Upload
vanduong
View
294
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS RUNDINGAN MENGENAI: (I) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI GARIS PANDUAN SISTEM
DAN PENGEMUKAAN MAKLUMAT DEPOSIT (“GARIS PANDUAN DISS”); DAN
(II) PROGRAM PENGESAHAN BAGI SYARAT-SYARAT MINIMUM MENGIKUT GARIS PANDUAN DISS.
TARIKH DIKELUARKAN : 15 OKTOBER 2012 TARIKH TUTUP : 14 NOVEMBER 2012
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
ISI KANDUNGAN
1.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN .................................................................................... 1
2.0 OBJEKTIF ......................................................................................................................... 2
3.0 PROSES RUNDINGAN ..................................................................................................... 2
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN DISS. ......................... 3
5.0 CADANGAN PROGRAM PENGESAHAN JURUAUDIT LUARAN TERHADAP SYARAT-SYARAT MINIMUM BAGI SISTEM MAKLUMAT DEPOSIT MENGIKUT GARIS PANDUAN DISS. ............................................................................................................. 6
6.0 MAKLUM BALAS ........................................................................................................... 14
LAMPIRAN
1 PENSIJILAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/KETUA PEGAWAI KEWANGAN 15
2 LAPORAN PENGESAHAN BEBAS JURUAUDIT LUARAN 16
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 1
1.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN
1.1 Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”) telah diberi mandat di bawah sub
seksyen 4(1) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“Akta PIDM”) untuk
mentadbir sistem insurans deposit dan menyediakan perlindungan kepada
pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau keseluruhan deposit yang disimpan
di institusi anggota yang menerima deposit.
1.2 Berkuatkuasa tahun hadapan, semua institusi anggota dikehendaki untuk
menyerahkan maklumat deposit kepada PIDM berdasarkan Format Fail Standard
(“SFF”) seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan
Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”)1 selewat-lewatnya pada 31 Mei setiap
tahun untuk baki deposit bagi tahun berakhir pada 31 Disember tahun sebelumnya.
1.3 Sejajar dengan obligasi berkanunnya dalam memelihara kerahsiaan maklumat, PIDM
berpegang pada prinsip bahawa semua maklumat mengenai pendeposit yang
terdapat dalam SFF perlu dipelihara secara rapi. Bagi mencapai tujuan ini, Garis
Panduan DISS telah menggariskan bahawa semua maklumat mengenai pendeposit
iaitu, nama, nombor pendaftaran, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan
alamat perlu dilindungi2 sebelum diserahkan kepada PIDM bagi tujuan pengesahan
tahunan oleh Perbadanan terhadap pengiraan jumlah deposit diinsuranskan (“TID”)
dan premium yang perlu dibayar oleh institusi anggota.
1.4 SFF direka bentuk bagi memenuhi dua keperluan seperti berikut:
(a) pengesahan oleh PIDM terhadap pengiraan TID dan premium perlu dibayar oleh
institusi anggota.
(b) pembayaran balik deposit yang diinsuranskan oleh pendeposit sekiranya berlaku
kegagalan sesebuah institusi anggota.
1.5 Garis Panduan DISS juga menggariskan keperluan minimum (“Syarat-Syarat
Minimum”) terhadap institusi anggota dalam mengurus tadbir sistem liabiliti deposit.
Sehubungan dengan ini, PIDM bercadang untuk melaksanakan prosedur pengesahan
yang bersesuaian bagi memastikan institusi anggota mematuhi Syarat-Syarat
Minimum yang digariskan dalam Garis Panduan DISS.
1 seperti pindaan bertarikh pada 30 Mei 2011
2 Institusi anggota boleh memilih untuk menggunakan program pelindung algoritma kompleks dengan menetapkan dua (2) atau tiga (3)
abjad tertentu bagi mewakili huruf atau nombor
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 2
1.6 Kertas Rundingan ini menggariskan cadangan penambahbaikan bagi Garis Panduan
DISS dan memperincikan juga cadangan program pengesahan juruaudit luaran bagi
mengesahkan pematuhan institusi anggota terhadap Syarat-Syarat Minimum.
