoh percubaan

3.6 Adakah tempoh percubaan di bawah SSM berubah?

Jawapan: Tempoh percubaan di bawah SSM untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan telah berubah kepada tempoh antara satu hingga tiga tahun.

Tempoh percubaan bagi KPSL

3.7 Mengapakah anggota yang dilantik melalui KPSL dikenakan tempoh percubaan dan perlu disahkan dalam perkhidmatan sedangkan di bawah SSB mereka boleh terus disahkan selepas satu tahun tanpa menjalani tempoh percubaan?

Jawapan(i) Syarat tempoh percubaan ini bertujuan untuk:

a. menilai kompetensi anggota di jawatan baru; dan b. menyeragamkan syarat perkhidmatan bagi semua jenis pelantikan.

(ii) Oleh kerana KPSL adalah merupakan lantikan, anggota perlu disahkan dalam perkhidmatan bagi membolehkan pembayaran faedah persaraan dibuat berdasarkan gaji akhir di jawatan KPSL. Pengesahan dalam perkhidmatan juga membolehkan anggota layak menikmati segala faedah perkhidmatan yang berkaitan dengan pengesahan.

Tempoh percubaan bagai pegawai KPSL

3.8 Adakah anggota Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) perlu melalui tempoh percubaan?

Page 6: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Jawapan: Di bawah SSM, anggota KPSL perlu melalui tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun sepertimana anggota lantikan baru bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Tarikh pengesahan jawatan

3.9 Apakah kedudukan anggota KPSL yang dilantik di bawah SSB yang belum disahkan tetapi tempoh perkhidmatannya telah melebihi tiga tahun? Jika boleh disahkan, adakah tarikh pengesahannya boleh dikebelakangkan kepada satu tahun selepas dilantik?

JawapanAnggota lantikan KPSL yang memilih SSM dan telah berkhidmat lebih satu tahun dan telah memenuhi semua syarat pengesahan yang ditetapkan, layak disahkan dalam perkhidmatan bila-bila masa tidak lebih awal dari 1 November 2002. Tarikh pengesahannya tidak boleh dikebelakangkan sebelum 1 November 2002, walaupun telah memenuhi semua syarat pengesahan.

4. PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

Belum Lulus PTK dan hal Menanggung kerja

4.1 Bolehkah anggota yang belum lulus PTK dibenarkan menanggung kerja?

JawapanBOLEH dengan syarat tiada anggota lain yang telah lulus PTK dalam Unit yang sama. Ini kerana anggota tersebut paling sesuai dan berpengalaman dalam tugas berkenaan.

Belum Lulus PTK dan Hal Memangku

4.2 Bolehkah anggota yang belum lulus PTK dibenarkan memangku?

JawapanTidak boleh kerana anggota belum memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan kecuali pemangkuan secara operasi bagi tempoh yang singkat untuk membolehkan tugas jawatan yang dipangku itu dilaksanakan sepenuhnya.

Kandungan kurikulum kursus PTK

4.3 Apakah kandungan kurikulum kursus PTK?

JawapanKurikulum Kursus mengandungi subjek Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus mengikut Tahap Kecekapan (TK) berkenaan.

Kandungan sukatan peperiksaan PTK

4.4 Apakah kandungan sukatan peperiksaan PTK?

JawapanSukatan peperiksaan mengandungi subjek Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus mengikut Tahap Kecekapan (TK) berkenaan.

Page 7: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Kuota peratusan lulus ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK

4.5 Adakah kuota peratusan lulus ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK?

JawapanTiada kuota yang ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK. Walau bagaimanapun, Panel Peperiksaan PTK dan Panel Penilaian Kursus PTK akan membuat keputusan mengenai peratusan lulus bagi peperiksaan dan kursus PTK.

Markah lulus PTK

4.6 Walaupun sistem kuota dihapuskan di bawah SSM tetapi pemberian Anjakan Gaji masih dikawal melalui sistem pemarkahan. Ini seolah-olah sistem kuota masih wujud?

JawapanTidak benar kerana markah lulus PTK ditetapkan berdasarkan kepada tahap kecekapan yang diperlukan dan tahap ini diputuskan oleh Panel Penilaian.

Pegawai di tangga gaji maksimum perlu menduduki peperiksaan PTK untuk tujuan kenaikan pangkat

4.7 Adakah anggota yang telah berada di tangga gaji maksimum di peringkat P3 gred lantikan perlu menduduki peperiksaan PTK untuk tujuan kenaikan pangkat?

JawapanPerlu kerana syarat kenaikan pangkat di bawah SSM menetapkan sedemikian.

