40
Kekejaman Komunis Kemaluannya disumbat ke mulut... Tragedi yang berlaku merupakan serangan hendap paling ngeri berlaku ketika operasi di hutan Jelondong, Jelebu. Kejadian yang berlaku pada 16 April 1951 di hutan tersebut, jelas mempamerkan sikap kejam, keperongosan dan kebiadapan keterlaluan militan komunis cina terhadap mayat 7 orang Askar Melayu, selepas mereka semua dibunuh. Mangsa yang terkorban dicincang lumat, sehingga tidak dapat dikenalpasti identiti mereka, hinggakan kesemuanya terpaksa dikebumikan di tempat kejadian. Hanya sekitar 1980an, barulah kubur kesemua mangsa dipindahkan ke makam pahlawan Askar Melayu, Port Dickson. Menerusi buku "Askar Melayu 50 Tahun", Tan Sri Abdul Samad Idris cuba menggambarkan peristiwa yang berlaku di hutan Jelondong ketika itu; "...Apabila sampai di sebatang anak sungai, tersepit antara dua bukit, Perajurit Yunus nampak kesan-kesan beras hanyut di dalam air. Ini menunjukkan ada orang bertanak nasi telah membasuh beras di situ. Beliau segera melaporkan perkara itu kepada Leftenan Nayan. Bagaimanapun Leftenan Nayan mengarahkan 'leading scout' itu mara ke hadapan sedikit. Sebaik saja Perajurit Yunus maju ke hadapan, kira-kira 100 orang pengganas komunis telah melepaskan tembakan. Mereka menggunakan kabain, telah mengepung kedudukan Askar Melayu. Disebabkan musuh terlalu ramai, keadaan menjadi kelam kabut. Leftenan Nayan mengambil keputusan berundur sahaja, tetapi tidak dapat mengumpulkan orang-orangnya secara serentak. Kira-kira jam 5 petang, Leftenan Nayan berjaya melepaskan diri ke sebelah hilir Kampung Seperi bersama Perajurit Umar yang cedera terkena tembakan pada bahagian punggungnya. Perajurit 5087 Yusuff yang sedang bercuti, terkejut dengan peristiwa yang menimpa rakan platunnya, telah meminta orang-orang kampung di situ memberikan pertolongan. Tuan Haji Shamsuri (ayah kepada Perajurit Yusuff) telah memberikan kain sarung untuk mengusung Perajurit Umar untuk dibawa ke kampung. Sehingga jam 8.30 malam, 2 orang lagi perajurit berjaya keluar ke kampung menyeberang sawah sampai ke kawasan sekolah di sebelah hulu kampung. Mereka terpaksa bersembunyi di hutan sebelum lari keluar kerana telah diekori oleh komunis.

Kekejaman Komunis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah malaysia

Citation preview

Page 1: Kekejaman Komunis

Kekejaman Komunis Kemaluannya disumbat ke mulut... Tragedi yang berlaku merupakan serangan hendap paling ngeri berlaku ketika operasi di hutan Jelondong, Jelebu. Kejadian yang berlaku pada 16 April 1951 di hutan tersebut, jelas mempamerkan sikap kejam, keperongosan dan kebiadapan keterlaluan militan komunis cina terhadap mayat 7 orang Askar Melayu, selepas mereka semua dibunuh. Mangsa yang terkorban dicincang lumat, sehingga tidak dapat dikenalpasti identiti mereka, hinggakan kesemuanya terpaksa dikebumikan di tempat kejadian. Hanya sekitar 1980an, barulah kubur kesemua mangsa dipindahkan ke makam pahlawan Askar Melayu, Port Dickson.

Menerusi buku "Askar Melayu 50 Tahun", Tan Sri Abdul Samad Idris cuba menggambarkan peristiwa yang berlaku di hutan Jelondong ketika itu;

"...Apabila sampai di sebatang anak sungai, tersepit antara dua bukit, Perajurit Yunus nampak kesan-kesan beras hanyut di dalam air. Ini menunjukkan ada orang bertanak nasi telah membasuh beras di situ. Beliau segera melaporkan perkara itu kepada Leftenan Nayan.

Bagaimanapun Leftenan Nayan mengarahkan 'leading scout' itu mara ke hadapan sedikit. Sebaik saja Perajurit Yunus maju ke hadapan, kira-kira 100 orang pengganas komunis telah melepaskan tembakan. Mereka menggunakan kabain, telah mengepung kedudukan Askar Melayu. Disebabkan musuh terlalu ramai, keadaan menjadi kelam kabut. Leftenan Nayan mengambil keputusan berundur sahaja, tetapi tidak dapat mengumpulkan orang-orangnya secara serentak.

Kira-kira jam 5 petang, Leftenan Nayan berjaya melepaskan diri ke sebelah hilir Kampung Seperi bersama Perajurit Umar yang cedera terkena tembakan pada bahagian punggungnya. Perajurit 5087 Yusuff yang sedang bercuti, terkejut dengan peristiwa yang menimpa rakan platunnya, telah meminta orang-orang kampung di situ memberikan pertolongan. Tuan Haji Shamsuri (ayah kepada Perajurit Yusuff) telah memberikan kain sarung untuk mengusung Perajurit Umar untuk dibawa ke kampung.

Sehingga jam 8.30 malam, 2 orang lagi perajurit berjaya keluar ke kampung menyeberang sawah sampai ke kawasan sekolah di sebelah hulu kampung. Mereka terpaksa bersembunyi di hutan sebelum lari keluar kerana telah diekori oleh komunis. Apabila sampai di kampung, kedudukan mereka selamat (*ini merupakan bukti bahawa penduduk-penduduk di Jelondong tidak pernah bersubahat dengan komunis sebagaimana yang didakwa oleh komunis cina).

Tiga hari kemudian, 2 orang lagi Askar Melayu dapat keluar ke Pekan Titi dalam keadaan cedera. Mereka yang terselamat daripada serangan hendap telah bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Setelah tiga hari berlalu, barulah diketahui bahawa 10 daripada 17 orang pasukan platun itu telah terselamat, walaupun sebahagian besarnya mengalami kecederaan.

Page 2: Kekejaman Komunis

Seminggu kemudian, usaha mencari mereka yang terkorban dimulakan dengan bantuan gerison di Port Dickson. Mayat Askar Melayu seramai 7 orang itu ditemui jauh dari tempat kejadian. Sama ada mereka diheret ke situ oleh komunis, atau ditemui pihak pengganas sewaktu mahu melarikan diri seperti kawan-kawannya yang lain, tidaklah diketahui.

Keadaan mayat yang ditemui itu sangatlah mengerikan. Anggota badannya dipotong pendek atau boleh dikatakan dicincang. Kemaluannya disumbatkan ke dalam mulut; biji mata dicungkil, kulit kepalanya dikoyakkan hingga terdedah tengkorak. Demikianlah kejamnnya komunis dalam kejadian di Hutan Jelondong, Jelebu pada 16 April 1951 itu."

