32
1.0 Pengenalan Parti Komunis Malaya atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka. Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuat organisasinya. Prti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun, kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku, pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis

Assignment Komunis (2)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh tugasan tajuk komunis

Citation preview

Page 1: Assignment Komunis (2)

1.0 Pengenalan

Parti Komunis Malaya atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang

diasaskan di Tanah Melayu pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British

yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM

membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan

mereka.

Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember

1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuat organisasinya.

Prti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak

British untuk menentang Jepun melalui Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA)

berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan

telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun, kekuatan tentera MPAJA dianggarkan

sebanyak 7000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku, pihak British dan anggota

pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan

tentera yang telah dilatih untuk berperang.

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan

untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta

pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan

Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman

anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh

Selempang merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya dalam tempoh yang

singkat menyebabkan komunis Bintang tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka.

Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan

bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan

senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Bagi meraih simpati, mereka telah mengindoktrinasi fahaman komunis dan

mendapatkan sokongan orang-orang Melayu yang telah mengasaskan Parti Kebangsaan

Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan

dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti

Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh

Page 2: Assignment Komunis (2)

jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari

(bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih

cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapatkan kemerdekaan pada

1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 februari 1948 merupakan kekalahan

kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti

Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan keganasan melalui mogok

dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada

mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa

siri serangan telah berlaku. Bagaimanapun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga

orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada

pengistiharan darurat oleh Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai

1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada

23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi

menentang komunis.

2.0 Kemunculan Gerakan Komunis di Tanah Melayu

Pihak komunis telah menubuhkan sekolah malam, sekolah ini telah digunakan untuk

menyebarkan dakyah kebangsaan cina serta komunisme yang bertindak dalam menyebarkan

pengaruh komunisme dalam kalangan rakyat bukan sahaja dalam golongan masyarakat cina

malah masyarakat Melayu. 1Di samping itu, pertubuhan-pertubuhan buruh Komunis telah

juga muncul pada tahun 1926. Pada tahun tersebut, di Negeri Sembilan sahaja di mana

terdapat ramai suku Hailam (suku Hailam dikatakan pendukung utama fahaman Komunis),

terdapat tidak kurang sepuluh pertubuhan pekerja yang berkait rapat dengan pihak Komunis. 2Perkembangan seterusnya telah membawa kepada penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)

pada April 1930 di atas arahan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Communist International

atau Comintern) yang dipengaruhi oleh Rusia. PKM dikehendaki mendapatkan sokongan

orang Melayu (terutamanya kaum petani) dan orang India. Bagaimanapun PKM merasa

terdesak mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan di antara negeri China dan

Jepun semakin serius di antara tahun 1931-1937. Oleh yang demikian, PKM cuba menjuarai

1 Arkib Negara Malaysia. Diperoleh pada 26-27 September 2011 daripada http://www2.arkib.gov.my .2 Ibid.

Page 3: Assignment Komunis (2)

kempen anti-Jepun di kalangan mereka dan kurang memberi perhatian kepada dasarnya untuk

mendapatkan sokongan orang Melayu. Bagaimanapun PKM tetap meneruskan kegiatannya

menghasut kaum pekerja di ladang-ladang getah dan di bandar-bandar dengan matlamat

mewujudkan kegelisahan perindustrian. Sepanjang lewat 1930an, pemogokan berlaku di

merata tempat di samping rusuhan akibat kempen anti-Jepun.

Pada masa pendudukan tentera Jepun, kedudukan PKM menjadi lebih kuat kerana

permuafakatan mereka dengan pihak British untuk menentang Jepun. Ahli-ahli PKM

berpeluang mendapat latihan dan kemahiran dari segi ketenteraan daripada pihak British.

British menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura di bawah Kolonel Spencer

Chapman untuk melatih beberapa pegawai dan anggota PKM bagi menjalankan kerja-kerja

sabotaj dan penentangan terhadap tentera Jepun. PKM telah menghantar empat kumpulan

mengandungi 165 orang anggota dengan setiap kumpulan menjadi teras kepada pasukan

gerila di Selangor, Negeri Sembilan, Johor Utara dan Johor Selatan.