Pengecualian daripada peperiksaan atau kursus PTK

4.8 Bolehkah anggota yang mempunyai sijil kemahiran memohon pengecualian daripada Peperiksaan atau Kursus PTK?

Jawapan:BOLEH dengan syarat mendapat kelulusan dari Lembaga Penilaian Kompetensi. Walau bagaimanapun, pengecualian hanya boleh diberikan kepada bidang tertentu sahaja. Ini kerana PTK merangkumi dua (2) kompetensi utama iaitu Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus. Pertimbangan mungkin boleh diberi bagi subjek Kompetensi Khusus.

Contoh: Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 mempunyai sijil kursus berkaitan pendawaian elektrik yang diiktiraf setaraf dengan TK 2. Anggota berkenaan boleh dikecualikan mengambil peperiksaan subjek Kompetensi Khusus untuk TK berkenaan. Walau bagaimanapun beliau perlu mengambil peperiksaan bagi Kompetensi Umum.

Penilaian Tahap Kecekapan yang sama bagi semua

4.9 Adakah benar PTK lebih menguntungkan anggota yang melakukan kerja-kerja penyelidikan, latihan, peperiksaan dan kursus berbanding anggota yang membuat kerja rencam?

JawapanTidak benar. Setiap anggota dinilai mengikut Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus mengikut perkhidmatan masing-masing. Kompetensi Umum merangkumi ciri-ciri peribadi seperti disiplin, integriti dan ketelusan serta Kompetensi Profesional iaitu keberkesanan hubungan dan

Page 8: Contoh Soalan PTK ( Umum )

keberkesanan individu. Kompetensi Khusus pula adalah spesifik mengikut bidang utama jawatan. Pada dasarnya kaedah penilaian yang digunakan adalah sama.

Peperiksaan Jabatan

4.10 Adakah anggota telah lulus PTK perlu mengambil peperiksaan Jabatan?

JawapanTujuan PTK diadakan adalah berbeza dengan lain-lain peperiksaan jabatan. Peperiksaan jabatan diadakan untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, KPSL dan mendapat elaun tertentu. Manakala PTK merupakan penilaian tambahan untuk anjakan gaji dan kemajuan kerjaya anggota.

Perbezaan PTK di bawah SSM dengan sekatan kecekapan di bawah JKK

4.11 Adakah PTK dalam SSM ini boleh disamakan dengan sekatan kecekapan di bawah Sistem Gaji Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976?

JawapanMemang seakan-akan ada persamaan tetapi PTK memberi penekanan kepada Tahap Kecekapan berdasarkan kepada kompetensi yang diukur melalui peperiksaan dan / atau kursus. Tujuan PTK diadakan adalah untuk menggalakkan pembelajaran yang berterusan dan mewujudkan pekerja yang berpengetahuan (k-workers) supaya sentiasa relevan berbanding Sekatan Kecekapan yang hanya menitikberatkan kenaikan gaji.

Pengutamaan lulus PTK untuk mendapat anjakan gaji

4.12 Tidakkah SSM akan menyebabkan anggota mengutamakan lulus PTK untuk mendapat Anjakan Gaji dan kurang menumpukan perhatian kepada kerja atau usaha-usaha lain yang dapat meningkatkan prestasi kerja?

JawapanAnjakan Gaji tidak semata-mata ditentukan oleh PTK tetapi juga disokong oleh Ketua Jabatan dan memperolehi Penilaian Prestasi yang baik. Oleh itu anggota perlu memberi tumpuan bukan sahaja untuk lulus PTK tetapi juga usaha lain yang dapat menyumbang kepada organisasi.

Peluang untuk mengikuti Kursus PTK

4.13 Mengapa Kursus PTK dihadkan dan tidak dibuka kepada semua anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan sedangkan Kerajaan menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan anggota perkhidmatan awam?

JawapanPada dasarnya peluang mengikuti kursus tidak dihadkan. Walau bagaimanapun, anggota yang berpotensi untuk meningkat dalam kerjaya mereka terlebih dahulu diberi peluang untuk mengikuti Kursus PTK.

Peluang untuk mengikuti Kursus PTK bagi anggota pinjaman dsbnya

4.14 Bolehkah anggota pinjaman, tukar sementara, cuti belajar atau cuti ikut pasangan dan seumpamanya dibenarkan menduduki PTK?

Page 9: Contoh Soalan PTK ( Umum )

JawapanBOLEH. Anggota boleh memohon tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan memenuhi syarat menduduki PTK.

Peluang menduduki PTK semula bagi calon yang terkandas

4.15 Berapa kali anggota dibenarkan menduduki PTK jika gagal?

Jawapan(i) Anggota yang gagal peperiksaan PTK boleh menduduki peperiksaan tersebut pada TK berkenaan sehingga lulus. Anggota layak mendapat pergerakan gaji biasa dalam tempoh tersebut. (ii) Anggota yang gagal dalam mana-mana bahagian Kursus PTK dikehendaki mengulangi bahagian yang gagal. Anggota yang gagal ujian semasa kursus, boleh mengulangi ujian dalam tahun berikutnya. Anggota yang gagal penilaian di sepanjang kursus akan dipertimbangkan untuk mengulangi semula kursus oleh Panel Penilaian Kursus PTK.

Pengecualian kursus PTK

4.16 Adakah kursus yang pernah dihadiri oleh anggota semasa SSB boleh diambilkira untuk pengecualian kursus PTK?

JawapanTidak. Walau bagaimanapun, Lembaga Penilaian Kompetensi boleh memberi pertimbangan sekiranya menepati tahap kompetensi yang ditetapkan.

Pengecualian PTK melalui kelulusan ijazah kedoktoran, Sarjana atau kepakaran khas

4.17 Bolehkah anggota yang mendapat kelulusan ijazah kedoktoran, Sarjana atau kepakaran khas boleh dipertimbangkan untuk mendapat pengecualian PTK?

JawapanBOLEH tertakluk kepada kesesuaian bidang tugas dengan bidang pengajian dan pertimbangan / kelulusan Lembaga Penilaian Kompetensi.

PTK dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

4.18 Adakah PTK diambilkira untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

JawapanAPC tidak dikaitkan dengan PTK tetapi berasaskan prestasi dan sumbangan anggota kepada organisasi. Ini bermakna anggota yang tidak lulus PTK masih berpeluang dipertimbangkan untuk APC.

PTK dan Pegawai JUSA

4.19 Kenapa JUSA tidak dikenakan PTK?

JawapanTiada Anjakan Gaji kerana Jadual Gaji JUSA menggunakan skel gaji sebaris.

Page 10: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Syarat-syarat PTK tidak dikenakan kepada pegawai yang tidak memilih SSM dalam urusan kenaikan pangkat?

4.20 Adakah anggota yang tidak memilih SSM tertakluk kepada PTK dalam urusan kenaikan pangkat?

JawapanTidak. Anggota tertakluk kepada syarat-syarat kenaikan pangkat di bawah SSB atau JKK 1976.

Syarat untuk menduduki peperiksaan PTK

4.21 Apakah syarat yang melayakkan anggota di gred lantikan untuk menduduki peperiksaan PTK?

JawapanAnggota berkenaan hendaklah telah disahkan dalam perkhidmatan.

Syarat yang melayakkan anggota di gred kenaikan pangkat untuk menduduki kursus PTK?

4.22 Apakah syarat yang melayakkan anggota di gred kenaikan pangkat untuk menduduki kursus PTK?

JawapanBerada di gred kenaikan pangkat secara hakiki.

Tempoh sahlaku kelulusan PTK

4.23 Berapa lamakah tempoh sahlaku kelulusan PTK?

JawapanKelulusan PTK adalah sah sehingga anggota layak mendapat anjakan gaji.

5.0 SISTEM PENILAIAN PRESTASI

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah SSM

5.1 Bagaimanakah kedudukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah SSM?

Jawapan

i. Kaedah pemberian APC tidak dikaitkan lagi dengan keputusan pergerakan gaji. ii. Had siling pemberian APC ialah tidak melebihi dari 8% jumlah anggota dalam

sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian. iii. Insentif dan hadiah APC

Hadiah prestasi RM1,000 Sijil Perkhidmatan Cemerlang

Pemilihan anggota untuk APC diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

Borang LNPT untuk semua perkhidmatan

Page 11: Contoh Soalan PTK ( Umum )

5.2 Borang LNPT tidak sesuai bagi beberapa perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan, penyelidikan, perubatan, bakat dan sebagainya. Adakah ini benar?

Jawapan(i) Kriteria penilaian yang terdapat dalam LNPT adalah generic dan universal. Oleh itu tiada masalah ketidaksesuaian kepada mana-mana perkhidmatan. (II) Di bawah penambahbaikan SPP, ketua perkhidmatan dibenarkan membuat pengubahsuaian komponen SPP termasuklah borang LNPT tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Contoh: Kumpulan Pengurusan dan Profesional perkhidmatan penyelidikan boleh menambah kriteria seperti kepakaran dan kerja kumpulan (team work) dalam borang LNPT yang baru. Begitu juga kumpulan sokongan perkhidmatan pendidikan boleh menambah kriteria penyeliaan terutamanya bagi penjawat guru besar atau pengetua sekolah dalam borang LNPT yang baru.

