Upload
khalil2890
View
612
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD KHALIL
NUR SYAMIMI
PENGENALANEtika merupakan prinsip moral atau nilai
akhlak, tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.
Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjadi penghubung sosial dengan orang lain.
Secara ringkasnya etika adalah falsafah, tingkahlaku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah.
ETIKA DALAM PENDIDIKAN LUAR
1. ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRIMengutamakan keselamatan, kesihatan dan
kecerdasan diri.Memelihara kebersihan, kekemasan dan
keceriaan diri.Berupaya membuat keputusan yang rasioal
dan kestabilan mental terhadap tekanan.
Mempunyai perilaku yang mencerminkan akhlak dan budi pekerti yang luhur serta saling hormat menghormati.
Berkomunikasi yang berkesan dan kesantunan berbahasa dengan semua pegawai dan peserta.
Menghindarkan diri dari apa-apa tindakan yang boleh mencemarkan nama baik dan imej maktab.
Bertekad dan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi diri sepanjang program.
2. ETIKA TERHADAP RAKAN PESERTABekerjasama dan bermuafakat sesama rakan
pesertaMenjaga kesejahteraan, perpaduan dan
keselamatan rakan peserta.Memberi nasihat dan menolong rakan
peserta dalam mengatasi masalah yang dihadapi
Menjadi ahli yang aktif dalam semua aktiviti dan sebagaimana yang diarahkan
3. ETIKA TERHADAP ILMU DAN PENGALAMAN
Membina sikap cintakan ilmu dan pengalaman
Mengembangkan potensi berfikir secara kreatif dan kritis dan dapat menyampaikan idea yang jelas.
Menghubungkaitkan teori dan amalan serta dapat merealisasikannya sebagai aktiviti harian.
Melaksanakan tugasan dengan jujur dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan.
KEPENTINGAN ETIKA DALAM PENDIDIKAN LUARMembina kesedaran dan tingkahlaku yang
positif terhadap keharmonian alam sekitar.Kod etika alam sekitar merupakan satu set
peraturan yang perlu diamalkan oleh semua pelajar bidang pendidikan luar.
Kod ini menggariskan kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam semua aktiviti pendidikan luar. (Christensen & Cole, 2000).
Membina pengetahuan dan kesedaran terhadap impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar lantas berusaha untuk meminimakannya.
PERANAN FASILITATOR / JURULATIH
Jurulatih mesti melaksanakan lima kriteria semasa pelaksanaan aktiviti :
1. Autoriti Hak memberi arahan dan kuasa untuk
menarik seseorang menurut arahan. Ketua kumpulan dilantik dan diamanahkan
membantu fasilitator dan memimpin kumpulan bagi menjalankan tugas.
2. Disiplin Asas disiplin ialah menurut arahan dan
prosedur serta menghormati persetujuan yang telah dibuat.
Kerjasama, sokongan, ketaatan, tindakbalas positif oleh individu hendaklah dihargai.
3. PenghargaanPenghargaan dalam bentuk pengukuhan patut
dibuat. Ini akan memberi motivasi intrisik kepada
individu yang akan memberi rangsangan kepada perlakuan atau pencapaian yang baik.
Sistem permarkahan atau merit akanmemangkinkan penghasilan norma dan nilai kumpulan atau individu.
Dendaan bolehlah dilaksanakan tetapi haruslah berbentuk pengajaran dan bukannya hukuman.
4. PemusatanAhli kumpulan haruslah diberikan kuasa
dalam melaksanakan tugas dengan efektif. Individu digalakkan berfikiran kreatif
menyoal dan diberikan peluang untuk mengemukakan pendapat.
Pemusatan yang sebegini akan dapat membantu perjalanan aktiviti mengikut prosedur dan teknik yang selamat.
5. KekitaanPotensi diri pelajar hendaklah dicungkil,
diasah dan diketengahkan.Galakkan mereka aktif, kreatif, inovatif dan
proaktif semasa melakukan aktiviti dan tugasan di kalangan ahli bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi keharmonian.
Semangat kerjasama dan kerja bersama-sama akan mengukuhkan lagi semangat kekitaandalam pasukan.
Peranan lain fasilitator ialah :1. Pemeriksaan ahli/bilangan.
Memastikan jumlah dan bilangan peserta yang menyertainya haruslah sama jumlahnya dengan sebelum aktiviti bermula.
Sebarang kecederaan sama ada serius ataupun kecil haruslah dilaporkan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
2. Pengisian oleh Jurulatih/fasilitator.Semua jurulatih dan fasilitator yang
terlibat dalam sesuatu program haruslah mahir dan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang tinggi.
Ini bertujuan supaya segala pengisian yang diberikan pada setiap kumpulan adalah sama dan standard.
3. Fasilitator bertindak sebagai pembimbing,penasihat, rakan, penyampai maklumat dan penjana kualiti diri individu.
PERATURAN PELAKSANAAN AKTIVITIPeraturan dan arahan tetap perkhemahan
dalam Kursus Pendidikan Luar perlu diadakan dan dikuatkuasakan supaya program dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan perkhemahan perlulah menyeluruh, mudah difahami dan diterima pakai oleh semua.
Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam program.
Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program yang diatur.
Sentiasa berpakaian kemas dan berkasut semasa melakukan aktiviti.
Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat dan menjadi tanggungjawab peserta menjaga kebersihan kawasan.
Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok dan perlu mengamalkan mesra alam sekitar.
Peserta dilarang membunuh fauna dan merosakkan habitatnya.
Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran.
Dilarang menghisap rokok.Dilarang mengambil dadah, sebarang aktiviti
yang melibatkan keadaan khayal.Dilarang bermain sebarang permainan
berbentuk perjudian.Dilarang merayau di kawasan hutan tanpa
penasihat atau jawatankuasa pengelola.Laporkan masalah kesihatan kepada
penasihat atau jawatankuasa pengelola.Utamakan keselamatan diri.
Peserta perlu diajar mengenai Formula Kemalangan Dinamik supaya mereka memperoleh pengetahuan dan dapat mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko semasa melakukan aktiviti.
Mengajar kemahiran – cara penyampaian perlulah dirancang dengan baik, secara sedikit demi sedikit untuk mengajar kemahiran.
Tindak balas kemalangan – kemalangan perlu diatasi dengan sebaik mungkin yang meliputi latihan Pertolongan Cemas dan Bantu Mula.