24
Di Sebalik Wajah Tugasan Masa Cuti Nurin Hannanie Binti Azmady 2 Jujur 2013

Di Sebalik Wajah. Kakak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Di Sebalik Wajah. Kakak

Di Sebalik WajahTugasan Masa Cuti

Nurin Hannanie Binti Azmady2 Jujur2013

Page 2: Di Sebalik Wajah. Kakak

Kandungan

Bil Kandungan Muka surat1. Penghargaan 22. Biodata pengarang 33. Sinopsis mengikut bab 4-124. Tema dan persoalan 135. Watak dan perwatakan 14-156. Plot dan teknik plot 16-187. Gaya bahasa 198. Latar tempat, masa, dan masyarakat 209. Nilai 2110. Pengajaran 2211. Bibliografi/sumber rujukan 23

1

Page 3: Di Sebalik Wajah. Kakak

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru

Bahasa Melayu, Puan Norhidayah Abd Rahman kerana telah sudi memberikan bimbingan

dan tunjuk ajar ketika saya berada di dalam Tingkatan 1 Jujur. Ilmu yang telah dicurahkan

oleh Puan, dapat membantu saya membuat folio ini ketika cuti.

Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan

dorongan dan semangat sepanjang folio ini dibuat. Ucapan terima kasih juga ditujukan

kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar, cadangan dan bantuan

kepada saya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan folio ini.

2

Page 4: Di Sebalik Wajah. Kakak

Biodata Pengarang

ABANG SAIFUDDIN BIN ABANG BOHARI dilahirkan pada 11 Februari 1964 di Lingga, Sri

Aman, Sarawak. Beliau memiliki ijazah Sarjana Sastera dari Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu,

Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Sebelum ini, beliau

pernah mengajar di SMK Pitas Kudat, Sabah; SMK Taman Keramat, Kuala Lumpur; dan SMK

Sungai Kertas, Gombak, Selangor.

Karya pertama beliau ialah novel yang berjudul Ditawan Manusia Purba yang diterbitkan

pada tahun 1995. Di Sebalik Wajah ialah novel yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan

Utusan 1995. Antara novel karya beliau ialah Secarik Wajah Ria, Misteri Perenza, Najah

Atiqah, Sinar Kasih, Rosli Dhoby Rukun Berdarah, dan Beyond The Looks. Antologi cerpen

beliau pula berjudul Mengepung Mimpi, Menuai Awan dan Beringin Merah.

Beliau aktif menulis novel dan cerpen hingga sekarang.

3

Page 5: Di Sebalik Wajah. Kakak

Sinopsis mengikut bab

Bab 1

Cikgu Saiful keresahan menunggu isterinya yang sakit hendak bersalin di Hospital Ratu

Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Ketika itu, dia teringat kembali akan kisah isterinya sewaktu

mengandung dua bulan telah mengidam daging rusa. Dia mencari di seluruh bandar Kota

Kinabalu termasuk di beberapa hotel ternama seperti Hotel Tanjung Aru dan Hotel Hyatt

Saujana namun tidak ditemuinya. Dia terpaksa membeli sup daging arnab, dengan

mengatakan sup daging rusa, kononnya diperoleh daripada rakannya di Kapayan untuk

menjaga perasaan isterinya. Khayalannya terganggu apabila Dr. Vasuthevan memberitahu

bayi yang dikandung isterinya songsang dan harus dibedah. Cikgu Saiful segera

menandatangani surat untuk memberi kebenaran isterinya dibedah. Untuk menghilangkan

perasaan resahnya, Cikgu Saiful bersolat Isyak. Selepas solat dia berdoa semoga isterinya

selamat melahirkan anak. Akhirnya Puan Halipah selamat melahirkan anak lelaki. Ketika

menunggu, kelihatan seorang tua menangisi kematian anak perempuannya yang meninggal

dunia semasa bersalin dan meminta orang tua itu bersabar. Apabila namanya dipanggil,

Cikgu Saiful gembira apabila dimaklumkan telah mendapat anak lelaki namun berpenyakit

balar. Pada awalnya, dia tidak dapat menerima anak tersebut sebagai bayinya namun,

kemudian menyesalinya. Begitu juga isterinya, Puan Halipah yang menangis tersedu-sedu

apabila mengetahui penyakit anaknya. Namun, setelah memangku bayi itu, dia begitu

sayang akan bayi itu yang telah diberi nama Doktor Fikri sempena nama seorang doktor

yang telah mendoakan keselamatan isteri dan anaknya. Mereka berdoa agar anak mereka

menjadi anak yang membawa keberkatan dan warganegara berjiwa mulia.

Bab 2

Setelah Doktor Fikri berusia 14 tahun, Cikgu Saiful membawa Doktor Fikri mendaftar di SMK

Menggatal kerana dia telah bertukar kerja di sebuah syarikat swasta dan tidak lagi menjadi

guru. Semasa dibawa ke Kelas Dua Mawar, kelas begitu kecoh menerima seorang pelajar

baru yang berpenyakit balar dan bernama Doktor Fikri. Oleh sebab kulit dan namanya agak

pelik, Doktor Fikri menjadi bahan usikan rakan sekelas. Doktor Fikri mendapat sahabat

baharu, iaitu Sanin yang becok, Aziz Gemuk, dan Dayang Mahani selaku ketua kelas. Semasa

4

Page 6: Di Sebalik Wajah. Kakak

waktu rehat, Doktor Fikri tidak ke kantin sebaliknya dia membawa bekal dari rumah dan

makan di dalam kelas. Ketika itu, dia mengenali Josy dari Dua Melati yang datang

menegurnya di dalam kelas. Doktor Fikri yang senang dengan Josy memberitahu dia

menanam sayur dan membela ayam. Sewaktu mereka sedang berbual, Narius dan kawan-

kawannya yang merupakan pelajar nakal telah menegur Doktor Fikri sudah pandai mengurat

dan makan semua bekalan Doktor Fikri. Doktor Fikri hanya bersabar sahaja. Dayang Mahani

dan Sanin menasihati Doktor Fikri supaya melaporkan perkara tersebut kepada guru disiplin.