1.7 PIDM mempunyai kuasa dan hak seperti yang termaktub dalam Akta PIDM, termasuk
tetapi tidak terhad kepada, untuk mengambil sebarang tindakan di luar skop
program semakan ini contohnya, menghendaki institusi anggota tertakluk kepada
semakan tambahan bagi rekod-rekod mereka.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektif kertas rundingan ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan komen
terhadap:
(a) cadangan penambahbaikan bagi Garis Panduan DISS; dan
(b) cadangan program semakan juruaudit luaran terhadap Syarat-Syarat
Minimum.
3.0 PROSES RUNDINGAN
3.1 PIDM mempelawa komen bertulis daripada pihak-pihak berkaitan berkenaan dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kertas rundingan ini.
3.2 Komen-komen bertulis tersebut perlu dihantar selewat-lewatnya pada 14 November
2012 kepada:
Pengurus Besar Bahagian Intervensi dan Resolusi Kegagalan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Aras 12, Quill 7 No. 9, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur
Sila tuliskan “CP on DISS/VP” di sudut sebelah kiri bahagian atas sampul surat: Pertanyaan : (03) 2173 7483 (Encik Shrither Nagalingam) (03) 2173 7413 (Encik Mahpa Musa) (03) 2173 7470 (Puan Nazmi Yati) E-mel: [email protected]
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 3
3.3 Komen-komen anda berkemungkinan akan dipaparkan kepada umum oleh PIDM.
Sekiranya komen anda tidak mahu dipaparkan, sila nyatakan dalam maklum balas diberikan.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN DISS
4.1 Cadangan penambahbaikan terhadap Garis Panduan DISS adalah berkaitan dengan
perkara-perkara berikut:
(a) Keperluan pengesahan sendiri oleh intitusi anggota terhadap pematuhan Garis Panduan DISS Cadangan telah dikemukakan yang mana institusi anggota mempunyai pemilikan utama dan bertanggungjawab penuh bagi memastikan pematuhan terhadap Garis Panduan DISS. Oleh itu, ketua pegawai eksekutif (“CEO”) dan ketua pegawai kewangan (“CFO”) institusi anggota perlu menyediakan pengesahan pematuhan tahunan bersama-sama dengan penyerahan data SFF tahunan berkuatkuasa dari tahun 2013.
Maklum balas Diperlukan No. 1:
PIDM mengalu-alukan maklum balas anda berkenaan dengan borang dan
kandungan pengesahan tahunan institusi anggota yang digariskan dalam
Lampiran 1.
(b) Keperluan institusi anggota untuk menyediakan PIDM dengan pelarasan baki deposit dalam SFF dengan Lejar Am dan laporan statistik disediakan kepada Bank Negara Malaysia (“BNM”). Berdasarkan ujian percubaan SFF, PIDM mendapati bagi kebanyakan kes, jumlah yang dilaporkan dalam SFF tidak semestinya selaras dengan baki lejar am atau baki deposit yang dilaporkan bagi tujuan statistik kepada BNM. Bagi memudahkan PIDM menyemak ketepatan jumlah yang dilaporkan dalam SFF, kami mencadangkan supaya Garis Panduan DISS dipertingkatkan bagi memastikan penyediaan pelarasan jumlah deposit dalam SFF dengan jumlah yang dilaporkan dalam lejar am serta laporan statistik yang disediakan kepada BNM bagi tempoh yang sama semasa penyerahan SFF kepada PIDM.
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 4
Maklum balas Diperlukan No. 2:
PIDM mengalu-alukan maklum balas anda terhadap cadangan untuk institusi
anggota bagi menyediakan penyata pelarasan bersesuaian apabila
mengemukakan SFF kepada PIDM.
4.2 Lanjutan daripada perkara di atas, PIDM ingin mendapatkan maklum balas berkenaan
dengan tempoh yang diperlukan oleh institusi anggota bagi menyediakan maklumat deposit dalam SFF untuk diserahkan kepada PIDM pada sebarang tarikh ditetapkan (iaitu, pada sebarang tarikh yang bukan pada tarikh hujung bulan). Maklum balas ini perlu disertakan juga dengan tempoh masa yang diperlukan bermula daripada proses pengambilan maklumat daripada sistem deposit berdasarkan baki hari sebelumnya sehingga kepada penyediaan fail SFF ke dalam cakera keras yang disediakan oleh PIDM.
