26
FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM KOLEJ 10 UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA (SUKAM) AZLY BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

  • Upload
    lecong

  • View
    254

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM KOLEJ 10 UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ

MAHASISWA (SUKAM)

AZLY BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan
Page 3: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan
Page 4: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

iii

FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM KOLEJ 10 UNTUK

MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA

(SUKAM)

AZLY BIN ABDULLAH

Tesis ini dikemukakan sebagai

Memenuhi syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan
Page 6: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

v

DEDIKASI

“Syukur kepada ALLAH SWT kerana memanjangkan usia ku”

Buat Ibu Dan Ayah.........

Tanpa Mu, Maka Tiadalah Aku Didunia Ini

Syukur Dan Terima Kasih Atas Segala Penat Lelah Dan

Doa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku,

Akan Ku Kenang Sehingga Ke Akhir Hayatku Ini..

Buat Isteri Dan Anak Tersayang.........

Dengan Dorongan, Bantuan Dan Juga Semangat Serta Pengorbanan Yang Sayang

Serta Aida Berikan Kepada Abang..

Akhirnya, Dapat Jua Abang Membawa Pulang Segulung Ijazah Yang

Selama Ini Dinanti-Nantikan..

Buat Pensyarah Penyelia.........

Terima Kasih Atas Bantuan Dan Tunjuk Ajar Yang Diberikan

Moga-Moga ALLAH Memberkati Mu..

Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan

Jasa Kalian Amat Ku Hargai

Terima Kasih Atas Segalanya Akan Ku Kenang Buat Selama-Lamanya

Page 7: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah

menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Sains Sosial Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang

untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah

Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah penyelia,

En Mohad Anizu Bin Mohd Nor atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak Kolej 10 yang

terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam

penulisan ini.

Akhir sekali buat mak, ayah, isteri serta anak tersayang dan abang, kakak, adik

yang tercinta, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini

sentiasa diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih.

SALAM UKHUWAH

Page 8: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

vii

ABSTRAK

Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM), adalah satu program

tahunan yang bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kajian ini bertujuan meninjau persepsi

pelajar untuk menyertai Kejohanan SUKAM. Tumpuan kajian ini ialah mengenal pasti

faktor-faktor pendorong pelajar dalam menyertai Kejohanan SUKAM dan penglibatan

pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal

selidik. Penyelidik telah mengedarkan soal selidik kepada 50 orang pelajar yang mewkili

Kolej 10 dalam Kejohanan SUKAM di Universiti Teknologi Malaysia. Data mentah

dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratusan dan min. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi menghasilkan

satu gambaran yang jelas mengenai faktor-faktor pendorong pelajar untuk menyertai

Kejohanan SUKAM di Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa pelajar-pelajar menyertai Kejohanan SUKAM disebabkan faktor-faktor minat

dan dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Kajian ini juga diharapkan dapat

memberi panduan kepada pihak yang terlibat bagi memantapkan lagi pelaksanaan

kejohanan sukan pada masa hadapan dan seterusnya membentuk generasi muda yang

mampu menghadapi cabaran dengan penuh daya saing, tabah dan penuh tanggung jawab.

Page 9: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

viii

ABSTRACT

Students Intercollege Sports Competition (SUKAM) is an annual program that

encourages students to involve in sports activities. The study is to identify the perceptions

of UTM students in participating SUKAM. The study focuses on identifaying the factor

during the students to participate in SUKAM and other sports activities. The research

done via questionnaires. The questionnaire were distributed to 50 students representing

College 10 in SUKAM competition. Raw data received were analysed by using SPSS

12.0 software in acquiring the frequency value, percentage and min.The results then

accumulate and summarized in marking a clear view of the factors that make students

joining SUKAM in UTM. The results show that the students who joined SUKAM were at

own interest and also support by friends and families. This study hopefully will be a

guideline to the related parties to improve themselves when organizing such competition

in the future and the sane time will give birth to a new generation of sportsmanship with

competitiveness, strong hearted and responsibilities.

