25
Tajuk: Jelaskan implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Bagaimanakah guru dapat memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran pelajar? Latar budaya yang diwarisi atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik, masyarakat atau lokaliti yang lebih luas mempengaruhi perkemabangan, kepercyaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Justeru, kita harus sedar bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza daripada yang lain hasil lingkungan budaya ernik atau jenis masyarakat serta penempatan tempat tinggal masing-masing. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya yang dibawa oleh pelajar dapat membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik lagi berkesan. 1 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Murid Sekolah Guru Kurikulum Tersirat Gaya Belajar dan Berfikir Kaum Etnik Bahasa dan Komunikasi Petempatan dan Kelas Sosial Gender Murid

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Tajuk: Jelaskan implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap guru, murid,

sekolah dan kurikulum tersirat. Bagaimanakah guru dapat memastikan

kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses

pembelajaran pelajar?

Latar budaya yang diwarisi atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik,

masyarakat atau lokaliti yang lebih luas mempengaruhi perkemabangan,

kepercyaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Justeru, kita harus sedar

bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza daripada yang lain hasil

lingkungan budaya ernik atau jenis masyarakat serta penempatan tempat tinggal

masing-masing. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya yang dibawa oleh

pelajar dapat membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik

lagi berkesan.

Individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan latar belakang

mereka yang berlainan. Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi

dalam persekitaran masing-masing. Budaya merupakan faktor pengaruh yang

paling berkesan ke atas perkembangan individu. Budaya mempengaruhi cara

individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi pandangan,

perasaan dan pembawaan.

1

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Murid SekolahGuru Kurikulum Tersirat

Murid

Gaya Belajar dan

Berfikir

Kaum Etnik

Bahasa dan Komunikasi

Petempatan dan Kelas

Sosial

Gender

Page 2: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Menurut Gollnick dan Chin (1990) bahawa beliau berpendapat “Culture

provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels dan

behaves in society”.

Marcelle, DuPraw dan Axner berpendapat terdapat enam corak asas

budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu berbeza dalam

komunikasi, berbeza sikap terhadap konflik, berbeza pendekatan dalam

menyelasaikan tugasan, berbeza dalam gaya menyelasaikan masalah, berbeza

sikap terhadap pendedahan pandangan dan juga berbeza dalam pendekatan

untuk mengetahui. Justeru, pelajar adalah berbeza dan perlu mendapat layanan

yang berbeza selaras dengan keunikan masing-masing.

Dengan ini, implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah

kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid hanya

menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata berkemungkinan

menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan

penerangan guru. Kesannya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Di

samping itu, dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas

juga salah satu implikasi kepelbagain sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua

atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan bahasa

Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis

telah terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot cepat dan tangkas

dalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan

diasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaanya.

Antara implikasi yang dihadapi oleh murid disebabkan kepelbagaian sosial

juga termasuklah kaum etnik. Pelajar yang itngaal dan belajar dalam lingkungan

satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya, cara fikir dan pandangan dunia

yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Justeru,

pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya dipelajari melalui bacaan bukan

amalan. Kemungkinan proses penyesuaian diri dengan kaum atau etnik lain

akan mnejadi sesuatu yang sukar. Pelajar yang belajar di sekolah dan

persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik akan terdedah kepada

2

Page 3: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama

ada secara sedar ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat

belajar bahasa etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan

saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan

secara tidak formal.

Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan

tinggi. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga.

Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah

berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang kelengkapan

untuk belajar dan sebagianya. Berdasarkan teori “ketersekatan budaya” pelajar-

pelajar ini menghadapi masalah kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab

kesibukan mencari rezeki. Pelajar-pelajar kurang bersemangat dan berisiko

menghadapi masalah keciciran dalam persekolahan. Pelajar yang datanglah

daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi

masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran, berpeluang menghadiri

kelas bimbingan berbayar, mendapat perhatian dan dorongan yang khusus

daripada ibu bapa. Hasilnya, peluang mendaptkan pendidikan lebih meluas

berbanding mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah.