Maklum balas Diperlukan No. 3:
(a) PIDM mengalu-alukan maklum balas berkaitan dengan langkah-langkah
pemprosesan yang terlibat dalam menyediakan SFF termasuklah anggaran
tempoh masa pemprosesan. Sila nyatakan langkah-langkah pemprosesan ini
dalam menyediakan SFF tersebut seperti yang ditunjukkan dalam contoh
berikut:
Contoh untuk ilustrasi sahaja. BAGI DATA DEPOSIT UNTUK HARI BERAKHIR PADA 04/06/2012
PROSES MASA
PEMPROSESAN MASA YANG DIAMBIL
UNTUK SETIAP PROSES NOTA
1. Muat turun data daripada sistem pengggunaan pakai sumber deposit, data CIF kepada pusat data
5/6/2012 Dari 05.00 –
08.00
4.00 (termasuk 1 jam masa tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
2. Penukaran akaun manual kepada templat
5/6/2012 Dari 09.00 –
17.00
11.00 (termasuk 3 jam masa
tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
3. Muat turun data daripada templat manual kepada pusat data
5/6/2012 Dari 20.00 –
20.30
1.00 (termasuk 0.5 jam masa tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 5
4. Muat turun bil-bil boleh bayar ke pusat data
5/6/2012 Dari 21.00 –
21.30
1.00 (termasuk 0.5 jam masa tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
5. Muat turun bil-bil boleh bayar ke pusat data
5/6/2012 Dari 22.00 –
22.30
1.00 (termasuk 0.5 jam masa tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
6. Pengubahan data dan pemetaan dalam pusat data
5/6/2012 Dari 23.00 –
23.30
7.00 (termasuk 6.5 jam masa tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
7. Penyediaan dan pemeriksaan laporan pelarasan antara pusat data dan aplikasi sumber
6/6/2012 Dari 06.00 –
09.30
5.00 (termasuk 1.5 jam masa tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
8. Penyediaan fail SFF 6/6/2012 Dari 11.00 –
13.00
3.00 (termasuk 1.0 jam masa tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
9 Data lindung SFF 6/6/2012 Dari 14.00 –
14.30
1.00 (termasuk 0.5 jam masa tertangguh sehingga ke proses yang berikutnya)
10. Penyalinan data SFF ke dalam cakera keras
6/6/2012 Dari 15.00 –
16.00
1.00
JUMLAH KESELURUHAN MASA YANG DIAMBIL
35.00 Jam
* sertakan julat jika perlu dengan menyatakan andaian yang digunakan untuk masa
minima dan maksima yang diambil di dalam ruangan “Nota”.
(b) Jika jumlah masa yang diperlukan bagi item (a) melebihi 24 jam, nyatakan
masalah-masalah utama yang menghalang keupayaan bagi menyediakan SFF
dalam jangka masa 24 jam dan tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi
masalah-masalah tersebut.
(c) Sila nyatakan kos anggaran bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
dikenalpasti seperti di (b), berserta dengan kos-kos berkaitan yang perlu
ditanggung (contohnya: perkakasan komputer, perisian, kakitangan dan lain-
lain).
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 6
5.0 CADANGAN PROGRAM PENGESAHAN JURUAUDIT LUARAN TERHADAP SYARAT-
SYARAT MINIMUM BAGI SISTEM MAKLUMAT DEPOSIT MENGIKUT GARIS
PANDUAN DISS
5.1 Sebagai tambahan kepada keperluan pengesahan sendiri oleh institusi anggota
seperti yang dicadangkan di perenggan 4.1(a), PIDM mencadangkan untuk memasukkan program pengesahan juruaudit luaran terhadap Syarat-Syarat Minimum bagi sistem maklumat deposit seperti yang digariskan dalam Garis Panduan DISS.
5.2 Memandangkan PIDM boleh mengesahkan sebahagian daripada syarat-syarat
minimum tersebut melalui maklumat deposit yang disediakan oleh institusi anggota dalam SFF, program pengesahan juruaudit dalaman yang dicadangkan akan hanya menguji Syarat-Syarat Minimum yang tidak dapat disahkan oleh PIDM berdasarkan kepada maklumat deposit yang terdapat dalam SFF.
