29

Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

  • Upload
    others

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,
Page 2: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,
Page 3: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,
Page 4: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

iv

DEDIKASI

Teristimewa Buat,

Ibu Tercinta,

Hajah Mariam bt. Haji Salleh

Doa, Jasa Dan Pengorbananmu Mengiringi Kehidupan Dan Kejayaanku

Terima Kasih Ibu

Adik Beradik Semua,

Mohd Nasir

Siti Zaleha

Zainab

Ahmad Fauzi

Nahsariah

Mohd Helmi

Mohd Rezwan

Mohd Zaki

Yang Telah Mengambil Berat Dan Menghulur Jasa

Dalam Penghasilan Kajian Ini.

Pensyarah Sekalian,

Yang Banyak Mencurahkan Ilmu Pengetahuan Dan

Nasihat Dalam Kehidupan

Rakan-Rakan Seperjuangan

Semoga Berjaya Dalam Kehidupan Masing-Masing.

Page 5: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

v

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim..,

Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan

salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-

sahabatnya sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dengan limpah Rahmat dan

IzinNya dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Cik Sarimah Bt. Ismail selaku

penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang

diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian ini. Segala ilmu dan bantuan yang

diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga Allah memberikan ganjaran yang

sebaiknya, Insya Allah.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada Pn. Hajah Che Rahani Bt. Zakaria

(Pengurus Stesen MARDI, Johor Bharu) kerana sudi meluangkan masa membuat

pengesahan isi kandungan MPK ini. Kepada Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Noordin,

terima kasih tidak terhingga kerana banyak memberi nasihat tentang penambahbaikan

format MPK yang dibina. Akhir sekali terima kasih kepada semua pensyarah yang

terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu penyelidik menyempurnakan

pembinaan MPK ini. Harapan penyelidik semoga MPK ini dapat memberi manfaat

kepada semua pihak kelak.

Sekian. Wassalam.

Page 6: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

vi

ABSTRAK

Pembinaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK), adalah satu inovasi dalam bidang pendidikan untuk membantu pelajar belajar secara individu dalam proses pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk membina dan menilai MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya bagi mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan. Model yang digunakan dalam pembinaan modul adalah Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Isi kandungan modul adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran pelajar tahun empat Teknologi Pemprosesan Makanan II (SPL 4112) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Isi Kandungan modul ini telah disahkan oleh seorang pakar dalam bidang Teknologi Makanan dari Malaysian Agriculture Research Development (MARDI). Format modul pula disahkan oleh pembina Model Shaharom 1994. Alat kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik dan set protokol temubual. Penilaian Formatif dijalankan dengan menggunakan dua peringkat iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dilakukan oleh tiga orang pensyarah yang mengajar mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan sementara Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dijalankan oleh lapan orang pelajar tahun empat yang mengambil mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk peratus dan min. Hasil kajian mendapati MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya yang dibina adalah sesuai dan amat sesuai pada kedua-dua peringkat PFSS dan PFKK.

Page 7: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

vii

ABSTRACT

Self Instructional Module (SIM), was innovation in education to help individual student in learning process. The study research is conducted and development SIM Pemprosesan Hasilan Kacang Soya. Model Teras Cabang Shaharom 1994 had been used to development those module. Content of SIM based on this Syllabus Four Year Food Processing Subject II (SPL 4112) of Universiti Teknologi Malaysia (UTM). The content of SIM have been verify by an expert food technology from Malaysian Agriculture Research Development (MARDI). While formate of SIM been verify by founder of Shaharom 1994. A set of questionaire and interview protocol has been used research instrument. There were two layer of formative in this research. There lecture who teach the subject of Food Processing Technology involve in OOFA (One to One Formative Assestment) then, eight student Four Year of Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) involve in Small Group Formative Asessment (SGPA). Data was analyzed in percent and mean. Finding of reseach study show that the status of SIM Pemprosesan Hasilan Kacang Soya been develop are suitable of the both of Formative Assestment.

