34
BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan sebagai sumber rujukan dalam sistem pendidikan serta proses pengajaran dan pembelajaran. Ia memberi fokus kepada aktiviti minda dari segi penyelidikan dan pembangunan dari pelbagai segi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum. Dasar-dasar pendidikan, hala tuju dan huraiannya boleh dicernakan oleh pusat sumber sekolah . Guru-guru pula boleh mempelbagaikan idea, pemikiran, perancangan dan bahan yang terdapat dalam pusat sumber agar dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pusat sumber, guru-guru terpaksa bergantung kepada inisiatif sendiri untuk memikirkan matlamat dan halatuju pendidikan. Di samping itu, mereka terpaksa menyediakan sendiri bahan-bahan untuk proses pendidikan. Ini akan menyukarkan tugas utama mereka sehingga menjejaskan kerjaya. Pusat sumber boleh menjadi wadah bagi para guru dan pendidik dari pelbagai agensi membincangkan pelbagai isu berkaitan pendidikan dan pembelajaran. Bahan-bahan pendidikan yang inovatif dan kreatif juga dapat dihasilkan melalui pusat sumber ini. Menurut Mat Nor Hussin dan Ab Rahman, (1988), dalam pengajaran Bahasa Melayu terdapat sekurang-kurangnya lima kemahiran yang perlu dipelajari iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran bertatabahasa. Bagi memastikan kemahiran-kemahiran ini dikuasai, alat bantu mengajar seperti pita rakaman, video, radio,

Kaedah Penyelidikan BM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan

Citation preview

PENDAHULUAN

BAB I

PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan sebagai sumber rujukan dalam sistem pendidikan serta proses pengajaran dan pembelajaran. Ia memberi fokus kepada aktiviti minda dari segi penyelidikan dan pembangunan dari pelbagai segi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum. Dasar-dasar pendidikan, hala tuju dan huraiannya boleh dicernakan oleh pusat sumber sekolah .

Guru-guru pula boleh mempelbagaikan idea, pemikiran, perancangan dan bahan yang terdapat dalam pusat sumber agar dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pusat sumber, guru-guru terpaksa bergantung kepada inisiatif sendiri untuk memikirkan matlamat dan halatuju pendidikan. Di samping itu, mereka terpaksa menyediakan sendiri bahan-bahan untuk proses pendidikan. Ini akan menyukarkan tugas utama mereka sehingga menjejaskan kerjaya. Pusat sumber boleh menjadi wadah bagi para guru dan pendidik dari pelbagai agensi membincangkan pelbagai isu berkaitan pendidikan dan pembelajaran. Bahan-bahan pendidikan yang inovatif dan kreatif juga dapat dihasilkan melalui pusat sumber ini.

Menurut Mat Nor Hussin dan Ab Rahman, (1988), dalam pengajaran Bahasa Melayu terdapat sekurang-kurangnya lima kemahiran yang perlu dipelajari iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran bertatabahasa. Bagi memastikan kemahiran-kemahiran ini dikuasai, alat bantu mengajar seperti pita rakaman, video, radio, gambar-gambar yang menarik dan sebagainya digunakan. Penggunaan alat bantu mengajar ini akan membolehkan guru merancang berbagai-bagai-bagai aktiviti dalam proses pengajarannya. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran lisan membaca dan menulis lebih ditekankan. Oleh itu guru harus mampu membuat pemilihan bahan sumber yang lebih sesuai digunakan dan ia memerlukan kemahiran untuk melaksanakannya. Masalah ramai guru Bahasa Melayu kurang mahir menggunakan alat bantu mengajar yang berkait rapat dengan penggunaan bahan sumber pengajaran. Kajian yang telah dibuat Abd Rahman (1992), mendapati sikap guru yang kurang berminat , kurang pengetahuan dan kurang kemahiran mengendalikan bahan sumber pengajaran boleh mempengaruhi rakan sejawat di sekolah agar tidak menggunakan bahan sumber pengajaran.

Kelemahan guru tidak mahir dalam penggunaan alat bantu dan bahan sumber pengajaran begitu ketara sejak akhir-akhir ini. Mengikut kajian yang telah dibuat oleh Arfah (1992) dan Mat Jizat Abdol (1995), mendapati lebih 70% guru tidak mahir menggunakan komputer, projektor slaid, perakam video, kamera dan lain-lain lagi tetapi lebih banyak bergantung pada penggunaan buku teks dan buku kerja sahaja. Apa yang lebih mendukacitakan terdapat 87% guru menyatakan mereka kurang mahir dan tidak mahir pada kaedah pengajaran berasakan komputer (ICT).