PKM mula mengatur strategi dengan menubuhkan Tentera Anti-Jepun Penduduk

Tanah Melayu (MPAJA). Dari empat kumpulan yang asal, tentera tersebut berkembang

menjadi lapan unit dengan tiap-tiap satunya menjalankan gerakan di setiap negeri. Setiap unit

ini berhubung dengan Jawatankuasa Tentera Pusat PKM. Orang-orang Cina pula sentiasa

bersedia memberikan sokongan tenaga manusia, wang ringgit, makanan, bekalan dan

maklumat kepada MPAJA kerana benci akan layanan kasar askar-askar Jepun. SEAC

(Southeast Asia Command) yang menubuhkan Force 136 juga telah bersetuju membekalkan

alat-alat senjata, wang, bekalan dan pegawai-pegawai untuk melatih orang-orang PKM

menggunakan senjata-senjata baru. Sebagai balasannya, MPAJA setuju memberikan

kerjasama menentang Jepun. Pada Julai 1945, sebanyak 3,500 senjata kecil, peluru dan 500

pegawai dan anggota diberikan kepada MPAJA. Latihan juga dimulakan dengan bersungguh-

sungguh tetapi gerakan tidak pernah dijalankan. Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1945.

Dalam tempoh dua minggu di antara masa Jepun menyerah kalah dan pihak Tentera

Berikat mendarat untuk menduduki semula Tanah Melayu, Bintang Tiga /MPAJA

mengambil kesempatan keluar dari hutan dan merampas senjata-senjata Jepun dan Tentera

Kebangsaan India.3 Mereka menguasai Tanah Melayu seolah-olah rejim komunis telah

berkuasa sepenuhnya. Mereka menubuhkan 'Mahkamah Rakyat' dan menjatuhkan hukuman

bunuh sewenang-wenangnya. Pentadbiran Tentera British (BMA) yang ditubuhkan pada 12

3 Mohd Isa Othman (2002). sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan, hlm. 12

Page 4: Assignment Komunis (2)

Disember 1945 terpaksa bertindak segera menghentikan aktiviti MPAJA dan memaksa

pasukan tentera tersebut dibubarkan.

Namun begitu, semasa pemerintahan BMA, PKM tidak diharamkan. Kedudukannya

yang agak bebas berbanding masa sebelum perang, menggalakkan PKM bergerak secara

terbuka sebagai sebuah parti politik. Di antara tahun 1946 hingga awal 1948, PKM cuba

memperkukuhkan kedudukannya dari segi politik meskipun masih memberi perhatian utama

kepada pergerakan buruh. PKM cuba mempergunakan parti-parti radikal seperti Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union, Malayan Indian

Congress (MIC), Hizbul Muslimin dan Saberkas (Kedah). PKM juga memainkan peranan

penting dalam perjuangan PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat – All Malaya Council of

Joint Action) untuk menggagalkan gagasan politik yang diperjuangkan oleh Raja-raja

Melayu-UMNO-British. Dalam pada itu, PKM juga menyebarkan dakyah dan pengaruh

ideologi mereka ke dalam persatuan-persatuan sekerja, belia dan penuntut-penuntut sekolah.

Mereka juga menjadi dalang dan penghasut kesatuan-kesatuan sekerja untuk melancarkan

mogok hampir di seluruh negara. Sehingga 1947, lebih kurang 300 kes mogok berlaku dalam

industri getah dan bijih timah.

Bagaimanapun dengan lahirnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948,

PKM menyedari perjuangannya melalui politik akan menemui kegagalan. Apabila pucuk

pimpinan PKM diambil alih oleh Chin Peng, PKM mula menukar strategi dengan

melancarkan gerakan-gerakan keganasan secara terbuka.4 PKM menubuhkan pasukan tentera

gerila yang dinamakan Tentera Anti-British Penduduk Tanah Melayu (MPABA) untuk

melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan mewujudkan kawasan-kawasan bebas

(liberated areas). Beberapa buah unit yang ditubuhkan mula meresap ke khemah-khemah di

hutan, menjalani latihan serta memperlengkapkan diri mereka dengan senjata-senjata.

Bermula Jun 1948, mereka melakukan keganasan dan pemberontakan dengan menyerang

pekerja-pekerja estet dan lombong, menebas beribu-ribu batang pokok getah, merosakkan

jentera lombong, membakar rumah pekerja, menggelincirkan keretapi dan membakar bas-bas.

