Upload
duongthuy
View
250
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PENGAJARAN
PENYELENGGARAAN ALATAN TANGAN DI BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULIM /
BANDAR BARU, KEDAH DARUL AMAN
AHMAD HAWARI B. ABDUL RAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PENGAJARAN
PENYELENGGARAAN ALATAN TANGAN DI BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULIM /
BANDAR BARU, KEDAH DARUL AMAN.
AHMAD HAWARI B. ABD. RAHIM
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
iii
iv
Segala puji bagi Allah S.W.T
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Dengan Kurnia dan Nikmatnya
TERISTIMEWA DITUJUKAN BUAT :
Ibu yang dikasihi Zahariah bt. Othman, mertua yang disayangi Ahmad b. Bakar
dan Laini bt. Ahmad serta isteri tercinta Asni bt. Ahmad
yang telah banyak memberi dorongan dan nasihat disepanjang pembelajaran saya
disamping iringan doa dan pengorbanan yang tiada putusnya. Semoga kejayaan
akan diberkati di dunia dan akhirat.
Tak lupa buat anak-anak Ainul Mursyida dan Ainul Safiah Qistina serta adik-
adik tersayang Fairuz, Faiz, Falha, Fadhilah, Atiqah, Rabiatul Adawiah,
Asnaliza, Aslinda dan Aszahari. Semoga semuanya akan terus berjaya.
Serta sekalian pendidik yang mencurahkan bakti dan rakan seperjuangan.
Pengorbanan dan galakkan kalian amat bermakna sebagai perangsang untuk saya
lebih maju. Semoga kita semua akan diberkatiNya.
Sekalung terima kasih diucapkan.
v
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin kurniaNya yang
memberikan kesihatan tubuh badan dalam menjalani kehidupan seharian dan juga
setinggi penghargaan saya tujukan khas kepada Encik Mohd Mohsin b. Uzir kerana
telah memberikan saya segala nasihat dan tunjuk ajar bagi memudahkan saya
menyiapkan projek sarjana muda ini.
Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya Fakulti Pendidikan
kerana telah memberikan segala kemudahan kepada saya menggunakan pusat sumber
untuk mencari maklumat projek sarjana muda ini.
Tidak lupa juga penghargaan ditujukan kepada guru-guru sekolah menengah
sekitar Daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan dan Daerah Kulim / Bandar
Baru, Kedah Darul Aman serta para pelajar yang telah memberi kerjasama dalam
menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan tanpa sebarang masalah yang
boleh mengganggu perjalanan kajian ini.
Akhir sekali kepada semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan projek
ini secara langsung atau secara tidak langsung.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kebolehan pelajar Tingkatan Dua
terhadap penyelenggaraan alatan tangan di bengkel Kemahiran Hidup di sekolah
menengah di Daerah Kulim / Bandar Baru, Kedah Darul Aman. Dua buah sekolah
telah dipilih untuk kajian ini yang melibatkan para pelajar Kemahiran Hidup sahaja.
Responden kajian terdiri daripada 144 orang pelajar Kemahiran Hidup yang dipilih
secara rawak. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang
mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah
berkaitan dengan latarbelakang responden manakala bahagian B berdasarkan objektif
kajian. Segala data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS versi 11.5
(Statistical Package For Science Social) berdasarkan frekuensi, peratus dan min.
Keseluruhan hasil dapatan kajian ini menunjukkan kebolehan pelajar Tingkatan Dua
terhadap penyelenggaraan alatan tangan di bengkel Kemahiran Hidup berada pada
tahap tinggi (min 3.97). Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan
beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk kebaikan bersama.
