EVOLUSI PAKAIAN WANITA MELAYU DI · PDF filewanita Melayu hanya memakai kain sarung ... dengan batik lepas yang dengan cara melilit di bahagian badan dan hujung punca kain berada di

Embed Size (px)

Citation preview

  • EVOLUSI DAN TIPOLOGI PAKAIAN WANITA MELAYU DI

    SEMENANJUNG MALAYSIA HAZIYAH HUSSIN[1]

    [1] Prof Madya Dr Haziyah Hussin adalah

    Felo Penyelidik Kanan dalam bidang Pakaian dan Tekstil

    di Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM Bangi.

  • Dipercayai pakaian wanita Melayu telah mula berkembang setelah melalui proses perkembangan identiti, iaitu

    1) kesan peradaban awal masyarakat Melayu itu sendiri dan

    2) penerimaan pengaruh luar seperti pengaruh masyarakat Arab, India dan Cina

  • Pengenalan

    1. Huraian tipologi pakaian dan zaman yang dilalui.

    2. Dari segi evolusi pula, zaman juga dapat dikaitkan dengan bagaimanakah perubahan rupa bentuk pakaian yang mempengaruhi pola pakaian.

  • Pakaian wanita Melayu dapat dikaitkan dengan dua perkara :

    1) Reka bentuk dan gaya pakaian atau potongan pakaian. Contoh-Kebaya sehinggalah baju kurung

    2) Hiasan pakaian atau eksesori pakaian. Contoh-gelang, kerongsang, dokoh dan tali pinggang serta penyucuk sanggul yang unik, indah dan ekslusif membezakan pakaian wanita Melayu dengan wanita lain.

  • BAJU KEBAYA PENDEK

  • BAJU KURUNG

  • Pakaian wanita Melayu di Malaysia mempunyai lebih daripada 10 jenis pakaian seperti baju kurung, baju kebaya labuh, kebaya pendek, baju kurung, baju Pahang, baju Kedah, baju kebarung (gabungan daripada reka bentuk kebaya dan kurung) serta baju Kota Bharu dan pelbagai lagi.

    Antara pakaian itu ada juga pakaian yang telah pupus kerana tukang jahit tidak dapat menghasilkan pola lagi. Kini pakaian tradisi kita hanya menjadi pameran di Muzium sahaja.

  • Dari segi fungsi pula, pakaian wanita Melayu tidak mempunyai kekurangan?

    Kenapa?

    1.Pakaian sesuai untuk dipakai oleh setiap peringkat umur.

    2.Pakaian sesuai dipakai untuk pelbagai majlis

    3.Pakaian mempunyai eksesori yang sesuai untuk setiap baju.

  • Dari segi tekstil pula kita mempunyai pelbagai jenis tekstil yang direka khusus untuk pakaian Melayu limar, limar songket, aceh rosak, songket, tenun Pahang, corak Bugis, batik dan pelbagai lagi.

  • Evolusi Pakaian Melayu Berdasarkan Perspektif Sejarah

    1)Sebelum Merdeka/Zaman Awal Kerajaan Melayu Melaka

    Di zaman awal kerajaan Melayu di abad ke-13, wanita Melayu hanya memakai kain sarung dengan melilit tubuh atau berkemban dengan kain sarung atau kain panjang hingga paras dada dan berkelubung di bahagian dada ke atas.

  • Semasa itu pakaian secara umumnya masih mendedahkan aurat yang tertentu.

    Selepas kedatangan Islam cara berpakaian telah berubah kerana pakaian cara berkemban telah diganti dengan pakaian yang menutup aurat seperti baju kurung dan kebaya panjang.

  • Penggunaan kain sarung oleh orang Melayu telah di gambarkan oleh Frank Swettenham (1921) sekitar 1874.

    Beliau menganggap pakaian lelaki dan wanita Melayu adalah lengkap, sama ada dari segi bentuk, pola, bahan dan cara memakainya.

    Beliau telah menggambarkan kain sarung merupakan pakaian yang penting bagi orang Melayu, khususnya wanita Melayu untuk pelbagai kegunaan.

  • Menurut beliau, pakaian wanita pada masa itu diperbuat daripada kain mewah seperti satin atau sutera.

    Hiasan tambahan pula ialah berkerongsang tiga di hadapan baju (kebaya) dan rambut berhiaskan cucuk sanggul, memakai cincin, subang dan rantai leher.

  • Dari segi pakaian pula, kain sarung dipakai dengan baju longgar (pendek atau labuh) semasa di rumah tetapi apabila mereka keluar biasanya mereka akan berpakaian lengkap.

    Beliau juga menceritakan baju longgar yang popular di kalangan orang Melayu ialah baju kurung.

  • Walau bagaimanapun, asal usul dan sejarah pemakaian baju di Semenanjung sangat sukar ditentukan.

    Persoalan siapa yang mula-mula menghasil dan memakainya timbul kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah Nusantara.

  • Berdasarkan maklumat dalam Archjadi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India.

    Walau bagaimanapun, potongan baju ini dipercayai telah menerima pengaruh timur seperti potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang dipakai oleh orang Arab di zaman silam.

  • Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, penduduk telah mempunyai pakaian mereka sendiri, iaitu pakaian baju kurung Melayu asal. (Baju kurung sendat).

    Berbeza dengan baju kurung sekarang yang longgar dan labuh, baju kurung yang dipakai oleh mereka ketika itu dalam keadaan ketat dan singkat.

    Berdasarkan maklumat sejarah Melayu, Tun Hassan Temenggung merupakan orang pertama mengubah suai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai kini.