Beberapa orang kontraktor buruh di ladang getah dan lombong dibunuh termasuk pengurus-

pengurus ladang bangsa Eropah. Gerakan ini dilakukan untuk melupuh dan membinasakan

ekonomi kapitalis dan sistem pertahanan British. Untuk mengawal keadaan huru-hara dan

porok peranda ini, kerajaan terpaksa mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948 di Johor dan

4 Mohd Isa Othman (2002). sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 14.

Page 5: Assignment Komunis (2)

Perak. Darurat kemudian diisytiharkan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai

1948. Berikutan pengisytiharan darurat tersebut, PKM diharamkan.

3.0 Faktor kebangkitan Bintang Tiga

3.1 Perang China-Jepun

Faktor penubuhan Bintang Tiga di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh Perang

China-Jepun. Perang ini meletus pada tahun 1937 di negara China dan ini telah mencetuskan

semangat anti-Jepun dalam kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Hal ini membolehkan

Bintang Tiga melebarkan sayap mereka kerana mereka menggunakan alasan ini untuk

menyebarkan pengaruh mereka dalam kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Serangan

Jepun ke atas negara China ini telah mencetuskan semangat kebangsaan China di seberang

laut termasuk di Tanah Melayu. Bintang Tiga bukan hanya menyokong tetapi meniupkan

semangat kebangsaan dengan menganjurkan kempen anti-Jepun di Tanah Melayu.5 Antara

kegiatan anti-Jepun yang dipercayai dipengaruhi oleh komunis atau bintang tiga ini adalah

peristiwa pada 4 Disember 1937. Peristiwa ini adalah peristiwa sebuah bom dilemparkan ke

dalam auditorium panggung wayang di Fun and Frolic Amusement Park, Pulau Pinang

kerana dikatakan pelakon yang terlibat merupakan mereka yang pro-Jepun.Bom tersebut

telah terkena kepala seorang penonton Cina dan ia membunuhnya.6 Di Alor Setar, Kedah pula

pada 20 Julai 1938, lima beg kacang soya yang tiba dari Pulau Pinang ditolak kerana

dipercayai barangan Jepun.7

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Perang China-Jepun telah menyebabkan pengaruh

komunis diserap masuk ke Tanah Melayu kerana mereka menggunakan alasan ini untuk

menarik minat orang Cina di Tanah Melayu untuk masuk ke dalam Bintang Tiga dengan

alasan untuk membalas dendam terhadap kekejaman Jepun di negara mereka iaitu China.

3.2 Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah antara 1941-1945.Pemodenan Meiji telah

memodenkan Jepun dan ini telah menyebabkan Jepun mengalami perubahan yang besar dari

segi politik apabila golongan tentera, zaibatsu dan ultranasionalis tekah muncul dan

menguasai kerajaan. Lanjutan daripada itu, perubahan yang besar telah berlaku dalam dasar

5 Mohd. Reduan Hj. Aslie.(1993).Pemberontakan bersenjata komunis di Malaya.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.96 Hui Ling Ho. (2004). Suasana Di Tanah Melayu Pada Zaman Darurat,1948-1960: Satu Tinjauan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 1967 Ibid.,hlm. 196

Page 6: Assignment Komunis (2)

luar Jepun apabila Jepun mula mengamalkan dasar imperialisme.Ini dianggap bersesuaian

dengan keadaan semasa di Jepun dan keperluan bagi perkembangan pasaran serta bahan

mentah yang terhad bagi industri. Hal ini telah menyebabkan Jepun melancarkan serangan ke

atas Tanah Melayu, termasuk Asia Tenggara.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan politik kerana

kekalahan British di Tanah Melayu telah membuktikan bahawa bangsa Asia boleh menentang

dan mengatasi bangsa Eropah. Jepun telah memerintah Tanah Melayu secara tentera, keras

dan kejam di mana ekonomi menjadi kucar kacir dan rakyat juga hidup menderita.Sebagai

contoh, Jepun telah menjalankan dasar kerahan tenaga yang melibatkan golongan muda,

khususnya pemuda Melayu.Industri getah dan bijih timah telah mengalami kemusnahan

kerana tidak ditadbir dengan baik.Sebaliknya syarikat gergasi Jepun menjadi kaya-raya

dengan memonopoli harta dan kekayaan Tanah Melayu.8

Dari segi pentadbiran, Jepun membenarkan Sultan-sultan menggunakan gelaran

mereka tanpa sebarang kuasa.Sultan menerima elaun dan bertugas sebagai ‘penasihat’ kepada

