32
PJM 3107 GIMNASTIK [Pick the date] [email protected] Page 1 SEJARAH PERKEMBANGAN GIMNASTIK

Gimnastik artistik-skala

  • Upload
    ebak

  • View
    11.472

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin (2006)

Citation preview

Page 1: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 1

SEJARAH

PERKEMBANGAN

GIMNASTIK

Page 2: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 2

Pengenalan

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-

ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran

kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap

sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang

berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko

kecederaan yang teruk.

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk

memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid

sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan,

pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut

Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan

fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih

banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor.

Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.

Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan

dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola

pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik.

Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan

kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

Pendaratan

Statik

Gerak edar

Putaran

Hamburan

Ayunan

Page 3: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 3

Sejarah Gimnastik.

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman

beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat

pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah

menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100

tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini

sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli

falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja

sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat. Hipocrates, Gelen yang

terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik.

Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan.

Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina

sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol

yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda.

Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi

pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa

ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya. Buku Gymnastics for Youth oleh

Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan

keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan

gimnastik. Terdapat dua

nama yang terkenal iaitu

Pehr Ling dan Jonan

Ludwin Jahn pada awal

kurun ke 19 dalam sukan

gimnastik. Ling telah

mencipta gerakan asas

dalam pendidikan

jasmani sehingga

sekarang gerakan asas

Page 4: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 4

ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang

masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea

Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika

Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun

1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah

ditubuhkan. Kelab gimnastik atau turnverein merupakan idea Jane yang telah mendapat

sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19

sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman.

Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada

pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan.

Gimnastik Swedish berdasarkan pergerakan berirama. Di negara Eropah yang

penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata

pelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan Olimpik 1896 acara gimnastik pertama

telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia,

Jepun, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara

gimnastik yang dipertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai

pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952.Rusia

telah memenangi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki

sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang

dipertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam

kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa

yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu:

Sukan Olimpik

Kejohanan Dunia

Kejohanan Eropah

Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali begitu juga dengan kejohanan gimnastik

dunia namun kedua-dua kejohanan tidak dipertandingkan dalam tahun yang sama.

Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya

pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja dipertandingkan dan dihadkan

penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita.

Page 5: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 5

KEMAHIRAN ASAS

GIMNASTIK

(DIRIAN SKALA)

Page 6: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 6

2.1 Imbangan Skala

Imbangan skala ialah satu kemahiran yang sering digunakan oleh para gimnas

untuk menunjukkan keupayaan melakukan kawalan pada batang tubuh.

Kemahiran ini sering digunakan pada batang titian dan semasa senaman lantai.

Kemahiran ini dilaksanakan dengan mencondongkan badan sedikit ke hadapan.

Angkat sebelah kaki ke belakang dan ke atas badan. Tangan hendaklah berada

di sisi badan atau di belakang dan kaki sebelah lagi lurus.

Banyak pengubahsuaian wujud pada kemahiran ini, oleh yang demikian istilah

“skala” telah membawa maksud “ keadaan kedudukan mengimbang pada satu

kaki, yang mana satu kaki lagi di angkat tinggi melebihi pinggul. Gambar di

bawah merupakan contoh kemahiran skala.

Gambar 1 : Aksi seorang ahli gimnastik melakukan skala

Page 7: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 7

2.2 Jenis-jenis Skala

Dalam sukan gimnastik, terdapat beberapa kemahiran yang telah dikenal pasti

merupakan cabang kepada kemahiran skala. Sekiranya dilihat dengan lebih

mendalam, kemahiran-kemahiran ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti skala

yang ditunjukkan di dalam gambar. Antara jenis-jenis kemahiran skala tersebut

ialah :

i. Skala hadapan

ii. Skala jarum

iii. Berdiri sebelah kaki

iv. Lunge

v. Arabesque

vi. Skala lutut bebas

vii. Side scale

2.2.1 Skala hadapan.

Hampir sama dengan asas skala.

Imbangan atas sebelah kaki.

