2
21 Januari 2012 9.00 pagi Saya bangun dan terus membersihkan diri.Selepas mengemas bilik tidur,saya ke dapur untuk menolong ibu membuat sarapan.Ibu menyediakan roti telur dan milo.Selepas bersarapan, kami sekeluarga mengemaskan rumah.Saya dan adik membersihkan ruang tamu.Saya menggunakan penyapu bulu ayam untuk membersihkan perabot-perabot yang berhabuk manakala adik pula mengelap tingkap ibu pula sibuk mengemas dapur. 11.00 pagi Saya dan adik menolong ayah membasuh kereta di halaman rumah sementara ibu pula sibuk menyidai pakaian di ampaian.Ayah bercadang membawa kami berkelah di pantai.Saya dan adik melompat-lompat keriangan.Saya menyiapkan kerja sekolah sebelum membuat persiapaan untuk pergi ke pantai.Ibu menyediakan nasi lemak dan jus oren. 2.00 petang Kami menaiki kereta ayah ke pantai.Di pantai, ayah membentangkan tikar di bawah sepohon pokok yang rendang manakala ibu meletakkan bekalan makanan yang dibawa oleh kami.Saya dan adik terus menyalin pakaian dan berlari ke arah laut.Adik menggunakan pelampung untuk berenang kerana tidak tahu berenang. 4.00 petang Kami sekeluarga menikmati makanan yang ibu sediakan.Saya dan adik makan dengan gelojoh kerana kelaparan.Kenikmatan makan di tepi pantai sukar digambarkan.Pasir yang memutih dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sungguh mendamaikan. Beberapa jam kemudian, kami berkemas pulang ke rumah. 6.00 petang Cuaca kelihatan agak mendung.Saya pun menolong ibu mengangkat pakaian di ampaian. Kemudian, kami menonton televisyen.Tiba-tiba saya mendengar jiran memanggil di luar pagar.Saya pun segera mendapatkannya.Dia memberi saya

Karangan Catatan Harian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Karangan Catatan Harian

21 Januari 2012

9.00 pagi

Saya bangun dan terus membersihkan diri.Selepas mengemas bilik tidur,saya ke dapur untuk menolong ibu membuat sarapan.Ibu menyediakan roti telur dan milo.Selepas bersarapan, kami sekeluarga mengemaskan rumah.Saya dan adik membersihkan ruang tamu.Saya menggunakan penyapu bulu ayam untuk membersihkan perabot-perabot yang berhabuk manakala adik pula mengelap tingkap ibu pula sibuk mengemas dapur.

11.00 pagi Saya dan adik menolong ayah membasuh kereta di halaman rumah sementara ibu pula sibuk menyidai pakaian di ampaian.Ayah bercadang membawa kami berkelah di pantai.Saya dan adik melompat-lompat keriangan.Saya menyiapkan kerja sekolah sebelum membuat persiapaan untuk pergi ke pantai.Ibu menyediakan nasi lemak dan jus oren.

2.00 petang

Kami menaiki kereta ayah ke pantai.Di pantai, ayah membentangkan tikar di bawah sepohon pokok yang rendang manakala ibu meletakkan bekalan makanan yang dibawa oleh kami.Saya dan adik terus menyalin pakaian dan berlari ke arah laut.Adik menggunakan pelampung untuk berenang kerana tidak tahu berenang.

4.00 petang

Kami sekeluarga menikmati makanan yang ibu sediakan.Saya dan adik makan dengan gelojoh kerana kelaparan.Kenikmatan makan di tepi pantai sukar digambarkan.Pasir yang memutih dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sungguh mendamaikan. Beberapa jam kemudian, kami berkemas pulang ke rumah.

6.00 petang

Cuaca kelihatan agak mendung.Saya pun menolong ibu mengangkat pakaian di ampaian. Kemudian, kami menonton televisyen.Tiba-tiba saya mendengar jiran memanggil di luar pagar.Saya pun segera mendapatkannya.Dia memberi saya

Page 2: Karangan Catatan Harian

kek.Jiran saya pandai memasak.

8.00 malam

Selepas mandi, saya makan malam bersama keluarga.Sebelum masuk tidur saya dan adik mengulang kaji pelajaran.Saya berasa sangat gembira kerana dapat menghabiskan hujung minggu ini dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga.