Upload
thilagess-devarajoo
View
244
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
3.0 LAPORAN KHIDMAT KOMUNITI PERKHEMAHAN PERDANA
UNIT BERUNIFORM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2014
Tajuk : Laporan Khidmat Komuniti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform IPG KPI 2014
Tarikh : 11 September 2014
Masa : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Kem Bina Negara Ulu Sepri,Rembau.
3.1 Pengenalan
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
telah diadakan pada 8 sehingga 11 September 2014 bertempat di Kem Bina Negara Ulu
Sepri,Rembau.Satu aktiviti khidmat komuniti telah dijalankan didalam Perkhemahan
Perdana tersebut. Kesan daripada beberapa aktiviti yang dijalankan menyebabkan
berlakunya beberapa keadaan yang tidak sedap mata memandang.Terdapat beberapa
tempat yang menjadi tumpuan utama aktiviti khidmat komuniti seperti
sungai,tandas,kawasan perkhemahan,kawasan memasak,dan lain-lain lagi. Oleh hal
demikian,aktiviti khidmat komuniti perlu dijalankan bagi membersihkan dan memastikan
keadaan kembali pulih seperti asalnya.
3.2 Objektif
Antara Objektif Khidmat Komuniti yang dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar melakukan aktiviti kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat supaya membentuk
sifat dan sahsiah terpuji.Selain itu,ianya bertujuan merapatkan perhubungan silaturrahim
yang akrab di antara satu sama lain di samping membentuk satu ikatan yang
kukuh.Tambahan pula,program ini dapat membentuk kerjasama yang erat di antara pelajar
dan menempuh nilai-nilai murni dalam kumpulan dan seterusnya membentuk satu
perhubungan baik antara masyarakat setempat dan bakal-bakal guru.
3.3 Laporan Khidmat Komuniti
3.3.1 Sebelum
Para peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendengar taklimat daripada pengerusi
iaitu Saudara Fikri bin Mat Arip dan Pensyarah penasihat iaitu Puan Noreha binti
Sarkawi.Didalam taklimat tersebut,Pengerusi telah menyatakan beberapa tempat yang perlu
diberi keutamaan iaitu kawasan perkhemahan,kawasan memasak,kawasan
persekitaran,tandas,kelas dan lain-lain lagi. Sebanyak 8 kumpulan besar dan 4 kumpulan
kecil telah dibentuk bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti.Ketua
dilantik untuk setiap kumpulan dan menjadi orang tengah dalam penyampaian maklumat
dan tugasan.Sejurus kemudian,Ketua kumpulan diminta mengambil peralatan yang
diperlukan bagi memudahkan urusan gotong-royong yang dijalankan.Seterusnya,Puan
Noreha memperincikan aspek-aspek yang perlu dijaga semasa melaksanakan aktiviti
gotong –royong seperti keselamatan,kebersihan dan sebagainya.
3.3.2 Semasa
Aktiviti gotong-royong dimulakan tepat jam 8.00 pagi.Setiap kumpulan bergerak ketempat
yang telah ditentukan.Di tapak perkhemahan,kumpulan dipecahkan lagi kepada bahagian
tugasan iaitu mengemas khemah,mengutip sampah,meruntuhkan gadget dan lain-lain
lagi.Khemah yang siap dikemas dimasukkan kedalam beg dan disusun disatu tempat bagi
memudahkan urusan penyimpanan.Gadget yang dihasilkan mengunakkan
buluh,diruntuhkan dan dirombakkan.Buluh-buluh itu kemudian dibawa ketempat yang telah
ditetapkan yang berhampiran dengan kawasan perkhemahan tersebut.Antara peralatan
yang digunakan semasa merombak ikatan ialah parang,pisau,gunting dan
sebagainya.Manakala kumpulan yang ditugaskan membersihkan tandas pula bergabung
dengan wakli unit beruniform yang lain iaitu Pengakap,Pandu Puteri,Kadet Remaja Sekolah
dan Pergerakan Puteri Islam.Dua buah tandas yang dibersihkan iaitu tandas peserta lelaki
dan tandas peserta perempuan.Keadaan tandas yang agak kotor menyebabkan
ketidakselesaan pengguna terutamanya pada bahagian lantai yang tercemar akibat lumpur
dan kesan tapak kasut peserta.Oleh hal demikian,Kumpulan yang bertugas menggunakan
beberapa alatan seperti penyapu,mop, dan pencuci untuk mencuci bahagian lantai
tandas.Selain itu,kolah juga dibersihkan dan diisi dengan air yang bersih untuk kegunaan
ramai.Di kawasan masakan pula,ketua kumpulan membuat pembahagian kerja dengan
efektif lantaran kerja yang berlambak.Antara kerja atau tugasan yang diagihkan ialah
membersihkan periuk dan alatan masakan.Alatan-alatan masakan yang dibasuh dan
dibersihkan dengan baik kemudiannya disusun sebelum diangkut kedalam bas.Bahan
mentah yang masih berbaki pula dimasukkan didalam kotak dan disusun dengan baik.Selain
itu,peserta juga membersihkan longkang yang tercemar oleh sisa-sisa bahan mentah dan
makanan.Kawasan sekitar itu disapu dan dibersihkan dengan sempurna.
