karangan Persiapan Hari sukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Karangan perihalan

Citation preview

Guru-guru di sekolah saya kelihatan sibuk membuat persediaan untuk mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan pada minggu hadapan.Saya dan rakan-rakan berasa sangat teruja.Kejohanan Sukan Tahunan ini julung-julung kali diadakan.Kira-kira dua minggu untuk Kejohanan Sukan Tahunan semua rumah sukan telah mengadakan mesyuarat bagi membincang tentang kerja-kerja yang harus dilakukan oleh murid-murid.

Saya dan beberapa rakan-rakan dipilih untuk menolong cikgu rumah kuning iaitu Puan Low. Puan Low memilih saya kerana saya hanya masuk acara seratus meter.Puan Low menerangkankerja kerja yang akan dilakukan oleh kami dengan lancar supaya kami memahami tugas kami. Beliau menyuruh kami datang ke sekolah pada keesokkan hari pada pukul 4.00 petang.

Pada keesokkan hari, kami tiba di sekolah pada pukul 4.00 petang. Kami telah menyiapkan kerja sekolah.Pada hari itu juga terdapat latihan sukan untuk rumah kuning.Puan Low memberi kami sebuah kertas untuk menulis murid yang layak untuk memasuki beberapa acara-acara yang dicatat di kertas itu. Kami berpecah ke tempat latihan acara yang ditetapkan.Saya telah pun mengambil acara larian 100 meter.Saya merekodkan masa yang diambil oleh setiap peserta.

Selepas itu, kami menghias padang sekolah.Saya mengantung belon dan bendera-bendera yang berwarna-warni.Kami meletakkan beberapa meja untuk para hakim, tempat untuk letak hadiah dan tetamu kehormat. Saya juga mengaturkan kerusi untuk para ibubapa dan murid-murid.Kami menyapu daun-daun kering yang berlonggok di beberapa tempat di padang seklah.

Kami juga menolong cikgu-cikgu rumah kuning untuk mendirikan khemah untuk para tetamu.Selain itu, kami juga membalut semua hadiah yang akan disampaikan nanti. Puan Low membelikan kami segelas air sirap dan sepinggan nasi goreng kampung di kantin sekolah.Beliau mengucapkan terima kasih kerana melaksanakan tugas masing-masing dengan tekun.

Saya berasa sangat gembira dan sangat teruja.Saya tidak sabar untuk menghadiri Kejohanan Sukan Tahunan nanti.Saya pasti menjalankan latihan dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menang hadiah nanti.