32
SOROTAN Kecemerlangan Pasukan Davita Malaysia Di Dalam Amalan Klinikal Melalui Kesepaduan Dan Peningkatan Kreavi Dan Komunikasi ms06 KAMI PRIHATIN Pusat Dialisis DaVita Seremban Mendahului Carta dan Memenangi Anugerah Best Centre Award Tahun 2019 ms27 JUL 2020 Edisi Suku Tahunan Team Cahaya THESPARKS

Edisi Suku Tahunan Team Cahaya THESPARKS 2020 JUL · 2020. 9. 25. · Hari Jururawat Antarabangsa & Catatan Pengiktirafan . Sosial Antarabangsa untuk Teammate Klinikal DaVita Malaysia

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • SOROTAN Kecemerlangan Pasukan Davita Malaysia Di Dalam Amalan Klinikal Melalui Kesepaduan Dan Peningkatan Kreativiti Dan Komunikasims06

    KAMI PRIHATIN

    Pusat Dialisis DaVita Seremban Mendahului Carta dan Memenangi Anugerah Best Centre Award Tahun 2019ms27

    JUL2020

    Edisi Suku Tahunan Team Cahaya

    THESPARKS

  • DARI MEJA EDITORSALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG KE EDISI PERTAMA THE SPARKS!

    The Sparks merupakan buletin DaVita Malaysia yang dikeluarkan setiap 3 bulan. Ia diterbitkan khas untuk memperkenalkan budaya dan tradisi kita, di samping untuk menghebahkan perkembangan terbaharu mengenai apa yang berlaku di Village kami. Niat kami memperbaharui penerbitan buletin ini adalah bertujuan untuk mencerminkan penglibatan kami dari segi operasi, klinikal dan hubungan dengan para pesakit kami. Saya amat gembira untuk memberitahu anda semua bahawa penerbitan yang berwajah baharu ini akan lebih menarik minat anda sebagai pembaca dan semoga lebih banyak idea dapat diselitkan pada penerbitan untuk edisi akan datang.

    Di dalam edisi ini, saya dengan bangganya akan berkongsi bersama segala pengalaman dan liputan berkaitan segala usaha anda, sebagai salah satu cara pengiktirafan daripada kami. Kami akan mempamerkan penglibatan anda di setiap program, pencapaian dan inisiatif yang telah berlangsung. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya anda melihat gambar anda terpapar di sini kerana ini adalah salah satu cara kami untuk membuat anda berasa istimewa dan dihargai. Kami ingin menghidupkan prinsip ‘The DaVita Way’ iaitu mengambil berat terhadap anda sebagaimana kami mengambil berat akan perihal pesakit kami.

    Izinkan saya untuk mengimbau kembali dan mengucapkan syabas kepada ahli pasukan klinikal dan HQ di dalam kerjasama mereka membantu menangani penyakit COVID-19 melalui semangat berpasukan. Kata-kata penghargaan dan kesyukuran yang kami ucapkan kepada anda adalah seumpama buih di lautan berbanding dengan setiap usaha dan pengorbanan yang telah anda curahkan, kerana semangat dan nilai yang telah anda pertontonkan, telah melangkaui batas jangkaan Village ini. Pasukan ini telah bertungkus lumus membanting tenaga di dalam usaha untuk memastikan keselamatan pesakit-pesakit kami dititikberatkan melalui sistem klinikal moden di klinik-klinik bagi memutuskan rantaian COVID-19. Untuk edisi yang julung kali ini, kami akan memperlihatkan kepada semua bagaimana wira-wira kami berhempas pulas untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Sama-sama kita saksikan aktiviti mereka di dalam menangani pandemik ini – anda adalah lambang semangat waja kami!

    Saya amat berbesar hati dan ingin berkongsi perasaan bangga saya, di mana, ketika dunia sedang melawan penularan COVID-19 – kami dapat menyaksikan bagaimana Team Cahaya bergabung tenaga menghidupkan teras utama kami melalui “The DaVita Way”. Saya kagum dengan tindakan berani ahli pasukan kita yang masih datang setiap hari untuk menjalankan tugas di klinik walaupun kes jangkitan

    COVID-19 semakin bertambah dari hari ke sehari dan keberangkalian untuk mereka terkena jangkitan adalah tinggi.

    Syabas kepada anda sekalian! Tanpa anda sedari, anda telah menjadi wira kami sejak bermulanya pencerobohan virus ini ke dalam negara kita. Anda telah membuat pengorbanan yang besar dan sungguh bermakna untuk Village kita apabila anda sanggup mempertaruhkan nyawa anda untuk menangani sesuatu yang belum pernah kita hadapi sebelum ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua di atas segala usaha, penat lelah dan pengorbanan yang telah anda berikan kepada Village kita untuk memastikan bahawa Village ini, ahli pasukan kita dan ahli keluarga kita, selamat daripada pandemik ini.

    Edisi penerbitan buletin kali ini adalah khas untuk anda – wira kami! Ianya sungguh istimewa dengan wajah baharu! Kami telah mengupas banyak kisah yang menarik mengenai anda terutamanya ketika melawan pandemik ini. Marilah bersama-sama kita tatapi setiap bahagian yang telah kami sediakan untuk penerbitan pada kali ini dan diharapkan agar anda dapat memberi maklum balas anda mengenai edisi baharu ini. Jangan lupa, tujuan kami adalah untuk memperbaiki setiap ruang yang tercela, oleh itu, sebarang pendapat anda adalah penting bagi kami agar kami boleh terus melangkah maju untuk menjadikan DaVita sebagai satu tempat yang istimewa untuk anda, para pesakit kami dan juga kepada komunti.

    Selamat membaca!

    Yang benar, yang terinspirasi,Sandra Priya C Aravindarshan (Riya) Wisdom Lead – Culture, Communication, Learning & Development

  • 3Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    KANDUNGAN

    Kami Prihatin

    MS22Penjagaan Buah Pinggang

    MS24Bagaimana Team Cahaya Melalui Tempoh Percubaan COVID-19

    MS27Pusat Dialisis DaVita Seremban Mendahului Carta dan Memenangi Anugerah Best Centre Award Tahun 2019

    Core Value

    MS29� Teammate Terbaik Bagi

    Suku Tahunan� Pemenang Core Value

    Award (HQ) � Pemenang Core Value

    Award (Pusat Dialisis)

    MS30Service Excellence

    Resepi Mesra Buah Pinggang

    MS31Ayam Masak Thai Dengan Terung & Kacang Buncis

    MS13Iltizam Kami di Dalam Memberi Sokongan kepada Teammate Semasa Pandemik COVID-19

    MS14Mengelak Adalah Lebih Baik Daripada Mengubati – Pengedaran Topeng Muka Pakai Basuh Keluaran Davita Kepada Teammate Dan Pesakit

    MS15Hari Wanita Sedunia Di Ibu Pejabat DaVita Malaysia

    MS17Lokasi Baharu Pusat DialisisDaVita Kuala Pilah

    Terkini

    MS10Sambutan Tahun Baru Cina – Meraikan Kemajuan Dan Perkembangan

    MS12Bermulanya Aktiviti Interaksi Bersama Pesakit oleh Teammate di Malaysia - Pertandingan Wall of Fame 2020!

    Sorotan

    MS06Kecemerlangan Pasukan DaVita Malaysia di Dalam Amalan Klinikal Melalui Kesepaduan dan Peningkatan Kreativiti dan Komunikasi

    MS08Peningkatan Mutu Perhubungan Melalui Sistem Komunikasi Yang Kreatif Dan Semangat Jati Sesama Teammate

    Rencana

    MS18Hari Jururawat Antarabangsa & Tanda Penghargaan Istimewa

    MS21Global Shout Out Untuk Team Cahaya Sempena Hari Jururawat Antarabangsa

    Nota Dari Ibu Pejabat

    MS04Hari Jururawat Antarabangsa & Catatan Pengiktirafan Sosial Antarabangsa Untuk Pasukan Klinikal DaVita Malaysia

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira4

    NOTA DARI IBU PEJABAT

    Hari Jururawat Antarabangsa & Catatan Pengiktirafan Sosial Antarabangsa untuk Teammate Klinikal DaVita Malaysia

    Sepatah dua ucapan daripada: DR. ROSNAWATI YAHYA, Ketua Pegawai Perubatan

    Di Hari Jururawat Sedunia ini, yang disambut pada 12 hb Mei di serata dunia, kami ingin meraikan para jururawat hebat kami, pejuang barisan hadapan yang telah mengutamakan pesakit mereka lebih daripada orang yang tersayang, saya ingin memberi tepukan yang gemuruh dan memuji akan komitmen mereka kerana mengambil berat dan menjaga para pesakit kami sepanjang tempoh percubaan pandamik COVID-19 ini.