Kajian ini dijuruskan kepada keberkesanan pengurusan sekolah menggunakan pusat sumber melalui aktiviti-aktivit yang terancang, berfokuskan kepada peningkatan matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR. Sekolah ini mempunyai lapan orang guru opsyen Bahasa Melayu terlatih yang mendapat latihan dari maktab perguruan dan berkelulusan sarjana muda dari universiti tempatan. Namun demikian cuma enam orang sahaja guru opsyen Bahasa Melayu ini yang mengajar Bahasa Melayu dan dua orang daripada lapan orang tersebut mengajar mata pelajaran lain dari Bahasa Melayu. Guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah ini adalah terdiri dari guru-guru yang berpengalaman lebih daripada lapan tahun mengajar. Cuma ada tiga orang sahaja guru Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Pusat Sumber sekolah ini telah mula dibuka pada tahun 1982. Semenjak itu berbagai-bagai perubahan telah berlaku terhadap pusat sumber tersebut semenjak ia adakan, terutama dari segi penyelaras dan tapak kedudukannya. Beberapa ruang di pusat sumber sekolah ini telah diadakan seperti perpustakaan, bilik tayangan dan bilik ABM. Penyelaras pusat sumber sekolah ini didapati sentiasa berusaha untuk memuaskan hati pengguna iaitu murid dan guru agar ia menjadi tempat yang paling menarik untuk dikunjungi di sekolah. Penyataan Masalah

Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan killer subject di dalam setiap kali peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin. Malah di dalam setiap kali peperiksaan dalaman sekolah atau pun peperiksaan awam didapati keputusan kedua-dua mata pelajaran bahasa sekolah ini pada keseluruhannya berada di paras sederhana dan kurang cemerlang. Pencapaian pelajar-pelajar pada keseluruhannya dari tahun satu sehingga tahun 5 adalah baik tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Sehingga kini masih ada kelas yang memperoleh pencapaian bawah daripada 80% dan terdapat murid yang gagal dengan memperoleh gred E dalam peperiksaan . Ini mungkin disebabkan murid-murid yang masih gagal menguasai pelajaran Bahasa Melayu dengan baik kerana sewaktu penulis mula bertugas di sekolah ini (Februari 1, 2003), telah dapat dikesani seramai 19 % murid buta huruf dari tahun 1 hingga ke tahun 6 dalam Bahasa Melayu dan 43% gagal Bahasa Inggeris. Tidak dapat dinafikan akan peranan dan kepentingan PSS dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dikehendaki mempelbagaikan perancangan dan penggunaan PSS sebagai salah satu aktiviti pengajaran yang menyeronokkan murid dan berminat untuk belajar mata pelajaran tersebut. Salah satu daripada teknik dan pendekatan terancang adalah melalui pelan tindakan yang bersistematik, berfokus dan berbentuk jangka panjang dan pendek. Penggunaan bahan bantu mengajar dan pengajaran menggunakan kemudahan ICT turut mempercepatkan proses kefahaman dan kematangan yang lebih menyeluruh. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran terutamanya pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Alat bantu mengajar juga boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan murid untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Pemilihan ABM dan media untuk pengajaran merupakan satu proses yang kompleks. Proses ini seharusnya dijalankan secara sistematik kerana ia memerlukan masa, tenaga dan kemahiran untuk membuat pemilihan. Guru mesti bijak membuat pilihan yang sesuai untuk digunakan semasa pengajaran. Sepatutnya pengajaran bahasa boleh dijalankan dengan lebih menarik dan menyeronokkan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru-guru seharusnya mempelbagaikan teknik-teknik pengajaran mereka agar murid-murid lebih seronok dengan pengajaran guru.

Dalam pemerhatian penulis semasa membuat kajian tindakan ini, didapati guru-guru lebih banyak menggunakan cara yang sama dari awal tahun mengajar hingga akhir tahun (Jadual Pemantauan Berkala). Mereka menggunakan ABM di tahap yang paling minimum semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran, walaupun di bilik sumber Pusat Sumber Sekolah saya dapati begitu banyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk menjadikan pengajaran itu bertambah menarik dan berkesan. Guru-guru juga didapati tidak menggunakan kemudahan yang didapati di perpustakaan sekolah untuk memantapkan kebolehan murid dalam bahasa. Guru-guru juga didapati tidak bermotivasi, tidak berminat dan tidak bersemangat untuk mendapatkan bahan di pusat sumber sekolah. Terdapat pelbagai alasan yang diberikan oleh guru-guru bahasa Melayu ini apabila saya melakukan temu bual ke atas guru-guru bahasa di sekolah ini mengapa mereka tidak menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah. Antaranya ialah;

Bahan yang terdapat di bilik sumber tidak sesuai dengan tajuk yang diajar.

Sukar untuk mendapatkan bahan di bilik sumber tersebut, kerana tidak diselenggarakan dengan kemas dan mudah untuk mendapatkannya.

Tidak tahu bahan apa yang terdapat di pusat sumber selain dari buku.

Kurang bahan bantu mengajar dan banyak yang tidak lagi sesuai kerana bahan yang telah lama.

Buku-buku bacaan tambahan yang terdapat di perpustakaan kurang menarik dan kurang bilangannya.

Sukar untuk menyesuaikan tajuk yang diajar dengan siaran TV pendidikan yang terdapat di pusat sumber sekolah.

Guru-guru didapati tidak begitu kreatif dalam mempelbagaikan dan menyesuaikan peralatan yang ada dengan pengajarannya

Objektif KajianBerdasarkan penyataan masalah di atas, objektif kajian ini adalah untuk1. Mengenal pasti persepsi guru-guru Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris

di sekolah ini terhadap Pusat Sumber sekolah ini.

2. Mencari punca sebenar mengapa guru-guru Bahasa Melayu/Bahasa

Inggeris tidak mahu menggunakan bahan-bahan dari pusat sumber dalam pengajaran mereka.3. Merangka pelan tindakan untuk mengubah sikap guru-guru Bahasa

Melayu/Bahasa Inggeris di sekolah ini agar mereka mempelbagaikan teknik pengajaran mereka dengan menggunakan kemudahan dan

bahan yang terdapat di pusat sumber.