Doktor Fikri berasa terharu atas penerimaan rakan-¬rakan terhadapnya berbanding di

sekolah lama dahulu, ramai yang tidak mahu berkawan dengannya.

Bab 3

Sahabat baru Doktor Fikri iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz Gemuk ke

rumah Doktor Fikri yang terletak di Taman Richdar. Seorang Cina tua yang merupakan jiran

Doktor Fikri telah menolong mereka memanggil ibu Doktor Fikri apabila panggilan mereka

tidak berjawab ketika mereka memberi salam. Akhirnya, mereka disambut oleh ibu Doktor

Fikri dan mereka bersalam dengan Doktor Fikri. Doktor Fikri tidak membenarkan ibunya

menyediakan minuman kepada kawan-kawannya kerana dia sendiri ingin menyediakan

minuman tersebut. Selesai minum, Doktor Fikri membawa mereka ke biliknya. Mereka

kagum melihat bilik Doktor Fikri yang dipenuhi banyak buku terutamanya novel dan

mengetahui Doktor Fikri gemar membaca. Suriani sempat meminjam sebuah novel daripada

Doktor Fikri. Selepas itu, Doktor Fikri mengajak rakannya ke ladang sayurnya di belakang

rumah. Ditunjukkan juga ternakan ayam yang dipeliharanya sebanyak 10 ekor. Doktor Fikri

memberikan sedikit buah tangan yang dipetik daripada kebunnya untuk dibawa pulang oleh

sahabat barunya itu. Doktor Fikri berhasrat membeli basikal apabila melihat kawan-

kawannya menunggang basikal. Dia menyambut kepulangan ayahnya dengan mesra agar

ayahnya mengizinkannya membeli sebuah basikal baharu.

Bab 4

Doktor Fikri ke sekolah dengan menggunakan basikal baharu. Basikal lamanya telah hilang

ketika dia menjual sayur di pagar Tamu Menggatal. Dia tiba lewat di sekolah dan ditahan

oleh Cikgu Wahab namun Cikgu Wahab melepaskannya kerana dia pelajar baharu. Namun,

Doktor Fikri diberi amaran agar tidak lewat lagi. Apabila tiba di kelas, guru kelasnya Cikgu

5

Page 7: Di Sebalik Wajah. Kakak

Asnawi berada di dalam kelas. Dia memohon maaf sekali lagi kepada guru kelasnya, Cikgu

Asnawi. Cikgu Asnawi banyak memberikan nasihat kepadanya. Suriani pula memulangkan

novel itu kerana dia hanya berminat membaca novel cinta. Doktor Fikri menyatakan apabila

membaca dapat meluahkan minda. Ketika mereka bersembang, pelajar tingkatan enam

datang memaklumkan pada waktu petang ada latihan sukan. Kemudian, dengan ditemani

Sanin, Doktor Fikri dibawa menemui Cikgu Jasmi. Permohonannya memasuki rumah sukan,

Rumah Tun Ismail telah diterima. Namun, dia berasa risau akan kemampuannya untuk

berlari.

Bab 5

Sewaktu hujung minggu, Dayang Mahani, Josy, Suriani, Sanin, dan Aziz datang ke rumah

Doktor Fikri. Doktor Fikri sudah menanti di pintu pagar rumah. Mereka dijemput bersarapan

pagi. Selepas itu, Doktor Fikri membawa mereka ke dapur dan menunjukkan sayur-sayur

yang telah dipetik. Menurut Doktor Fikri, sayur amat sesuai dipetik pada awal pagi atau

pada waktu petang. Sayur-sayuran itu ditimbang. Tomato dan cili merah dimasukkan ke

dalam plastik. Doktor Fikri menjangka mereka akan memperoleh pendapatan sebanyak

RM60.00. Setelah selesai, mereka bergerak ke pekan Menggatal. Tidak sampai satu jam

mereka tiba di sana dan Doktor Fikri membentangkan tikar. Kawan-kawan Doktor Fikri

begitu teruja untuk berniaga dan mereka membantu menyusun sayur-sayuran di atas tikar.

Ketika baru memperoleh pendapatan RM1.00, hujan turun dan mereka tidak dapat

berniaga. Rakan-rakan Doktor Fikri merungut, namun Doktor Fikri mengingatkan mereka

bahawa hujan juga merupakan satu nikmat.

Bab 6

Narius, Jais, dan Jamadi menanti kepulangan Doktor Fikri di bawah pokok di pinggir jalan.

Apabila Suriani, Dayang Mahani, dan Josy melalui kawasan tersebut, mereka bertiga

menghalang. Dayang Mahani dan Josy turun dari basikal, tetapi Suriani yang tidak mahu

turun telah dihalang oleh Jamadi sehingga dia terjatuh. Apabila Suriani mengugut mahu

melaporkan perbuatan tersebut kepada polis, barulah tiga sahabat itu melepaskan mereka

pergi. Doktor Fikri kemudian muncul dengan perasaan riang. Narius, Jais, dan Jamadi

menahannya dan meminta wang perlindungan. Oleh sebab Doktor Fikri tidak membawa

6

Page 8: Di Sebalik Wajah. Kakak

wang, mereka meminta membawa wang tersebut esok hari dan jika Doktor Fikri ingkar, dia

akan menerima nasib buruk. Namun, Doktor Fikri hanya mampu bersabar.