  • 5Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    NOTA DARI IBU PEJABAT

    Saya sungguh kagum dengan kegigihan dan ketabahan teammate klinikal kami di dalam memastikan bahawa para pesakit kami mendapat perkhidmatan perubatan di klinik dan kemudian dihantar pulang dengan keadaan selamat, ketika kes-kes jangkitan COVID-19 mendadak naik. Teammate memberi sokongan padu mereka secara berterusan dan konsisten di dalam memastikan keselamatan teammate yang lain dan juga keselamatan para pesakit kami.

    Boleh dikatakan setiap teammate kami hidup berkeluarga dan seperti kita, mereka turut akan pulang ke rumah selepas tamat syif mereka. Tetapi tidak seperti kita, mereka pulang dengan membawa risiko jangkitan dan ini merupakan sesuatu yang menakutkan dan merunsingkan fikiran terutamanya bagi yang mempunyai orang tua atau anak kecil di rumah. Sebagai sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan, tanggungjawab kami adalah untuk memastikan keselamatan tidak hanya untuk pesakit dan teammate kami, malah kesihatan komuniti turut menjadi tanggungjawab kami. Kami sentiasa menasihati

    dan mengingatkan teammate kami mengenai kepentingan untuk mengikuti segala peraturan keselamatan agar mereka sentiasa berada di dalam keadaan selamat. Kami selalu berpesan kepada para jururawat kami bahawa mereka harus patuh dengan peraturan keselamatan ini agar mereka boleh memberi perkhidmatan rawatan dengan selamat dan pulang ke pangkuan keluarga setiap hari tanpa menjejaskan keselamatan keluarga tersayang.

    Sebagai seorang doktor yang juga terdedah kepada bahaya COVID-19 setiap hari, saya sentiasa risau akan keselamatan rakan pasukan saya dan sentiasa berdoa agar mereka dielakkan daripada terkena jangkitan ini. Saya sentiasa bersyukur kerana saya mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan dengan pantas pada masa kecemasan – mereka ini dikenali sebagai pasukan Clinical Service Specialist (CSS) dan Director Clinical Specialist (DCS). Kami berhubung setiap hari untuk pelbagai perkara dan perkara utama yang kami sentiasa fokuskan adalah mengenai keselamatan teammate dan pesakit-pesakit kami.

    Penghargaan yang tidak terhingga saya adalah untuk teammate kami di ibu pejabat yang menjadi sukarelawan di dalam menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan melalui panggilan telefon kepada para pesakit kami, setiap hari semasa musim PKP. Perkhidmatan ini merupakan satu langkah keselamatan tambahan yang dijalankan di klinik oleh para jururawat kami sebelum pesakit datang untuk mendapatkan rawatan. Dengan adanya perkhidmatan ini, Village kami sekali lagi telah menitikberatkan nilai teras utama kami pada masa yang kritikal ini. Saya sungguh berbangga dengan daya usaha pasukan saya kerana kami berjaya menjalankan tanggungjawab kami sebagai sebuah pasukan.

    Adalah satu penghargaan buat saya kerana dapat menjadi sebahagian daripada ahli Village ini dan bekerja di samping teammate barisan hadapan yang cekal dan gigih memberi perkhidmatan di seluruh Malaysia tanpa mengenal erti jemu, semata-mata untuk memastikan pesakit kami berada di dalam keadaan sihat dan selamat di dalam waktu yang genting dan mencabar ini.

    Kami sungguh bersyukur dengan komitmen yang tiada belah bagi daripada pasukan jururawat kami di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit kami. Anda merupakan inspirasi kekuatan kami. Kami amat berbangga dengan anda kerana menghidupkan DaVita Way dengan penuh kesabaran dan rasa kasih sayang.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira6

    SOROTAN

    Kecemerlangan Teammate Davita Malaysia Di Dalam Amalan Klinikal Melalui Kesepaduan Dan Peningkatan Kreativiti Dan Komunikasi

    Tahun 2020 kami dimulai dengan pelbagai perkara menarik yang menjanjikan perubahan positif yang berterusan oleh pasukan kami melalui peningkatan tahap kemahiran klinikal dan komunikasi. DaVita Malaysia telah menganjurkan latihan klinikal buat julung kalinya untuk tahun 2020 dengan memperkenalkan program Summit dan Huddles kepada teammate klinikal kami.

    6

    SOROTAN

  • 7Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    SOROTAN

    Latihan selama 2 hari ini diketuai oleh Janet Cowperthwaite, Pengarah Operasi Klinikal Antarabangsa dan Rusminah Sudin, Pengarah Pakar Klinikal dan dibantu oleh Norhaida Md Saman dan Luo Tze Ting yang merupakan Pakar Perkhidmatan Klinikal Wilayah 1 dan Wilayah 3.

    Program Submit ini diadakan agar kesemua teammate DaVita Antarabangsa dapat bergabung tenaga dan mengikuti latihan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti penjagaan kesihatan terhadap para pesakit. Latihan ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi aspek keselamatan dan penjagaan para pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Tujuan utama program Summit ini adalah untuk memberi penekanan terperinci terhadap penjagaan para pesakit kami untuk memperbaiki taraf keselamatan dan cara penjagaan agar syarikat kami menjadi satu organisasi yang boleh dipercayai.

    Daily Huddle turut berganding bahu bersama dengan program Submit untuk membantu mempertingkatkan kualiti keselamatan melalui semangat kerjasama berpasukan yang merupakan kunci utama di dalam membentuk satu organisasi yang dipercayai ramai. Program ini melatih teammate dari segi pengurusan pusat dialisis dan bagaimana untuk mengenal pasti setiap ruang yang memerlukan perubahan agar kualiti penjagaan dan keselamatan pesakit dapat dipertingkatkan. Di samping itu, program ini diharapkan agar dapat membantu teammate untuk memperbaiki interaksi sesama sendiri di mana mereka boleh berkongsi maklumat, menyampaikan sebarang maklumat terkini berkaitan dengan industri perubatan dialisis dan berbincang sambil bertukar buah fikiran mengenai pelbagai cara untuk meningkatkan mutu kerja dan khidmat pelanggan.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira8

    SOROTAN

    Hubungan langsung di antara teammate merupakan elemen yang penting bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberi kepada pesakit.

    Peningkatan Mutu Perhubungan Melalui Sistem Komunikasi Yang Kreatif Dan Semangat Jati Sesama Teammate

    Sebagai sebuah syarikat yang mengambil berat terhadap kebajikan teammate kami sebagaimana kami mengambil berat terhadap kebajikan pesakit kami, hubungan terhadap teammate adalah menjadi keutamaan kami. Kami daripada ibu pejabat, sentiasa menghargai segala pengorbanan dan penat lelah pasukan barisan hadapan kami yang sentiasa menjaga kebajikan pesakit tanpa mengenal erti jemu.

  • 9Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    SOROTAN

    Secara keseluruhannya, latihan ini telah berjaya membuahkan hasil, natijah daripada kepakaran pasukan klinikal di dalam usaha mereka untuk mengurangkan kesalahan yang terdapat di dalam pusat dialisis.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira10

    TERKINI

    Sambutan Tahun Baru Cina – Meraikan Kemajuan dan Perkembangan

    Sebagai satu komuniti yang mengandungi pelbagai kaum, Wisdom telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina untuk meraikan teammate kami yang berbangsa Cina. Sambutan telah dijayakan seawal bulan Januari, apabila teammate kembali bekerja selepas cuti hujung tahun, melalui pemberian limau mandarin kepada semua teammate.

