24
Asia Tenggara adalah sebuah kawasan di bahagian tenggara Asia. Asia Tenggara merangkumi negara-negara berikut; Brunei Darussalam,Filipina,Indonesia,Kemboja,Laos, Malaysia,Myanmar, Singapura, Thailand,Timor-Leste, Vietnam . Negara terbesar di Asia Tenggara adalah Indonesia yang juga mempunyai penduduk paling ramai. Manakala Singapura merupakan negara terkecil. Brunei pula mempunyai penduduk paling sedikit. Kepadatan penduduk paling tinggi adalah di Singapura.Asia Tenggara dikelilingi oleh beberapa lautan, laut dan selat. Antaranya Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, juga Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Jawa dan Laut Sulawesi. Selain itu, Asia Tenggara juga dikelilingi oleh Selat Melaka yang merupakan selat terbesar di dunia.

GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

  • Upload
    nrl

  • View
    211

  • Download
    15

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI OLEH MAJORITI NEGARA ASIA TENGGARA IALAH KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI DI ANTARA SEKTOR LUAR BANDAR DENGAN BANDAR. BINCANGKAN.

Citation preview

Page 1: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

Asia Tenggara adalah sebuah kawasan di bahagian tenggara Asia. Asia Tenggara

merangkumi negara-negara berikut; Brunei Darussalam,Filipina,Indonesia,Kemboja,Laos,

Malaysia,Myanmar, Singapura, Thailand,Timor-Leste, Vietnam.

Negara terbesar di Asia Tenggara adalah Indonesia yang juga mempunyai penduduk

paling ramai. Manakala Singapura merupakan negara terkecil. Brunei pula mempunyai penduduk

paling sedikit. Kepadatan penduduk paling tinggi adalah di Singapura.Asia Tenggara dikelilingi

oleh beberapa lautan, laut dan selat. Antaranya Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, juga Laut China

Selatan, Laut Sulu, Laut Jawa dan Laut Sulawesi. Selain itu, Asia Tenggara juga dikelilingi oleh

Selat Melaka yang merupakan selat terbesar di dunia.

Page 2: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

Pentadbiran di Asia Tenggara telah memperkenalkan dasar ekonomi yang liberal,

bertujuan untuk memberi kemakmuran dan kebajikan kepada rakyat di rantau ini. Bagi

menjayakan system ini, kerajaan memerlukan modal sehingga menyebabkan mereka

meggalakkan pemodal dari luar bagi turut sama menyumbang dalam menjayakan rancangan

pembangunan ini. Antara rancangan utama yang dilaksanakan adalah projek pembinaan

infrastruktur, perlombongan dan perkilangan yang rata-rata bertumpu di kawasan bandar serta

pelabuhan. Dari aspek pemodenan pula, mereka melaksanakan projek pembinaan bandar baru

dan memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan moden.

Asia Tenggara, yang didiami hamper suku daripada penduduk dunia dan merupakan

salah sebuah rantau yang penuh dengan kepelbagaian, telah melalui pengalaman yang luar biasa

dalam pembangunan ekonomi sepanjang lebih daripada setengah abad. Walaupun dilanda

kemelut dari semasa ke semasa, secara umumnya benua ini masih berjaya mencapai dan

mengekal kadar pertumbuhan yang tinggi sepanjang tempoh itu, melalui transformasi yang pesat

dalam struktur ekonominya dan beralih daripada ekonomi yang berasaskan pertanian kepada

pengeluaran barangan dan perkhidmatan moden yang intensif modal. Negara-negara Asia

Tenggara, yang dahulunya terdiri daripada negara miskin dan kurang membangun selepas Perang

Dunia Kedua, kini diwakili oleh lima daripada dua puluh ekonomi terbesar di dunia dan

beberapa ekonominya adalah antara ekonomi yang paling pesat berkembang dan menyumbang

kira-kira satu pertiga daripada keluaran global dan perdagangan dunia.

(http://www.bnm.gov.my/?ch=bm_speech&pg=bm_speech_all&ac=359&lang=bm)

Page 3: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

Demi kemajuan dan pembangunan yang berterusan ini, strategi untuk rantau Asia

Tenggara ialah penyesuaian mengikut perubahan landskap; memanfaatkan kekuatan serantau dan

mengatasi kelemahan semasa serta risiko masa hadapan. Dua prinsip utama telah menyumbang

kepada kejayaan pada masa lalu, iaitu integrasi ekonomi serantau dan global dan pembangunan

yang inklusif. Negara-negara Asia Tenggara ini sentiasa mengamalkan dasar ekonomi yang

terbuka. Walaupun integrasi yang lebih meluas melangkaui sempadan negara akan diteruskan,

corak integrasi akan berubah. Integrasi ini akan menjadi semakin pelbagai antara ekonomi

sedang pesat membangun, khususnya di benua Asia. Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi

yang mampan, integrasi juga perlu mengambil kira pembangunan yang inklusif.