vii
ABSTRACT
The purpose of study is to observe the ability of living skill students towards
the tool maintenance in the school workshop. The area of study is in district of Kulim
/ Bandar Baru, Kedah Darul Aman, which involves two secondary schools. The
respondent consists of 144 students of living skills subject and the respondent were
randomly selected. Questionaires are being used in the study. It is divided into two
part A and B. Part A is for the background of respondent and the content of part B
are based on research objectives for the respondents to answer. Data obtained from
study were analysed using SPSS version 11.5 (Statistical Package For Science
Social) based on frequency, percentage and mean. Conclusion of this study shows
that the ability of living skill students towards the tool maintenance in the school
workshop are at the highest level (mean 3.97). At the end of study a few suggestion
have been made by the researcher for the benefit of all.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
PERAKUAN PENSYARAH iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACTS vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Pelajar 8
1.6.2 Guru 8
1.6.3 Sekolah, Masyarakat dan Negara 8
1.7 Batasan Kajian 9
ix
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Kebolehan 9
1.8.2 Alatan Tangan 9
1.8.3 Bengkel 10
1.8.4 Kemahiran Hidup 10
1.8.5 Kemahiran Manipulatif 10
1.8.6 Penyelenggaraan 10
1.8.7 Kemahiran 11
1.8.8 Kesedaran 11
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 12
2.2 Program Penyelenggaraan 13
2.3 Aspek Kemahiran 14
2.4 Aspek Pengetahuan 15
2.5 Aspek Kesedaran 16
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka Bentuk Kajian 18
3.3 Tempat dan Sampel Kajian 19
3.4 Instrumen Kajian 19
3.5 Kajian Rintis 22
3.6 Prosedur Kajian 23
3.7 Analisis Data 23
x
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 25
4.2 Analisis Profil Responden 26
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 26
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Keturunan 26
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan
Pengkhususan 27
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan
Ibubapa / Penjaga 28
4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 28
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 29
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 31
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 34
4.3.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 38
4.4 Penutup 39
BAHAGIAN LIMA
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 40
5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 41
5.2.1 Persoalan Kajian Pertama 41
5.2.2 Persoalan Kajian Kedua 42
5.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 45
5.3 Rumusan 46
5.3.1 Profil Responden 46
5.3.2 Persoalan Kajian Pertama 47
5.3.3 Persoalan Kajian Kedua 48
5.3.4 Persoalan Kajian Ketiga 49
5.4 Cadangan 50
5.4.1 Guru 50
xi
5.4.2 Pihak Sekolah 50
5.4.3 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri 50
5.4.4 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia 51
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 51
5.6 Penutup 52
RUJUKAN 53
LAMPIRAN
A - E
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Taburan Sampel Dari Dua Buah Sekolah
Yang Dipilih 19
3.2 Jadual Menunjukkan Item-Item Yang Diberikan
Kepada Responden 20
3.3 Jadual Menunjukkan Taburan Skor Mengikut
Pemeringkatan Skala Likert 21
3.4 Jadual Hubungan Persoalan Kajian Dengan
Bilangan Item Di Dalam Soal Selidik 21
3.5 Jadual Pengkelasan Skala Likert 23
3.6 Jadual Markat Skala Likert Penyelidik 24
3.7 Jadual Perubahan Markat Skala Likert 24
4.1 Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina 27
4.2 Jadual Taburan Responden Mengikut Keturunan 28
4.3 Jadual Taburan Responden Mengikut Bidang
Pengkhususan 28
4.4 Jadual Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Ibubapa /Penjaga 29
4.5 Jadual Analisis Persoalan Kajian 1 31
4.6 Jadual Analisis Persoalan Kajian 2 33
4.7 Jadual Analisis Persoalan Kajian 3 36
4.8 Jadual Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 39
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia
B Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman
C Borang Soal Selidik
D Dapatan Alpha Cronbach Kajian Rintis
E Dapatan Kajian Sebenar SPSS
BAB I
PENDAHULUAN
1 .1 Pengenalan
Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang
berasaskan perindustrian dan berupaya untuk bersaing dengan negara maju yang
lain. Bagi mencapai matlamat ini, sumber tenaga manusia perlu dibangunkan dan
disediakan terlebih dahulu. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi
mencapai hasrat tersebut untuk perkembangan sumber manusia. Program tersebut
telah disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah
memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kurikulum di sekolah-
sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara. Mata pelajaran tersebut telah
dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 1991.
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991 ).
