Upload
mentarihidup
View
29
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
jurnal
Citation preview
JURNAL PEMERHATIANMINGGU 2( 18 JULAI 2011 )
PEMILIHAN TINDAKAN /
FOKUS
PEMERHATIAN/ANALISIS BISIKAN TINDAKAN SUSULAN
Pengenalankepada alat pengukuran.
Kaedah mengukur dengan betul dan mudah
Responden menyatakan hanya pembaris meter sahaja sebagai alat pengukuran. Apabila saya menghubungkait dengan tukang jahit di kedai jahit, responden sedar akan penggunaan pita pengukur sebagai alat pengukuran. Saya juga membuat hubungkait dengan tukang kayu semasa mengukur kayu. Responden juga menyatakan tentang penggunaan pita pengukur sebagai alat pengukuran.
Responden mempunyai kemahiran mengukur yang terhad. Kebanyakan responden tidak menunjukkan kesungguhan untuk mengukur kerana pengetahuan kaedah mengukur yang terhad. Selepas itu, saya menunjukkan kaedah pengukuran dengan betul dan mudah. Kaedah pengukuran yang betul dan mudah merujuk kepada pembacaan nilai ukuran dan memastikan ukuran adalah lurus.
Responden kurang pendedahan terhadap konsep mengukur.
KesedaranBaru
Responden ditunjukkan kaedah mengukur dengan betul dan kaedah mengukur dengan mudah. Responden perlu diberikan pendedahan yang lebih dalam aktiviti luar bilik darjah supaya mereka dapat mengaitkan dengan kehidupan seharian untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan berkaitan dengan aplikasi.
Saya akan menunjukkan kaedah mengukur dengan betul mengikut piawai yang ditetapkan iaitu membaca dari unit 0 untuk mengukur. Saya juga akan menunjukkan kaedah mengukur dengan mudah iaitu menggunakan tali sebagai pengganti alat mengukur sekiranya alat pengukur tidak cukup panjang.