Upload
friff369
View
671
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Difinisi kesantunan bahasa
1.kesantunan bahasa diertikan sebagai kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan.
2.kesantunan berbahasa bukan sahaja perlu dipraktikkan taktala berkomunikasi dengan golongan yang dihormati tetapi juga taktala berkomunikasi dengan golongan yang sama taraf dengan kita dan orang yang rendah kedudukannya daripada kita.
3. yang dikatakan bahasa yang sopan ialah bahasa yang mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi ,kosa kata yang halus dan bertatasusila,serta tidak menyinggung perasaan orang lain.
4.dalam masyarakat melayu,kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kahalusan budi,kesopanan,dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa itu tersebut.
5.seseorang penutur bahasa sering menuturkan bahasa dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai orang yang biadap atau tidak berbudi bahasa.
Cirri-ciri kesantunan berbahasa
1.ciri-ciri kesantunan berbahasa dalam bahasa melayu dapat ditinjau daripada dua aspek.
2.aspek-aspek tersebut ialah aspek:
a)penggunaan bahasa halus
b)penggunaan kata ganti nama diri,bentuk sapaan,dan gelaran.
Penggunaan bahasa halus
2.dalam bahasa melayu ,penggunaan bahasa halus meliputi bahasa diraja,ungkapan yang menerima kata daripada bahasa arab,dan ungkapan tatasusila.
2.bahasa diraja ialah bahasa yang digunakan apabila bertutur dengan kerabat diraja.istilah lain untuk bahasa diraja ialah bahasa istana atau bahasa dalam.
3.dalam bahasa diraja,semua perbendaharaan kata dan ungkapan yang digunakan bertujuan memberikan penghormatan kepada golongan raja.ungkapan bahasa diraja yang menunjukkan berbahasa ini dapat dibahagikan kepada dua jenis,iaitu ungkapan yang rutin dan ungkapan perbendaharaan kata leksis.
4.ungkapan bermaksud ungkapan tekal dan tidak berubah yang sering digunakan dalam bahasa diraja.antara ungkapan ini termasuklah “ampun tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik
harap diampun.”ungkapan tersebut bukanlah bermaksud orang yang menuturkanya melakukan kesalahan lalu perlu memohon ampun daripada raja.ungkapan tersebut hanyalah suatu ungkapan selamat pagi,salam sejahtera,atau assalamualaikum dalam bahasa biasa.
5.perbendaharaan kata leksis pula merujuk kepada kosa kata yang digunakan khusus untuk meberikan taraf yang tinggi kepada raja.antara kosa kata ini termasuklah menjunjung kasih(terima kasih),mencemar duli(datang),ampun(maaf),dipersembahkan(dimaklumkan),dipohon(diminta),dan sebagainya.
6. penggunaan kata-kata bahasa arab juga memperlihatkan cirri kesantunan berbahasa.dalam hal ini,ungkapan yang paling kerap digunakan ialah assalamualaukum,waalaikumussalam,insya-allah,dan syukur alhamdullilah.
7.ungkapan bahasa bahasa arab turut terpakai pada kata-kata rujukan keagamaan seperti yang berikut ini:
Rujukan Agama Ungkapan bahasa arab
Allah Subhanahu wa taala
Nabi muhammad Sallallahu alai wassalam
Malaikat Alaihissalam
tokoh-tokoh islam(imam-imam mazhab,ulama hadis,dll)
Rahimahullah/ramiatullah
8.sebenarnya,penggunaan kata/ungkapan bahasa arab dalam kesantunan berbahasa mempunyai hubungan dengan pengaruh islam terhadap masyarakat melayu.Dalam hal ini agama islam menekan kan sikap hormat-menghormati antara manusia.
9.Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila.Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi.Antara bahasa halus itu termasuklah terima kasih,selamat,sila masuk,jemput duduk,tolong hulurkan bantuan,minta kerjasama,dan sebgainya.
10.Bahasa halus yang lain termasuklah penggunaan kiasan pemanis seperti buang air(untuk menggantikan kencing),dating bulan(untuk haid),berbadan dua(hamil),dan sebagainya.
11.Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai,iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah,lembut,dan sesuai,walaupun sewaktu menyindir,tidak akan menyinggung perasaan.
