16
TERMA RUJUKAN PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. 1 1.0 LATAR BELAKANG PROJEK Kepesatan pembangunan di kawasan Subang Jaya terutamanya di kawasan USJ 1 yang mana lot-lot tanah perusahaan telah ditukarkan kepada pembangunan perdangangan telah menyebabkan sistem rangkaian jalanraya sediada tidak dapat menampung keperluan lalulintas sediada di kawasan ini. Untuk sistem rangkaian lalulintas ini, persimpangan utama bagi kemudahan populasi di kawasan USJ 1 adalah di persimpangan Persiaran Subang Permai dengan Persiaran Kewajipan yang ketika ini dikawal sepenuhnya dengan menggunakan sistem lampu isyarat empat fasa. Dengan pertambahannya bilangan lalulintas dari masa ke semasa, adalah didapati persimpangan utama ini sudah tidak lagi berkeupayaan bagi menampung jumlah aliran lalulintas sediada terutamanya di waktu- waktu puncak. Kesesakan di persimpangan ini telah menyebabkan kenderaan sukar untuk keluar daripada kawasan USJ 1 di waktu puncak pagi (perumahan, perniagaan dan perusahan) dan didapati kesesakan juga sehingga ke persimpangan Persiaran Subang Permai dengan Persiaran Subang (hadapan pasaraya Giant USJ 1). Pada waktu puncak petang pula semakan mendapati kesesakan berlaku di persimpangan ini sehingga ke kawasan SS13.

ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

1

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Kepesatan pembangunan di kawasan Subang Jaya terutamanya di

kawasan USJ 1 yang mana lot-lot tanah perusahaan telah ditukarkan

kepada pembangunan perdangangan telah menyebabkan sistem

rangkaian jalanraya sediada tidak dapat menampung keperluan lalulintas

sediada di kawasan ini. Untuk sistem rangkaian lalulintas ini,

persimpangan utama bagi kemudahan populasi di kawasan USJ 1

adalah di persimpangan Persiaran Subang Permai dengan Persiaran

Kewajipan yang ketika ini dikawal sepenuhnya dengan menggunakan

sistem lampu isyarat empat fasa.

Dengan pertambahannya bilangan lalulintas dari masa ke semasa,

adalah didapati persimpangan utama ini sudah tidak lagi berkeupayaan

bagi menampung jumlah aliran lalulintas sediada terutamanya di waktu-

waktu puncak. Kesesakan di persimpangan ini telah menyebabkan

kenderaan sukar untuk keluar daripada kawasan USJ 1 di waktu puncak

pagi (perumahan, perniagaan dan perusahan) dan didapati kesesakan

juga sehingga ke persimpangan Persiaran Subang Permai dengan

Persiaran Subang (hadapan pasaraya Giant USJ 1). Pada waktu puncak

petang pula semakan mendapati kesesakan berlaku di persimpangan ini

sehingga ke kawasan SS13.

Page 2: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

2

1.1 Nama Projek :

Cadangan Persimpangan Bertingkat Di Persimpangan Persiaran Kewajipan Dengan Persiaran Subang Permai, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

1.2 Objektif Projek :

Objektif utama projek ini adalah :

i. Membuka laluan baru dimana untuk melancarkan

perjalanan dan memendekkan masa perjalanan.

ii. Menyediakan jalan alternatif di Persimpangan Kewajipan

dengan Persiaran Subang Permai, Subang Jaya, Selangor

Darul Ehsan.

iii. Mengurangkan kesesakan lalulintas terutamanya pada

waktu-waktu puncak.

1.3 Lokasi Projek :

Persimpangan di antara Persiaran Kewajipan dengan Persiaran

Subang Permai, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

1.4 Kos Siling Projek : RM 31,700,000.00

1.5 Justifikasi Projek :

i. Cadangan projek jalan sambung ini perlu dilaksanakan

adalah merujuk kepada laporan-laporan TIA yang

dikemukakan kepada pihak Majlis semasa pembangunan

Page 3: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

3

pemajuan ingin dilaksanakan di kawasan ini yang mana

mendapati persimpangan ini mengalami kesesakan

terutamanya di waktu-waktu puncak.