Sebelah kaki lagi diangkat tinggi ke belakang

Badan sekurang-kurangnya berada pada paras mendatar.

Tangan berada di sisi atau di belakang.

Tangan boleh juga didepakan.

Page 8: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 8

Gambar 2 : ansur maju melakukan skala hadapan

Gambar 3 : Seorang ahli gimnastik melakukan skala hadapan.

Page 9: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 9

2.2.2 Skala Sisi

Imbangkan badan ke sisi dengan sebelah kaki.

Kaki yang sebelah lagi diangkat tinggi ke sisi badan dan ditinggikan

Tangan dilunjurkan ke sisi.

Cuba untuk imbangkan batang tubuh. Rujuk gambar rajah.

Gambar 4 : Skala sisi

Skala sisi juga mengandungi skala sisi bebas iaitu skala sisi tanpa tangan memegang kaki.

2.2.3 Skala Jarum

Imbangkan badan sebelah kaki. Kaki ini akan bertindak sebagai kaki

sokongan

Kaki yang satu lagi akan diangkat tinggi ke belakang sehingga sejajar

dengan kaki sokongan sebentar tadi.

Tangan boleh menyentuh lantai atau permukaan tanah atau pun tangan

tidak menyentuh apa-apa hanya di sisi badan sahaja.

Page 10: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 10

gambar 5 : skala jarum

gambar 6 : lakuan skala jarum oleh ahli gimnastik

Page 11: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 11

2.2.4 berdiri sebelah kaki

Imbangkan batang tubuh.

Berdiri dengan sebelah kaki.

Kaki sebelah lagi di angkat dengan membengkokkan lutut.

Tangan didepakan atau memeluk tubuh. Tujuannya untuk keseimbangan.

Lakukan seperti dalam gambar.

Gambar 7 : kemahiran berdiri sebelah kaki.

Page 12: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 12

2.2.5 lunge

Kemahiran yang tidak mengangkat kaki.

Tetapi perlu membengkokkan sedikit lutut untuk melakukannya.

Kaki terkangkang dengan sebelah kaki lurus ke belakang

Sebelah kaki bengkok ke sisi atau ke hadapan.

Gambar 8 : variasi-variasi kemahiran Lunge

Page 13: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 13

2.2.6. arabesque

Imbangkan dengan satu kaki sahaja

Sementara satu kaki lagi diangkat tinggi ke hadapan atau ke belakang

Posisi tangan boleh dipelbagaikan.

Gambar 9 : variasi-variasi kemahiran arabesque

Page 14: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 14

Gambar 10 : Gimnas sedang melakukan kemahiran arabesque

2.2.7 Skala Lutut bebas

Imbangan sebelah lutut tanpa sokongan tangan

Sebelah kaki lagi diangkat ke belakang melebihi paras bahu.

Tangan di lunjurkan ke atas dan badan lentik.

Page 15: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 15

Gambar 11 : Skala lutut bebas.

Page 16: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 16

UKURAN

GELANGGANG DAN

SPESIFIKASI

Page 17: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 17

2.1 Gelanggang

Dalam sukan gimnastik, peralatan disediakan mengikut jenis atau acara yang

dijalankan, yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita. Biasanya

semua peralatan atau alatan ini ditempatkan di dalam satu dewan atau gimnasium

khas. Rajah 2.1 menunjukkan peralatan gimnastik mengikut acara, yang disertakan

dengan ukurannya. Jurulatih atau guru hendaklah memeriksa dengan teliti akan

ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut peringkat umur

mereka.

Gelanggang gimnastik akan dipenuhi oleh peralatan yang digunakan dalam

pertandingan iaitu alatan untuk melombol, senaman lantai dan aktiviti batang titian.

Berikut adalah contoh pelan gelanggang gimnastik.

Rajah 2.1 : Pelan lantai gelanggang pertandingan gimnastik.

Page 18: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 18

Rajah 2.2 : pelan penuh gelanggang gimnastik.