4. Menggalakkan guru-guru melakukan percambahan pendapat

brainstormingprogram-program meningkatkan prestasi matapelajaran.

5. Meningkatkan peratus pencapaian mata pelajaran Bahasa

Melayu/Bahasa Inggeris tahun 1 hingga tahun 6 khususnya pencapaian

UPSR.

Kepentingan Kajian Kajian tentang peranan yang dimainkan oleh pusat sumber dan bagaimana bahan-bahan yang terdapat dalam pusat sumber diuruskan dalam meningkatkan pencapaian bahasa di kalangan murid tahun 6 dilakukan kerana didapati kebanyakan guru tidak mengeksploitasi bahan-bahan yang terdapat di pusat sumber sebagai alat bantu mengajar dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid tahun 6. Oleh itu, kepentingan kajian ini dapat dilihat secara objektif adalah seperti berikut :-1. Guru-guru dapat menggunakan bahan sumber bagi merangsang pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk membuat perbandingan, rumusan, pemerhatian, pengelasan, keputusan, pentafsiran, sintesis dan sebagainya dalam pengajaran Bahasa Melayu. 2. Guru yang mengajar Bahasa Melayu bukan sahaja bercakap dan menulis tetapi dapat menggunakan bahan sumber yang bercetak dan bukan bercetak untuk mencapai tahap komunikasi yang bermutu, berkesan dan menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan satu mata pelajaran yang membosankan dan memerlukan pelbagai bahan sumber dalam aktiviti P&P.

4. Dapat menghasilkan perkongsian maklumat, idea, pandangan dan sikap antara guru dengan murid, murid dengan murid ke arah penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Skop Kajian

Skop kajian adalah terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja dan mengapa guru-guru bahasa di sekolah ini dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan perancangan strategik dan mengadakan program khas, utama dan sampingan serta dibantu pula dengan kemudahan di pusat sumber sekolah iaitu perpustakaan, peralatan media, alat bantu mengajar dan TV pendidikan. Saya telah mengadakan temu bual dengan semua guru bahasa di sekolah ini dengan menanyakan soalan-soalan berkaitan dengan latar belakang murid tahun 6, status ekonomi ibu bapa dan juga soalan berstruktur dan tidak berstruktur untuk guru dan murid. ( Rujuk LAMPIRAN).Definisi IstilahBahan Sumber

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai media pengajaran yang boleh membantu guru dan pada pelajar mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Namun di sekolah-sekolah pada masa kini, bahan-bahan pengajaran yang biasa digunakan oleh guru-guru diambil dari buku-buku teks, bahan-bahan tambahan dari jabatan tertentu dalam Kementerian Pelajaran, bahan-bahan bercetak dari Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri, daerah dan lain-lain. Penggunaan buku-buku teks telah menjadi amalan biasa bagi setengah-setengah guru. Bagi mereka jumlah buku-buku teks yang ada dan boleh digunakan di sekolah adalah telah terlalu banyak dan tidak lagi perlu mereka mencari bahan dari sumber-sumber lain. Anggapan begini memang kurang wajar, kerana seperti yang kita sedari, buku-buku teks tersebut mempunyai kelemahannya tersendiri.

Atan Long (1982) menyatakan bahawa bahan sumber terdiri daripada pelbagai bahan, sesuatu bahan boleh disampaikan dengan berbagai-bagai cara. Umpamanya sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, carta yang diletakkan pada slaid dan dipancarkan pada layar. Bahan-bahan tersebut dinamakan bahan sumber dalam pengajaran.

Mengikut Sharifah Alwiah (1979), Mat Nor Hussin dan Abdul Rashid (1990), telah memberikan pandangan bahawa bahan sumber pengajaran melibatkan konteks pengajaran serta pendengaran seseorang pelajar. Secara langsungnya, bahan sumber dapat memberikan rangsangan kepada pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelajaran yang dipelajarinya.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1992), bahan sumber pengajaran yang digunakan ialah pita rakaman, bahan bercetak, pita video dan pelbagai bahan mudah alih, perisian komputer dan bahan-bahan lain lagi.

Kajian yang dilakukan oleh Reiser, R, A dan Gagne, R.M. menyatakan bahawa bahan sumber merangkumi teks bercetak, rakaman audio dan video, gambar slaid dan bahan-bahan yang digunakan bagi menyampai pengajaran.

Kajian penggunaan sumber dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris amat kurang jika dibandingkan dengan kajian secara umum penggunaan sumber untuk semua mata pelajaran. Menurut Khairiah Abd Hamid (1990), penggunaan bahan sumber dapat merangsang pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk membuat perbandingan, rumusan, pemerhatian, pengelasan, keputusan, pentafsiran, sintesis dan sebagainya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Secara langsungnya, guru yang mengajar Bahasa Melayu bukan sahaja bercakap dan menulis sahaja tetapi perlu menggunakan bahan sumber yang bercetak dan bukan bercetak untuk mencapai tahap komunikasi yang bermutu, berkesan dan menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Wan Mohd Zaid Mohd Nordin (1990), menyarankan agar guru menggunakan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah. Menurut beliau, mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang membosankan dan memerlukan pelbagai bahan sumber pengajaran untuk menarik perhatian pelajar. Oleh itu, penggunaan bahan sumber pengajaran dapat menghasilkan perkongsian maklumat, idea, pandangan dan sikap antara guru dengan murid, murid dengan murid ke arah penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. James Skinder (1953) menyatakan pengetahuan akan lebih mudah diserap jika dipelajari daripada pengalaman yang melibatkan penggunaan berbagai-bagai deria melalui berbagai-bagai-bagai bahan sumber pengajaran.