ii. Kelulusan peruntukan untuk pelaksanaan cadangan projek

ini telah diluluskan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

iii. Cadangan projek ini adalah berasaskan kepada Pelan

Strategik dan Pelan Tindakan Khas MPSJ (2020-2025),

Teras 2 (Infra dan Kemudahan awam) dengan strateginya

bagi pengurusan jalan raya yang cekap dan selamat

beserta pelan tindakan untuk perlaksanaan projek jalan

raya melalui rangkaian sistem jalan raya baru.

iv. Cadangan projek pembangunan ini juga adalah bagi

memenuhi keperluan untuk matlamat pembangunan lestari

(SDG) bil 11 dengan matlamat untuk menyediakan

kemudahan kepada sistem pengangkutan yang selamat,

berpatutan, untuk kegunaan awam dan untuk

meningkatkan keselamatan jalan raya.

iv. Projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan

Tempatan MPSJ (Pengubahan 2) 2020 serta terkandung di

dalam laporan kajian lalulintas dan pengangkutan awam

kawasan MPSJ pada tahun 2014.

1.6 Sejarah Projek :

i. Lokasi cadangan adalah di Persimpangan Persiaran

Kewajipan dengan Persiaran Subang Permai, Subang

Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Page 4: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

4

ii. Pihak Majlis perlu melantik pihak perunding untuk

berurusan dengan pihak berkuatkuasa agensi-agensi

berkaitan bagi memastikan keperluan teknikal dipatuhi

sepenunya semasa proses merekabentuk cadangan

penaiktarafan tersebut.

1.7 Senarai Projek yang Berkaitan dan Maklumat Asas :

i. Tiada

1.8 Justifikasi Keperluan Perkhidmatan Perunding dalam Projek

Tujuan utama perlantikan perunding adalah seperti berikut: i. Pengumpulan dan analisa data dan perkara-perkara yang

berkaitan berdasarkan keperluan pembinaan.

ii. Penyediakan pelan rekabentuk struktur jambatan susur

dan jajaran sebenar yang terlibat.

iii. Penyediaan laporan, dokumen dan lukisan tender.

iv. Mengesyor dan melantik Pengaudit Keselamatan Jalan dan

Pemeriksa Rekabentuk Bebas. (RSA stage 1-5 dan pelan

rekabentuk terperinci)

v. Perkara-perkara yang berkaitan berdasarkan keperluan

projek mengikut arahan Majlis. Termasuk penyeliaan tapak

sepenuh masa sekiranya diperlukan MBSJ

Page 5: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

5

1.9 Tempoh Perlaksanaan Projek/Kajian :

a) Preliminary Stage : Satu (1) Bulan b) Design Stage (i) : Dua (2) Bulan c) Design Stage (ii) : Tiga (3) Bulan d) Tender Stage : Empat (4) Bulan e) Construction Stage : Dua Puluh Empat (24)Bulan

Defect Liability Period (DLP)Stage : Dua Puluh Lapan (28) Bulan Overall Period : Enam Puluh Dua (62) Bulan

1.10 Sumber pembiayaan :

Majlis Bandaraya Subang Jaya

2.0 SKOP PERKHIDMATAN PERUNDING

2.1 Berikut adalah cadangan skop perkhidmatan perunding bagi

cadangan projek ini dan perunding dikehendaki membuat kajian

serta laporan awal, semasa dan akhir berdasarkan skop kerja

perunding seperti berikut :

a) Perunding Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal

i. Menyediakan pelan rekabentuk dan pengiraan kuantiti

pelbagai berkaitan dengan kemudahan lampu jalan dan

lampu isyarat di lokasi-lokasi yang bersesuaian dengan

pelan cadangan jajaran projek oleh pihak perunding trafik

dan memberikan impak kos yang minimun dan

memaksimumkan penggunaan. Selain itu, pihak perunding

perlu mengambilkira saiz beban keperluan elektrikal dan

sistem pendawaian yang akan digunakan. Reka bentuk

perlu mengambilkira ciri-ciri keselamatan dan mesra alam

yang bersifat mesra pengguna.

ii. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada

Kerajaan ketika proses mereka bentuk pelan kemudahan

lampu jalan dan

Page 6: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

6

iii. lampu isyarat dan seterusnya ketika peringkat pembinaan

dan pemasangan di tapak.

iv. Cadangan pelan reka bentuk kemudahan lampu jalan dan

lampu isyarat yang dikemukakan perlu mengambilkira

cadangan kos awalan pembinaan, komponen-kompenen

yang terlibat, kos penggunaan tenaga buruh dan kos

penyelenggaran.

v. Mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada pihak

Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau

keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan

agensi teknikal yang berkaitan.

vi. Menyediakan peringkat proses kerja yang diperlukan bagi

kerja pelan reka bentuk kemudahan lampu jalan dan lampu

isyarat sehinggalah peringkat pembinaan

vii. Membantu perunding ukur bahan dalam memberikan

maklumat dalam penyediaan dokumen tender dan senarai

kuantiti (Bill of Quantities).

viii. akan membantu Kerajaan dalam panggilan, penilaian dari

segi teknikal kesemua dokumen tender yang telah dihantar

oleh kontraktor dan syor lantikan tender dan seterusnya

penyediaan dokumen kontrak.

ix. Menyediakan lukisan binaan (Construction drawing),

kelulusan bahan binaan, kontraktor sebelum pelaksanaan

kerja dibuat ditapak. Seterusnya Perunding hendaklah

menghadiri mesyuarat teknikal dan tapak.

x. Perunding perlu memastikan pengujian dilakukan keatas

kerja-kerja teknikal dan penggunaan material yang yang

akan digunakan bagi pelaksanaan projek tersebut seperti

yang terdapat di dalam kontrak (ujian di kilang dan ujian di

tapak).

Page 7: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

7

xi. Menjalankan pengawasan ditapak dan memastikan kerja-

kerja fizikal disiapkan mengikut jadual sebelum proses

pentauliahan dilakukan.

3.0 TEMPOH PERKHIDMATAN PERUNDING Perunding hendaklah menyelesaikan reka bentuk terperinci dalam tempoh

enam (6) bulan dari tarikh permulaan perkhidmatan dan hendaklah

dikemukakan mengikut peringkat seperti berikut:

No.

Perkara

Masa

1.0 Laporan Permulaan

(5 Salinan)

Laporan permulaan hendaklah dikemukakan

dalam tempoh satu (1) bulan selepas

permulaan perkhidmatan dan hendaklah

menggariskan metodologi termasuk

mengkaji data yang sediada dan cadangan

untuk pengumpulan data tambahan dimana

perlu.

2.0 Laporan Konsep

Rekabentuk

(5 Salinan)

Laporan konsep rekabentuk hendaklah

disediakan dan dikemukakan tiga (3) bulan

selepas tarikh permulaan. Laporan itu

merangkumi :

i. Pengumpulan data dan maklumat

ii.Penyediaan kos awalan projek

iii.Jajaran Awalan (Preliminary Aligment)

iv.Kerja-kerja ukur (Survey works)

v.Kerja Penyiasatan Tanah (Soil

Investigation)

vi.Semakan dan kelulusan awalan pihak

klien

Page 8: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

8

3.0 Draf Laporan

Rekabentuk terperinci (5

salinan)

Draf laporan rekabentuk terperinci

hendaklah dikemukakan lima (5) bulan

selepas bermulanya perkhidmatan. Laporan

itu hendaklah termasuk draf rekabentuk

terperinci pembinaan jalan dan jambatan

berdasarkan pilihan yang dipilih oleh

Kerajaan. Ia hendaklah termasuk semua

lukisan kerja dan anggaran kos yang telah

dikemaskini.

4.0

Laporan terperinci

rekabentuk akhir (5

salinan)

Laporan akhir rekabentuk terperinci

hendaklah dikemukakan dalam satu (1)

bulan selepas draf laporan rekabentuk

terperinci yang telah diterima oleh kerajaan.

Laporan itu hendaklah menggabungkan

semua komen daripada kerajaan pada draf

laporan butiran rekabentuk.Laporan itu

merangkumi:

i. Rekabentuk jambatan

ii. Rekabentuk jalan penghubung

iii. Rekabentuk perparitan

iv. Rekabentuk tembok penahan serta

struktur sementara

v. Perancangan pengurusan dan

pengawalan trafik sementara

vi. Audit keselamatan

vii. Semakan dan kelulusan pihak klien

5.0 Dokumen Tender dan

Lukisan Tender

Draf dokumen tender hendaklah

dikemukakan bersama-sama dengan draf

laporan rekabentuk terperinci manakala

Page 9: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

9

dokumen tender akhir dan lukisan tender

hendaklah dikemukakan dengan laporan

rekabentuk akhir. Ia akan menggabungkan

semua komen daripada kerajaan mengenai

dokumen draf tender dan hendaklah

termasuk lukisan akhir terperinci, spesifikasi

bahan, bilangan kuantiti, anggaran tender

dan lain-lain.