3.3.3 Selepas
Selesai aktiviti gotong-royong dijalankan,Puan Noreha selaku pensyarah penasihat
membuat pemantauan terhadap kawasan yang telah ditetapkan.Beliau membuat penilaian
terhadap tahap hasil kerja para peserta.Beliau mengarahkan supaya para peserta
mengumpulkan beg,barang dan segala alatan pada suatu tempat yang lebih mudah untuk
diangkut kedalam bas.Barangan dan peralatan yang digunakan sepanjang berjalannya
perkhemahan disemak supaya tidak ada yang tertinggal ataupun hilang.Setelah itu,Beliau
berpuas hati dan memberikan peluang kepada peserta untuk menguruskan diri.Hasil
daripada khidmat komuniti yang dijalankan,tapak perkhemahan kelihatan lebih bersih dan
harmoni berbanding sebelum kehadiran peserta kesana.Para peserta kemudian bergerak ke
Dewan untuk Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform peringkat IPG
Kampus Pendidikan Islam 2014.
3.4 Rumusan
Aktiviti Khidmat Komuniti ini diharapkan dapat memberi pelbagai manfaat dan faedah
kepada para pelajar dan masyarakat setempat. Semoga matlamat mangadakan aktiviti ini
dapat dicapai sebagaimana yang dihasratkan melalui objektif pelaksanaannya. Justeru
pelajar mampu untuk menjadi seorang guru yang berkualiti sebagaimana yang dihasratkan
melalui Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
4.0 PENUTUP
Sesungguhnya tugasan kerja kursus WAJ 3111 Unit Beruniform PISMP Semester 4 Ambilan
Januari 2013 amatlah bermanfaat dan efektif.Para Pelajar memprolehi pengalaman
menyediakan kertas kerje khususnya kertas kerja Perkhemahan Perdana Unit Beruniform
yang menjadi aset dan pengetahuan yang penting apabila berguru kelak.Penghasilan kertas
kerja membolehkan bakal guru belajar untuk merancang,menyusun dan mengatur sesuatu
perkara.Pengalaman ini mampu menjadikan bakal guru seorang yang bijak dala merancang
sesuatu perkara malahan pengalaman yang sama mampu digunakan untuk menghasilkan
pelbagai lagi jenis kertas kerja.
Kertas Kerja yang berkualiti,terperinci,tepat dan sempurna memudahkan sesuatu kelulusan
daripada pihak tertentu.Ketelitian amat penting didalam menghasilkan sesuatu
perkara.Justeru itu,tugasan ini melatih bakal guru agar teliti dan sentiasa berwaspada
dengan segala perkara.Sifat teliti pasti menjanjikan hasil yang cantik,baik dan sempurna.
Selain itu,aktiviti khidmat komuniti amatlah memberi manfaat yang sangat banyak dalam diri
para peserta.Bakal guru dapat mengenali potensi diri, bangga dengan bakat dan yakin
dengan diri sendiri. Kemahiran yang disediakan dalam program ini amatlah sangat berguna
kepada bakal guru .Nilai kesepaduan dan kerjasama dalam mengharungi kehidupan
sebagai guru diterjemahkan dengan sangat jelas melalui aktiviti-aktiviti seperti menebas,
memasak, membersihkan kawasan dan mengemas peralatan. Program ini memberi
kesempurnaan yang amat jelas dari segi fizikal malahan mental kepada seseorang guru.