Audio-Visual material provial the student with a good subtitude of first hand experience

Menurut Beswick (1972), sumber adalah secara meluas meliputi bahan-bahan pendidikan yang melibatkan bahan bercetak atau bukan bercetak iaitu apa saja bahan yang boleh mendatangkan pengetahuan ataupun yang menimbulkan minat atau mendorong murid termasuk buku, dokumen, surat khabar, model, carta, rajah, pita, filem slaid, filem jalur, kit aneka media dan lain-lain objek yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Oleh itu takrif tentang bahan sumber meliputi alat dan semua bahan jenis sumber oleh guru untuk membantu menyenangkan murid mencapai objektif pembelajaran meliputi kemahiran, pengetahuan dan juga sikap dalam sesuatu pengajaran di bilik darjah. BAB II

SOROTAN KAJIAN Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan, para pelajar memang memerlukan penggunaan bahan sumber dalam pengajaran bahasa. Semasa proses pengajaran berjalan, pelajar perlu menggunakan segala deria yang ada pada mereka seperti deria rasa, pandang dan sebagainya untuk menggunakan kemahiran berbahasa. Sudah sepatutnya guru mengajar matapelajaran bahasa meninggalkan amalan tradisional iaitu hanya bercakap dengan menggunakan kapur yang melibatkan satu deria sahaja iaitu mendengar sahaja (Chalk and Talk). Sudah sampai masanya, guru-guru bahasa perlu menggunakan pelbagai bahan sumber pengajaran yang sesuai, menarik dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran agar semua deria pelajar dilatih untuk pengajaran berkesan. Menurut kajian oleh P.J. Philips (1960) dan Hinz (1969) mendapati gabungan daripada penggunaan berbagai-bagai deria semasa proses pe Rudin Salinger (1980) telah menegaskan bahawa bahan-bahan sumber dalam pengajaran bahasa dapat memudahkan pelajar-pelajar memahami dalam mengingati pelajaran yang di ajar oleh guru. Penggunaan bahan sumber perlu sesuai dengan objektif pengajaran guru. Oleh itu, guru yang mengajar bahasa perlu menggunakan pelbagai bahan sumber pengajaran agar pengajaran lebih berkesan. Ini sesuai dengan pandangan Noraziah Abdul Hamid (1981) bahawa penggunaan pelbagai bahan sumber dalam pengajaran Bahasa Melayu tidak dapat dipisahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rigg (1981) menyatakan bahawa alat dan bahan pengajaran telah mempengaruhi peningkatan pembelajaran dan keberkesanannya. Dalam kajian itu didapati keberkesanan bagi kumpulan pelajar yang diajar dengan menggunakan audio visual adalah 39% lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang diajar secara tradisional tanpa menggunakan bahan sumber pengajaran.

Menurut Kamarudin Hj Husin (2001), aspek pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memberi kesan yang positif kepada prestasi para pelajar. Bahan-bahan teks Bahasa Melayu yang digunakan perlu dipelbagaikan, iaitu tidak bergantung terus menerus kepada satu atau dua buku teks sahaja. Bahan-bahan teks yang terpilih juga perlu di sertakan dengan alat bantu mengajar yang lain supaya pengajaran menjadi lebih menarik dan pelajar dapat mengingat dan memahaminya.

Penggunaan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat mengurangkan sindrom guru - buku teks - pelajar. Sudah sampai masanya guru yang mengajar bahasa dapat mengurangkan penggunaan buku teks dan menambah dengan penggunaan pelbagai sumber pengajaran yang lebih berkesan dan berkualiti. Dalam membincangkan penggunaan pelbagai bahan sumber, guru perlu tahu membuat keputusan pemilihan bahan sumbernya yang sesuai dengan pengajaran. Sekiranya pelajar lemah dalam membaca, maka tidak ada faedahnya memilih bahan menggunakan audio daripada menggunakan bahan cetak.

Jarome Brunner (1966), adalah seorang pakar psikologi dalam pendidikan telah mencadangkan supaya pelajaran yang disampaikan kepada murid seharusnya bermula dengan pengalaman secara langsung (iaitu melalui gambar, filem dan lain-lain). Beliau menyarankan bahawa penyusunan bahan-bahan pengajaran mengikut urutan konkrit ke abstrak akan menghasilkan suatu pembelajaran yang lebih bermakna. Perkembangan pengajaran seharusnya selari dengan penggunaan bahan sumber dalam pembelajaran pada hari ini. Secara langsung, beliau mengakui kepentingan dan kebaikan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hoban, Fin dan Dale (1964) berpendapat sekiranya bahan sumber pengajaran digunakan dan sesuai dalam pengajaran dalam pembelajaran, maka guru dapat mencapai objektif-objektif berikut:

a) Bahan sumber pengajaran menjadi daya penarik untuk pelajar

b) Penggunaan buku teks sukar menghasilkan pembelajaran kekal.

