19
HHHC9301 – PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Nama Projek: Larian Autism 2014 Nama Projek( BI): Light Up Autism JPPel No. Siri: DN00065/2014 Peranan: EXCO Tugas-tugas Khas Tarikh: 6 April 2014 Masa: 6.30 pagi- 12.30 tengah hari Tempat: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur Anjuran: Mahasiswa mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia Jenis Permohonan: KPPI

file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

HHHC9301 – PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

Nama Projek: Larian Autism 2014

Nama Projek( BI): Light Up Autism

JPPel No. Siri: DN00065/2014

Peranan: EXCO Tugas-tugas Khas

Tarikh: 6 April 2014

Masa: 6.30 pagi- 12.30 tengah hari

Tempat: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Anjuran: Mahasiswa mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia

Jenis Permohonan: KPPI

Page 2: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Pengenalan Program

Program Light the Autism ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh

mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama HOPE,

The National Autism Society of Malaysia(NASUM), PERMATA KURNIAserta

Akademi Remaja Islam Autisma Malaysia (ARISMA)dalam usaha untuk menambah

sumber kewangan Tabung Amanah Makmal Kanak-Kanak Istimewa

UKM.Programini yang bertemakan Your World is our World, Together We Stand

bertujuanuntuk menambahdana Makmal Pembelajaran Autisma UKM bagi

membantu membiayai belanja operasi makmal, membiayai penyelidikan mengenai

kanak-kanak istimewa, dan membina prasarana yang lebih kondusif untuk pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak istimewa.

Program ini adalah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa,

individu, masyarakat setempat serta mahasiswa UKM untuk membantu Makmal

Pembelajaran Autisma UKM meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan

penyelidikan demi mencapai objektif jangka panjang makmal ini iaitu untuk

menyumbang ke arah meningkatkan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak

istimewa di Malaysia. Pada masa yang sama, kesedaran komuniti terhadap kanak-

kanak autisma dapat ditingkatkan dalam di samping mempromosikan pembelajaran

sains dalam kalangan kanak-kanak autisma.

Tambahan itu, program ini juga dirancang bagi memenuhi keperluan subjek

kokurikulum serta mencapai kesemua lapan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan

di dalam kontrak pembelajaran.

Objektif

1. Sebagai satu platform untuk mengumpulkan dana bagi membantu Makmal

Pengajaran Autisma, UKM.

2. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan kanak-kanak autisma

sebagai salah satu kelompok dalam komuniti di Malaysia yang berhak mendapat

tempat sebagaimana individu normal.

Page 3: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

3. Mempromosikan pendidikan sains kepada kanak-kanak autisma.

4. Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-

kanak autisma dengan lebih dekat

Perancangan

Sebelum saya menyertai program ini, saya telah mengenalpastikan sumber maklumat

yang diperlukan untuk program insaniah ini. Saya telah membaca dan merujuk beberapa

buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran pengurusan maklumat saya.

1. Pusat Akreditasi Pembelajaran. 2011. Garis panduan kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran. Bangi: Pusat Akreditasi Pembelajaran.

2. Pusat Akreditasi Pembelajaran. 2011. Panduan Prasiswazah, Pusat Akreditasi Pembelajaran. Bangi: Pusat Akreditasi Pembelajaran.

3. Barkley, E.F. 2010. Student engagement techniques: A hanbook for college faculty. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

4. Cambridge, D. 2010. Eportfolios for lifelong learning and assessment. San Francisco, CA: Jossey- Bass.

5. Doyle, T. & Tagg, J. 2008. Helping students learn in learner-centered

environment. Sterling, VA: Stylus Publishing.

Sebagai Exco Tugas-tugas Khas, saya memegang portfolio untuk merancang laluan

larian, mencari dan menghubungi sukarelawan, menampal papan penunjuk dan

menyediakan “water station”. Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan

aktiviti bersama ajk-ajk bagi melaksanakan tanggungjawab saya.

Pada 8/12/2013, saya telah menghadiri mesyuarat pertama dengan semua Exco dan AJK

lain serta majlis tertinggi Program Autism Run 2014 di surau D, Kolej Tun Syed Nasir

(KTSN). Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa dan skop

kerja masing-masing. Saya telah dipilih dilantik untuk memegang portfolio Exco Tugas-

tugas Khas.