Jepun di setiap negeri9. Dari segi politik, orang Melayu dikatakan telah diberi gambaran

bahawa mereka akan diberi kemerdekaan sehingga terdapat satu golongan nasionalis Melayu

yang secara terang-terangan menyokong dan bekerjasama dengan Jepun. Apabila Jepun

berkuasa, satu kumpulan nasionalis Melayu yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub telah

dibebaskan walaupun pada mulanya mereka dianggap ‘ekstremis’ atau radikal oleh pihak

British.Pembebasan beliau telah menyebabkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang

dipimpinnya bergiat semula dalam politik tetapi akhirnya telah diharamkan kerana Jepun

sedar bahawa KMM telah menjejaskan kuasa dan kedudukan pihak Jepun.10

Semasa pendudukkan Jepun di Tanah Melayu, pihak Jepun telah bertindak zalim

terhadap penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Cina. Hal ini menyebabkan mereka

menubuhkan Malayan People anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menetang Jepun. MPAJA

ini dianggotai oleh anggota Bintang Tiga yang bekerjasama dengan British. Kezaliman Jepun

terhadap orang Cina adalah disebabkan oleh Perang yang berlaku antara orang Cina dan

Jepun di negara China. Di sini, kita boleh lihat bahawa, pendudukkan Jepun ini telah

8 Cheah Boon Kheng.(2003).Red Star Over Malaya:Resistence and Social Conflict During and After the Japanese Occupations of Malaya 1941-1946.Singapura:Singapore University Press, hlm.379 Ibid., hlm4110 Ibid., 44

Page 7: Assignment Komunis (2)

menyebabkan British mengiktiraf Bintang Tiga dan ini membolehkan berlakunya

penyebaran fahaman komunis yang dibawa oleh Bintang Tiga.

3.3 Malaya People Anti-Japanese Army (MPAJA)

Pada Zaman Penduduk Jepun, rakyat hidup dengan sengsara. Kezaliman dan

kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat menakutkan. Kempetai ini merupakan unit

polis yang menangkap sesiapa saja yang disyaki menetang Jepun.Banyak masalah sosial yang

timbul dan ekonomi juga merosot, berlaku kebuluran, hasil pertanian dirampas, ubat-ubatan

tidak mengcukupi dan sebagainya. Perbuatan ini telah menyebabkan terbentuknya MPAJA

iaitu Malayan People anti-Japanese Army yang ditubuhkan oleh Bintang Tiga untuk

menentang kezaliman yang berlaku dengan kerjasama British dan ia ditubuhkan pada tahun

1942.11

Menerusi MPAJA, British telah memberikan bantuan dari segi senjata, latihan,

kewangan, bekalan logistik dan perubatan. Bantuan ini telah disalurkan oleh pihak British

melalui FORCE 136. Bantuan ini diperolehi disebabkan oleh rundingan yang berlaku antara

Chung Hung dan seorang lain pengikut MPAJA dengan Major Chapman dan Captain Davis,

ketua SEAC bagi Semenanjung.12 PKM menggunakan peluang ini untuk mengumpulkan

kekuatan dan mereka berjaya mempergunakan British untuk kepentingan mereka sendiri.

Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan seramai 7,000 anggota yang

mana keanggotaan mereka banyak dianggotai oleh orang Cina. Menjelang kekalahan Jepun,

Bintang Tiga telah menubuhkan unit-unit rahsia dan pusat-pusat bekalan iaitu pusat bekalan

makanan dan senjata.13 Hal ini demikian kerana mereka ingin menawan Tanah Melayu dan

menyebarkan fahaman mereka.