c) Penggunaan bahan sumber dapat memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsang minda pelajar.

d) Dapat membina pemikiran yang berterusan.

e) Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar

f) Menyediakan pengalaman yang tidak diperoleh melalui buku lain dan menjadikan pengajaran berkesan.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik dan berkesan dengan adanya bantuan bahan sumber. Bahan sumber dapat membantu pengajar mencapai objektif pengajaran yang hendak disampaikannya. Penggunaan bahan sumber dapat memberi penjelasan yang tepat pada pelajar. Secara langsungnya ia dapat mempelbagaikan pengalaman untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kenyataan ini disokong oleh Abd Rahman (1988) bahawa untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, penggunaan bahan sumber pengajaran adalah faktor terpenting untuk menentukan kejayaan pembelajaran para pelajar. METODOLOGI KAJIANReka Bentuk Kajian

Kajian tindakan ini adalah berdasarkan konsep Kurt Lewin seperti dalam buku Action Research. Dalam konsep penyelidikan ini nanti, proses asas kajian tindakan akan melibatkan empat peringkat iaitu:-

Peringkat I

: Merancang

Peringkat II

: Bertindak (melaksanakan tindakan)

Peringkat IV

: Memerhati (mengumpulkan bukti)

Peringkat V

: Mereflek (analisis dan refleksi)

Rajah 1Tempat Kajian Kajian tindakan ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin yang telah dibuka pada tahun 1982. Sekolah ini adalah sekolah gred A yang terletak di rancangan penempatan semula banjir (RPS), jalan Sungai Lembing dan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan. Sekolah ini terletak 18 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan. Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin mempunyai seramai 243 orang murid yang majoriti murid sekolah ini adalah terdiri dari anak-anak petani dan pekerja kilang. cuma dalam lingkungan 5% sahaja murid sekolah ini terdiri dari anak-anak kakitangan kerajaan. Kelayakan guru sekolah ini pada tahun ini adalah seramai 20 orang.Populasi dan Persampelan Sampel kajian adalah terdiri daripada empat orang guru Bahasa Malaysia, tiga orang guru Bahasa Inggeris dan 37 orang murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin. Mereka terdiri daripada seorang guru lelaki dan tiga orang guru perempuan yang terlatih dan mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu dengan setiap seorang mempunyai pengalaman dari 7 hingga 28 tahun. Bagi guru Bahasa Inggeris pula, mereka mempunyai pengalaman dari 5 hingga 27 tahun dimana guru penolong kanan pentadbiran mempunyai pengalaman sebagai jurulatih utama daerah BI serta banyak memberi ceramah motivasi mata pelajaran BI. Kajian ini juga menggunakan guru penolong kanan I, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Penyelaras Pusat Sumber. Instrumen KajianTemu bual

Temu bual dengan guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijalankan untuk mendapatkan maklum balas tentang pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar dan kesulitan-kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh guru bahasa untuk mendapatkan bahan bantu mengajar semasa menyediakan rancangan pengajaran serta keberkesanan program-program utama dan sampingan yang telah dirancangkan bersama.. Temu bual ini dijalankan secara berstruktur dan tidak berstruktur pada masa P&P Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di mana kebanyakan soalannya adalah soalan bentuk terbuka, ini membolehkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini menyatakan secara bebas isi hati mereka tanpa berasa terkongkong oleh soalan. Temu bual ini juga dijalankan ke atas 37 orang murid tahun 6 secara rawak. Temu bual dengan murid ini dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan pandangan murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta kefahaman mereka tentang program sekolah yang mereka ikuti. Temu bual juga dilakukan dengan guru Penyelaras Pusat Sumber, Ketua Panitia Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan pihak pentadbir iaitu Guru Penolong Kanan I. Pemerhatian

Sepanjang pemerhatian banyak ditumpukan kepada proses perlaksanaan program dimana tumpuan dan fokus kajian diberatkan ke arah pemantauan P&P di dalam dan di luar bilik darjah. Pemerhatian dilakukan ke atas guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin. Tumpuan pemerhatian adalah kepada buku ringkasan mengajar guru tersebut dan pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajarannya. Pemerhatian kepada buku ringkasan mengajar guru adalah untuk melihat apakah alat bantu mengajar yang digunakan semasa menyediakan rancangan pengajarannya. Di mana dan bagaimanakah guru ini mendapatkan alat bantu mengajar tersebut? Adakah beliau mendapatkan alat bantu mengajar tersebut di pusat sumber sekolah, buat sendiri atau pinjam dari mana-mana sumber lain. Pemerhatian juga akan dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Adakah guru ini menggunakan bahan bantu mengajar yang telah dirancang seperti dinyatakan di dalam buku ringkasan mengajar? Kalau guru ini mengajar tidak menggunakan alat bantu mengajar, mengapa? atau pun jika didapati alat bantu mengajar yang digunakan didapati lain daripada seperti yang dinyatakan di buku ringkasan mengajar pada perancangan awal. Pemerhatian juga dilakukan di Pusat Sumber Sekolah dan tumpuan pemerhatian adalah kepada bahagian perpustakaan, bilik bahan bantu mengajar dan bilik tayangan. Pemerhatian adalah kepada semua jenis rekod penggunaan di pusat sumber tersebut seperti rekod penggunaan perpustakaan, rekod pinjaman alat bantu mengajar dan rekod penggunaan bilik tayangan. Turut menjadi tumpuan utama ialah pemantauan perjalanan program utama sekolah iaitu Wadah Ilmu dan 20 Minutes Fun Reading. Murid dibiarkan untuk mengurus persiapan mereka dimana bahan-bahan bacaan telah ditempatkan di PSS dan murid hanya ambil bahan mengikut topik yang telah ditetapkan. Disiplin dan kawalan murid turut diberi perhatian dalam menguruskan kelancaran program. Suasana dan tapak projek adalah bebas seperti di kantin, bawah rendang pokok, garaj, pondok bacaan dan dimana sahaja keselesaan mereka asalkan ianya keluar dari bilik darjah.