Kekejaman komunis ke atas mangsanya di hutan Jelondong adalah peristiwa pertama seumpamanya berlaku dalam sejarah darurat di negara ini. Justeru Negeri Sembilan ketika itu diwartakan sebagai negeri yang terdedah kepada ancaman komunis paling ganas di zaman darurat. Berikut merupakan senarai mangsa kekejaman serangan hendap komunis di hutan Jelondong:-

1. Koperal 2018 Abdul Hamid (signaller)2. Perajurit 4576 Ali bin Talib3. Perajurit 4676 Don bin Dahan4. Perajurit 4573 Ismail bin Yusuff5. Perajurit 3711 Mahmud bin Muhammad6. Perajurit 5487 Abdul Hamid7. Perajurit 3247 Ahmad bin Kudus

Semoga roh kesemua Askar Melayu yang menjadi mangsa kekejaman komunis, ditempatkan dikalangan orang-orang yang beroleh rahmat Allah swt. Al-Fatihah

MEREKA DIBAKAR HIDUP-HIDUP!

1. Darurat yang dikuatkuasakan sejak 1948 banyak memberi impak negatif kepada rakyat di seluruh negara.

2. Malah Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang diwartakan sebagai kawasan hitam, terutamanya Bahau, Broga dan Titi yang dianggap sebagai sarang pengganas komunis.

3. Tragedi darurat paling dahsyat yang pernah berlaku di Jelondong, Jelebu Negeri Sembilan adalah antara peristiwa menyayat hati dalam sejarah kekejaman pengganas komunis. Kami pernah mengisahkannya tahun lepas di bawah tajuk "Kemaluannya disumbat ke mulut."

4. Kami nukilkan kembali kisah yang dipetik menerusi buku "Askar Melayu 50

Page 3: Kekejaman Komunis

Tahun", tulisan Tan Sri Abdul Samad Idris...

"...Apabila sampai di sebatang anak sungai, tersepit antara dua bukit, Perajurit Yunus nampak kesan-kesan beras hanyut di dalam air. Ini menunjukkan ada orang bertanak nasi telah membasuh beras di situ. Beliau segera melaporkan perkara itu kepada Leftenan Nayan.

Bagaimanapun Leftenan Nayan mengarahkan 'leading scout' itu mara ke hadapan sedikit. Sebaik saja Perajurit Yunus maju ke hadapan, kira-kira 100 orang pengganas komunis telah melepaskan tembakan. Mereka menggunakan kabain, telah mengepung kedudukan Askar Melayu. Disebabkan musuh terlalu ramai, keadaan menjadi kelam kabut. Leftenan Nayan mengambil keputusan berundur sahaja, tetapi tidak dapat mengumpulkan orang-orangnya secara serentak.

Kira-kira jam 5 petang, Leftenan Nayan berjaya melepaskan diri ke sebelah hilir Kampung Seperi bersama Perajurit Umar yang cedera terkena tembakan pada bahagian punggungnya. Perajurit 5087 Yusuff yang sedang bercuti, terkejut dengan peristiwa yang menimpa rakan platunnya, telah meminta orang-orang kampung di situ memberikan pertolongan. Tuan Haji Shamsuri (ayah kepada Perajurit Yusuff) telah memberikan kain sarung untuk mengusung Perajurit Umar untuk dibawa ke kampung.

Sehingga jam 8.30 malam, 2 orang lagi perajurit berjaya keluar ke kampung menyeberang sawah sampai ke kawasan sekolah di sebelah hulu kampung. Mereka terpaksa bersembunyi di hutan sebelum lari keluar kerana telah diekori oleh komunis. Apabila sampai di kampung, kedudukan mereka selamat.

Tiga hari kemudian, 2 orang lagi Askar Melayu dapat keluar ke Pekan Titi dalam keadaan cedera. Mereka yang terselamat daripada serangan hendap telah bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Setelah tiga hari berlalu, barulah diketahui bahawa 10 daripada 17 orang pasukan platun itu telah terselamat, walaupun sebahagian besarnya mengalami kecederaan.

Seminggu kemudian, usaha mencari mereka yang terkorban dimulakan dengan bantuan gerison di Port Dickson. Mayat Askar Melayu seramai 7 orang itu ditemui jauh dari tempat kejadian. Sama ada mereka diheret ke situ oleh komunis, atau ditemui pihak pengganas sewaktu mahu melarikan diri seperti kawan-kawannya yang lain, tidaklah diketahui.

Page 4: Kekejaman Komunis

Keadaan mayat yang ditemui itu sangatlah mengerikan. Anggota badannya dipotong pendek atau boleh dikatakan dicincang. Kemaluannya disumbatkan ke dalam mulut; biji mata dicungkil, kulit kepalanya dikoyakkan hingga terdedah tengkorak. Demikianlah kejamnnya komunis dalam kejadian di Hutan Jelondong, Jelebu pada 16 April 1951 itu."

5. Selain hutan Jelondong, komunis turut melakukan kekejaman terhadap anggota polis sekitar dekad 1950an di jalan berliku Bukit Tangga, Jelebu. Serangan hendap komunis ke atas kenderaan black maria polis di Bukit Tangga telah menjadi bukti kekejaman komunis apabila kesemua 13 anggota polis itu di bakar hidup-hidup. Mangsa kekejaman itu sebelumnya ditawan serta diikat secara tergantung dengan kaki di atas dan kepala ke bawah. 13 anggota polis tersebut kemudiannya dibakar dengan api yang dinyalakan di bawah tempat penggantungan dengan tujuan menyeksa mangsa sebelum kesemua mereka hangus dijilat api.

6. Rentetan itulah, beberapa daerah di Negeri Sembilan kemudiannya diisytiharkan sebagai kawasan paling hitam dalam klasifikasi darurat. Malah daerah Jelebu dan Bahau telah diproklamir sebagai kawasan hitam yang dianggap paling merbahaya dalam Persekutuan Tanah Melayu.

7. Tidak lupa juga sejarah kekejaman komunis yang berlaku di hampir semua kawasan dalam Persekutuan Tanah Melayu sepertimana yang pernah berlaku di Sungai Semur, Gua Musang, serta serangan hendap rel keretapi di Sungai Yu, Kuala Lipis. Mungkin selepas ini blogger Kelantan dan blogger

Page 5: Kekejaman Komunis

Pahang boleh mengisahkan pula mengenai tragedi kekejaman komunis di kedua daerah tersebut.

8. Siri kekejaman komunis di Negeri Sembilan adalah antara rentetan peristiwa yang akhirnya mewujudkan kesedaran nasionalisme di kalangan bangsa Melayu ketika itu.

9. Bak kata Ho Chi Minh, "It was patriotism, not communism, that inspired me."

Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak

Oleh Mohd Azis [email protected]

LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.

Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.

Ketika banyak pihak berbicara mengenai soal kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda yang ada insaf dan sedar bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu berasas, bukan sekadar gimik politik.

Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.

Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.

Demonstrasi membantah kekejaman komunis.

Page 6: Kekejaman Komunis

Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.

Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan.

Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau.

Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis.

Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.

Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.

Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan

Page 7: Kekejaman Komunis

Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya.

Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff.

Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.

Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah.

Perkara ini perlu didedahkan, semua orang lama yang tahu cerita ini sudah meninggal dunia. Ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, penduduk kampung dengan kerjasama Askar Wataniah pernah melakonkan semula adegan pertempuran ini di padang Lenggong.

Memang kami ada perancangan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi sejarah, tetapi kami perlukan bantuan untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan. Jangan biarkan sejarah hilang ditelan zaman, katanya.