Melangkah ke hadapan, terdapat tiga bidang yang sangat kritikal bagi benua ini. Krisis

semasa menunjukkan kesan kebergantungan Asia tenggara terhadap perdagangan dan

permintaan akhir daripada ekonomi-ekonomi maju. Walaupun permintaan dalam negeri dan

perdagangan intrarantau telah mula meningkat, namun, hubungan perdagangan antara rantau ini

dengan komuniti global masih erat. Prestasi eksport yang teruk terjejas menyebabkan ekonomi

yang lebih terbuka di rantau ini dilanda kemelesetan, sementara ekonomi Asia Tenggara yang

lainnya mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Kemerosotan dalam perdagangan

dunia adalah sejajar dengan pengurangan permintaan akhir daripada ekonomi negara maju. Dasar

yang berorientasikan pandangan ke luar di seluruh Asia Tenggara dan pengantarabangsaan serta

integrasi menegak rantaian penawaran sektor perkilangan telah meningkatkan magnitud dan

menambah kecepatan penguncupan perdagangan Asia Tenggara. Oleh itu, strategi penting untuk

Page 4: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

Asia Tenggara pada masa hadapan ialah meningkatkan keseimbangan strategi pembangunan

yang berorientasikan pandangan ke luar dengan usaha untuk menggalakkan peranan permintaan

dalam negeri yang lebih besar. Pempelbagaian ekonomi ini akan memperkukuh daya tahan

dalam menghadapi kejutan luaran dan akan meningkatkan keseluruhan prospek pertumbuhan di

benua serantau.

Strategi kedua ialah pempelbagaian selanjutnya pasaran luaran, khususnya, untuk

mempercepat usaha menggalakkan hubungan perdagangan serantau yang lebih luas untuk Asia

Tenggara. Strategi ini juga akan mengubah komposisi perdagangan intrarantau daripada

penggunaan input pengantara untuk mengeluarkan barangan permintaan akhir kepada pasaran

tradisional, kepada komposisi yang lebih seimbang dengan peningkatan bahagian pengeluaran

bagi memenuhi permintaan akhir di Asia Tenggara. Pertama, apabila ekonomi sedang pesat

membangun, khususnya Asia Tenggara, telah menjadi pusat pertumbuhan yang penting, maka

destinasi eksport ke pasaran Asia Tenggara secara kumulatif akan berkembang pada masa

hadapan. Golongan menengah Asia Tenggara yang bertambah dengan cepat akan meningkatkan

permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akhir. Kedua, Asia Tenggara dapat

memanfaatkan kepelbagaiannya sebagai sumber pelengkap ekonomi. Flying Geese Model'

menggambarkan bagaimana Asia Tenggara telah, pada masa lalu, memanfaatkan

pempelbagaiannya. Melangkah ke hadapan, penekanan yang sama boleh disesuaikan melalui

pengeluaran barangan yang bukan semata-mata untuk permintaan akhir di luar Asia Tenggara.

Walaubagaimanapun, matlamat pembangunan ekonomi sesebuah negara seharusnya

bukanlah semata-mata berasaskan perdagangan, kewangan ataupun kekayaan. Pembangunan

Page 5: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

ekonomi pada dasarnya adalah berkaitan dengan kebajikan rakyat, iaitu pertumbuhan ekonomi

hanya sebagai wahana untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik secara berterusan. Asia

Tenggara turut mencapai kemajuan yang ketara dalam konteks ini. Perkembangan pesat

mendorong kenaikan lebih daripada empat kali ganda pendapatan per kapita purata, serta

mengeluarkan lebih daripada 500 juta orang daripada belenggu kemiskinan dan kemelaratan

sejak tahun 1980-an. Kadar kemiskinan di telah menurun dengan mendadak daripada 80% pada

tahun 1981 kepada 16% daripada jumlah keseluruhan penduduk pada tahun 2005. Selain

keadaan sosial yang asas menambah baik dengan ketara, kemajuan yang nyata juga dicapai

dengan usaha menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti.