Penyediaan laporan membolehkan peserta dapat mengimbas kembali perkara yang
dipelajari semasa aktiviti khidmat komuniti.Bakal guru akan lebih bersedia dan terdedah
dengan amalan kerja guru di sekolah.
Diharapkan agar tugasan ini terus menerus memberi manfaat kepada semua warga
pendidikan samada sebagai bahan rujukan mahupun medium penyampaian
maklumat.Semoga tugasan sebegini akan terus diperkemaskan dengan pelbagai variasi
yang lebih efektif dan seterusnya dapat melahirkan guru yang seimbang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
5.0 REFLEKSI
Alhamdulillah,Syukur kehadrat Allah S.W.T diatas keizinan-Nya dapat jua saya menyiapkan
tugasan kerja kursus WAJ 3111 Unit Beruniform dengan jayanya.Sebelum menyiapkan
tugasan ini saya seorang yang sangat lemah dalam merancang sesuatu perkara.Setiap
pekerjaan yang saya lakukan kurang teratur dan tidak tersusun.Namun apabila terlibat
dalam menyediakan kertas kerja Perkhemahan Perdana Unit Beruniform,saya mula sedar
bahawa merancang adalah sesuatu perkara yang penting.Perancangan yang rapi dan baik
akan memudahkan setiap urusan yang kita bakal lakukan.Didalam menghasilkan kertas
kerja,pemikiran perlu lebih kehadapan dan membayangkan keadaan yang bakal terjadi.Saya
melihat banyak keadaan yang berkemungkinan terjadi dan perlunya rancangan kedua
ataupun ‘plan B’.Sikap suka merancang membolehkan seseorang itu lebih bersedia
terutamanya dalam kehidupan seorang guru kelak.
Selain itu,saya juga belajar penyelesaian masalah didalam menghasilkan sesuatu kertas
kerja.Melihat kepada beberapa masalah dan kekurangan yang bakal dihadapi,pemikiran
saya lebih terbuka.Antara masalah yang perlu dihadapi ialah pemilihan masa,tempat,dan
anggaran perbelanjaan yang sesuai.Seorang bakal guru seperti saya mestilah berusaha
memilih kesesuaian yang bertepatan dengan masa persekolahan,keselesaan dan
peruntukkan kewangan.Saya sedar bahawa untuk melaksanakan sesuatu program bukanlah
sesuatu yang mudah.Setiap masalah dan cabaran yang dating hendaklah dihadapi dengan
tabah dan teguh.
Selain itu,saya juga dapat belajar cara untuk menyediakan laporan dengan baik.Membuat
semakan format laporan memberikan saya pendedahan terhadap tugasan guru kelak.Sudah
pastinya saya akan berhadapan dengan tugasan yang sama apabila bekerja kelak.Melalui
penulisan laporan khidmat komuniti saya dapat mengingati kembali peristiwa yang berlaku
sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.Nilai kerjasama dan bantu-membantu Berjaya dipupuk
dalam setiap peserta seperti aur dengan tebing.Setiap perkara dilakukan bersama,yang
berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Saya dapat merasakan hubungan yang mesra
didalam melaksanakan aktiviti khidmat komuniti tersebut.
Saya berharap agar tugasan ini akan terus dibuat penambahbaikkan pada masa yang akan
dating.Di sini saya bercadang agar tugasan pada masa hadapan lebih bersifat moden dan
teknologi.Sebagai contohnya,laporan disediakan menggunakan aplikasi web 2.0 yang
membolehkan peserta menayangkan gambar tanpa had dan menjimatkan.Melalui
penggunaan aplikasi web 2.0 juga dapat mengongsikan maklumat secara umum dan dapat
dijadikan sumber rujukan oleh warga pengguna.Antara kebaikan laporan yang disediakan
dengan menggunakan aplikasi web 2.0 ialah perkongsian tanpa had,lebih jelas dan
terperinci serta bukan sahaja dapat menayangkan gambar semata-mata malahan dapat
memuatkan video aktiviti.Selain itu,ianya lebih tahan lama dan dapat diakses oleh semua
pengguna.Selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat,maka wajarlah
tugasan untuk melengkapkan seorang guru mengikut arus pemodenan
Negara.Sekian,terima kasih.