Jadi, selepas Jepun menyerah kalah, Bintang Tiga ini telah mengambil kesempatan

untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Sebaik sahaja mereka muncul dari hutan,

mereka telah melakukan penganiayaan di sana sini, kononnya terhadap mereka yang

melakukan kesalahan jenayah kepada rakyat, selain mereka yang bersubahat dengan Jepun.14

Semasa penguasaan Bintang Tiga ini, mereka telah mengadakan perbicaraan sendiri,

melakukan kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan Cina dan mengancam seluruh

11 Kay Kim Koo.(1982). Esei-esei sejarah Malaysia:1982. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, hlm. 4112 Ramlan Hamzah (1973). Parti Kominis Malaya: Penubuhan, peranan dan implikasinya. Bangi: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.6113 Ibid., hlm.6114 Mohammad Redzuan Othman ed.(2006). Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm.197

Page 8: Assignment Komunis (2)

penduduk di mana mereka bermaharajalela.Kezaliman yang berlaku menyebabkan berlaku

pergaduhan yang besar apabila orang-orang Melayu mengambil tindakan balas terhadap

orang-orang Cina di kawasan luar bandar.15

Kembalinya British dengan pentabdiran tenteranya dalam tempoh yang singkat

menyebabkan komunis Bintang Tiga ini tidak dapat mengembangkan pengaruh mereka.

Bintang Tiga terdesak antara dua polisi yang bertentangan iaitu sama ada meneruskan

perjuangan gerila seperti di China atau kembali kepada gerakan agitasi untuk mencapai cita-

cita politik mereka.16 Kesimpulannya, penubuhan MPAJA ini telah membolehkan Bintang

Tiga bergerak dan meluaskan fahamannya dalam masyarakat di Tanah Melayu terutamanya

orang Cina.

4.0 Kemuncak perjuangan Bintang Tiga

4.1 Strategi dan kegagalan Bintang Tiga

Perjuangan dan kebangkitan Bintang Tiga dalam menegakkan sebuah negara komunis

telah membawa kepada pergolakkan politik di Tanah Melayu pada abad yang ke-20.

Kemuncak kepada pemberontakan Bintang Tiga17 ini menghampiri kegagalan ketika British

mula mengambil serius terhadap segala tindakan dan penentangan mereka terhadap Tanah

Melayu di samping mengugat kepentingan British dan orang setempat. Selain itu, PKM juga

telah menukar nama kepada Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan Malayan

Races Liberation Army (MRLA). Pada 1 Februari 1949, bahagian ketenteraan PKM diubah

menjadi Malayan Races Liberation Army (MRLA), untuk menarik simpati orang-orang

Melayu dan India menyertai pemberontakan tersebut. Adalah dikatakan bahawa regimen

kesepuluh MRLA dianggotai oleh golongan sayap kiri Melayu yang kebanyakkannya berasal

dari Indonesia18. Ini merupakan salah satu taktik Kominis menjalankan gerakan mereka pada

masa darurat bagai mendapatkan sokongan orang-orang tempatan di Malaya. Teknik ataupun

idea dalam gerakan perjuangan Moa Tze Tung menjadi landasan kepada Kominis untuk

mengendalikan pemberontakan di Malaya yang berjudul ‘Strategic Problem of the Malayan

15 Ramlan Hamzah.(1973).Parti Komunis Malaya: Penubuhan, Peranan Dan Implikasinya, hlm. 6116 Ibid., hlm.6117 Pada zaman pendudukan Jepun (1941-1945) di Tanah Melayu, PKM berkerjasama dengan British dalam memerangi Jepun. Hasil kerjasama dengan British telah membolehkan PKM membentuk barisan tulang belakangnya yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga pada sekitar 1942. Lihat Hoo Hui Ling (2006). “Suasana di Tanah Melayu pada zaman darurat”, dalam Mohamad Redzuan Othman ed., Sejarah pembangunan Negara Malaysia. Kuala Lumpur: University Malaya Press., hlm.19718 Ramlan Hamzah (1973). Parti Kominis Malaya: Penubuhan, peranan dan implikasinya. Bangi: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.64

Page 9: Assignment Komunis (2)

Revolutionary Wars’. Selain itu, pihak tertinggi Bintang Tiga juga dikatakan melantik dalam

kalangan orang Melayu yang menyertai PKM menyandang jawatan yang tertinggi dalam Pati

Komunis Malaya bagi mendapatkan pengaruh orang Melayu namun usaha tersebut tetap

menemui kegagalan.