Page 10: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

Page 11: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

x

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.9 Penutup 13

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian Luar Negara 24

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Prosedur Kajian 31

3.7 Kajian Rintis 32

3.8 Analisis Data 33

3.9 Jangka Masa Kajian 33

3.10 Kesimpulan 35

Page 12: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

xi

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Data Bahagian A

(Latar Belakang Responden) 37

4.2.1 Agama 37

4.2.2 Umur 38

4.2.3 Tahun Pengajian 38

4.3 Analisis Bahagian B 39

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 40

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 47

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 48

4.3.4 Analisis Keseluruhan Mengikut Objektif 50

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 54

5.2 Perbincangan 54

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 55

5.2.2 Perbincangan Faktor Pendorong Pelajar

Terhadap Penyertaan dalam Kejohanan

SUKAM 56

5.2.3 Perbincangan Faktor Terpenting yang Melibatkan

Pelajar dalam Aktiviti Sukan. 58

Page 13: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

xii

5.2.4 Perbincangan Mengenai Maklumat yang Boleh

diberikn Kepada HEP Tentang Penyertaan Pelajar

dalam Kejohanan SUKAN 59

5.3 Rumusan 60

5.4 Cadangan Kajian 61

5.4.1 Pihak UTM 61

5.4.2 Pihak Pelajar 62

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.6 Penutup 64

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI 65

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN 69

Page 14: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

xiii

Page 15: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Skala Likert Beserta dengan Markah Skor 30

3.2 Tindakan Yang Diambil Semasa Projek Sarjana Muda 34

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Agama 37

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Umur 38

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Tahun Pengajian 39

4.4 Dapatan Kajian Yang Berkaitan 40

4.5 Peratusan Faktor Terpenting Yang Melibatkan Pelajar Dalam

Aktiviti Sukan 47

4.6 Peratusan Maklumat Yang Boleh Diberikan Kepada HEP Tentang

Penyertaan Pelajar Dalam Kejohanan SUKAM 49

4.7 Skala Keyakinan 50

4.8 Skala Persetujuan 51

5.0 Min Dan Kecenderungan Responden Bagi Persoalan Kajian 1 51

5.1 Min Dan Kecenderungan Responden Bagi Persoalan Kajian 2 52

5.2 Min Dan Kecenderungan Responden Bagi Persoalan Kajian 3 53

Page 16: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

xv

SENARAI SINGKATAN

A - Amat Baik

B - Baik

HEP - Hal Ehwal Pelajar

ITTHO - Institut Teknologi Tun Hussin Onn

MASUM - Majlis Sukan Universiti Malaysia

MOMS - “Motivation of Marathoners Scale”

S - Setuju

SPSS - “Statistical Package Of Science”

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SUKAM - Sukan Antara Kolej Mahasiswa

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

LAMPIRAN A Borang Soal Selidik 69

Page 18: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

masyarakat yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sukan berkembang

mengikut kemajuan masyarakat dan selari dengan sejarah manusia. Sukan juga

diaplikasikan dalam kegiatan agama. Di Barat, banyak kegiatan sukan dianjurkan oleh

pihak gereja. Sejarah Islam pula telah mencatatkan beberapa aktviti sukan pada zaman

Nabi Muhammad s.a.w seperti berlari, menunggang kuda dan memanah. Cara hidup

untuk mendapatkan makanan di pesisir sungai dan pantai seperti menangkap ikan

menjadi asas kepada sukan renang dan air.

Ketahanan fizikal tubuh melalui aktiviti senaman dan larian yang diwajibkan di

kalangan tentera untuk mempertahankan keselamatan negara secara langsung membina

budaya bersukan. Kini kerajaan dari negara-negara di dunia berlumba-lumba untuk

mendapatkan hak penganjuran acara-acara sukan besar seperti Sukan Olimpak dan Sukan

Komenwel lantaran nilai sosial dan ekonominya.

Page 19: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

2

Sukan di Malaysia kini semakin pesat berkembang selari dengan kemajuan

sosio-ekonomi dan perkembangan sosio-budaya masyarakat. Kegiatan sukan melibatkan

semua golongan dari kanak-kanak hingga orang dewasa tanpa mengira jantina dan kaum

sesebuah masyarakat, meliputi permainan tradisional di rumah sehinggalah pertandingan

yang besar, seperti Sukan Olimpik di mana para juara dunia bertemu untuk mencapai

kemenangan dan impian.

