12
Tema Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar- pelajar lain di sekolahnya. Persoalan 1. Persoalan rajin membaca Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. 2. Persoalan menghargai persahabatan Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka. 4. Persoalan keinsafan Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis. 5. Persoalan aplikasi Ilmu Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya. 6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi. 7. Persoalan berdikari Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam. 8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya. 9. Persoalan taat akan perintah agama Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah. - Binaan Plot Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa -Permulaan

Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Tema

Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri

yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.

Persoalan

1. Persoalan rajin membaca

Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

2. Persoalan menghargai persahabatan

Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor

Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.

4. Persoalan keinsafan

Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.

5. Persoalan aplikasi Ilmu

Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.

6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik

Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi

seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.

7. Persoalan berdikari

Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun

mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.

8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan

Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

9. Persoalan taat akan perintah agama

Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

- Binaan Plot

Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa

-Permulaan

Page 2: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan

cacat iaitu balar kulitnya.

-Perkembangan

Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.

-Perumitan

Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Nari us, Jais dan Jamadi.

-Puncak

Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.

-Peleraian

Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.

-Teknik Plot

1. Dialog

“Nama saya Doktor Fikri.” Doktor Fikri berdiri dan duduk semula.

“Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak.

2. Monolog

Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.”

3. Monolog dalaman

“Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit

anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah soalan-soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.

4. Imbas kembali

Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.

5. Imbas muka

Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.

6. Pemerian

Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.

7. Konflik

Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.

8. Kejutan

Page 3: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya

bertugas di sana.

9. Suspen

Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.

= Watak dan Perwatakan

Watak Utama

- Doktor Fikri

Ø Pelajar tingkatan dua – berumur 14 tahun

Ø Cacat kulit - balar

Ø Tabah – menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya

Ø Rajin membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang

Ø Penyayang – menyayangi keluarga dan rakan-rakan

Ø Berdikari – berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya

Watak Sampingan

-Cikgu Saiful

Ø Bapa Doktor Fikri

Ø Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri

Ø Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga

Ø Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga

-Puan Halipah

Ø Ibu Doktor Fikri

Ø Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah

Ø Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang

dari sekolah

Ø Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian

dalam acara sukan

-Josy

Ø Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

Ø Prihatin – sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya

Page 4: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Ø Teguh pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-

rakannya terhadap Doktor Fikri

-Narius

Ø Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

Ø Berbadan besar

Ø Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/

mencuri basikal Doktor Fikri

Ø Insaf akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.

- Cikgu Wahab

Ø Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

Ø Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan

Ø Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah

Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar

-Dayang Mahani

Ø Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

Ø Kawan Doktor Fikri

Ø Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu

Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya

=Latar

-Latar Masa

Ø Pagi – peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.

Ø Petang – Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang

rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.

Ø Malam – Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan

mereka mendaki Gunung Kinabalu.

-Latar Tempat

Ø Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.

Ø Rumah Cikgu Saiful

Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di jual di Tamu.

Ø Pasar Tamu

Page 5: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama

Kerana hujan turun dengan lebatnya.

Ø Gunung Kinabalu

Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung

Kinabalu.

Ø Balai polis

Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan

Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan

Doktor Fikri.

Ø Hospital Ratu Elizabeth

Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.

-Latar Masyarakat

Ø Masyarakat pelajar

Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan

Menggatal.

Ø Masyarakat guru

Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

Ø Masyarakat yang prihatin

Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.

Ø Masyarakat yang bertanggungjawab

Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.

Ø Masyarakat yang taat kepada perintah agama

Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.

Ø Masyarakat penyayang

Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka

cacat.

Ø Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan

Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.

-Nilai

Ø Nilai kasih sayang

Page 6: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain.

Ø Nilai keinsafan

Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.

Ø Nilai keberanian

Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya

sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

Ø Nilai ketabahan

Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Ø Nilai kerajinan

Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.

Ø Nilai menghormati orang tua

Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

-Pengajaran

Ø Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.

Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.

Ø Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.

Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.

Ø Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita.

Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

Ø Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.

Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Ø Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.

Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam.

Ø Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

Page 7: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

TEMA:

Novel Cempaka Putih Untukmu memaparkan tema tentang keakraban dan keikhlasan persahabatan

antara dua orang remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Novel ini mengisahkan

hubungan persahabatan yang erat antara Hartini dan Satiah yang kekal hingga ke akhir hayat.