'Lokasi serangan patut jadi tapak sejarah'

DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, selepas hampir sejam perjalanan mendaki bukit, kami menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan.

Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama.

Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa.

Page 8: Kekejaman Komunis

Penduduk, Abdul Halim Saad, menjelaskan, kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis.

Sudah lebih 50 tahun kawasan ini dibom, sampai sekarang pokok di ini belum tumbuh, cuma tinggal pokok besar. Mungkin akibat campuran bahan kimia daripada bom. Beberapa tahun dulu, kami pernah jumpa serpihan bom melekat pada pokok.

Dulu, tiada siapa berani masuk ke sini ini kerana memang kawasan komunis. Mengikut cerita lisan kawasan ini memang dibersihkan kerana ia adalah satu daripada kem komunis. Mungkin faktor itu juga menyebabkan kawasan ini hanya ada pokok renek, ditambah pula faktor kesan letupan bom, katanya.

Sebaik tiba di lokasi tempat nahas pesawat Bristol Brigand RH 755, kami menemui kesan bahagian depan tayar pesawat. Sayangnya tayar jenis Dunlop itu kelihatan dibakar dipercayai dilakukan oleh rombongan pelajar yang menjejaki kawasan berkenaan.

Kira-kira lima meter dari penemuan pertama itu, kelihatan enjin pesawat berkenaan yang dikatakan terhempas pada Mei 1952. Enjin pesawat sebesar kereta perodua Kancil itu tersangkut pada sebatang pokok di lereng bukit.

Turut kelihatan, stereng pesawat tiga penumpang dan tidak jauh dari situ, kelihatan beberapa serpihan dinding pesawat serta pintu pesawat yang dicatatkan nombor pendaftaran pesawat PH755.

Seterusnya, longgokan serpihan badan pesawat turut ditemui dengan sebahagian besarnya hampir terbenam dalam tanah. Satu mesin gun sepanjang lebih tujuh kaki turut ditemui serta beberapa tong gas untuk pesawat.

Paling ketara, kira-kira 10 meter dari bangkai pesawat, terdapat empat bilah kipas pesawat yang masih dalam keadaan elok, cuma satu daripadanya terbenam dalam tanah. Kipas sepanjang enam kaki itu dikatakan satu daripada dua kipas utama pesawat berkenaan.

Walaupun lokasi nahas itu layak dikategorikan sebagai kawasan bersejarah, namun langsung tiada kelihatan sebarang usaha untuk mengekalkannya atau membawa keluar serpihan bangkai pesawat untuk tatapan umum, bahkan tanda arah juga tidak kelihatan.

Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman menjelaskan, sebelum ini penduduk kampung pernah mendapatkan bantuan sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjadi anak angkat di

Page 9: Kekejaman Komunis

situ untuk menjejaki kawasan berkenaan.

Mereka bawa unit pemusnah bom untuk meletupkan beberapa butir bom. Kami cukup hargai usaha itu sebagai langkah keselamatan. Sepatutnya kawasan ini perlu dijaga dan kami sedia membantu mana-mana pihak.

Semua bahan ini adalah sebahagian daripada tinggalan sejarah menentang komunis. Jika komunis tiada di kawasan ini, sudah pasti pesawat ini tidak terhempas di sini, katanya

Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik

LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.

Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.

Ketika banyak pihak berbicara mengenai soal kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda yang ada insaf dan sedar bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu berasas, bukan sekadar gimik politik.

Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.

Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.

Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana

Page 10: Kekejaman Komunis

pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.

Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan.

Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau.

Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis.

Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.

Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.

Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya.

Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama

Page 11: Kekejaman Komunis

dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff.

Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.

Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah.

Perkara ini perlu didedahkan, semua orang lama yang tahu cerita ini sudah meninggal dunia. Ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, penduduk kampung dengan kerjasama Askar Wataniah pernah melakonkan semula adegan pertempuran ini di padang Lenggong.

Memang kami ada perancangan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi sejarah, tetapi kami perlukan bantuan untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan. Jangan biarkan sejarah hilang ditelan zaman, katanya.

DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, selepas hampir sejam perjalanan mendaki bukit, kami menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan.

Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama.

Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa.

Penduduk, Abdul Halim Saad, menjelaskan, kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis.

Sudah lebih 50 tahun kawasan ini dibom, sampai sekarang pokok di ini belum tumbuh, cuma tinggal pokok besar. Mungkin akibat campuran bahan

Page 12: Kekejaman Komunis

kimia daripada bom. Beberapa tahun dulu, kami pernah jumpa serpihan bom melekat pada pokok.

Dulu, tiada siapa berani masuk ke sini ini kerana memang kawasan komunis. Mengikut cerita lisan kawasan ini memang dibersihkan kerana ia adalah satu daripada kem komunis. Mungkin faktor itu juga menyebabkan kawasan ini hanya ada pokok renek, ditambah pula faktor kesan letupan bom, katanya.

Sebaik tiba di lokasi tempat nahas pesawat Bristol Brigand RH 755, kami menemui kesan bahagian depan tayar pesawat. Sayangnya tayar jenis Dunlop itu kelihatan dibakar dipercayai dilakukan oleh rombongan pelajar yang menjejaki kawasan berkenaan.

Kira-kira lima meter dari penemuan pertama itu, kelihatan enjin pesawat berkenaan yang dikatakan terhempas pada Mei 1952. Enjin pesawat sebesar kereta perodua Kancil itu tersangkut pada sebatang pokok di lereng bukit.

Turut kelihatan, stereng pesawat tiga penumpang dan tidak jauh dari situ, kelihatan beberapa serpihan dinding pesawat serta pintu pesawat yang dicatatkan nombor pendaftaran pesawat PH755.

Seterusnya, longgokan serpihan badan pesawat turut ditemui dengan sebahagian besarnya hampir terbenam dalam tanah. Satu mesin gun sepanjang lebih tujuh kaki turut ditemui serta beberapa tong gas untuk pesawat.

Paling ketara, kira-kira 10 meter dari bangkai pesawat, terdapat empat bilah kipas pesawat yang masih dalam keadaan elok, cuma satu daripadanya terbenam dalam tanah. Kipas sepanjang enam kaki itu dikatakan satu daripada dua kipas utama pesawat berkenaan.

Walaupun lokasi nahas itu layak dikategorikan sebagai kawasan bersejarah, namun langsung tiada kelihatan sebarang usaha untuk mengekalkannya atau membawa keluar serpihan bangkai pesawat untuk tatapan umum, bahkan tanda arah juga tidak kelihatan.

Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman menjelaskan, sebelum ini penduduk kampung pernah mendapatkan bantuan sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjadi anak angkat di situ untuk menjejaki kawasan berkenaan.

Mereka bawa unit pemusnah bom untuk meletupkan beberapa butir bom. Kami cukup hargai usaha itu sebagai langkah keselamatan. Sepatutnya kawasan ini perlu dijaga dan kami sedia membantu mana-mana pihak.

Semua bahan ini adalah sebahagian daripada tinggalan sejarah menentang

Page 13: Kekejaman Komunis

komunis. Jika komunis tiada di kawasan ini, sudah pasti pesawat ini tidak terhempas di sini, katanya.

Info:

Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban.

