Upload
vannhu
View
242
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK, JOHOR BAHRU.
NGEI KIE SOON
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, JOHOR BAHRU.
NGEI KIE SOON
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Teristimewa Untuk
Tuhan Yang Maha Esa,
Terima kasih kerana memberi kekuatan dan kesihatan kepada hambaMu ini dalam menjalankan kewajipan kepada Mu
Ayah & Bondaku,
En. Henry Ngei Koh Ung & Pn. Magaret Ling Siew Hie Doa & pengorbanan kalian tidak dapat dinilai & dibayar hingga
ke akhir hayat, moga Tuhan merahmati & memberkati kalian.
Kakanda & Kekasihku Cik Christine Ngei Si Sang & Cik Aileen Gan Hwee Ting Pertolongan & jasa bakti kalian memberikan dorongan kepada diri ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan
dalam hidup ini.
&
Sahabat-sahabatku Terima kasih di atas segala dorongan & sokongan yang kalian
berikan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
e|uâtÇ gxÜ|Åt ^tá|{‹
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pembimbing bagi Projek Sarjana Muda saya, Prof. Madya Tuan
Haji Hazil bin Abdul Hamid, yang telah memberi banyak bimbingan, nasihat, buah
fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyiapkan kertas
projek ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengetua, guru-guru dan pelajar
sekolah yang telah memberikan kerjasama semasa kajian dijalankan. Terima kasih juga
saya ucapkan kepada pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Malaysia (EPRD)
di Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana telah
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah yang
telah menyediakan pelbagai sumber yang teramat nilainya untuk saya menyiapkan
projek saya.
Saya juga terhutang budi kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak
memberikan semangat, dorongan dan bantuan kepada saya sepanjang kajian ini
dijalankan.
Akhir sekali, istimewa untuk ayah, ibu dan keluarga, pengorbanan dan dorongan
yang diberikan amat dihargai. Semoga karya ini dapat menjadi bahan rujukan yang
bermanfaat kepada semua pihak yang menghayatinya.
v
ABSTRAK
Pengajian Kejuruteraan Awam merupakan satu mata pelajaran yang amat penting
dan ianya memainkan peranan yang besar dalam bidang teknologi pembinaan. Justeru
itu, tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan Pengajian Kejuruteraan Awam menjadi
prasyarat kepada anjakan paradigma yang begitu mencabar. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik Johor
Bahru. Faktor-faktor yang dikaji ialah dari aspek faktor sikap, faktor minat, kemahiran
belajar pelajar, cara pengajaran guru dan keadaan persekitaran fizikal. Kajian rintis dan
kajian sebenar dijalankan dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan
pihak sekolah, sementara itu, borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
kajian. Sampel kajian yang terlibat adalah seramai 115 orang. Sampel kajian terdiri
daripada pelajar-pelajar Tingkatan empat dari tiga buah sekolah menengah teknik Johor
Bahru, iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik
Tanjung Putri dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Penganalisisan data dibuat
dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) versi
11.5 berdasarkan peratusan. Hasil kajian menunjukkan, kelima-lima faktor tersebut
merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam, namum faktor cara pengajaran guru dan faktor keadaan
persekitaran fizikal merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam berbanding dengan faktor yang
lain. Secara keseluruhannya, dapatan di dalam kajian ini boleh membantu untuk kajian
lanjutan dan seterusnya mampu untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru serta
pencapaian pelajar pada masa yang terdekat.
