FFA 3211 KAJIAN FABRIK

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    1/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    1.3 COTTON

    Gentian kapas diperolehi daripada cotton boll yangdidapati pada pokok kapas. Satu boll kapas bolehmenghasilkan lebihkurang 250,000 gentian.

    Separuh dari gentian yang digunakan untuk membuatpakaian adalah kapas.

    Diantara proses yang terlibat dalam penghasilan kapas ialah:

    1. Ginning membuang dan mengasingkan bendasing dan biji kapas.2. Carding meluruskan gentian kapas.3. Combing mengasingkan gentian pendek dan panjang dan

    meluruskan gentian.4. Twisting dan drawing untuk membentuk yarn dan5. Spinning memintal yarn kapas.

    Kebanyakkan gentian kapas berwarna kekuningan hinggalah ke warnaperang.

    Gentian kapas merupakan gentian stapel yang panjangnya terdiri dari 1/8hingga 2 1/2 inci. (0.32 6.35 cm). Gentian yang pendek lebih sukar dipintal.

    Nisbah panjang kepada diameter gentian kapas adalah dari 6000:1 ke 350:1.Lebih panjang gentian, lebih tinggi kualiti kapas tersebut.

    Rupabentuk memanjang gentian kapas adalah seperti flat, twisted ribbonmanakala keratan rentassya berbentuk seperti ginjal atau kacang.

    Kekilauan gentian kapas adalah sangat rendah disebabkan bentuk kekacanggentian memantulkan cahaya dengan tidak sekata.. Selain itu, faktor gentianstapel juga menyumbang kepada sifat ini.

    Gentian kapas mempunyai kekuatan yang sederhana.

    11

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    2/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Rintangan las gentian kapas adalah lemah. Geseran akan menyebabkangentian patah dan akan menipiskan fabrik dalam jangkamasa panjang.

    Elastic recovery/keanjalan gentian kapas adalah sangat rendah.

    Kebingkasan/resilience gentian kapas juga adalah sangat rendah. Fabrikkapas mudah berkedut ketika dibasuh dan dipakai dan perlu digosok selalu.

    Gentian kapas adalah mempunyai kadar flexibility yang berubah-ubahmengikut diameter sepanjang gentian tersebut. Flexibility menjadi kurangapabila diameter bertambah tetapi bentuk keratan rentas yang berbentukginjal menyebabkan gentian boleh menyentuh kulit pada bahagian-bahagiantertentu memberikan keselesaan kepada pemakai.

    Gentian kapas merupakan gentian hidrofilik. Kadar penyerapannya tinggiiaitu 8.5% pada 65% kelembapan persekitaran.Ini mengelakkannya daripada masalah cas elektrik statik.

    Apabila gentian kapas menyerap air, ia menjadi lebih lembut dan menyentuhkulit pada kawasan yang lebih luas tetapi menjadi kurang selesa keranafabrik kapas lambat mengering dan akan menyebabkan pemakai kesejukan.Sewaktu kering, kapas menjadi amat selesa dipakai kerana ia akan menyerappeluh badan.

    Sifat hidrofilik kapas menyebabkannya menjadi mudah menyerap kotoran .Kapas juga mudah menyerap minyak dengan banyak.. Bentuk gentian sepertikekacang menyebabkannya memerangkap kotoran dengan mudah.Walaubagaimana pun, gentian kapas juga mudah melepaskan kotoran danminyak jika dibasuh.

    Gentian kapas adalah sangat stabil di dalam air. Gentian akanmengembang/ swell di dalam air tetapi akan kembali kebentuk asal apabilakering. Gentian kapas juga menjadi bertambah kuat apabila basah. Inimenjadikannya mudah dibasuh.

    Gentian kapas sangat tahan kepada kerosakan daripada alkali, maka

    detergent/pencuci yang kebanyakkannya bersifat alkali boleh digunakanpada fabrik kapas.Walaubagaimanapun asid kuat boleh merosakkan gentian kapas. Pakaianantik dan lama perlu disimpan di dalam kertas bebas asid/ acid free paper untuk mengelakkan asid merosakkan polymer selulos.

    Gentian kapas boleh dirosakkan oleh fungi seperti kulat dan oleh bakteria.Kerosakkan boleh dikesan dengan bau dan warna yang berbeza. Fabrik kapas

    12

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    3/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    yang disimpan lama tidak boleh dikanji untuk mengelakkannya dimakan olehserangga.

    Pendedahan yang berterusan kepada cahaya matahari akan menyebabkankapas menjadi kekuningan. Gentian kapas boleh mengalirkan haba,

    mengelakkan pengumpulan haba berlebihan dan menyebabkannya tahankepada haba menggosok yang tinggi.