* Juruterbang: Basil Cochrane,

* Sarjan James Blacklock Armstrong.

* Cyril John Alexander Cox.

Banjaran Bintang Hijau

* Mendapat nama sempena kedudukan kumpulan komunis Bintang 3 dan Bintang 5.

* Laluan ke sempadan Thailand (seminggu perjalanan).

* Dikelilingi berbelas kampung Baru Cina yang diwujudkan semasa darurat.

* Pernah menjadi laluan gerila dan Force 136.

* Pernah diisytiharkan kawasan hitam pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an,

Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik:

* 800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.

* Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:

* Bukit Buloh.

* Malau.

* Kubang.

Page 14: Kekejaman Komunis

* Kuala Kenering.

* Sungai Terap.

* Kampung Chua.

* Kampung Beko

* Manong

* Kampung Chepor

* Bukit Sapi, Lenggong.

Tujuh bersaudara Homeguard

* Osman Mat Piah

* Hussien Mat Piah

* Yaakob Mat Piah

* Mior Ahmad Yaakob

* Mior Kassim Yaakob

* Mior Ariffin Yaakob

* Sulaiman Pandak Yusoff (menantu Yaakob)

Memori -18 MAC 1942-Suku ‘Hakka’ – China- di daerah Jelebu,

Negeri Sembilan / the Hakka peoples in Jelebu,N. Sembilan,

Malaysia

Salam bahagia!

Menyentuh mengenai suku Hakka di daerah Jelebu, Negeri Sembilan yang kaya dengan adat Perpatih, sememangnya menarik perhatian saya. Persoalan yang bermain di dalam minda, berpusar menyentuh mengenai penglibatan mereka di dalam gerakan anti-Jepun dan berjuang sebagai gerila menentang pendudukan tentera Imperial Jepun di Malaya.

Page 15: Kekejaman Komunis

Mengapakah orang-orang Cina dari suku Hakka, mempunyai semangat perjuangan yang sungguh gagah?

Ini dapat dilihat dari sejarah negara China sendiri.

Penghijrahan suku atau etnik Hakka ke Malaysia ditandai dengan kepimpinan seorang pemimpin suku Hakka di Pulau Pinang dan Perak, beliau adalah Chung Keng Kee yang mengepalai gerakan bawah tanah kongsi gelap yang agak terkenal, di zaman perlombongan bijih di Perak pada tahun 1860an, pertubuhan kongsi gelap tersebut dinamakan sebagai kumpulan ‘Hai San’.

Bagi daerah Jelebu, Negeri Sembilan, suku Hakka tertumpu di pekan Titi, sebuah pekan kecil yang didiami secara majoritinya oleh suku tersebut, ini ditambah lagi dengan pengumpulan secara beramai-ramai masyarakat tersebut, di perkampungan baru ( Kampung Baru) pada zaman darurat.

Penghijrahan para pemimpin suku Hakka yang berdarah pejuang bermula dengan kekalahan mereka dalam ‘Pemberontakan Taiping’ pada tahun 1864, di negara China.Pemberontakan ini dipimpin oleh Hong Xiu Quan, seorang pemimpin Hakka yang memeluk agama Kristian mahzab Protestan ( inilah sebabnya di pekan Titi terdapatnya gereja Kristian), gerakan ‘Pemberontakan Taiping’, berpunca dari usaha Hong Xiu Quan yang memulakan gerakan menentang Dinasti Ching ( Qing) yang dianggap sebagai orang gasar dari luar negara China.Dinasti Ching diasaskan oleh Maharaja yang berasal dari wilayah Manchuria yang keturunan mereka berasal dari etnik Monggol dan lebih dikenali sebagai Manchu, ini menyebabkan mereka dianggap orang luar bukan berketurunan ‘Han’.

Pemberontakan orang-orang Hakka yang berpusat di Jintian, Guangxi bermula pada tahun 1850 dan bertahan selama hampir sebelas tahun, sehinggalah dikalahkan oleh tentera Manchu ( Dinasti Ching) pada tahun 1864.

Kekalahan ini menyebabkan ramai pemimpin pemberontakan ini melarikan diri ke Asia Tenggara, ini termasuklah ke daerah Jelebu di Negeri Sembilan yang mempunyai ramai penduduk Hakka yang bekerja di sektor perlombongan bijih timah.

“The Chinese had ancestors from China who had taken part in Hung Hsiu Ch’uan ( Hong Xiu Quan) Anti-Ching Dynasty Movement, escaped to Selangor’s Bukit Besi and Ulu Langat. There were also those who joined Sun Yat Sen’s Hsing Chung Hui and the failure of the movement fled to Malaya, to Titi ( pekan Titi, daerah Jelebu, N.

Page 16: Kekejaman Komunis

Sembilan). They imparted anti-imperialist sentiments to their descendants”. ( dipetik dari buku: Shan Ru-hong. ‘The War in South-the story of Negri Sembilan’ guerillas’. Tathata Publications. Bangkok. 2003, hlm. 9)

Secara jelas, kegagalan para pemimpin suku Hakka dalam pemberontakan nasionalisme menentang Dinasti Ching menyebabkan mereka melarikan diri ke Tanah Melayu( Malaya), dalam tahun 1864 sehinggalah tahun 1875.Berdasarkan petikan dari buku yang ditulis oleh bekas pemimpin gerila Parti Komunis Malaya bernama Shan Ru-Hong diatas, para pemimpin suku Hakka yang berpindah ke pekan Titi di daerah Jelebu, menanamkan semangat anti penjajah dan semangat anti imperialisme di kalangan anak cucu serta keturunan mereka.

Inilah faktor utama menyebabkan mereka membenci kerajaan British di Tanah Melayu dan pemerintahan tentera Imperial Jepun pada sekitar tahun 1942 sehinggalah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Gerakan ketenteraan Jepun ke dalam wilayah taklukan China di Korea dan Manchuria menyebabkan suku Hakka di Tanah Melayu ( Malaya) merasa amat marah dengan kerajaan Jepun.Kekalahan Dinasti Ching dianggap juga kekalahan bagi bangsa China, negara China terpaksa menandatangani Perjanjian Shimonoseki pada tahun 1895 yang secara jelas menjatuhkan maruah harga diri masyarakat China.

Kepimpinan pemimpin lagenda suku Hakka di pulau Taiwan ( Farmosa), iaitu Liu Yong Fu ( 1837 -1917) menentang pendudukan tentera Jepun yang dipimpin oleh Putera Kitashirakawa Yoshihisa ( 1847-1895), menjadi pendorong semangat suku Hakka di seberang laut.Liu Yong Fu terpaksa menentang kekejaman tentera Jepun dari bulan Mei 1895, sehinggalah mengalami kekalahan pada 21 Oktober 1895.Tentera Jepun telah membunuh dan memusnahkan harta benda para penentang di kalangan suku Hakka di Taiwan, inilah punca utama kepada semangat perjuangan suku Hakka di Asia Tenggara, termasuklah di pekan Titi, daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Negara China sekali lagi dimalukan oleh kuasa-kuasa barat yang terdiri dari Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Russia dan Perancis, termasuklah Jepun, apabila China terpaksa menandatangani Protokol Boxer pada 7 September 1901 yang mengakhiri pemberontakan rakyat China, ke atas masyarakat Barat yang dianggap penjajah di tanah besar China, khususnya di Tianjin.