vi
ABSTRACT
The Civil Engineering Studies is an extremely significant subject and it plays an
important role in the field of construction technology. Therefore, it is undeniable that the
knowledge of Civil Engineering Studies has become a precondition to the challenging
shift of paradigm. This research aims to determine the factors that affect the
achievement of students in the subject of Civil Engineering Studies in Johor Bahru’s
technical secondary schools. The factors that are researched are from the aspect of factor
of behaviour, factor of interest, students’ learning skills, teachers’ teaching method and
physical environmental condition. The pilot study and actual research are carried out
with the co-operation from the Johor Education Department and the school, whereas, the
questionnaires forms are being used as the research instrument. The total population and
research sample involved comprise of 115 persons. The research sample consists of
Form Four students from three Johor Bahru technical secondary schools, they are Johor
Bahru Technical Secondary School, Tanjung Putri Technical Secondary School and
Perdagangan Technical Secondary School. The analysis of data is carried out by using
the completion of ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS) version 11.5 based on
percentage. The outcome of research reveals that, the five factors are the factors that
influenced the achievement of students in the subject of Civil Engineering Studies,
however, the factor of teachers’ teaching method and the factor of physical
environmental condition are the major factors that influenced the achievement of
students in the subject of Civil Engineering Studies compared to the other factors. As a
whole, the result of this research has facilitated further research and eventually able to
improve the standard of teachers’ teaching and the achievement of students within the
closest time.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xii
Senarai Simbol xiv
Senarai Lampiran xv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 11
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 12
1.8 Definisi 12
1.9 Penutup 17
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Faktor Sikap 18
2.2.1 Konsep Sikap 18
2.2.2 Kajian Faktor Sikap 22
2.3 Faktor Minat 24
2.3.1 Konsep Minat 24
2.3.2 Kajian Faktor Minat 26
2.4 Faktor Kemahiran Belajar 27
2.4.1 Konsep Kemahiran Belajar 27
2.4.2 Kajian Faktor Kemahiran Belajar 30
2.5 Faktor Cara Pengajaran Guru 31
2.5.1 Konsep Cara Pengajaran Guru 31
2.5.2 Kajian Faktor Cara Pengajaran Guru 34
2.6 Faktor Keadaan Persekitaran Fizikal 35
2.6.1 Konsep Keadaan Persekitaran Fizikal 35
2.6.2 Kajian Faktor Keadaan Persekitaran Fizikal 39
2.7 Penutup 40
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Tempat Kajian 42
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
ix
3.5 Instrumen Kajian 43
3.6 Prosedur Kajian 45
3.7 Kajian Rintis 46
3.8 Kajian Sebenar 47
3.9 Analisis Data 47
3.10 Penutup 48
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 49
4.1.1 Jumlah pelajar Yang dipilih mengikut 50
nisbah 6 : 5 : 9.5
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 51
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 51
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 52
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 52
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 53
4.3.1 Faktor Sikap bagi persoalan kajian (a) 54
4.3.2 Faktor Minat bagi persoalan kajian (b) 57
4.3.3 Faktor Kemahiran Belajar bagi
persoalan kajian (c) 60
4.3.4 Faktor Cara Pengajaran Guru bagi
persoalan kajian (d) 63
4.3.5 Faktor Keadaan Persekitaran Fizikal
bagi persoalan kajian (e) 66
4.4 Penutup 68
x
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan 71
5.3 Perbincangan Kajian 72
5.4 Perbincangan Profail pelajar. (Bahagian A) 72
5.5 Perbincangan Persoalan Kajian (Bahagian B) 73
5.5.1 Peranan Faktor Sikap Pelajar
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
Dalam Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 73
5.5.2 Peranan Faktor Minat Pelajar
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
Dalam Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 76
5.5.3 Peranan Faktor Kemahiran Belajar
Pelajar Mempengaruhi Pencapaian
Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam 79
5.5.4 Peranan Faktor Cara Pengajaran Guru
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
Dalam Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 82
