E4800 Programmable Logic Controllers UNIT2

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT2

    1/5

    2.0 TERMINOLOGI

    Sistem kawalan merupakan salah satu disiplin ilmu kejuruteraan . Setiapdisiplin ilmu kejuruteraan mempunyai terminology terminology yang

    tersendiri. Begitulah halnya dengan Sistem Kawalan . Oleh itu, didalam unit

    ini anda akan didedahkan dengan beberapa terminology penting yang

    digunakan semasa mempelajari Sistem Kawalan.

    2.1 SISTEM KAWALAN

    Sistem kawalan ialah komponen-komponen yang disambung kepada sistematau proses yang hendak dikawal. Komponen-komponen asas sistem kawalan

    boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:

    (i) Penjana isyarat rujukan (masukan/titik set)/ isyarat masukan/

    (ii) Elemen pengukuran.

    (iii) Pembanding.

    (iv) Pengawal.

    (v) Penggerak.

    (vi) Sistem yang dikawal (sistem terkawal)

    2.2 MASUKAN RUJUKAN

    Masukan Rujukan adalah isyarat yang diberikan pada masukan sesuatu sistem

    contohnya seperti suhu, tekanan, paras dan sebagainya. Nilainya adalah tetap.

    2.3 ANGKUBAH TERKAWAL

    Angkubah Terkawal adalah isyarat atau pembolehubah yang dikawal di

    bahagian keluaran contohnya seperti suhu, tekanan, paras dan sebagainya.

    Nilainya boleh berubah.

    2.4 GANGGUAN

    11

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT2

    2/5

    Gangguan adalah elemen yang menggangu isyarat kawalan di dalam sesuatu

    sistem kawalan. Gangguan boleh terhasil samaada dari dalam atau luar sistem

    itu sendiri.

    2.5 ELEMEN SUAPBALIK

    Elemen suapbalik adalah berfungsi untuk menghantar isyarat keluaran untuk

    dibandingkan dengan isyarat masukan oleh elemen Pembanding / Penjumlah

    di dalam sesuatu sistem gelong tertutup.

    2.6 SISTEM KAWALAN GELUNG BUKA

    Sistem Kawalan Gelung Buka ialah suatu jenis sistem kawalan dimana

    keluaran tidak mempengaruhi tindakan fungsi kawalan sistem tersebut. Sistem

    ini boleh diwakili oleh gambarajah blok di Rajah 2.6 di bawah.

    2.6.1 Contoh Sistem Kawalan Gelung Buka

    Sistem yang dikawal berdasarkan pemasa ( timer ) kebiasaannya

    adalah sistem gelung buka, contohnya lampu jalanraya. Lampu jenis ini

    akan menyala pada waktu tertentu (waktu malam) dan kemudian akan

    terpadam pada keesokan harinya (waktu siang).Tempoh diantara waktu

    menyala dan waktu padam telah ditetapkan oleh pemasa (timer).

    Gambarajah blok bagi contoh di atas ditunjukkan seperti di

    Rajah 2.6.1.

    12

    Pengawal Penggerak Sistemyang

    hendakdikawal

    Rajah 2.6 : Gambarajah blok sistem kawalan gelung buka

    Pemasa(Timer)

    Geganti(Relay)

    Lampu

    Tindakan menetapkanpemasa

    Lampu ON @ OFF

    Pengawal Penggerak

    Sistem yang hendak

    dikawal

    Isyarat rujukan Isyarat keluaran

    Isyaratrujukan

    Isyarat keluaran

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT2

    3/5

    2.7 SISTEM KAWALAN GELUNG TUTUP

    Sistem kawalan gelung tutup juga dikenali sebagai sistem kawalan suapbalik.

    Keluaran sistem ini akan mempengaruhi tindakan fungsi kawalan sistem

    tersebut .Sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok di Rajah 2.7 di

    bawah.

    Pembanding

    2.7.1 Contoh Sistem Kawalan Gelung Tutup

    Sistem yang menggunakan penderia (sensor) sebagai elemen input

    adalah kebiasaannya sistem gelung tutup. Kita ambil contoh yang sama

    iaitu lampu jalanraya. Lampu jenis ini akan menyala dan padam

    dengan sendiri apabila pengesan cahaya mengesan kecerahan, tanpa

    mengambil kira tempoh yang tertentu. Jika keadaan gelap berlaku pada

    waktu siang , lampu jalan akan menyala. Keadaan ini tidak berlaku

    pada sistem kawalan gelung terbuka. Rajah 2.7.1 di bawah

    menggambarkan contoh yang diterangkan.

    13

    Rajah 2.6.1 : Gambarajah blok lampu jalanraya ( gelung buka )

    Isyaratrujukan

    Pengawal Penggerak

    Sistemyang

    hendakdikawal

    Elemen Pengukuran

    Rajah 2.7 : Gambarajah blok sistem kawalangelung tutup

    Isyaratkeluaran

    Kecerahanlampu Pengawal Geganti Lampu

    Kecerahanlampu

    Pengesan cahaya

    Isyaratrujukan

    Pengawal Penggerak Sistem yang

    hendak dkawal

    Elemen pengukuran

    Isyaratkeluaran

    Rajah 2.7.1 : Gambarajah blok lampu jalanraya ( gelung tutup )

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT2

    4/5

    2.8 SISTEM KAWALAN BERKOMPUTER

    Sistem kawalan berkomputer ialah sistem kawalan yang menggunakan sebuah

    komputer sebagai pengawal. Sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok

    seperti Rajah 2.8 di bawah.

    KOMPUTER

    2.9 PERBANDINGAN ANTARA SISTEM GELUNG BUKA DENGAN

    SISTEM GELUNG TUTUP

    Sistem Gelung Buka

    Binaannya adalah mudah.

    Kejituan bergantung kepada penentukuran unsur-unsur.

    Tidak begitu mengalami masalah ketakstabilan.

    Tidak dapat mengurangkan kesan ketaklelurusan.

    Sistem Gelung Tutup

    Binaannya adalah rumit.

    Sistem adalah sangat jitu.

    Mengalami masalah ketakstabilan.

    Kesan ketaklelurusan dapat dikurangkan.

    14

    IsyaratRujukan Pengawal Penggerak

    Sistemyang

    hendakdikawal

    Elemen Pengukuran

    Rajah 2.8 : Gambarajah blok sistem kawalan berkomputer

    IsyaratKeluaran

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT2

    5/5

    15