Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
GEMPA BUMI GONCANG WISMA SESB
Bil. 38/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 8 Jun 2015
INFO Terkini
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah
pada pukul 7.15 pagi Jumaat lalu. Gempa yang dikesan berpusat 16 km Barat Laut Ranau turut dirasai di seki-
tar Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Be-
lud. Beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah
berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan
swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Kakitangan yang berada di bangunan
Wisma SESB ketika kejadian turut diarahkan untuk mengosongkan bangunan sebagai tindakan keselamatan.
Warga kerja yang berada di dalam bangunan ketika kejadian bertindak berkumpul di tempat
perhimpunan kecemasan kawasan perkarangan tempat letak kereta di hadapan bangunan Wisma SESB. Kira-
kira pada pukul 7.30 pagi Jawatankuasa Kecemasan syarikat diaktifkan bagi mengawal serta mengurus seluruh
warga kerja syarikat yang berada di perkarangan wisma SESB. Timbalan pengurus besar (Pembahagian) En.
Ridwan Saham yang mengepalai Jawantankuasa bertindak mengumpul serta memberi taklimat keselamatan
berkaitan gempa yang melanda pada hari tersebut. Susulan kejadian kakitangan dilarang daripada memasuki
bangunan pejabat sebelum pasukan daripada Jabatan kejuruteraan dan Sengaraan Bangunan menjalankan
siasatan serta penilaian terhadap tahap kerosakan serta keutuhan integriti struktur bangunan yang telah berusia
lebih daripada 30 tahun itu.
Kira-kira pada pukul10.00 pagi warga kerja dibenarkan masuk setelah pasukan penilai mengisytiharkan
bahawa bangunan selamat untuk diduduki. Walaubagaimana pun Jawatankuasa Kecemasan menasihatkan agar
kakitangan syarikat sentiasa berwaspada dan kekal berjaga-jaga dengan perkembangan serta laporan terkini
berkaitan gempa bumi yang melanda. Jawatankuasa juga meningatkan warga kerja untuk melaporkan
sebarang gegaran atau kerosakan ketara pada mana-mana bahagian bangunan.
Bil. 38 2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 8 Jun 2015
Ucapan ringkas daripada Puan Wan Maria Othman Lee, selaku Pengerusi Program CSR SESB.
Jawatankuasa Kecemasan syarikat berkumpul susulan kejadian
Perkarangan tempat letak kenderaan jadi pusat himpunan kakitangan syarikat
Timbalan pengurus besar (Pembahagian) En. Ridwan Saham menyampaikan taklimat keselamatan kepada kakitangan
Salah seorang warga kerja menceritakan detik cemas kejadian kepada wakil media
Kakitangan mematuhi prosedur kecemasan bangunan dengan berhimpun di tempat yang telah ditetapkan Sebahagian daripada warga kerja kekal tenang ketika kejadian
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
INFO Terkini