Keadilan dan ketelusan penilaian prestasi

5.3 Bagaimanakah caranya Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil dan telus?

Jawapan(i) Untuk menentukan penilaian prestasi Anggota Yang Dinilai (PYD) dibuat dengan objektif, adil dan telus, proses penilaian hendaklah dibuat secara berterusan sepanjang tempoh tahun yang dinilai. Anggota Penilai boleh melaksanakan melalui kaedah pemantauan kerja, bimbingan dan khidmat nasihat kepada PYD. Melalui cara ini Anggota Penilai dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PYD bagi tujuan penambahbaikan prestasi anggota berkenaan. (ii) Penilaian prestasi hendaklah dinilai berasaskan pencapaian hasil kerja sebenar PYD berbanding dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui kriteria penilaian yang ditetapkan dalam borang LNPT. (iii) Untuk menentukan ketelusan penilaian, Anggota Penilai hendaklah memaklumkan kekuatan dan kelemahan PYD semasa membuat penilaian.

Pemindah markah penilaian

5.4 Bolehkah Anggota Penilai Kedua (PPK) meminda markah penilaian PYD yang telah dibuat oleh Anggota Penilai Pertama (PPP)?

JawapanTidak boleh. PPK hanya boleh membuat penilaiannya sendiri dan mengisi di ruangan PPK yang telah ditetapkan. Hanya PPSM sahaja yang boleh mengubah atau menyelaras markah penilaian prestasi PYD. Pilih kasih' dalam membuat penilaian prestasi

5.5 Adakah akan timbul sentimen 'pilih kasih' dalam membuat penilaian prestasi?

Jawapanii. Masalah pilih kasih tidak sewajarnya berbangkit. Ini kerana dalam panduan SPP dan borang LNPT telah menetapkan penilaian prestasi PYD hendaklah berasaskan kepada pencapaian hasil kerja sebenar SKT dan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Sewajarnya pelaksanaan LNPT perlulah selaras dengan kriteria yang telah ditetapkan.

6. JAWATAN

Page 12: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Angka pengkelasan gred jawatan

6.1 Kenapa menggunakan angka 1-54 sebagai pengkelasan gred?

JawapanNumeric data range digunakan untuk menyeragamkan lapisan gred dalam skim perkhidmatan, gred gaji dan penetapan kelayakan elaun dan kemudahan.

Lapisan/tambahan gred

6.2 Kenapa lapisan/tambahan gred tidak sama di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

Jawapan: Lapisan/tambahan gred tidak sama di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain kerana lapisan gred yang diperuntuk kepada sesuatu kumpulan skim perkhidmatan adalah tertakluk kepada fungsi bidang tugas.

Lapisan/tambahan gred tidak sama dengan JKK

6.3 Adakah lapisan gred baru yang diperkenal merupakan lapisan gred di bawah Laporan JKK-1976? Jika tidak, apakah perbezaannya?

Jawapan: Di bawah SSB, gred-gred yang ada merupakan gabungan gred-gred dalam JKK. Gred-gred baru yang diperkenal di bawah SSM tidak merujuk kepada gred-gred yang digabungkan semasa SSB. Dengan itu, gred-gred baru tersebut bukan merupakan lapisan gred di bawah lapisan JKK 1976. Lapisan gred di bawah SSM adalah berlandaskan prinsip kadar upahan untuk kerja dengan mengambilkira elemen-elemen tanggungjawab atau kompleksiti sesuatu tugas itu.

Peluang kenaikan pangkat

6.4 Bagaimana dikatakan lapisan gred ini sebagai memperbaiki peluang kenaikan pangkat kerana ianya akan menjejaskan kenaikan pangkat perkhidmatan-perkhidmatan yang pada masa ini adalah baik, seperti contoh Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Latihan Vokasional?

Jawapan:Penambahbaikan peluang kemajuan kerjaya di bawah SSM mempunyai pendekatan secara menyeluruh dengan melibatkan semua skim perkhidmatan, antara lain bertujuan memberi ruang pewujudan jawatan mengikut gred yang sesuai, pembelajaran dan pembangunan diri anggota, motivasi dan memperbaiki peluang kenaikan pangkat anggota. Dengan fungsi bidang tugas yang berkembang, peluang kenaikan pangkat Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Latihan Vokasional adalah baik kerana ini mewujudkan keperluan pewujudan jawatan-jawatan baru. Oleh itu, penambahan lapisan gred tidak akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat yang ada dengan fungsi bidang tugas yang berkembang

Penaiktarafan Gred 2

6.5 Adakah Gred 2 sedia ada boleh dinaiktaraf ke Gred 1 dalam urusan penggredan semula jawatan di bawah pelaksanaan SSM? Jika boleh, dalam keadaan bagaimana naiktaraf itu boleh dilaksanakan? Jika tidak, apakah sebab-sebab naiktaraf itu tidak dibenarkan?

Jawapan:

Page 13: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Secara prinsipnya naiktaraf itu boleh dipertimbang tertakluk kepada prinsip kadar upahan untuk kerja merangkumi elemen-elemen tanggungjawab dan kompleksiti sesuatu tugas.