Bab 7

Pengetua sekolah, Puan Hamidah meluahkan rasa marah dan kesalnya dalam perhimpunan

di dewan sekolah. Beliau tidak berpuas hati akan sikap murid yang melanggar peraturan

sekolah iaitu memaksa murid lemah untuk memperoleh wang dengan cara mudah dengan

mengugut mereka membayar cukai keselamatan. Baginya, murid yang melanggar peraturan

sekolah, perlu dihukum. Narius, Jais dan Jamadi dibawa ke hadapan dewan sekolah kerana

mengugut Doktor Fikri. Rupa-rupanya, kawan-kawan Doktor Fikri telah melaporkan

perbuatan Narius dan kawan-kawannya kepada guru disiplin. Ketiga-tiga mereka dirotan

dan mereka berazam membalas dendam terhadap Doktor Fikri.

Bab 8

Doktor Fikri resah ketika tiba di rumah dan berasa kasihan apabila teringat akan Narius dan

sahabatnva yang dirotan. Dia tidak berselera untuk makan. Namun, akhirnya dia berasa lega

kerana Narius tidak berjumpa dengannya. Apabila terserempak, Narius berpura-¬pura tidak

melihatnya. Doktor Fikri bersyukur dan menganggap Narius sudah berubah. Di perpustakaan

pula, Jais menyinggungnya, Narius pula merenung matanya, manakala Jamadi mengepal

buku lima sambil mengingatkannya agar dia tidak berlagak samseng. Seterusnya, satu

pemeriksaan mengejut diadakan oleh Cikgu Wahab dan Cikgu Shukri bersama beberapa

orang pengawas. Apabila beg Doktor Fikri diperiksa, mereka menemui beberapa buku

perpustakaan, dompet, dan pen yang berharga mahal. Doktor Fikri dibawa ke bilik

kaunseling. Doktor Fikri menafikan barangan tersebut kepunyaannya, apatah lagi apabila

dituduh dia mengambil daripada murid lain. Desakan bertalu-talu daripada Cikgu Shukri

yang meminta Doktor Fikri mengaku, menyebabkan dia tidak terkata apa-apa.

Peristiwa tersebut tersebar begitu cepat. Nama Doktor Fikri menjadi buruk. Rakannya yang

akrab, Suriani mula menuduhnya sebagai panjang tangan, Dayang Mahani berdalih apabila

diajak bercakap, dan Sanin bersama Aziz Gemuk berterusan menyakitkan hatinya. Hanya

7

Page 9: Di Sebalik Wajah. Kakak

Josy yang masih mahu bertegur sapa dan mendengar masalahnya, malah yakin Doktor Fikri

tidak melakukan perbuatan tersebut.

Bab 9

Sukan tahunan sekolah akan bermula esok. Pelajar dan guru sibuk membuat persiapan

menghias rumah sukan dan membuat garisan serta memacak bendera, manakala di padang

sekolah, pasukan unit beruniform sedang mengadakan raptai. Peserta Rumah Tun Ismail,

Rumah Tun Razak, Rumah Tun Hussein, dan Rumah Tunku Abdul Rahman sibuk membuat

latihan dan persiapan.

Bab 10

Hari sukan telah tiba dan pesta sukan dijalankan dalam suasana meriah. Pengarah Pelajaran

Negeri Sabah telah merasmikan majlis tersebut. Acara dimulakan dengan lintas hormat di

depan tetamu. Kemudian, dijalankan acara 1500 meter. Doktor Fikri yang bakal menyertai

acara tersebut telah menyapa Suriani, Aziz, dan Dayang Mahani, tetapi kawan-kawannya itu

berpura-pura tidak mendengar. Josy pula terus memberi keyakinan yang Doktor Fikri boleh

menamatkan larian tersebut. Apabila wisel dibunyikan, Doktor Fikri berlari sekuat hati.

Nafasnya terasa pendek dan perutnya terasa sakit, tetapi dia berusaha menamatkan larian.

Sebelum tiba di garisan penamat, dia terjelepok. Dia dibawa ke khemah rawatan. Josy telah

memuji keazaman Doktor Fikri sambil mengurut kaki Doktor Fikri dengan minyak panas.

Doktor Fikri juga tidak membenarkan ibunya membantunya kerana dia tidak mahu dilihat

seperti seorang anak manja. Akhirnya, Puan Halipah membawa anaknya pulang. Ketika dia

hendak mengambil basikal, dia mendapati basikalnya telah hilang.

Bab 11

Berita kehilangan basikal Doktor Fikri menjadi perbualan rakan-rakannya. Suriani, Dayang

Mahani, Sanin dan Aziz saling mengutuk Doktor Fikri. Dayang Mahani berkata mungkin

Doktor Fikri mencuri buku perpustakaan negeri. Sanin pula menuduh Doktor Fikri hanya

berpura-pura membawa bekal untuk mencuri dan telah memburukkan nama kelas mereka.

Dayang Mahani pula berkata bahawa dia tidak menyangka orang kaya boleh mencuri.