5.5.5 Peranan Faktor Keadaan Persekitaran
Fizikal Mempengaruhi Pencapaian
Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam 86
5.6 Cadangan 89
5.6.1 Kepada Pelajar 90
5.6.2 Kepada Guru 91
5.6.3 Kepada Sekolah 92
xi
5.6.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 93
5.7 Cadangan kajian Akan Datang 94
5.8 Penutup 94
RUJUKAN 95
LAMPIRAN A-F 105-128
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1.2.1.a Analisis Keputusan Peperiksaan SPM
dalam Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam Tahun 2002 di
Seluruh Malaysia. 4
Jadual 1.2.1.b Analisis Keputusan Peperiksaan SPM
dalam Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru pada
Tahun 2001 dan Tahun 2002. 5
Jadual 1.2.1.c Analisis Keputusan Peperiksaan SPM
dalam Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Tanjung Putri pada
Tahun 2001 dan Tahun 2002. 6
Jadual 1.2.1.d Analisis Keputusan Peperiksaan SPM
dalam Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Perdagangan pada
Tahun 2001 dan Tahun 2002. 7
Jadual 3.4.1 Taburan Pelajar Dipilih Sebagai Populasi
Berdasarkan Sekolah 42
xiii
Jadual 3.5.1 Aspek, Bilangan Item dan Nombor
Soal Selidik. 44
Jadual 3.5.2 Skala Likert 45
Jadual 3.9.1 Pemeringkatan Skala Likert 47
Jadual 4.1.1 Jumlah pelajar Yang dipilih mengikut
nisbah 6 : 5 : 9.5 50
Jadual 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 51
Jadual 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 52
Jadual 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 57
Jadual 4.3.1 Faktor Sikap Bagi Persoalan Kajian (a) 54
Jadual 4.3.2 Faktor Minat Bagi Persoalan Kajian (b) 57
Jadual 4.3.3 Faktor Kemahiran Belajar Bagi Persoalan
Kajian (c) 60
Jadual 4.3.4 Faktor Cara Pengajaran Guru Bagi Persoalan
Kajian (d) 63
Jadual 4.3.5 Faktor Keadaan Persekitaran Fizikal Bagi
Persoalan Kajian (e) 66
xiv
SENARAI SIMBOL
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
f - Frekuensi / Kekerapan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
% - Peratus
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Analisis Reliabiliti 105 B Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 107 C Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 109 D Analisis Peperiksaan SPM 3761 Pengajian Kejuruteraan Awam 113 E Borang Soal Selidik Bagi Kajian Tentang Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah-sekolah Menengah Teknik Johor Bahru 119 F Persampelan Krejcie. R. V. And Morgan. D. W. 127
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan dan pembangunan adalah cabaran utama bagi mengecapi aspirasi
Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi tinggi menjelang tahun
2020. Oleh itu, negara memerlukan masyarakat yang berilmu pengetahuan khususnya
dalam bidang teknologi dan kejuruteraan serta mempunyai daya perubahan yang tinggi
dan berpandangan luas.
Di Malaysia, latihan dan pendidikan kejuruteraan yang pertama bermula dengan
penubuhan Sekolah Teknik Treacher pada tahun 1906 bagi melatih juruteknik-juruteknik
dari Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1942 sekolah teknik ini
telah dinaikkan tarafnya ke Maktab Teknik. Manakala latihan dan pendidikan
kejuruteraan di peringkat tertiari pula bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan
fakulti kejuruteraan di Universiti Malaya dan seterusnya dinaikkan taraf universiti
dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1975.
Pada hari ini secara umumnya latihan dan pendidikan kejuruteraan boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pada peringkat sekolah teknik, peringkat
politeknik dan peringkat universiti. Bidang-bidang kejuruteraan yang ditawarkan di
2
peringkat sekolah teknik ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan
Kejuruteraan jentera. Selepas tamat pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
pelajar-pelajar aliran teknik yang mengambil bidang-bidang kejuruteraan seperti di atas
boleh melanjutkan pelajaran mereka sama ada ke peringkat politeknik untuk menjadi
seorang pembantu jurutera dengan kelulusan diploma atau ke peringkat universiti untuk
menjadi seorang jurutera dengan kelulusan ijazah pertama.
Dengan itu jelas menunjukkan bahawa peringkat sekolah teknik adalah asas
kepada pelajar yang ingin menjadi jurutera pada masa hadapan. Impak positif kepada
masyarakat dapat dilihat apabila pada tahun 2000 kira-kira 108,000 pelajar telah
memohon memasuki sekolah menengah teknik di seluruh negara. Begitu juga pada
tahun 2002, 200,000 pelajar telah memohon untuk memasuki sekolah menengah teknik.