Page 19: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 19

2.1.1 Senaman Lantai

Acara lantai diadakan pada 12m × 12m segi empat berpermaidani, biasanya terdiri

foam keras di atas lapisan papan lapis, yang disokong oleh spring atau blok foam

dipanggil umumnya lantai "lompatan" (sprung floor). Ini menyediakan satu permukaan

kukuh yang akan bertindak balas dengan daya semasa dimampatkan, membenarkan

gimnas untuk mencapai ketinggian tambahan dan pendaratan lebih lembut daripada

mungkin di lantai biasa.

Rajah 2.3 : Ukuran kawasan senaman lantai

Page 20: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 20

2.1.2 Melombol

Dalam acara melombol gimnas: memecut landasan 25 meter (kira-kira 82 kaki), lompat

ke atas satu beatboard - sejenis papan anjal, (mengendalikan/ segmen perlepasan),

mendarat seketika, disongsangkan umum pada tangan, pada kekuda pelana atau meja

melombol, (sebelum segmen penerbangan), kemudian spring atau menyekat platform

ini untuk pendaratan berkaki dua (segmen selepas penerbangan). Segmen selepas

penerbangan mungkin termasuk satu atau lebih saltos atau somersaults, dan atau

pergerakan berpulas.

Rajah 2.4 : Ukuran lebar dan tinggi lombol.

Page 21: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 21

2.1.3 Palang Bertingkat

Pada palang bertingkat (juga dikenali sebagai palang asymmetric, UK), gimnas

mengemudi dua palang mengufuk ditentukan pada ketinggian yang berbeza. Kelebaran

dan ketinggian boleh dilaraskan. Gimnas melakukan ayunan, bulatan (circling),

peralihan, dan membebaskan pergerakan, yang boleh melangkau, di bawah, dan

antara dua palang. Pergerakan mungkin melalui handstand. Gimnas sering menaik

palang bertingkat itu menggunakan beatboard (papan anjal).

Rajah 2.5 : Ukuran lebar dan tinggi palang bertingkat

Page 22: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 22

2.1.4 Batang Titian

Gimnas itu melakukan rutin mereka tari (choreographed) dari 60 ke 80 saat dalam

panjang mengandungi lompatan, kemahiran akrobatik, somersaults, putaran dan tarian

pada satu batang lompatan berpad. Norma apparatus ditentukan oleh Persekutuan

Gimnastik Antarabangsa (digunakan untuk Olimpik dan kebanyakan pertandingan elit)

menentukan batang itu mesti 125 cm (4' 1") tinggi, 500 cm (16' 5") panjang, dan 10 cm

(4") lebar.[1] Acara ini memerlukan kestabilan, kebolehlenturan dan kekuatan.

Page 23: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 23

2.1.5 Alatan Lain berserta ukuran spesifikasi

i. Kekuda berpelana.

ii. Palang Tunggal

Page 24: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 24

iii. Gelang

Page 25: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 25

iv. Pakaian

Page 26: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 26

gambar 1 : pakaian yang digunakan dalam sukan gimnastik

Page 27: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 27

PERATURAN ASAS

GIMNASTIK

Page 28: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 28

4.1 Pengenalan.

Peraturan asas gimnastik ini meliputi format-format pertandingan yang digunakan.

Secara umumnya, terdapat dua contoh format pertandingan yang boleh digunakan.

Pertama, ia boleh digunakan dalam pertandingan peringkat sekolah atau sekolah-

sekolah yang menggunakan contoh ini sebagai persembahan kebolehan asas. Ia

berdasarkan kepada pendekatan pengajaran gimnastik mengenai teras-teras

kemahiran. Contoh kedua merupakan pertandingan sebenar yang digunakan di

peringkat kebangsaan atau antarabangsa oleh persekutuan-persekutuan gimnastik.

4.2 Format pertama

4.2.1 Kumpulan umur

Lelaki dan wanita bawah 12 tahun (kejohanan kanak-kanak)

Lelaki dan wanita bawah 15 tahun (kejohanan remaja)

Lelaki dan wanita melebihi 15 tahun (kejohanan belia)

4.2.2 keperluan pertandingan

Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan dua persembahan, iaitu

persembahan senaman lantai dan persembahan di alatan.