Page 8: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

Page 9: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

ix

1.6 Rangka Kerja Konsep 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Takrif Istilah 8

1.9.1 Penerimaan 8

1.9.2 Kesesuaian 8

1.9.3 Membina 8

1.9. 4 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 9

1.9.5 Kebolehan 9

1.9.6 Penilaian Formatif 9

1.9.7 Pelajar 9

1.9.8 Guru 10

1.10 Rumusan 10

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Pengajaran Terancang 13

2.2.1 Pengajaran Terancang Jenis Bercabang 13

2.3 Takrifan Pengajaran Individu 13

2.4 Pengajaran Bermodul 15

2.4.1 Tujuan Pengajaran Bermodul 15

2.4.2 Ciri-Ciri Modul Pembelajaran Dan

Pengajaran 16

2.5 Modul Pengajaran Kendiri 17

2.6 Kajian Terdahulu Penggunaan MPK Ke Atas

Pencapaian Akademik 19

2.7 Status Modul Pengajaran Kendiri Di Malaysia 20

2.8 Model Yang Berkaitan Dengan Pembinaan MPK 21

2.8.1 Model Burns (1972) 21

Page 10: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

x

2.8.2 Model Klingstet (1972) 22

2.8.3 Model Eijl (1976) 22

2.8.4 Model Meyer (1988) 24

2.8.5 Model De Vito (1976) 24

2.8.6 Model Teras Cabang 25

2.9 Perbandingan Model – Model MPK 29

2.10 Rasional Penggunaan Model Teras Cabang 30

2.11 Penilaian Yang Bersesuaian Dengan Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) 31

2.11.1 Pernilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) 32

2.11.2 Pernilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 31

2.11.3 Percubaan Dalam Keadaan Yang Sebenar

(Field Trial) 33

2.12 Kebaikan Pengajaran Bermodul (PB) Kepada Pelajar 33

2.13 Kebaikan Pengajaran Bermodul (PB) Kepada Guru Dan

Pensyarah 35

2.14 Kekangan Menggunakan MPK 37

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN

3.1 Pendahuluan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Kandungan Modul 39

3.3.1 MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya 39

3.4 Subjek Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.6 Tatacara Kajian 43

3.6.1 Kajian Tahap Pertama: Pembinaan MPK 45

3.6.2 Kajian Tahap Kedua: Melakukan Kajian Rintis 47

Page 11: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

xi

3.6.2.1 Kajian Rintis 47

3.6.3 Kajian Tahap Ketiga: Melakukan Kajian Sebenar 48

3.6.4 Kajian Tahap Keempat: Analisis Data Dan

Maklumat 49

3.6.4.1 Analisis Temubual 50

3.6.4.2 Analisis Soal Selidik 51

3.7 Andaian Kajian 53

3.8 Batasan Kajian 54

3.9 Rumusan 54

4. ANALISIS KAJIAN

4.1 Pendahuluan 56

4.2 Bahagian A: Pembinaan MPK 57

4.2.1 MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya 57

4.3 Bahagian B: Hasil dapatan Kajian Yang Telah Dijalankan 59

4.3.1 Analisis Data Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

(PFSS) 59

4.3.1.1 Format 59

4.3.1.2 Isi Kandungan 60

4.3.1.3 Gambarajah 61

4.3.1.4 Aktiviti 62

4.3.1.5 Cadangan Dan Komen Keseluruhan 62

4.3.2 Analisis Data Penilaian Formatif Kelmpok

Kecil (PFSS) 64

4.3.2.1 Apakah Format Yang Dibina Dalam MPK

Pemprosesan Hasilan Kacang Soya Diterima

Oleh Pelajar? 65

4.3.2.2 Apakah Isi Kandungan Yang Dibina Dalam

Page 12: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

xii

MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya

Diterima Oleh Pelajar? 68

4.3.2.3 Apakah Gambarajah Yang Digunakan

Dalam MPK Pemprosesan Hasilan Kacang

Soya Diterima Oleh Pelajar? 70

4.3.2.4 Apakah Aktiviti Yang Dijalankan

Dalam MPK Pemprosesan Hasilan Kacang

Soya Diterima Oleh Pelajar? 71

4.3.2.5 Apakah Keseluruhan Item Yang Dibina

Dalam MPK Pemprosesan Hasilan Kacang

Soya Diterima Oleh Pelajar Tahun Empat

Yang Mengambil Mata Pelajaran

Teknologi Pemprosesan Makanan II

(SPL4112)? 74

4.4 Rumusan 77

5. RINGKASAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 79