Pengujudan jawatan baru

6.6 Adakah jawatan diwujudkan dulu atau skim perkhidmatan diwujudkan dulu?

Jawapan: Dalam mewujudkan sesuatu gred jawatan ianya hendaklah merujuk kepada lapisan gred yang diperuntuk dalam skim perkhidmatan. Dengan itu, skim perkhidmatan dengan lapisan gred yang diperlukan mengikut fungsi bidang tugas perlu diwujudkan dahulu sebelum sesuatu jawatan boleh diwujudkan.

Penukaran klasifikasi perkhidmatan

6.7 Bolehkah ditukar klasifikasi perkhidmatan sesuatu skim perkhidmatan.

Jawapan: Sesuatu skim perkhidmatan boleh ditukar klasifikasinya. Permohonan untuk pertukaran klasifikasi perkhidmatan sesuatu skim perkhidmatan boleh dipertimbang tertakluk kepada fungsi bidang tugas skim perkhidmatan itu menepati peranan dan tugas klasifikasi perkhidmatan yang dipohon.

7.0 ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun dan kemudahan baru

7.1 Adakah terdapat elaun dan kemudahan baru atau yang digugurkan di bawah SSM ?

JAWAPANElaun dan kemudahan di bawah SSB dikekalkan di bawah SSM.

Elaun ITK Gred DS 44 dan Gred DS 45

7.2 Mengapakah anggota yang baru dilantik ke Gred DS 45 tidak mendapat ITK sedangkan anggota di Gred 44 iaitu Gred yang lebih rendah mendapat ITK?

JAWAPANAnggota yang baru dilantik ke Gred DS 45 tidak mendapat ITK sebab:

i. Gred 44 merupakan gred kenaikan pangkat, sedangkan Gred 45 adalah gred lantikan; ii. Gred DS 45 tidak ada gred lantikan atas Gred 41 seperti skim perkhidmatan lain sebaliknya terus dilantik ke Gred DS45;

Gred DS45 lebih baik daripada Gred 41 kerana anggota di Gred DS45 pada tahun ke-5 telah layak menerima ITKA RM300 dan ITK selepas tahun ke-10 perkhidmatan.

Elaun ITK dan perlantikan ke skim perkhidmatan lain

7.3 Mengapakah pensyarah yang baru dilantik ke Gred DS45 dan mensyaratkan kelayakan masuk PHD.atau Master tidak terus mendapat ITK sebagaimana anggota dalam Gred 45 skim lain?

Page 14: Contoh Soalan PTK ( Umum )

JAWAPANAnggota yang baru dilantik ke dalam skim perkhidmatan lain contohnya Klasifikasi M dan Q, walaupun terdapat anggota yang mempunyai kelayakan masuk dengan kelulusan PHD. atau Master mereka tidak layak ITK malahan dilantik atas Gred yang lebih rendah iaitu Gred 41 berbanding skim pensyarah.

Elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan.

7.4 Di bawah SSM terdapat kelayakan elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan. Apakah jenis elaun tersebut?

JAWAPANElaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan adalah seperti berikut -

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) Imbuhan Tetap Keraian (ITK).

Kelayakan elaun dan kemudahan

7.5 Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia boleh diberi kepada anggota yang tidak menerima opsyen SSM?

JAWAPAN Bayaran Khas SSM hanya diberi kepada anggota yang ditawarkan dan memilih terima opsyen SSM. Anggota yang tidak diberi opsyen SSM seperti anggota kontrak, sementara dan guru sandaran tidak layak Bayaran Khas SSM.

Kelayakan elaun dan kemudahan semasa memangku

7.6 Apakah kadar Bayaran Khas SSM yang layak diterima oleh anggota dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang memangku jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, sama ada atas kadar jawatan hakiki atau jawatan yang dipangku?

JAWAPANAnggota tersebut layak menerima Bayaran Khas SSM atas kadar jawatan yang dipangkunya.

Penyelarasan elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan Gred 41 P&P dan Pensyarah

7.7 Mengapakah pemberian ITKA bagi Gred 41 P&P dan Pensyarah (DM 45, DU 45, DS 45) tidak diselaraskan kepada satu kadar atau satu kelayakan kemudahan sebagaimana gred lain?

JAWAPANWalaupun gred-gred tersebut tidak diselaraskan kepada satu kadar ianya masih merupakan satu penambahbaikan yang dilaksanakan secara berperingkat di mana tempoh untuk melayakan ke kadar yang lebih tinggi telah dikurangkan daripada (Gaji-T17) sebelumnya kepada 10 tahun di bawah SSM.

Perbezaan kadar ITK bagi Gred 48 dan 52

7.8 Mengapakah perbezaan kadar ITK di antara Gred 48 dan Gred 52 (Gred baru kenaikan pangkat) adalah lebih kecil berbanding perbezaan kadar ITK di antara Gred 52 dengan Gred 54?