Namun demikian mereka yang berjaya hanyalah seramai 49,300 sahaja (Minda Pelajar,
15 Januari 2002).
Di antara bidang-bidang dalam kejuruteraan, bidang kejuruteraan awam akan
difokus dalam kajian ini. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam telah diperkenalkan pada tahun 1994 di peringkat Tingkatan Empat dan
Tingkatan Lima di sekolah-sekolah teknik. Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai bidang kejuruteraan
awam serta cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang mempengaruhi
pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Selaras dengan matlamat
KBSM, mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam ditawarkan untuk memenuhi
minat dan kecenderungan pelajar.
Bagi menjamin kualiti pendidikan di sekolah menengah teknik ini, maka
Kementerian Pendidikan perlu meningkatkan taraf peralatan bersesuaian dengan
bilangan pelajar dan pertambahan peralatan ini akan dilakukan secara berterusan supaya
dapat memastikan peralatan mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
3
Kesimpulannya, di dalam usaha negara kita untuk mencapai tahap negara maju,
sudah semestinya memerlukan satu perancangan serta usaha yang bersungguh-sungguh
untuk mencapainya. Bagi melahirkan para jurutera awam yang mampu untuk
membangunkan bidang kejuruteraan awam ini sudah semestinya memerlukan mereka
yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dengan baik serta berkesan. Sehubungan
dengan itu, Pengajian Kejuruteraan Awam adalah merupakan salah satu mata pelajaran
yang amat penting di dalam kehidupan seorang jurutera awam. Justeru itu, pendidikan
teknik dan vokasional di Malaysia haruslah berupaya menangani masalah-masalah
cabaran yang timbul serta nilai-nilai hidup ditanam di dalam jiwa generasi muda untuk
melahirkan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dan berkualiti dengan
memberikan latihan berbentuk teknologi dan vokasional untuk memenuhi kehendak
pasaran yang semakin meningkat (Yahya, 1993).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajian Kejuruteraan Awam adalah satu mata pelajaran elektif baru dalam
senarai mata pelajaran elektif baru dalam senarai mata pelajaran sekolah menengah atas
dalam Program KBSM. Tahun 2003 adalah tahun kesembilan mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam diperkenalkan di peringkat Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
Kejuruteraan awam adalah salah satu bidang kejuruteraan yang utama. Bidang ini adalah
lebih ditujukan kepada segala aspek pembinaan, penyelenggaraan dan perlindungan
alam sekitar. Maka mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam adalah sangat penting
untuk pelajar yang ingin melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan awam.
Jadual yang berikut menunjukkan analisis keputusan peperiksaan SPM dalam
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Tahun 2002 di seluruh Malaysia.
4
Jadual 1.2.1.a Analisis Keputusan Peperiksaan SPM dalam Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam Tahun 2002 di Seluruh Malaysia.
BIL PENCAPAIAN CALON
MENGIKUT GRED
MATA
PELAJARAN
BIL
AMBIL
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
BIL
LULUS
%
LULUS
Pengajian
Kejuruteraan
Awam
6084 63 158 371 737 1072 1195 1376 886 226 12 5858 96.3
(Sumber daripada Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri)
Jadual 1.2.1.a di atas menunjukkan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2002
untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan bagi seluruh Malaysia. Menurut analisis
peperiksaan SPM ini, jumlah calon yang mengambil mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam adalah sebanyak 6084 orang. Bilangan calon yang mendapat
keputusan cemerlang iaitu Gred 1A di seluruh Malaysia hanya 63 orang, dengan
peratusannya 1.04% sahaja. Manakala bilangan calon yang mendapat 2A hanya 158
orang, dengan peratusannya 2.60% sahaja. Bilangan calon yang mendapat Gred 3B
hanya 371 orang. Terdapat 737 orang calon yang mendapat Gred 4B, Gred 5C terdapat
1072 orang calon. Gred 6C terdapat 1195 orang calon. Seterusnya Gred 7D terdapat
1375 orang. Sekadar lulus sahaja iaitu Gred 8E ada sebanyak 886 orang calon dan yang
gagal iaitu Gred 9G ada sebanyak 226 orang calon. Terdapat 12 orang yang tidak hadir
untuk menduduki peperiksaan. Bilangan yang lulus dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam ada sebanyak 5858 orang dengan peratusannya 96.3%.