5.3 Di samping itu, cadangan program pengesahan juruaudit luaran terhadap syarat-syarat minimum sistem liabiliti deposit mengikut Garis Panduan DISS dirangka bagi penambahbaikan terhadap prosedur sedia ada yang dibuat oleh juruaudit luaran. (contohnya, penduaan proses bagi pengesahan TID telah dihapuskan, yang mana bersesuaian) di bawah Panduan Program Pengesahan: Sistem Premium Berbeza dan Jumlah Deposit Diinsuranskan.
5.4 Cadangan program kerja tersebut mengandungi dua (2) bahagian:
(a) Program Kerja – Maklumat dalam SFF
Ketepatan maklumat dalam SFF
(A) Pengesahan terhadap keupayaan sistem liabiliti deposit dalam mengekalkan ketepatan kod-kod produk bagi setiap akaun pendeposit (Garis Panduan DISS perenggan 4.3 / 4.4)
Objektif: Memastikan kod-kod produk deposit bagi setiap pemilik deposit sehingga pada 31 Disember adalah selaras dengan kod-kod produk yang dikeluarkan oleh PIDM.
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 7
3 Laporan ini perlu sekurang-kurangnya mempunyai nama setiap produk deposit, kod produk dan senarai akaun-akaun pendeposit.
1. Semak semula laporan lejar subsidiari senarai produk deposit institusi
anggota3 berpandukan kepada laporan status kebolehinsuranan yang dikeluarkan oleh PIDM kepada institusi anggota bagi memastikan nama produk sepadan dengan setiap produk.
2. Pilih lima puluh (50) akaun secara rawak daripada laporan senarai produk. Berdasarkan sampel-sampel yang dipilih, semak sama ada kod produk deposit (sila rujuk ruang B7 - Kod Produk Deposit dalam “Fail Utama”) dalam SFF adalah seperti kod produk deposit yang terdapat dalam laporan status kebolehinsuranan terkini yang dikeluarkan oleh PIDM;
3. Jika didapati terdapat perbezaan dalam Langkah Satu (1) dan Dua (2) di atas, sila nyatakan dan berikan komen sekiranya perbezaan tersebut memberi kesan kepada jumlah deposit yang diinsuranskan dalam SFF.
(B) Pengesahan terhadap keupayaan sistem liabiliti deposit dalam mengenalpasti jenis pendeposit bagi setiap deposit (Garis Panduan DISS perenggan 4.5)
Objektif: Memastikan jenis pendeposit seperti yang dilaporkan pada 31 Disember sepadan dengan rekod-rekod institusi anggota.
1. Pilih dua puluh (20) akaun secara rawak bagi setiap jenis akaun dalam
SFF (sila rujuk ruang B12 – jenis Akaun dalam “Fail Utama”) dan semak sama ada jenis akaun yang dilaporkan dalam SFF adalah seperti jenis akaun yang dinyatakan dalam “Borang Membuka Akaun”; dan
2. Jika terdapat sebarang perbezaan dalam langkah Satu (1), sila nyatakan dan berikan komen anda sekiranya perbezaan tersebut memberi kesan terhadap jumlah amaun yang diinsuranskan dalam SFF.
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 8
4 Ini termasuk sebarang surat-menyurat atau pemberitahuan oleh pemegang amanah kepada institusi anggota
(C) Pengesahan terhadap pengurusan maklumat benefisiari bagi akaun amanah (Garis Panduan DISS perenggan 4.7)
Objektif: Memastikan maklumat benefisiari bagi akaun amanah diurus dan dikemaskini dalam rekod institusi anggota.
1. Pilih sepuluh (10) akaun teratas mengikut nilai bagi setiap jenis akaun
amanah – akaun individu dan bukan individu seperti yang dikategorikan dalam SFF (sila rujuk ruang B12- Jenis akaun, B22- Baki Deposit Tersedia dalam “Fail Utama”); dan
2. Pastikan jika (a) maklumat-maklumat benefisiari (rujuk ruang B3 - Nama
Pelanggan, B4 - nama/kod benefisiari, B5 - ID benefisiari dan B7 - % Kepentingan Benefisiari dalam “Fail Benefisiari”) dalam SFF sepadan dengan maklumat yang dihantar oleh pemegang amanah kepada institusi anggota;4 dan
(b) maklumat yang dihantar oleh pemegang amanah dalam (a) adalah yang terkini.