Penggunaan kata ganti nama
1.Dalam kesantunan berbahasa,penggunaan kata ganti nama yang dimaksudkan ialah penggunaan kata ganti nama diri orang.Kata ganti nama diri orang dapat dibahagika kepada tiga jenis,iaitu:
a)kata ganti nama diri pertama seperti saya,kita,hamba,patik,dan beta.
b)kata ganti nama diri kedua seperti awak,kamu,anda,tuan hamba dan kalian
c)kata ganti nama diri ketiga seperti dia,mereka,beliau,dan –nya
2.dalam bahasa melayu,penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan.Hal ini demikian kerana ada kalanya bentuk sapaan mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang.Sehubungan dengan itu,penggunaan kata ganti nama ditentukan oleh tiga faktor,iaitu umur,keakraban,dan status.
3.Oleh yang demikian,dalam kesantunan berbahasa, penggunaan kata ganti nama yang sesuai dengan situasi penggunaan sangat penting .penggunaan kata ganti nama diri orang yang tidak tepat mungkin akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni antara penutur dengan pendengar.
Penggunaan kata ganti nama diri pertama
1.Kata ganti nama diri pertama merujuk kepada diri penutur semasa bercakap dengan orang lain(pendengar).
2.Yang berikut ini ialah senarai kata ganti nama diri pertama dan situasi penggunaannya.
Kata ganti nama diri
Situasi penggunaan
saya *semasa bertutur dengan orang yang lebih dihormati dan mempunyai status yang lebih tinggi seperti ketua,guru,orang yang lebih tua,dan sebagainya.
*semasa bertutur dengan orang yang baru dikenali
*dalam majlis atau situasi rasmi
aku *dalam situasi tidak formal,kepada kenalan rapat dan orang yang kedudukanyan lebih rendah daripada penutur.
*untuk menimbulkan Susana kemesraan.
*tidak boleh digunakan kepada orang belum dikenali dan orang yang kedudukanya lebih tinggi daripada penutur.
beta *semasa raja bertutur dengan semua golongan rakyatnya.
patik *semasa rakyat bertutur dengan raja atau kerabatnya.
* bertujuan merendahkan diri dan menghormati golongan raja itu.
Penggunaan kata ganti nama diri kedua
1.kata ganti nama diri kedua merujuk kepada diri pendengar ,iaitu orang yamng dilawan oleh peutur.
2.yang berikut ini ialah senarai kata ganti nama diri kedua dan situasi penggunaannya.
Kata ganti nama diri
Situasi penggunaan
tuanku *maksudnya ialah ‘tuan yang mulia”
*merujuk kepada raja
tuan *merujuk kepada lelaki yang lebih tinggi kedudukanya daripada penutur
*merujuk kepada orang yang bergelar syekh,syed,haji,dan lebai
*merujuk kepada lelaki yang mempengurusikan ssuatu majlis dan digunakan sekali dengan nama jawatannya seperti tuan pengurusi,tuan kadi,dan tuan pengetua
*sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu majlis rasmi
*merujuk kepada lelaki berjawatan tinggi seperti professor(tuan professor),doctor(tuan doctor),dan
inspector(tuan inspector)
puan *merujuk kepada perempuan yang sudah berkahwin
*merujuk kepada perempuan yang berkedudukan tinggi
*merujuk kepada perempuan yang berjawatan tinggi seperti puan pengarah,puan pengetua,dan puan pengurus
Encik *merujuk kepada lelaki yang tinggi kedudukannya daripada penutur atau yang diiktiraf mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada penutur
*merujuk kepada orang yang belum dikenali
Cik *Merujuk kepada perempuan yang belum berkahwin dan perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur.
saudara *Merujuk kepada orang yang baru dikenali,kakitangan bawahan,atau yang setaraf dengan penutur*merujuk kepada hadirin dalam sesuatu majlis untuk menerbitkan kemesraan(walaupun istilah saudara ini sudah ,merujuk kepada orang perempuan,namun untuk merujuk kepada orang perempuan,kata saudari sering digunakan.
engkau *dalam situasi tidak formal kepada kenalan rapat dan orang yang kedudukannya lebih rendah
*tidak boleh digunakan kepada orang yang dihormati atau orang yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada penutur
Awak/kamu *sebagai kata ganti diri kedua tunggal yang lebih hormat daripada engkau
*digunakan oleh orang yang berstatus atau berkedudukan lebih tinggi kepada orang yang berkedudukannya
*kurang manis digunakan kepada orang yang baru dikenali
anda *sebagai kata ganti diri kedua tunggal dalam situasi formal
*boleh ditujukan kepada pendengar tanpa mengira peringkat umur,hubungan yang rapat atau tidask rapat antara penutur dengan pendengar
*janggal sekiranya digunakan kepada kenalan rapat atau dalam situasi tidak formal
Penggunaan kata ganti nama diri ketiga
1.kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada diri orang yang diperkatakan oleh penutur dan pendengar.
