HHHC9301 – PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
Nama Projek: Larian Autism 2014
Nama Projek( BI): Light Up Autism
JPPel No. Siri: DN00065/2014
Peranan: EXCO Tugas-tugas Khas
Tarikh: 6 April 2014
Masa: 6.30 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Anjuran: Mahasiswa mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia
Jenis Permohonan: KPPI
Pengenalan Program
Program Light the Autism ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh
mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama HOPE,
The National Autism Society of Malaysia(NASUM), PERMATA KURNIAserta
Akademi Remaja Islam Autisma Malaysia (ARISMA)dalam usaha untuk menambah
sumber kewangan Tabung Amanah Makmal Kanak-Kanak Istimewa
UKM.Programini yang bertemakan Your World is our World, Together We Stand
bertujuanuntuk menambahdana Makmal Pembelajaran Autisma UKM bagi
membantu membiayai belanja operasi makmal, membiayai penyelidikan mengenai
kanak-kanak istimewa, dan membina prasarana yang lebih kondusif untuk pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak istimewa.
Program ini adalah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa,
individu, masyarakat setempat serta mahasiswa UKM untuk membantu Makmal
Pembelajaran Autisma UKM meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan
penyelidikan demi mencapai objektif jangka panjang makmal ini iaitu untuk
menyumbang ke arah meningkatkan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak
istimewa di Malaysia. Pada masa yang sama, kesedaran komuniti terhadap kanak-
kanak autisma dapat ditingkatkan dalam di samping mempromosikan pembelajaran
sains dalam kalangan kanak-kanak autisma.
Tambahan itu, program ini juga dirancang bagi memenuhi keperluan subjek
kokurikulum serta mencapai kesemua lapan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan
di dalam kontrak pembelajaran.
Objektif
1. Sebagai satu platform untuk mengumpulkan dana bagi membantu Makmal
Pengajaran Autisma, UKM.
2. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan kanak-kanak autisma
sebagai salah satu kelompok dalam komuniti di Malaysia yang berhak mendapat
tempat sebagaimana individu normal.
3. Mempromosikan pendidikan sains kepada kanak-kanak autisma.
4. Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-
kanak autisma dengan lebih dekat
Perancangan
Sebelum saya menyertai program ini, saya telah mengenalpastikan sumber maklumat
yang diperlukan untuk program insaniah ini. Saya telah membaca dan merujuk beberapa
buku untuk membantu saya meningkatkan kemahiran pengurusan maklumat saya.
1. Pusat Akreditasi Pembelajaran. 2011. Garis panduan kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran. Bangi: Pusat Akreditasi Pembelajaran.
2. Pusat Akreditasi Pembelajaran. 2011. Panduan Prasiswazah, Pusat Akreditasi Pembelajaran. Bangi: Pusat Akreditasi Pembelajaran.
3. Barkley, E.F. 2010. Student engagement techniques: A hanbook for college faculty. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
4. Cambridge, D. 2010. Eportfolios for lifelong learning and assessment. San Francisco, CA: Jossey- Bass.
5. Doyle, T. & Tagg, J. 2008. Helping students learn in learner-centered
environment. Sterling, VA: Stylus Publishing.
Sebagai Exco Tugas-tugas Khas, saya memegang portfolio untuk merancang laluan
larian, mencari dan menghubungi sukarelawan, menampal papan penunjuk dan
menyediakan “water station”. Saya telah mengadakan beberapa kali perjumpaan dan
aktiviti bersama ajk-ajk bagi melaksanakan tanggungjawab saya.
Pada 8/12/2013, saya telah menghadiri mesyuarat pertama dengan semua Exco dan AJK
lain serta majlis tertinggi Program Autism Run 2014 di surau D, Kolej Tun Syed Nasir
(KTSN). Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa dan skop
kerja masing-masing. Saya telah dipilih dilantik untuk memegang portfolio Exco Tugas-
tugas Khas.
Mesyuarat kedua diadakan di Foyer Dewan Serbaguna KTSN pada 25/2/2014 untuk
membincangkan pembahagian tugas iaitu mencari laluan larian bagi kategori Fun Run,
5km dan 10km. Exco Tugas-tugas Khas telah diberi tugas untuk mencari sumber
maklumat tentang laluan larian Fun Run dengan beberapa AJK lain. Saya telah
menggunakan “Google Map” dan “Map my run” untuk mencari laluan larian tersebut.