Suriani pula menuduh Doktor Fikri cuba menunjukkan kemampuannya untuk berlari dan

8

Page 10: Di Sebalik Wajah. Kakak

Sanin pula berkata orang yang berkulit balar tidak patut berlari dengan memakai pakaian

panjang. Mereka akhirnya pulang ke rumah.

Bab 12

Doktor Fikri sedih atas kehilangan basikalnya setelah kehilangan kawan-kawannya. Basikal

yang dibeli dengan wang hasil titik peluhnya itu kini tiada lagi. Hanya Josy yang setia

bersamanya dan memberi nasihat padanya. Kini, Josy pula mahu berpindah sekolah. Ketika

waktu Pendidikan Jasmani, Doktor Fikri tidak diajak bermain bola tampar dan dia terpaksa

berbohong kepada Cikgu Kamaruddin bahawa dia tidak sihat. Cikgu Wahab yang melihat

keadaan Fikri datang menemui Doktor Fikri dan mengajaknya ke bilik kaunseling. Rupa-

rupanya dia dimaklumkan bahawa Narius dan kawan-kawannya yang telah mencuri

basikalnya. Mereka kini ditahan di balai polis setelah ditangkap cuba mengopak cermin

sebuah kereta. Perbuatan mereka didalangi oleh seorang banduan yang juga telah ditahan.

Doktor Fikri boleh mengajak ayahnya mengambil basikalnya di Balai Polls Menggatal.

Menurut Cikgu Wahab, ketiga-tiga murid itu juga mengaku telah meletakkan buku, dompet,

dan pen di dalam beg Doktor Fikri.

Bab 13

Doktor Fikri pulang dengan hati yang gembira kerana tidak sabar untuk menceritakan

perkara sebenarnya. Namun, ibunya memberitahu ayahnya akan pulang lewat kerana ada

mesyuarat. Puan Halipah segera mengeluarkan buku latihan anaknya untuk meneliti buku

latihan anaknya. Hal ini kerana Doktor Fikri lemah dalam Matematik dan ibunya sentiasa

memastikan Doktor Fikri sentiasa membuat latihan. Kemudian Doktor Fikri memaklumkan

kepada ibunya bahawa basikalnya yang hilang telah ditemui. Selepas mandi, makan, dan

bersolat bersama ayahnya, Doktor Fikri ke Balai Polis Menggatal. Mereka disambut oleh

Sarjan Ahmad. Narius menyembunyikan tangisannya apabila Doktor Fikri tiba di bilik lokap.

Jais dan Jamadi telah pun dibebaskan setelah dijamin oleh ayah mereka, manakala ayah

Narius tidak mampu menjamin anaknya kerana kehidupannya yang miskin. Doktor Fikri

bersimpati terhadap nasib yang menimpa Narius, lalu mendesak ayahnya pula menjamin

Narius. Akhirnya Narius dapat dibebaskan. Dalam keadaan malu, dia bersalaman dengan

Cikgu Saiful dan Doktor Fikri. Narius berazam tidak akan menjejakkan kaki ke balai polis itu

lagi.

9

Page 11: Di Sebalik Wajah. Kakak

Bab 14

Doktor Fikri kini bersahabat balk dengan Narius, Jamadi dan Jais. Suriani berasa bimbang

apabila pernah melihat Doktor Fikri bersama-sama Narius dan kawan-kawannya. Dayang

Mahani pula berkata memang sesuai pencuri berkawan dengan pencuri, namun Suriani

mengingatkan mereka bahawa Ustazah Balkis pernah berpesan agar menegur orang yang

melakukan kesilapan. Lantas, timbul keinginan di hati mereka mahu menegur perbuatan

Doktor Fikri agar kembali ke jalan yang benar. Malangnya hasrat tersebut tidak kesampaian

kerana Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah.

Bab 15

Sudah dua hari Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah menyebabkan kawan-kawannya berasa

resah kerana rancangan mereka untuk menyelamatkan Doktor Fikri tergendala. Ketika

mereka sedang berbual, tiba-tiba Narius, Jamadi, dan Jais masuk ke Kelas Dua Mawar.

Narius, Jamadi, dan Jais memohon maaf kepada murid kelas itu dan menceritakan

perbuatan buruk mereka terhadap Doktor Fikri. Mereka menjelaskan bahawa Doktor Fikri

telah ke Jepun mengikut ayahnya yang menyambung pelajaran selama lima tahun Narius

kemudian menyerahkan surat yang ditulis oleh Doktor Fikri. Dalam surat tersebut dia

memohon maaf kerana meninggalkan rakan sekelas kerana semuanya dilakukan dalam

keadaan tergesa-gesa. Selepas Dayang Mahani membaca surat itu, rakan-rakannya

menangis kesedihan.

Bab 16

Setelah setahun berada di Osaka, Jepun, Doktor Fikri dan ibu bapanya pulang ke Malaysia

kerana bercuti selama dua bulan. Doktor Fikri tidak sabar untuk menemui kawan-

¬kawannya. Mereka menaiki Boeing 137 dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa

Kota Kinabalu. Kepulangan Doktor Fikri telah disambut dengan gembira oleh Aziz, Dayang

Mahani, Suriani, dan Sanin yang telah menunggu selama sejam. Mereka kemudiannya ke

rumah lama Doktor Fikri di Menggatal dengan menaiki dua buah teksi. Setibanya di rumah,

setelah minum, Doktor Fikri menunjukkan album. Doktor Fikri menceritakan pengalamannya

ketika berada di Jepun; ke Fujiyama, memenangi pertandingan reka cipta, dan pendedahan

murid sekolah menengah terhadap pelbagai bahan rekaan. Kemudian Doktor Fikri

10

Page 12: Di Sebalik Wajah. Kakak

menghadiahkan buah tangan kepada kesemua rakannya itu. Doktor Fikri telah

menghadiahkan jam penggera kepada kawan-kawannya yang boleh mengejutkan mereka

daripada tidur dan mengejutkan mereka untuk mengulang kaji pelajaran. Mereka minta izin

untuk beredar kerana memahami Doktor Fikri dan keluarganya mahu berehat.

