Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan China

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan China

    1/6

    INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN CHINA

    Pada mulanya, tamadun melayu dan tamadun china mempunyai pertalian pada zamam

    prapenjajah barat. Pertalian ini telah wujud sebelum permulaan tahun Masihi sejak

    zaman Dinasti Han (140-117 SM) lagi. Pada masa itu, I-Tsing (Yi Jing) telah

    menterjemahkan buku agama Buddha bahasa Sanskrit ke dalam bahasa cina dan

    menulis dua buah buku tentang Tamadun Melayu Sri Vijaya. Berlaku perhubungan

    diantara Laksamana Muhammad Cheng Ho (Zheng He) di antara negeri Melaka

    dengan China. Perhubungan diantara kedua-dua Negara ini dikaitkan dengan

    persahabatan, pendamaian & perniagaan).

    Interaksi antara tamadun melayu dan tamadun china wujud sejak pemerintahan

    kerajaan Funan pada abad ketiga Masihi. Interaksi kedua-dua tamadun ini telah

    mencapai kemuncaknya semasa zama Dinasti Tang dan Dinasti Ming dengan

    pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah

    perjalanan laur dari Guangzhou dengan India, Parsi, dan Arab melalui Alam Melayu

    seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa). Hasil kedua-dua

    interaksi ini telah membawa beberapa perubahan dan asimilasi budaya dalam kedua-

    dua tamadun ini. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku dalan keadaan yang

    aman dan tenteram tanpa sebarang kesulitan melalui perhubungan diplomatik, migrasi

    dan perdagangan diantara pedagang-pedangan daripada kedua-dua tamadun.

    Pada Zaman Kesultanan Melaka (1400-1511) berlaku klimak interaksi bagi

    tamadun ini di mana Melaka dan China saling mengutuskan wakil mereka untuk

    menjalinkan perhubungan dan interaksi bagi mengeratkan lagi ukhwah diantara kedua-

    dua tamadun ini. Interaksi ini diperkemaskan lagi dengan perkahwinan diantara Sultan

    Melaka iaitu Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Lipo yang merupakan Puteri

    Cina. Melalui kedua-dua interaksi ini telah memberi beberapa kesan yang positifterhadap kemajuan tamadun tersebut dengan memperkenalkan sutera, tembikar,

    porselin dan pelbagai makanan iaitu tauhu, kicap, taugeh dan seumpamanya.

    Selain itu, juga interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina

    diperkenalkan bekas dan perkakas darus dan rumah dan beberapa teknologi seperti

  • 7/28/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan China

    2/6

    perlombongan, pertukangan, logam dan kertas. Di samping itu, Tamadun China telah

    memperkenalkan satu perusahaan baru di Kepulauan Melayu iaitu perusahaan sutera

    yang dijadikan sebagai sumber kewangan dan ekonomi di Kepulauan Melayu. Interaksi

    kedua-dua tamadun ini juga telah memperkenalkan sistem pembinaan dan pertanian

    yang lebih baik, disertakan dengan nilai kerja dan estetika yang cemerlang untuk

    mencapai tahap kualiti yang mantap.

    INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DAN CHINA

    Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah

    adanya utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Sehubungan itu, orang-orang

    Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke Negara China dengan melalui jalan

    sutera yang merupakan jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang

    hingga ke Peking. Manakala pula, melalui jalan laut yang digunakan pada abad ke-5

    masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India dan Kepulauan Melayu hingga ke

    Canton di tenggara China.

    Pada abad ke-5 terdapat catatan yang menunjukkan kapal-kapal China telah

    sampai ke Teluk Parsi. Masih ramai lagi pedagang Arab telah menetap di daerah

    tenggara China pada abad ke-7 masihi seperti Kwang Cho, Chang Chow dan Chuan

    Cow. Hubungan diplomatik antara kedua-dua tamadun ini telah mencapai

    kemuncaknya dengan terdirinya masjid-masjid di kawasan utama iaitu Guangzhou.

    Selepas berlakunya kemuncak, muncullah beberapa tokoh Muslim tempatan iaitu Wang

    Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi dan Ma Dexin. Penglibatan kesemua tokoh-tokoh ini telah

    mempengaruhi hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka.