(Juruaudit luaran perlu sedia maklum bahawa pemegang-pemegang amanah perlu mengantar maklumat benefisiari kepada institusi anggota pada 31 Mac setiap tahun)
3. Jika terdapat perbezaan dalam Langkah ke dua (2), sila nyatakan dan
berikan komen sekiranya perbezaan tersebut memberi kesan kepada jumlah deposit diinsuranskan dalam SFF.
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 9
Maklum balas Diperlukan No. 4: PIDM mengalu-alukan pandangan anda terhadap cadangan program kerja bagi maklumat dalam SFF seperti yang dijelaskan sebelum ini.
(D) Pengesahan terhadap item-item belum tunai dan urusniaga tertunggak untuk diselesaikan dalam sistem institusi anggota (Garis Panduan DISS perenggan 4.8, 4.9)
Objektif: Memastikan ketepatan item-item belum tunai dan urusniaga-urusniaga tertunggak untuk diselesaikan dalam sistem institusi anggota.
1. Gunakan lima puluh (50) sampel yang telah dipilih bagi program kerja TID “Pengumpulan Maklumat daripada Lejar Am kepada RTID”, periksa ruangan-ruangan berikut yang terdapat dalam “Fail Utama” SFF: (a) B1 – Nombor Akaun (b) B9 – Nama Pelanggan/Akaun (c) B16 – No Pendaftaran (d) B19 – Baki Lejar / Baki Deposit Tertunggak RM (e) B22 – Baki Deposit Tersedia RM (f) B24 – Bil-bil Belum Bayar Nota: Amaun bagi item-item belum tunai diperolehi dengan berdasarkan perbezaan antara ruangan B19 dan B22).
2. Padankan jumlah bil-bil belum bayar (rujuk ruangan B24) dalam SFF dengan sistem perdagangan wang institusi anggota dan lejar am. Bagi item-item belum tunai (rujuk ruangan B19 dan B22), padankan jumlah dalam SFF dengan sistem deposit institusi anggota, dan
3. Jika terdapat perbezaan semasa membuat perbandingan bagi langkah 1 dan 2, nyatakan perbezaan tersebut dan berikan penyelarasan (jika perlu).
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 10
(b) Program Kerja – Sistem Liabiliti Deposit
Penyelarasan bagi sub lejar dan baki lejar am pada sebarang tarikh tertentu
(A) Pengesahan lejar subsidiari dan baki lejar am pada sebarang tarikh tertentu (Garis Panduan DISS perenggan 4 .2)
Objektif: Memastikan lejar subsidiari dan baki lejar am sepadan pada sebarang tarikh tertentu.
1. Secara rawak, pilih dua (2) tarikh dan bagi setiap tarikh tersebut
bandingkan jumlah kesemua lejar subsidiari deposit dengan lejar am pada tarikh yang telah dipilih (Nota: Juruaudit luaran perlu memastikan penggunaan tarikh rawak (contohnya, bukan tarikh hujung bulan) bagi tujuan pengesahan ini); dan
2. Jika terdapat perbezaan data untuk Langkah 1, sila nyatakan dan berikan sebabnya atau sertakan dengan penyelarasan.
(B) Pengesahan baki-baki dalam penyelarasan atau akaun-akaun tergantung pada sebarang tarikh tertentu (Garis panduan DISS perenggan 4.2)
Objektif: Memastikan baki-baki lain dalam penyelarasan atau akaun-akaun tergantung (iaitu yang telah diselaraskan dengan Lejar Am pada sebarang tarikh tertentu) berpadanan dengan dokumen asal yang berkaitan.
1. Dapatkan pemahaman mengenai prosedur-prosedur operasi institusi
anggota apabila menguruskan penyelarasan yang berkaitan dengan baki deposit. Contoh-contoh penyelarasan yang digunakan institusi anggota termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(a) Penyelarasan Bank; (b) Penyelarasan akaun-akaun penjelasan/tergantung/kawalan;dan (c) Penyelarasan deposit pelanggan.