2.yang berikut ini ialah senarai kata ganti nama diri ketiga dan situasi penggunaannya.
Kata ganti nama diri
Situasi penggunaan
Dia/ia *merujuk kepada orang(tunggal) awam /biasa
baginda *merujuk kepada raja(tunggal)
beliau *merujuk kepada orang (tunggal) yang berkedudukan tinggi dan dihormati
mereka *merujuk kepada orang ramai (jamak)
Orang yang disapa Bentuk sapaan lisan kepada yang disapa
*yang dipertuan agong dan raja permaisuri agong
*sultan,raja,yang dipertuan besar
*sultanah,raja perempuan,tengku ampuan
*pemangku raja,raja muda,dan tangku mahkota
tuanku
Syed/sayid Tuan syed,habib
syarifah Puan/cik syarifah
syekh Tuan syekh
siti Puan/cik siti
megat Encik megat
puteri Puan/cik puteri
meor Encik meor
ma Puan/cik ma
wan Wan,encik wan(lelaki),wan,cik wan(perenpuan
nik Encik nik(lelaki)
Puan/cik nik(perempuan)
Tun,toh puan Tun(lelaki
Toh puan(perempuan)
Tansri,puan sri Tan sri,puan sri
Datuk sri,datin sri,tok puan Datuk sri,datin sri,tok puan
Datuk,datin,tok puan Datuk,datin,tok puan
Datuk patinggi,datin patinggi Datuk patinggi,datin patinggi
Datuk amar,datin amar Datuk amar,datin amar
Yang dipertua dewan rakyat,
Yang dipertua dewan Negara,
Yang dipertua dewan undangan negeri
*tuan yang dipertua(semasa sidang)
*yang berhormat(diluar sidang)
Setausaha kerajaan negeri Yang berhormat
Pegawai kewangan negeri
Penasihat undang-undang negeri
Penggunaan kata ganti nama diri lain
1.selain kata ganti nama diri yang disenaraikan itu,terdapat juga kata ganti nama yang menjadi rujukan halus untuk orang yang telah menigggal dunia,iaitu:
a)almarhum yang digunakan untuk kerabat diraja lelaki
b)almarhumah yang digunakan untuk kerabat diraja perempuan
c)allahyarham yang digunakan untuk lelaki islam
d)allahyarhamah yang digunakan untuk perempuan islam
e)mendiang yang digunakan untuk lelaki atau perempuan bukan islam
2.dalam penulisan surat kiriman antara ahli keluarga, terdapat pula kata ganti nama diri halus seperti ayahda,bonda,kakanda,adinda,nenda,dancucunda
Penggunaan bentuk sapaan
1.penggunaan bentuk sapaan yang betul juga penting dalam kesantunan berbahasa.sehubungan dengan itu,bentuk sapaan mesti berpandanan dengan kedudukan atau taraf orang yang disapa.
2.jadual di bawah ini menunjukkan bentuk sapaan yang berpadanan dengan kedudukan orang yang disapa yang dipetik dan disesuaikan daripada buku system panggilan dalam bahasa melayu oleh amat juhari mosain(1989:107-109)
Orang yang disapa Rujukan kehormatYang dipertuan agong dan raja permaisuri agong
Kebawah duli yang maha mulia seri paduksa baginda
Sultan,raja,sultanah,tengku ampuan,raja permaisuri
Duli yang maha mulia
Undang(di negeri Sembilan) Duli amat mulia
Balu raja Yang maha mulia
Raja muda atau tengku mahkota Duli yang teramat mulia atau yang teramat mulia
Kerabat diraja karib Yang amat mulia
Bergelaran warisan Yang mulia
Perdana menteri,timbalan perdana menteri,menteri besar dan timbalannya,ketua menteri dan timbalannya
Yang amat berhormat(daripadfa kalangan rakyat biasa).Yang amat berhormat mulia(daripada kalangan diraja)
Menteri,setiausaha parlimen,ahli Yang berhormat(daripada kalangan rakyat
parlimen,ahli dewan undangan negeri(wakil rakyat)
biasa)Yang berhormat mulia (daripada kalangan diraja)
Tun,toh puan Yang amat berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurnian kerajaan(selain tun dan toh puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang berbahagia
Ketua hakim Negara Yang amat arifKetua polis Negara Yang amat setiaHakim Yang arfKadi Yang arif/sahibul fadilahMufti dan pemimpin islam Sahibus samahahKetua jabatan tanpa gelaran Yang berusaha
3.selain bentuk sapaan tersebut,rujukan kehormat juga digunakan dalam system sapaan bahasa melayu .antara rujukan kehormat itu termasuklah seperti yang berikut ini:
Penggunaan gelaran
1.asmah haji omar membahagikan gelaran dalam bahasa melayu kepada beberapa ketegori.
