Draf Asgment Jkp 317

Embed Size (px)

DESCRIPTION

politik

Citation preview

PENDAHULUAN

Di dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:

Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.

Beberapa pengertian lain tentang nasionalisme, ditafsirkan sebagai bersatunya sekelompok individu dengan individu lain karena adanya dorongan, kemahuan dan keperluan psikis. Dorongan yang lain adalah penyatuan perasaan dan perangai yang muncul kerana adanya persamaan nasib. Dalam perkembangannya, nasionalisme terarah kepada keupayaan pembentukan negara. Oleh kerana itu, nasionalisme juga bererti kesetiaan tertinggi seorang individu yang diberikan kepada negara dan bangsa. Dari pengertian di atas jelas menunjukkan Nasionalisme berkaitan dengan eksistensi sebuah kelompok atau bangsa dan adanya keinginan untuk bersatu meskipun berbeza antara mereka. Keinginan itu biasanya muncul ketika adanya tekanan dari bangsa lain dalam bentuk penjajahan atau kolonialisme. Oleh kerana itu, secara politis nasionalisme adalah gerakan yang berusaha menghancurkan kolonialisme untuk membangun negara bangsa yang merdeka. Gerakan itu semakin efektif saat didukung oleh adanya perasaan senasib sependeritaan dan kesedaran kebangsaan dari warganya.

Nasionalisme adalah konsep yang muncul di Barat sejak abad XVII. Sejak abad itu, Inggeris telah memiliki kesedaran untuk tampil sebagai bangsa yang mampu memimpin Eropah. Kesedaran ini merupakan penjelmaan dari gerakan sosial yang menginginkan kemerdekaan individu. Pelopor gerakan ini adalah John Locke yang menekankan bahwa kemerdekaan individu, kemuliaan dan kebahagiaannya merupakan unsur asasi dari semua kehidupan nasional. Dalam perkembangannya, gerakan sosial di Inggeris memengaruhi pula bangsa Perancis. Nasionalisme yang berkembang di Perancis dipengaruhi oleh renaisans yang menginginkan kebebasan dari pengawasan gereja. Pelopornya adalah J.J. Rousseau yang berpendapat bahwa masyarakat politik sejati hanya bisa didasarkan atas sifat-sifat luhur warganya dan cintanya kepada tanah air. Puncak gerakan nasionalisme terjadi pada awal abad XX di mana muncul negara bangsa di kawasan Asia dan Afrika sebagai reaksi atas praktik kolonialisme dan imperialisme Barat.

BENTUK-BENTUK GERAKAN PEMISAHAN

Gerakan pemisahan etnik yang seringkali berlaku di negara sedang membangun mempunyai pola yang berbeza-beza mengikut negara dan juga kebudayaan etnik tersebut. Keadaaan ini menimbulkan polemik antara kes-kes yang terjadi disuatu negara berbanding negara yang lain. Pemisahan ini boleh wujud dalam pelbagai medium keranA ia bergantung kepada keadaaan setempat dan kerumitan kes yang menjadi penyebab kepada kes tersebut. Namun apa yang jelas, apabila timbul suatu perbezaan layanan kerajaan antara etnik, desakan untuk melakukan gerakan pemisahan akan mudah terjadi.

Daripada kes-kes yang biasa berlaku, didapati bahawa terdapat beberapa bentuk corak gerakan pemisahan yang berlaku di negara sedang membangun. Jenis yang pertama adalah gerakan pemisahan akan berlaku apabila terdapat kelompok yang enggan tunduk kepada pemerintahan pusat (Mehden1959: 43). Jenis yang kedua adalah gerakan pemisahan betujuan samada menuntut pemerintahan sendiri ataupun menghalau pnjajahan sepertimana berlaku di Acheh dan Palestin. Manakala yang ketiga adalah gerakan pemisahan kerana perasaan tidak puas hati terhadap kedudukan mereka yang seringkali didiskriminasi seperti gerakan pemisah di Filipina. Daripada ketiga-tiga bentuk ini, dapat dilihat bahawa apabila terdapat ketidak serasian antara pemerintah dengan sekelompok etnik majoriti, gerakan pemisahan mungkin tercetus. Hal ini disebabkan golongan tersebut melihat gerakan pemisahan adalah cara terbaik bagi memulangkan hak kepada mereka.

