9
Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan ISU ATAU KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN Pengurusan projek ditakrifkan sebagai perancangan keseluruhan, pengawalan dan koordinasi sesuatu projek daripada peringkat permulaan hingga peringkat penyiapan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan projek tersebut disiapkan pada masa yang ditetapkan, dalam lingkungan kos dan juga kualiti kerja seperti yang diharapkan oleh pelanggan. Isu atau kelemahan dalam pengurusan projek pembangunan telah dikenalpasti di setiap peringkat pengurusan projek. Isu atau kelemahan tersebut adalah seperti berikut: a) Peringkat Perancangan Pemilihan tapak yang kurang sesuai Pengambilan balik tanah belum selesai Keperluan pelanggan tidak jelas/tidak lengkap Peruntukan terhad b) Peringkat Reka Bentuk Reka bentuk yang tidak sesuai/tidak praktikal/tidak memenuhi keperluan pengguna/tidak lengkap Kurang maklumat/maklumat tidak jelas Masalah koordinasi Kesilapan perekabentuk/terlepas pandang Kelewatan penyediaan rekabentuk c) Peringkat Perolehan Kelewatan melantik perunding/kontraktor Kontraktor tidak berkeupayaan

Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nn

Citation preview

Page 1: Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

ISU ATAU KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN

Pengurusan projek ditakrifkan sebagai perancangan keseluruhan, pengawalan dan koordinasi sesuatu projek daripada peringkat permulaan hingga peringkat penyiapan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan projek tersebut disiapkan pada masa yang ditetapkan, dalam lingkungan kos dan juga kualiti kerja seperti yang diharapkan oleh pelanggan. Isu atau kelemahan dalam pengurusan projek pembangunan telah dikenalpasti di setiap peringkat pengurusan projek. Isu atau kelemahan tersebut adalah seperti berikut:

a) Peringkat Perancangan

Pemilihan tapak yang kurang sesuai Pengambilan balik tanah belum selesai Keperluan pelanggan tidak jelas/tidak lengkap Peruntukan terhad

b) Peringkat Reka Bentuk

Reka bentuk yang tidak sesuai/tidak praktikal/tidak memenuhi keperluan pengguna/tidak lengkap

Kurang maklumat/maklumat tidak jelas Masalah koordinasi Kesilapan perekabentuk/terlepas pandang Kelewatan penyediaan rekabentuk

c) Peringkat Perolehan

Kelewatan melantik perunding/kontraktor Kontraktor tidak berkeupayaan Kontraktor tiada pengalaman melaksanakan projek yang kompleks

d) Peringkat Pembinaan

Masalah tapak Lambat mendapat kelulusan daripada PBT Masalah koordinasi Kontraktor lewat menerima lukisan Pelanggan lambat memberi pengesahan Banyak kerja tambahan Lanjutan masa (EOT) terlalu lama Pertindihan skop kerja kontraktor

Page 2: Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

Penyelia tapak tidak kompeten Penyeliaan tapak tidak rapi Kerja pembinaan tidak ikut spesifikasi/lukisan Tiada rekod kawalan kualiti Kurang pemantauan terhadap perunding/kontraktor Kenaikan harga barang binaan (seperti besi dan keluli) di luar kawalan Kontraktor bermasalah Projek dimansuhkan

e) Peringkat Penyiapan dan Penyerahan

Kerja-kerja pembinaan tidak sempurna/banyak kecacatan dan kerosakan Pembinaan diperakukan siap walaupun ada kerja yang belum siap Ujian dan pentauliahan belum selesai Kemudahan/peralatan tidak dapat digunakan Bangunan/kemudahan tidak dapat beroperasi dengan berkesan Pelanggan enggan berpindah Bangunan telah diserahkan tetapi tidak boleh diduduki Tiada kawalan keselamatan Bangunan diduduki walaupun Sijil Layak Menduduki (CF) belum diperolehi

f) Peringkat Pembaikan Kecacatan/Kerosakan dan Penyenggaraan

Kurang pemantauan/penyeliaan Tiada penyenggaraan Kecacatan/kerosakan:

o Lambat dibaikio Dibiarkan tanpa apa-apa tindakano Tidak dibaiki walaupun Tempoh Tanggungan Kecacatan tamato Yang sama berulango Tidak dilaporkano Serius selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan

g) Peringkat Pentadbiran Kontrak

Kontrak lewat ditandatangani Bon Pelaksanaan dan insurans lewat dikemukakan/tidak dilanjutkan selaras

dengan lanjutan masa Perubahan kerja dilaksanakan sebelum kelulusan diberi Lanjutan masa lewat dikeluarkan/sebab-sebab tidak mengikut syarat kontrak Sijil Siap Kerja lewat dikeluarkan/tarikh di backdate Bayaran kemajuan tidak ikut jadual Denda lewat tidak dikenakan Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan setelah kerja diperakukan siap Perakuan Muktamad lewat dikeluarkan

Page 3: Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

Isu atau masalah ini telah menyebabkan pembinaan lewat disiapkan, pembinaan tidak berkualiti dan kos pembinaan bertambah. Ini memberi kesan kepada pengguna, menjejaskan imej negara dan juga mendatangkan kerugian kepada Kerajaan.

CARA MENGATASI MASALAH HONEYCOMB PADA STRUKTUR KONKRIT

| 1 comments

SUMBER  wikipedia mengatakan Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.

Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan

Page 4: Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

KERJA PEMBINAAN

Masalah Honeycomb atau konkrit yang berongga atau tidak padat merupakan masalah yang sering berlaku pada stuktur bangunan di tapak binaan. Gambar seperti dibawah :

                                                                                       

masalah ini jika tidak diatasi dengan segera, ianya boleh melemahkan struktur binaan sebuah bangunan kerana tetulang besi yang terdapat didalam struktur konkrit column atau beam akan terdedah dengan cahaya dan air yang akan mengakibatkan karat pada besi tersebut.

Apa yang hendak dibincangkan disini ialah bagaimana hendak menagani masalah honeycomb pada struktur konkrit sebelum konkrit trsebut menjadi keras:

Diakui memang banyak produk pembinaan yang dapat membaikpulih Honeycomb seperti melakukan kerja menampal dengan cement apoxy cement grout, Sika dan sebagainya tetapi adakah kita senang melihat pemandangan tiang-tiang konkrit bertampal tampal seperti panau yang melekat pada badan kita.....

huh!!!!! sebernarnya terlampau Kompleks untuk membicarakan soal ini..cuma berdasarkan pengalaman yang saya ada dapatlah kita berkongsi sedikit tip tip bagi mengurangkan masalah ini dari terus berlaku..

Page 5: Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

Tak kira penyelia tapak, pengurus tapak projek, atau sesiapa sahaja yang mengawal selia kerja konkrit memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini,

Antara langkah pencegahan yang dicadangkan disini ialah:

 Apabila Acuan telah sedia untuk di konkrit,besi telah dipasang, dan semua acuan telah diperiksa oleh pihak berwajib maka kerja-kerja konkrit pun bermula :::::::::

1.  Pastikan jadual penghantaran konkrit disusun dengan rapi oleh penyelia tapak atau sesiapa sahaja yang mengawal selia kerja konkrit tersebut. Ini kerana konkrit yang telah dibancuh di pusat pembancuhan konkrit atau lebih senang dipanggil concrete plant mempunyai masa yang tertentu untuk dituang didalam acuan di tapak. Sekiranya terlalu lama konkrit tersebut berada didalam lori,ianya akan mengeras dan menyukarkan kerja penuangan kedalam acuan ditapak.dengan zaman teknologi yang serba canggih ini yang mengunakan talipon mudah alih sepatutnya aliran penghantaran tidak menjadi masalah kerana penyelia tapak dapat menghubungi Batcher atau pemandu lori untuk memastikan penghantaran dapat sampai pada masa yang betul.

Page 6: Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

2.  Apabila lori sampai ditapak pastikan lori dihadapan telah habis menuang isi dalam buyung lori tersebut dan terus digantikan dengan lori yang baru sampai ditapak.. ini bagi memastikan sama seperti perkara diatas.

3.  Semasa kerja menuang konkrit kedalam acuan dilakukan mesin Poker atau vibvator digunakan bagi menyeragamkan isian konkrit kedalam acuan tersebut.. Haaa!! di sinilah selalunya kita terlepas pandang.. Pekerja- pekerja binaan bahagian ini kebanyakanya tidak mempunyai sijil atau kelayakan atau tidak pernah belajar secara betul bagaimana cara menjalankan kerja dengan hendak mengawal masalah haneycomb. Apa yang mereka tahu adalah tuang konkrit dan vibrate tetapi teknik yang betul tidak diamalkan.

4. Vibrator perlulah dilakukan dengan betul, sekurangkurangya tukang konkrit mempunyai 3 mesin yang mana 2 digunakan dan 1 bagi tujuan stanby sekiranya berlaku kerosakan pada salah satu mesin tersebut.

Page 7: Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan Dan Cadangan Penambahbaikan

5. Kerja vibrate ini perlulah melalui beberapa peringkat yang mana didalam acuan dan pada bahagian luar acuan sepatutnya dilakukan juga, ini bagi isian konkrit tersebut dapat sama rata antara bahagian tengah dan tepi struktur column atau beam tersebut.

6. Selain daripada itu, papan acuan atau formwork perlulah bersih atau masih dalam keadaan baik, Kayu penyokokng formwork juga perlu yang baru,bukan yang telah reput..sesetengah kes yang kita jumpa, kayu penyokong yang digunakan terlalu uzur yang menyebabkan tukang vibrator takut untuk vabrate dengan berulangkali...vibrate sekadar lakonan sahaja.

Sekiranya setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan kerja Konkrit ini mengamalkan petua ini....insyaallah benda seperti honeycomd sersebut dapat dikurangkan......bukanlah susah sanga untuk menjalankan kerja dengan betul cuma 6 langkah yang saya bagi ini je sara rasa masalah ini akan selesai.

Sepanjang kerja saya ditapak binaan walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam mengawal selia kerja konkrit ini tetapi kajian atau ujian yang saya pernah lakukan di sebuah tapak binaan benar-benar berkesan..

saya bukanlah pakar sangat dalam Kerja konkrit ini, cuma ingin berkongsi dengan pembaca,mungkin sedare ada idea lain untuk mengurangkan masalah Honeycomb ini yang dapat kita kongsikan bersama. Sebarang coment bolehlah terus tulis dibawah  ini untuk mengembangkan lagi ilmu pembinaan kita.

SELAMAT MENCUBA.....................