Implikasi yang dihadapi oleh murid terhadap kepelbagaian sosiobudaya

adalah petempatan. Pelajar bandar dan pinggir bandar lebih terdedah kepada

kepelbagaian budaya etnik yang berbeza. Terdapat budaya yang pelbagai

berdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk kelas sosial berbeza.

Lantaran itu, dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar akan wujud

kepelbagaian budaya kesan persekitaran. Terdapat pelajar-pelajar yang

tergolong dalam kelompok miskin bandar, kelas sederhana yang rata-rata anak

pegawai kerajaan dan swasta, juga mereka yang kaya. Budaya pelajar daripada

aspek tumpuan perhatian kepada pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah

laku dan pandangan terhadap tugas dan bertanggungjawab akan jelas berbeza

bengantung pasa aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan, pandangan terhadap

pendidikan dan sebagianya. Pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman

3

Page 4: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

selalunya mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan dunia

yang serupa dan sebagainya. Justeru, tindakan, pandangan funia, aspirasi dan

pandangan terhadap pendidikan yang ditunjukkan berkemungkinan kurang

mencabar sebagaimana mereka di bandar besar. Rata-rata pelajar di luar bandar

kurang mendatangkan masalah kepada sekolah dari segi tingkah laku.

Sebagai individu yang unik, setiap pelajar mengamalkan gaya berfikir dan

gaya belajar yang berbeza. Terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang umum

iaitu visual, audio dan kinestetik. Pelajar visual perlu mendengar dan melihat

untuk memahami isi pelajaran sementara pelajar kinestetik perlu terlibat

melakukan aktiviti membuat untuk menguasai pembelajaran. Terdapat juga

pelbagai bentuk gaya belajar yan gberasaskan gaya berfikir individu yang

membuatkan setiap pelajar berbeza. Ada pelajar yang memerlukan bantuan latar

untuk memahami pembelajaran. Pelajar jinis ini tergolong dalam gaya fikir “field

dependent”. Pelajar perempuan lebih banyak memerlukan bantuan latar

berbanding lelaki,juga bergantung kepada budaya hidup etnil. Pelajar lelaki

kebanyakannya boleh berfikir secara pantas dan ada juga pelajar yang

mengambil masa yang panjang untuk memahami dan bertindak. Pelajar impulsif

lebih mudah membuat kesilapan dalam pembelajaran berbanding pelajar yang

reflektif. Pelajar reflektif mengambil masa dan berfikir panjang sebelum

mengambil tindakan. Pelajar reflektif lebih mudah mengingat maklumat, lebih

memahami teks dan lebih cekap dalam penyelesaian masalah dan membuat

keputusan berbanding pelajar impulsif.

Tambahan pula, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid juga

termasuklah gender. Pelajar perempuan lebih tekum memberikan perhatian

dalam pembelajaran, mematuhi peratuan bilik darjah dan sekolah. Mereka jug

alebih kemas dan teratur, menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah.

Manakala lelaki menunjukkan prestasi lebih baik pada peringkat menengah.

Pelajar lelaki biasanya lebih mendapat perhatian guru dalam pembelajaran dan

interaksi dengna guru dan lebih baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah

dalam mata pelajaran sastera dan bahasa. Merujuk Santrock:2008, estim kendiri

4

Page 5: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

pelajar lelaki dan perempuan adalah sama pada masa masuk sekolah tetapi

estim kendiri pelajar perempuan merosot apabila mencapai pertengahan tahun

persekolah. Budaya yang diamaklan di sekolah membentuk penerimaan kelainan

gender, keupayaan dan prestasi mengikut gender.

Tugas guru adalah untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri

dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Pelajar dalam sesebuat bilik

darjah terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi,latar belakang keluarga,

kawasan petempatan, budaya adat resam dan bahasa yang berbeza. Lantaran

itu, guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan

memberikan perhatian tehdapa pelajar. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud

di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yan gsesuai bagi

mebolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran

yang berkesan.