Turut diberi perhatian adalah soal pengurusan masa, halangan-halangan pelaksanaan program serta teknik dan kreativiti guru melaksanakan P&P.

Prosedur

Bagi memulakan kajian tindakan, penulis telah mohon kerjasama dari semua guru dan warga sekolah , Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin. Setelah mengenal pasti bidang yang akan dibuat kajian tindakan, penulis telah mendaftarkan tajuk kepada pensyarah pembimbing untuk makluman.

Kajian telah dimulakan dari pertengahan bulan Jun 2007 hingga Ogos 2007 selama dua setengah bulan. Selama itu pengkaji telah menjalankan pemerhatian dan temu bual dengan semua yang terlibat dalam kajian ini. Segala keterangan dianggap sulit serta kenyataan yang diperolehi adalah bertujuan untuk dijadikan kajian tindakan semata-mata tetapi juga bertujuan ke arah penambahbaikan organisasi untuk kepentingan bersama.Langkah-Langkah Kajian1) Kenal pasti masalah

Berpandukan kepada pemerhatian kepada rekod-rekod penggunaan di pusat sumber sekolah ini iaitu rekod perolehan bahan, rekod pinjaman alatan, rekod pinjaman bahan buku dan bukan buku, rekod penggunaan bilik di Pusat Sumber, rekod kewangan dan belanjawan tahunan dan rekod penggunaan radio/TV Pendidikan didapati kekerapan guru dan murid menggunakan pusat sumber sangat minimum. Berdasarkan pemerhatian saya selama dua minggu pada bulan Januari semasa membuat kajian pada rekod-rekod di pusat sumber sekolah tersebut didapati :- a) Tiada guru membuat pinjaman buku di perpustakaan pada tahun 2008

b) 4 orang guru membuat pinjaman buku di perpustakaan pada tahun 2007

c) Hanya 1 kelas yang menggunakan perpustakaan pada 2008

d) 10 orang guru membuat pinjaman bahan sumber pada tahun 2007

e) Hanya seorang guru membuat pinjaman bahan sumber pada tahun 2008 Di bawah ini adalah keputusan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan PKSR 2 2008 (Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008)yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk kajian tindakan ini.

PenulisanPemahamanBahasa Inggeris

Tahun 165.591.894.5

Tahun 272.780.297.5

Tahun 372.962.118.9

Tahun 430.748.725.6

Tahun 545.235.628.5

Tahun 671.774.3 28.2

Keputusan UPSR 2004 2008TahunPenulisanPemahamanB.Inggeris

200481.493.067.4

200583.987.167.7

200684.294.776.3

200762.890.773.0

200898.398.375.7

Rekod Penggunaan PSS Oleh Guru Di SK Bukit Kuin

Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin Penggal 1 2008Bil

PerkaraKekerapan

1

Penggunaan Perpustakaan4 orang

2

Rekod Penggunaan Bahan Media 3 orang

3

Rekod Pinjaman ABM ABM Bahasa 2 orang

Rekod Pinjaman Buku Oleh Murid pada penggal 1 2008HariTh 1Th 2Th 3Th 4Th 5Th 6JUM

ISNIN005911833

SELASA001681227

RABU00004711

KHAMIS0049171036

JUMAAT000571426

SABTU0269142346

c. Rekod Penggunaan Perpustakaan Oleh Kelas pada penggal 1 2008HariTh 1Th 2Th 3Th 4Th 5Th 6Jumlah

ISNIN66

SELASA88

RABU44

KHAMIS5813

JUMAAT77

d. Rekod Alat Bantu Mengajar Bahasa Melayu Di Bilik Sumber

Bil

Jenis Alat Bantu MengajarJumlah

1.Carta Bahasa Melayu Tahun 63 set

2.Carta Bahasa Inggeris Tahun 64 set

3.Carta Bahasa Melayu Tahun 64 set

4.Carta Bahasa Inggeris Tahun 65

5.Radio2

6.OHP1

Pemerhatian saya melalui rekod-rekod laporan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah ini mendapati penggunaan guru yang sangat minimum berdasarkan rekod penggunaan perpustakaan, rekod penggunaan bahan media dan melalui rekod pinjaman bahan bantu mengajar di bilik sumber. Pemerhatian selama 10 minggu mendapati seramai cuma 2 orang sahaja guru Bahasa Melayu yang menggunakan perpustakaan untuk membuat rujukan, 3 orang sahaja yang ada membuat pinjaman radio kaset dan 2 orang sahaja yang membuat peminjaman carta Bahasa Melayu. Dapatan ini memberi keyakinan kuat lagi kepada penyelidikan ini bahawa guru Bahasa Melayu sekolah ini memang tidak menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber untuk pengajaran dan pembelajarannya. Penganalisisan Data