LATAR BELAKANG KONFLIK SELATAN THAILAND

Selatan Thailand merupakan wilayah merangkumi Satun, Songkhla, Yala, Narathiwatt dan Pattani yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Wilayah-wilayah ini mengikut sistem politik Thailand ditadbir oleh gabenor yang bertanggung jawab kepada kerajaan pusat di Bangkok. Selepas kerajaan monarki Thailand digulingkan pada 19 Jun 1932, penduduk Melayu Islam mula diasimilasikan supaya mematuhi ketetapan kerajaan seperti mempelajari bahasa Thai dan aspek kebudayaan Thailand diterapkan tanpa mengira kaum dan agama. Undang-undang Islam yang digunapakai di wilayah selatan juga digantikan dengan undang-undang seragam. Proses ini mula menimbulkan bantahan kepada kerajaan Thailand (Forbes, 1982). Selain itu, perbezaan ekonomi penduduk Selatan Thailand dengan penduduk Thailand di kawasan utara juga berbeza. Kebanyakan penduduk Islam ini tinggal di luar bandar dan tidak mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan penduduk di utara yang majoritinya penganut Budha. Pemisahan masyarakat ini mewujudkan perasaan saling membenci kerana ketiadaan satu dasar jelas kerajaan untuk mewujudkan perpaduan melalui intergrasi nasional. Proses asimilasi yang juga disebut nasionalisme sempit ke atas penduduk Islam Thailand bukanlah satu polisi yang baik kerana pegangan kepada agama dan bangsa Melayu begitu kuat atas faktor sejarah. Pembangunan yang tidak seimbang juga berlaku di wilayah selatan yang kekurangan kemudahan awam dan bantuan ekonomi. Berdasarkan pendapatan per kapita, wujud perbezaan ketara dengan penduduk selatan beragama Islam hanya berpendapatan per kapita 291 dolar Amerika berbanding penduduk Budha di utara, 375 dolar Amerika. Di dalam bidang pendidikan pula, kerajaan Thailand mewajibkan bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu hanyalah diajar sebagai bahasa asing di sekolah-sekolah kerajaan. Bagi penduduk Islam di selatan yang sentiasa mengaitkan diri mereka sebagai orang Melayu, tidak mempunyai pilihan selain meneruskan sistem pengajian pondok dan menjadikan bahasa Arab dan Melayu sebagai bahasa utama sebagai penolakan kepada sistem pendidikan Thailand. Ketika pentadbiran Sarit Thanarat (1959 1963), usaha menghapuskan sistem pondok ini dilakukan. Ia digantikan dengan sekolah agama persendirian yang berdaftar supaya pemantauan lebih bersistematik dapat dilakukan. Mata pelajaran bukan agama diwajibkan bagi mengimbangi pengajaran agama (Che Man, 1985). Polisi kekerasan terhadap penduduk Selatan Thailand dapat dilihat menerusi insiden Masjid Kerisek ketika pentadbiran Thaksin Shinawatra. Kematian ribuan pemuda dari wilayah selatan kerana tindakan tidak berperikemanusiaan pihak tentera dan polis Thailand menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang semakin sensitif dengan isu-isu hak asasi manusia. Layanan sedemikian juga bukan pertama kali berlaku tetapi konflik etnik di Thailand telah mengorbankan begitu banyak nyawa. Gerakan pemisah di Thailand dapat dilihat dari perspektif sejarah dan politik (Majul 1976). Kerajaan Islam Pattani wujud seawal 1700-an tetapi mengalami kekalahan dalam peperangan kepada kerajaan Thai. Pada 1816, wilayah Pattani telah dibahagikan kepada tujuh bahagian untuk mengurangkan kuasa politik Melayu Pattani. Pemerintahan Raja Chulalongkorn berjaya memindahkan pusat pemerintahan ke Bangkok. Berdasarkan sejarah ini, konflik Islam-Budha berlaku sejak dahulu lagi dan Perjanjian antara British dan Siam pada 9 Julai 1909 menjadi penyumbang kepada konflik ini. Perjanjian ini membolehkan British menguasai kesemua negeri di utara Malaysia dan Thailand berkuasa terhadap empat wilayah Islam di selatan. Orang Melayu Thailand tidak dapat menerima perpecahan wilayah ini kerana sejarah membuktikan mereka adalah sebahagian daripada Tanah Melayu dan kini terpaksa tunduk kepada kerajaan Thailand Budha. Ini adalah faktor pertama yang membawa kepada penentangan dan kewujudan gerakan pemisah di Thailand.

GERAKAN PEMISAHAN DISELATAN THAILAND

Gerakan pemisahan di SelatanThailand ini merupakan gerakan berasaskan etnik dan juga diselit faktor keagamaan. Hal ini disebabkan oleh perbezaan yang wujud adalah dari segi etnik dan agama itu telah menyebabkan berlaku penindasan terhadap masyarakat melayu di Selatan Thailand yang rata-ratanya beragama Islam. Kawasan selatan Thailand merukakan kawasan yang meliputi empat wilayah utama iaitu Satun, Pattani, Yala dan Naratiwat yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Tanah Melayu berdasarkan sumber sejarah.