2.kategori-kategori itu adalah gelaran kekeluargaan,gelaran pergaulan tak bersahaja(formal),gelaran warisan,gelaran kurnian,dan gelaran keagamaan.
Gelaran kekeluargaan
Nama kekeluargaan asas
Penggunaannya mengikut umur dan pangkat
pak Untuk lelaki yang usianya lebih kurang sebaya dengan ayah sendiri
mak Untuk perempuan yang umurnya lebih kurang sebaya dengan emak kendiri
tuk Untuk lelaki atau perempuan yang umurnya lebih kurang sebaya dengan datuk atau nenek kendiri
Abang Untuk lelaki yang tidak setua ayah Kediri dan juga tidak semuda kendiri
Untuk perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri
adik Untuk lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri
1.gelaran nama kekeluargan asas digunakan berdasarkan pemilihan umur dan pangkat dalam system kekeluargaan seperti yang berikut ini.
2.semua gelaran tersebut boleh diikuti oleh nma kendiri,seperti pak hashim,mak limah,tuk dollah,tuk leha,abang zul,kak ita,dan sebagainya.
3.gelaran mak dan pak biasanya digantikan dengan makcik dan pak cik apabila merujuk kepada bapa saudara atau ibu saudara.
4.dalam hubungan tidak formal,gelaran-gelaran nama kekeluargaan asas juga boleh digunakan di luar hibungan kekeluargaan seperti dengan kwan atau orang sekampung.
Jenama kekeluargaan
1.jenama kekeluargaan pula terbahagi kepada jenama kekeluargaan pertalian darah dan jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan.
jenama rujukan Catatan
Long/along Anak pertama Di perak,jenama yang digunakan ialah yop untuk lelakidan yong untuk anak perempuan.
Ngah/angah Anak kedua Di perak,untuk yang perempuan menggunakan nyah
Lang/alang Anak ketiga
andak Anak keempat Disesetengah tempat,jenama ini digunakan untuk anak keempat
teh Anak keenam Di Pahang,jenama ini merujuk kepada anak yang keempat
Cik Anak sebelum anak bongsu
Di sesetengah tempat,jenama ini merujuk kepada anak lelaki yang paling kecil(tidak
semestinya bongsu).sesetengahnya pula merujuk kepada anak lelaki yang keempat.
Busu/usu Anak bongsu
3.apabila jenama-jenama tersebut digabungkan nama kekeluargaan asas ,maka terhasilah gelaran-gelaran tertentu,iaitu:
a)pak long /mak long
b)pak ngah/mak ngah
c)pak lang/mak lang
d)pak ajang/mak anjang
e)pak andak/mak andak dan seterusnya
4.gabungan nama kekeluargaan asas abang(atau bang) dan kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada long,ngah,teh,dan cik menjadi:
a)abang/bang long dan kak long
b)abang/bang ngah/kak ngah
c)abang/bang the/kak teh
d)abang/bang cik/kak cik
5.jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan diwakili oleh kata menantu,mentua,dan ipar di samping besan dan biras.
6.menantu digunakan untuk isteri atau suami anak.sekiranya menantu dirujuk pada suami atau isteri cucu,maka cucu perlu digunakan bersama dengan kata menantu menjadi cucu menantu.
7.mentu pula digunakan untuk merujuk kepada nenek,datuk,bapa atau emak kepada suami atau isteri. Kata mentua boleh digunakan bersama-sama dengan nama kekeluargaan asas pak,mak,dan tuk menjadi pak mentua, mak mentuadan tuk mentua.
8.ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga
Suami atau isteri selain kepada ahli keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua .contohnya ialah abang ipar,kakak ipar,adik ipar,mak long ipar,mak ngah ipar,dan seterusnya.