Tinjauan dan kutipan data adalah berasaskan kepada rekod-rekod yang terdapat di pusat sumber sekolah ini. Berpandukan pemerhatian dan laporan data-data tersebut terdapat kelemahan yang memang ketara dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahan berkaitan bahasa di sekolah ini. Bagi mengatasi masalah ini pihak Jawatankuasa Perancangan dan Akademik Sekolah telah mencadangkan beberapa program bagi mengatasi masalah seperti dinyatakan dalam penyataan masalah di atas;

Hari Pusat Sumber Sekolah Pameran Bahan Pusat Sumber Sekolah

Hari bersama pelanggan-promosi pusat sumber

Bengkel membuat bahan bantu mengajar

Projek Jangka Panjang MembacaWahdah Ilmu dan 20 Minutes Fun Reading

Projek Jangka Pendek Jom Kita Baca, Kem Mohlah Belajar, Buddy Support System dan Academic on Air

Kursus Dalaman penggunaan PSS

KESIMPULAN Peranan pusat sumber sekolah adalah sebagai pusat maklumat yang mengumpul, menguruskan dan menyebarkan semua jenis sumber pendidikan, seperti bahan pengajaran dan pembelajaran serta alatan bentuk bercetak dan elektronik dalam kurikulum sekolah bagi kemudahan guru dan pelajar. Pusat sumber adalah pusat sumber pelajaran yang membolehkan guru dan pelajar berinteraksi atau menggunakan pelbagai sumber pendidikan. Bahan-bahan rujukan dan bacaan dalam pelbagai bentuk boleh meningkatkan serta mengembangkan bidang kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Pusat ini juga bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran serta prestasi pencapaian akademik guru dan pelajar.

Menurut Miller (1961) dan Swanson (1970) telah mengistilahkan pusat sumber sebagai pusat bahan pengajaran. Di pusat inilah segala bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dengan rapi dan digunakan di bawah kelolaan mereka yang mahir bagi menawarkan perkhidmatan dan kemudahan memperbaiki atau melengkapkan rancangan-rancangan di sekolah. Samsiah (1991) mendapati, penggunaan bahan pusat sumber untuk mengajar mata pelajaran bahasa membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas apa yang diajar dan menjadikan mereka lebih berminat mempelajari bahasa dan membantu mereka mencari maklumat bagi mata pelajaran lain dengan lebih mudah. Faridah Abdul Manaf dan T. Subahan Mohd Merah (1994), Matlamat Kementerian pelajaran menubuhkan pusat sumber di peringkat negeri, daerah dan sekolah adalah hampir sama walaupun operasi dan organisasinya berbeza. Kesemuanya adalah untuk mendukung hasrat kerajaan untuk mewujudkan sistem desentralisasi dan pendemokrasian dalam meningkatkan mutu pendidikan di samping meningkatkan mutu profesional guru Menurut Miller (1961) dan Swanson (1970) telah mengistilahkan pusat sumber sebagai pusat bahan pengajaran. Di pusat inilah segala bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dengan rapi dan digunakan di bawah kelolaan mereka yang mahir bagi menawarkan perkhidmatan dan kemudahan memperbaiki atau melengkapkan rancangan-rancangan di sekolah. Samsiah (1991) mendapati, penggunaan bahan pusat sumber untuk mengajar mata pelajaran bahasa membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas apa yang diajar dan menjadikan mereka lebih berminat mempelajari bahasa dan membantu mereka mencari maklumat bagi mata pelajaran lain dengan lebih mudah.LAMPIRANGambar Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG MURID TAHUN 6

Sila jawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan tepat. Bulatkan pada nombor pilihan anda.

1.Jantina :

Lelaki

1

Perempuan

2

2.Bangsa :

Melayu

1

Cina

2

India

3

Lain-lain

4

3.Bilangan adik-beradik dalam keluarga

1 23 45 6 7 8 9 Melebihi 10

4.Anak ke berapa dalam keluarga

1 23 45 6 7 8 9 Melebihi 10

5.Kawasan kediaman

1. Bandar

2. Kampung

3. Kawasan Perumahan

4. Kawasan Setinggan

6.Gred Bahasa Inggeris dalam Ujian Terakhir

ABCDEBAHAGIAN B: STATUS SOSIOEKONOMI IBU BAPABulatkan jawapan pilihan anda.