4.3. Dasar pengadilan

4.3.1 Senaman lantai

Mestilah mempunyai sepuluh kemahiran teras yang dikenali atau variasinya.

Kemahiran itu hendaklah dicantumkan dengan pergerakan-pergerakan yang

sesuai untuk menghasilkan persembahan yang lancar dan mestilah selesai

dalam masa 40 saat. Persembahan juga hendaklah menunjukkan unsur-unsur

melompat, berguling, imbangan dab putaran serta memperlihatkan kegunaan

datar yang berlainan, kelajuan dan dinamik.

Page 29: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 29

Peserta diberikan (10.00) markah sebelum ia memulakan persembahan.

Potongan markah dibuat mengikut perkara berikut.

i. Pada setiap kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh kemahiran

yang dikehendaki ditolak 0.5 markah setiap kemahiran yang ditinggalkan.

ii. Kegagalan menunjukkan lompatan, gulingan, imbangan dan putaran ditolak

0.3 markah bagi setiap yang ditinggalkan

iii. Kelemahan menggunakan datar yang berlainan, kelajuan, dan dinamik yakni

pembinaan persembahan akan ditolak 1.00 markah

iv. Kelemahan bentuk dan teknik atau pelaksanaan ditolak sehingga 4.00

markah.

v. Pada setiap saat yang lebih masa dari masa yang dihadkan iaitu 40 saat

akan ditolak 0.1 setiap saat.

vi. Markah penilaian yang penuh adalah seperti berikut:

Unsur-unsur kemahiran (10 unsur @0.5) 5.00 markah

Pelaksanaan 4.00 markah

Pembinaan 1.00 markah

Jumlah 10.00 markah

4.3.2 Persembahan Di Lantai

Persembahan mestilah mempunyai lapan kemahiran teras dan atau variasinya,

di mana sekurang-kurangnya satu unsur ditunjukkan pada tiap-tiap alatan. Masa

yang diperuntukkan ialah tidak melebihi 40 saat dan peserta hendaklah

memperlihatkan bermacam0macam jenis kemahiran dalam persembahan yang

lancar.

Peserta diberikan 10.00 markah sebelum memulakan persembahannya.

Potongan markah akan dibuat mengikut perkara-perkara berikut:

i. Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran dan atau variasinya

dipotong 0.5 setiap kemahiran yang tertinggal

Page 30: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 30

ii. Gagal menggunakan tiap-tiap alatan, iaitu lombol, palang dan bangku

panjang dipotong 1.00 markah

iii. Kelemahan bentuk dan teknik juga datar tidak diperlihatkan dipotong

sehingga 1.00

iv. Kelemahan bentuk dan teknik atau pelaksanaan dipotong sehingga 5.00

markah.

v. Pada setiap saat yang lebih markah dari 40 saat peruntukan dipotong 0.1

markah setiap saat.

vi. Markah penilaian yang penuh adalah seperti berikut:

Unsur-unsur (8 unsur @0.5) 4.00 markah

Pelaksanaan 5.00 markah

Pembinaan 1.00 markah

Jumlah 10.00 markah

Pelaksanaan

Jika kelemahan teknik atau bentuk diperlihatkan, potongan antara 0.1

hingga 0.3 markah dibuat.

Di akhir persembahan kesemua potongan dari bahagian ini dicampurkan

dan jumlahnya ditolak daripada markah yang diperuntukkan kepada

bahagian ini (5.00 markah)

Huraian-huraian umum.

Sepatutnya setiap persembahan itu dihakimkan oleh dua orang hakim di

mana markahnya diambil purata.

Dalam pertandingan sekolah-sekolah hakim yang ketiga terdiri daripada

seseorang yang bebas dan berkecuali.

