13
2015 DOKUMENTASI SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2015 KBTP AM

Dokumentasi Israk Dan Mikraj

Embed Size (px)

DESCRIPTION

israk mikraj

Citation preview

DOKUMENTASI

2015

DOKUMENTASISAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJPERINGKAT SEKOLAH 2015

TARIKH:29 MEI 2015(JUMAAT)

TEMPAT:DEWAN PERSADA GEMILANG SKBTP

ANJURAN:PANITIA PENDIDIKAN ISLAMDENGAN KERJASAMAMUSOLLA AL-IKHLAS SKBTP

DOKUMENTASI SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2015

Tarikh: 29 Mei 2015 (Jumaat)Masa: 7.30 10.00 PagiTempat: Dewan Persada Gemilang, SK Bandar Tasik Puteri

1.PENDAHULUAN

Sambutan Israk dan Mikraj pada kali ini dirancang dengan baik dan tersusun. Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Musolla al-Ikhlas SK Bandar Tasik Puteri telah menganjurkan ceramah israk dan mikraj serta pertandingan kuiz, Kerjasama semua guru dan pelajar islam dilihat amat baik dan sangat komitmen sepanjang majlis sambutan tersebut berlangsung.

2.OBJEKTIF1. Dapat menghidupkan syiar Islam dengan merayakan peristiwa besar dalam sejarah Islam2. Dapat mengetahui dengan lebih jelas apa sebenarnya Israk dan Mikraj3. Dapat menzahirkan kecintaan terhadap Islam dengan menekankan kewajipan menunaikan solat3.SASARANSemua murid tahap 2 (sesi pagi) dan semua guru-guru Sk Bandar Tasik Puteri

4..LOKASI AKTIVITIDewan Persada Gemilang, Sk Bandar Tasik Puteri

5.TARIKH SAMBUTAN29 Mei 2015 ( Jumaat)

6.TENTATIF PROGRAM

MASAPROGRAM

7.30 PagiMurid berkumpul di Dewan Persada Gemilang

7.50 PagiUcapan KP Pendidikan Islam

8.00 PagiUcapan alu-aluan oleh Guru Besar (Pn. Noraini bt Din)

8.10 PagiCeramah israk dan MikrajOleh : Yang Berbahagia Ustaz Kamaruddin bin Arshad

9.10 PagiMurid bergerak ke stesyen masing-masingTahun 4 : Musolla al-IkhlasTahun 5 : Maidanul Iman as-SyafieTahun 6 : Dewan Persada Gemilang

9.45 PagiPenyampaian hadiah dan cenderahati

10.00 PagiMajlis bersurai

7.JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi :Pn. Noraini bt Din(Guru Besar, SK Bandar Tasik Puteri)

Timbalan Pengerusi:Pn Noriah bt Mohd Nor(GPK Pentadbiran, SK Bandar Tasik Puteri)

:En. Sulaiman bin Manaf(GPK HEM, SK Bandar Tasik Puteri)

:Pn Nor Fazni bt Ibrahim(GPK Kokurikulum, SK Bandar Tasik Puteri)

Bendahari:En. Muhammad Nazim bin Shaharuddin(Ketua Panitia Pendidikan Islam)

8.JAWATANKUASA PELAKSANAPERKARAJAWATANKUASATUGASAN

Penyelaras ProgramEn.Roslan bin Mohd Nor (Sesi Pagi)Pn. Rafidah bt Kassim (Sesi Petang)Memastikan majlis berjalan dengan lancar dan teratur

Pengacara MajlisPn. Hafizaturrofiah bt SupeniEn. Shahril b. Omar

Mempengerusikan acara sebelum berarak dan acara dewan.

P.A Sistem/SiarayaEn Muhammad Nazim b. Shaharuddin (Ketua)En Eddyanto b.SutijoEn. Hafiz bin MahmoodEn. Shahrizal b. SahjanEn.Syazriel Arief b. Mohd KamilMenyediakan alat siar raya yang bersesuaian untuk majlis di dewan

DisiplinSemua GPI dan GBAMengawal disiplin murid sebelum, semasa dan setelah tamat program Mengawal keluar masuk murid sewaktu aktiviti sedang berlangsung.Memastikan tiada murid di bilik darjah sewaktu aktiviti dewan dilangsungkan.

DokumentasiPn. Wan Siti Mannam bt Wan JusohEn. Azlan bin Solehan Membuat laporan selepas tamat program.

JurugambarPn. Salmah bt YaacobPn. Suhaizon bt Zainal AbidinMerakamkan gambar dan juga audio video (jika ada peralatan) setiap aktiviti.

Kuiz dan Hadiah Kuiz Tahun 6Pn Ruhani bt Yusof dan semua GPI dan GBA Tahun 6

Kuiz Tahun 5Pn. Nurhaily bt Ruslan dan semua GPI dan GBA Tahun 5

Kuiz Tahun 4Pn. Faridah bt Ab.Ghani dan semua GPI dan GBA Tahun 4

Kuiz Sesi PetangPn. Zamzamaizah bt Ismail

Menyediakan soalan, hadiah dan melaksanakan kuiz pada perhimpunan pagi.Menyediakan borang soalan dan mengedarkannya kepada murid-murid ketika diskusi sedang dilangsungkan.