    TERKINI

    Pemberian limau mandarin merupakan sesuatu yang sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina kerana masyarakat Cina mempercayai bahawa pemberian limau mandarin akan membawa kepada pertambahan rezeki dan kebahagian yang berpanjangan. Warna oren yang cerah adalah sinonim dengan warna emas yang membawa maksud kejayaan dan kekayaan. Pasukan pengurusan di ibu pejabat turut mengadakan jamuan Yee Sang sebagai simbol kepada kejayaan dan kemajuan. Teammate akan mengangkat Yee Sang setinggi yang boleh kerana masyarakat Cina mempercayai bahawa lagi tinggi Yee Sang diangkat, lagi dekat kejayaan akan dicapai. Walaupun ianya sekadar kepercayaan dikalangan kaum Cina, namun Jeson secara bergurau mengatakan bahawa yang penting adalah usaha kerana usaha merupakan tunggak kejayaan.

  • 11Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    TERKINI

    Sambutan perayaan kemudian disambung dengan sesi penyampaian anugerah kepada pemenang Core Value Pins, diikuti dengan kata-kata aluan oleh Jeson. Beliau berharap agar semua teammate di ibu pejabat terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan akan sentiasa membantu memberi sokongan padu kepada teammate klinikal yang lain sambil berpegang teguh kepada nilai utama syarikat. Beliau mengingatkan teammate semua agar mengekalkan budaya komuniti DaVita dengan

    berteraskan DaVita Way, iaitu berdedikasi dan berhemah tinggi di dalam memberi perkhidmatan dan yang paling utama adalah sentiasa mengambil berat sesama teammate sebagaimana kita mengambil berat tentang pesakit kita.

    Sesi sambutan kali ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang berjuadahkan pelbagai variasi makanan kaum Cina yang lazat. Ia merupakan satu perayaan yang penuh dengan keriangan dan keceriaan dan merupakan suatu memori indah yang akan dikenang seumur hayat.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira12

    TERKINI

    Teammate kami mengambil bahagian di dalam pertandingan “Wall of Fame 2020”, untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara pesakit dan jururawat. Kami kagum dengan pertambahan peserta pada tahun ini. Ini menunjukkan bahawa inisiatif kami telah memberi ikatan yang unik di antara pesakit dan jururawat. Wall of Fame merupakan satu koleksi gambar dan fakta mengenai teammate bersama para pesakit mereka, yang dikumpulkan mengikut tema dan dipamerkan di pusat dialisis. Wall of Fame adalah penting untuk memberi gambaran tentang keeratan hubungan di antara jururawat kami dengan pesakit kami sambil membentuk semangat berkomuniti yang penting di dalam kehidupan kini. Pesakit dan ahli pasukan kami sangat menitikberatkan Wall of Fame ini kerana ianya dapat membantu mengeratkan perasaan berkomuniti di pusat dialisis kami.

    Kami kini sedang menunggu keputusan pemenang “Wall of Fame 2020” dengan penuh debaran!

    BERMULANYA AKTIVITI INTERAKSI BERSAMA PESAKIT OLEH TEAMMATE DI MALAYSIA Pertandingan Wall of Fame 2020!

  • 13Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    TERKINI

    “Peluang Kehidupan”, adalah tunggak kepada pendirian DaVita di mana teammate barisan hadapan kami tanpa mengenal jemu, terus berkhidmat kepada para pesakit kami. Terima kasih yang tidak terhingga terhadap komitmen yang diberi pada saat yang genting ini.

    Sebagai sebuah komuniti yang berpegang kepada prinsip Community First and Company Second, kami komited memberi sokongan yang padu terhadap teammate kami dan para pesakit kami, terutamanya pada ketika negara sedang melawan musuh utama dunia iaitu pandemic COVID-19. Inilah tujuan utama Village kami.

    Seperti yang diketahui umum, setiap negara, setiap rantau dan setiap komuniti mempunyai keunikan budaya dan cara hidup mereka tersendiri dan keunikan ini menjadi cabaran kepada teammate kami pada setiap peringkat kerana kami harus menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup mereka.

    Iltizam Kami di Dalam Memberi Sokongan kepada Teammate Semasa Pandemik COVID-19

    DaVita International telah menubuhkan “Village Lives Fund” untuk memberi sumber tambahan kepada pasukan negara tempatan yang memberi perkhidmatan yang melebihi jangkauan biasa di ketika pandemik ini. Malaysia telah mendahului negara lain di dalam program ini dengan menyediakan kemudahan tambahan berikut kepada Team Cahaya:

    “Keutamaan Keselamatan!”Satu tabung telah dibentuk bagi membiayai teammate yang perlu mengambil ujian COVID-19 sekiranya mereka menunjukkan simtom terhadap penyakit berkenaan. Setiap teammate akan dibiayai sebanyak RM 700 untuk ujian COVID-19.

    “Kami prihatin terhadap kebajikan anda”“Supplementary Welfare Assistance” dibentuk untuk teammate yang kematian ahli keluarga (ibubapa, pasangan yang sah, kanak-kanak) berikutan jangkitan COVID-19 atau yang menunjukkan keputusan positif terhadap ujian COVID-19. RM500 akan diberi sebagai bantuan untuk kegunaan mereka.

    “Mengelak adalah lebih baik daripada mengubati”Sekiranya berlaku kemerosotan stok PPE; peruntukan untuk membuat topeng muka pakai basuh telah kami sediakan, bagi mengatasi masalah ini.

    Village menghargai komitmen anda terhadap para pesakit terutamanya semasa keadaan darurat ini. Village akan memberi sokongan padu yang berterusan di dalam menangani pandemik ini.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira14

    TERKINI

    “Village Lives Fund” telah ditubuhkan untuk membantu teammate kami menangani masalah yang wujud seiring dengan kewujudan COVID-19. Sebagai sebahagian daripada daya usaha untuk program ini, kami berbesar hati mengumumkan bahawa teammate kami beserta dengan para pesakit kami akan mendapat manfaat daripada program “Reusable Personal Protective Mask” sejajar dengan visi kami iaitu keselamatan untuk teammate dan pesakit. Topeng pakai basuh kami direka mengikut identiti jenama DaVita dan telah mendapat maklum balas positif daripada teammate dan pesakit kami. Kami berasa gembira dengan kejayaan hasil daripada peruntukan ini yang mendatangkan faedah kepada teammate dan pesakit kami di masa kecemasan.

    Para jururawat kami digalakkan untuk mengambil langkah-langkah berikut semasa mengedarkan topeng pakai basuh kepada pesakit-pesakit kami: a. Mengedarkan topeng pakai

    basuh kepada para pesakit dengan senyuman. Budaya kita mengajar kita agar memberi perkhidmatan dengan hati yang ikhlas. Oleh itu, adalah wajar agar nilai murni ini diamalkan semasa memberi perkhidmatan kepada pesakit.

    b. Terangkan kepada pesakit tujuan DaVita Malaysia memberi topeng pakai basuh kepada mereka.

    MENGELAK ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

    Pengedaran Topeng Muka Pakai Basuh Keluaran DaVita Kepada Teammate Dan Pesakit

    Tujuan utama pemberian ini adalah kerana kami mengutamakan keselamatan mereka. Oleh itu kami mempunyai tanggungjawab bagi memastikan keselamatan mereka terjamin pada masa ini.

    c. Luangkan beberapa minit untuk menjelaskan kepada pesakit cara-cara pemakaian topeng pakai basuh dengan betul dan beritahu mereka bahawa mereka boleh memakai topeng ini apabila mereka datang untuk mendapatkan rawatan atau ke mana sahaja mereka pergi.

    Kami yakin bahawa teammate kami turut memberi penjagaan yang lebih rapi terhadap pesakit kami melalui cara komunikasi yang lembut dan halus berteraskan kepada tujuan utama kami untuk membentuk dan membina hubungan yang harmoni bersama pesakit dan komuniti. Cara ini juga dapat meyakinkan lagi pesakit kami bahawa kami benar-benar ikhlas di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk mereka.

