3
Aplikasi fonetik dan fonologi dalam pengajaran Fonetik dan fonologi bermaksud pengajian yang melibatkan kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian ini, meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Tulisan fonetik dan fonemik amat ditekankan dalam ilmu fonetik dan fonologi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas kerana kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Jadi, murid-murid harus mengenali tulisan-tulisan tersebut dengan bunyinya sekali. Setelah murid- murid telah mengenali bunyi-bunyi huruf atau abjad, guru boleh memfokuskan untuk mengajar suku kata. Ilmu fonetik dan fonologi terutamanya tulisan fonetik, boleh disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara. Antaranya ialah pengaplikasian bunyi-bunyi vokal dan konsonan terlebih dahulu kepada murid-murid. Cara ini harus dilaksanakan pada peringkat permulaan kerana ia dapat memudahkan guru untuk mengajar tulisan fonetik. Pada tahap ini, guru perlu membantu murid-murid untuk memperkenalkan abjad-abjad atau huruf-huruf fonetik. Guru harus mengajar satu per satu huruf atau abjad agar murid-murid tidak keliru terutamanya murid darjah satu yang masih baru lagi untuk tulisan ini. Ini beraksud guru perlu mengajar 26 abjad. Abjad-abjad ini haruslah diajar dengan menyebut bunyi-bunyinya dengan jelas agar murid cepat mengenalinya. Guru juga harus sentiasa membiasakan penggunaan abjad- abjad ini di dalam kelas. Hal ini akan membantu murid-murid untuk cepat mengingatinya. Skinner ( 1957) dalam Owens (2008), menganggap bahawa pembelajaran bahasa perlu diulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Contohnya, guru harus mengajar setiap abjad dengan bunyinya beserta dengan tulisan fonetik. Guru juga boleh membuat jadual seperti berikut agar murid-murid dapat mengenali penggunaan abjad dan konsonan serta mengaplikasinya. Huruf Tulisan Bunyi Awal Tengah Akhir

fono

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fonotik

Citation preview

Page 1: fono

Aplikasi fonetik dan fonologi dalam pengajaran

Fonetik dan fonologi bermaksud pengajian yang melibatkan kajian terhadap

bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian ini,

meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan,

misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa

Melayu itu dihasilkan. Tulisan fonetik dan fonemik amat ditekankan dalam ilmu

fonetik dan fonologi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas kerana kaedah belajar

membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata

kepada sistem bacaan secara fonetik. Jadi, murid-murid harus mengenali tulisan-

tulisan tersebut dengan bunyinya sekali. Setelah murid-murid telah mengenali bunyi-

bunyi huruf atau abjad, guru boleh memfokuskan untuk mengajar suku kata. Ilmu

fonetik dan fonologi terutamanya tulisan fonetik, boleh disampaikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara.

Antaranya ialah pengaplikasian bunyi-bunyi vokal dan konsonan terlebih

dahulu kepada murid-murid. Cara ini harus dilaksanakan pada peringkat permulaan

kerana ia dapat memudahkan guru untuk mengajar tulisan fonetik. Pada tahap ini,

guru perlu membantu murid-murid untuk memperkenalkan abjad-abjad atau huruf-

huruf fonetik. Guru harus mengajar satu per satu huruf atau abjad agar murid-murid

tidak keliru terutamanya murid darjah satu yang masih baru lagi untuk tulisan ini. Ini

beraksud guru perlu mengajar 26 abjad. Abjad-abjad ini haruslah diajar dengan

menyebut bunyi-bunyinya dengan jelas agar murid cepat mengenalinya. Guru juga

harus sentiasa membiasakan penggunaan abjad-abjad ini di dalam kelas. Hal ini

akan membantu murid-murid untuk cepat mengingatinya. Skinner ( 1957) dalam

Owens (2008), menganggap bahawa pembelajaran bahasa perlu diulang-ulang

sehingga menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Contohnya, guru harus

mengajar setiap abjad dengan bunyinya beserta dengan tulisan fonetik. Guru juga

boleh membuat jadual seperti berikut agar murid-murid dapat mengenali

penggunaan abjad dan konsonan serta mengaplikasinya.

