Upload
cik-siti
View
605
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kaedah Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak
Citation preview
KAEDAH PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak adalah :
• unik,
• aktif,
• mempunyai keperluan
• ciri-ciri yang berbeza
• Penilaian kanak-kanak memerlukan strategi yang bersepadu dan input dari pelbagai sumber
• 5 kaedah biasa dalam penilaian perkembangan kanak-kanak iaitu:
- Pemerhatian sistematik
- Laporan diri
- Pengukuran psikofisiologikal
- Klinikal/ kajian kes
- Etnografi
Kaedah Pemerhatian Sistematik • Mengesan kelakuan sebenar kanak-kanak • 2 jenis :- • Pemerhatian Semulajadi - Penyelidik memerhatian kelakuan kanak-kanak secara
tidak ketara dalam situasi semulajadi. Setiap perlakuan kanak-kanak dicatat mengikut masa kejadian tersebut berlaku.
• Pemerhatian Berstuktur - Pengkaji memerhati kelakuan kanak-kanak secara teratur,
mengikut prosedur tertentu dalam satu keadaan yang telah disediakan dengan sengaja untuk membangkitkan kelakuan yang ingin diperhatikan. Kajian secara eksperimental.
Apa yang diperhatikan?
☻Pemerhatian ke atas tingkah laku murid
☻Pemerhatian perbualan / interaksi murid
☻Hasil kerja murid
Aspek tingkah laku
• Bermain pondok-pondok
• Menyusun blok bersama rakan
• Mengikat tali kasut
• Berlari sambil melompat
• Membuat kolaj
• Menyelesai masalah
Penilaian secara pemerhatian
• Pemerhatian tingkahlaku dibuat untuk menilai aspek-aspek seperti
- sikap
- amalan
- kemahiran manilpulatif
- kemahiran sosial
- kemahiran kinestetik
Mengesan serta merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian
Tujuan
Mengesan penguasaan
hasil pembelajaran dengan
serta merta dalam
pengajaran harian
Tujuan
Pengesanan perubahan dan kemajuan selepas beberapa aktiviti pembelajaran
Tujuan
Mengesan kemajuan selepas beberapa aktiviti pembelajaran
Contoh
-memerhati sikap dan perlakuan
kanak-kanak
-memerhati kemahiran kanak-
kanak melakukan aktiviti yang
dijalankan
Contoh
- Kemahiran pergerakan
dalam fizikal
- aspek amali dalam
Pendidikan Islam
Kemahiran manipulatif
Contoh
- Kemahiran pergerakan
dalam fizikal
- aspek amali dalam
Pendidikan Islam
Kemahiran manipulatif
Bagaimana?
dirancang jika perlu
secara individu atau kumpulan
tidak memerlukan instrumen
yang khusus
Bagaimana?
- dirancang secara individu
atau kumpulan
- mengguna instrumen
seperti :senarai semak,
catatan guru, rekod anekdot
Bagaimana?
dirancang secara individu
mengunakan instrumen tertentu seperti senarai semak
Merekod dan melapor jika perlu
Tindakan susulan
perlu tindakan seperti
bimbingan, teguran dan nasihat
jika melakukan kesilapan
pujian terhadap kebaikan
kanak-kanak
Perlu direkod
Dilapor jika perlu
Perlu direkod dan dilaporkan
Pemerhatian perbualan / interaksi / lisan
• Interaksi murid dengan guru
• Inteaksi murid dengan murid
• Interaksi murid dengan bahan
• Main peranan
• Bersoaljawab
• Bercerita
• Bacaan
• Nyanyian
• Melafaz puisi
Mengesan serta merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian
Tujuan
Mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta merta semasa pengajaran harian
Tujuan
Mengesan kekuatan dan kelemahan selepas melaksanakan beberapa aktiviti pembelajaran
Tujuan
Mengesan pencapaian selepas beberapa aktiviti pembelajaran
Contoh
-Menilai kebolehan bertutur melalui soalan lisan, bacaan,bercerita,perbualan,
nyanyian, menghafaz
Contoh
-Menilai kebolehan bertutur melalui aktiviti bercerita
-Menilai kefasihan menghafal melalui hafalan dan bacaan
Contoh
-Menilai aspek yang perlu seperti bacaan dalam Bahasa Melayu dan Hafazan dalam Pendidikan Islam
Bagaimana?
-Dirancang jika perlu
-secara indvidu atau kumpulan
-tidak memerlukan instrumen yang khusus
Bagaimana?
Perlu dirancnag secara individu atau kumpulan
-menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak
Bagaimana?
Perlu dirancnag secara individu atau kumpulan
-menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak
Perlu direkod dan dilapor jika perlu
Perlu direkod dan dilapor jika perlu
Perlu direkod dan dilapor
Tindakan susulan
-bimbingan dan nasihat
-pujian jika sudah menguasai kemahiran atau berkelakuan baik
Tindakan susulan
-bimbingan dan nasihat
-pujian jika sudah menguasai kemahiran atau berkelakuan baik
Tindakan susulan
-bimbingan dan nasihat
-pujian jika sudah menguasai kemahiran atau berkelakuan baik
Pemerhatian hasil kerja
• Lukisan
• Tulisan
• Buku skrap
• Kraftangan
• Buku kecil
• Model
Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian
Tujuan
Mengenalpasti perubahan dan kemajuan melalui hasil kerja kanak-kanak
Tujuan
Mengesan kemajuan dan pencapaian setelah mengumpulkan hasil kerja yang dipilih sendiri oleh kanak-kanak sepanjang tahun.
Contoh
-Menilai usaha, kesungguhan, minat, kemahiran, ketelitian, kreativiti kekemasam, ketepatan masa
Contoh
-Menilai aspek yang perlu seperti bacaan dalam Bahasa Melayu dan Hafazan dalam Pendidikan Islam
Bagaimana?
-Kanak-kanak dengan bantuan guru memilih hasil kerja untuk portfolio
-Koleksi hasil kerja perlu dari pelbagai bahan seperti: contoh tulisan, lukisan, rekod bacaaan(jumlah buku yang dibaca),cerita yang ditulis, gambar foto
Bagaimana?
-Kanak-kanak /guru memilih hasil terbaik untuk portfolio
-Portfolio digunakan sebagai instrumen untuk menilai kemajuan dan pencapaian kanak-kanak
Merekod dan melapor
-guru komen dan membuat catatan terhadap hasil kerja kanak-kanak
-tentukan contoh terbaik yang menunjukkan kemajuan dan diekodkan keistimewaan kanak-kanak
-Lapor jika perlu
Merekod dan melapor
Guru membuat catatan terhadap kemajuan yang ditunjukkan
Maklumat digunakan untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh kanak-kanak
Tindakan susulan
-bimbingan, nasihat, pengukuhan jika perlu
Kaedah Laporan Diri
• Dua kategori
- Temubual/soal selidik klinikal
- Temubual / soal selidk bersturktur
Temubual terbuka/ Soal Selidik Terbuka
• Temu bual tentang sesuatu tajuk terpilih, yang dijalankan dalam keadaan mudah suai mengikut rentak dan perbualan kanak-kanak.
• Tujuannya supaya pengkaji dapat satu gambaran yang sempurna tentang fikiran dan perasaan kanak-kanak berkaitan tajuk yang dibincangkan.
• Bagi soal selidik terbuka, soalan ditanyakan dalam bentuk soal selidik dan kanak-kanak menjawab tersebut dengan memberi jawapan dengan ayat sendiri
Temu bual Berstruktur/ Soal Selidik Berstruktur
• Pengkaji akan menjalankan sesi soal jawal dengan kanak-kanak menggunakan soalan yang disediakan.
• Jawapan yang diberi oleh kanak-kanak dicatat mengikut kategori jawapan yang telah ditetapkan oleh pengkaji sebelum temu bual dijalankan.
• Bagi soal selidik berstruktur pula, pilihan jawapan untuk setiap soalan telah ditentukan oleh pengkaji. Kanak-Kanak hanya dibenarkan memilih jawapan daripada senarai jawapan.
• Kaedah temu bual
- dijalankan secara lisan.