” When the Chinese July 7 War against Japanese aggression erupted, the Chinese in Seremban opposed the Japanese imperialist aggression against China and the contributions for funds flowed in. Titi ( pekan Titi, daerah Jelebu) was at forefront with not a few

Page 17: Kekejaman Komunis

young people joining Support Resistance to Japan Associations. Many took part in Overseas Chinese Support for War Refugees committees”. ( dipetik dari buku: Shan Ru-hong. ‘The War in South-the story of Negri Sembilan’ guerillas’. Tathata Publications. Bangkok. 2003, hlm. 9)

Perang China- Jepun Kedua berlaku dari 7 Julai 1937 sehinggalah 9 September 1945; sebagaimana petikan dari tulisan bekas pemimpin gerila PKM ( Parti Komunis Malaya, Shan Ru-hong), kebanyakan penduduk suku Hakka di Negeri Sembilan ( Seremban), serta pusat utama gerakan anti-Jepun di pekan Titi, daerah Jelebu, menyokong dengan tidak berbelah bahagi untuk menyokong secara aktif gerakan penentangan habis-habisan terhadap tentera Jepun yang melakukan penaklukan ke atas negara China.Suku Hakka di Jelebu, Negeri Sembilan memberikan sokongan kuat dari segi kewangan, material dan kekuatan moral, terhadap tentera China yang diwakili oleh golongan nasionalis Parti Kuomintang dan golongan komunis Parti Komunis China, berjuang menentang kemaraan tentera Jepun yang zalim dan ganas.

Kekejaman tentera Jepun yang merogol wanita, membunuh kanak-kanak dan memusnahkan bandar-bandar utama di China, serta penggunaan bahan kimia beracun bagi membunuh masyarakat awam, menjadi dasar utama sokongan yang padu oleh masyarakat suku Hakka dan etnik-etnik Cina lainnya, di Tanah Melayu ( Malaya).

Perisikan tentera Jepun yang berpusat di Bangkok, Thailand memantau gerakan penentangan suku Hakka di Negeri Sembilan, para perisik tentera Jepun yang kebanyakannya telah menyamar sebagai peniaga kain dan tukang gunting rambut, mengumpulkan maklumat bagi memperolehi sumber-sumber berkaitan para penyokong anti -Jepun di Negeri Sembilan.Inilah yang menjadi punca utama pembunuhan beramai-ramai suku Hakka di Jelundong atau ‘Eelonglong’, berhampiran pekan Titi pada tarikh 18 Mac 1942.

Tragedi ‘Eelonglong’ pada 18 Mac 1942 bermula dengan pengumpulan beramai-ramai suku Hakka yang terdiri dari golongan kanak-kanak, sehinggalah orang-orang tua, di kawasan Sekolah Yi Chung, kesemua penduduk di Ladang Jelebu dan berhampiran pekan Titi telah dikumpulkan dan ditahan di dalam bilik-bilik darjah dan diasing-asingkan mengikut jantina.Kaum lelaki yang muda ( belasan tahun sehingga umur 30an) diikat tangan dan dibawa ke sebuah bilik yang berasingan, mereka dianggap berpotensi melakukan penentangan terhadap tentera Jepun.Lelaki muda dan remaja lelaki yang diikat secara beramai-ramai, kemudiannya ditikam dengan bayonet secara kejam oleh tentera Jepun, kaum wanita pula dirogol bergilir-gilir, dikelar dan dibunuh.

Page 18: Kekejaman Komunis

Rumah-rumah kediaman telah dibakar hangus, kezaliman yang amat keji berlaku ke atas bayi dan kanak-kanak, apabila golongan ini dibunuh dengan kaedah menghempaskan tubuh bayi dan kanak-kanak malang ini, ke atas tanah dan ditikam dengan bayonet atau dilambungkan ke udara dan ditikam dengan bayonet oleh tentera Jepun.

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di daerah Jelebu pada 18 Mac 1942 oleh tentera Jepun, bukan sahaja berlaku di pekan Titi, namun di kawasan Ladang Jelebu, Tanah Merah, Sungai Rotan dan Limong. Kesemua petempatan ini diduduki oleh masyarakat Cina dan majoritinya dari kalangan suku Hakka.

“It was estimated that in the March 18 Eelonglong Tragedy, about 1,700 from Ladang Jelebu, Tanah Merah, Kamloong, Sungai Rotan, the “Wharf” , Limong were slaughtered”. ( dipetik dari buku: Shan Ru-hong. ‘The War in South-the story of Negri Sembilan’ guerillas’. Tathata Publications. Bangkok. 2003, hlm. 63)

Pada masa yang sama, kekejaman tentera Jepun juga melibatkan, keseluruhan masyarakat Cina di Negeri Sembilan, mereka dibunuh secara beramai-ramai oleh tentera Jepun, melibatkan beberapa tempat di Jelebu, iaitu di Simpang Pertang, Durian Tipus, Bahau, Tanah Merah dan Sungai Lui. Daerah-daerah lain adalah di Kuala Pilah dan pekan Batu Kikir, daerah Johol, pekan Kota, Air Kuning, bandar Port Dickson dan bandar Seremban ( Temiang, Sikamat).

Pengajaran dari peristiwa di atas, sekiranya dikaji secara pengkajian sejarah yang tuntas, kita dapat melihat bahawa pengaruh keturunan dan jurai salahsilah, memainkan faktor utama sebagai penyebab pada kebangkitan semangat juang, di kalangan sesuatu etnik atau suku kaum tertentu di dunia.Suku Hakka juga terkenal dengan pelbagai tokoh yang terkenal di Malaysia, contohnya Yap Ah Loy ( pemimpin Cina di Kuala Lumpur sekitar tahun 1870-1885) dan Yap Kwan Seng ( Kapitan Cina di Kuala Lumpur sekitar tahun 1889-1902).

Perdana Menteri Thailand sekarang ini, Abhisit Vejjajiva dan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra juga merupakan dari etnik Hakka di Thailand. Perdana Menteri Myanmar pada tahun 2003-2004, iaitu Khin Nyunt juga mempunyai darah etnik Hakka yang menunjukkan penguasaan etnik Hakka, dalam arena politik yang tidak boleh dinafikan dari segi kesinambungan, riwayat gagah berani tradisi budaya etnik Hakka!!!.

Page 19: Kekejaman Komunis

Kawasan didakwa ada emas diarah tutupOleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI [email protected]

SEREMBAN 30 Okt. - Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.

''Kajian telah dilakukan di situ dan ia tidak mempunyai deposit emas. Terowong yang ditemui ini telah digali dan bukannya bersifat semulajadi. Maka kita tidak tahu sejauh mana ketahanannya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas penemuan terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa penduduk sebagai laluan pelombong emas suatu ketika dahulu, di mana kini mula menarik minat orang ramai mendekatinya.

Page 20: Kekejaman Komunis

Dalam sidang akhbar itu, Mohamad juga menjelaskan, banyak mitos berkaitan penemuan terowong ini termasuklah digunakan sebagai laluan pengganas komunis yang hendak ke Karak, Pahang.