Keempat-empat wilayah ini telah diserahkan kepada Thailand oleh British mengikut perjanjian Bangkok pada tahun 1909. sistem unitari yang diamalkan di Thailand telah menyebabkan kemajuan hanya berpusat di bandaraya bangkok dan sekitarnya sahaja. Hal ini telah menyebabkan berlaku peminggiran serius terhadap orang-orang Melayu di selatan Thailand ini. Penduduk selatan Thai merana akibat ditindas dan kurang maju dari pelbagai aspek. Akibat dari sikap kerajaan Thailand yang dilihat tidak memperdulikan nasib penduduk di selatan Tahiland, beberapa kumpulan pemberontak telah muncul untuk melakukan gerakan pemisahan. Beberapa dasar kerajaan dilihat telah membelakangkan kepentingan mereka ini seperti dasar mensiamkan seluruh penduduk Thai di bawah dasar satu Thai(One Thai), akta Pendidikan Rendah secara paksa, dan dasar peluang pekerjaan berdasarkan agama dan etnik. Gerakan ini terdiri dari penduduk setempat dan turut mendapat perhatian serius masyarakat Islam diseluruh dunia yang simpati dengan nasib mereka.

Sejarah gerakan pemisahan di Selatan Thailand mula diperjuangkan secara serius pada tahun 1947 dengan tertubuhnya Gabungan Rakyat Pattani (GRP). Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Hji Sulong Abdul Kadir yang merupakan PresidenMajlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Pattani. Kredibiliti beliau sebagi Guru Agama telah membolehkan beliau mendapat sokongan meluas selain dari usul yang dicadangkan kepada kerajaan pusat mengenai plan dasar yang sepatutnya dinikmati di wilayah selatan pada 3 april 1947. Walaupun tiada perkembangan memberangsankan hasil usaha pergerakan ini telah memberikan isyarat bahawa kebangkitan sedang bermula.

Akibat gagal melaui proses cadangan yang dilihat masih lemah, taktik gerakan pemisahan ditukar kepada pertubuhan politik bagi mendapatkan lebih kuasa. Kemunculan GAMPAR atau Gabungan Melayu Pattani Raya yang ditubuhkan oleh Tengku Mahmud Mahayudin bertempat di Kelantan adalah bermatlamatkan penggabungan empat wilayah selatan Thai dengan Tanah Melayu. Hal ini adalah berdasarkan faktor sejarah iaitu selatan Thai adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Kegagalan GAMPAR telah menyebabkan muncul idea pemberontakan yang bermula apabila penubuhan BNNP iaitu Barisan Nasional Pembebasan Pattani pad 1957 yang diasaskan oleh Tungku Abdul Jalal Tengku Abdul Mutallib dengan sokongan gerila pimpinan Idris Bin Mat Diah atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh. Dengan kemunculan pertubuhan ini, gerakan yang lebih radikal mula dilakukan. selepas kematian Tengku Abdul Jalal pada1977, Badri Hamdan dilantik untuk meneruskan perjuangan BNPP.

Perjuangan pembebasan empat wilayah ini telah mendapat kerjasam dari luar bermula dengan penubuhan BRN atau Barisan Revolusi Nasional. Motif utama penubuhan BRN adalah untuk menubuhkan Republik Islam yang merangkumi wilayah Pattani, Songkhla, Satun, Yala dan juga Narathiwat melalui cara revolusi. Pertubuhan yang dimulakan oleh Dr. Haji Harun Sulong, Abd Karim Hassan, Tengku Jalal Nasir, Yusof Chapakiya, dan Amin Tohmeena dibentuk pada 1963 turut mendapat kerjasam dari luar. Antara pertubuhan yang mempunyai rangkaian dengan BRN adalah Algerian National Liberation Front (FLN), dan Palestine Liberation Organitation malah pernah bekerjasam dengan kerajaan Malaysia membanteras Komunis di Sempadan Thailand-Malaysia. Antara bentuk sumber kewangan pergerakan ini adalah dari sumbangan individu dan juga pemerasan wang tebusan.

