2
Definisi Tajuk Prinsip- prinsip tamadun islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) prinsip didefinisikan sebagai asas atau dasar (yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan, dan lain- lain), hukum (sesuatu teori dan lain- lain). Perkataan prinsip juga sinonim dengan perkataan lain seperti asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak, lunas, teras, tunjang, pegangan, sandaran, landasan, dan pokok. Definisi tamadun mengikut bahasa Arab ialah: 1. Badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah- randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan,serta lebih banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup. 2. Umran adalah terbitan dari perkataan Amara yang bererti kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa. 3. Hadarat membawa erti esuatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami. 4. Maddana dan Madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian). Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi al - Umran dan al - Hadarah dalam abad ke - 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Islam adalah agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Islam secara etimologi (bahasa) berarti tunduk, patuh, atau berserah diri. Menurut Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah, definisi Islam adalah: "Islam adalah berserah diri kepada Allah dengan men-tauhidkan-Nya, tunduk dan patuh kepada-Nya dengan ketaatan, dan berlepas diri dari perbuatan syirik dan para pelakunya". Seterusnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sesuai didefinisikan padan benar (keadaan, rupa, dan lain- lain). Bersinonim

Definisi Tajuk

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Definisi Tajuk

Definisi Tajuk

Prinsip- prinsip tamadun islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) prinsip didefinisikan sebagai asas atau dasar (yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan, dan lain- lain), hukum (sesuatu teori dan lain- lain). Perkataan prinsip juga sinonim dengan perkataan lain seperti asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak, lunas, teras, tunjang, pegangan, sandaran, landasan, dan pokok.

Definisi tamadun mengikut bahasa Arab ialah:

1. Badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah- randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan,serta lebih banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup.

2. Umran adalah terbitan dari perkataan ’Amara yang bererti kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.

3. Hadarat membawa erti �esuatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami.

4. Maddana dan Madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).

Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi al - Umran dan al - Hadarah dalam abad ke - 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Islam adalah agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Islam secara etimologi (bahasa) berarti tunduk, patuh, atau berserah diri. Menurut Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah, definisi Islam adalah:

"Islam adalah berserah diri kepada Allah dengan men-tauhidkan-Nya, tunduk dan patuh kepada-Nya dengan ketaatan, dan berlepas diri dari perbuatan syirik dan para pelakunya".

Page 2: Definisi Tajuk

Seterusnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sesuai didefinisikan padan benar (keadaan, rupa, dan lain- lain). Bersinonim dengan padan, cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, dan betah.

Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Majmuk bermaksud terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian dan merupakan kesatuan.

Masyarakat majmuk bermaksud sebuah masyarakat dalam sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa utama seperti Melayu, Cina dan India di Malaysia. Dari segi sosial, masyarakat ini masih mengamalkan budaya dan cara hidup asal.