''Saya ingatkan kepada orang ramai supaya tidak mendekati kawasan terowong ini dan kerajaan telah mengambil segala tindakan supaya ia diletakkan dalam kawasan merbahaya.

''Kita tidak mahu berlakunya tragedi buruk menimpa rakyat hanya kerana memasuki terowong yang belum dipastikan keselamatannya," jelasnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan dengan memetik Pengarah Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka, Musafar Hamzah berkata, kawasan pekan Titi pernah suatu ketika mempunyai aktiviti perlombongan emas

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121031/ws_01/Kawasan-didakwa-ada-emas-diarah-tutup#ixzz2NZgWAHZD© Utusan Melayu (M) Bhd

VERY ABLE TROOPERS 69 (VAT69)

VAT 69, one of Malaysia's elite fighting force. Modeled on Britain's renowned Special Air Service (SAS), the Police Field Force Battalion was formed in 1969, at the initial stages of the second Communist Insurgency of

Page 21: Kekejaman Komunis

1968-1989. Their existence was less known to the general public but as a fighting force, they were well known and feared by the terrorists for their ability in gathering ground intelligence and tracking down enemy movements.

[/img]

1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69.Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah2. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu2 perut bocor usus terkeluar.

Page 22: Kekejaman Komunis

2. Foto yg pertama dan terakhir saudara kita paparkan amat menarik sekali. Itulah realiti anggota operative 69. Low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri mereka adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Mereka juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekira bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang 'orang kampung'. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, mereka ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh bandit. Apa yang menarik perhatian adalah cara mereka approach pasukan mereka. Masa itu mereka memberitahu daripada BN 2 PPH. Tetapi yang musykil angota ini bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yang membuatkan pasukan askar sempadan Thai tergamam. Yang dihantar cuma 2 seksyen sahaja. lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam2 kemahiran.

3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan 'killing machine'. Macam2 kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam2 lagi. Pernah juga mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut dan yang bestnya operative 69 berambut panjang dan selekeh.

4. Ada bertanya kenapa bandit takut VAT69? Kerana operative ini menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yang terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.

(DIpetik dari Panggilan Pertiwi - MomBok (Ex-VAT69)

Page 23: Kekejaman Komunis
Page 24: Kekejaman Komunis

AKTIVITI KOMUNIS BINTANG TIGADI SEMENYIH , HULU LANGATAbd Malek Abd Hanif [email protected]

Selepas penyerahan Jepun, kedudukan Parti Komunis Malaya yang lengkap bersenjata menjadi semakin kukuh dan megah. Wujudnya kekosongan politik dan ketenteraan di Tanah Melayu selepas penyerahan kalah tentera Jepun telah dimanipulasikan oleh MPAJA / PKM kerana ia merupakan satu-satunya kumpulan bersenjata yang tersusun [ada ketika itu.

Kekejaman Pengganas Komunis

Di sini diperturunkan beberapa contoh yang menunjukkan pengganas komunis memang bergerak aktif di Selangor khususnya di daerah Hulu Langat dan mendapat bantuan daripada penduduk tempatan. Pada tahun 1948, pengganas komunis mengutuip wang RM10,000 sebulan daripada penduduk Serdang . Ini berlanjutan untuk beberapa bulan sehingga kumpulan pegganas ini dketahui oleh pihak polis. Perkara ini menunjukkan pihak komunis mendapat bantuan daripada penduduk Selangor sama ada melalui ugutan atau secara sukarela. Dengan terjumpanya satu tempat simpanan senjata komunis di Kajang oleh pihak berkuasa pada 1948 juga dapat menjelaskan bahawa Selangor merupakan salah satu kawasan tumpualn gerakan komunis di Tanah Melayu.

Pada 27 Jun 1948, seorang ‘kepala’ penoreh getah berbangsa Cina di Estet Braemar di Kajang di tembak mati di luar sebuah kedai di sebuah kampung kecuali Sungai Kantan pada 10.15 malam. Dalam badan mayat diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina yang berbunyi ‘ To destroy labour thief’.

Antara Julai hingga 2 November 1948, berlaku beberapa kejadian subversif di Kampung Kachau, Semenyih. Di antaranya pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki British berumur lapan tahun pada Julai 1948 . Semua orang British yang berkulit putih dianggap sebagai pengacau kepada perjuangan komunis.

Serangan komunis ke atas sebuah lombong pada 31 Oktober 1948. Komunis tidak senang kerana pihak lombong Toh Wan Sang ini tidak membantu dari segi kewangan, makanan , perubatan dan senjata.

Ancaman komunis ke atas penduduk Kampung Kachau turut berlaku apabila

Page 25: Kekejaman Komunis

segerombolan anggota komunis bertindak membakar rumah asap dan gudang getah di Estet Dominion pada jam 2.00 pagi , 2 November 1948. Ramai pekerja Tamil di ladang tersebut. Ladang Dominion ini hanya 500 meter dari Kampung Kachau, yang didiami oleh peniaga Cina.

Seorang pengumpul kayu api, Harnam Singh telah ditembak mati oleh pengganas komunis di Jalan Rawang- Batu Arang pada kira-kira 10.00 pagi, 18 disember 198. Ketiga itu Harnam Singh sedang dalam perjalanan balik ke rumah setelah mengumpulkan kayu api dari hutan berdekatan Batu Arang. Polis percaya bahawa motif pembunuihan itu ialah tidak membayar yuran keahlian kepada pihak pengganas.

Pada 19 Mac 1949, seorang penoreh getah Tamil di estet Kelang ditetak mati oleh dua pengganas Cina dan seorang pengganas Tamil. Daripada poster komunis yang ditinggalkan didapati motif pembunuhan adalah keranan tidak bekerja sama dengan pengganas komunis.

Pada 29 Julai 1949 pengganas komunis menikam seorang pekerja Tamil dan menculik dua pekerja lain dari sebuah estet berdekatan Kuala Lumpur.

Pada 12 Mac 1950, kira-kira 11.00 pagi, tiga pengganas Cina bersenjata menembak mati dua orang Melayu , Ladang Kachau , Semenyih ketika mangsa sedang memetik buah kelapa.

Keganasan komunis merebak di sekitar kawasan Kajang , Balakong dan kampung-kampung berdekatan dengan daerah Hulu Langat.Di Kajang sendiri, didapati kawasan Kajang semakin diancam oleh kegiatan komunis sehingga menyebabkan sebahagian besar kedai di kawasan iitu ditutup.

Pihak pengganas turut melancarkan serangan hendap ke atas penduduk kampung di Kajang dan Semenyih sehingga menyebabkan seorang pengurus ladang tyerbunuh. Pada 15 Ogos 1950, pengurus Ladanbg Glenshield , Kajang , sir Day diserang oleh segerombolan pengganas ketika beliau dalam perjalanan ke Sungai Reko. Kejadian iitu menyebabkan kehilangan wangn berjumlah RM4062 dan sejumlah senapang serta mengorbankan dua orang polis konstable.

Selain itu pengganas komunis juga menyerang hendap sebuah lori yang mengangkut susu getah dalam perjalanan menuju ke Estet Sungai Tangkas, Bangi.Pemandu lori dibunuh dan lori dibakar. Pekerja Estet Sungai Tangkas

Page 26: Kekejaman Komunis

turut terancam apabila mereka ditahan oleh pengganas komunis ketika mereka sedang menoreh getah.