9.besan digunakan untuk merujuk kepada hubungan yang terjalin antara ibubapa sendiri dengan ibubapa mertua.kata besan ini kadangkala dipadankan dengan cik,pak,atau mak menjadi cik besan,pak besan,dan mak besan yang digunakan bagi mengganti kan panggilan nama besan terbabit.
10.biras merujuk kepada hubungan yang terjalin antaralelaki atau perempuan yang berkahwin dengan dua adik-beradik.kata biras ini tidak boleh dijadikan sapaan atau panggilan.bisanya,sapaan ataupanggilan bergantung kepadakealahiran adik-beradikyang dinikahi.sebagai contoh,birasyang bernikah adalah adik-beradik yang nombor dua akan memanggil biras yang bernikah dengan adik-beradik yang sulung sebagai abang/bang/kak long dan begitulah seterusnya.
2.jenama kekeluargaan pertalian darah diwakili oleh kata-kata seperti long,ngah,alang,anjang,the,cik,dan busuatau su.pemakaian jenama-jenama ini adalah mengikut susunan kelahiran seperti yang berikut ini.
Gelaran pergaulan biasa
1.dalam pergaulan biasa ,gelaran cik digunakan pada perempuan yang belum berkahwin mana kala encik digunaka pada lelaki sahaja.
2.kedua-dua gelaran tersebut boleh digunakan dalam keadaan yang berikut,iaitu:
a)orang itu sebaya dengan kendiri
b)orang itu lebih muda daripada kendiri
c)orang itu lebih tua daripada kendiri tetapi tidak setua ibubapa kendiri
gelaran pergaulan tak bersahaja
1.gelaran pergaulan tak bersahaja digunakan apabila terdapat sekatan-sekatan social tertentu, sama ada sekatan pangkat(kedudukan social) atau hubungan yang belum rapat.
2.yang berikut ini ialah gelaran pergaulan tak bersahaja yang biasa digunakan.
gelaran Penggunaan
tuan *pada lelaki yang lebih tua pangkatnya daripada kendiri
*pada lelaki yang bergelar haji,doctor,professor,hakim,kadi,dan sebagainya.
*pada lelaki bergelar syed dan syekh contohnya tuan haji jamal,tuan doctor albert lim,tuan kadi haji sulaiman,dan tuan syed abdul hamid/tuan haji syekh abu salim
Encik/cik Pada lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri contohnya,encik/cik nordin
puan Pada perempuan yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri
Pada perempuan yang mempunyai gelaran doctor ,professor.
saudara *pada lelaki atau perempuan yang seusia atau lebih muda daripada kendiri dan yang hubungannya belum rapat dengan kendiri
Saudari Pada perempuan sahaja,iaitu dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara
tetuan Dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentakbir syarikat perniagaan
Gelaran warisan
1.gelaran warisan disebut juga sebagai gelaran keturunan.gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu.
2.gelaran warisan/keturunan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu
Gelaran Negeri
raja Perak dan Selangor
Tunku/ungku Johor dan kedah
Tengku/engku Kelantan,Pahang,Terengganu
Pangeran,pangeran anak,pangeran muda
Negara brunei darussalam
a)gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman dahulu atau zaman sekarang seperti yang berikut di atas
b)gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar seperti yang berikut:
gelaran Negeri
abang Sarawak
Awangku,pangeran,dayangku
Negeri brunei Darussalam
datu Sabah
Meor perak
Nik Kelantan
Tan Kedah
tuan Terengganu
Wan Kelantan,terengganu
c)gelaran warisan daripada keturunan nabi saw.seperti syed atau sayid bagi lelaki dan syarifah bagi perempuan.ada sesetengah pihak mengatakan bahawa geran syarif,syekh dan siti juga tergolong dalam gelaran jenis ini.
d)gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti raden dari jawa,daeng dari tanah bugis,sidi dan sultan dari minagkabau,serta tueku dan tuengku dari aceh.
Gelaran kurniaan
1.gelaran kuriaan diperoleh melalui percapaian dan sumbangan seseorang.
2.gelaran ini dapat dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah dan gelaran kurniaan akedemik atau ikhtisas.
3.gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang banyak berjasa kepada masyarakat,bangsa,negeri,Negara,dan sebagainya.gelaran-gelaran tersebut ditunjukkan dalam jadual yang berikut ini.