- Mudah bagi kanak-kanak yang kurang berkebolehan menulis dan lebih berkesan untuk memahami fikiran serta perasaan mereka tentang sesuatu perkara
- Ambil masa lama sebab dijalankan secara individu
• Kaedah soal selidik
- dijalankan secara bertulis
- secara kumpulan, ada bimbingan soalan demi soalan
- kekurangan maklumat sekiranya kanak-kanak enggan menulis
Kaedah Psikofisiologikal
• Mengesan perkembangan fisiologikal kanak-kanak dan mengesan hubungan kefungsian fisiologikal dengan kelakuan mereka
• Kaedah yang digunakan - ukur tinggi-berat, - EEG ( mengesan aktiviti elektrikal otak) - fMRI ( mengesan bahagian otak aktif melalui
imej komputer, denyutan jantung dan pernafasan )
- Ujian psikologikal ( mengesan kefungsikan mental kanak-kanak
Kaedah Klinikal/ Kajian Kes
• Melihat kes-kes kajian secara individu dan mendalam dengan mencantumkan pelbagai data yang dikutip melalui temu duga, pemerhatian dan ujian.
• Biasa digunakan untuk mengkaji susunan fenomena seperti kecerdikan mengira yang luar biasa atau masalah dalam perkembangan kanak-kanak.
• Boleh juga untuk mengkaji kanak-kanak normal untuk melihat kekuatan dan kelemahan
• Hasilnya satu progam yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan perkembangan kanak-kanak boleh dibentuk.
Kaedah Etnografi
• Sering digunakan oleh ahli antropologi dan sosiologi untuk memahami pengaruh nilai budaya dan persekitaran sesuatu masyarakat atau kelompok sosial dalam proses sosialisasi dan pembelajaran kanak-kanak.
• Kajian dikendalikan dengan melibatkan diri dengan kehidupan masyarakat yang dikaji dalam tempoh masa yang panjang- bulan atau tahun
Kaedah Kekuatan Kelemahan
Pemerhatian Sistematik
•Pemerhatian Semula Jadi
•Pemerhatian Berstruktur
Pemerhatian menggambarkan tingkah laku seharian kanak-kanak
Keadaan pemerhatian sama untuk semua kanak-kanak, pengkaji boleh memerhati tingkah laku yang jarang berlaku dalam kehidupan seharian
Keadaan pemerhatian tidak boleh dikawal, ketepatan pemerhatian bergantung kepada kecenderungan pengkaji
Pemerhatian mungkin tidak menggambarkan tingkah laku biasa kanak-kanak; ketepatan pemerhatian bergantung kepada pengaruh dan kecenderungan pengkaji.
Laporan Diri
•Temu Duga/Soal Selidik Terbuka
•Temu Duga/ Soal selidik Berstruktur, Ujian
Menggambarkan cara kanak-kanak berfikir dalam keadaan seharian; maklumat yang didapati lebih mendalam
Satu kaedah yang berpiawai dalam menanyakan soalan secara konsisten, menyenangkan perbandingan antara jawapan yang diberikan dan memudahkan pengutipan serta analisis data secara kuantitatif
Maklumat yang dilaporkan mungkin tidak tepat atau sama pada setiap kanak-kanak. Hal ini menyebabkan kesukaran dalam membandingkan maklumat dan membuat rumusan yang menyeluruh.
Kurang memberi maklumat/ cerita yang mendalam, berbandingkan tenu duga terbuka; ketepatan maklumat bergantung kepada kesungguhan/ motivasi kanak-kanak untuk memberikan maklumat yang benar
Kaedah Kekuatan Kelemahan
Pengukuran Psikofisiologikal
Menjelaskan sumbangan struktur sistem otak dalam perkembangan dan kemahiran tertentu; mengesan persepsi, pemikiran dan emosi bayi dan kanak-kanak kecil yang belum dapat memberi maklum balas secara lisan
Tidak dapat menjelaskan bagaimana rangsangan diproses terdapat pelbagai faktor selain faktor yang dapat dikaji yang dapat menjelaskan sesuatu tindak balas fisiologikal
Kaedah Klinikal Memberi gambaran deskriptif yang mendalam dan bermakna mengenai proses perkembangan seseorang kanak-kanak
Ketepatan maklumat bergantung kepada pengalaman dan kecenderungan teoritikal pengkaji; penemuan tidak dapat diaplikasi kepada individu selain kanak-kanak dikaji
Etnografi Memberi gambaran yang lebih lengkap dan tepat tentang masyarakat atau kumpulan sosial yang dikaji, berbanding kajian yang dijalankan secara pemerhatian sistematik atau temu duga atau soal selidik
Ketepatan bergantung kepada kecenderungan teoritikal atau nilai budaya pengkaji, penemuan tidak dapat diaplikasikan kepada individu atau keadaan selain yang dikaji