Pada Disember 1950, seorang Pegawai Daerah Mantin bersama-sama dengan pasukan polisnya diserang hendap oleh komunis sewaktu keluar dari Jalan Mantin menuju ke Batu 11 Semenyih.

Wong Kim Poh , Timbalan Penempatan Semula ditembak mati dalam serang hendap yang dilakukan oleh pihak komunis. Kejadian itu berlaku pada 28 Mac 1951 kira-kira 9.00 pagi ketika beliau dalam sebuah trak setelah menamatkan tugasnya di Balakong bersama-sama kontraktor dan pekerja-pekerjanya. Beliau dianggap sebagai pembelot komunis dan bekerjasama dengan pihak tentera British.

Penghulu Kampung Hulu Langat , Selangor dicederakan oleh pegganasn yang menembak ke arah keretanya ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampung pada 25 Januari 1952.

Dalam kejadian lain, dua penanam padi di Sekinchan Kuala Selangor pada Mac 1954. Mereka ialah Chan Siong dan Lau Kong Yoke yang dibunuh ketika sibuk mengerjakan sawah padi pada musim menuai. Mangsa dibunuh kerana pengganas komunis ingin menunjukkan kekerjaman mereka supaya dapat mengugut penduduk kawasan itu membayar wang hasil titik peluh mereka kepada pihak pengganas bagi menyokong kejahatan-kejahatan pengganas.

Yuran kepada pengganas komunis ialah 2 % kati bagi seorang lelaki san perempuan dewasa. Dua kati bagi setiap kanak-kanak. ( Laporan The Straits Times, 13 Januari 1953)

Tindakan oleh Kerajaan

Sebagai kempen membanteras pengganas komunis, kerajaan bertindak membakar seluruh rumah dan kedai di Kampung Kachau , Semenyih pada 2 November 1948 kerana rumah-rumah penduduk disyakki menjadi tempat persembunyian komunis. Seluruh kampung itu hangus dijilat api . Ini menyebabkan lebih kurang 500 penghuni kehilangan tempat tinggal dan kekudian berdepan dengan masalah kekurangan makanan.

Terdapat sumber yang mengatakan sebanyak 62 buah rumah di Kampung Kacahau di bakar pada 2 November 1948. Bagaimanapun langkah

Page 27: Kekejaman Komunis

membakar Kampung Kacahau telah menunjukkan kerajaan kolonial kurang memikirkan keselamatan dan kebajikan penduduk kampung sebaliknya bertindak keras supaya penduduk segera berpindah ke kawasan lain. Proses perpindahan ini hanya dibenarkan mengambil masa setengah jam sahaja.

Kejadian ini sudah tentu mencemaskan penduduk Kampung Kachau yang berada dalam keadaan serba kekurangan. Banyak harta benda tidak sempat diselamatkan . Penduduk Kampung Kachau terpaksa berpindah ke Kampung Baru Pekan Semenyih dan Seremban untuk memulakan kehidupan baru.

Pada Januari 1949, polis menangkap 500 orang yang disyaki di Kajang ( ?) setelah ditemui 10 khemah dan 13 pondok atap. Kebanyakan mereka adalah orang tua, kanak-kanak dan kaum wanita. Sedangkan kaum lelaki majoriti telah masuk kem hutan menyertai komunis. Penahanan dan pebakaran pondok atap menyebabkan penghuni sekitar mkencari perlindungan di bandar atau Kuala Lumpur dan mengakibatkan kesesakan di bandar.

Pada tahun 1950, seramai 60 penduduk setinggan Kampung Semenyih telah ditahan oleh pihak polis ats tuduhan memberi bantuan kepada pihak komunis. Mereka didapati tidak menyampaikan maklumat tentang pergerakan komunis kepada kerajaan. Sebaliknya membekalkan berbaghai-bagai bantuan secara sukarela kepada pengganas komunis.

Malahan kes pembunuhan seorang guru sekolah Melayu akibat keganasan komunis juga tidak pernah dilaporkan kepada pihak polis. Kes ini jelas menunjukkan Kampung Semenyih enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan sanggup merahsiakan kes pembunuhan tersebut.Dengan itu, pihak berkuasa bertindak melaksanakan Peraturan Darurat 17D untuk menjauhkan penduduk Semenyih daripada berhubun dengan pihak komunis. Di bawah peraturan ini seramai 1500 penduduk Semenyih telah dipindahkan dan dihantar ke pusat pemuihan di Kluang, johor, kira-kira 300 km dari Semenyih.

Sumber Rujukan :1. Ho Hui Ling, Bintang Tiga dan Darurat di Negeri Selangor. Malawati, Jurnal Sejarah Negeri Selangor Bil 4, 2001, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor.2. Mahmud Embong, Empat Belas Hari Bintang Tiga di Tanah Melayu , Jurnal Sejarah Negeri Selangor Bil 4, 2001, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor.

Page 28: Kekejaman Komunis

3. En Abdul Rafai Haji Alias , Batu 2, Kg Sungai Purun , Semenyih4. En Chong Tat Keong , Jalan Bangi5. Raja Alias Abdul Rahman , Taman Desa Kenanga6. En Abdul Azis Mohd Noor , Kg Pasir, Semenyih

Rentetan Peristiwa ( 6 Jun-21 Julai 1948 )

TARIKH PERISTIWA

6 JunPesuruhjaya Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang semakin berleluasa di ladang-ladang, lombong dan kilang yang dicetuskan oleh pihak komunis.

12 Jun Tiga orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati di rumah mereka di Johor oleh lima orang pengganas komunis.

14 JunSir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang akhbar mengumumkan tentang peningkatan kejadian rusuhan oleh komunis yang melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang Eropah.

15 JunPesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.

16 JunTiga orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina yang bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan Johor.

17 JunDarurat diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa serbuan di pejabat-pejabat Parti Komunis Malaya termasuk Ibu Pejabat Persatuan Bekas-bekas Anggota MPAJA. Peladang dan pekerja estet diberi perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Jeram Choh, Johor.

21 Jun Polis membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap.

28 JunPeraturan Darurat dikeluarkan yang membawa kepada penubuhan pasukan Konstabel Khas. 40 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Kuala Krau, Pahang.

29 Jun Pengganas menyerbu pekan Jerantut, Pahang serta membakar Balai Polis dan merampas barangan di kedai-kedai.

1 Julai Pegawai jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak.

5 Julai Polis dan tentera digabungkan bagi membenteras keganasan komunis.

7 Julai Serangan udara dilancarkan ke atas khemah-khemah pengganas dalam hutan di Perak Utara.

8 JulaiSalah seorang ketua pengganas komunis, Tan Kan juga bekas ketua Kesatuan Buruh Johor ditembak mati dalam satu serangan balas di Johor.

9 Julai Dua peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan india telah terbunuh dalam satu serangan di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai Polis di Langkap, Selatan Perak dan seorang konstabel terkorban.

10 Julai Polis dan askar Gurka berjaya membunuh 4 pengganas komunis dan menawan 19 orang pengganas di Kuala Lumpur

Rentetan Peristiwa ( 6 Jun-21 Julai 1948 )

TARIKH PERISTIWA

12 Julai Pengganas beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja China dibunuh dan loji dimusnahkan.Mereka turut mengambilalih estet Senggang di Kuala Kangsar, Perak. Darurat diisytiharkan di seluruh negara.