  • Semasa sebelum merdeka, pakaian yang popular bagi wanita Melayu adalah kebaya pendek, iaitu pakaian yang mengikut bentuk badan yang dihasilkan dengan menggunakan fabrik nipis dan jarang, iaitu kain kasa dan kasa rubia (bercorak).

  • Baju yang jarang bagi wanita Melayu pada masa itu dipakai dengan anak baju, iaitu sejenis baju pendek yang dipakai di bahagian dalam baju kebaya.

    Baju kebaya sendat ini biasanya dipakai dengan batik lepas yang dengan cara melilit di bahagian badan dan hujung punca kain berada di hadapan serta diikat secara menggulung atau ikat lepas.

  • Selepas Merdeka (1957-1999)

    Selepas era kemerdekaan, cara berpakaian wanita Melayu mengalami perubahan dan dikaitkan dengan a-go-go iaitu zaman gaya berpakaian moden seperti mini skirt dan baju gaun.

    Pada masa inilah pakaian Melayu berubah daripada baju kurung tradisional kepada kurung moden.

    Potongan pakaian kurung moden pada masa itu lebih kepada pakaian seksi.

  • Antara ciri pakaian kurung moden semasa itu adalah mendedahkan bahagian leher dan sebahagian dada serta berzip di bahagian belakang.

    Baju kurung moden ini biasanya dipakai dengan kain ketat atau sendat, biasanya berbelah belakang bagi menyenangkan pemakai untuk memakainya.

  • Di tahun 1980-an pula adalah tahun yang dapat dikaitkan dengan kesedaran masyarakat Melayu tentang Islam.

    Pilihan pakaian pada masa itu lebih kepada pakaian tradisi yang menutup aurat kerana ciri pakaian yang bercirikan Islam ini dapat diterima masyarakat Melayu yang beragama Islam.

  • Semasa ini juga merupakan transisi daripada pakaian ketat seperti kurung moden longgar dan sopan.

    Walau bagaimanapun ada di kalangan wanita Melayu masih memakai kain yang berbelah tetapi selisih kain di bahagian belahan dilebarkan supaya betis tidak kelihatan ketika berjalan.

  • Di awal tahun 1990-an pula, baju kurung yang ringkas telah mula dihias dengan pelbagai jenis sulaman, manik dan labuci supaya nampak lebih mewah.

    Dua tahun selepas itu iaitu tahun 1992, timbul lagi perubahan yang besar pada trimming yang digunakan pada baju kurung, iaitu ropol.

    Ketika itu ropol mula popular dan pelbagai jenis ropol direka seperti ropol jenis sederet dan juga dilepak setepek.

  • Di akhir tahun 1990 dan awal tahun 2000 pula, muncul hasil rekaan baru bagi pakaian tradisi wanita Melayu, iaitu kebarung.

    Di sekitar tahun itu juga, pereka fesyen telah mereka baju Melayu panjang tanpa lengan (sleeveless).

    Baju ini biasanya dipakai di bahagian dalam, manakala baju labuh berlengan panjang pula di bahagian luar. Baju bahagian luar ini biasanya nipis atau jarang dan berpotongan baju kebaya labuh.

  • Selepas tahun 2000 hingga kini

    Pakaian wanita Melayu tahun 2000 pula lebih dikaitkan satu rekaan pakaian untuk majlis rasmi seperti perkahwinan atau majlis formal lain.

    Walaupun pakaian wanita Melayu masih kekal dengan bentuk atau stail asal tetapi dari segi eksesori pula didapati mula berubah.

    Eksesori yang biasa dipakai bersama pakaian wanita Melayu seperti dokoh atau kerongsang telah diganti dengan eksesori daripada Korea.

  • Beg tangan dan kasut tradisi pula diganti dengan kasut bertumit dan beg moden.

    Secara keseluruhan penampilan dan gaya berpakaian wanita Melayu agak berbeza kerana mereka inginkan perubahan terutamanya dari segi gaya berpakaian.

  • Pakaian Wanita Melayu Mengikut Tipologi

    Pakaian wanita Melayu di Semenanjung telah merupakan yang direka dan dihasilkan berdasarkan selera tempatan.

    Pakaian ini terdiri daripada pakaian sendat sehinggalah kepada longgar.

    Antara jenis pakaian tradisi yang tidak asing dengan masyarakat Melayu ialah pakaian berikut:

  • Kurung Baju kurung yang dipakai di Malaysia merupakan

    inspirasi daripada baju kurung Johor yang mempunyai ciri khusus seperti sambungan kelim atau sambungan bahagian badan dijahit mesin dan dikemas dengan jahit sembat.

    Leher baju ini yang berbentuk bulat dan berbelah

    sehingga atas paras dada dan dikemas dengan jahitan tulang belut

  • BAJU KURUNG PESAK BULUH DAN PESAK GANTUNG

  • BAJU KURUNG

  • BAJU KURUNG

  • BAJU KURUNG KELINGKAN

  • BAJU KURUNG MODEN, 1987

  • BAJU KURUNG TELUK BELANGA

  • Baju ini berlengan panjang dan labuh sehingga di bawah paras lutut. Akhir sekali ciri pentingnya ialah berpesak gantung atau buluh (pesak biasa) dan kekek.

    Baju kurung adalah sejenis pakaian yang longgar, berlengan panjang, berkekek dan berpesak serta kembang di bahagian bawah.

    Pada asasnya baju kurung ialah sejenis pakaian yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Panggilan untuk baju wanita dikekalkan dengan nama baju kurung, manakala panggilan untuk baju lelaki ialah baju Melayu sahaja.

  • Ciri dan bentuk sahaj