Bab 17

Sewaktu makan malam di sebuah restoran di tepi pantai Tanjung Aru, Doktor Fikri

memberitahu keinginannya untuk mendaki Gunung Kinabalu apabila teringat akan Gunung

Fujiyama di Jepun dan tidak mahu berasa malu apabila kawan-kawannya di Jepun bertanya

akan hal tersebut. Baginya, percutian selama dua bulan harus diisi dengan aktiviti yang

berfaedah. Keesokan harinya, ayahnya membawa berita gembira kerana telah menempah

bilik untuk mereka mendaki Gunung Kinabalu. Malam itu juga segala keperluan mendaki

gunung dibeli dan dimasukkan ke dalam beg.

Bab 18

Mereka tiba di Taman Negara Kinabalu setelah sejam perjalanan dan menuju ke sebuah

chalet. Doktor Fikri mengagumi keindahan Taman Negara Kinabalu. Ramai pelancong

memenuhi Taman Negara. Doktor Fikri dan ayahnya makan malam di sebuah restoran yang

menyediakan masakan panas. Ibunya tidak ikut serta kerana ingin berehat kerana hari esok

mereka akan mula mendaki. Malam itu, mereka menonton slaid berkaitan organisasi Taman

Negara hinggalah ke fauna dan flora.

Bab 19

Pagi tiba dan mereka hanya mencuci muka dan tidak sanggup mandi kerana airnya sangat

sejuk. Mereka bersarapan dan terus menaiki pikap yang disediakan oleh pihak Taman

Negara menuju ke kaki Gunung Kinabalu. Apabila tiba di tempat yang dituju, orang ramai

bergambar untuk kenang-kenangan. Mereka sekeluarga mendaki Gunung Kinabalu dengan

bantuan jurupandu yang sudah ratusan kali tiba di puncak gunung tersebut. Mereka akan

berehat dan bermalam di Panalaban, sebelum meneruskan pendakian jam 3.00 pagi esok.

Mereka mendapat kemudahan seperti selimut yang boleh memasukkan seluruh badan

untuk mengelakkan kesejukan. Terdapat pendaki yang ingin menikmati keindahan di puncak

gunung dan mengisi perut yang lapar di kantin rumah rehat itu. Malam itu, Doktor Fikri dan

11

Page 13: Di Sebalik Wajah. Kakak

keluarganya tidur awal. Doktor Fikri sempat bertanya punca mereka harus mendaki pada

jam 3.00 pagi dan ayahnya menjawab bahawa kabus tebal akan melitupi puncak dan

mereka tidak dapat turun lagi.

Bab 20

Doktor Fikri telah tersesat dan dia kini bersendirian tanpa ibu dan ayahnya. Lampu picitnya

telah mati. Dia menyesal kerana terlalu jauh meninggalkan ibu bapanya. Dia tidak berani

bergerak kerana gaung di sekelilingnya. Doktor Fikri duduk mencangkung dan menggigil

ketakutan. Dia teringat akan kisah naga yang dibaca dalam kisah dongeng orang Dusun. Dia

menjerit meminta pertolongan, tetapi tiada sesiapa yang datang membantu. Seekor naga

datang menghampirinya. Percikan api keluar dari mulut naga itu. Dia berlari untuk

mengelakkan diri daripada menjadi mangsa naga tersebut. Mulut naga menjamah

punggungnya dan taring naga pula melekat di seluarnya. Belum sempat menyelamatkan diri,

dia telah terhumban ke dalam gaung.

Bab 21

Penghuni rumah penginapan Panalaban begitu terperanjat apabila mendengar jeritan.

Doktor Fikri telah menjerit sekuat hati. Cikgu Saiful mendapatkan anaknya yang terjatuh dari

katil. Doktor Fikri baru sedar daripada mimpi. Seorang jurupandu tua menasihati Doktor

Fikri agar tidur semula kerana waktu masih awal dan Doktor Fikri memberitahu dia akan

tetap mendaki bersama-sama ibu dan ayahnya. Cikgu Saiful dan isterinya ketawa apabila

mendengar cerita mimpi yang mengganggu tidur anaknya.

12

Page 14: Di Sebalik Wajah. Kakak

Tema dan Persoalan

TemaKetabahan seorang remaja menjalani kehidupan sehariannya walaupun berpenyakit balar Doktor Fikri tabah menerima usikan, ejekan dan sindiran daripada rakan sekelas dan

pelajar lain di sekolah.

Persoalan

Kasih sayang seorang suami terhadap isteri Cikgu Saiful berusaha mencari daging rusa yang diidamkan oleh isterinya, Puan

Halipah yang sedang mengandung.

Bijak mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah Doktor Fikri rajin membaca, menanam sayur-sayuran, dan menternak ayam untuk

mengisi masa lapangnya.

Sikap berjimat cermat dalam kehidupan Doktor Fikri menyimpan wang sakunya dan selalu membawa bekal ke sekolah.