Sementara penduduk bandar di telah meningkat lebih enam kali ganda, purata jangka hayat telah

meningkat sebanyak 25 tahun kepada 72 tahun dan kadar celik huruf purata melebihi 90%. Apa

yang membuatkan pencapaian ini luar biasa adalah kerana semuanya dicapai dalam tempoh masa

yang secara relatif singkat, iaitu kurang daripada dua generasi.

Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor

pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asian Tenggara masih mendiami

kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

Prestasi sektor pertanian sejak beberapa dekad yang lalu menunjukkan pola yang berbeza-beza di

antara negara membangun. Output pertanian telah meningkat lebih daripada 60% sejak awal

tahun 1970an, pengeluaran padi meningkat 2 kali ganda, eksport bahan dan tanaman industri

juga meningkat dengan pesat. Peningkatan yang signifikan ini berlaku disebabkan oleh

kepelbagaian dalam sistem pertanian.

Page 6: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

Namun demikian, dikebanyakan negara di Asia Tenggara dapat dilihat syer tenaga kerja

di sektor pertanian dan sumbanganya kepada KDNK semakin merosot jika dibandingkan dengan

sumbangan oleh sektor pembuatan.

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada tahun 1967

oleh negara-negara pengasas yang terdiri daripada Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia dan

Thailand. Pada tahap ini anggota ASEAN menerajui wawasan bahawa setiap negara di Asia

Tenggara bekerjasama secara aktif ke arah keamanan, kestabilan, kemajuan serta kesejahteraan

rantau tersebut. Ini merupakan satu wawasan yang berani memandangkan keadaan di Asia

Tenggara pada masa itu yang amat terpisah akibat konflik ideologi dan peperangan.

“Pertubuhan ini mewakili kehendak bersama negara-negara Asia Tenggara untuk

bersatu dalam semangat persahabatan serta kerjasama dan melalui usaha serta

pengorbanan bersama memastikan keamanan dan kesejahteraan untuk setiap rakyat”.

Deklarasi ASEAN 8 Ogos 1967

Pada tahun 2011, pendapatan per kapita Kemboja mengikut adalah $2,470 secara pariti

kuasa beli dan $1,040 secara nominal. Pendapatan per kapita negara ini kian meningkat tetapi

masih rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kebanyakan isirumah luar

bandar bergantung pada sektor pertanian dan asas tani. Beras, ikan, kayu balak, pakaian, dan

getah adalah eksport utama Kemboja.Salah satu cabaran paling getir yang dihadapi oleh

Page 7: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

Kemboja adalah hakikat bahawa rakyat jelata dewasa yang kurang bependidikan, terutamanya di

kawasan desa yang mengalami ketiadaan prasarana asas. Kekhuatiran akan kembalinya

keruntuhan politik dan rasuah dalam kalangan pemerintah menghindarkan pelaburan asing serta

melengahkan bantuan asing, namun terdapat sejumlah bantuan yang banyak dari penderma yang

berupa pertubuhan pelbagai bangsa. Para penderma membekalkan $504 juta kepada negara ini

pada 2004, sementara Bank Pembangunan Asia sahaja turut menawarkan pinjaman, geran, dan

bantuan teknikal sebanyak $850 juta. Syarikat-syarikat yang beroperasi di Kemboja sering

berdepan dengan tuntutan sogokan apabila memohon lesen dan permit, terutamanya yang

berkenaan pembinaan. Kemboja menduduki kalangan tangga tercorot di dunia untuk kesatuan

sekerja dalam Indeks Hak Asasi Global International Trade Union Confederation (ITUC) 2015,

iaitu dalam kategori "tiada jaminan hak".

Filipina ialah sebuah negara membangun di Asia Tenggara, serta salah satu negara

perindustrian yang baru di dunia. Pada tahun 2004, negara ini ditempatkan sebagai ekonomi ke-

24 terbesar di dunia oleh Bank Dunia, berasaskan pariti kuasa belinya. Sektor-sektor ekonomi

Filipina yang penting termasuk pertanian dan industri, khususnya pemprosesan makanan, tekstil

dan pakaian, serta elektronik dan barang ganti kereta. Kebanyakan industrinya tertumpu di

kawasan-kawasan bandar di sekitar metropolitan Manila. Pelombongan juga mempunyai potensi

yang besar di Filipina yang memiliki simpanan-simpan kromit, nikel, dan tembaga yang kaya.

Gas asli yang baru-baru ini ditemukan berhampiran pulau Palawan juga merupakan suatu

tambahan kepada simpanan-simpanan tenaga geoterma, hidro, dan batu arangnya yang besar.