Selain itu, implikasi kepelbagain sosiobodaya kepada guru adalah

penerunaab dan layanan adil terhadap setiap murid. Guru haruslah mengenali

5

Guru

Pengurusan Hubungan

Layanan Adil

Pembelajaran Koperatif

Pemilihan Sumber

Jangkaan Guru

Bahasa

Page 6: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,

kepercayaan dan afama akan membolehkan guru memberikan layanan yang

lebih adil kepada individu pelajar mengikut keperluan individu. Guru tidak

seharusnya menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar untuk

mengesahkan generalisasi dan pelabelan yang telah dibuat. Apabila guru

memahami situasi pelajar, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai

dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar daripada kelompok ini, oleh

hal yang demikian, diskriminasi dan kesan “self fulfilling prophercy” dapat

dielakkan.

Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya

berkesan bagi kumpulan lain. Guru tidak seharusnya menganggap semua

pelajar boleh belajar melalui cara yang sama. Pendidkan yang saksama buka

bermakna sistem penyampaian yang sama. Kesaksamaan pendidikan lebih

bergantung kepada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status

sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan mengambil kira

faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan

pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan pelajar. Satu strategi yang

boleh digunakan ialah pembelajaran koperatif. Melalui struktur pembelajaran

koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan

dan pengalaman, belajar bersama-sama, saling memebantu dan berinteraksi

untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai

latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan

mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran busaya mikro kumpulan

etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan

kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.

Tugas guru secara eksplisit adalah mengajar dan melaksanakan

kurikulum formal tetapi secara realitinya guru menguruskan hubungan di dalam

bilik darjah agar pembeljaran yang berkesan boleh dicapai. Sebagai satu

komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan memlaui

peraturan dan rutin bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan memlaui

6

Page 7: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

peraturan dan rutin bilik darjah. Pemathuan peraturan menjadi satu keperluan

untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Guru juga boleh menggunakan

kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara pelajar di dalam bilik darjah.

Paparan sosiogram dapat menunjukkan hubungan antara pelajar. Hasil kajian ini

dapat digunakan untuk membina hubungan dan penerimaan antara pelajar.

Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar yang

mewakili kelompok kecil, minority atau kelas sosial rendah. Kajian di Amerika

menunjukkan terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa,

jantina dan kelas sosial. Jangkaan dibuat sejak pelajar mula masuk sekolah

berdasarkan pakaian dan lain-lain yang berkaitan dengan araf sosioekonomi

keluarga. Guru hendaklah sedar bahawa potensi pelajar bukan berdasarkan

kelas sosial, jantina atau bangsa. Jankaan guru terhadap prestasi pelajar

berdasarkan elemen-elemen generalisasi adalah tidak adil bagi pelajar. Biasanya

pelajar yang telah dilabel akan beritndak sebagaimana label yang disangkut

kepadanya. Kebanyakkan sekolah mengamalkan sistem pengaliran berdasarkan

pencapaian akademik pelajar, pelajar dikelompokkan kepada kelas yang

berbeza. Guru yang mengajar di kelas baik akan menyediakan pengajaran dan

pembelajaran yang mendalam sementara pelajar kelas akhir menerima

pembelajaran berbentuk ala kadar. Dengan layanan yan gberbeza, jarak antara

kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas

akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah, dianggap pelajar

“bermasalah”, yang akhirnya akan bertingkah laku sebagaimana yang

dijangkakan guru. Guru perlu berubah sikap dan pandangan terhadap pelajar

dan mengelakkan amalan diskriminasi. Tugas guru adalah unuk menyediakan

pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan pengalaman dan keupayaan

serta budaya pelajar.

Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku sekiranya bahan

sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Sebuah

kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minority, pelajar minority

mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak ada unsur-unsur

7

Page 8: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

budaya etnik dalam sumber pembelajaran. Motivasi pelajar akan meningkat dan

pembelajaran akan menjadi lebih berkesan kerana contoh yang digunakan

berkaitan dengan pengalaman pelajar. Guru perlu berhati-hati dalam memilih

sumber pembelajaran yang sesuai. Walaupun buku teks disediakan, guru perlu

menyediakan sumber tambahan yang sesuai dengan pengalaman pelajar agar

pembelajaran bermakna boleh berlaku. Guru haruslah mengelakkan unsur-unsur

negated dan sensitive bagi mana-mana etnik. Maklumat yang tepat tentang

budaya sesuatu etnik jugalah penting. Pemilih sumber yang baik perlu dilihat

daripada penggunaan bahasa dan istilah yang tidak berunsur sensitive dari segi

gender, etnik dan kepercayaan, pemilihanan bentuk bahasa dan istilah yang

dapat diterima, tidak bias, dan prejudis perlu diutamakan.

Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian

sosiobudaya dalam masyarakat. Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga

dan kaum etnik akan dibawa masuk ke sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya

sekolah. Bergantung kepada kecekapan pengurusan sekolah untuk mewujudkan

budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing.

Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arah

kebangsaan dan sistem berpusat, namum dalam pelaksanaannya wujud jenis-

jenis sekolah yang berbeza. Justeru, budaya sekolah juga berbeza

memandangkan warga sekolah-sekolah tertentu tergolong daripada kaum ernik

8

Sekolah

Jenis Sekolah

Kepimpinan Sekolah

Lokaliti Sekolah

Page 9: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

tertentu. Jenis-jenis sekolaha yang mempunyai fokus yang berberza turut

mengamalkan budaya yang berbeza. Warga sekolah yakini guru atau pelajar

juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Sosiobudaya akan dipengaruhi

oelh maalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majority tersebut.

Namun akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan budaya mikro sub-etnik

daripada aspek bahasa dan adat resam. Bagi sekolah-sekolah berprestasi tinggi,

budaya dan aspirasi sekolah juga akan turut terselerah. Guru dan pelajar akan

bergerak seiring untuk mencapai matlamat sekolah. Masalah sosial, sikap dan

pencapaian mungkin tidak ketara jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah

pencapaian rendah dan sederhana. Budaya bersaing, bekerjasama, berfokus

dan bermatlamat menjadi pegangn waega sekolah.

Sekolah yang terletak di bandar, kebanyakannya disertai oleh pelbagai

latar belakang sosiobudaya: kelas sosial dan etnik. Sekolah-sekolah luar bandar

dan pedalaman biasanya merangkumi satu atau dua kaum etnik yang

mempunyai taraf sosioekonomi rendah. Sekolah luar bandar sering menghadapi

masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian

yang rendah. Justeru, bandar sekolah yang dipengaruhi aspek sosiobudaya

setempat yuang terbatas.

Berjaya atau sebaliknya sesebuah institusi atau sekolah bergantung

kepada gaya kepimpinan pengurus sekolah. Pengurus yang baik dapat

mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasa sebagai

sebuah pasukan. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencpaai

matlamat sekolah. Salin gkerjasama antara sekolah dan komuniti, khusus

melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memanfaatkan

sekolah.

9

Page 10: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Kurikulum tersirat merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap

dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi

sekolah. Budaya dan sikap yang dimaksudkan termasuk kepatuhan kepada

autoriti, mematuhi peratuan sekolah, menepati masa, penangguhan ganjaran,

bekerjasama, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan lain-lain. Pembentukan

sikap dan amalan budaya tidak semestinya diajar secara terancang tetapi

dipelajari dan dihayati pelajar melalui teladan dan amalan yang dibiasakan di

sekolah. Justeru, kurikulum tersembungyi/tersirat merupaka nilai implicit atau

tidak dirancang pencapaiannya tetapi terlaksana hasil daripada amalan di dalam

bilik darjah sebagai kesan proses pelaksanaan kurikulum formal.