Sebagaimana yang diketahui mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan
salah satu mata pelajaran Pra-Vokasional yang diajar di peringkat menengah rendah
yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada dunia teknologi. Mata
pelajaran ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan ke arah untuk
mempertingkatkan lagi kemahiran praktis dan menyematkan semangat
keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan para pelajar. Mata pelajaran ini
juga dapat membekalkan para pelajar dengan kemahiran asas yang berfungsi bagi
membolehkan mereka bertindak dan mengendalikan hidup secara produktif dalam
dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah.
( Kementerian Pendidikan Malaysia , 1992 ).
2
Menurut Yahya Emat (1993), beliau menyatakan pengalaman yang
diperolehi semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup akan
memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dengan
menggunakan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran ini dalam proses
kemahiran belajar untuk meningkatkan daya pemikiran serta kebolehan
menguruskan pembelajaran kendiri. Kesepaduan antara kumpulan iaitu kemahiran
manipulatif, perdagangan dan keusahawanan, kekeluargaan dan bahagian elektif
amat penting untuk membolehkan pelajar menguruskan diri, tempat kediaman dan
komuniti secara berkesan dan produktif.
Kenyataan di atas juga turut disokong dalam Rancangan mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu yang mempunyai matlamat dan objektif yang
tersendiri. Matlamat mata pelajaran KHB adalah untuk melahirkan insan yang
berdikari, memahami teknologi, memahami ekonomi, dan mempunyai sifat serta
sikap yakin diri, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik. Terdapat 10
objektif yang terkandung di dalam mata pelajaran ini, antaranya yang boleh
diambilkira dari aspek ini ialah :-
1. Memperoleh pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran asas yang
berteraskan mengenali dan memahami teknologi untuk berfungsi secara
berkesan dalam urusan di rumah dan tempat tinggal.
2. Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan baik pulih mudah dan
menyedari potensi ke arah menjadi usahawan.
3. Memupuk sikap kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, kerjasama dan
mengamalkan kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan
bertanggungjawab.
( Buku Perancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 1992 ).
3
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dirancang sedemikian rupa
adalah untuk menyumbang ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Negara
iaitu pembinaan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
Sepertimana yang diketahui di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu banyak peralatan tangan dan mesin yang digunakan. Di antara tajuk-
tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas,
Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian. Oleh
itu, penyelenggaraan alatan tangan di bengkel adalah penting demi memastikan
peralatan tangan yang digunakan oleh para pelajar sentiasa berada dalam keadaan
yang sempurna dan baik. Menurut Yahya (1989), peralatan, mesin dan bangunan
akan menjadi cepat rosak jika penyelenggaraan tidak dibuat dengan sempurna. Di
samping itu, alatan yang rosak akan membahayakan pengguna, khususnya kepada
para pelajar yang menggunakannya.
Di dalam menangani masalah keselamatan dari segi penyelenggaraan alatan
tangan, sistem pendidikan memainkan suatu peranan yang amat penting untuk
membentuk individu dalam ke arah mengamalkan keselamatan dan ini termasuklah
penyelenggaraan alatan tangan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sebagaimana yang diketahui bengkel-bengkel di sekolah menengah telah
diperuntukkan mutu fizikalnya dan sekolah-sekolah yang dibina dalam Rancangan
Malaysia ke-6 dan Rancangan Malaysia ke-7 telah disediakan dengan bilik-bilik
darjah dan bengkel mengikut keperluan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kerajaan
telah membelanjakan sebanyak RM 60.3 juta untuk menyediakan bengkel
Kemahiran Hidup tersebut di setiap sekolah.
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991 ).