Page 8: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

Walaupun terdapat harapan ekonomi yang positif, kerajaan Filipina masih menghadapi

berbagai-bagai cabaran dalam banyak bidang, termasuk agihan kekayaan yang tidak serata, serta

kemiskinan yang masih tinggi. Amalan rasuah masih merupakan suatu masalah besar dan

ketakstabilan politik masih merupakan suatu kenyataan.

Pengeluaran perindustrian tertumpu kepada operasi-operasi pemprosesan dan

pemasangan seperti yang berikut: makanan, minuman, tembakau, keluaran-keluaran getah,

tekstil, pakaian dan kasut, bahan farmaseutik, cat, papan lapis dan venir, kertas dan keluaran

kertas, perkakas kecil, serta elektronik. Industri-industri yang lebih berat dikuasai oleh

pengeluaran simen, kaca, bahan kimia perindustrian, baja, besi dan keluli, serta keluaran

petroleum tertapis.

Sektor perindustrian tertumpu di kawasan-kawasan bandar, khususnya di kawasan

metropolitan Manila dan hanya mempunyai hubungan-hubungan yang lemah dengan ekonomi

luar bandar. Infrastruktur, pengangkutan, dan komunikasi yang tidak sempurna telah menghalang

pertumbuhan perindustrian yang lebih cepat setakat ini.

Di Malaysia pula, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), semua negeri

telah mencatat pertumbuhan ekonomi dan peningkatan dalam pendapatan isirumah bulanan

purata. Kualiti hidup di kawasan luar bandar dan bandar juga telah meningkat. Walau

bagaimanapun, dari segi keseimbangan wilayah, tidak banyak kemajuan dicapai dalam

mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri serta kawasan luar bandar dengan

bandar. Pembangunan wilayah yang seimbang akan kekal sebagai salah satu objektif utama

Page 9: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

pembangunan negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Langkah akan

diambil bagi mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan negeri serta

kawasan luar bandar dengan bandar. Sehubungan itu, pembangunan merentasi sempadan antara

negeri akan diberi penekanan manakala pembangunan di pusat pertumbuhan sedia ada akan

dipergiat lagi. Penekanan juga akan diberi kepada pembangunan pusat pertumbuhan luar bandar

dan konurbasi1 bandar dengan menjana aktiviti menghasilkan pendapatan dan meningkatkan

kualiti hidup. Pembangunan negeri di bawah pertumbuhan segi tiga wilayah kecil ASEAN akan

terus dikembangkan melalui peningkatan dalam perdagangan, pelaburan dan pelancongan

berasaskan kerjasama wilayah kecil ASEAN sedia ada dan kerjasama dua hala.

Jurang antara Luar Bandar dengan Bandar

Dalam tempoh Rancangan, jumlah penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar

meningkat daripada 8.93 juta pada tahun 2000 kepada 9.90 juta pada tahun 2005. Walau

bagaimanapun, peratusannya berkurangan daripada 38.0 peratus pada tahun 2000 kepada 37.0

peratus pada tahun 2005. Pengurangan ini disebabkan oleh proses pembandaran dan

penghijrahan keluar golongan muda untuk mencari peluang ekonomi yang lebih baik ke kawasan

bandar.

Usaha telah diambil untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif di luar bandar

bagi menarik pelaburan serta mengekalkan ketenangan kehidupan desa dengan segala

kemudahan asas serta infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti. Pelbagai program

dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti infrastruktur dan perkhidmatan di luar bandar. Program

yang diperkenalkan termasuk pembangunan modal insan dan institusi, pembasmian kemiskinan,

Page 10: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

penyediaan infrastruktur asas, kemudahan asas dan sosial, keusahawanan luar bandar dan

program perindustrian, pendidikan dan kesihatan, jaringan komunikasi serta pembangunan tanah

dan wilayah.

Program pembangunan tanah dan wilayah telah menyumbang kepada pembangunan di

luar bandar. Program pembangunan ini termasuklah pembinaan kilang dan rumah kos rendah di

119 kampung dan 27 kawasan bandar baru. Di samping itu, sejumlah 2,146,710 hektar tanah

telah dipulih dan dibangunkan semula. Hasil daripada usaha membangunkan kawasan luar

bandar, pendapatan bulanan purata isi rumah luar bandar meningkat daripada RM1,718 pada

tahun 1999 kepada RM1,875 pada tahun 2004 manakala kadar kemiskinan berkurangan daripada

14.8 peratus kepada 11.9 peratus. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan di luar bandar masih

lagi tinggi berbanding di bandar. Secara keseluruhan, walaupun penekanan telah diberikan

kepada pembangunan luar bandar sepanjang tempoh Rancangan, jurang pembangunan antara

luar bandar dengan bandar terus melebar, terutamanya dari segi jurang pendapatan yang telah

meningkat daripada 1:1.81 pada tahun 1999 kepada 1:2.11 pada tahun 2004.