Bagi setiap pelarasan yang berkaitan dengan baki deposit:
(a) Uji ketepatan pelarasan yang dibuat; (b) Padankan baki-baki lejar am seperti yang terdapat dalam
pelarasan dengan lejar am sistem institusi anggota mengikut tarikh yang dipilih; dan
(c) Pastikan baki-baki lain dalam penyelarasan (yang telah di selaraskan dengan lejar am) berpadanan dengan dokumen asal
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 11
dan nyatakan perbezaan jika ada. Dokumen asal merujuk kepada cetakan-cetakan daripada sistem, lejar-lejar atau laporan-laporan manual dan lain-lain.
(C) Pengesahan terhadap item-item dalam pelarasan dan akaun-akaun tergantung pada sebarang tarikh tertentu (Garis Panduan DISS perenggan 4.2)
Objektif: Memastikan item-item yang diselaraskan dalam akaun penyelarasan pada tarikh tertentu terdapat dalam urusniaga-urusniaga biasa institusi anggota dan dicatatkan tarikh bagi mengenalpasti jangka masa item-item tersebut
1. Pastikan setiap item penyelarasan mempunyai tarikh;
2. Bagi setiap item penyelarasan atau akaun tergantung, asingkan item-
item yang diselaraskan mengikut jadual berikut: (a) 0 hingga 7 hari (b) 8 hingga 30 hari (c) 31 hari hingga 90 hari (d) 91 hari hingga 180 hari (e) Lebih daripada 180 hari
3. Nyatakan bilangan transaksi dan jumlah jangka masa mengikut jadual di
atas.
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 12
Pengiraan faedah/pulangan bagi setiap akaun pada kadar harian
(D) Pengesahan pengiraan faedah/pulangan pada sebarang tarikh tertentu (DISS perenggan 4.6)
Objektif: Memastikan sistem pengiraan faedah atau pulangan institusi anggota adalah tepat dan mempunyai keupayaan untuk mengira faedah atau pulangan pada sebarang tarikh tertentu.
1. Bekerjasama dengan kakitangan institusi anggota bagi memahami
tatacara urusniaga dalam pengiraan faedah atau pulangan untuk setiap produk deposit;
2. Pilih secara rawak lima puluh (50) sampel bagi keseluruhan jenis-jenis deposit5 (sila rujuk ruangan B4 - jenis Deposit dalam “Fail Utama”);
3. Pilih satu (1) tarikh tertentu yang dikenalpasti dalam program kerja “Pengesahan terhadap lejar subsidiari dan baki lejar am pada tarikh tertentu” dan lakukan pengiraan semula terhadap faedah atau pulangan harian pada setiap tarikh dengan menggunakan formula yang bersesuaian. Pastikan tatacara urusniaga berkaitan digunapakai dan kaedah yang tepat telah digunakan bagi pengiraan faedah atau pulangan tersebut6 dan nyatakan sebarang perbezaan jika ada;
4. Pastikan faedah atau pulangan terakru untuk setiap tarikh yang dipilih telah direkodkan ke lejar am dengan sewajarnya dan nyatakan sebarang perbezaan jika ada.
5 Jumlah sampel-sampel yang digunakan mewakili kesemua akaun-akaun yang terdapat dalam sistem dan rekod manual.
6 Perlu dimaklumkan bahawa setiap produk (atau produk yang sama tetapi berlainan jenis) mempunyai kaedah pengurusan
yang berbeza bagi pengiraan faedah atau pulangan. Justeru, andaian bahawa satu formula atau kaedah kendalian yang sama bersesuaian untuk semua produk tidak boleh dilaksanakan.
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 13
Perkara-perkara Lain: Laporan
Pengecualian dan Laporan
Objektif: Menangani pengecualian dinyatakan dan keperluan laporan juruaudit luaran terhadap PIDM
Menyatakan pengecualian dalam laporan pengesahan bebas juruaudit luaran kepada PIDM dengan menyatakan pengecualian tersebut bersama-sama dengan butiran-butiran yang berkaitan.
Maklum balas Diperlukan No. 5: (a) PIDM mengalu-alukan pandangan anda terhadap cadangan program kerja
bagi sistem liabiliti deposit seperti yang dijelaskan sebelum ini. (b) PIDM memerlukan maklum balas berhubung dengan keupayaan sistem
tersebut bagi akaun simpanan dan akaun deposit semasa bagi
menghasilkan dan mencetak penyata-penyata terkini pelanggan pada bila-
bila masa (iaitu, pada sebarang tarikh yang bukan pada tarikh hujung
bulan) yang menyenaraikan semua transaksi-transaksi yang terlibat dalam
tarikh penyata sebelumnya diselaraskan dengan baki terkini.