    Gentian kapas yang terbakar akan mengeluarkan bau seperti kertas terbakar.

    13

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    4/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    1.4 FLAX/ LINEN

    Fabrik yang diperbuat dari gentian flax dipanggil linen.

    Gentian flax merupakan antara gentian yang terawaldigunakan untuk membuat pakaian di hemisfera barat.Kebanyakkan tamadun awal yang dikaji meninggalkanbanyak peninggalan fabrik linen.Gentian Flax diperolehi daripada bahagian dalam batangpokok flax. Fabrik flax boleh dikenali denganpermukaannya yang tebal dan nipis dan tidak sekata.

    Kebanyakkan gentian flax berwarna keperangan.

    Proses yang terlibat dalam penghasilan gentian flax ialah:

    1. Retting merupakan proses pereputan melalui tindakan bacteriaterhadap pectins dan gums yang memegang gentian flax sebelum gentianboleh dikeluarkan. Proses pereputan boleh dilakukan di kolam, sungai,embun atau tangki (yang paling moden).

    2. Breaking and Scutching adalah proses memecahkan batang pokok flaxuntuk mengeluarkan gentian.

    3. Hackling iaitu menyikat gentian flax supaya lurus dan selari.

    Gentian linen merupakan gentian stapel yang panjangnya terdiri dari 10 ke

    100 cm. Gentian panjang dipanggil line diantara 120 150cm manakalagentian pendek dipanggil tow panjangnya antara 10 15 cm.Nisbah panjang kepada diameter gentian kapas adalah dari 15000:1 ke1500:1.Diameter gentian flax adalah 2 kali hingga 4 kali ganda gentian kapas.

    Rupabentuk memanjang gentian flax menunjukkan nodes seperti batangtebu manakala keratan rentassya berbentuk seperti polygon.

    14

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    5/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Kekilauan gentian linen adalah lebih baik dari kapas kerana gentiannya yanglebih panjang dan tidak berpintal sesama sendiri seperti kapas. Gentian flaxasalnya mempunyai lilin dan kurang berkilau dan akan menjadi lebih berkilauapabila ianya dibersihkan.

    Gentian flax lebih kuat dari kapas. Ini adalah kerana kedudukan polymerdalam gentian flax lebih tersusun dan selari. Gentian flax kurang fleksibeldaripada kapas.

    Gentian flax juga adalah keras berbanding kapas dan mempunyai drape yangkurang baik. Fabrik linen lebih mudah berkedut.

    Gentian flax bersifat hidrofilik. Gentian flax mengering dan membasah lebihcepat dari kapas. Gentian ini menjadi lebih kuat apabila basah dan lebihtahan kotoran daripada kapas kerana susunan polymernya yang lebih padatdan rapat diantara satu sama lain.

    Fabrik linen tidak mudah kecut atau berubah bentuk dan tahan haba yangtinggi. Suhu menggosok boleh sehingga 260C.

    15

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    6/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    1.5 SUTERA/SILK

    Gentian silk diperolehi dari cocoon ulat sutera. Silk

    terbahagi kepada 2 jenis, iaitu cultivated silk, yangterhasil dari ulat yang dibela oleh sericulturist , danwild silk, yang dipungut di habitat semulajadi ulatsutera.

    Reeling adalah proses menarik gentian sutera dari cocoon manakala throwingialah proses memintal gentian sutera menjadi yarn.

    Silk merupakan satu-satunya gentian semulajadi filamen. Panjang filamennyaboleh mencapai 600 meter tetapi puratanya adalah 300 meter.

    Saiz gentian adalah lebihkurang 1.5 denier.

    Keratan rentas gentian silk adalah berbentuk tiga segi berbucu bulat bagicultivated silk manakala bentuk riben bagi wild silk.

    Gentian silk mempunyai kekuatan sederhana. Ketahanan kepada geseran juga adalah sederhana sesuai dengan kegunaan akhirnya yang tidakmemerlukan ketahanan geseran yang tinggi.

    Gentian silk boleh menyerap air sehingga 1/3 berat gentian tanpa ada rasabasah kepada pemakai. Gentian silk lebih padat (higher crystallininity)daripada wool menyebabkannya kurang menyerap berbanding wool.

    Gentian silk yang telah dibuang gamnya akan menjadi lebih berkilau.Kekilauan disebabkan high crystallinity dan bentuk tigaseginya.

    Gentian silk menjadi lebih lemah ketika basah.

    16

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    7/43

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    8/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    1.6 WOOL

    Wool didapati dari beberapa sumber seperti bulu

    kambing biri-biri, angora goat, cashmere goat dll tetapipaling banyak didapati dari BKBB sebab sumbernyayang mencukupi.