Secara keseluruhannya, dari aspek kualiti iaitu untuk Gred 1A dan 2A (sangat
baik), peratusannya berada pada tahap yang teramat rendah iaitu sebanyak 3.14% yang
mewakili bilangan calon seramai 221 orang sahaja. Manakala bilangan yang mendapat
Gred 3B-6C (kepujian) adalah seramai 3375 orang calon iaitu 55.47%.
5
Bilangan calon yang lulus sahaja iaitu bagi Gred 7D dan 8E terdapat sebanyak
2262 orang dengan peratusannya 37.18% dan calon yang gagal dalam kertas peperiksaan
ini iaitu Gred 9G ada sebanyak 3.74%.
Analisis keputusan peperiksaan SPM dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam telah diambil dari tiga buah sekolah teknik di kawasan Johor Bahru
iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri
dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Di Sekolah Menengah Teknik Johor
Bahru, keputusan peperiksaan SPM dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam adalah seperti jadual berikut:
Jadual 1.2.1.b Analisis Keputusan Peperiksaan SPM dalam Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru pada
Tahun 2001 dan Tahun 2002.
BIL PENCAPAIAN CALON
MENGIKUT GRED
TAHUN BIL
AMBIL
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
BIL
LULUS
%
LULUS
2001 53 7 9 7 11 5 11 3 0 0 0 53 100.0
2002 65 10 19 19 14 3 0 0 0 0 0 65 100.0
(Sumber daripada Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru)
Analisis awal yang dibuat oleh pengkaji bagi keputusan peperiksaan SPM untuk
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam pada tahun 2001 dan tahun 2002 bagi
pelajar di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru menunjukkan sedikit peningkatan.
untuk bilangan pelajar yang mendapat Gred 1A iaitu dari 7 orang ke 10 orang dan Gred
2A dari 9 orang ke 19 orang. Namum bilangan pelajar yang mendapat kepujian Gred 3B
hingga Gred 6C adalah ramai iaitu sebanyak 61.86% untuk kedua-dua tahun.
6
Di Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri pula, keputusan peperiksaan SPM
dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam adalah seperti jadual berikut:
Jadual 1.2.1.c Analisis Keputusan Peperiksaan SPM dalam Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri pada
Tahun 2001 dan Tahun 2002.
BIL PENCAPAIAN CALON
MENGIKUT GRED
TAHUN BIL
AMBIL
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
BIL
LULUS
%
LULUS
2001 69 0 0 4 7 13 13 11 10 11 0 58 84.1
2002 68 0 4 0 8 7 11 20 10 8 0 60 88.2
(Sumber daripada Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri)
Jadual 1.2.1.c di atas menunjukkan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2001
dan tahun 2002 untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan di Sekolah Menengah
Teknik Tanjung Putri. Menurut analisis peperiksaan SPM ini, bilangan pelajar yang
mencapai tahap kecemerlangan adalah kurang. Sepanjang dua tahun ini hanya 4 orang
yang mendapat Gred 2A sahaja dan tiada yang mendapat Gred 1A. Bilangan pelajar
yang mendapat kepujian iaitu Gred 3B hingga Gred 6C ada sebanyak 63 orang untuk
tahun 2001 dan tahun 2002. Setakat lulus sahaja iaitu Gred 7D Gred 8E untuk kedua-
dua tahun ada sebanyak 50 orang pelajar dengan peratusan 42.4% dan pelajar yang gagal
ada 19 orang iaitu yang mendapat Gred 9G.