Walaupun taktik Mao Tze Tong sangat berjaya dalam menegakkan sebuah negara

Kominis di China namun demikian di Tanah Melayu taktik tersebut tidak sangat berkesan

kerana disebabkan beberapa faktor yang membawa kepada kegagalan kebangkitan pihak

Kominis di Malaya. Tindakan mereka pada 3 September 1945 apabila terdapat kekosongan

politik di Tanah Melayu pihak Bintang Tiga ini telah keluar dari hutan dan melakukan

penganiayaan di sana sini, kononnya terhadap orang yang melakukan kesalahan jenayah

kepada penduduk dan yang bersubahat dengan Jepun.19 Ini adalah langkah awal yang

dianjurkan oleh pihak kominis untuk menjalankan kegiatan mereka bagi mencapai cita-cita

politik mereka. Selain itu, penubuhan Rejimen ke-10 juga telah membawa kepada

kebangkitan Bintang Tiga di seluruh Malaya yang dipimpin oleh Rashid Maidin pada ketika

tersebut. Namun demikian segala strategi tersebut menemui kegagalan disebabkan ramai

orang Melayu yang menolak fahaman Komunis tambahan pula British tidak begitu bersetuju

untuk

Pihak Komunis juga melancarkan taktik perang gerila dengan menyerang balai-balai

polis malah merampas barang-barang penduduk kampung disebabkan tindakan British

terhadap mereka. Selain itu juga, segelintir ahli pertubuhan berhaluan kiri mengikut pihak

Bintang Tiga untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dengan mengangkat senjata

menentang penjajah British yang menimbulkan perlbagai pandangan negatif pada masa

tersebut sehingga ke hari ini. Namun demikian strategi PKM tersebut menemui kegagalan

dan menyebabkan mereka melancarkan pemberontakan bagi meneruskan cita-cita politik

mereka di Malaya yang menimbulkan kekacauan di sepanjang era darurat tersebut

sehinggakan ramai orang awan yang turut terkorban disebabkan oleh pemberontakan mereka.

4.2 Tawaran Tunku Abdul Rahman terhadap Bintang Tiga

Pada tahun 1955 selepas Parti Perikatan memenangi pilihan raya, Tunku Abdul

Rahman iaitu Ketua Menteri pada ketika itu menawarkan pengampunan kepada ahli-ahli

PKM yang mahu menyerah diri. Perubahan suasana politik ketika ini, memberikan tamparan

19 Hoo Hui Ling (2006). “Suasana di Tanah Melayu pada zaman darurat”, dalam Mohamad Redzuan Othman ed., Sejarah pembangunan Negara Malaysia. Kuala Lumpur: University Malaya Press, hlm. 197

Page 10: Assignment Komunis (2)

hebat kepada PKM dan menghapuskan perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan

disebabkan Parti Perikatan yang membentuk kabinet dan telah menuntut kemerdekaan

dengan sendirinya menghancurkan harapan ahli-ahli PKM. Hal ini menyebabkan Ching Peng

berunding dengan Tunku Abdul Rahman di Baling pada bulan Disember dan meminta Tunku

mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai Parti yang sah di Tanah Melayu namun demikian

Tunku tidak dapat menerima permintaan Chin Peng dan Rundingan menemui kegagalan

tetapi telah membawa kepada jalan pendamaian pada tahun 1985 di Thailand. Menurut

Rashid Maidin, Tunku Abdul Rahman ketika rundingan tersebut mengiktiraf perjuangan Parti

Komunis Malaya dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

4.3 Perjanjian Damai diantara Parti Komunis Malaya dan Malaysia 1989

Selepas kemerdekaan Malaya pada 30 Ogos 1957, Parti Komunis Malaya ini mula

berundur ke selatan Thailand kerana diburu oleh kerajaan British dan Malaya. Dalam masa

yang sama pihak komunis ini telah memasang jerangkap samar di sepanjang sempadan

Thailand-Malaysia iaitu dianggarkan sebanyak 5, 000 yang ditanam oleh rejimen ke-10 dan

ke-12 PKM. Jalan perdamaian ditemui antara PKM dan Malaysia setelah Rashid Maidin

menerima utusan daripada seorang Komander Siam.