4
Walau bagaimanapun menurut kajian Amir (1999), menyatakan masih lagi
terdapat kekurangan bengkel di mana ada sekolah yang menggunakan kelas dan
bangunan sambungan sementara dari bangunan induk dijadikan sebagai bengkel. Ini
juga dapat dilihat dari segi situasi bengkel yang sempit dan kekurangan alat-alat
tangan yang masih lagi ketara di kebanyakan bengkel. Ini adalah tidak selari atau
seiring dengan apa yang dinyatakan seperti dalam Sukatan Pelajaran yang
memerlukan lebih banyak lagi peralatan mengikut jumlah bilangan pelajar yang
terlibat dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Manakala melalui kajian yang telah dijalankan oleh Bidang Penyelidikan dan
Penilaian Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), ia telah merumuskan bahawa
keperihatinan guru-guru Kemahiran Hidup tentang aspek keselamatan semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran adalah masih di tahap yang rendah. Ianya
menunjukkan hampir separuh daripada guru-guru yang dipraktikkan tidak
menyediakan peraturan keselamatan atau menegaskan tentang alat perlindungan
keselamatan. Sesetengah guru hanya membenarkan pelajar menggunakan peralatan
elektrik tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Jika ini terjadi ketka di mana
alatan tangan tersebut tidak diselenggara dengan sempurna maka akan berlakulah
kejadian yang tidak diingini kepada pelajar mahupun alatan tangan itu sendiri.
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Razak Ahmad (1999), kajian
dilakukan ke atas seramai 66 orang guru di sekolah menengah di daerah Johor
Bahru. Di dalam kajiannya yang berkaitan pendapat dan sikap guru Kemahiran
Hidup terhadap tugas penyelenggaraan alat tangan kerja kayu, di mana kajiannya
meliputi masa untuk menyelenggara alat tangan kerja kayu, ilmu untuk
menyelenggara alat-alat tangan kerja kayu dan sikap guru Kemahiran Hidup
terhadap tugas penyelenggaraan alat-alat tangan kerja kayu serta kelengkapan
peralatan untuk menyelenggara alat-alat tangan kerja kayu.
Hasil kajian tersebut mendapati semua guru Kemahiran Hidup mempunyai
sikap positif terhadap tugas penyelenggaraan alatan tangan kerja kayu tetapi faktor
kekangan masa yang terhad menyebabkan guru Kemahiran Hidup tidak dapat
menyelesaikan tugas penyelenggaraan alatan tangan yang ada dengan baik. Ini
adalah kerana kebanyakan guru Kemahiran Hidup tidak mempunyai pengetahuan
5
dan kemahiran yang cukup untuk menjalankan tugas penyelenggaraan alatan tangan
kerja kayu. Pihak sekolah yang tidak dapat menyediakan kelengkapan peralatan
untuk menyelenggara alatan tangan kerja kayu yang lengkap juga menjadi faktor
menyebabkan sebahagian kecil tugas penyelenggaraan alat-alat tangan bagi kerja
kayu tidak dapat dijalankan dengan baik.
Dengan ini merujuk kembali kepada hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd
Razak Ahmad (1999), menunjukkan bahawa penyelenggaraan alatan tangan bagi
kerja kayu adalah pada tahap yang sederhana. Oleh itu, beliau telah mengemukakan
beberapa cadangan kepada individu atau pengkaji, pihak sekolah dan Kementerian
Pendidikan Malaysia supaya dapat menyelesaikan seterusnya memperbaiki masalah
yang timbul terhadap tugas penyelenggaraan alat-alat tangan bagi kerja kayu di
Kemahiran Hidup Bersepadu. Di sini sebenarnya kedua-dua pihak terdiri daripada
guru dan pelajar seharusnya menanamkan sikap bekerjasama dalam tugas
menyelenggara alatan tangan agar ianya menjadi bertambah baik demi bengkel yang
digunapakai secara bersama.
Jika dilihat melalui kajian Rosnani (2000), menyatakan dari aspek kesedaran
atau tanggungjawab terhadap peralatan masih kurang di kalangan pelajar, di mana
mereka masih kurang mengetahui tahap kesedaran atau tanggungjawab tentang
penyelenggaraan keselamatan peralatan ketika melakukan kerja amali. Ini adalah
kerana mereka tidak melakukan penyelenggaraan alat tangan seperti membersihkan
peralatan yang mudah berkarat dengan tidak menyapukan minyak selepas kerja
amali yang mana lama-kelamaan alatan tangan tersebut akan menjadi cepat rosak
dan ini akan membahayakan serta menyebabkan kemalangan di bengkel.