Peras ugut dalam kalangan pelajar Narius, Jais, dan Jamadi mengugut Doktor Fikri agar membayar wang perlindungan

atas alasan mahu menjaga keselamatan Doktor Fikri daripada dikacau oleh murid lain.

Keinsafan setelah melakukan kesalahan Narius, Jais dan Jamadi memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan kepada

Doktor Fikri.

13

Page 15: Di Sebalik Wajah. Kakak

Watak dan Perwatakan

Doktor Fikri Berusia 14 tahun. Anak tunggal Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Berpenyakit balar – berkulit putih kemerah-merahan, berambut kuning

keemasan, anak mata sedikit pulih, dan bertubuh agak kecil. Tabah menjalani kehidupan walaupun sering diejek dan dipulaukan kerana

kecacatannya. Berjimat cermat – menyimpan duit hasil jualan sayurnya. Dituduh mencuri buku perpustakaan, dompet, dan barang-barang pelajar

sekolahnya. Bersemangat kental – berusaha menamatkan larian 1500 meter walaupun

tubuhnya tidak berdaya. Baik hati – memujuk ayahnya mengikat jamin Narius keluar dari lokap. Pemaaf – memaafkan kesalahan Narius, Jais, dan Jamadi yang telah

menganiayai dan mencuri basikalnya. Pemurah – memberikan sayur-sayuran yang ditanam kepada rakan-rakannya

baiknya. Tidak berdendam walaupun telah dikhianati oleh rakan-rakan baiknya. Meminati bidang pertanian dan perniagaan – bercucuk tanam, menternak

ayam, dan menjual sayur-sayuran.

Cikgu Saiful Ayah Doktor Fikri dan suami kepada Halipah Abdul Rahman. Taat kepada agama. Asalnya bekerja sebagai guru disiplin dan pendidik. Bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Penyayang – memenuhi semua keinginan anak dan isterinya. Bertanggungjawab – menjaga keluarganya dengan baik. Baik hati – memberi wang untuk menjamin Narius yang ditahan di dalam

lokap. Reda akan ketentuan Allah – menerima keadaan anaknya yang balar. Tabah memelihara anak yang berpenyakit balar. Dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun selama lima tahun oleh syarikatnya.

14

Page 16: Di Sebalik Wajah. Kakak

Halipah Abdul Rahman

Ibu Doktor Fikri dan isteri kepada Cikgu Saiful. Reda menerima kecacatan anaknya. Penyayang – memberikan sokongan moral sewaktu Doktor Fikri mengambil

bahagian dalam acara sukan di sekolahnya. Prihatin – sentiasa memantau perkembangan pelajaran anaknya. Menghormati tetamu – melayan rakan-rakan Doktor Fikri dengan baik semasa

mereka datang ke rumahnya. Pandai menghias rumah – kawan-kawan Doktor Fikri terpegun melihat susun

atur rumah Doktor Fikri.

Josy Rakan baik Doktor Fikri. Pelajar tingkatan 2 Melati. Berketurunan Dusun. Gemar mengusik antara dia dengan rakan-rakannya yang lain. Mengambil berat – mengambil berat akan Doktor Fikri yang telah disisihkan

oleh kawan-kawannya. Memahami perasaan – memahami perasaan yang dialami oleh Doktor Fikri

dan cuba sedaya-upaya menghiburkan hati Doktor Fikri dengan cerita lucu. Tidak mudah percaya akan fitnah – tidak percaya bahawa Doktor Fikri mencuri

walaupun kawan-kawannya yang lain mempercayai akan hal tersebut .

Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz

Rakan baik dan sekelas dengan Doktor Fikri. Gemar mengusik antara satu dengan yang lain. Membantu Doktor Fikri berniaga di Pasar Tamu Menggatal. Bersikap dingin setelah Doktor Fikri dituduh mencuri di sekolahnya. Menyesali perbuatan mereka selepas mengetahui perkara sebenar.

Narius, Jais, dan Jamadi

Suka membuli dan mengugut pelajar lain. Dirotan oleh pengetua setelah Suriani telah melaporkan kegiatan mereka. Ditangkap polis ketika sedang mengopak cermin sebuah kereta dan mencuri

basikal Doktor Fikri. Mengakui kesalahan dan meminta maaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Akhirnya, berkawan baik dengan Doktor Fikri.

15

Page 17: Di Sebalik Wajah. Kakak

Plot dan Teknik Plot

Plot

Permulaan Cikgu Saiful berdebar menanti kelahiran anak sulungnya di Hospital Ratu Elizabeth dan dia berdoa agar anak dan isterinya selamat. Akhirnya, isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki melalui pembedahan. Namun, takdir Tuhan menentukan anak yang dilahirkan itu berkulit balar atau Albino. Dia dan isterinya akhirnya menerima pemberian Tuhan. Anak itu diberi nama Doktor Fikri sempena nama seorang doktor yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya.

Perkembangan Cikgu Saiful mendaftarkan persekolahan Doktor Fikri di SMK Menggatal. Doktor Fikri menjadi bahan usikan rakan-rakannya. Doktor Fikri diterima baik oleh pelajar Kelas Tingkatan Dua Mawar. Dia mendapat sahabat baharu; Sanin yang becok, Aziz Gemuk, dan Dayang Mahani selaku ketua kelas. Pada waktu rehat, dia berkenalan dengan Josy dari Dua Melati yang datang menegurnya. Dayang Mahani, Suriani, Sanin, Aziz dan Josy dapat menerima Doktor Fikri dengan baik walaupun mereka juga mempermainkan Doktor Fikri pada awalnya. Kawan-kawannya itu kemudian ke rumah Doktor Fikri. Doktor Fikri menunjukkan bilik bacaan dan sayur-sayuran ditanam. Doktor Fikri ke sekolah dengan menggunakan basikal baharu dan tiba setelah pintu pagar ditutup. Pada waktu rehat dia mendaftar sebagai ahli Rumah Tun Ismail. Pada satu hari, rakan-rakannya datang ke rumah untuk membantunya berniaga di pasar Tamu. Malangnya, sayur-sayurnya tidak dapat dijual kerana hujan lebat.