    Lebih kurang 75% wool dijadikan pakaian dan selebihnya untuk lain-lainindustri seperti karpet, hiasan dalaman, cadar dll.

    Warna gentian adalah off white kepada brown.Keratan memanjang wool menunjukkan sisik-sisik yang menghala kehujunggentian manakala keratan rentasnya berbentuk bujur/oval. Terdapat

    lebihkurang 2000sisik pada setiap inciwool.

    Gentian wool kurang kuat tetapi menjadi kuat apabila

    menjadi fabrik.

    Gentian wool mempunyai keanjalan yang baik dan peratus pemanjanganyang tinggi. Gentian wool tidak tahan geseran dan mudah patah.Walaubagaimanapun, fabrik wool akan menjadi lebih tahan dengangabungan gentian wool dan nylon dan sesuai dibuat permaidani.

    Gentian wool boleh menyerap air dengan banyak dan ia akan membebaskanhaba apabila penyerapan air berlaku. Pemakai pakaian wool akan berasapanas kerana faktor ini.

    Wool merupakan penebat haba yang baik kerana bentuk gerigi pada gentianakan membolehkan udara terkumpul dan membentuk lapisan penebat.

    Wool tidak mudah berkedut kerana mempunyai fleksibiliti dan resiliency(kebingkasan) yang baik.

    Wool kurang berkilau.

    18

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    9/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Gentian wool mudah rosak dalam larutan beralkali seperti detergent.

    Wool tidak boleh dicuci dengan air panas kerana ianya akan menyebabkanfabrik mengecut dengan kekal.

    Wool mudah diserang gegat.

    Wool merupakan antara gentian yang paling sukar terbakar kerana terdapatkandungan air di dalam gentian yang membolehkan api terpadam dengansendiri.

    19

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    10/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    1.7 RAYON

    Rayon merupakan gentian buatan yang terdiri daripada100% selulosa terjana semula. Selulosa ini diekstrak dari

    kayu dan dicampurkan dengan bahan-bahan-bahan kimiatertentu sebelum diproses menjadi larutan pekat yangmelalui spinneret menjadi gentian.

    Gentian rayon lebih banyak dihasilkan dalam bentuk stapelberbanding bentuk asal filamen. Gentian rayon adalah 60 65 % crystalline dan selebihnya amorphous.

    Permukaan gentian menunjukkan garisan-garisan halus memanjang yangdipanggil striations dan keratan rentasnya menunjukkan bentuk bergerigi.Dihasilkan dalam berbagai saiz dari 1.5 denier ke 15 denier. Juga dihasilkandalam saiz microfibers iaitu kurang dari 1 denier.

    Kekuatan gentian rayon adalah sederhana manakala keanjalannya adalahrendah.

    Gentian rayon bersifat hidrofilik dengan kadar serapan 13%. Rayon lebihmenyerap daripada kapas dan flax kerana kawasan amorphous yang lebihluas.

    Gentian ini tidak menghasilkan elektrik statik.

    Resilience nya sangat rendah dan mudah berkedut.

    Gentian rayon sangat berkilat kerana bentuk keratan rentas yang memantulcahaya dengan baik.

    Drape nya juga sangat baik kerana gentian mudah dibengkokkan.

    Gentian rayon boleh mengembang sehingga 50% ke 113% saiz asal iaitu 4kali ganda gentian kapas.

    20

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    11/43

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    12/43

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    13/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Fabrik polyester jarang berkedut sewaktu digunakan. Sifat crystallinemenyumbang kepada faktor ini.

    Fabrik polyester yang diperbuat daripada gentian staple atau dicampurkandengan gentian lain akan membentuk pilling, iaitu gentian yang terkeluar

    dari permukaan fabrik.

    Sifat termoplastik gentian polyester menyebabkannya boleh diberipermanent pleat/kedut atau lipatan kekal. Ia juga boleh diberi kemasanseperti embossed yang menggunakan haba.

    Sifat hidrofobik gentian menyebabkannya kalis kepada kekotoran berair.Walaubagaimanapun, kekotoran berminyak akan menarik kepada fabrikpolyester tetapi bukan ke dalam gentian.

    Sifat elektrostatik gentian juga akan menarik habuk dari udara.

    Pembersihan fabrik polyester boleh menjadi sukar disebabkan oleh sifathidrofobik gentian.

    Tetapi faktor ini tidak menjadi masalah kerana fabrik polyester boleh dibasuhdengan kuat tanpa merosakkannya kerana ia mempunyai dimensionalstability yang baik.

    Gentian polyester juga tahan kepada alkali di dalam pencuci dan juga kepadaasid.