Sejarah perkembangan sukan di Malaysia agak unik dan menarik. Berbagai-

bagai jenis sukan tradisional tumbuh subur dalam masyarakat Melayu, lama sebelum

datangnya sukan moden yang dibawa oleh penjajah dan imigran. Kemerdekaan memberi

peluang kepada kerajaan negara ini untuk membangunkan sukan mengikut acuannya

sendiri, kearah memenuhi objektif perpaduan dan kemakmuran negara. Pada 1988,

Kementerian Belia dan Sukan telah menggubal Dasar Sukan Negara, yang bertujuan

untuk menggalakkan perkembangan semua jenis sukan di Malaysia.

Penggubalan dasar ini memperlihatkan pengiktirafan kerajaan terhadap sukan

setaraf dengan bidang-bidang sosial yang lain. Dasar ini merangkumi dua bahagian

sukan yang utama iaitu “Sukan Untuk Semua” dan “Sukan Prestasi Tinggi”. “Sukan

Untuk Semua” dapat meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan menjadikan mereka lebih

produktif, manakala “Sukan Prestasi Tinggi” dapat mencetuskan perasaan cinta dan

bangga terhadap negara. Di Malaysia, sukan dipercayai mampu untuk meningkatkan

semangat bersatu padu merentasi batasan umur, keturunan dan kepercayaan.

Salah satu masalah sukan di Malaysia ialah penekanan yang lebih diberikan oleh

masyarakat kepada pelajaran berbanding sukan. Ibu bapa juga tidak dapat menerima

hakikat bahawa kejayaan akademik boleh beriringan dengan dengan kejayaan di bidang

sukan. Negara Barat telah membuktikan bahawa kebanyakan atlet yang berjaya juga

adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik.

Persoalan ini perlu dileraikan memandangkan perkembangan sukan di institusi

pendidikan semakin merosot, baik dari segi pencapaian mahupun penyertaan. Keadaan

Page 20: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

3

ini seolah-olah bertentangan dengan matlamat sukan negara. Sukan adalah salah satu

unit dalam ko-kurikulum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1988) menyatakan, kurikulum

adalah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta

kemahiran, nilai-nilai serta norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah

menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan oleh ahli-ahlinya peranan kurikulum

dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi

jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai

akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Daripada laporan itu

jelaslah bahawa, sukan adalah satu komponen kurikulum yang berfungsi secara langsung

dan tidak langsung dalam usaha Kementerian Pendidikan merealisasikan falsafah

pendidikan negara.

Selaras dengan itu, institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia disaran agar

mewujudkan budaya bersukan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi kerana dengan

bersukan ia akan dapat menyumbang kepada penggalakkan pertandingan yang sihat,

muhibah, toleransi, kesefahaman, dan pembinaan kualiti moral dan fizikal memberi satu

landasan yang selesa untuk mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu

bangsa yang bersepadu dan memupukkan maruah bangsa dan negara.

Oleh yang demikian, sebelum Kejohanan SUKAM ini bermula, pihak kolej telah

membuat pertandingan antara blok kediman bagi memilih atlit yang terbaik bagi

mewakili kolej masing-masing. Keadaan ini telah menyemai semangat untuk bersukan di

kalangan pelajar serta mendedahkan pelajar kepada suasana pertandingan dan secara

tidak langsung ia akan dapat membentuk budaya bersukan di kolej-kolej kediaman.

Selain aktiviti bersukan di kolej kediaman, pusat ko-kurikulum yang terdapat di

UTM juga memainkan peranan dalam mengembangkan kegiatan sukan. Berbagai-bagai

jenis permainan didedahkan kepada para pelajar dan setiap pelajar adalah di wajibkan

menghadiri dan mempelajari kegiatan sukan ini. Kejohanan Sukan Universiti-Universiti

Malaysia merupakan kejohanan sukan yang terbesar di peringkat universiti. Kejohanan

ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan kerjasama dari

Page 21: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

4

semua Universiti Awam di Malaysia yang bergabung dengan MASUM. Selalunya atlit-

atlit yang mewakili universiti dalam Kejohanan MASUM ini dipilih dari atlit yang

terbaik yang di kenal pasti semasa pertandingan Kejohanan SUKAM pada peringkat

universiti. Ini juga merupakan salah-satu matlamat Kejohanan SUKAM diadakan.