Page 15: Contoh Soalan PTK ( Umum )

JAWAPANKenaikan pangkat dari Gred 48 ke Gred 52 adalah dalam hirarki yang sama, manakala kenaikan pangkat daripada Gred 52 ke Gred 54 adalah merupakan kenaikan ke hirarki yang lebih tinggi. Prinsip ini juga terpakai bagi bayaran insentif lain seperti Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Kesihatan Awam dan Bayaran Insentif Perkhidmatan Hospital

Perbezaan kadar ITK Gred 48 dan 52

7.9 Mengapakah kadar ITK Gred 52 lebih tinggi daripada Gred 48, walaupun kedua-duanya berada di dalam hairaki yang sama?

JAWAPANGred 52 menerima kadar ITK yang lebih tiggi daripada Gred 48 kerana-

i. tugas lebih komplek ii. Gred 52 merupakan gred kenaikan pangkat dan gred yang lebih tinggi daripada G48.

Prinsip dan kriteria pemberian elaun

7.10 Apakah prinsip dan kriteria pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSM?

JAWAPANPrinsip dan kriteria pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSB sepertimana di perenggan 48 hingga 50 PP Bil. 9/1991 adalah dikekalkan di bawah SSM.

Syarat tempoh 10 tahun bagi menentukan kelayakan kepada kadar yang lebih tinggi

7.11 Tempoh 10 tahun perkhidmatan telah digunakan sebagai asas untuk menentukan kelayakan kepada kadar yang lebih tinggi. Kenapa ?

JAWAPANTempoh 10 tahun adalah merupakan jangkamasa yang munasabah untuk seseorang anggota yang baru dilantik mendapatkan kemahiran/latihan yang mencukupi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan.

Tempoh berkhidmat di bawah PBB dan PBT bagi tujuan melayakkan 10 tahun perkhidmatan

7.12 Adakah tempoh berkhidmat di bawah Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh diambilkira bagi tujuan melayakkan 10 tahun perkhidmatan?

JAWAPANTidak boleh. Mengikut peruntukan 63 (b) P. Am Bab 'A' pelepasan jawatan hanya boleh diberikan kepada pegawai Kerajaan yang telah mendapat satu jawatan Kerajaan yang lain. Jawatan Kerajaan ditakrifkan sebagai jawatan dalam Perkhidmatan Awam mengikut Fasa 132 (1) Perlembagaan. Anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak termasuk di dalam takrif tersebut. Oleh itu kemudahan pelepasan jawatan yang diperuntukkan di bawah peruntukan 63 (b) P. Am Bab 'A' tidak terpakai kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka perlu meletakkan jawatan sekiranya hendak berkhidmat dengan Kerajaan. Apabila seseorang itu meletakkan jawatan maka perkhidmatan lama telah terputus dari perkhidmatan yang baru.

Page 16: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi menentukan kelayakan 10 tahun perkhidmatan

7.13 Apakah tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi menentukan kelayakan 10 tahun perkhidmatan?

JAWAPANTempoh perkhidmatan yang diambilkira ialah :

i) lantikan tetap/ sementaraii) pinjamaniii) tempoh berada di gred yang sama atau setaraf dalam skim yang berlainan

Tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambil kira bagi menentukan pengiraan tahun ke-10 perkhidmatan?

7.14 Apakah tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambil kira bagi menentukan pengiraan tahun ke-10 perkhidmatan?

JAWAPANPengiraan 10 tahun perkhidmatan tidak mengambilkira tempoh perkhidmatan berikut:

i) sambilanii) sangkutiii) sandaraniv) khidmat singkatv) kontrakvi) cuti tanpa gaji

8.0 PENCEN

Dokumen persaraan wajib seseorang pegawai dan pemilihan SSM

8.1 Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya dokumen pencen seseorang pegawai yang layak diberi opsyen SSM telah pun dihantar ke Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, sebelum tarikh pelaksanaan SSM dan pegawai berkenaan kemudiannya memilih-terima SSM?

JawapanDokumen pencen dihantar ke Bahagian Pencen, JPA, enam bulan hingga setahun sebelum tarikh persaraan wajib seseorang pegawai. Sekiranya dokumen pencen seseorang bakal pesara yang layak diberi opsyen SSM telah pun dikemukakan kepada Bahagian Pencen, JPA, dan bakal pesara berkenaan kemudiannya memilih-terima SSM, Ketua Jabatan bertanggungjawab memaklumkan hal ini kepada Bahagian Pencen, JPA, dengan cara menghantar kepada Bahagian Pencen, JPA :

a. sesalinan muka surat terakhir Kenyataan Perkhidmatan pegawai tersebut yang menunjukkan bahawa beliau telah memilih-terima SSM serta mengandungi maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya di bawah SSM; atau

b. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Borang KEW.8) pegawai tersebut yang dicatatkan maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya di bawah SSM.