Manakala melalui kajian Megat Hashim (1997), menyatakan alat
kelengkapan tidak diselenggarakan dengan baik kerana tiadanya pengetahuan
pengurusan dan penyelenggaraan alatan tersebut. Oleh itu, bagi mengekalkan jangka
hayat sesuatu peralatan atau mesin dengan lebih lama, maka pengurusan dan
penyelenggaraan kelengkapan perlu diberi keutamaan dari segi penggunaan, baik
pulih, penyimpanan dan sebagainya dan ini termasuklah penyelenggaraan alatan
tangan tersebut.
6
Manakala melalui dapatan kajian Md. Zawawi (1998), menyatakan dari
aspek kemahiran guru adalah lemah ( 45.5%) terhadap pengurusan penyelenggaraan
bengkel dan kemahiran penyelenggaraan. Ini termasuklah dari segi penyelenggaraan
alatan tangan dan mesin yang mana apabila seseorang guru tersebut kurang
kemahiran penyelenggaraan , maka ini akan memberi kesan terhadap pelajar di mana
mereka kurangnya ilmu kemahiran penyelenggaraan dan apabila ini berlaku
terjadilah kerosakan terhadap alatan tangan di bengkel sekolah.
Ini turut disokong Ng Beng Goh (1997), melalui dapatan kajiannya juga
menyatakan pengetahuan guru dalam penyelenggaraan alat tangan dan mesin juga
adalah masih cetek dan ini akan memberi implikasi terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran terutama kepada pelajar. Jika pengetahuan dari aspek
penyelenggaraan masih lemah, maka ini juga akan menjadikan alatan tangan mudah
rosak dan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan kurang berkesan.
Ini sebagaimana melalui dapatan kajian oleh Mohd Nuzi (2000), menyatakan
dengan adanya pengetahuan dan kemahiran tentang pengendalian alatan tangan dan
mesin, maka kerja amali bagi projek yang dijalankan akan dapat disiapkan mengikut
tempoh yang diperuntukkan. Berdasarkan kajian tersebut, pengetahuan dan
kemahiran yang dimaksudkan adalah dari segi penyelenggaraan alatan tangan
perlulah dilakukan untuk menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan
dengan lancar dan berkesan.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan kenyataan melalui latar belakang tersebut, maka pengkaji ingin
menjalankan kajian tentang kebolehan pelajar terhadap penyelenggaraan alatan
tangan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dan masalah yang ingin dikaji adalah
dari aspek pengetahuan, kemahiran asas dan kesedaran tentang betapa pentingnya
penyelenggaraan alatan tangan ini dilakukan kerana ini akan turut sama membantu
guru-guru Kemahiran Hidup tersebut dalam tugasan penyelenggaraan alatan tangan
di bengkel Kemahiran Hidup supaya pembelajaran amali akan menjadi lebih
7
sempurna di samping alatan tangan sentiasa dalam berkeadaan baik serta boleh
digunapakai secara bersama.
1.4 Objektif Kajian :
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap
penyelenggaraan alatan tangan di kalangan pelajar menengah rendah iaitu pelajar
tingkatan dua di dua buah sekolah menengah di Daerah Kulim / Bandar Baru,
Kedah Darul Aman.
1.4.1 Mengenal pasti kebolehan pelajar dari aspek pengetahuan asas
tentang penyelenggaraan alatan tangan yang betul.
1.4.2 Mengenal pasti kebolehan pelajar dari aspek kemahiran asas tentang
penyelenggaraan alatan tangan yang digunakan.
1.4.3 Mengenal pasti kebolehan pelajar dari aspek kesedaran kepentingan
tentang perlunya penyelenggaraan alatan tangan dilakukan.
1.5 Persoalan Kajian :
1.5.1 Adakah pelajar mempunyai kebolehan pengetahuan asas tentang
penyelenggaraan alatan tangan sebelum ini ?
1.5.2 Adakah pelajar mempunyai kebolehan kemahiran asas dalam
penyelenggaraan alatan tangan di bengkel KH ?
1.5.3 Adakah pelajar mempunyai kebolehan terhadap kesedaran
kepentingan penyelenggaraan alatan tangan ?