Page 2: fono

Huruf Tulisan

fonetik

Bunyi Awal Tengah Akhir

a [a] [a] Aku Batu Teka

Jadual 1 : Jadual pengaplikasian bunyi vokal dan konsonan

Kaedah kedua dalam pengaplikasian fonetik dan fonologi dalam proses

pembelajaran ialah mengajar mengikut kaedah fonetik. Kaedah ini juga senang untuk

diaplikasi jika murid-murid mahir dengan bunyi-bunyi abjad mengikut sistem fonetik.

Cara menggunakan kaedah ini ialah dengan menyebut bunyi setiap abjab yang ada

pada setiap suku kata dan gabungkannya. Contohnya, perkataan ‘baca’. Perkataan

ini merupakan gabungan daripada dua suku kata iaitu suku kata ‘ba’ dan ‘ca’. Suku

kata ‘ba’ harus dibunyikan secara berasingan mengikut abjadnya iaitu bunyi ‘beh’

bagi abjad ‘b’ dan bunyi ‘aaa’ bagi abjad ‘a’. Jika digabungkan kedua-dua bunyi ini ,

maka terhasilah bunyi suku kata iaitu ‘ba’. Cara yang sama juga diaplikasi bagi suku

kata yang kedua. Suku kata ‘ca’ harus dibunyikan secara berasingan mengikut

abjadnya iaitu bunyi ‘ceh’ bagi abjad ‘c’ dan bunyi ‘aaa’ bagi abjad ‘a’. Jika

digabungkan kedua-dua bunyi ini , maka terhasilah bunyi suku kata iaitu ‘ca’.

Hasilnya, murid boleh menyebutnya dengan penuh apabila mengabungkan kedua-

dua perkataan tersebut. Jadi, guru harus sentiasa melatihkan murid-murid untuk

membunyikan perkataan mengikut abjad dahulu. Setiap suku kata haruslah diulangi

beberapa kali agar dapat membunyikannya dengan betul. Secara tidak langsung,

murid-murid akan berjaya kuasai kaedah ini dengan mudah.

Cara ketiga ialah mengajar mengikut suku kata. Bagi mengajar murid suku

kata, guru boleh menggunakan kaedah ini. Kaedah ini akan membantu murid untuk

mengeja dan membaca suku kata dengan mudah. Suku kata ialah unit

penyusunaturan bunyi pertuturan. Suku kata juga merupakan bunyi atau urutan

bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan. Guru boleh mula mengajar dengan

menggunakan suku kata yang asas iaitu suku kata yang dimulakan dengan huruf

konsonan dan diakhiri dengan huruf vokal. Suku kata sebegini akan memudahkan

murid-murid untuk membacakannya pada tahap permulaan. Ini juga dipanggil

sebagai suku kata terbuka. Murid-murid perlu diajar dengan membentuk perkataan-

perkaatan yang mengandungi 2 suku kata terlebih dahalu. Contohnya, ‘bola’ iaitu

perkataan yang dihasilkan melalui suku kata ‘bo’ dan ‘la’. Perkataan-perkataan asas

yang mengadungi akan menjadi membantu mereka untuk memudahkan dan

mempercepatkan proses pembacaan dan pembunyian huruf pada tahap awal. Guru

Page 3: fono

harus memastikan bahawa murid-murid membunyikan atau menyebut suku kata

tersebut dengan betul. Kedudukan lidah dan bibir dalam penghasilan bunyi vokal dan

konsonan adalah penting untuk mengeluarkan bunyi yang betul.

Kesimpulannya, ilmu fonetik dan fonologi amat penting untuk memahami

penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap dalam kalangan

orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Selain itu, ilmu ini juga

penting kerana bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk

menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,

seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentangnya. Dengan mempunyai ilmu berkaitan bidang ini , ia membantu pembakuan

bahasa Melayu. Ini kerana bahasa baku berfungsi untuk menyatukan semua dialek

dan variasi yang lain dan seterusnya menyatukan semua daerah dan kawasan yang

lain.