4.0 KAEDAH PENETAPAN KOS PERKHIDMATAN PERUNDING

i. Scale of Fees (Board of Engineers Malaysia)

5.0 DELIVERABLES (OUTPUT YANG DIHASILKAN)

Deliverables yang perlu disediakan oleh perunding adalah seperti

berikut :

i. Laporan Inception / Konsep / Awalan

ii. Laporan Kemajuan Bulanan/Interim

iii. Laporan Akhir

iv. Laporan Kriteria Rekabentuk

v. Laporan Pengiraan Rekabentuk

vi. Laporan Akaun Muktamad

vii. Laporan Jaminan dan Kawalan Kualiti (QAQC Report)

viii. Dokumen tawaran

ix. Lukisan-lukisan tawaran

x. Lukisan-lukisan pembinaan

xi. Lukisan-lukisan As-Built

xii. Laporan Pembaikan Kecacatan, dan

xiii. Lain-lain output yang bersesuaian mengikut keperluan projek

Page 10: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

10

6.0 MAKLUMAT YANG BOLEH DISEDIAKAN OLEH MAJLIS KEPADA

PERUNDING

Maklumat yang perlu disediakan kepada perunding untuk menjalankan

kajian adalah seperti berikut:

i. Pelan lokasi projek.

ii. Peta Penggunaan tanah

iii. Apa-apa dokumen lain yang sediada dan data yang dianggap

berkaitan dengan perancangan, rekabentuk kejuruteraan yang

dicadangkan.

7.0 BRIF PROJEK (BAGI PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL)

i. Cadangan spesifikasi jalan yang akan dibina adalah sekurang-

kurangnya sama dengan jalan sediada iaitu jalan bandaran 4

lorong dua hala dengan pembahagi jalan dan lampu jalan.

Walaubagaimanapun MBSJ seharusnya menggunakan

spesifikasi yang didasarkan kepada kajian lalulintas yang telah

dijalankan.

ii. Berikut adalah kriteria yang akan digunakan untuk cadangan ini:

a. Lebar lorong – 3.5 meter

b. Lebar bahu jalan berturap – 2 meter

c. Lebar pejalan kaki – 1.5 meter

d. Lebar pembahagi jalan – 2.5 meter

e. Lebar minima rezab jalan diperlukan – 30 meter

f. Hadlaju rekabentuk – 50 km/j

iii. Cadangan perkakasan dan peralatan yang digunakan adalah

seperti berikut:

Page 11: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

11

a. Penggunaan bahan yang melibatkan kerja-kerja

membina sistem saliran, menstabilkan tembok penahan

dan lain-lain yang berkaitan

b. Penggunaan jentera yang melibatkan kerja-kerja korekan,

melantak cerucuk dan aktiviti yang melibatkan kerja-kerja

semasa dalam pembinaan.

iv. ‘Performance specification’ berdasarkan aktiviti yang dijalankan

di tapak bina seperti tujuan penggunaan cerucuk, kekotak

pembetung, longkang dan lain-lain yang berkaitan

v. Keperluan kejuruteraan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

a. Ujian tanah

b. ESCP – Erosion and Sedementation Control Plan

c. Penyiasatan Tanah

d. Kerja Ukur

e. Ujian Konkrit

vi. Lain-lain yang berkaitan

Page 12: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

12

PELAN LOKASI

CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

Page 13: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

13

Page 14: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

14

GAMBAR TAPAK

Gambar 1 : Pandangan dari arah KESAS ke USJ

Gambar 2 : Pandangan dari Persiaran Subang Mewah ke Persiaran Murni

Page 15: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

15

Gambar 3 : Pandangan dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Mewah

Gambar 4 : Pandangan dari Persiaran Subang Mewah ke Persiaran Murni

Page 16: ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabat an dan agensi teknikal yang berkaitan

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

16

Gambar 5 : Pandangan dari KESAS ke Persiaran Kewajipan (USJ)

Gambar 6 : Pandangan dari Persiaran Kewajipan (USJ) ke KESAS