Page 17: Contoh Soalan PTK ( Umum )

Faedah yang diberi kepada pesara yang tidak layak menerima opsyen SSM

8.2 Apakah faedah yang diberi kepada pesara yang tidak layak menerima opsyen SSM?

JawapanPesara yang telah bersara pada atau sebelum 1.11.2002 dan juga penerima-penerima pencen terbitan bagi perkhidmatan pegawai yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada atau sebelum 31 Oktober 2002 akan menerima penyelarasan pencen di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 (bagi bekas pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan) atau di bawah Peraturan-Peraturan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 (bagi pegawai serta askar-laskar Angkatan tentera Malaysia), dengan syarat pesara atau penerima pencen berkenaan bermastautin di Malaysia. Tarikh kuatkuasa penyelarasan pencen ialah 1.11.2002.

Kadar penyelarasan pencen pesara dan penerima pencen sebelum tarikh penlaksanaan SSM

8.3 Apakah kadar penyelarasan pencen yang akan diberi kepada pesara dan penerima pencen yang telah menerima pencen sebelum tarikh penlaksanaan SSM?

Jawapan

a. Bagi pesara dan penerima pencen yang mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan yang dimasukira, kadar tambahan pencen mengikut kumpulan perkhidmatan jawatan terakhirnya ialah :

i) Kumpulan Pengurusan Tertinggi : + RM 55-00 sebulan ii) Kumpulan Pengurusan & Profesional : + RM 32.50 sebulan iii) Kumpulan Sokongan : + RM 7.50 sebulan

b. Kadar-kadar tambahan pencen di atas ialah kadar maksimum. Kadar tambahan pencen bagi pesara dan penerima pencen yang mempunyai kurang daripada 25 tahun tempoh perkhidmatan yang dimasukira adalah mengikut pemakaian formula pengiraan pencen di mana gaji bersamaan mulai 1.11.2002 ditambah RM 110-00 sebulan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, RM65-00 sebulan bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan RM15-00 sebulan bagi Kumpulan Sokongan.

Contoh : Sekiranya tempoh perkhidmatan yang dimasukira ialah 229 bulan, tambahan pencen bulanan selepas diselaras di bawah SSM bagi seseorang pesara yang berjawatan terakhir di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah :

229/600 x RM65-00 = + RM24-80 sebulan

Sekiranya penerimanya ialah seorang balu (iaitu penerima pencen terbitan) dan mendiang pesara telah bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan lebih daripada 12 ½ tahun sebelum ini, tambahan pencen terbitan ialah 70% daripada kadar di atas

Tambahan bagi pencen hilangupaya, pencen tanggungan dan pembayaran-pembayaran selain daripada pencen perkhidmatan dan pencen terbitan adalah seperti diperuntukkan di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980.

Kematian pegawai pada tarikh pelaksanaan SSM

Page 18: Contoh Soalan PTK ( Umum )

8.4 Bagaimana kedudukan pegawai yang meninggal dunia pada tarikh pelaksanaan SSM?

JawapanSeseorang pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan disifatkan berada dalam perkhidmatan pada tarikh kematiannya. Oleh yang demikian, memandangkan SSM berkuatkuasa mulai 1.11.2002, seseorang pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut adalah dirangkumi oleh SSM sekiranya pegawai tersebut telah memilih-terima SSM. Sekiranya pegawai itu meninggal dunia pada 1.11.2002 sebelum sempat memilih-terima SSM (misalnya, kerana sakit tenat sepanjang tempoh opsyen mulai 1.10.2002 hingga 31.10.2002), beliau disifatkan telah memilih-terima SSM. Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai itu telah sempat melakukan opsyen untuk kekal di bawah SSB atau JKK (mana yang berkenaan) sebelum kematiannya semasa dalam perkhidmatan pada 1.11.2002, pemilihan-terima itu dihormati sebagai kehendak beliau dan ganjaran terbitan serta wang tunai sebagai gentian cuti rehat akan dikira berasaskan gaji terakhir SSB atau JKK (mana yang berkenaan). Pencen terbitannya dikira berasaskan gaji SSB atau JKK (mana yang berkenaan) tetapi diselaraskan di bawah Akta Penyelarasan Pencen berkuatkuasa 1.11.2002 berasaskan gaji bersamaan SSM.

Menarik-balik permohonan bersara secara pilihan

8.5 Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya seseorang pegawai yang telah memohon bersara secara pilihan berkuatkuasa pada satu tarikh sebelum tarikh pelaksanaan SSM tetapi kini meminta supaya dibenarkan menarik-balik permohonan tersebut kerana beliau ingin menikmati gaji serta kemudahan SSM.