5.5 Berdasarkan kepada cadangan pengesahan kerja yang perlu dilaksanakan oleh
juruaudit luaran, contoh templat bagi laporan pengesahan bebas juruaudit luaran disertakan di Lampiran 2.
Maklum balas Diperlukan No. 6: PIDM mengalu-alukan pandangan anda terhadap cadangan laporan pengesahan bebas juruaudit luaran seperti yang terdapat di Lampiran 2.
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 14
5.6 Bagi membuat pengesahan, juruaudit luaran perlu memahami garis panduan dan peraturan-peraturan terkini yang berkaitan. Mereka perlu memastikan bahawa sebarang perubahan terhadap garis panduan yang memberi kesan dalam penyediaan, isi kandungan dan penyerahan maklumat SFF turut dipertimbangkan.
5.7 Juruaudit luaran perlu memahami aktiviti-aktiviti urusniaga institusi anggota, sistem, proses, prosedur, kawalan pengurusan dan kakitangan bagi menyediakan maklumat SFF.
Maklum balas Diperlukan No. 7: (a) PIDM memerlukan maklum balas institusi anggota dengan menyatakan sama
ada institusi anda telah menyediakan dan mendokumentasi prosedur/manual untuk penyediaan SFF dengan menyenaraikan sistem, proses, prosedur, kawalan pengurusan dan kakitangan utama bertanggungjawab bagi penyediaan maklumat SFF.
(b) Sekiranya dokumen prosedur/manual sedia ada tidak memenuhi kesemua
perkara seperti di (a), sila nyatakan bahagian-bahagian yang tidak terdapat dalam prosedur/manual sedia ada tersebut.
6.0 MAKLUM BALAS
6.1 Pandangan dan maklum balas anda adalah diperlukan bagi cadangan-cadangan seperti
di atas. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 15 Oktober 2012
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 15
Lampiran 1
PENSIJILAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / KETUA PEGAWAI KEWANGAN
[NAMA INSTITUSI ANGGOTA] PENYERAHAN MAKLUMAT DEPOSIT DALAM FORMAT FILE STANDARD ("SFF") BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 20 [XX] KEPADA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA ("PIDM") Maklumat deposit dalam SFF telah disediakan dan dikemukakan kepada PIDM selaras dengan Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit, yang dipinda pada [dd/mm/yyyy] (Garis Panduan DISS). Kami mengakui bahawa pematuhan dan kawalan dalaman yang perlu telah dipastikan dalam merekod semua urusniaga-urusniaga dan maklumat yang diberikan kepada PIDM melalui SFF pada (dd/mm/yyyy) bagi tahun berakhir 31 Disember XXXX adalah benar dan betul. Secara khususnya, kami mengakui bahawa sistem liabiliti deposit [Nama Institusi Anggota] mematuhi keperluan minimum untuk sistem liabiliti deposit sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Garis Panduan DISS .Nota 1
(Nama Ketua Pegawai Kewangan) (Nama Ketua Pegawai Eksekutif) Ketua Pegawai Kewangan Ketua Pegawai Eksekutif Tarikh: [dd/mm/yyyy]
Tarikh: [dd/mm/yyyy]
Nota 1: Jika terdapat sebarang pengecualian, sila gantikan dengan perenggan seperti di bawah: “Secara khususnya, kami mengaku bahawa sistem liabiliti deposit [Nama Bank] telah mematuhi syarat-syarat minima untuk sistem liabiliti deposit sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Garis Panduan DISS , kecuali berikut:
1. .... 2. …..”
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 16
Lampiran 2
LAPORAN PENGESAHAN BEBAS JURUAUDIT LUARAN
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
[Alamat]
Tarikh: [dd/mm/yyyy]
Tuan/Puan,
BANK A
LAPORAN PROSEDUR TUGASAN MENGIKUT PERJANJIAN BAGI SISTEM DAN PENYERAHAN
MAKLUMAT DEPOSIT KEPADA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (“PIDM”)
1. Kami juruaudit-juruaudit bebas bagi pihak [Nama Institusi Anggota] adalah tertakluk dengan piawaian-piawaian yang telah ditetapkan oleh Institut Akauntan Malaysia.