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 80

5.2.1 Bahagian A: Pembinaan MPK 81

5.2.2 Bahagian B: Penilaian MPK 81

5.3 Perbincangan 84

5.3.1 Perbincangan Bahagian A: Pembinaan MPK 84

5.3.2 Perbincangan Bahagian B: Penilaian MPK

Oleh Pensyarah Dan Pelajar 86

5.4 Cadangan 92

5.5 Kesimpulan 93

Page 13: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

xiii

BIBLIOGRAFI 94

LAMPIRAN 99

Page 14: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Pembandingan Model-Model MPK 29

3.1 Item Soal Selidik 43

3.2 Pekali Alpha Cronbanch 48

3.3 Kaedah Menganalisis Data 52

3.4 Rumus Mendapatkan Nilai Julat Yang Seimbang 52

3.5 Pengkelasan Maklum Balas Responden Berasarkan Skor Min 52

4.1 Keputusan Responden Mengikut Format 60

4.2 Keputusan Responden Mengikut Isi kandungan 61

4.3 Keputusan Respondn Mengikut Gambarajah 61

4.4 Keputusan Responen Mengikut Aktiviti 62

4.5 Keputusan Responden Mengikut Cadangan Dan Komen 63

4.6 Penentuan Tahap Dan Peratusan 64

4.7 Skala Min 64

4.8 Keputusan Analisis Data Taburan Kekerapan, Peratusan, Dan

Min Responden Bagi Penerimaan MPK Dari Segi Format 66

4.9 Keputusan Analisis Data Taburan Kekerapan, Peratusan Dan

Min Responden Bagi Penerimaan MPK Dari Segi Isi Kandungan 69

4.10 Keputusan Analisis Data Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Responen Bagi Penerimaan MPK Dari Segi Gambarajah 71

4.11 Keputusan Analisis Data Taburan Kekerapan, Peratusan Dan

Min Responden Bagi Penerimaan MPK Dari Segi Aktiviti 73

Page 15: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

xv

4.12 Keputusan Analisis Data Taburan Kekerapan, Peratusan Dan

Min Responden Bagi Penerimaan Keseluruhan MPK Kepada

Golongan Pelajar. 75

4.13 Purata Min Bagi Analisis Data PFKK Mengikut Soalan Kajian 80

5.1 Keputusan Keseluruhan PFSS 82

5.2 Keputusan Keseluruhan PFKK 83

Page 16: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

xvi

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Rangka Kerja Konsep 6

2.1 Model Teras Cabang 27

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 44

3.2 Rangka Kerja Kajian Pembentukan MPK 46

3.3 Rangka Kerja Penilaian Formatif 49

Page 17: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

xvii

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

Page 18: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Pengesahan Format MPK 99

B Pengesahan Isi Kandungan MPK 100

C Borang Temubual Responen 101

D Borang Soal Selidik 102

Page 19: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) boleh digunakan dalam pelbagai mata

pelajaran di peringkat rendah, menengah dan diperingkat institusi pengajian tinggi

(Shaharom, 1994). Pembelajaran menggunakan pendekatan MPK bukan baru dalam

bidang pendidikan malah telah mula diperkenalkan sejak tahun 1983 iaitu dalam

bentuk bercetak diperingkat institusi pengajian tinggi dan pada tahun 1980

diperingkat rendah. Malah, kajian berkaitan hubungan penggunaan MPK dengan

meningkatkan pencapaian akademik pelajar telah dijalankan sejak tahun 1970 an

lagi.

Objektif utama pembinaan MPK adalah untuk meningkatkan pencapaian

akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu. Antaranya seperti

perbezaan dari segi sikap, minat terhadap mata pelajaran, latar belakang, gaya

belajar, motivasi dan lain-lain (Shaharom, 1993). Selain itu juga, pembelajaran

menggunakan MPK membolehkan pelajar tidak terikat dengan urutan sukatan

pelajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang sama seperti rakan-rakan yang lain.

Page 20: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

2

Ini kerana proses pembelajaran yang dijalankan mengikut tahap kemampuan dan

kecepatan pelajar secara individu.