    Gentian polyester juga tahan kepada pancaran ultraviolet dari cahayamatahari. G

    entian polyester boleh terbakar/flammable. Walaubagaimana pun, ia akanmengecut dan bergulung apabila mendekati api menyebabkan api sukaruntuk membakarnya.

    23

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    14/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    1.9 NYLON

    Gentian Nylon dicipta pada tahun 1939. Lebih kurang65% nylon dihasilkan dalam bentuk filament,manakala selebihnya dalam bentuk stapel.

    Nylon merupakan gentian yang terdiri daripadakumpulan polymer Polyamida. Terdapat beberapakategori gentian Nylon di bawah kumpulan Polyamidaini seperti Nylon 6, Nylon 6,6 dan lain-lain seperti

    Nylon 3, Nylon 4, Nylon 5, Nylon 7, Nylon 8, Nylon 12, Nylon 46 dan Nylon6,10. Yang banyak dihasilkan adalah Nylon 6 dan Nylon 6,6.

    Gentian Nylon terkenal dengan kekuatannya di kalangan semua gentiantekstil. Ini adalah disebabkan oleh sifat crystallinenya yang padat denganikatan hydrogennya yang terkuat.

    Rintangan lasnya adalah sangat baik dan gentian ini banyak digunakandalam kegunaan-kegunaan lasak atau dicampur dengan gentian lain sepertipada stokin kapas.

    Gentian Nylon adalah sangat fleksibel kerana polymernya berkedudukan zig-zag. Kedudukan ini juga membolehkan gentian Nylon meregang dan kembalikebentuk asalnya dengan baik.

    Nylon merupakan gentian sintetik yang mempunyai kadar serapan tertinggidikalangan gentian sintetik. Walaubagaimanapun, penyerapan hanya berlakupada bahagian luar permukaan gentian disebabkan bahagian dalamnyaadalah berstruktur crystalline polymer yang padat.

    24

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    15/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Peluh dari badan akan diserap sedikit oleh gentian nylon manakalaselebihnya akan disejatkan ke alam sekitar. Gentian nylon mengumpul caselektrik statik, kerana ianya tidak menyerap air dengan cukup untuk elektrikdengan baik untuk alirkan elektron.

    Graviti tentu nylon adalah sangat rendah dan fabrik nylon adalah sangatringan. Gentian nylon adalah sangat resilient kerana bentuk zig-zagpolymernya.

    Oleh itu, fabrik nylon kurang berkedut dan mengekalkan bentuknya apabiladipakai atau dibasuh.

    Sifat statik gentian menarik habuk dari udara. Ia juga menarik kotoran danpewarna ketika pembasuhan. Oleh itu pencucian agak sukar untuk fabriknylon. Menghilangkan kotoran agak mudah berbanding menghilangkan kesandan tanda pada fabrik nylon.

    Penggunaan peluntur klorin akan menyebabkan kekuningan pada nylon. G

    entian nylon akan menjadi sedikit lemah di dalam air. Maka, putaran yanglembut perlu digunakan pada mesin basuh.

    Air panas tidak boleh digunakan kerana akan melembutkan gentian.Sebaliknya, air suam sesuai digunakan kerana akan membantumengeluarkan kotoran.

    Asid boleh rosakkan gentian nylon.

    Gentian nylon tahan kepada serangan serangga dan gegat serta fungi.

    Apabila mendekati api, gentian nylon akan terbakar dan mengecutseterusnya mencair dan menitik serta mengeluarkan asap putih.

    25

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    16/43

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    17/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    3. Yarn Campuran 4. Yarn Beragam

    Caramengenalpasti yarn pada fabrik

    1. Tarik 2 hingga 3 inci yarn2. Pintal dalam arah berlawanan (buka pintalan)

    Rupa Spun Yarn / Yarn pintalBila pintalan dibuka, gentian terlerai kerana pendek

    Yarn kelihatan gebuDiameter agak sekata

    Yarn tidak padat

    Rupa Filament yarnGentian tidak putus disepanjang yarnPermukaan yarn licinGentian padat

    Rupa Compound Yarn / Yarn campuranDiameter sekataDapat lihat jalinan yang berbezaSatu jalinan berada di bahagian tengah dikelilingi yang lain.Rupa Fancy YarnDiameter tidak sekata

    Perbandingan Sifat Yarn adalah berdasarkan kepada 4 faktor iaitu:Kekuatan / StrengthKeselesaan / ComfortPenjagaan / MaintenanceKecantikan / Aesthetics

    Yarn Pintal ( Spun Yarn) :

    Diperbuat daripada stapel serat yang dijalin dengan mekanisme pintalan.