    Maklum balas positif yang diterima mengenai keselesaan topeng pakai basuh kami amat menggembirakan kami. Kami dimaklumkan bahawa para pesakit yang menerima pek topeng pakai basuh berasa gembira dan berbesar hati dan ada yang mengatakan bahawa topeng pakai basuh kami lebih selesa berbanding dengan topeng pakai buang yang ada dipasaran.

  • 15Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    TERKINI

    MENGAPA IANYA PENTING? Diversiti dan perasaan diperlukan adalah sifat dan perasaan yang sangat kami titik beratkan di DaVita. Matlamat kami adalah untuk merangkumkan kedua-dua konsep ini ke dalam setiap aktiviti yang dijalankan di Village kami agar semua teammate kami tidak berasa ketinggalan atau tidak diperlukan oleh teammate yang lain. Kami ingin menanam perasaan bahawa setiap teammate adalah penting dan memainkan peranan utama di dalam kejayaan DaVita. Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk menyambut Hari Wanita Sedunia di ibu pejabat DaVita.

    Hari Wanita Sedunia di Ibu Pejabat DaVita Malaysia

    DaVita Malaysia turut menekankan kepentingan di dalam mewujudkan satu masyarakat yang harmoni tanpa mengira jantina. Kami ingin agar teammate kami mempunyai semangat diversiti dan berasa bahawa setiap mereka adalah penting.

    Kami berbesar hati kerana dapat meraikan satu hari yang dikhaskan untuk menghargai para wanita sebagai simbol kepada pengiktirafan terhadap kesaksamaan taraf wanita dengan kaum lelaki. Marilah kita meraikan kebebasan wanita daripada belenggu pemikiran kolot bahawa lelaki mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada wanita. Syabas untuk kaum hawa!

    Di Malaysia, kami mempunyai jumlah teammate wanita yang mencapai 80% daripada keseluruhan teammate kami dan jumlah ini tidak terhad kepada pekerja klinikal malah di ibu pejabat. Ini merupakan impak global yang menunjukkan kejayaan kami di dalam menanam sifat diversiti dan perasaan diperlukan di Village kami di Malaysia! Sebahagian besar daripada jumlah ini merangkumi para wanita yang memegang

    jawatan tinggi dan terlibat di dalam membuat keputusan penting, menjalankan pelan kerja yang genting dan banyak lagi yang bukan hanya sekadar

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira16

    TERKINI

    memastikan agar pengendalian harian berjalan lancar, malah turut menjadi penyumbang utama terhadap ekonomi keluarga. Di samping menjalankan tugas harian yang menjana wang untuk ekonomi keluarga, wanita harus menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu apabila pulang ke rumah di samping keluarga. Syabas kepada kaum hawa!

    Di dalam dunia memperlihatkan kemajuan yang besar di dalam mengiktiraf kesaksamaan jantina

    dan keperkasaan wanita – DaVita ingin menghargai teammate wanita kami terhadap usaha tanpa belah bahagi mereka di dalam memastikan setiap objektif dan matlamat syarikat berjaya dicapai. Bukan mudah untuk memegang pelbagai peranan, namun wanita berjaya mengemudi sebagai pemimpin di tempat kerja. Oleh itu, kami mahu agar setiap teammate meletakkan kepercayaan terhadap Village kami dan tahu bahawa kami sentiasa memberi sokongan padu terhadap semua sebagaimana

    kami sentiasa mengambil berat terhadap pesakit kami.

    Komitmen teammate kami terhadap syarikat adalah luar biasa. Kami berasa kagum dengan komitmen ini kerana ianya dapat menambah nilai kepercayaan umum terhadap syarikat kami, dan kami berharap agar kami dapat mempertingkatkan lagi nilai syarikat kami pada skala yang lebih tinggi dan berjaya mencapai apa yang tidak mungkin dicapai selama hari ini.

    MARI KITA DENGAR APA KATA TEAMMATE KAMI!

    “Saya perasan pada hari tersebut ramai wanita menerima sejambak bunga segar yang sungguh cantik berserta dengan satu nota penghargaan. Tetapi saya tidak sangka bahawa saya adalah di antara orang yang bertuah menerima jambangan bunga tersebut pada Hari Wanita Sedunia. Saya terharu dan terkedu apabila pintu saya diketuk oleh rakan pasukan saya, Juanita dan Riya bersama sejambak bunga di tangan mereka untuk saya. Mereka mengingatkan saya bahawa hari ini merupakan hari yang istimewa untuk setiap wanita dan dengan senyuman, mereka menyuruh saya berehat seketika untuk menghargai diri saya. Saya berasa sungguh gembira dan senang dengan cara budaya di Village ini yang dibentuk untuk memberi perasaan bahawa setiap ahli adalah istimewa sambil mengekalkan keterangkuman sesama ahli.”

    Arjan Singh, Penasihat Undang-undang

    “Saya sedang memerah otak untuk menyiapkan satu tugasan penting yang melibatkan pusat dialisis di daerah saya apabila saya didatangani oleh teammate saya. Mereka memberi bunga dan mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada saya – saya berasa sungguh terharu dan terkedu untuk beberapa ketika. Setiap teammate saya memberi pelukan yang erat kepada saya dan menyuruh saya berehat seketika untuk menghargai diri saya di hari yang istimewa untuk semua wanita ini. Saya berasa sungguh terharu dan dihargai. Tidak pernah saya mengalami saat indah seperti ini di tempat kerja saya yang terdahulu. Saya berasa bahawa saya telah menjadi sebahagian daripada ‘Village’ ini.”

    Nor Majidah Mustafa Kamal, Pengurus Operasi Serantau

    “Saya merupakan teammate yang baharu, baru memulakan kerja selama 10 hari di ‘Village’. Rakan Wisdom saya memberi cadangan yang sungguh bernas sempena Hari Wanita Sedunia, iaitu dengan memberi bunga kepada rakan sepasukan wanita di ibu pejabat. Saya berasa sangat teruja apabila saya dapat berkongsi perasaan saya bersama dengan teammate yang lain pada ketika itu dan berasa semakin rapat dan telah menjadi sebahagian daripada keluarga ‘Village’ melalui sambutan ini. Saya berharap agar sambutan dan penghargaan seperti ini akan diadakan pada setiap tahun dan diperluaskan kepada teammate klinikal juga pada tahun hadapan.”

    Juanita Anthony, Pengurus People Services

  • 17Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    TERKINI

    Pusat Dialisis DaVita Kuala Pilah telah berpindah ke lokasi baharu di Lot 1735 & 1736, Jalan Wira 2/1, Taman Wira Jaya, Jalan Melang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

    Kami berharap dapat berjumpa dan memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit kami di pusat dialisis kami yang bertambah baik dan dipertingkatkan kemudahannya.

    Lokasi BaharuPusat DialisisDaVita Kuala Pilah

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira18

    RENCANARENCANA

    Hari Jururawat Antarabangsa & Tanda Penghargaan Istimewa

    Ini merupakan satu sambutan istimewa terutama untuk semua teammate klinikal kami yang telah mendedikasikan masa dan tenaga mereka tanpa jemu di dalam membantu menangani pandamik COVID-19 yang mengancam dunia ketika ini. DaVita Malaysia atau Team Cahaya dengan bangga ingin memberi pujian kepada para jururawat kami yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri di dalam memberi perkhidmatan dengan cemerlang, dan secara tidak langsung mengangkat semangat nilai teras kami. Di dalam kita meraikan para jururawat kita bulan ini, saya dengan rasa rendah diri terpanggil untuk menulis perasaan bangga saya terhadap pejuang barisan hadapan kita.