Tayangan VideoPn. Sharifah Nur Khalilah bt Syed Abu Bakar

Pn. Wan Nor Hayati bt Wan Ali

Pertandingan MewarnaPn. Norfarah bt Mohd Hafiz

Memastikan tayangan video dijalankan dengan lancar..

Mencetak buku cenderamata dan mengedarkannya kepada guru-guru.

9.ANALISA PENILAIAN PROGRAM

9.1Sambutan Israk dan Mikraj pada kali ini berjalan dengan lancar.Penglibatan daripada semua murid tahap tahap 2 serta guru-guru dapat dilihat dalam melancarkan aktiviti dalam program ini.Sesi Ceramah Israk dan Mikraj berjalan dengan lancar dan menarik kerana penceramah banyak menggunakan unsur kecindan kepada murid-murid disamping analogi yang mudah bagi meningkatkan kefahaman murid tentang peristiwa agung ini iaitu Israk dan Mikraj. Sesi Ceramah dikendalikan oleh Ustaz Kamaruddin bin Arshad.

9.2Pengisian program yang lain juga berjalan dengan baik. Pertandingan kuiz yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid yang terlibat. 10.KEKUATAN PROGRAM10.1Sambutan yang baik daripada semua murid-murid tahap 2 dalam melibatkan diri didalam aktiviti yang diadakan.Penyertaan yang begitu menggalakkan dalam pertandingan kuiz Israk dan Mikraj.11.KELEMAHAN PROGRAM11.1.Sesi pertandingan kuiz masih perlu ditambah baik supaya lebih teratur dan tersusun..

12.CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Penambahbaikan perlu dilakukan agar segalanya berjalan lancar. Segala kelemahan perlu diambil kira agar Sambutan Israk dan Mikraj pada tahun hadapan tidak akan mengalami masalah dan kesukaran lagi. Segala perancangan harus di laksanakan awal dan gerak kerja berjalan lancar dengan pembahagian tugas yang dibuat.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, dapatlah dilsimpulkan bahawa Sambutan Israk dan Mikraj ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan. Kerjasama semua guru dan pelajar menjadi tunjang kekuatan dalam perlaksanaan sambutan ini. Diharapkan pada tahun hadapan ianya akan lebih berjaya dan berlangsung dengan lebih baik.

Disediakan oleh :

_____________________________(WAN SITI MANNAM BT WAN JUSOH)AJK DokumentasiSambutan Israk dan MikrajSK Bandar Tasik Puteri

Disemak oleh,

_________________________________ (EN. MUHAMMAD NAZIM B.SHAHARUDDIN) Ketua Panitia Pendidikan IslamSK Bandar Tasik Puteri

Disahkan oleh,

_________________________________ (PN.NORAINI BT DIN) Guru Besar SK Bandar Tasik Puteri

LAPORAN SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJPERINGKAT SEKOLAH 2015

Sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah telah di adakan pada 29 Mei 2015 iaitu pada hari Jumaat. Sambutan bermula jam 7.30 pagi di Dewan Persada Gemilang Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri. Samnbutan pada kali ini lebih istimewa kerana Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Musolla al-Ikhlas telah menjemput seorang penceramah jemputan yang hebat iaitu Ustaz Kamaruddin bin Arshad dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh.

Majlis ini dipengerusikan oleh Ustazah Hafizoturrafiah bt Supeni. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-alauan oleh Guru Besar Puan Noraini bt Din. Beliau mengalu-alaukan kedatangan penceramah di atas kesudian menyampaikan perkongsian ilmu tentang Israk dan Mikraj kepada murid-murid sesi pagi serta semua warga sekolah.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin bin Arshad bermula jam 8.10 pagi. Beliau telah menceritakan tentang sejarah Israk dan Mikraj serta peristiwa peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad semasa Israk dan Mikraj. Sesi ceramah yang disampaikan oleh beliau telah berjaya menarik minat murid kerana cara penyampaian yang bersahaja disamping menegaskan beberapa perkara penting yang berlaku seperti kefardhuan solat lima waktu sehari semalam.

Sesi cermah berakhir jam 9.15 pagi. Majlis diteruskan dengan Majlis Perlantikan pengawas Musolla al-Ikhlas bagi sesi 2015. Seramai dua puluh orang murid telah dipilih. Majlis kemudiannya disambung dengan aktiviti kuiz mengikut aliran. Kuiz bagi aliran tahun empat dikendalikan oleh Ustazah Faridah binti Abdul Ghani manakala tahun 5 Ustazah Norhaily bt Ruslan serta tahun 6 oleh Ustazah Ruhani

LAMPIRANAlu-aluan oleh pengerusi majlis (Pn. Hafizaturrofiah bt Supeni)

Bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Roslan bin Mohd Nor

``Sesi Ceramah oleh al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin ArshadUcapan alu-aluan oleh Puan Guru Besar

1Murid tekun dan bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan

`Murid serta guru tekun dan bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan

Bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Roslan bin Mohd Nor

Kuiz Israk dan Mikraj