JawapanBagi pegawai Persekutuan serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan :

a. Sekiranya permohonan bersara secara pilihan belum dikemukakan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diluluskan, keputusan membenarkan penarikan-balik permohonan tersebut terletak pada Ketua Jabatan ;

b. Sekiranya permohonan tersebut telah dikemukakan kepada Bahagian Pencen, JPA, Ketua Jabatan perlu mempertimbangkan sama ada permohonan penarikan-balik itu boleh dipersetujui. Sekiranya dipersetujui, permohonan pegawai dan persetujuan bertulis dari Ketua Jabatan hendaklah dihantar terus kepada Bahagian Pencen, JPA, supaya diterima sebelum 31.10.2002. Bahagian Pencen, JPA, akan mempertimbangkan permohonan tersebut. Selagi kelulusan penarikan-balik persaraan secara pilihan tidak diluluskan oleh Bahagian Pencen, JPA, pegawai tersebut hendaklah bersara pada tarikh yang diluluskan pada asalnya. Permohonan perubahan tarikh kuatkuasa persaraan secara pilihan tidak akan dilayani.

c. Sekiranya selepas diluluskan penarikan-balik permohonan persaraan secara pilihan pegawai tersebut ingin memohon semula untuk bersara secara pilihan (sudah tentunya pada satu tarikh selepas pelaksanaan SSM), permohonan tersebut hendaklah dikemukakan sebagai permohonan baru yang tertakluk sepenuhnya kepada syarat-syarat Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1991 dibaca bersama-sama Pekeliling perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1992, termasuk syarat permohonan diterima oleh Bahagian Pencen, JPA, enam bulan sebelum tarikh persaraan secara pilihan yang dipohon.

Bagi pegawai Negeri permohonan penarikan-balik hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada pihak berkuasa yang meluluskan permohonan persaraan secara pilihan. Sekiranya permohonan itu dipersetujui, Ketua Jabatan bertanggungjawab memaklumkan Bahagian Pencen, JPA, mengenai keputusan meluluskan penarikan-balik itu.

Pembayaran faedah persaraan di bawah SSM

Page 19: Contoh Soalan PTK ( Umum )

8.6 Apakah perlu dilakukan oleh pegawai yang bersara selepas tarikh pelaksanaan SSM tetapi faedah persaraannya telah hanya dibayar berasaskan gaji terakhir di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Skim Gaji Laporan Jawatankuasa Kabinet (JKK)?

JawapanKeadaan ini mungkin berlaku oleh kerana dokumen pencen dikemukakan enam bulan atau lebih sebelum persaraan wajib seseorang pegawai dan pembayaran faedah persaraan telah pun dibuat berasaskan gaji terakhir sebelum pelaksanaan SSM. Dalam keadaan ini, pesara hendaklah menghubungi bekas Ketua Jabatannya untuk mengingatkan pihak tersebut supaya menghantar kepada Bahagian Pencen, JPA :

a.sesalinan muka surat terakhir Kenyataan Perkhidmatan pegawai tersebut yang menunjukkan bahawa beliau telah memilih-terima SSM serta mengandungi maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya di bawah SSM; atau

b.Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Borang KEW.8) pegawai tersebut yang dicatatkan maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya di bawah SSM.

Pengiraan semula faedah persaraan berasaskan gaji terakhir SSM akan hanya dilakukan dengan adanya dokumen seperti di atas.

Pesara dan Sistem Saraan Malaysia (SSM)

8.7 Adakah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) merangkumi pesara?

JawapanHanya pegawai yang bersara (di bawah apa jenis persaraan pun) pada atau selepas 2.11.2002 dirangkumi oleh Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1.11.2002 tidak dirangkumi oleh SSM tetapi, sekiranya mereka dibayar pencen, pencen mereka akan diselaraskan mulai 1.11.2002 di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 berasaskan gaji bersamaan di bawah SSM

Selaras dengan penetapan bahawa SSM berkuatkuasa mulai 1.11.2002, opsyen untuk memilih-terima SSM hanya diberi kepada semua pegawai yang berada dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut. Pegawai yang dilantik untuk pertama kalinya pada 2.11.2002 dan seterusnya sememangnya dilantik di bawa terma dan syarat SSM. Di samping itu, seseorang pegawai yang bersara pada 1.11.2002 tidak berada dalam perkhidmatan pada tarikh itu. Dengan itu, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1.11.2002 tidak diberi opsyen SSM kerana SSM tidak meliputi mereka. Faedah persaraan mereka dikira berasaskan gaji Sistem Saraan Baru (SSB) atau Skim Jawatankuasa Kabinet (JKK), mana yang berkenaan. Hanya pegawai yang bersara pada atau selepas 2.11.2002 sahaja yang diberi opsyen SSM dan, sekiranya beliau memilih-terima SSM, gaji terakhirnya bagi maksud pengiraan faedah persaraan ialah gaji SSM.