14 Julai 4 orang awam berbangsa Cina termasuk seorang wanita dibunuh di Ulu Yam, Selangor.

15 Julai 3000 anggota polis tambahan dan ramai lagi konstabel khas telah direkrut.

15 JunPesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.

16 Julai Lau Yew, ahli jawatankuasa Pusat Tentera PKM bersama 10 orang lagi telah terbunuh dalam satu serangan di Kajang Selangor.

17 Julai 300 pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Gua Musang, Kelantan. Seorang polis terbunuh dan 14 orang cedera. Pekan Gua Musang telah diduduki oleh pengganas selama beberapa hari.

20 JulaiSeorang tentera British dan 6 askar Melayu terbunuh manakala 3 cedera dalam satu serangan hendap di Gua Musang. Di Selangor, seorang guru besar sekolah Cina telah di bunuh.

21 Julai Pengumuman mengenai pengenalan sistem pendaftaran negara. 2 keluarga bangsa Eropah telah dihalau dari kediaman mereka dan sebuah konvoi polis turut diserang. Beberapa bangunan dibakar dalam serangan ke atas 3 buah estet di Perak

Page 29: Kekejaman Komunis

Sejarah Serangan Komunis Di Gua Musang

03/09/2012 | Filed under: berita and tagged with: gambar gua musang, kisah gua musang, komunis di gua musang,

Sejarah hitam Gua Musang

Sebelum negara mencatat sejarah kemerdekaan 31 Ogos 1957, pelbagai rintangan dan cabaran getir

dihadapi rakyat ketika itu kerana berdepan dengan keganasan komunis hingga ada yang mati dibunuh

dengan kejam.

Kebanyakan mereka juga tidak boleh tinggal setempat dan kerap berpindah dari satu tempat ke

tempat lain untuk mencari perlindungan dengan berjalan kaki dalam hutan berikutan tidak tahan

dengan serangan komunis.

Sejarah hitam serangan komunis juga pernah berlaku di Gua Musang pada 4 Januari 1943, apabila

ramai orang Melayu ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang pengawal, Allahyarham Nik Jaafar Nik

Soh yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis.

Beliau lari seorang diri untuk meminta perlindungan di Balai Polis Bertam kerana kebanyakan rumah

penduduk termasuk kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang

mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk.

Page 30: Kekejaman Komunis

<img src="http://b.scorecardresearch.com/p?

c1=8&c2=6864323&c3=996&c4=&c5=&c6=&c10=&c15=&cj=1" /><a

href="http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/858005/0/cc?z=admaxasia2&pid=a1a7f8b4-f07a-

4e38-8eae-bbd2ba7bff4d&asid=7ff8bfee-9f66-4fcf-8d10-46c8d3a316d6"><img

src="http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/858005/0/vc?

z=admaxasia2&dim=280733&pid=a1a7f8b4-f07a-4e38-8eae-bbd2ba7bff4d&asid=7ff8bfee-9f66-4fcf-

8d10-46c8d3a316d6&abr=$imginiframe" width="300" height="250" border="0"></a>

Berpandukan perjalanan hidup ditulis penggawa terbabit, yang masih disimpan seorang anaknya, adik

perempuannya sendiri yang sarat mengandung lapan bulan adalah antara 26 orang Melayu yang

dibunuh dalam serangan komunis itu.

Kubur arwah Nik Mah Nik Soh yang mati dibunuh dengan kejam oleh komunis, masih menjadi

kenangan sejarah kerana kini berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di bandar ini dan mungkin

ramai yang tidak tahu mengenainya.

Hanya jenazah arwah seorang yang sempat ditanam di kawasan masjid tersebut dalam keadaan

darurat berikutan kumpulan komunis terus menyerang kawasan Gua Musang yang mana kebanyakan

penduduk sudah lari untuk berlindung di Kampung Batu Papan.

Allahyarham Nik Mah yang tidak sempat melarikan diri kerana sarat mengandung, hanya melindung

diri dalam longkang besar jalan menghala ke masjid sebelum sekumpulan komunis ternampak lalu

menembak hingga mati.

Page 31: Kekejaman Komunis

Pembunuhan kejam itu menyebabkan jenazahnya tidak boleh dibawa keluar dari kawasan Gua Musang

untuk dikebumikan kerana sentiasa dikawal komunis dan jenazahnya pada ketika itu sempat ditanam

di tepi tangga belakang masjid tersebut.

Oleh kerana masjid itu diubah suai dan dibesarkan, berikutan jemaah bertambah ramai menyebabkan

kubur Allahyarham Nik Mah berada di tengah-tengah masjid hadapan mimbar hingga timbul tanya

tanda kebanyakan jemaah yang datang dari luar daerah ini.

Walaupun Gua Musang telah lama wujud, tetapi bilangan penduduk Orang Melayu tidak ramai dan

tumpuan utama komunis berkampung di Kampung Pulai yang selalu memeras ugut orang Melayu

termasuk makanan.

Pendapatan utama penduduk ketika itu, hanya mengharapkan kepada hasil tanaman dan kerap

meminta bantuan kerajaan menerusi pejabat daerah yang terletak di Kuala Krai.

Selain itu, berlaku juga pertempuran hendap antara askar 3RAMD dengan komunis di Sungai Semor

dekat Kampung Pulai tahun 1948 yang meragut 16 nyawa anggota tentera dan mencederakan

seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda.

Seramai 29 orang Pasukan Komunis Malaya (PKM) turut maut sebelum keadaan di Sungai Semor

kembali reda dan kini kawasan tersebut menjadi tempat kenangan serta kajian sejarah peperangan

zaman darurat dahulu.

Bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Gua Musang, Abu Bakar Jusoh

berkata, Gua Musang penuh dengan sejarah hitam berikutan berlaku peperangan menentang komunis

yang harus bagi generasi baru menghargai perjuangan orang zaman dahulu.

Beliau berkata, mereka harus mengetahui sejarah asal wujudnya Gua Musang supaya tidak mudah

menerima hasutan yang boleh berlaku kejadian tidak ingini dan menggadai maruah negara yang

sekian lama dalam suasana aman.

“Saya sebagai bekas tentera, tidak pernah lupa peristiwa pahit menentang komunis walaupun ketika

zaman itu bertugas di merata tempat sebelum menetap di Gua Musang,” katanya.

Page 32: Kekejaman Komunis

Mat Zain Hassan, 62, pula berkata, walaupun pejuang kemerdekaan negara menentang komunis

semakin ramai dimamah usia dan meninggal dunia, tetapi kenangan pahit harus dipahatkan dalam

jiwa generasi sekarang.

Katanya, semangat patriotik menyemarakkan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang perlu

disemai di kalangan mereka kerana dengan cara itu dapat mengenang kesusahan walaupun mereka

lahir selepas merdeka.

“Sekurang-kurangnya kita dapat mengingati kembali kesusahan tentera pada ketika itu yang

menentang komunis dan ramai penduduk yang tidak berdosa menjadi mangsa pembunuhan kejam,”

katanya