Saya telah berjalan kaki bersama Exco dan AJK lain mengikuti laluan tersebut bagi
memastikan laluan itu adalah selamat dan tidak menyebabkan kesesakkan trafik,
Pada 31/3/2014, mesyuarat ketiga telah diadakan di TOH PUAN, KTSN. Saya selaku
exco membahagikan tugas-tugas kepada ajk bawah saya supaya bebanan kerja dapat
diringankan. Antara tugas tugasnya adalah untuk memastikan bilangan papan penunjuk
dan sukarelawan yang diperlukan. Kami telah berbincang dan menentukan bilangan
tersebut berdasarkan simpang laluan dan jarak laluan yang kami tentukan. Kami juga
menggunakan warna papan penunjuk yang berlainan untuk membezakan laluan larian
kategori yang berlainan. Sebagai contoh, papan penunjuk yang berwarna merah muda
digunakan untuk laluan 5km dan 10km manakala warna kuning digunakan untuk laluan
fun run.
Mesyuarat keempat diadakan di TOH PUAN, KTSN pada 3/4/2014. Mesyuarat kali ini
bertujuan untuk mengetahui proses perlaksanaan tugas ajk. Mesyuarat kali ini juga lebih
tertumpu kepada bahagian sukarelawan. Senarai nama para sukarelawan telah diperoleh
daripada ketua exco keselamatan dan kebajikan. Saya juga meminta ajk saya untuk
menyediakan skrip bagi taklimat yang diadakan kepada para sukarelawan dengan
merujuk kepada contoh taklimat bagi larian lain dan sentiasa bincang dengan saya bagi
membuat penambaikan terhadap skrip tersebut.
Kami telah mengadakan mesyuarat kelima di bilik felo, KTSN pada 5/4/2014. Tujuan
mesyuarat kali ini adalah untuk memberi penerangan terhadap sukarelawan tentang
tugas-tugas dan barang yang perlu dibawa seperti botol air pada hari Autism Run
dilangsungkan. Kami juga memberikan peta dan nombor telefon bimbit para AJK dan
exco TTK kepada para sukarelwan supaya mereka dapat menghubungi kami apabila
sebarang kecemasan berlaku. Selain itu, kami telah membawa para sukarelawan berjalan
kaki laluan larian Autism Run ketiga-tiga kategori supaya mereka memahami tempat
yang mereka bertugas. Pada waktu petang, perjumpaan Ahli-ahli tugas-tugas khas
diadakan sekali lagi untuk mengatung papan penunjuk pada track larian.
Pada 30/3/2014, saya juga ditugaskan untuk membantu exco pendaftaran untuk menjaga
booth pendaftaran, pembayaran serta pengambilan “tool kit” dan baju. Saya telah
menggunakan “Microsoft Excel” untuk menjalankan proses pendaftaran peserta dan
pembayaran yuran. Saya juga meberikan penerangan tentang penggunaan “tool kit” dan
peraturan asas yang perlu dipatuhi oleh peserta. Saya telah menyusunkan maklumat
peserta mengikuti kategori larian, status pembayaran yuran dan pengambilan “tool kit”.
Hal ini dapat membantu saya untuk menguruskan maklumat dengan cepat dan tepat.
Gambar Pembuktian
Surat kelulusan JPPEL bagi Autism Run 2014.
Mesyuarat ketiga di TOH PUAN, KTSN.
Mesyuarat kelima diadakan untuk memberi penerangan kepada para sukarelawan.
Menyediakan papan penunjuk untuk digantungkan di sepanjang laluan larian.
Peta bagi laluan larian 5km dengan nombor telefon bimbit para AJK dan Exco TTK.
Peta bagi laluan larian 10km.
Poster Larian Autisme 2014.
Banner Larian Autisme 2014.
Saya sedang membantu seorang peserta wanita untuk pendaftaran dan pengambilan “tool
kit”.
Baju peserta disusun dengan teratur supaya senang dibahagikan kepada peserta.
“Flashmob” diadakan di depan kedai H&M sebagai promosi larian Autism 2014.
Beratus-ratus “goodies bags” disediakan untuk memberi para peserta.