Penduduk bandar meningkat daripada 14.57 juta atau 62.0 peratus pada tahun 2000

kepada 16.85 juta atau 63.0 peratus pada tahun 2005, seperti ditunjukkan dalam Jadual 17-5.

Kadar pembandaran di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, Melaka dan Johor

lebih tinggi berbanding kadar pembandaran negara terutama disebabkan wujudnya lebih banyak

peluang pekerjaan dan perniagaan. Mengikut wilayah, wilayah tengah mencatat bilangan

Page 11: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

penduduk bandar tertinggi, iaitu seramai 6.98 juta pada tahun 2005 manakala Sarawak mencatat

bilangan paling rendah seramai 1.16 juta. Dalam tempoh Rancangan, strategi pembangunan

bandar menekankan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan perbandaran bagi memastikan

kawasan bandar lebih selesa didiami dan penduduknya menikmati kualiti hidup yang lebih

tinggi. Strategi ini termasuk memperbaik perancangan dan pengurusan bandar, menyediakan

kemudahan utiliti dan sosial, meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta membasmi

kemiskinan. Di samping itu, usaha telah diambil bagi memastikan kawasan bandar lebih selamat

dan bebas daripada jenayah.

Kerjasama Wilayah Kecil ASEAN

Selaras dengan strategi pembangunan wilayah serta untuk meningkatkan pembangunan di

kawasan sempadan antarabangsa, pelbagai kerjasama dengan negara jiran telah diambil. Usaha

ini dilaksanakan melalui mekanisme kerjasama wilayah kecil ASEAN, iaitu Kawasan

Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), Kawasan Pertumbuhan

ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan

Jawatankuasa Malaysia-Thailand bagi Strategi Pembangunan Bersama Kawasan Sempadan

(JDS). Sektor swasta adalah peneraju utama dalam pembangunan projek usaha sama di wilayah

kecil tersebut manakala kerajaan negara anggota membantu memudahkan usaha berkenaan.

Pelbagai projek dilaksanakan di bawah kerjasama IMT-GT dan BIMPEAGA.

Page 12: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

Pencapaian utama termasuk:

• pengecualian cukai fiskal kepada rakyat Indonesia yang bergerak di

kawasan IMT-GT dan BIMP-EAGA bagi meningkatkan pergerakan

penduduk dan pelancongan di kawasan tersebut;

• peningkatan hubungan udara antara bandar di negeri dan provinsi

yang terlibat. Antara hubungan udara yang telah diadakan di IMT-GT

adalah penerbangan di antara KLIA dan Medan, Pekanbaru, Padang,

Palembang dan Hat Yai; di antara Pulau Pinang dan Medan; dan

antara Melaka dan Pekanbaru. Di BIMP-EAGA, hubungan udara telah

ditubuhkan di antara Tawau-Tarakan dan Kuching-Pontianak; dan

• peningkatan laluan laut di IMT-GT seperti Pulau Pinang-Belawan, Pulau

Pinang-Kantang, Langkawi-Satun, Melaka-Dumai dan Melaka-Pekanbaru.

Di BIMP-EAGA, laluan laut ini termasuk Sandakan-Zamboanga,

Sandakan-Tawi-Tawi, Tawau-Nunukan, Tawau-Tarakan dan Wilayah

Persekutuan Labuan-Muara.

Jawatankuasa JDS yang ditubuhkan pada tahun 2004 semasa mesyuarat dua hala antara Perdana

Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Thailand ditugas untuk melaksanakan secara bersama

perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan sempadan. Objektif kerjasama ini

adalah untuk memupuk semangat perkongsian dan meningkatkan kemakmuran serta kualiti

hidup di kawasan terlibat, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Pengkalan Hulu, Perak di Malaysia

Page 13: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

dan Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand. Pelan Tindakan JDS yang

merupakan asas kerjasama telah diterima pakai pada Ogos 2004. Pelan ini merangkumi sembilan

bidang utama, iaitu infrastruktur asas dan pengangkutan, pembangunan sumber manusia,

pelancongan, kebudayaan, perdagangan dan pelaburan, pertanian, kewangan, tenaga dan bantuan

bencana. Projek di bawah JDS yang telah dimulakan dalam tempoh Rancangan ialah kerja awal

pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Durian Burong, Kedah pada

tahun 2004. Di samping itu, jambatan yang menghubungkan Bukit Bunga, Malaysia dan Buketa,

Thailand telah dirancang bersama berasaskan perkongsian kos sama rata.