2. Kami telah menjalankan prosedur-prosedur seperti yang dinyatakan dalam program kerja
terhadap maklumat dalam format fail standard ("SFF") [Nama Institusi Anggota] pada 31Disember 20[XX]. Tugasan kami telah dijalankan selaras dengan Piawaian Antarabangsa Bagi Perkhidmatan Berkaitan (ISRS) 4400 "Penugasan bagi Menjalankan Tugas bagi Maklumat Kewangan” (International Standard on Related Services (ISRS) 4400 “Engagements to Perform Agreed-Upon Procedures Regarding Financial Information”) yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia, berkaitan dengan prosedur perjanjian tugasan yang dipersetujui. Prosedur-prosedur tersebut telah dilaksanakan bagi membantu anda dalam menilai maklumat
dalam SFF [Nama Institusi Anggota] berbanding dengan rekod-rekod kewangan [Nama Institusi Anggota] pada tarikh yang sama.
3. Berdasarkan prosedur seperti yang dinyatakan dalam program kerja,
(i) Kami tidak mempunyai laporan pengecualian; atau (ii) Kami melaporkan kepada anda segala pengecualian yang diperincikan di Lampiran 1.
4. Prosedur yang telah dijalankan tidak termasuk sama ada audit atau penilaian yang dibuat selaras dengan Piawaian Yang DiLuluskan Bagi Pengauditan Di Malaysia dan sehubungan dengan itu, kami tidak dapat menyatakan sebarang jaminan bagi maklumat dalam SFF bagi
[Nama Institusi Anggota] pada 31Disember 20[XX]. 5. Kami juga tidak bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan dengan undang-undang dan
hanyalah sekadar mematuhi prosedur yang disenaraikan dalam lampiran-lampiran yang
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 17
disertakan; dan juga, prosedur-prosedur tersebut juga tidak semestinya mendedahkan sebarang salah nyata yang material terhadap maklumat yang dikenal pasti dalam SFF. Di samping itu, kami telah menyediakan segala data seperti yang diperlukan dalam SFF dan tidak menyatakan sama ada pendedahan tersebut mencukupi atau sama ada terdapat sebarang fakta material yang tidak dimasukkan.
6. Laporan kami adalah semata-mata bagi tujuan penyerahan oleh [Nama Institusi Anggota] kepada PIDM berhubung dengan maklumat SFF yang diserahkan kepada PIDM dan laporan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain atau untuk digunapakai oleh mana-mana pihak lain. Laporan ini hanya berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan seperti di atas dan
secara keseluruhannya tidak berkaitan dengan mana-mana penyata kewangan [Nama Institusi Anggota].
Yang benar, Nama Fima Audit (No. AF: XXXX) Akauntan Bertauliah s.k: Lembaga Pengarah
[Nama Institusi Anggota] (Alamat)
No Rujukan DI/CP17/2012 Dikeluarkan pada 15 Oktober 2012
TAJUK
Kertas Rundingan mengenai: (i) Cadangan Penambah
baikan bagi Garis Panduan Sistem dan Pengemukaan Maklumat Deposit (“Garis Panduan DISS”); dan (ii)
Program Pengesahan bagi Syarat-Syarat Minimum bagi
Sistem Maklumat Deposit mengikut Garis Panduan DISS.
Muka surat 18
Lampiran 1
Berdasarkan prosedur-prosedur yang dilampirkan di Lampiran 2, laporan kami adalah seperti berikut:
1. Pengecualian dalam SFF, tanpa pembetulan semasa penyerahan Ketepatan maklumat dalam SFF
No Rujukan Program
Kerja Pengecualian/Hasil Penemuan
Data berdasarkan dokumen sumber
Data seperti dalam SFF
Komen sama ada perbezaan
memberi kesan kepada jumlah
deposit diinsuranskan
2. Pengecualian dalam sistem liabiliti deposit Penyelarasan baki lejar subsidiari dan baki lejar am adalah sepadan bagi sebarang tarikh tertentu
No Rujukan Program
Kerja Pengecualian/Hasil Penemuan
Pengiraan faedah/pulangan bagi setiap akaun pada kadar harian
No Rujukan Program
Kerja Pengecualian/Hasil Penemuan