Pelaksanaan
Pada 6/4/2014, Larian Autisme 2014 telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada
pukul 6.30 pagi. Pada pukul 5.30pagi, saya meronda sekali lagi track larian bagi
memastikan keselamatan track. Saya juga berhubung dengan pihak polis trafik untuk
mengawal kesesakan lalu lintas. Para Sukarelawan diberi sedikait taklimat ringkas dan
bergerak ke posisi masing masing. Antara arahan keselamatan yang dikeluarkan adalah
sekiranya ada peserta mengalami kecederaan, sukarelawan boleh mengiring mereka ke
“water station” yang berdekatan ataupun menghubungi AJK TTK. Sepanjang acara larian
berjalan, saya menunggang motosikal dan meronda laluan track supaya dapat menolong
jika terdapat kecemasan. Saya juga menolong mengawal laluan trafik sebelum polis trafik
tiba. Setelah tamatnya acara larian, saya memastikan sukarelawan mengutip sampah
seperti cawan kertas, di sepanjang track larian. Selepas itu, saya menghadiri upacara
perasmian dan penyampaian hadiah kepada para peserta oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Persembahan dan cabutan bertuah telah diadakan sebelum majlis ditutup. Saya menolong
mengemaskan barang-barang sebelum balik ke kolej kediaman.
Gambar Pembuktian
Para peserta menunggu di garisan permulaan.
Para peserta sedang berlari mengikuti laluan larian yang ditetapkan.
Banner bagi “water station”
Datin Seri Rosmah sedang memberi ucapan tentang pendapat beliau terhadp program
Autism Run 2014.
Persembahan diadakan selepas majlis perasmian Larian Autisme 2014.
Para sukarelawan membuat persembahan semasa majlis perasmian.
Sesi bergambar dengan Datin Seri Rosmah Mansor selepas majlis penutup.
Postmortem
Setelah aktif melibatkan diri dalam program ini, saya telah berjaya mengaplikasikan
kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Saya dapat
mengenalpastikan sumber maklumat yang diperlukanseperti laluan larian Autism bagi
kategori Fun Run. Saya telah menggunakan “Google Maps” dan “Map My Run” untuk
mencari laluan yang sesuai bagi program ini. Saya juga telah berjaya membuktikan
sumber maklumat yang sah dan boleh dipercayai dengan berjalan kaki melalui laluan
larian yang telah ditetapkan.
Selain itu, saya juga telah menggunakan media atau teknologi yang sesuai dan terkini
dalam pengurusan maklumat. Saya telah menggunakan “facebook” sebagai media untuk
menyampaikan maklumat dan notis kepada ahli AJK saya. Di samping meminta
pertolongan dan nasihat kawan-kawan yang pernah memberi terlibat dalam program
larian. Di samping itu, saya juga menggunakan “Microsoft Word” untuk merangka
taklimat ringkas kepada sukarelawan. Cara ini memudahkan saya semasa memberikan
taklimat kerana semua kandungan telah diringkaskan. Saya juga berupaya menyusun
maklumat penting supaya mudah dicapai bagi meningkatkan kefahaman. Saya telah
menggunakan “Microsoft Excel” untuk mencatat maklumat-maklumat peserta bagi
program ini. Cara ini telah membantu saya untuk menyemak peserta-peserta yang belum
meyelesaikan pembayaran yuran dan pengambilan “tool kit” dengan cepat dan tepat.
Paling penting sekali, saya berasa bangga atas kejayaan program ini untuk memberi
sedaran kepada orang ramai dan juga diri saya untuk memberi perhatian kepada kanak-
kanak autisme. Saya berpendapat bahawa ini adalah pembelajaran patut diperolehi yang
boleh diaplikasikan di sepanjang hayat bagi seseorang insan yang berperikemanusiaan.
Hal ini supaya golongan kanak kanak autisme ini tidak tersisih daripada komuniti.
Kesimpulannya, saya berasa sangat bangga kerana dapat menjadi salah seorang Exco
yang banyak menyumbang kepada acara utama bagi program Larian Autisme 2014. Saya
telah mempelajari banyak perkara terutamanya pengurusan maklumat melalui program
ini. Saya berharap program ini dapat diadakan pada masa depan dan dilaksanakan lebih
lancar menggunakan pengalaman kali ini.