25
TUJUAN, KEKUATAN DAN KELEBIHAN KAEDAH PENGUMPULAN DATA • PEMERHATIAN Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh) Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)

Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

TUJUAN, KEKUATAN DAN KELEBIHAN KAEDAH

PENGUMPULAN DATA• PEMERHATIAN

Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh)

Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)

Page 2: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Kaedah pemerhatian terdapat di dalam pendekatan kualitatif.

• Kaedah pemerhatian ini terbahagi kepada 2 iaitu :

Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian penuh)Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai pemerhati)

Page 3: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

DEFINISI KAEDAH PEMERHATIAN

• Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.

• Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga.

• Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.

Page 4: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

• Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu.

• Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial.

• Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Page 5: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya :

a.)mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanakb.)kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakanc.)kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif

• Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

Page 6: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti.

• Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.

• Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Page 7: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu ;a) kategori tingkah lakub) unit tingkah lakuc) paras tafsiran pemerhatid) generalisasi dan penggunaan e) pensampelan tingkah laku.

• Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Page 8: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif.

• Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain.

• Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

• Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan.

• Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian.

Page 9: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan.

• Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.

• Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan.

Page 10: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.

• Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa.

• Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Page 11: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

TUJUAN PEMERHATIAN

• Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta sendiri.

Page 12: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Jenis-jenis Pemerhatian

Page 13: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh)

• Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian.

• Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.

• Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

Page 14: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Pemerhatian Peserta(Peserta sebagai Pemerhati)

• Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.

• Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

Page 15: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

PERBEZAANPEMERHATIAN BUKAN PESERTA

PEMERHATIAN PESERTA

Responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura.

Penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai.

Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul.

Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati diperingkat awal.

Page 16: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

KELEBIHAN KAEDAH PEMERHATIAN

• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.

• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.

• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Page 17: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

KELEMAHAN KAEDAH PEMERHATIAN

• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.

• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.

• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka.

• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Page 18: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

MAKLUMAT TAMBAHAN

Page 19: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Berikut disarankan empat cara membuat pemerhatian:

1. Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji.

2. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum melakukan permerhatian

Page 20: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan:

• Apakah yang hendak diperhatikan? - Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah dipilih

guru/pensyarah penyelidik hendaklah menentukan aspek-aspek yang boleh diperhatikan, sama ada jenis dan turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan penyelidik sendiri.

- Perkara-perkara tersebut hendaklah spesifik dan dapat dinyatakan secara eksplisit.

Page 21: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Mengapakah pemerhatian tesebut dilakukan?

• Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri (existing theories) tentang sesuatu isu.

• Pemerhatian membantu seseorang penyelidik membina semula teori tersebut agat memperolehi satu fahaman baru (theoretical reconstruction)

Page 22: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

• Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan berapakah tempoh masa yang diperlukan?

• Guru/ pensyarah penyelidik hendaklah jelas tentang masa waktu untuk membuat pemerhatian agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak mengganggu perjalanan tugas lain yang lebih utama.

Page 23: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Penggunaan Alat Perakam• Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan

interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran.

• Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat.

• Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa berikut:- dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum,- dengar semula untuk mencari data-data penting- dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting

Page 24: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Gambar foto

• Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik.

• Foto juga dapat menonjolkan “body language” terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan.

Page 25: Kaedah pengumpulan data pemerhatian

Rakaman video

• Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman audio dengan menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh masa peristiwa.