Kejohanan SUKAM (Sukan Antara Kolej Mahasiswa) yang telah diwujudkan di

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjadi satu landasan kepada mahasiswa

untuk menjadi generasi muda yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang cerdas

dan cergas. Penglibatan mahasiswa dalam program SUKAM amat ditekankan oleh pihak

universiti dalam usaha untuk membentuk generasi muda yang mampu menghadapi

cabaran dengan penuh daya saing, tabah dan penuh tanggungjawab.

1.2 Latar Belakang Masalah

Universiti diibaratkan sebagai gedung kearah usaha untuk melahirkan masyarakat

madani yang bukanlah berteraskan kepada akademik semata-mata. Namun bagi

memastikan pembangunan insan yang seimbang, kecergasan fizikal dan mental serta

ketahanan rohani begitu dititik beratkan. Justeru, penglibatan mahasiswa dalam bidang

sukan sangat sesuai ke arah pembangunan insan yang seimbang. Kewujudan Kejohanan

Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM) sebagai kejohanan tahunan di Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) pastinya membawa pelbagai perubahan dan feadah khusus

buat warga pelajar. Selain menampilkan bakat, mengeratkan silaturahim dan kerjasama

dengan menitik beratkan integrasi kaum, ia juga dapat melatih kecekapan kepimpinan

menerusi penganjuran kejohanan ini.

Kejohanan SUKAM telah mula diperkenalkan oleh Unit Sukan pada tahun 1993

dengan melibatkan semua kolej kediaman Kampus Skudai dan juga jemputan pasukan

Page 22: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

5

UTM Kuala Lumpur dan Institiut Teknologi Tun Hussin Onn (ITTHO). Kejohanan ini

melibatkan sukan permainan dan olahraga di mana pada tahun 1993 hingga 1996

penganjuran dan pengelolaan Kejohanan SUKAM dikendalikan oleh Unit Sukan

sepenuhnya. Namun, mulai tahun 1997, Kejohanan SUKAM telah mula dikelolakan

oleh Kolej Tuanku Canselor yang merupakan kolej pertama yang merintis kejohanan

tersebut yang mana Unit Sukan terlibat dengan pengurusan Teknikal Pertandingan.

Bertitik tolak dari itu, Kejohanan SUKAM telah dikelolakan secara bergilir-gilir

mengikut kolej dan jika terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, Unit

Sukan akan memainkan peranan untuk mengendalikan kejohanan ini.

Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM), adalah satu program yang

diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi untuk

melahirkan individu yang seimbang dan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-

kurikulum. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat perpaduan dan kesukanan

di kalangan generasi muda masa kini. Program ini dilihat boleh menyumbang kearah

kecemerlangan Universiti dalam bidang sukan berdasarkan acara-acara yang

dipertandingkan seperti bola sepak, renang, skuasy, bowling, olahraga dan sebagainya.

Bakat-bakat baru yang lahir dari program SUKAM ini akan menjadi pemangkin kepada

Universiti dalam usaha menjadikan Universiti Teknologi Malaysia sebagai sebuah

Institusi Pengajian Tinggi yang terbilang di mata dunia.

Pengalaman yang diperolehi oleh pelajar sepanjang kejohanan ini diadakan akan

dapat digunakan sepenuhnya dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar

pada masa akan datang. Di samping itu, program ini dapat dijadikan sebagai batu

loncatan kepada mahasiswa dalam mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran dalam

pelbagai bidang untuk memantapkan pembinaan personaliti masing-masing.

Sukan juga sering dikaitkan dengan cabaran fizikal dalam persaingan antara ahli

sukan. Aktiviti sukan biasanya memerlukan kemahiran fizikal dan mental yang tinggi.

Sukan boleh juga ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan secara koperatif (saling

Page 23: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

6

bekerjasama) atau kompetitif (bersifat pertandingan) dalam permainan. Sukan boleh

diibaratkan sebagai sebagai kunci kepada usaha untuk melahir dan membangunkan

masyarakat Malaysia yang sihat dan bersatu padu dalam satu negara.

Selain daripada untuk membentuk budaya sukan di universiti, tujuan Kejohanan

Sukam ini di wujudkan juga adalah untuk mengesan dan mengenalpasti atlit yang

berbakat bagi mewakili universiti ke Kejohanan MASUM dan pertandingan sukan

peringkat universiti seperti Liga Bola Sepak atau Celcom Unileague dan sebagainya.