7. Nyatakan pekerjaan bapa / penjaga anda dengan tepat

______________________________________________

8.Pendapatan bulanan bapa/penjaga

(a)kurang daripada RM 350

(b)di antara RM 351- RM 750

(c)di antara RM 1001 RM 2000

(d)RM 2001 ke atas

9. Taraf pendidikan bapa/penjaga

(a) Tahun 1 hingga 6

(b) Tingkatan 1 hingga 3

(c) Tingkatan 4 hingga 5

(d) Tingkatan 6

(e) Pusat Pengajian Tinggi

10. Nyatakan pekerjaan ibu anda dengan tepat

________________________________

11. Pendapatan bulanan ibu

(a) Tiada

(b) Kurang daripada RM 350

(c) Di antara RM 351 RM 750

(d) Di antara RM 751 RM 1000

(e) RM 1001 dan ke atas

12. Taraf pendidikan ibu

(a) Tahun 1 hingga Tahun 6

(b) Tingkatan 1 hingga Tiga

(c) Tingkatan 4 hingga 5

(d) Tingkatan 6

(e) Pusat Pengajian TinggiSOALAN BERSTRUKTUR (Guru)

Kajian Tindakan terhadap penggunaan Pusat Sumber di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin, Kuantan, Pahang.1.Adakah anda menggunakan ABM pada setiap kali anda mengajar?

2.JIKA GUNA. Dari manakah anda mendapatkan ABM tersebut

untuk mengajar?

3.Adakah bahan ABM di Pusat Sumber Sekolah menarik?

4.Adakah ianya sesuai dengan tajuk ?

5. Adakah ianya menarik untuk digunakan?

6. Pernahkah buat ABM sendiri? Tahun 2006 berapa banyak ABM anda telah buat sendiri?

7. Berapa kali anda menggunakan ABM dalam seminggu?

8.Adakah ABM yang didapati di PSS sekolah memenuhi keperluan anda?

9 ABM apa yang anda sangat perlu dalam P&P Bahasa Melayu /

Bahasa Inggeris anda?

10. Pernahkah anda meminjam ABM kelas sebelah untuk mengajar?

SOALAN TIDAK BERSTRUKTUR (Guru)

Kajian Tindakan terhadap penggunaan Pusat Sumber di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin, Kuantan1.Mengapa anda tidak menggunakan ABM apabila mengajar?

2.Bagaimana sikap Guru Besar anda apabila anda mengajar tanpa

menggunakan ABM?

3.Apakah perbezaan mengajar menggunakan ABM dengan tidak menggunakan ABM?

4.Adakah pengajaran anda berkesan dengan tidak menggunakan

ABM?

5.Adakah ABM itu menyusahkan pengajaran anda?

6.Apakah kelebihannya anda mengajar tidak menggunakan ABM?

7.Alat bantu mengajar bentuk bagaimanakah yang mesti ada di sekolah?

8.Mengapa anda tidak membawa murid anda ke perpustakaan?

9.Mengapakah anda tidak berminat ke pusat sumber?

10.Apakah pendapat anda terhadap bahan bantu mengajar yang terdapat di pusat sumber ?

SOALAN BERSTRUKTUR (Murid)Kajian Tindakan terhadap penggunaan Pusat Sumber di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin, Kuantan1.Adakah guru Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris menggunakan Alat

Bantu Mengajar semasa mengajar?

2.Berapa kali seminggu mereka guna ABM ?

3.Adakah kamu seronok apabila guru mengajar dengan menggunakan gambar sebagai bahan sokongan?

4.Adakah anda seronok belajar Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris dengan dengar guru bercakap sahaja?

5.Adakah guru membawa kamu ke perpustakaan?

6.Apakah yang kamu minat sekali semasa ke perpustakaan?

7. Bahagian manakah yang paling kamu suka di perpustakaan?

8.Pernah kamu pinjam buku dari perpustakaan? Berapa kali seminggu?9.Pernah guru kamu minta kamu buat rujukan di perpustakaan? Contohnya : mencari makna perkataan atau mencari syair atau sajak?

10.Kamu suka atau tidak ke perpustakaan sekolah kamu? Kenapa?

BIBILIOGRAFIAbdul Rahim Selamat (1989). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdul Rahman Daud. (1999). Multimedia dalam pendidikan: Buletin Akademik Kognitif Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Bil. 1. Tanjong Malim, Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Rahman Ab Rashid (1990), Kepentingan alan bantu mengajar dalam pengajaran bahasa. Jalur Gemilang, 5-40-52.

Arfah Abdul Aziz, Fatimah Ibrahim dan Mohd Dahlan Ramli (1992). Literasi Media: Ke Arah Kecemerlangan Pengajaran Bahasa. Ulang tahun ke 20 Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Beswick. N (1977). Organizing resources. London: Heinemann Educational Books.

Conel W. F. (1981). Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Davis. G.A. & Thomas. MA. (1989). Effective Schools and Effective Teacher. Boston. Allgn and Bacon.

.

Faridah Abdul Manaff dan T.Subahan Mohd Meerah.(1994). Strategi Pusat Sumber Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

Hagrasy S. M (1962). The Teachers Role in Libabary Services ; An Investigations and its Devices. Dalam Journal of Experimental Educations. Jld 30.

Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Sarjana.PEMERHATIAN AWAL

Mengenal pasti masalah guru bahasa yang tidak menggunakan PSS dalam P & P dan melaksanakan program utama

LANGKAH 4 - Mereflek

Membuat refleksi keberkesanan dan mengambil tindakan susulan

LANGKAH 1 - Merancang

Merancang dan mengenal pasti langkah untuk mengatasi masalah.

LANGKAH 3 - Memerhati

Memerhati, mengumpul dan menganalisis data

LANGKAH 2 - Bertindak

Melaksanakan tindakan seperti perancangan

Analisa PKSR 4 Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (2005)