Di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, peperiksaan SPM dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut:
7
Jadual 1.2.1.d Analisis Keputusan Peperiksaan SPM dalam Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan pada
Tahun 2001 dan Tahun 2002.
BIL PENCAPAIAN CALON
MENGIKUT GRED
TAHUN BIL
AMBIL
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
BIL
LULUS
%
LULUS
2001 74 1 4 10 6 10 17 10 11 5 0 69 93.2
2002 99 0 2 6 17 31 27 16 0 0 0 99 100.0
(Sumber daripada Sekolah Menengah Teknik Perdagangan)
Pengkaji juga telah mengkaji keputusan peperiksaan Pengajian Kejuruteraan
Awam bagi Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Keputusan yang diperolehi adalah
seperti yang tercatat di Jadual 1.2.1.d. walaupun keputusannya adalah baik dari segi
peratus lulus, tetapi keputusan dari segi kualiti juga adalah kurang memuaskan.
Keputusan yang terbaik dari aspek kualiti yang dicatat oleh sekolah ini adalah pada
tahun 2001. namun tiada pelajar yang mendapat Gred 1A untuk mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam pada tahun 2002 dan bilangan pelajar yang mendapat
Gred 2A hanya terdapat 2 orang sahaja pada tahun tersebut.
Justeru itu, daripada analisis peperiksaan SPM bagi keempat-empat jadual di atas
menunjukkan bahawa walaupun dari segi peratusan kelulusan memanglah berada pada
tahap yang tinggi, namun dari segi kualiti yang dicapai ia adalah amat rendah dan tidak
memuaskan. Malaysia memerlukan bilangan tenaga mahir yang ramai dalam bidang
kejuruteraan awam. Jika keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran ini tidak
mempunyai kualiti, bagaimanakah pelajar-pelajar ini dapat meneruskan pengajian dalam
bidang kejuruteraan awam di peringkat yang lebih tinggi lagi?
8
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam merupakan subjek penting di
mana ia merupakan subjek teras untuk sekolah menengah teknik dan subjek elektif
untuk sekolah menengah vokasional. Mata pelajaran ini merupakan jambatan utama
yang menghubungkan konsep dan prinsip asas dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Menurut analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2002 dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam, bilangan pelajar yang mencapai keputusan
cemerlang adalah kurang. Kebanyakan pelajar hanya mendapat kepujian sahaja. Analisis
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga telah dijalankan di tiga buah sekolah
sekolah menengah teknik di kawasan Johor Bahru, iaitu Sekolah Menengah Teknik
Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri dan Sekolah Menengah Teknik
Perdagangan. Menurut hasil yang didapati, bilangan pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang juga adalah kurang. Dengan itu, satu kajian untuk mengenalpasti faktor-
faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam adalah perlu dijalankan.
9
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif
kajian adalah seperti berikut:
1.4.1 Untuk mengenalpasti faktor sikap pelajar yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah
menengah teknik Johor Bahru.
1.4.2 Untuk mengenalpasti faktor minat pelajar yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah
menengah teknik Johor Bahru.
1.4.3 Untuk mengenalpasti faktor kemahiran belajar oleh pelajar yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
sekolah-sekolah menengah teknik Johor Bahru.
1.4.4 Untuk mengenalpasti cara pengajaran guru dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik
Johor Bahru.
1.4.5 Untuk mengenalpasti faktor keadaan persekitaran fizikal yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
sekolah-sekolah menengah teknik Johor Bahru.
10
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini direkabentuk bagi menjawab beberapa soalan seperti:
1.5.1 Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik
Johor Bahru?
1.5.2 Adakah faktor minat pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik
Johor Bahru?
1.5.3 Adakah faktor kemahiran belajar pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah
menengah teknik Johor Bahru?
1.5.4 Adakah faktor cara pengajaran guru dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah menengah teknik Johor
Bahru?
1.5.5 Adakah faktor keadaan persekitaran fizikal mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di sekolah-sekolah
menengah teknik Johor Bahru?