Kejohanan SUKAM merupakan kejohanan sukan yang bermatlamatkan kepada

perpaduan serta kerjasama dan semangat membara di kalanga peserta yang mempunyai

pelbagai identiti dan berbilang bangsa serta corak pemikiran. Penglibatan para

mahasiswa dan mahasiswi dalam Kejohanan SUKAM ini memerlukan pengorbanan

yang besar dari segi fizikal, mental, emosi, intelek dan juga kewangan.

Daripada perbualan secara tidak langsung dengan pegawai sukan di kompleks

sukan dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

kejohanan ini, di dapati bahawa sesetengah pelajar yang melibatkan dalam kejohanan

ini tidak dapat memberikan kerjasama serta tumpuan yang sepenuhnya dalam

perlawanan. Timbul persoalan, apakah sebab dan faktor-faktor yang mendorong

pelajar menyertai Kejohanan SUKAM?. Adakah dengan kerelaan, paksaan dan apakah

kengkangan-kengkangan yang perlu dihadapi oleh pelajar semasa melibatkan diri

dalam Kejohanan SUKAM?. Ini adalah kerana penglibatan para mahasiswa dan

mahasiswi dalam Kejohanan SUKAM memerlukan pengorbanan yang besar dari segi

fizikal, mental, emosi, intelek dan juga kewangan.

Di sebabkan oleh faktor-faktor itu, pengkaji ingin membuat kajian tentang

persoalan persepsi yang lebih menyeluruh agar ianya mendapatkan gambaran yang

lebih tepat dan sebenar tentang penyertaan serta faktor-faktor penglibatan pelajar dalam

Kejohanan SUKAM di Universiti Teknologi Malaysia.

Page 24: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

7

1.3 Pernyataan Masalah

Pelajar-pelajar yang menyertai Kejohan SUKAM merupakan mereka yang terpilih

oleh kolej masing-masing dengan misi tertentu bagi mencapai kejayaan dan berusaha

untuk menjadi yang terbaik. Penglibatan pelajar dalam kejohanan sukan di universiti ini

memerlukan pengorbanan yang tinggi dan jitu dari segi masa, tenaga dan wang ringgit,

pelajar akan berada dalam dilema, antara sukan dan pelajaran, yang mana perlu di

utamakan?. Kadang-kala jadual peperiksaan dan jadual ujian atau peperiksaan

bertembung dengan jadual perlawanan dan ini akan merumitkan lagi keadaan.

Selaras dengan itu, demi mencapai dan merealisasikan falsafah pendidikan negara

serta SUKAM, para peserta (pelajar) perlu pandai serta bijak membahagikan dan

mengurusakn masa agar pencapaian dalam bidang sukan dan akademik adalah seiringan.

Kajian ini juga akan melihat dan mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mendorong

penyertaan pelajar dalam Kejohanan SUKAM. Disebabkan oleh itu pengkaji membuat

kajian tentang persoalan persepsi yang lebih menyeluruh agar ianya mendapatkan

gambaran yang lebih tepat dan sebenar.

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan dapatan dari kajian ini dapat

mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada pelajar UTM untuk

menyertai Kejohanan Sukam.

Page 25: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

8

1.4 Objektif Kajian.

Kajian ini dijalankan untuk meninjau dan mengenalpasti apakah faktor-faktor

yang menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Teknologi

Malaysia terhadap penyertaan mereka dalam menyertai Kejohanan SUKAM.

Berdasarkam persoalan yang ditimbulkan, dan bagi tujuan untuk mengenalpasti faktor-

faktor pendorong pelajar melibatkan diri dalam Kejohanan SUKAM, maka objektif

kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti faktor-faktor pendorong pelajar terhadap penyertaan mereka dalam

Kejohanan SUKAM.

1.4.2 Mengetahui faktor terpenting penglibatan pelajar dalam bidang sukan.

1.4.3 Memberi maklumat kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM tentang faktor-

faktor pendorong pelajar untuk menyertai Kejohanan SUKAM.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa aspek yang perlu

dikaji. Antara persoalan kajian ialah:

1.5.1 Apakah faktor-faktor pendorong pelajar terhadap penyertaan mereka dalam

Kejohanan SUKAM?

Page 26: FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM · PDF fileDoa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku, ... Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan

9

1.5.2 Apakah faktor terpenting yang melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan?

1.5.3 Apakah maklumat yang boleh diberikan kepada HEP tentang penyertaan pelajar

dalam Kejohanan SUKAM.