Berbeza dengan format contoh kedua, ia tidak ada kiraan mengenai

kesukaran satu-satu unsur yang dimasukkan ke dalam persembahan. Ini

disengajakan kerana pada peringkat ini kerana mutu persembahan adalah

lebih penting daripada kesukarannya.

Dalam pertandingan yang lebih tinggi tarafnya, satu-satu pergerakan

dinilai dari segi kesukaran melakukannya.

Page 31: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 31

4.3 Format Kedua

Tiap-tiap pasukan mengandungi lima peserta dan hanya markah empat peserta

terbaik persembahan senaman lantainya akan dan di alatan dikira markah

pasukannya. Semua peserta dalam pasukan mestilah melebihi 12 tahun.

4.3.1 Senaman Lantai

Segala persembahan hendaklah di atas kawasan yang tidak melebihi 12

meter persegi. Tilam ketangkasan hendaklah diletakkan di atas kawasan

ini.

Persembahan hendaklah selesai dalam jangka masa antara 35-45 saat.

Muzik iringan boleh digunakan untuk lelaki dan wanita. Markah akan

dipotong jika peserta menyelesaikan persembahan di luar masa jangkaan

dengan kadar 0.1 markah bagi tiap-tiap saat.

Sekurang-kurangnya satu pergerakan dari kumpulan satu dan empat

pergerakan dari kumpulan dua hendaklah dipersembahkan untuk

mendapatkan markah kesukaran yang maksimum.

Semua pergerakan hendaklah disambungkan dengan unsur-unsur yang

dikehendaki agar seimbang dan menjadikan persembahan lancar serta

menggunakan kawasan yang disediakan dengan baik.

Unsur-unsur yang dikehendaki ialah melompat, berguling, berputar,

kombinasi langkah, imbangan dan pergerakan yang lembut untuk

menjalinkan ketangkasan tadi dengan harmonis.

Persembahan itu diberi markah dari sepuluh (10.00) seperti berikut:

Kesukaran 3.00 markah

Pelaksanaan 4.00 markah

Gubahan 3.00 markah

Jumlah 10.00 markah

Markah akan dipotong jika pergerakan kurang, iaitu setiap pergerakan

satu tertinggal dipotong 1.00 markah

Page 32: Gimnastik artistik-skala

PJM 3107 GIMNASTIK

[Pick the date]

[email protected] Page 32

Pergerakan yang kurang dari kumpulan dua dipotong 0.5 markah.

Bentuk kurang baik dan kesalahan teknik semasa pelaksanaan, kurang

pergerakan yang perbagai jenis, tidak menggunakan kawasan yang

disediakan, tidak menggunakan kawasan dengan baik, kurang kelancaran

rentak dan harmoni, persembahan yang terlalu singkat atau lama juga

dipotong.

4.3.2 Lombol

Setiap peserta dihadkan melakukan dua kali percubaan pada satu

pergerakan lombol. Markah yang paling tinggi di antaranya akan diambil

kira

Pergerakan lombol ini dilakukan di atas peti lombol yang tingginya kira-

kira tiga kaki empat inci (1 meter) dengan menggunakan papan anjal atau

papan Reuther.

Tempat pendaratan yang selamat hendaklah digunakan. Peti lombol ini

boleh diletakkan secara memanjang atau melintang. ( peringatan :

kebiasaannya peti lombol diletakkan memanjang dapat memberikan

ketinggian yang lebih daripada melintang semasa melakukan pergerakan

lombol.)

Persembahan lombol dihakimi mengikut ketetapan nilai yang diberi seperti

berikut :

Lombol lalu (lombol dekam dengan kaki bengkok) 8.50 markah

Lombol kangkang 8.50 markah

Lombol lalu(lombol dekam dengan kaki lurus) 9.50 markah

Lombol hambur tangan 10.00 markah

Pecahan-pecahan markah potongan untuk pengadilan:

Potongan maksimum

Penerbangan pertama ke atas 2.00 markah

Tolakan dan penerbangan turun 2.00 markah

Bentuk dan rupa lombol 3.00 markah

Pendaratan 1.00 markah