Kurikulum terisrat terjadi berdasarkan tiga unsur berikit: kelompok, pujian

dan kuasa. Sebagai ahli dalam kelompok, pelajar perlu berdiri pada masa guru

masuk, beri ucap selamat, menunggu giliran, bercakap dengan izin guru, buat

tugasan sendirian dan lain-lain. Mereka perlu belajar bersabar untuk berjaya

dalam situasi sekolah. Unsur kedua ialah pujian, selalunya dikaitkan dengan

penilaian. Guru menilai pembelajaran pelajar memlaui ujian dan peperikasaan,

lathiahn bertulis dan lisan. Namum, penilaian yang lebih banya dilakukan did

alam bilik darjah ialah penilaian ke atas tingkah laku pelajar. Sering kali tingkah

laku yang baik kurang mendapat pujian. sebaliknya, pelajar menerima hukuman

apabila melakukan kesalahan, mengingkari peraturan dan sebagainya. Unsur

10

Kurikulum Tersirat

Konflik Nilai

Budaya Sekolah

Sktruktur Organisasi

Sekolah

Page 11: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

ketiga, ialah kuasa. Lebih nyata dalam bentuk amalan kuasa berat sebelah

kepada kuasa orang dewasa. Pelajar dikenakan mematuhi peraturan yang

disediakan oleh guru. Motivasi dan rasa ingin tahu pelajar boleh menjadikan

terbantut kerana tidak berpeluang mengeluarkan fikiran dan pandangan atas

sebab halangan-halanagan yang wujud. Justeru, guru seharusnya mengamalkan

kepimpinan demokratis dan memberikan peluang kepada pelaar untuk berkongsi

kuasa dan memberikan pandangan.

Kurikulum terancang dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu

kurikulum formal yang didokumentasikan pada setiap peringkat persekolahan.

Kurikulum pengajaran iaitu proses pelaksanaan kurikulum formal di dalam bilik

darjah. Amalan guru dalam melaksanakan kurikum atau sukatan pelajaran.

Pelajar belajar melalui kurikulum tersirat daripada dua aspek, iaitu struktur

organisasi sekolah termsuk jadual waktu pembelajaran dan aktiviti lain di

sekolah, penyediaan kemudahan dan kelengkapan sekolah, bahan sumber

pembelajaran, bentuk penaksiran dan penilaian, jenis kursus yang disediakan,

program khas di sekolah, gerak kerja kokurikulum, pengurusan hubungan dan

pengelompokan pelajar. Cara guru besar menguruskan sekolah membentuk

iklim sekolah yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran pelajar

secara langsung dan tidak langsung. Di samping itu, budaya sekolah termasuk

pertaturan sekolah, keceriaan sekolah, paparan maklumat sekolah, peranan dan

hubungan warga sekolah, budaya pelajar, adat resam yang diamaklan, aspirasi

sekolah dan jangkaan guru terhadap kumpulan pelajar.

Kesan kurikulum tersirat di dalam kelas dapat dilihat dalam dua bentuk,

iaitu disengajakan dan tidak disengajakan. Terdapat guru yang tidak dapat

menguruskan pembelajaran dengan berkesan terhadap pelajar yang berasal

daripada budaya dan sistem nilai yang lain. Justeru,berlaku konflik nilai antara

guru dengan pelajar berkenaan. Kesannya ialah guru bertindak “bias” atau

“prejudis” terhadap pelajar yang berkenaan. Prejudis atau bias yang tidak

disengajakan, sering dapat dilihat dalam tindakan guru dalam bilik darjah adalah

seperti mengelakkan pelajar-pelajar tertentu dalam aktiviti yang disertai kelas

11

Page 12: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

dan memberi pujian kepada pelajar budaya lain dalam pencapaian yang kecil-

kecil, yan gbukan berfokus kepada peningkatan prestasi.

Pelajar belajar daripada apa yang idlihat diamalkan di dalam bilik darjah.

Unsur melabel murid contohnya akan mengakibatkan pelajar menerima dirinya

sebagaimana yang dilabeklan, hal ini yang disebutkan sebagain ”self fulfilling

prophercy”. Melalui aktiviti pembelajaran yang memanfaatkan artifak budaya

setempat atau berkaitan dengan adat resam sesuatu suku kaum, pelajar dpat

memahami perasaan, kekuatan jiwa serta pandangan dunia suku kaum

berkenaan. Oleh hal yang demikian, perasaan rasa hormat dapat dipupuk.