MPK direkabentuk dengan terancang, teratur dan sistematik dengan

menggabungkan pendekatan sistem untuk mempelbagaikan teknik pengajaran yang

digunakan hari ini (Rashidi dan Abdul Razak, 1995). Oleh itu, dengan adanya MPK

membolehkan guru mengajar dengan lebih berkesan disamping memperkayakan

bahan pengajaran dan pembelajaran sedia ada.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi

intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah, 1984).

Selain itu kesediaan untuk belajar juga berbeza dikalangan pelajar. Ini kerana pelajar

mempunyai tahap kematangan yang berlainan dan perbezaan dari segi latar belakang

pembelajaran lalu (Lester, 1983). Oleh demikian, pendidik seharusnya peka dengan

masalah ini dan membantu meringankan keadaan yang dihadapi oleh individu

pelajar akibat dari perbezaan tersebut.

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah

dengan mengindividukan pengajaran iaitu membuat aktiviti-aktiviti pembelajaran

sesuai mengikut kebolehan para pelajar. Disamping mengekalkan pendekatan sistem

yang ada sekarang, langkah ini boleh membuatkan proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku dengan sempurna. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu usaha berterusan kearah memperkembangkan individu secara

menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani (Shaharom, 1994).

Page 21: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

3

Dalam zaman teknologi yang semakin pesat kini, kaedah kuliah masih lagi

digunakan dalam pengajaran oleh guru dan pensyarah dimana guru yang aktif dalam

penyampaian pengajaran sementara pelajar mendengar dan menerima sahaja. Para

pelajar pula bersifat pasif dalam suasana pengajaran sebegini. Hubungan guru

dengan pelajar adalah sehala iaitu guru mengajar dan menyoal sementara pelajar

mendengar dan menjawab soalan guru. Kaedah sebegini biasanya dianggap

menjemukan pelajar (Esah, 2003).

Oleh yang demikian, guru perlulah membuat inovasi pada pengajaran untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif. Penggunaan MPK dalam

pengajaran merupakan satu cara dalam menangani masalah ini. Pengajaran yang

dilaksanakan ini mengambil kira kesesuaian dengan kebolehan pelajar dan

penglibatan pelajar secara aktif. Malahan pelajar lebih berdikari dalam pembelajaran

dan tidak terlalu bergantung kepada guru dan banyak berinteraksi dengan bahan

pembelajaran. Pembelajaran juga boleh berlaku di mana-mana tempat dan masa,

diulangi serta dikaji semula mengikut keperluan pelajar. Oleh yang demikian,

pelajar yang lemah juga boleh mencapai taraf kebolehan yang sama dengan pelajar

yang cekap walaupun dalam masa yang lama (Sharifah Alwiah, 1984).

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian yang dijalankan adalah untuk menilai sejauh manakah Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina bagi tajuk Pemprosesan Hasilan Kacang

Soya diterima sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan. Sasaran penggunaan MPK adalah

kepada pelajar di institusi pengajian tinggi dan pensyarah yang mengajar mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan II di Universiti Teknologi Malaysia.

Page 22: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

4

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi tajuk Pemprosesan Hasilan

Kacang Soya menggunakan model Teras Cabang Shaharom 1994.

1.4.2 Menilai kesesuaian keseluruhan MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya

kepada pensyarah yang mengajar mata pelajaran Teknologi Pemprosesan

Makanan II, Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

1.4.3 Menilai penerimaan format yang dibina dalam MPK Pemprosesan Hasilan

Kacang Soya oleh pelajar.

1.4.4 Menilai penerimaan isi kandungan yang dibina dalam MPK Pemprosesan

Hasilan Kacang Soya oleh pelajar.

1.4.5 Menilai penerimaan gambarajah yang digunakan dalam MPK Pemprosesan

Hasilan Kacang Soya oleh pelajar.