  • 19Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    RENCANA

    Para jururawat kita merupakan komponen utama di dalam memastikan penjagaan yang berkualiti dapat diberi kepada pesakit yang mempunyai penyakit yang kompleks dan berisiko tinggi. Peranan anda merupakan suatu yang penting dan sangat diperlukan kerana kami mengetahui betapa pentingnya peranan anda di dalam pemulihan kesihatan pesakit terutamanya di dalam bentuk sokongan emosi. Sifat perikemanusiaan akan datang dengan sendirinya apabila anda rajin meluangkan masa mendengar rintihan daripada pesakit dan menunjukkan simpati dengan keluhan mereka. Nilai murni ini adalah penting di dalam menimba pengalaman untuk memberi perkhidmatan yang lebih sempurna.

    Kami di Village sangat kagum dengan aspirasi anda yang cekal untuk terus berkhidmat pada ketika ini kerana ramai di antara kami yang tidak sanggup untuk mengambil risiko terkena jangkitan COVID-19. Kami sanjung akan usaha dan sikap para jururawat kami yang mudah menyesuaikan diri dengan sebarang garis panduan klinikal yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan rawatan yang selamat dapat diberi kepada para pesakit dan pada masa yang sama mengutamakan keselamatan para pesakit dan juga teammate yang lain. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada kami terhadap para jururawat kami yang berganding bahu dan bergadai nyawa di dalam memerangi wabak penyakit merbahaya ini dan mereka melakukan semua ini dengan penuh perasaan ikhlas dan kasih yang tidak terhingga.

    Dengan sukacitanya, Village kami ingin memperkenalkan beberapa perancangan untuk para jururawat kami pada ketika yang mencabar ini bagi meringankan beban

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira20

    RENCANA

    SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA!TERIMA KASIH KEPADA

    HERO DAVITA! JURURAWAT KAMI

    ADALAH HERO KAMI! BERSAMA KITA

    MELAWAN WABAK COVID-19 INI!

    mereka dan juga sebagai tanda penghargaan ke atas pengorbanan mereka. Antara perancangan yang dijayakan adalah melalui Program Dana Village Life dengan menyediakan satu sumbangan perbelanjaan istimewa untuk teammate klinikal kami. Kami juga sedang merancang untuk menjalankan lebih banyak komunikasi pengiktirafan interaktif untuk teammate kami yang akan kami kongsi bersama dengan orang ramai di masa yang terdekat.

    Setiap teammate, tidak kira sama ada daripada ibu pejabat mahupun klinikal adalah digalakkan untuk menunjukkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih di antara satu sama lain bukan setakat di bulan istimewa ini, malahan juga sepanjang tahun. Tujuan program ini adalah untuk menghargai dan berterima kasih sesama ahli terutamanya kepada barisan hadapan kami di atas usaha dan penat lelah di dalam menangani pandamik COVID-19 ini.

  • 21Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    RENCANA

    BAANU PANNIRSELVAM Jururawat dan Pentadbir FasilitiMinat yang mendalam di dalam bidang kejururawatan telah mendorong beliau untuk

    belajar dengan bersungguh-sungguh agar impian beliau untuk berbakti kepada masyarakat tercapai dengan kerjaya sebagai seorang jururawat. Beliau sentiasa memastikan pesakit mendapat rawatan yang berkualiti dan penjagaan yang sempurna dan rapi. Beliau berpendapat bahawa beliau boleh “memberi semangat kehidupan hidup” apabila beliau mencurahkan penjagaan dengan penuh kasih sayang dan memahami perasaan yang dialami pesakit beliau. Banu juga berpendapat bahawa sebagai seorang jururawat yang professional, mereka harus menjaga pesakit dengan penuh intensiti sebagaimana mereka menjaga ahli keluarga sendiri. Beliau menyarankan agar rakan-rakan jururawat turut sama memberi penjagaan dengan penuh kasih sayang, berkualiti dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

    Global Shout Out Untuk Team Cahaya Sempena Hari Jururawat Antarabangsa

    SITI ZAMIDAH BINTI MUHAMMAD Jururawat dan Pentadbir Fasiliti “Kerjaya sebagai Jururawat dan Pentadbir Fasiliti bukan ‘sekadar pekerjaan’ bagi saya kerana saya mempunyai minat yang mendalam

    di dalam bidang kejururawatan ini dan setiap hari merupakan pengalaman untuk saya belajar benda baharu.” Beliau jatuh cinta di dalam bidang ini kerana ianya sesuatu yang mencabar, memerlukan daya pemikiran yang tajam untuk bertindak dengan segera dan secara semulajadinya, menarik. Beliau sentiasa menitik beratkan akan kepentingan untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini bidang perubatan.

    Menurut beliau, memandangkan jururawat sentiasa berjuang dengan hidup mati seseorang pesakit, maka adalah penting untuk para jururawat mencurahkan sepenuh tenaga, ilmu pengetahuan dan daya usaha mereka apabila menjaga pesakit. Beliau menyarankan agar para jururawat memakai unifom mereka dengan penuh keyakinan, kebaikan dan penuh rasa hormat.

    SWEE LEEN MATI WONG Jururawat dan Pentadbir FasilitiSwee Leen Mati Wong telah memberi penjagaan kesihatan kepada pesakit dialisis di DaVita selama lebih daripada tujuh tahun. Beliau bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu pesakit

    setiap hari apabila beliau memulakan kerja. Kata beliau “Memberi peluang kehidupan” adalah apabila kita bekerja dengan menggunakan fikiran, kederat dan jiwa raga tanpa mengenal jantina, agama, bangsa mahupun latar belakang pesakit.” Beliau mendapati bahawa kerjaya sebagai jururawat ini mempunyai aspek yang menarik apabila seseorang individu yang tidak anda dikenali meletakkan kepercayaan penuh mereka terhadap anda untuk menjaga mereka. Pesanan beliau kepada rakan-rakan jururawat adalah, “Saya tahu anda telah memberi perkhidmatan yang terbaik. Saya harap anda berkhidmat dengan penuh kesabaran. Di dalam kita sibuk menjaga orang lain, jangan kita abaikan kesihatan diri sendiri. Ke mana sahaja anda pergi, tinggalkan sedikit cahaya keceriaan di dalam diri pesakit.”

    NUR IDAYU ISMAINI JururawatNur Idayu menyimpan angan-angan sedari kecil untuk menjadi seorang jururawat apabila dewasa. Beliau ingin menjadi contoh

    kepada jururawat yang lain dengan memberi perkhidmatan yang penuh perasaan empati terhadap pesakit tanpa mengira warna kulit, agama, jantina ataupun latarbelakang. Minat Nur Idayu terhadap bidang kejururawatan amat mendalam dan beliau gemar membantu pesakit. Beliau sentiasa memberi sokongan beliau terhadap rakan-rakan jururawat yang lain dan berharap agar mereka dapat meneruskan bidang kejururawatan ini walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah yang menimpa terutamanya semasa COVID-19.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira22

    KAMI PRIHATIN

    Selama lebih 13 tahun yang lalu, Malaysia telah menyaksikan pertambahan yang besar di dalam pertambahan pesakit dialisis yang baharu. Memandangkan peningkatan yang tinggi ini. rakyat Malaysia perlu menjalankan ujian saringan pemeriksaan buah pinggang.

    MENGAPA IANYA PENTINGPenyebab utama penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) adalah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat boleh mengakibatkan CKD dan ESRD.

    Beberapa laporan yang terkini

    Penjagaan Buah Pinggang

    Dengan penambahan berterusan jumlah pesakit dialisis yang baharu di Malaysia, kepentingan untuk memeriksa buah pinggang telah menjadi sebagai satu faktor penting agar dapat mengelakkan daripada tergolong di dalam statistik yang memeranjatkan ini.

    meramalkan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah mempunyai kekerapan tertinggi pesakit kegagalan buah pinggang akibat kencing manis menjelang 2030!

    Individu terutamanya yang berisiko untuk mendapat CKD merupakan mereka yang mempunyai kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, mempunyai latar belakang keluarga yang mengidap penyakit buah pinggang dan mereka yang berusia 55 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bahawa CKD tidak berlaku sekelip mata.