    27

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    18/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    YARN PINTAL

    Ring Spun Yarn Open End Spun Yarn Air Jet Spun Yarncarded yarn rotor yarncombed yarn friction yarnwoolen yamworsted yarn

    Ring spun yarn menggunakan serat kapas, bulu kambing biri-biri, serat stapelbuatan atau campuran serat-serat ini.

    Tahap kelurusan serat di dalam yam dapat dilihat pada Rajah I.

    Daripada rajah menunjukkan carded yarn dan worsted yam adalah yam yangmempunyai'protruding fibres' yang paling banyak.

    Secara keseluruhan fabrik buatan yarn pintal selesa dipakai kerana'protruding fibres' menyebabkan fabrik terletak jauh sedikit daripada kulit.Ini membuatkan udara terperangkap dan menjadi penebat denganmenghalang kehilangan haba badan ketika hari sejuk.

    Tekstur fabrik kelihatan sedikit kusam (dull) kerana permukaan lebih berbuluyang dihasilkan oleh 'protruding fibres'.

    Fabrik lebih gebu dan lebih kuasa menutup tetapi mudah kotor .

    Kekuatan yarn bergantung kepada jumlah pintalan (twist) dan panjangstapel. Contohnya combed yarn lebih kuat berbanding carded yarn.

    Yarn Filamen (Filament Yarn)Gentian buatan yang tidak bersambung dan tidak diberi pintalan bagimengukuhkan sifatnya.

    Tetapi serat sutera dikenali sebagai filamen kerana penghasilan semulajadiyang bersambung.

    28

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    19/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Fabrik buatan filamen selesa dipakai bergantung kepada kadar penyerapanserat yang digunakan.

    Tekstur fabrik licin dan tidak mudah membentuk pilling. Ia juga tidak mudahkotor. Kurang kuasa menutup.

    Yam filamen lebih kuat kerana keseragaman saiz yarn boleh ditentukan. Pintalan yang diberikan bergantung kepada kegunaan akhir) ia boleh jadisangat rendah atau terlalu tinggi.Berbagai teknik digunakan untuk menghasilkan variasi yarn filamen.

    2.3 Perbandingan di antara Spun Yarn dan Filament Yarn

    I. Kekuatan

    Yarn Pintal lebih lemah.- Kekuatan bergantung kepada kebolehan yarn berpaut antara satu

    sama lain.- Tekanan menyebabkan yarn tergelincir antara satu sama lain.

    - Gentian mudah patah.

    Yarn Filament lebih Kuat.- Mendapat kekuatan dari filement- Setiap filament berada di sepanjang yarn, maka kekuatan dikongsi

    bersama oleh semua gentian dengan sekata.-

    29

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    20/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    II. Keselesaan / ComfortSpun yarns

    1. lebih menyerap2. lebih mudah ditembusi air3. penebat yang baik (lebih panas dipakai)

    Filament yarns1. Kurang menyerap2. Sukar ditembusi air3. Kurang menebat (lebih sejuk dipakai)

    III. Penjagaan / MaintenanceSpun Yarns

    1. Tidak membuang kotoran dengan mudah2. Mudah berbulu

    Filament Yarns1. Minyak mudah tertanggal2. Yarn tidak mudah tertanggal ketika pembasuhan (do not lint)

    IV. Kecantikan / Aesthetics untuk Yarn pintal berbanding YarnFilamen

    1 . Lebih lembut2. Kurang berkilat

    3. Kuasa menutup yang lebih baik

    4. Lebih mudah berbulu

    5. Yarn kurang tergelincir dalam fabric

    Kegunaan

    Industri membuat pakaian menggunakan lebih banyak Yarn pintalberbanding yarn filamen.Pengecualian: pakaian dalam, stokin nipis wanita, wind-breaker jackets, lining

    fabrics.Lebih banyak filament yarns digunakan dalam industri karpet.

    30

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    21/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Yarn Beragam

    Berbeza daripada rupa yam pintal kerana binaan yang tidak seragam.Kategori Utama Yarn Beragam

    Loop, curl, boucle dan gimp : Gelungan bagi yam jenis ini rapat-rapat

    Spike dan snarl: Gelungan yam terbuka.Nub, knop, knot dan spot: Yam-yam dipintal berkali-kali pada satu masa ditempat yang sama.Slub : Kepingan yam, serat dan sebagainya yang bersifat lembut dipintalbersama .Fabric yang biasa dihasilkan seperti shantung, pongee, tussah dan linen.Spiral,corkscrew dan wrap: Teras yam disampul dengan yam lain.Chennile : Dihasilkan secara tradisional dengan proses tenunan leno.