1.4.6 Menilai penerimaan aktiviti yang dijalankan dalam MPK Pemprosesan

Hasilan Kacang Soya oleh pelajar

1.4.7 Menilai penerimaan keseluruhan item dalam MPK Pemprosesan Hasilan

Kacang Soya oleh pelajar tahun empat yang mengambil mata pelajaran

Teknologi Pemprosesan Makanan II (SPL 4112)

Page 23: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

5

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:

1.5.1 Adakah terdapat kesesuaian keseluruhan MPK Pemprosesan Hasilan

Kacang Soya kepada pensyarah yang mengajar mata pelajaran Teknologi

Pemprosesan Makanan II, Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kemahiran Hidup, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)?

1.5.2 Apakah format yang dibina dalam MPK Pemprosesan Hasilan Kacang soya

diterima oleh pelajar?

1.5.3 Apakah isi kandungan yang dibina dalam MPK Pemprosesan Hasilan

Kacang Soya diterima oleh pelajar?

1.5.4 Apakah gambarajah yang digunakan dalam MPK Pemprosesan Hasilan

Kacang Soya diterima oleh pelajar?

1.5.5 Apakah aktiviti yang dijalankan dalam MPK Pemprosesan Hasilan Kacang

Soya diterima oleh pelajar?

1.5.6 Apakah keseluruhan item yang dibina dalam MPK Pemprosesan Hasilan

Kacang Soya diterima oleh pelajar tahun empat yang mengambil mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan II (SPL 4112)?

Page 24: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

6

1.6 Rangka Kerja Konsep

HASIL

MUTU MPK Penerimaan

MPK Pemprosesan

Hasilan Kacang Soya

BAHAN P&P

Rajah 1.1 : Rangka Kerja (Ubahsuai: Norliana, 2004)

Rajah 1.1 menunjukkan rangka kerja yang dijalankan oleh penyelidik.

Penilaian bagi MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya yang dibina dijalankan oleh

pelajar dan pensyarah dari segi penerimaan dan penilaian.

Alat kajian yang digunakan adalah dalam bentuk protokol temubual dan

borang soal selidik. Penerimaan dan kesesuaian MPK Pemprosesan Hasilan Kacang

Soya diukur menerusi Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian

Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

Page 25: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

7

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk membina MPK yang berkualiti serta boleh

diterima dengan tahap pencapaian pelajar yang lemah, sederhana dan cemerlang.

Disamping itu, diharapkan modul ini dapat membantu memudahkan proses

pembelajaran pelajar khususnya dan membantu proses pengajaran guru amnya.

Dengan adanya modul ini juga, mewujukan suasana pembelajaran yang aktif

dan memudahkan proses pengajaran guru. Pelajar juga lebih berminat apabila diberi

kebebasan untuk belajar mengikut kebolehan dan cara masing-masing.

1.8 Skop Kajian

MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya dibina berdasarkan silibus tahun

empat mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan II (SPL 4112). MPK

Pemprosesan Hasilan Kacang Soya yang dibina dinilai oleh tiga orang pensyarah

yang mengajar mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan II di Universiti

Teknologi Malaysia. Manakala seramai lapan orang pelajar yang belajar mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan II di Universiti Teknologi Malaysia

terlibat dalam Penilaiaan Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

1.9 Takrifan Istilah

Terdapat istilah-istilah yang perlu diberi perjelasan bagi memastikan

ketetapan maksud yang digunakan. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan

dalam kajian ini.

Page 26: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

8

1.9.1 Penerimaan

Penerimaan adalah pandangan, anggapan dan tanggapan (Kamus Dewan,

2005). MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya, dinilai bagi memenuhi keperluan

kurikulum yang terkandung di dalam silibus tahun empat mata pelajaran Teknologi

Pemprosesan Makanan II (SPL 4112).

1.9.2 Kesesuaian

Kesesuaian adalah kesepadanan dan keselarasan (Kamus Dewan, 2005).

Dalam kajian ini, kesesuaian MPK dijalankan oleh pensyarah yang mengajar mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan II

1.9.3 Membina

Membina adalah membangunkan, mendirikan, menubuhkan, memajukan dan

mendatangkan faedah (Kamus Dewan, 2005).Dalam kajian ini membina merujuk

kepada proses membina MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya yang

menggunakan Modul Teras Cabang.

1.9.4 Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

Modul Pengajaran Kendiri ( MPK) merupakan hasil daripada kompenan-

kompenan asas yang digunakan sebagai pembantu dan pelengkap proses P&P.