Perumitan Setelah selesai latihan sukan pada waktu petang, Doktor Fikri telah ditahan oleh Narius dan rakan-rakannya yang menanti kepulangan Doktor Fikri di bawah pokok di pinggir jalan. Mereka mengugut meminta wang perlindungan daripada Doktor Fikri. Malangnya, Doktor Fikri tidak membawa wang, menyebabkan mereka naik angin. Narius, Jais, dan Jamadi dirotan apabila rakan-rakan Doktor Fikri memberi tahu Cikgu Wahab bahawa Doktor Fikri telah diugut. Mereka mengesyaki Doktor Fikri yang membuat laporan kepada Cikgu Wahab lalu membalas dendam dengan mencuri buku perpustakaan, beg murid dan pen mahal diletakkan di dalam beg Doktor Fikri menyebabkan Doktor Fikri dituduh mencuri dan ditangkap oleh guru disiplin. Peristiwa tersebut menyebabkan rakan-rakannya bersikap dingin terhadapnya, kecuali Josy. Ketika pesta sukan, Doktor Fikri mengambil bahagian dalam acara larian 1500 meter. Dia terjatuh sebelum menamatkan acara tersebut. Ibunya mendapatkannya di khemah rawatan. Sebelum pulang, Doktor Fikri mendapati basikalnya telah hilang. Rakan sekelas tahu akan kehilangan basikal tersebut tetapi mereka terus mencemuhnya. Pada suatu hari, Cikgu Wahab menerangkan perkara sebenar; basikal Doktor Fikri yang hilang sebenarnya dicuri oleh Narius, Jais, dan Jamadi ketika semua murid sibuk bersukan di padang. Basikal tersebut kini berada di Balai Polis Menggatal. Menurut Cikgu Wahab, ketiga-tiga murid itu juga mengaku telah meletakkan buku, dompet,

16

Page 18: Di Sebalik Wajah. Kakak

dan pen di dalam beg Doktor Fikri. Narius dan sahabatnya kini ditahan di balaipolis kerana cuba mengopak cermin. Perbuatan mereka sebenarnya didalangi oleh seorang bekas banduan dan kesemua mereka telah ditahan. Doktor Fikri dan bapanya ke Balai Polis Menggatal untuk menuntut kembali basikalnya yang hilang. Ayah Doktor Fikri telah menjamin Narius yang miskin apabila bapanya tidak mampu membayar wang ikat jamin. Akhirnya, Narius dibebaskan. Persahabatan Narius, Jamadi, dan Jais dengan Doktor Fikri kini menjadi akrab dan menyebabkan rakan-rakan lamanya seperti Suriani, Dayang Mahani, Aziz Gemuk, dan Sanin dilanda kebimbangan. Timbul keinginan di hati mereka mahu menegur perbuatan Doktor Fikri agar kembali ke jalan yang benar. Malangnya, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah.

Kemuncak Doktor Fikri yang telah dua hari tidak hadir ke sekolah telah menulis sepucuk surat buat kawan-kawannya melalui Narius. Narius juga telah berterus-terang dengan kawan-kawan Doktor Fikri bahawa Doktor Fikri tidak berbuat salah dan merekalah sebenarnya yang bersalah kerana telah menuduh Doktor Fikri mencuri. Sahabat-sahabatnya menyesal dan menangis kesedihan, namun sudah terlambat apabila Doktor Fikri sudah berada di Jepun ketika itu kerana mengikut bapanya menyambung pelajaran di sana.

Peleraian Doktor Fikri akhirnya kembali ke Sabah untuk bercuti setelah setahun berada di Osaka, Jepun. Kepulangan Doktor Fikri telah disambut oleh Aziz, Dayang Mahani, Suriani, dan Sanin dengan penuh rasa gembira. Doktor Fikri memberikan buah tangan kepada kesemua sahabatnya itu. Doktor Fikri meluahkan keinginannya mendaki Gunung Kinabalu dan bapanya bersetuju untu memenuhi keinginan Doktor Fikri sebelum mereka kembali semula ke Jepun. Semasa bermalam di Panalaban, Doktor Fikri bermimpi dikejar naga dan terjatuh ke dalam gaung. Setelah sedar, Doktor Fikri berjanji akan tetap bersama-sama ibu dan ayahnya semasa mendaki.

17

Page 19: Di Sebalik Wajah. Kakak

Teknik Plot

segar lagi bagaimana isterinya ketika kandungannya mkira-kira dua bulan. Isterimuntah-muntah.

Teknik Plot Imbas kembali

Monolog

Dialog

Konflik

Kejutan

18

Ingatan cikgu saiful masih segar lagi bagaimana susah isterinya ketika kandungannya masih baru, kira-kira dua bulan .(halaman 8)

Beginikah hospital?” bisiknya

bagaikan baharu memahaminya.