    2.4 Kriteria Penghasilan Yarn

    1. Panjang gentian

    2. Kadar pintalan

    3. Arah pintalan

    4. Nombor Yarn / Yarn number

    5. Bilangan Filamen / Number of filament

    6. Bilangan Jalinan / Number of strands

    7. Kandungan Gentian / Fiber composition

    1. Panjang Gentian

    - Stapel

    31

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    22/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    - Filamen

    2. Kadar Pintalan (tpi = twist per inch).

    Negligible Twist = 1-4 tpi Low twist = 6 12 tpi Moderate (average) twist = 20 25 tpi High (hard or crepe) twist = 40 80 tpi

    3. Arah Pintalan

    Arah S dan Z / S twist and Z twist - Juga dipanggil arah kiri dan kanan

    4. Nombor Yarn atau Saiz Yarn

    Direct system Tex, Decitex, Denier- Saiz atau kehalusan yarn.- Dinyatakan dalam Jisim bagi panjang tertentu. (mass per unit

    length)- Digunakan untuk gentian filamen.

    32

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    23/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    - Lebih tinggi nombor yarn, lebih tebal yarn.Contoh: Tex, iaitu berat (dalam gm) bagi 1000m yarn. 1 tex =1000 m yarn

    beratnya 1 g.Decitex, berat (dalam gm) bagi 10 km yarn.Denier, iaitu berat (dalam gm) bagi 9000m yarn.

    Indirect System - Cotton count, worsted count etc.

    - Saiz atau kehalusan yarn.- Dinyatakan dalam Panjang bagi jisim tertentu (mass per unit

    length).- Berbeza mengikut jenis gentian.- Digunakan untuk gentian stapel.- Lebih tinggi nombor yarn, lebih halus yarn.

    Contoh: Cotton count, 840 ela yarn berjisim 1 lb.Linen, 300 ela berjisim 1 lb.Worsted, 560 ela berjisim 1 kg.

    5. Nombor Filamen. Unit berdasarkan nombor yarn. Contoh 100/36 dtex bermaksud Nombor Yarnadalah 100, manakala bilangan filamen dalam yarn adalah 36. Lebih tingginombor filamen, lebih besar diameter yarn.

    6. Bilangan Jalinan Single, Plied dan Cabled Yarn.

    33

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    24/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    7. Kandungan gentian / Fiber Composition.

    - Self Blended - 100% gentian yang sama jenis. Contohnya 100%cotton, 100% Nylon dll.

    - Blended Yarns Satu Yarn dipintal dari campuran beberapa jenis

    gentian.- Combination Yarn Plied yarn yang dipintal dari beberapa single

    yarn yang berbeza kandungan gentiannya.

    3.0 TENUNAN

    3.1 DEFINISI Satu proses dimana 2 atau lebih yarn disulam berselang-seli di antara

    satu sama lain dalam satu sudut tepat. Proses ini diulang-ulang sehingga satu kain tenunan terhasil.

    2 set yarn digunakan dan dikenali sebagai;

    Yarn longsin (warp)

    Yarn pakan (weft)

    Yarn longsin -yarn menegak

    Yarn pakan - yarn melintang

    34

    B. Yarn longsin (warp)

    Yarn pakan (weft)

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    25/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Jenis-jenis Mesin tenun

    Table loom (tenun meja)

    Dobby loom (tenun dobby)

    Jacquard loom (tenun jacquard)

    3.2 LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM MENENUN KAIN

    1 . Shedding

    Barisan benang longsin (warp) terbuka dan terpisah di atas dan dibawahdengan menggunakan harness/shaft untuk menghasilkan satu ruang (gap)atau dikenali sebagai shed.

    2. Picking

    menyusup/memasukkan benang pakan (weft) melalui shed yang telahterbentuk

    3. Beating

    35

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    26/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    memukul/memampatkan benang pakan pada satu kedudukan denganmenggunakan Reed atau Batten (Sikat).

    4. Take-up

    menggulung kain yang telah siap ditenun pada beam

    3.3 JENIS-JENIS TENUNAN

    Tenunan Biasa (Plain Weave) Tenunan Kelarai (Twill) Tenunan Satin/Sateen Tenunan RibLain-lain Tenunan ( Pile, Honeycomb, Leno, dll. )

    A. Tenunan Biasa (Plain Weave)

    merupakan tenunan asas dimana benang pakan (weft) disusup ke atasdan ke bawah setiap benang longsin (warp) secara berselang-seli.

    paling mudah dihasilkan dan kerap digunakan.

    36

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    27/43

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    28/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Tenunan Rib

    2 atau lebihbenang pakan disusup atas 1 benang longsin dan bawah 1 benanglongsin. Kaedah ini dikenali sebagai Warp Rib

    sekiranya benang pakan disusup atas 2 benang longsin dan bawah 2benang longsin ia dikenali sebagai Weft Rib.