    Kebiasaannya, tanda-tanda tidak akan timbul pada peringkat

    awal penyakit buah pinggang. Ianya hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan darah dan air kencing. Sekiranya pesakit mempunyai keputusan yang menunjukkan tanda-tanda awal penyakit buah pinggang, harapan mereka masih cerah dan masih boleh menghindari keadaan yang lebih serius dengan hanya mengubah cara hidup.

    APA YANG BERLAKU KETIKA PEMERIKSAAN BUAH PINGGANGIndividu yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ginjal kronik adalah dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan pemeriksaan buah pinggang.

    Semasa pemeriksaan, juruteknik makmal yang terlatih akan mengambil darah untuk ujian kreatinin. Kreatinin adalah bahan kumuhan yang ditapis oleh buah pinggang untuk dilupuskan melalui air kencing. Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, paras kreatinin dalam darah akan menjadi tinggi.Jika ini berlaku, juruteknik makmal dapat mengetahui tahap penyakit buah pinggang seseorang individu

  • 23Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    KAMI PRIHATIN

    tersebut dengan menganggarkan “Glomerular Filtration Rate (GFR)” ( atau Kadar Penurasan Glomerulus). Oleh kerana setiap individu adalah berbeza, GFR akan mengambil kira faktor lain seperti umur, bangsa, berat badan dan jantina untuk membantu memahami dengan lebih tepat keadaan pesakit.

    APA BERLAKU SELEPAS PEMERIKSAAN?Sekiranya keputusan pemeriksaan buah pinggang pesakit menunjukkan bahawa buah pinggang beliau berfungsi dengan baik, kebiasaannya hanya sedikit atau tiada perubahan cara hidup diperlukan selain daripada memastikan agar pemeriksaan buah pinggang dilakukan seperti yang dijadualkan.

    Walaubagaimanpun, adalah penting untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya pengambilan nutrisi yang seimbang dan beriadah dengan kerap.

    Sekiranya dikesan bahawa buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, terdapat pelbagai cara untuk menguruskan keadaan ini dan melengahkan ESRD. Dengan pengesanan awal, banyak langkah-langkah penjagaan yang boleh dilakukan untuk melengahkan berlakunya ESRD.

    PENINGKATAN JUMLAHMalaysian Dialysis and Transplant Registry menyatakan bahawa 47% daripada semua pesakit dialisis adalah dari golongan mereka yang berumur 55 tahun ke atas berada di tahap awal dialisis.

    Negeri yang mempunyai kadar rawatan dialisis yang tinggi kebanyakannya adalah daripada negeri yang mempunyai keadaan ekonomi yang baik termasuklah WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

    Memandangkan rawatan dialisis jangka panjang adalah mahal, kebanyakan pesakit dialisis menerima bantuan kerajaan untuk membiayai rawatan mereka. Bantuan ini bukan hanya dialirkan kepada pusat dialisis kerajaan tetapi turut juga disalurkan kepada pusat yang dibantu oleh NGO.

    Kerana itu, bebanan untuk menjalani rawatan bukan hanya dirasai oleh pesakit dan keluarga mereka malah turut dirasai oleh masyarakat.

    Seringkali, keputusan pemeriksaan buah pinggang ini akan memberi seseorang itu kesedaran yang diperlukan di dalam membentuk cara hidup sihat bagi mengelakkan dari ESRD atau kegagalan buah pinggang.

    BERITA BAIKAkhir sekali, masa hadapan bagi pesakit yang dapat mengesan penyakit buah pinggang pada peringkat awal adalah cerah. Malah individu yang mengidap CKD masih boleh mengawal penyakit mereka dengan bantuan perubatan dan pemeriksaan yang kerap. Menurut UK National Health System (NHS), CKD hanya merebak ke peringkat kegagalan buah pinggang di dalam 1 nisbah 50 orang, jika masalah ini ditangani dengan betul.

    Kebanyakan mereka masih boleh melengahkan kemelaratan penyakit buah pinggang dengan mengikuti pelan pemakanan yang mengandungi kandungan garam yang tepat, cecair dan proten, mempunyai rutin senaman yang kerap dan menghindari dari kekurangan air.

    Dengan mengesan penyakit buah pinggang pada peringkat awal, seseorang itu dapat menikmati kualiti kehidupan seperti biasa tanpa sebarang perubahan ketara yang memerlukan rawatan jangka panjang dan/atau dialisis. Bincanglah dengan doktor keluarga anda mengenai rawatan buah pinggang hari ini.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira24

    KAMI PRIHATIN

    Oleh kerana Davita berada di dalam kategori perkhidmatan keperluan penting, pasukan klinikal kami turut berkhidmat sebagai barisan hadapan di dalam menangani pandamik merbahaya ini bagi memastikan keselamatan pesakit-pesakit kami dan seluruh komuniti. Kami amat terhutang budi kepada mereka dan tidak ada kata-kata yang boleh melahirkan rasa terima kasih kami kepada mereka.

    Perintah berkurung ini telah memberi impak kepada seluruh negara di mana rakyat hidup di dalam ketakutan terutamanya apabila mendengar berita mengenai jumlah yang telah dijangkiti COVID-19 semakin bertambah dari hari ke hari dengan data kematian yang tinggi, ditambahkan pula dengan langkah-langkah keselamatan yang terperinci dan ketat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaupun begitu, para jururawat kami tetap tenang dan tabah menghadapi waktu getir ini dan terus menjalankan tanggungjawab mereka terhadap para pesakit kami tanpa belah bagi, tetapi mengikuti langkah-langkah keselamatan tambahan sejajar dengan peraturan KKM.

    Bagaimana Pasukan Cahaya Melalui Tempoh Percubaan COVID-19

    Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sejak 18hb Mac 2020 dan seiring dengan PKP, semua perjalanan ke luar negara telah disekat, sekolah dan premis perniagaan diarahkan untuk ditutup kecuali untuk sektor perkhidmatan keperluan penting.

    SERVICE EXCELLENCE (PERKHIDMATAN CEMERLANG)• “Panggilan pemeriksaan” harian dibuat kepada semua pesakit

    kami untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka sebagai langkah perlindungan tambahan sebelum pesakit datang ke pusat dialisis untuk mendapatkan rawatan, bagi memastikan keselamatan teammate dan pesakit terjamin.

    • “Elaun kecemasan” tambahan diberi kepada semua jururawat bertujuan untuk membantu keperluan mereka pada ketika kritikal ini.

    • Wisdom telah melancarkan Village Lives Fund sebagai bantuan tambahan untuk membantu meringankan beban teammate.

    • Proses pemeriksaan melalui talian telefon di lakukan di pusat dialisis.

    • Wisdom bekerjasama dengan pasukan klinikal untuk menerbitkan risalah dan poster berbentuk ilmiah berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan berkaitan dengan COVID-19.

    INTEGRITIPasukan kami di ibu pejabat dan di semua cawangan pusat dialisis telah menjalankan tugas dengan penuh hemah dan integriti untuk memastikan pesakit kami mendapat penjagaan yang sempurna.

    CONTINUOUS IMPROVEMENT (PENAMBAHBAIKKAN SECARA BERTERUSAN) Sebagai sebahagian daripada konsep Continuous Improvement, pasukan kami akan meneruskan usaha untuk memperbaiki taraf perkhidmatan dengan menilai semula setiap perancangan yang diusul dan mencari jalan untuk menyesuaikan perancangan tersebut ke arah kebaikan.

    Daripada saat kita dikenakan PKP, The DaVita Way dan Core Values telah kami amalkan sepenuhnya di dalam kehidupan harian kami dengan lebih intensif daripada biasa.