(halaman 2)

“Kalau perempuan?” soal seorang murid perempuan. Suriani namanya. Dia duduk bersebelahan dengan Dayang Mahani. “ Kalau perempuan, kata ayah , itu terserah kepada ibu saya.” (halaman 29)

Apabila Narius, Jamadi dan Jais meminta cukai

keselamatan daripada Doktor Fikri dan mereka

begitu marah apabila Doktor Fikri tidak membawa wang lalu menolak basikal Doktor

Fikri. (halaman 73)Doktor Fikri yang tidak hadir ke sekolah rupa-

rupanya sudah berada di Jepun kerana mengikut

ayahnya yang menyambung pelajaran

di Jepun selama 5 tahun. (halaman 121)

Page 20: Di Sebalik Wajah. Kakak

Gaya bahasa

Gaya bahasa Contoh

Peribahasa air yang tenang jangan di sangka tiada buaya, (halaman 89)

Otak lembu (halaman 56) Panjang tangan (halaman 89)

Bahasa Inggeris Sorry (halaman 137) Nurse (halaman 19) March (halaman 93)

Bahasa Arab Assalamualaikum (halaman 57) Alhamdulillah (halaman 76)

Personifikasi Senja sudah menjamah suasana (halaman 46)

Keriangan mengetuk pintu hati Doktor Fikri. (halaman 108)

Metafora Kilang fikirannya bekerja keras (halaman 52)

Sinkope Sekarang besar ayam itu boleh habiskan tak sampai sebulan (halaman 45)

Simile Ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan (halaman 28)

Bagaikan gula dan garam di dalam lauk-pauk (halaman 120)

19

Page 21: Di Sebalik Wajah. Kakak

Latar tempat, masa, dan masyarakat

Latar

Latar tempat Latar masa Latar masyarakat

20

Hospital Ratu Elizabeth - Cikgu Saiful

menunggu saat kelahiran anaknya.

Pantai Tanjung Aru - Cikgu Saiful

berehat di pantai itu setelah penat mencari daging rusa.

Bilik Pengetua- Cikgu Saiful

berurusan dengan pengetua untuk mendaftarkan kemasukan sekolah Doktor Fikri.

Balai Polis - Doktor Fikri dan

bapanya datang ke balai polis untuk mengambil basikalnya.

Rumah Rehat Panalaban- Peserta yang

mengikuti rombongan mendaki Gunung Kinabalu berehat.

Ahad- Doktor Fikri

menjual sayur-sayuran di Pasar Tamu Menggatal.

Waktu siang hari- Pesta sukan

SMK Menggatal diadakan.

Waktu tengah hari- Pengetua telah

merotan Narius, Jais, dan Jamadi ketika perhimpunan.

Waktu malam- Doktor Fikri

mengajak ayahnya ke Kota Kinabalu untuk membeli basikal.

1.00 pagi- Cikgu Saiful

resah menanti di ruang menunggu akan keputusan nasib isterinya yang sedang dibedah akibat anak yang dikandung songsang.

Masyarakat yang penyayang- Cikgu Saiful dan

Puan Halipah amat menyayangi anak mereka walaupun cacat.

Masyarakat yang pemaaf- Doktor Fikri telah

memaafkan kesalahan Narius dan kawan-kawannya, malah sedikit pun tidak berdendam dengan mereka.

Masyarakat yang taat perintah Tuhan- Cikgu Saiful

bersembahyang dan memohon doa agar isteri dan anaknya selamat.

Masyarakat yang gigih berusaha- Doktor Fikri gigih

berkebun dan menternak ayam.

Masyarakat yang sering melanggar peraturan sekolah.- Narius dan kawan-

kawannya sering memeras ugut Doktor Fikri dan pelajar lain.

Page 22: Di Sebalik Wajah. Kakak

Nilai

Nilai

Kasih sayang Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi anak tunggalnya, Doktor Fikri dan

telah menunaikan segala keinginan Doktor Fikri.

Ketabahan Doktor Fikri tabah mengharungi kehidupannya walaupun sering diejek, dipulaukan, dan

difitnah oleh rakan sekolahnya.

Kerjasama Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz Gemuk bekerjasama membantu Doktor

Fikri menjual sayur-sayuran di Pasar Tamu Menggatal.

Menghormati Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah

sewaktu berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

Baik hati Ayah Doktor Fikri telah memberi wang kepada ayah Narius untuk menjamin Narius

daripada ditahan di dalam lokap.

21

Page 23: Di Sebalik Wajah. Kakak

Pengajaran

Pengajaran

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Cikgu Saiful dan Puan Halipah sangat

menyayangi anak tunggal mereka, iaitu Doktor Fikri.

Kita mestilah bersyukur dengan anugerah Tuhan. Cikgu Saiful bersyukur walaupun mendapat

zuriat berpenyakit balar.

Kita perlulah tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan dan

sindiran yang dilemparkan kepadanya.

Kita hendaklah mematuhi peraturan sekolah. Doktor Fikri berjanji tidak akan datang

lewat ke sekolah.

Kita perlulah menyiasat untuk mengetahui perkara yang sebenar. Sikap kawan-kawan Doktor Fikri yang mempercayai Doktor Fikri mencuri buku perpustakaan

dan barangan murid lain tanpa menyiasat lebih mendalam tidak wajar kita contohi.

22

Page 24: Di Sebalik Wajah. Kakak

Bibliografi/sumber rujukan

Abang Saifuddin Abang Bohari, 2010. Di Sebalik Wajah. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kamaruzaman Ismail, 2011. Komsas Komponen Sastera Tingkatan 2. Info-Didik Sdn Bhd.

23