Page 4: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Mesyuarat kedua diadakan di Foyer Dewan Serbaguna KTSN pada 25/2/2014 untuk

membincangkan pembahagian tugas iaitu mencari laluan larian bagi kategori Fun Run,

5km dan 10km. Exco Tugas-tugas Khas telah diberi tugas untuk mencari sumber

maklumat tentang laluan larian Fun Run dengan beberapa AJK lain. Saya telah

menggunakan “Google Map” dan “Map my run” untuk mencari laluan larian tersebut.

Saya telah berjalan kaki bersama Exco dan AJK lain mengikuti laluan tersebut bagi

memastikan laluan itu adalah selamat dan tidak menyebabkan kesesakkan trafik,

Pada 31/3/2014, mesyuarat ketiga telah diadakan di TOH PUAN, KTSN. Saya selaku

exco membahagikan tugas-tugas kepada ajk bawah saya supaya bebanan kerja dapat

diringankan. Antara tugas tugasnya adalah untuk memastikan bilangan papan penunjuk

dan sukarelawan yang diperlukan. Kami telah berbincang dan menentukan bilangan

tersebut berdasarkan simpang laluan dan jarak laluan yang kami tentukan. Kami juga

menggunakan warna papan penunjuk yang berlainan untuk membezakan laluan larian

kategori yang berlainan. Sebagai contoh, papan penunjuk yang berwarna merah muda

digunakan untuk laluan 5km dan 10km manakala warna kuning digunakan untuk laluan

fun run.

Mesyuarat keempat diadakan di TOH PUAN, KTSN pada 3/4/2014. Mesyuarat kali ini

bertujuan untuk mengetahui proses perlaksanaan tugas ajk. Mesyuarat kali ini juga lebih

tertumpu kepada bahagian sukarelawan. Senarai nama para sukarelawan telah diperoleh

daripada ketua exco keselamatan dan kebajikan. Saya juga meminta ajk saya untuk

menyediakan skrip bagi taklimat yang diadakan kepada para sukarelawan dengan

merujuk kepada contoh taklimat bagi larian lain dan sentiasa bincang dengan saya bagi

membuat penambaikan terhadap skrip tersebut.

Kami telah mengadakan mesyuarat kelima di bilik felo, KTSN pada 5/4/2014. Tujuan

mesyuarat kali ini adalah untuk memberi penerangan terhadap sukarelawan tentang

tugas-tugas dan barang yang perlu dibawa seperti botol air pada hari Autism Run

dilangsungkan. Kami juga memberikan peta dan nombor telefon bimbit para AJK dan

exco TTK kepada para sukarelwan supaya mereka dapat menghubungi kami apabila

sebarang kecemasan berlaku. Selain itu, kami telah membawa para sukarelawan berjalan

Page 5: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

kaki laluan larian Autism Run ketiga-tiga kategori supaya mereka memahami tempat

yang mereka bertugas. Pada waktu petang, perjumpaan Ahli-ahli tugas-tugas khas

diadakan sekali lagi untuk mengatung papan penunjuk pada track larian.

Pada 30/3/2014, saya juga ditugaskan untuk membantu exco pendaftaran untuk menjaga

booth pendaftaran, pembayaran serta pengambilan “tool kit” dan baju. Saya telah

menggunakan “Microsoft Excel” untuk menjalankan proses pendaftaran peserta dan

pembayaran yuran. Saya juga meberikan penerangan tentang penggunaan “tool kit” dan

peraturan asas yang perlu dipatuhi oleh peserta. Saya telah menyusunkan maklumat

peserta mengikuti kategori larian, status pembayaran yuran dan pengambilan “tool kit”.

Hal ini dapat membantu saya untuk menguruskan maklumat dengan cepat dan tepat.

Gambar Pembuktian

Surat kelulusan JPPEL bagi Autism Run 2014.

Page 6: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Mesyuarat ketiga di TOH PUAN, KTSN.

Mesyuarat kelima diadakan untuk memberi penerangan kepada para sukarelawan.

Page 7: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Menyediakan papan penunjuk untuk digantungkan di sepanjang laluan larian.

Peta bagi laluan larian 5km dengan nombor telefon bimbit para AJK dan Exco TTK.

Page 8: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Peta bagi laluan larian 10km.

Poster Larian Autisme 2014.

Page 9: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Banner Larian Autisme 2014.

Saya sedang membantu seorang peserta wanita untuk pendaftaran dan pengambilan “tool

kit”.

Page 10: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Baju peserta disusun dengan teratur supaya senang dibahagikan kepada peserta.

“Flashmob” diadakan di depan kedai H&M sebagai promosi larian Autism 2014.

Page 11: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Beratus-ratus “goodies bags” disediakan untuk memberi para peserta.