  • 25Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    KAMI PRIHATIN

    FUN (KECERIAAN)Team Cahaya merupakan satu pasukan yang penuh dengan sifat keceriaan. Konsep keceriaan ini mereka teruskan walaupun di dalam masa perintah berkurung, dengan mematuhi peraturan norma baharu dengan mengamalkan penjarakan sosial dan mengenakan pemakaian PPE. Manakala Wisdom pula akan melancarkan pelbagai aktiviti baharu untuk menggantikan aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana COVID-19. Kami akan pastikan teammate mematuhi setiap arahan keselamatan dan penjarakan sosial tetapi yang paling utama, kami akan pastikan setiap teammate bergembira di setiap sesi aktiviti yang berlangsung.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira26

    KAMI PRIHATIN

    ACCOUNTABILITY (KEBERTANGGUNGJAWABAN)Sungguh mengkagumkan bagaimana teammate kami dapat bergabung dan memberi sokongan sesama sendiri semasa perintah sekatan perjalanan dikuatkuasakan. Teammate bekerjasama membantu menguruskan pusat dialisis dan menjalankan tugas di cawangan yang berbeza dengan bergerak daripada satu pusat dialisis ke pusat dialisis yang lain bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Kami sungguh kagum dengan kebolehan mereka untuk berpindah ke cawangan yang berlainan dalam jangka masa yang singkat. Semangat bekerja yang ditonjolkan ini merupakan bukti dedikasi teammate kami untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan penjagaan yang penuh dengan rasa tanggungjawab terhadap para pesakit kami. Ini menunjukkan betapa kami mengambil berat terhadap pesakit kami dan membuktikan bahawa keselamatan pesakit kami adalah perkara utama kami dengan memberi perkhidmatan yang terbaik.

    Nilai murni yang anda tonjolkan ini mencerminkan sifat kebertanggungjawaban yang menjadi teras utama Accountability. Terima kasih kerana menunjukkan c ontoh yang baik kepada orang ramai dan membuktikan betapa hebatnya semangat bekerja sebagai satu pasukan!

    Tahniah kepada teammate berikut! Anda layak ditampilkan di sini kerana aksi-aksi kepahlawanan anda yang

    membanggakan DaVita Malaysia.

    Siti Norbihah MaghporNor Azawanie Abdul Aziz

    Hasanudin Bin AmrahFarah Najwa Binti Rahmat

    Noor Ashikin MustaphaKhairiah Binti MuhammadNor Hanisah Binti Muklas

    Muzdalifah Binti Ismail Baanu Pannirselvam

    Nurul Aini Burhanuddin

    TERIMA KASIH KEPADA PEJUANG KAMI!

  • 27Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    KAMI PRIHATIN

    Anugerah untuk Best Centre Award ini dinilai dari segi kewangan dan klinikal. Prestasi kemajuan setiap teammate klinikal akan dimaklumkan ketika perjumpaan bulanan Voice of Village. Cara ini akan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai “What is doing well”, “What is not doing well” di pusat dialisis masing-masing dan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki bidang yang lemah dan membuat dengan lebih baik di bidang yang telah cemerlang.

    Sebagai tanda penghargaan, pemenang yang mendahului senarai 39 pusat, akan menerima wang tunai bernilai RM5,000.00 yang akan dibahagi kepada jumlah ahli untuk pusat tersebut. Selain daripada itu, setiap teammate turut diberi sijil penghargaan kecemerlangan dan sebuah trofi. Kami percaya bahawa program ini bukan sekadar meningkatkan daya usaha kami untuk mengenalpasti pusat dialisis yang cemerlang, tetapi juga memberi peluang kepada pusat dialisis lain untuk menjadikan pusat dialisis yang cemerlang sebagai

    Pusat Dialisis DaVita Seremban Mendahului Carta dan Memenangi Anugerah Best Centre Award Tahun 2019

    Tahniah kepada teammate Pusat Dialisis DaVita Seremban, Nor Majidah! Kami sungguh kagum dengan semangat kegigihan dan dorongan pasukan ini yang melayakkan mereka mendapat tempat pertama daripada 39 pusat dialisis yang mengambil bahagian, di Malaysia. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menghargai pencapaian pasukan kami di dalam menguruskan pusat dialisis melalui DaVita Way. DaVita Way merupakan cara kami mendedikasikan Pemikiran, Perbuatan dan Perasaan kami untuk menuju ke arah Misi kami iaitu menghidupkan Nilai dan membina Village yang sihat. Ia menunjukkan betapa kami mengambil berat terhadap satu sama lain dengan intensiti yang sama sebagaimana kami prihatin terhadap pesakit-pesakit kami.

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira28

    KAMI PRIHATIN

    contoh dan untuk menimba ilmu supaya setap kelemahan dapat dibaiki.

    Platfom sebegini akan memberi daya saing yang sihat di antara pusat dialisis sambil mempromosikan amalan komunikasi terbuka di antara jururawat di dalam berkongsi buah fikiran dan bertukar pengalaman mengenai cara untuk menguruskan pusat dialisis. Secara ringkasannya, lebih banyak kami war-warkan kecemerlangan teammate kami, lebih banyak peluang akan terbuka untuk pusat dialisis lain memperolehi panduan daripada mereka sambil memberi dorongan kepada pusat dialisis lain untuk bekerjasama dan berkongsi ilmu pengetahuan.

    MARI KITA LIHAT PERKONGSIAN MENARIK DARIPADA PASUKAN PEMENANG DARIPADA SEREMBAN

    “Saya sentiasa percaya bahawa pasukan saya di Malaysia adalah satu pasukan yang hebat dan saya sentiasa bersyukur kerana itu. Saya telah menyaksikan betapa kebanyakan rakan pasukan sentiasa berpegang kepada teras utama kami dan sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan penjagaan yang berkualiti kepada pesakit kami. Inisiatif ini bukan sahaja untuk mencari ahli yang terbaik, malahan ianya bertujuan untuk mengajar teammate untuk memahami asas utama di dalam pengendalian pusat dialisis, yang mana ianya di luar bidang kepakaran mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Seremban kerana berjaya memenangi Anugerah Best Performance Clinic tahun 2020. Sementara itu, luangkan sedikit masa untuk merehatkan diri dan melapangkan fikiran kerana, masih terdapat tahun-tahun berikutnya untuk dimenangi dan saya juga mengucapkan selamat maju jaya!”.

    Jesonpragash Gnaniah, Pengurus Besar, DaVita Malaysia

    “Saya sentiasa percaya bahawa pusat dialisis adalah rumah pertama saya kerana saya menghabiskan kebanyakan masa saya di pusat dialisis, sementara pesakit dan teammate saya merupakan keluarga saya. Sebagai seorang ketua yang diamanahkan dengan jawatan FA, saya dan pasukan saya mempunyai tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dengan penuh intergriti, cemerlang dan kami tidak pernah gagal untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama dengan pesakit kami. Saya akan terus berkhidmat sebagai ketua yang bertanggungjawab bersama-sama dengan pasukan saya dan akan terus berusaha untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat yang istimewa untuk kami dan juga pesakit kami”.

    Suria Mahmud, Facility Administrator

    (Seremban)

    “Saya sungguh gembira dengan kemenangan pasukan tersebut. Saya terasa seolah-olah saya adalah sebahagian daripada pasukan tersebut. Saya tidak akan berputus asa untuk berusaha untuk menjadikan pasukan saya daripada Benut sebagai pemenang tempat pertama tahun ini”.

    Nur Akmar Abd Wahid, Facility Administrator (Benut)

    Kami ingin memberi kredit kepada teammate daripada Batang Berjuntai, Cheras, Jerantut, Kajang, Bandar Baru Uda, Gurun, Kota Tinggi, Benut dan Sungai Besar kerana berjaya berada di dalam 10 senarai teratas selepas Seremban berkat daripada kegigihan dan daya usaha mereka tanpa henti. Semoga tahun 2020 akan membawa kejayaan yang lebih kepada anda semua dan juga pada tahun-tahun akan datang.