Dalam isu kemiskinan - ASEAN sedang memperkukuhkan pasarannya agar dapat

menyaingi kuasa-kuasa ekonomi besar yang lain. Usaha-usaha oleh negara-negara ASEAN

untuk mengintegrasikan ekonomi serantau dengan mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN

(AEC) pada tahun 2015 akan menjadikan rantau ASEAN sebuah rantau yang dinamik yang terus

menarik minat pelabur untuk memperluaskan perniagaan dan pelaburan serta membuka peluang

yang lebih luas kepada penduduk-penduduk ASEAN dan syarikat-syarikat dari negara anggota

ASEAN bagi meningkatkan jaringan perniagaan dan pelaburan.

Mengenai integrasi ekonomi - melalui pelaksanaan AEC telah memperlihatkan

pertumbuhan ekonomi yang stabil dan positif di rantau ASEAN melalui pembukaan dan

peluasan pasaran baru dan kemasukan pelaburan langsung asing. Selain itu, AEC juga

menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang pembuatan dan

perkhidmatan melalui liberalisasi perdagangan barangan dan perkhidmatan. Inisiatif-inisiatif

AEC sedemikian menyumbang ke arah peningkatan pendapatan per kapita penduduk di rantau

ini sekaligus dapat mengurangkan jurang pendapatan dan pembangunan penduduk di kawasan

Page 14: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

luar bandar. Pembangunan ekonomi yang inklusif, penting dalam usaha kerajaan negara anggota

ASEAN termasuk Malaysia untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara masing-masing

serta mengurangkan jurang ekonomi antara negara-anggota ASEAN.

KESIMPULAN

Dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya lima puluh tahun, Asia Tenggara, yang

begitu luas kepelbagaiannya dengan penduduk, etnik, struktur sosial dan rejim politik, telah

mencapai kemajuan yang mampu dibanggakan. Walaupun menghadapi cabaran yang besar dan

berbeza daripada proses urbanisasi dan ketidakseimbangan pendapatan yang makin meningkat

hinggalah kepada krisis ekonomi dan ketidakstabilan sosial, benua ini telah berkali-kali bangkit

semula dan terus mencapai kemajuan ekonomi. Keajaiban ini tidak dicapai secara kebetulan,

tetapi dengan dasar-dasar yang pragmatis, memastikan asas-asas ekonomi yang kukuh dan

institusi-institusi yang teguh.

Hari ini, anjakan global yang tercetus oleh krisis ekonomi dan kewangan global yang

buruk telah mengakibatkan semakin meningkatnya pembentukan dunia yang pelbagai polarnya.

Dalam fasa baharu globalisasi ini, pemusatan kuasa ekonomi dalam ekonomi global akan

menjadi lebih luas. Asia Tenggara juga akan menjadi sebahagian dari masa hadapan yang bakal

muncul ini. Justeru, benua ini perlu mengkaji semula dan sewajarnya mengubah pembangunan

yang sedia dalam persekitaran yang baharu ini. Yang ketara, pengukuhan ekonomi dalam negara-

negara Asia Tenggara telah disokong oleh institusi-institusi yang bersesuaian, pasaran kewangan

Page 15: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

yang terus maju dan integrasi kewangan serantau yang lebih meluas, yang diperkuat oleh

kerjasama serantau secara keseluruhan. Dengan trend ini kian ketara, ia tidak sahaja akan

menyumbang dalam menyerlahkan potensi yang sepenuhnya, tetapi juga akan menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang.

Page 16: GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

RUJUKAN :

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Kemboja . Diakses pada; 1 Febuari 2016

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Filipina Diakses pada; 1 Febuari 2016

3. (2015, April 4) MAKMURKAN ASEAN. Diakses dari

http://www.utusan.com.my/rencana/makmurkan-asean-1.84800

4. http://azwantamin.blogspot.my/2010/05/sejarah-penubuhan-asean.html Diakses pada; 1 Febuari 2016

5. Bab17, Ke Arah Pembangunan Wilayah yang Seimbang. Diakses dari;

http://www.epu.gov.my/epu-theme/rm9/bahasa/Bab17.pdf