Pelaksanaan

Pada 6/4/2014, Larian Autisme 2014 telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada

pukul 6.30 pagi. Pada pukul 5.30pagi, saya meronda sekali lagi track larian bagi

memastikan keselamatan track. Saya juga berhubung dengan pihak polis trafik untuk

mengawal kesesakan lalu lintas. Para Sukarelawan diberi sedikait taklimat ringkas dan

bergerak ke posisi masing masing. Antara arahan keselamatan yang dikeluarkan adalah

sekiranya ada peserta mengalami kecederaan, sukarelawan boleh mengiring mereka ke

“water station” yang berdekatan ataupun menghubungi AJK TTK. Sepanjang acara larian

berjalan, saya menunggang motosikal dan meronda laluan track supaya dapat menolong

jika terdapat kecemasan. Saya juga menolong mengawal laluan trafik sebelum polis trafik

tiba. Setelah tamatnya acara larian, saya memastikan sukarelawan mengutip sampah

seperti cawan kertas, di sepanjang track larian. Selepas itu, saya menghadiri upacara

perasmian dan penyampaian hadiah kepada para peserta oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Page 12: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Persembahan dan cabutan bertuah telah diadakan sebelum majlis ditutup. Saya menolong

mengemaskan barang-barang sebelum balik ke kolej kediaman.

Gambar Pembuktian

Para peserta menunggu di garisan permulaan.

Page 13: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Para peserta sedang berlari mengikuti laluan larian yang ditetapkan.

Banner bagi “water station”

Page 14: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Datin Seri Rosmah sedang memberi ucapan tentang pendapat beliau terhadp program

Autism Run 2014.

Persembahan diadakan selepas majlis perasmian Larian Autisme 2014.

Page 15: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Para sukarelawan membuat persembahan semasa majlis perasmian.

Sesi bergambar dengan Datin Seri Rosmah Mansor selepas majlis penutup.

Page 16: file · Web viewSaya telah membaca dan merujuk beberapa buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran ... Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan aktiviti bersama

Postmortem

Setelah aktif melibatkan diri dalam program ini, saya telah berjaya mengaplikasikan

kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Saya dapat

mengenalpastikan sumber maklumat yang diperlukanseperti laluan larian Autism bagi

kategori Fun Run. Saya telah menggunakan “Google Maps” dan “Map My Run” untuk

mencari laluan yang sesuai bagi program ini. Saya juga telah berjaya membuktikan

sumber maklumat yang sah dan boleh dipercayai dengan berjalan kaki melalui laluan

larian yang telah ditetapkan.

Selain itu, saya juga telah menggunakan media atau teknologi yang sesuai dan terkini

dalam pengurusan maklumat. Saya telah menggunakan “facebook” sebagai media untuk

menyampaikan maklumat dan notis kepada ahli AJK saya. Di samping meminta

pertolongan dan nasihat kawan-kawan yang pernah memberi terlibat dalam program

larian. Di samping itu, saya juga menggunakan “Microsoft Word” untuk merangka

taklimat ringkas kepada sukarelawan. Cara ini memudahkan saya semasa memberikan

taklimat kerana semua kandungan telah diringkaskan. Saya juga berupaya menyusun

maklumat penting supaya mudah dicapai bagi meningkatkan kefahaman. Saya telah

menggunakan “Microsoft Excel” untuk mencatat maklumat-maklumat peserta bagi

program ini. Cara ini telah membantu saya untuk menyemak peserta-peserta yang belum

meyelesaikan pembayaran yuran dan pengambilan “tool kit” dengan cepat dan tepat.

Paling penting sekali, saya berasa bangga atas kejayaan program ini untuk memberi

sedaran kepada orang ramai dan juga diri saya untuk memberi perhatian kepada kanak-

kanak autisme. Saya berpendapat bahawa ini adalah pembelajaran patut diperolehi yang

boleh diaplikasikan di sepanjang hayat bagi seseorang insan yang berperikemanusiaan.

Hal ini supaya golongan kanak kanak autisme ini tidak tersisih daripada komuniti.

Kesimpulannya, saya berasa sangat bangga kerana dapat menjadi salah seorang Exco

yang banyak menyumbang kepada acara utama bagi program Larian Autisme 2014. Saya

telah mempelajari banyak perkara terutamanya pengurusan maklumat melalui program

ini. Saya berharap program ini dapat diadakan pada masa depan dan dilaksanakan lebih

lancar menggunakan pengalaman kali ini.