    Pada tahun 1642, buku yang dikarang oleh penulis China Muslim iaitu ZhengjiaoZhengquan. Kebanyakan penulis-penulis China banyak menggunakan konsep-konsep

    yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme dengan memperkenalkan Islam kepada

    masyarakat tempatan. Masih lagi terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme

    dengan ajaran Islam. Ketika zaman Dinasti Tang (618-907), Li Xun telah menyusun

    buku yang berkaitan dengan Materia Medica.

  • 7/28/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan China

    3/6

    INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN EROPAH

    Interaksi antara tamadun Islam dan Eropah bermula sejak terbentuknya pemerintahan

    Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Terdapat pendapat tokoh tamadun yang

    menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua

    Eropah dan dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.

    Proses interaksi tamadun ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan.

    Melalui proses interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan. Berlaku

    peperangan yang dikenali sebagai Perang Salib dalam tempoh yang panjang antara

    orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik. Terdapat beberapa faktor

    berlakunya perang Salib ini iaitu berlaku penindasan oleh pemerintah Kristian kepada

    penganut Islam. Selain itu, berlaku ketidakseimbangan ekonomi dalam aktiviti ekonomi.

    Oleh itu, peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang

    dengan orang-orang Islam.

    Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interaksi

    positif yang berlaku. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-

    orang Eropah dengan tamadun Greek (Yunani) menjadi lebih rapat. Hal ini kerana

    penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani

    Abbasiyah. Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah,

    matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam. Proses interaksi

    antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila

    tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad ke-12 masihi

    hingga 14 masihi). Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap (abad ke-

    4 hingga ke-14 masihi). Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam

    pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7.

    Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku pada abad ke-10 hingga ke-12masihi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah.

    Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi

    pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan

    seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di

    Sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Eropah. Orang-orang Islam

  • 7/28/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan China

    4/6

    Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik. Pada abad

    ke-12,karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi

    peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari seni ini

  • 7/28/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan China

    5/6

    REFLEKSI

    Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya memberi saya peluang untuk

    menyiapkan tugasan ini dengan sebaikknya dan mencapai tahap yang diinginkan.

    Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kawan saya memberi sepenuh komitmen

    dalam menyiapkan tugasan ini dengan sebaikknya. Saya berasa amat gembira apabila

    mendapat tugasan ini mengenai interaksi antara tamadun yang boleh dikira satu tajuk

    yang amat bagus untuk diperkembangkan dan dihuraikan untuk mendapatkan pelbagai

    ilmu yang terbaik bagi setiap interaksi.

    Sebelum mendapatkan tugasan ini, saya berasa amat gelisah kerana setiap

    buku yang dijumpai kurang menghuraikan mengenai interaksi antara pelabagai

    tamadun. Pembacaan pada semua bahan rujukan telah membuahkan hasil yang begitu

    lumayan apabila saya dapat memperincikan setiap interaksi tamadun dengan begitu

    jelas dan padat bersesuaian dengan kehendak soalan. Bantuan daripada pensyarah

    amat berguna bagi meneruskan tugasan ini. Pensyarah pembimbing memberi teguran

    dan membuat penambahbaikan keatas tugasan yang diberikan untuk menjadikan

    tugasan yang saya buat ini lebih mantap yang bercirikan konsep yang dikehendaki.

    Melalui tugasan ini, pemikirang saya menjadi lebih meluas dengan menganalisis

    setiap interaksi yang berlaku serta kesan interaksi terhadap Negara Malaysia. Jadi,

    saya dapat mantapkan pemikiran dan hati saya untuk menjadi lebih kuat dan cemerlang

    menghadapi sebarang kesulitan dan cabaran yang akan berlaku sepanjang interaksi ini

    berlaku. Saya juga dapat menganalisis perkara-perkara yang telah pun berlaku pada

    masa silam yang boleh dijadikan satu titik permulaan bagi mencapai kemajuan Negara

    selaras dengan kehendak Negara Malaysia untuk mencapai Negara maju pada tahun

    2020.

    Akhirulkalam. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan

    ini dengan sebaiknya. Saya mengharapkan tugasan yang diberikan ini memberi impak

    yang positif kepada diri saya khususnya dan orang lain secara amnya.

  • 7/28/2019 Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan China

    6/6

    PENGENALAN