Keikhlasan Hartini sebagai sahabat yang sejati dipaparkan melalui kesungguhan Hartini dan

keluarganya yang berusaha merawat penyakit Satiah di hospital walaupun pada awalnya mendapat

tentangan ayah Satiah sendiri. Namun Satiah ditakdirkan meninggal dunia kerana penyakit barah

paru-paru yang dihidapinya. Setelah kematian Satiah, Hartini menanam pokok bunga cempaka putih

di kubur Satiah sebagai tanda persahabatan yang abadi.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

Persoalan Peristiwa

Kasih sayang antara

keluarga.

Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga

Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan

apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak

angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital

manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.

Ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah

menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan

persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.

Kebijaksanaan

mengatasi masalah.

Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan

meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis

Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

Percaya kepada perkara karut.

Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada

terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke suatu tempat

untuk membuang ‘benda’ yang ada pada tubuhnya.

Sanggup berkorban

menghadapi kehidupan

baharu

Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang

terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan

meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar.

Plot

Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

Plot Peristiwa

Page 8: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Permulaan

Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang

bertugas sebagai pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah

ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang Asli. Ahli

keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga.

Perkembangan

Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan

karib Hartini sebagai anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik

Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan

seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit

yang dihidapinya.

Klimaks

Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah

menghantar anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung

Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan.

Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit

akhirnya bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat

rawatan.

Peleraian

Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah

menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta

Hartini supaya menanam pohon cempaka putih di pusaranya.

Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke asrama.

Watak Utama

Hartini

i. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

ii. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Melanjutkan

pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub.

iii. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

iv. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital.

v. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

vi. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya

sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

vii. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Watak Sampingan

Satiah

Page 9: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

i. Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin

ii. Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.

iii. Rakan karib Hartini

iv. Menghidap penyakit barah paru-paru.

v. Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah

kawan-kawan .

vi. Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru.

vii. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR.

Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung pelajaran

tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan.

Encik Hasrul

i. Suami kepada Sarah .

ii. Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

iii. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.

iv. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau

memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.

v. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk

mendapatkan rawatan.

vi. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

Latar

Latar Masa

i. Pagi

Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke

Jerantut

ii. Petang

Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat

setempat menyambut kedatangan mereka.

iii. Malam

Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana keadaan

Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.

Latar Tempat

Page 10: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

i. Di Kuala Lumpur

Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

ii. Di kampung Kuala Batu.

Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga

merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu

Contoh: Tempat Hartini, Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat

PMR.

iv. Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.

Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam

PMR.

iii. Pontian

Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan

PMR.

iv. Kampung Langsat

Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat bandar

Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk

berpindah ke kawasan pedalaman.

ii. Masyarakat orang Asli

Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti

keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.

iii. Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional

Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana

telah terlangkah ‘benda kotor’.

iv. Masyarakat pelajar

Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang lain

menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu .

v. Masyarakat peniaga

Page 11: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

vi. Masyarakat pendidik

Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

Teknik Penulisan

i. Pemerian

Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15

orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia murid yang

cukup serius dan berdisiplin.

ii. Dialog

Contoh: “Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan kawan -

kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu,” kata nenek.

iii. Imbas kembali

Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi

Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama seperti

hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan menarik .

iv. Monolog Dalaman

Contoh: “Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?”

v. Saspens

Contoh: Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil ecstasy.

vi. Kejutan

Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya lemah

longlai.

Nilai

i. Nilai keberanian

Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah

dirawat di hospital.

ii. Nilai ketabahan

Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.

iii. Nilai bertanggungjawab

Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, beliau

sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar bandar untuk memajukan masyarakat di sana.

Page 12: Novel di sebalik wajah tingkatan 2

iv. Nilai kasih sayang

Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian

rakan karibnya itu pada peringkat awal.

v. Nilai kebijaksanaan

Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil ecstasy di sekolahnya.

vi. Nilai kegigihan

Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR.

Pengajaran

i. Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan

Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun

berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.

ii. Kita hendaklah saling menyayangi.

Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli.

iii. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah

Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy

iv. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.

v. Kita hendaklah berpegang kepada janji

Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran setelah

Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR

vi. Kita janganlah menganiaya orang lain

Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari.

Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.