Gelaran kurniaan Catatan
Tun Gelaran kurnian kerajaan persekutuan yang tertinggi kepada lelaki dan perempuan
Toh puan Gelaran untuk isteri tun
Tan sri Gelaran (dibawah tun) kurniaan kerajaan persekutuan kepada lelaki atau perempuan
Puan sri Gelaran kepada isteri tan sri
Datuk(dato’,datuk sri,datuk paduka,datuk setia)
Gelaran kurniaan kerajaan-kerajaan negeri kepada lelaki dan juga perempuan
Datuk(datuk patinggi atau datuk amar)
Gelaran kurniaan kerajaan serawak
Datuk paduka Gelaran kurniaan kerajaan Selangor kepada orang perempuan
Tok puan Gelaran untuk isteri datuk di Terengganu
4.orang yang menyandang gelaran tersebut tidak perlu diberi rujukan tuan,puan,cik,atau encik lagi.
5.gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh sebagai hasil kerajaan seseorang dalam bidang akedemik atau ikhtisas.
6.gelaran-gelaran ini adalah seperti yang berikut:
a)professor diraja-untuk professor lelakiatau perempuan yang sudah mencapai kemuncak dalam lapangan akedemik.
b)professor emeritus-untuk professor yang telah bersara tetapi mengkalkan gelaran itu sebagai suatu penghormatan.
c)professor-untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akedemiknya.
d)professor madya-untuk lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akedemik satu tingkat dibawah professor.
e)doctor-untuk lelaki atau perempuan yang berkelulusan doctor falsafah,ilmu perubatan dan pembedahan,pergigian,dan perubatan veterinary(haiwan) serta penerimaan doctor kehormat.
f)cikgu-untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru
g)uztaz/uztazah-untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru agama islam
7.selain gelaran kurniaan pemerintah dan ikhtisas,gelaran kurniaan juga termasuklah gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan atau institusi tertentu .contoh gelaran ini adalah seperti:
a)gelaran bapa kemerdekaan yang diberikan kepada almarhum tunku abdul rahman putra al-haj atau bapa pembangunan yang diberikan kepada allahyarham tun haji abdul razak bin dato’hussein.
b)gelaran pendeta yang diberikan kepada allahyarham tan sri dr.hj.zainal abiding bin ahmad(za’ba)
c)gelaran seniman agung yang diberikan kepada allahyarham tan sri p ramlee dan datuk dr.usman awing.
d)gelaran biduan Negara yang diberikan kepada allahyarham puan sri saloma
gelaran keagaman
1.gelaran keagamaan biasanya diberikan kepada orang(lelaki dan perempuan) yang telah menunaikan fardu haji dan kepada lelaki yang berpengetahuan dalam agama islam.
2.lelaki yang telah menunaikan fardu haji bergelar haji manakala yang perempuannya bergelar hajah.lelaki yang berpengetahuan dalam agama islam pula digelar lebai.
3.dalam komunikasi yang bersifat rasmi,gelaran tuan hendaklah digunakan sebelum gelaran haji dan lebai.contohnya seperti tuan haji baharudin omar dan tuan lebai fuad.sebaliknya untuk
gelaran hajah,gelaran puan mestilah digunakan sebelum gelaran itu,misalnya puan hajah maimunah iskandar.
4.sebaliknya,dalam bahasa lisan,gelaran cik danpak boleh digunakan dihadapan gelaran haji atau lebai tesebut menjadi cik lebai fuad atau pak lebai fuad. Untuk gelaran hajah pula,gelaran mak boleh digunakan di hadapan gelaran itu menjadi mak hajah maimunah.
Gabungan gelaran
1. Dalam hal gabungan gelaran,gelaran kuniaan kerajaan mestilah mendahului semua gelaran lain.
2. Gelaran-gelaran boleh digabungkan menurut urutan yang berikut ini;a)kekeluargaan+keagamaan=mak haji,pak haji,pak lebaib)pergaulan tak bersahaja(kecuali saudara)+keagamaan=tuan haji,tuan lebai,puan hajahc)kekeluargaan+warisan(hanya ungku,engku,wan,nik)=pak ungku,mak ungku,mak wan,pak nikd)pergaulan tak bersahaja+keagamaan+warisan(nik sahaja)=tuan haji nike)warisan(kecuali nik)+keagamaan=tengku hajah,raja hajif)kuniaan kerajaan +akedemik/ikhtisas+warisan+keagamaan=tan sri prof.dr.ungku haji omar.