    CIRI-CIRI

    Kain kelihatan berjalur samada arah warp atau weft. Warp Rib jalur arah weft timbul. Weft Rib jalur arah warp timbul.

    38

    arah rib

    2/2 warp rib 3/3 warp rib

    Arah rib

    2/2 weft rib Haircord

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    29/43

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    30/43

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    31/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    8 harness sateen 5 harness sateen

    3.4 KNITTING

    41

    Tenun Biasa Tenun Kelarai Tenun Satin

    BatisteBuckramBelacuChambrayCantonKanvasFabrik cisGauzeGeorgetGingamLawnMuslinOrgandiOxfordPoplinSeersucker VoileFlanelFlanelet

    DenimDrillGaberdinFlanelflanelet

    AtlasBrokedDamask

    CONTOH-CONTOH FABRIK DARI TENUNAN ASAS.

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    32/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    A. TENUNAN PILE

    Pile kesan rupa permukaan kain yang terhasil disebabkan oleh loop-loopyarn.

    Loop-loop yarn ini terhasil daripada extra yarn yang timbul sama ada benangwarp atau benang weft dan disulam bersama-sama tenunan biasa untukmembentuk dasarnya.Contohnya kain Terry toweling

    Fabrik tenunan pail mempunyai yarn yang berdiri tegak dari lapisan bawahtenunan, mengakibatkan fabrik yang tebal sehingga ke inchi, denganpermukaan yang bergulung/looped atau tufted.

    Satu set benang pakan dan satu set benang lungsin membentuk lapisanfabrik bawah/base.Satu lagi set benang (disebut benang pail pakan atau lungsin) membentukpail. Benang-benang pail ini di sulam ke atas lapisan bawah tenunan

    Permukaan fabrik pail adalah dimana yarn berdiri tegak.Biasanya benang pail ini mengarah ke satu arah akibat dari berus sewaktuproses finishing/penyudahan

    42

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    33/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    B. SIFAT FABRIK PILE

    43

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    34/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Penebat haba yang baik kerana lapisan yang tebal dapat memerangkapudara.Penyerap air yang baik eg. Tuala.

    3.5 FABRIK KAIT/KNIT

    50% dpd fabrik membuat pakaian adalah dikait. Contohnya spt sweaters, t-shirt, baju golf, pakaian dalam, sarung tangan, baju renang, labih banyakdipakai oleh wanita, bayi dan kanak2.

    Banyak menggunakan getah elastik. Lain2 penggunaan spt carpet, alasmeja, selimut dan cadar, bandage.

    Mesin kait pertama oleh William Lee (England) 1775 mengait stokin suterautk Queen Elizabeth.

    3.6 PERBANDINGAN KAIT MELINTANG DAN KAIT MEMANJANG

    2 jenis kait iaitu kait melintang dan kait memanjang.

    Kait melintang/WEFT setiap benang weft terletak di arah mana fabrikitu dihasilkan. Benang terletak melintang.

    Kait memanjang/WARP setiap benang warp terletak ke arah mana

    fabrik itu dihasilkan. Benang terletak memanjang.

    Kait memanjang/warp Lebih stabil, tidak memeri, tidak berubah bentukdengan mudah, kurang mengikut bentuk badan, licin, keras bila dipegang,tak mudah menyerap kelembapan, mudah dijaga, ringan.Cth fabrik : Tricot, Raschel, Locknit

    Kait melintang/weft kurang stabil, memberi, mudah berubah bentuk,mengikut bentuk badan, licin dan berbulu, gebu, lembut dipegang, mudahmenyerap kelembapan, mudah dijaga, ringan dan sederhana berat.

    Cth fabrik :Jersey, Purl, Rib, Pique, Lacoste

    44

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    35/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    45

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    36/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    3.7 NON WOVEN FABRIC STRUCTURE

    Fabrik tanpa tenun ialah fabrik yang dibina terus daripada gentian dengan

    menggunakan beberapa teknik yang tertentu.

    Cth: Felt, Stitchbonded, Spunbonded, Needlepunching

    Kegunaan : Perubatan, Lampin pakai buang, Tapis minyak

    Dalam penghasilan atau pembinaan fabrik bukan tenun, dua langkah utamayang terlibat ialah

    1. pembentukan gentian kepada jaringan (web formation) iaitu: a) Tersusun, dengan gentian berada dalam satu arah selari disepanjang fabrik.b) Dua arah iaitu gentian disusun dalam arah melintang danmemanjang pada fabrik.c) Secara rawak dalam berbagai arah pada fabrik.