Sebagai seorang guru, beliau haruslah memastikan kepelbagaian

sosiobudaya memberi manfaat kepada murid. Semua guru yang mengajar di

dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap

professional. Mereka seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid

yang berkenaan. Guru juga mestilah mengajar dengan tidak mengelompokkan

murid mengikut kaum mereka tertentu dalam satu kumpulan sahaja.

Oleh demikian, guru haruslah memberikan perhatian kepada elas sosial

murid. Mereka digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial

murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak harus

dikesampingkan. Bagi mereka yang datangnya dari kelas sosial atasan dan

berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain. Perbezaan

kelas sosial ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid yang

berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti P&P. keadaan ini menjamin

semua murid akan memberi peluang mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti

yang dijalankan oleh guru dalam pembelajaran di dalam kelas.

Guru perlulah berusaha untuk membantu murid dalam memilih kerjaya

yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Di samping tiu adalah menjadi

tanggungjawab guru untuk menolong murid membentuk konsep kendiri positif

supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok.

Guru juga perlu memberi tunjuk ajar unutk mengatasi masalah akademik di

12

Page 13: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

samping meningkatkan prestasi akademik muridnya yang lemah melalui kem-

kem motivasi dan sebainya.

Guru juga perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil

kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya

dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan

renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.

Guru boleh menggunakan kata-kata bermotivsi dan penuh dengan senyuman

dan jenaka, dan pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping memberi

teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran.

Guru bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran yang

mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosiobudaya. Langkah-

langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat kemungkinan

berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum,

pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam

kalangan murid.

Dari aspek kepercayaan pula guru haris tidak menyentuh atau

mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. Setiap

nilai dan kepercayaan yang tersebut harus diterima dengan seadanya. Isu-isu

sensitif dan berkaitan dengan agama murid yang berkaitan dengan agama murid

yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlulah merancang aktiviti

pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid

mereka.

Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti

pembelajaran. Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh

disetai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias

kepada mana-mana jantina mesti dielakkan kerana peluang yang sama haruslah

diberikan kepada setiap murid dalam menerokai aktivtiti pembelajaran. Bagi

murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk

13

Page 14: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak

terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi

Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini.

Justeru, guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang

tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk

meningkatkan kualiti pendidikan.

Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah

bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan

pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru harus

kreatif dan inovati untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan

pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.

14

Page 15: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Refleksi

Kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran adalah subjek wajib untuk

guru pelatih PISMP Sem 5. Melalui kerja kursus ini, kami telah mempelajari

banyak ilmu pengetahuan dalam budaya dan pembelajaran.

Melalui kerja kursus saya telah mengetahui ciri-ciri tentang budaya dan

pembelajaran. Hal ini sangat membantu dalam kehidupan guru pada masa

hadapan. Malaysia merupakan Negara yang mempunyai pelbagai kaum. Hal ini

menyebabkan kepelbagaian sosio-budaya di kalangan penduduk Malaysia dan

juga mempunyai kepelbagaian sosiobudaya antara murid dan juga guru.

Kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat majmuk di Negara kita akan

memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan

secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya.Dengan

ini, sebagai seorang bakal guru, kami haruslah memahami tentang kepelbagaian

sosiobudaya antara murid maka dapat menjalankan poengajaran dan

pembelajaran dengan lancar.

Melalui kerja kursus ini, saya telah lebih mengetahui tentang masalah ini

dengan amat mendalam. Masalah kepelbagaian sosiabudaya adalah amat

ketara dalam Negara kita. Masalah ini terutamanya masalah kelas sosial adalah

masalah yang terketara. Hal ini demikian, sebagai seorang bakal guru, saya

telah mempelajari pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini

tidak boleh dinafikan supaya menjadi lebih serius lagi.

Di samping itu, saya telah mempelajari kepelbagaian sosiobudaya dalam

masyarakat di sekolah. Hal ini disebabkan melalui kerja kursus, kami telah

membaca pelbagai rujukan dan menganalisisnya dengan teliti. Hal ini

menambahkan ilmu pengetahuan dan juga meluaskan pengalaman kami dalam

segi implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam sekolah.