  • 29Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    CORE VALUES

    Teammate Terbaik bagi Suku Tahunan

    Pemenang Core Value Award (HQ)

    Pemenang Core Value Award (HQ)

    Pemenang Core Value Award (Pusat Dialisis) Pemenang Core

    Value Award (Pusat Dialisis)

    SUKU PERTAMAShahilah Mohamed, HQ

    SUKU KEDUABaanu Pannirselvam, Batang Berjuntai

    SUKU PERTAMA SUKU KEDUA

    Accountability AIN FARHANA BINTI MOHD KAMELSungai Besar FulfilmentROSNIDA BINTI AWANGSPU AccountabilityNOR JANNAH BINTI MAT SAAD GurunContinuous ImprovementERFIRERA FELICIA WONG SandakanIntegrityNUR HAFFIZ BINTI AZMI Team MAHADIR BIN ROMLIAccountabilityNOOR HANIM BINTI ZAKARIA

    Accountability NUR ASMA UL HUSNA BINTI ABD JALILPendang Continuous ImprovementNOR LIYANA SYAFIQAHKajangService Excellence SITI ZAMIDAH BINTI MUHAMMAD KajangContinuous ImprovementNUR SYAFIQAH BINTI MOHD ABU BangsarAccountabilityROSMALYANA BINTI ROSLI BangsarTeamNUR HASNIYAH FunRAIHANAH NORZELANDTeamHASANUDIN BIN AMRAN

    Service Excellence MUHAMAD FIRDAUS BIN ROSLAN Service Excellence NORHAIDA BINTI MOHD SAMAN FunMADIHAH BINTI OMAR

    Service Excellence TAN LEAN SENGService Excellence QUESTAL CHIAService Excellence SHAHILAH BINTI MOHAMED Service Excellence WAN NOR AZAN BINTI WAN MOHD HUSAIN AccountabilityNURUL AINAA BINTI MOHD JONED

    Accountability NOORSAIDATUL AISHAH BINTI JALANI IntegrityFATIN ADILA FunMOHD ADAM ADRUS Service ExcellenceSAZWANI SAPIAN FulfilmentSITI KHADIJAH BINTI ISMAIL TeamNOOR ASHIKIN BINTI MUSTAPHA Continuous ImprovementSITI NORIDAH BINTI IDRIS

    Team FARAH WAHIDA BINTI MASHATAR Integrity NURZAITI NAJIHA BINTI MOHD DARUS Service ExcellenceQUESTAL CHIA

  • Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira30

    CORE VALUES

    MENGAPA IANYA PENTING?Kesempurnaan di dalam memberi perkhidmatan boleh dicapai dengan memahami kehendak pesakit dan teammates kami, dan sentiasa mempunyai daya usaha untuk memberi perkhidmatan di luar daripada jangkaan. Dengan memberi perkhidmatan yang sempurna, kami berharap agar pesakit kami memberi kepercayaan yang penuh kepada kami untuk merawat mereka. Kami juga boleh memperkukuhkan lagi hubungan di antara pesakit dan teammates kami dengan mengikut kaedah beberapa komponen penting seperti mengambil berat, persefahaman bersama, keyakinan diri dan mempercayai satu sama lain. Apabila komponen-komponen ini dijadikan satu visi, kami yakin bahawa kami boleh mencapai impian kami untuk mencipta satu tempat yang istimewa untuk semua.

    APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI SERVICE EXCELLENCE DENGAN CARA YANG PALING MUDAH, TETAPI MENINGGALKAN IMPAK YANG BESAR?

    Service Excellence

    Berkhidmat untuk anda — antara sebab kewujudan kami. Tanpa mengenal jemu, kami sentiasa cuba untuk memahami kehendak anda yang bergantung kepada kami (pesakit kami, para doktor dan teammates kami) dan cuba untuk melangkau harapan anda.

    Service Excellence merupakan salah satu daripada nilai utama di dalam industri penjagaan kesihatan. Ia merupakan matlamat yang sentiasa kami perjuangkan agar kami dikenali sebagai komuniti terbaik dunia di dalam bidang penjagaan kesihatan.

    Sentiasa hadiri homeroom di pusat rawatan anda dan libatkan diri dengan setiap sesi Voice of the VillageSentiasa saling bertanya khabar mengenai perkembangan rakan-rakan di pusat dialisis anda, berkaitan dengan apa jua perkara. Sebagai contoh, mengenai pesakit yang kerap tidak hadir untuk rawatan dan cara bagaimana anda boleh membantu. Atau bagaimana anda boleh membantu teammates yang memerlukan perhatian kerana masalah peribadi yang mengganggu fikiran beliau.

    Sambut dan sapa teammates dan pesakit dengan mesraUcapan mesra yang ringkas daripada anda dapat membuatkan seseorang itu tersenyum. Ini merupakan sebahagian daripada Service Excellence kerana anda menunjukkan cara anda mengambil berat dengan berkomunikasi, yang boleh membuatkan orang berasa selesa. Ucapan ringkas seperti “Selamat Pagi” atau “Apa Khabar?” boleh memberi impak yang amat positif dan menimbulkan perasaan girang terhadap kebanyakan orang. Cubalah untuk memberi ucapan ringkas sebegitu kepada teammates dan pesakit anda!

    Beri penjelasan kepada pesakit anda dan pastikan mereka sentiasa mengambal langkah yang betulSentiasa berkomunikasi dengan pesakit anda mengenai rawatan susulan mereka dan jelaskan mengenai kesihatan mereka melalui program pendidikan bersama pesakit. Ini merupakan sebahagian daripada Service Excellence kerana anda meletakkan mereka sebagai tanggungjawab anda dan anda mengambil berat akan kesihatan mereka. Layanan sebegini akan menaikkan tahap keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap anda. Anda boleh juga berhubung dengan pasukan Clinical Service Specialists (CSS) kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program penjagaan pesakit. Mereka akan berbesar hati untuk membantu anda.Pastikan tempat anda bersih dan teraturSentiasa pastikan pusat rawatan anda bersih dan teratur kerana kebersihan adalah kunci kepada keselamatan pesakit – sentiasa peka dengan persekitaran di pusat anda dan bersihkan dengan segera sekiranya ternampak tompokan darah di atas lantai yang berlaku semasa rawatan dijalankan. Segala alatan perubatan yang telah digunakan haruslah dibersihkan segera, dan buang di tempat yang sepatutnya segala alatan pakai buang yang digunakan untuk rawatan.

    Service Excellence boleh dicapai melalui kemahiran komunikasi yang bijak dan kesannya antara lain adalah:a. Memperbaiki hubungan antara teammates dan pesakitb. Memperbaiki prestasi penilaian klinikalc. Pengekalan pesakit dan teammates di DaVitad. Penekanan berkaitan ingin menjadikan DaVita sebagai tempat yang istimewa akan tercapai

    Jangan lupa untuk berkongsi nilai-nilai ini bersama dengan teammates

    anda yang lain untuk mencapai tahap piawaian Service Excellence.

    Anda juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman anda dan

    nilai-nilai ini di sosial media anda.

  • 31Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira

    RESEPI MESRA BUAH PINGGANG

    BAHAN-BAHAN• 2 sudu besar minyak sayuran• 1 biji saiz sederhana terung,

    dipotong dadu sebesar 1 inci• 3 cawan kacang buncis, dikerat

    menjadi potongan 1 inci panjang

    • 8 ulas bawang putih, dicincang• 1 biji saiz kecil cili padi,

    dicincang• 300g atau 1½ kepingan dada

    ayam saiz sederhana, dibuang kulit dan tulang, dipotong dadu sebesar 1 inci

    Ayam Masak Thai Dengan Terung & Kacang Buncis

    Bilangan sajian: 5 sajian

    Masa penyediaaan: 10 minit

    Masa memasak: 15 minit

    CARA PENYEDIAAN1. Panaskan separuh daripada minyak di dalam kuali leper tidak

    melekat.2. Goreng kilas terung bersama kacang buncis sehingga terung bertukar

    warna menjadi keperangan (lebih kurang 3 minit), kemudian angkat dan ketepikan.

    3. Panaskan ½ lagi minyak dalam kuali yang sama dan tumis bawang putih bersama cili padi sehingga wangi.

    4. Masukkan dada ayam dan teruskan menumis selama 3 minit sehingga ayam separuh masak.

    5. Tambahkan terung dan kacang buncis diikuti sos tiram. Kacau selama 2 minit.

    6. Tambahkan cili merah dan daun selasih dan teruskan mengacau masakan selama 2 minit.

    7. Dihidangkan bersama-sama 1 cawan nasi dan sebiji telur goreng mata sebagai sajian yang lengkap.