    2. penstabilan jaringan (web stabilization) a) Menggunakan pelekat,b) Menggunakan tekanan dan haba,

    c) Kaedah mekanikal

    PERBANDINGAN TENUN, KAIT DAN BUKAN TENUN

    Kelajuan penghasilan - Bukan tenun paling laju, Kait sederhana, Tenunperlahan.

    Kos penghasilan - Bukan tenun paling murah, kait sederhana, tenunmahal.

    Jumlah pengeluaran- Tenun paling banyak, Kait sederhana, Bukantenun paling kurang

    46

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    37/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    47

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    38/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    4.0 PENJAGAAN FABRIK

    4.1 PENCUCIAN Terdapat 2 kaedah cucian, iaitu Cucian Basah dan CucianKering ( Dry Cleaning )

    a) Cucian Basah - Terbahagi kpd 2:

    i) Cucian Tangan/ Hand WashProses kotoran dibersihkan daripada fabrik denganmenggunakan air dan detergent/sabun basuh dandilakukan secara manual atau menggunakan tangan. ii) Cucian Mesin/ Machine WashProses kotoran dibersihkan daripada fabrik dengan menggunakan air dandetergent/sabun basuh dengan kaedah putaran ( agitation ) di dalam sebuahmesin basuh.

    4.2 AGEN CUCIAN BASAH

    i) Detergent serbuk atau liquidii) Sabun sabun bukuiii) Air jenis air lembut/ soft water

    DETERGENT

    48

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    39/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    Air Tidak semua jenis air sesuai dibuat cucian.

    Terdapat 2 jenis air iaitu air lembut dan air liat .

    Air lembut ialah air yang bersih dan tulen serta mudah menghasilkanbuih sabun. Contohnya air sungai, air hujan . Oleh itu, air lembutsesuai dibuat cucian.

    Air liat pula adalah air yang mengandungi karbon dioksida dan garamgalian dan sukar utk membentuk buih sabun. Contohnya air hujanberasid, air kawasan batu kapur.

    49

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    40/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    b) Cucian Kering/ Dry CleaningProses kotoran dibersihkan daripada fabrik dengan TIDAK menggunakan air,sebaliknya menggunakan agen cucian kering, iaitu larutan petroleum ataularutan sintetik di dalam sebuah mesin basuh yang direka khas utk tujuantersebut

    Agen Cucian Keringi)Larutan petroleum - stoddard solvent

    ii)Larutan sintetik per chloro ethylene (PCE), tri chloro fluoro ethane(TCFE)

    4.3 BAHAN TAMBAHAN UNTUK CUCIAN

    Bahan-bahan tambahan kadangkala digunakan untuk menghasilkan cucianyang sempurna.

    Bahan-bahan ini termasuk:

    i) Peluntur/Bleachii) Pelembut fabrik/softeneriii) Pembasmi kuman

    iv) Bahan Pra-cuci/Pre-washv) Nila

    50

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    41/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    5.0 LABEL

    Panduan kpd pengguna tentang cara mencuci, peluntur, pengeringan &sterika

    Hak pengguna:

    panduan + kandungan + negara = Harga dibayarpenjagaan gentian pembuat berpatutan?

    ASTM GUIDE TO CARE SYMBOLS

    WASH

    MACHINEWASH

    CYCLES

    normalpermanent

    press

    delicate /

    gentleWATER TEMPERATURES

    handwash

    51

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    42/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    BLEACHany bleach when

    need

    only non-chlorinebleach

    when needed

    DRY

    TUMBLEDRYCYCLES

    normal permanent

    press

    delicate/gentile

    TUMBLEDRY HESTSETTING

    any

    heast

    high medium low no head

    air

    line dry /hang to

    dry

    dripdry

    dry flat

    IRON

    IRON-DRY ORSTEAM

    maximumtemperature

    200 C(390F) high

    150 C (300F)medium

    100 C(230F) low

    WARNING SYMBOLSFOR LAUNDERING

    do notwash

    do notbleach

    do not dry(use with do not

    wash)

    do not iron

    52

  • 7/30/2019 FFA 3211 KAJIAN FABRIK

    43/43

    FFA 3211 KAJIAN FABRIK WAN SAZARENA BINTI WAN AHMAD

    DRY -NORMAL

    CYCLE

    DRYCLEAN

    anysolvent

    any solventexcept

    trichloroethylene

    petroleumsolvent

    only

    do notdryclean

    DRYCLEAN - ADDITIONALINSTRUCTIONS

    shortcycle

    reducemoisture

    low heat no steamfinishing

    ADDITIONALINSTRUCTIONS(in symbols orwords)

    do notwring

    do nottumble dry

    in the shade(added to line dry, drip

    dry, or dry flat)

    no steam(added to

    iron)