Page 27: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

9

1.9.5 Kebolehan

Kebolehan adalah kelayakan, kelulusan, kecekapan, kepandaian, kepakaran,

kemahiran (Dewan Bahasa 2005). Dalam kajian ini, kebolehan merujuk kepada

kelayakan seorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran.

1.9.6 Penilaian Formatif

Dalam pembinaan MPK beberapa penilaian telah dilakukan untuk

menentukan penerimaan MPK yang dibina. Oleh yang demikian, dalam kajian ini

Penilaian formatif merujuk kepada Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) dan

Penilaian Formatif Kelompok Kecil (FPKK).

1.9.7 Pelajar /murid

Pelajar adalah sebagai penuntut, mahasiswa, mahasiswi, pelatih dan pengikut

(Kamus Dewan, 2005). MPK yang dibina adalah untuk memenuhi keperluan pelajar

yang berbeza disamping memudahkan proses pembelajaran pelajar. Penerapan

kemahiran yang asas dan mudah kepada setiap pelajar.

Pelajar dalam kajian ini adalah pelajar Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) tahun empat yang mengambil mata pelajaran

Teknologi Pemprosesan Makanan II di Universiti Teknologi Malaysia.

Page 28: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

10

1.9.8 Guru/ Pensyarah

Guru adalah seorang pendidik, pengajar, pengasuh, cikgu, penceramah, ustaz

dan ustazah (Kamus Dewan, 2005). Golongan ini memainkan peranan yang penting

dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran.

MPK adalah bahan bantu mengajar bagi memudahkan guru/ pensyarah

melaksanakan aktiviti dalam kelas serta dapat meningkatkan kemahiran pelajar yang

berlainan pencapaian.

Dalam kajian ini, golongan yang dipilih adalah pensyarah yang mengajar

mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan II (SPL 4112) di Universiti

Teknologi Malaysia.

1.10 Rumusan

Dalam bab ini perkara yang dibincangkan adalah mengenai isu pembinaan

dan penilaian MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya. Pertama sekali penyelidik

mengenalpasti masalah yang timbul pada setiap diri pelajar yang mempunyai

pelbagai perbezaan individu yang berlainan dari segi intelek, minat, kecekapan, daya

cipta dan lain-lain lagi. Selain itu juga, kaedah kuliah yang masih diamalkan oleh

guru dan pensyarah juga kurang lagi sesuai digunakan sekarang kerana menjemukan

pelajar. Maka perubahan perlu dilakukan oleh guru dan pensyarah supaya proses

pembelajaran lebih berkesan.

Penyataan masalah pula membawa kepada isu pembinaan dan penilaian

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Hasilan Kacang Soya yang dibina

Page 29: Faculty of Education · 2013. 11. 19. · Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dari segi intelek, minat, kecekapan daya cipta dan lain-lain lagi (Sharifah Alwiah,

11

diguna sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Sasaran MPK

Pemprosesan Hasilan Kacang Soya adalah untuk pelajar istitusi pengajian tinggi dan

boleh dijadikan sebagai rujukan kepada guru dan pensyarah dalam penyampaian

pengajaran.

Rangka kerja konsep yang dibina pula memberi gambaran awal pembinaan

dan penilaian MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya yang memberi penekanan

sepenuhnya terhadap mutu dan penerimaan modul tersebut. Disusuli pula

kepentingan kajian yang memberi manfaat kepada pelajar, guru dan pensyarah.

Skop kajian pula merujuk kepada segala unsur yang diambil kira dalam

pembinaan MPK bedasarkan silibus tahun empat mata pelajaran Teknologi

Pemprosesan Makanan II (SPL 4112). Penilaian pula dijalankan oleh pelajar yang

mengambil mata pelajaran ini serta pensyarah yang mengajar mata pelajaran

Teknologi Pemprosesan Makanan II di Universiti Teknologi Malaysia. Bahagian

terakhir ialah takrifan istilah dimana di dalam bahagian ini istilah seperti

penerimaan, pembinaan, Modul Pengajaran Kendiri (MPK), kebolehan, penilaian

formatif, pelajar dan guru/pensyarah ditakrifkan secara operasi.