Pergerakan PULO atau Pattani United Liberation Organitation yang ditubuhkan berdasarkan prinsip UBANGTAPEKEMA iaitu demi memperjuangkan agama, bangsa, Tanah Air Identiti Nasional dan juga Kemanusiaan. Pertubuhan ini dibentuk pada Januari 1967 adalah merupakan pertubuhan paling tersusun ditubuhkan kerana mempunyai badan agung yang tersendiri seperti Jawatankuasa Pusat atau Majlis Tertinggi, dan diikuti Setiausah Agung. Di bawah jawatankuasa tersebut wujud pula setiausaha lain, jawatankuasa wilayah, Daerah dan Mukim dan juga Badan Luar Negeri. Badan lain seperti pasukan bersenjata, dan juga keselamatan turut ditubuhkan termasuk unit risikan, politik dan juga ekonomi. Matlamat pertubuhan ini adalah sama iaitu membentuk wilayah autonomi di selatan Thai dengan berlandaskan agama Islam. Organisasi ini mempunyai ibu pejabat di Mekkah, Syria dan juga Kelantan serta turut mempunyai rangkaian luar seperti GAM, MILF dan juga ABU SAYYAF, serta Hizbollah. Pertubuhan ini mempunyai tentera sendiri iaitu PULA atau Pattani United Liberation Army yang pernah membabitkan hampir 20 ribu tentera dibahagi kepada empat batolion yang sebahagiannya dilatih di Syria. Manakala kelengkapan persenjataan mereka yang banyak diperolehi dari rampasan dan juga penyeludupan dari Kemboja, Filipina, Myammar, Indonesia, dan juga Asia Selatan. Kelengkapan yang ada membolehkan mereka melakukan siri seranag seperti pengeboman, sabotaj dan juga serangan gerila.

Selain dari itu, terdapat juga pertubuhan lain yang mempunyai matlamat yang sama dengan kumpulan pemisah yang lain, pertubuhan ini terdiri daripada New PULO (1995) yang berasaskan PULO tetapi berpecah kepada pertubuhan yang lebih radikal pimpinan Dr Arong Muleng dan Haji Abdul Rahman. Manakala PUSAKA yang ditubuhkan pada 22 September 1994 di Tanjung Mas, Narathiwat oleh Najmudin Umar lebih kepada persatuan bercorak kebajikan. Pendekatan yang digunakan adalah mempengaruhi pemikiran kanak-kanak Islam agar memahami perjuangan mereka dan menolak dasar One Thai Kerajaan Thailand. Pertubuhan ini mempunyai latar yang agak bersih dan bergiat aktif dalam pendidikan di Selatan Thai.

KESIMPULAN

Dapat diandaikan bahawa penduduk minoriti di negara ini terpaksa mewujudkan gerakan pemisah bagi menuntut wilayah autonomi selepas hak-hak mereka dinafikan di dalam pelbagai aspek. Perjuangan menerusi saluran politik dilihat tidak berkesan dalam menyuarakan ketidakpuasan hati penduduk minoriti. Sebagai contoh, walaupun penduduk Islam mempunyai suara majoriti di kawasan selatan, ia masih tidak mencukupi untuk menjadi satu suara berkesan di dalam kerajaan Thailand. Dengan itu, kuasa tawar menawar tidak berjaya diperolehi bagi mendapatkan peluang yang lebih adil.

Sebagai konklusinya, perjuangan menuntu pembebasan wilayah di Selatan Thai sebenarnya adalah hasil tindakbalas dari perjanjian yang melibatkan pihak Inggeris dan juga kerajaan Thai. Kegagalan pihak Thai menjalankan pemerintahan secara adil disamping pengenalan dasar-dasar yang dilihat membangkitkan kebencian masyarakat Melayu di Selatan Thai telah membawa kepada gerakan pemisah. Konflik yang membabitkan empat wilayah utama di Selatan Thai iaitu Satun, Narathiwat, Yala dan juga Pattani telah membawa kepada tertubuhnya gerakan pemisahan. Pembebasan ini juga mengaitkan faktor sejarah sebagai dalil untuk mereka berpecah dari Thailand dan menunjukkan minat untuk bersekutu dengan Malaysia. Walaupun pergerakan ini pada awalnya bergerak dengan aman, tuntutan mereka tidak dilayan oleh pemerintah dan keadaan ini telah menyebabkan mereka menukar corak perjuangan mereka menjadi lebih radikal. Pergerakan ini juga dilihat mendapat sokongan dari pihak luar dengan bantuan dan inspirasi dari timur tengah.

BIBLIOGRAFI

Imtam Rus Ernawati dan Nursiwi Ismawati, 2009, Sejarah Kelas XI Program Bahasa, Jakarta : Pusat perbukuan Departemen Pendidikan Nasional, h. 7576.

http://pemisah.blogspot.com/

http://www.pekanrabu.com/

http://syaitan.wordpress.com/