Tambahan pula, kami telah mempelajari tentang implikasi kepelbagaian

sosio-budaya terhadap guru, sekolah, murid dan juga kurikulum tersirat. Dengan

ini, kami lebih memahami tentang peranan terhadap guru yang harus

15

Page 16: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

dilaksanakan di dalam sekolah. Di samping itu, dengan ini, kami juga lebih

memahami bahawa peranan murid untuk mengelakkan masalah yang akan

timbul disebabkan kepelbagaian sosiobudaya. Sebagai bakal guru, kami akan

meceburi dengan kakitangan sekolah, dengan memahami tajuk ini, kami dapat

membantu menyelesaikan masalah ataupun tentang tajuk kepelbagaian

sosiobudaya. Hal ini akan banyak membantukan sekolah tersebut. Apabila kami

menyediakan rancangan pengajaran kami, kami akan lebih teliti supaya dapat

menjaga kesemua murid bahawa tidak menyentuh tajuk ataupun aspek sensitive

terhadap sosiobudaya mereka.

Dalam proses menghasilkan kerja kursus ini, saya telah menghadapi

beberapa masalah. Hal ini seperti sem ini amat banyak kerja haruslah disiapkan

dalam masa yang singkat disebabkan kami haruslah menjalankan pratikum pada

bulan April. Hal ini menyebabkan terlalu banyak kerja kursus haruslah dijalankan

dan disiapkan pada masa yang sama. Hal ini demikian saya telah mempelajari

bahawa haruslah mengatur masa dengan teliti dan sistematik. Dengan ini, saya

menghasilkan satu borang masa untuk mengisikan prosedure menjalankan kerja.

Hal ini telah membantu saya untuk menjalankan kerja saya dengan lebih

sempurna dan juga sistematik.

Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada pensyarah kami bahawa beliau telah memimpin kami untuk

menyiapkan kerja kursus ini. Apabila menghadapi masalah atau halangan

terhadap kerja kursus, beliau sabar dan kasih sayang untuk membantu kami dan

juga menolong kami untuk menyelesaikan masalah. Justeru, saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada beliau bahawa memberi peluang ini untuk

menyiapkan kerja kursus ini yang amat membantukan saya dalam subjek dan

sebagai seorang bakal guru pada masa hadapan.

Akhir kata, pada masa hadapan kami haruslah mengaplikasikan ilmu

pengetahuan yang dipelajari dalam subjek ini maka dapat menjalankan

pengajaran dan pembelajaran kami dengan lancar dan juga baik. Saya janji

bahawa saya akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam

16

Page 17: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

subjek dan juga kerja kursus ini pada pengajaran dan pembelajaran saya pada

masa hadapan.

17

Page 18: Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Bibliografi:

Buku Rujukan:

1. Aziz Deraman (1992\4), ‘Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia’. Kuala

Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

2. ‘Chew Fong Peng (2008), ‘ Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum Di

Malaysia,’ Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara

3. Zaid Ahmad et al. (2006), Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam:Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

4. Noriati A. Rashid (2011), Budaya dan Pembelajaran, Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

5. Syed Ismail Bin Syed Mustapa(2010), Budaya dan Pembelajaran,

Ipoh:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Laman Web:

1. BIBLIOGRAPHY IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA. (n.d.). Retrieved Mar 2013,

11, from bkree66: http://bkree66.blogspot.com/2011/07/implikasi-kepelbagaian-sosio-

budaya.html

2. Ismail, S. (11 , May 2011). Implikasi Keplebagaian Sosial Budaya. Retrieved

Mar 2013, 13, from Cikgu Semasa:

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-3-implikasi-kepada-

kepelbagaian.html

3. Jr, P. (n.d.). Peroto Jr. Retrieved from Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

terhadap p&p: http://perotojr.blogspot.com/2010/05/implikasi-kepelbagaian-sosio-

budaya.html

Keratan Akhbar

Pangaribuan, B. T. (2013, Mar 16). Antara Konservasi dan Utilisasi.

kabarindonesia .

18