The task of sending peace feeler on the Thai Army Deputy Commander Region Four, Major Genarl Kitty Ratanajaya. In an interview with the press he said that the first contact with the CPM was made in 1985 through a letter he sent to Rashid Mydin asking if the CPM was interested in peace, He received a positive reply shortly after. Subsequently Maj. Gen. Ratanajaya wrote another letter to Rashid Mydin, inviting him for negotiations and at the same time assured him that he would not be detained. Rashid Mydin replied, agreering to the meeting.20

Melalui pengutusan kepada Rashid Maidin, PKM telah bersetuju untuk mengadakan

rundingan damai dengan Malaysia pada tahun 1982 dan pada masa tersebut Rashid Maidin

masih berada di dalam hutan. Dalam rundingan yang diadakan itu Chin Peng tidak ikut serta

kerana pada masa itu beliau masih lagi di China. Dia hanya muncul di Thailand (Bangkok)

pada 27 Oktober 1989, iaitu selepas 34 tahun menghilangkan diri ekoran kegagalan

Rundingan Baling 1955.21 Sebanyak lima kali rundingan Damai berlaku di antara PKM dan

Malaysia serta kerajaan Thailand sebagai pendamai rundingan tersebut. Namun demikian

selepas lima kali mengadakan rundingan akhirnya mereka mencapai persetujuan untuk

berdamai pada 4 november 1989. Pada 2 Disember 1989, PKM telah menandatangani

20 Aloysius Chin (1994). The Comunist Party of Malaya; The inside story. Kuala Lumpur: Vinpress Sdn. Bhd., hlm.24021 Wan Hamzah Awang (1994). Baling membuka jalan damai. Kajang: Masa Enterprise, hlm. 194

Page 11: Assignment Komunis (2)

Perjanjian Damai dan meletak senjata di Siam Conference Room yang terletak di Hotel Lee

Garden dan pada hari ini nama bilik itu ditukar kepada The Peace Hall selepas rundingan

damai 1989 tersebut. Peristiwa ini amat bersejarah dan secara tidak langsung akan

menamatkan perjuangan bersenjata PKM di Malaysia namun Chin Peng pernah menyatakan

bahawa beliau akan memikirkan masa depan parti tersebut kerana ianya tidak pernah

dibubarkan walaupun berlaku perjanjian damai tersebut.

Pada rundingan tersebut, perwakilan Malaysia terdiri daripada Ketua Setiausaha

Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan abdul Rahman, Panglima Angkatan

Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Mohd Ali dan ketua Polis Negara, Tan Sri Hanif Omar

manakala PKM pula diwakili oleh setiausaha Agungnya iaitu Chin Peng (nama sebenarnya

Ong Boon Hua), Pengerusinya Abdullah C.D (nama sebenarnya Che Dat bin Anjang

Abdullah) dan Komander Rejimen ke-10 PKM, Rashid Maidin dan pihak Thai pula diwakili

oleh Pemangku Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Tan Sri Chavalit

Yongchaiyudh dan tiga pegawai kanannya.22

5.0 Kesan kebangkitan Bintang Tiga

5.1 Perpecahan dalam kalangan nasionalis Melayu

Kebangkitan Bintang Tiga juga telah membawa kepada perpecahan dalam kalangan

orang Melayu pada ketika itu iaitu terbentuknya pertubuhan yang berhaluan kanan dan kiri

dalam politik Melayu. Pertubuhan berhaluan kanan lebih berpihak kepada British dan

pertubuhan berhaluan kiri pula mengambil sikap anti-British dan menentang Penjajahan di

Tanah air sendiri. Ini kerana kesan daripada kebangkitan Bintang Tiga tersebut, pertubuhan-

pertubuhan yang dianggap berhaluan kiri oleh British ini mempunyai pengaruh Komunis dan

harus dihapuskan sedangkan itu adalah taktik British kerana akan mengancam kedudukan

mereka di Tanah Melayu.

PKMM merupakan pertubuhan Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan

dianggap menerima pengaruh Komunis dan sememangnya tidak dinafikan bahawa PKMM

pernah dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso iaitu seorang pemimpin Parti Komunis Indonesia

namun demikian setelah Mokhtaruddin Lasso kembali ke Indonesia sekitar tahun 1946,

pengaruh Komunis dalam PKMM dapat dibersihkan oleh pengganti beliau Dr. Burhanuddin

Al-Helmy yang lebih terkenal sebagai seorang pejuang kebangsaan Melayu. Namun

22 Wan Hamzah Awang (1994). Baling membuka jalan damai, hlm. 196

Page 12: Assignment Komunis (2)

demikian pihak British dan UMNO melemparkan tuduhan Komunis untuk memburukkan

imej PKMM, Hizbul Muslimin mahupun pergerakan buruh.23 Disebabkan hal ini orang-orang

Melayu khususnya yang dianggap berhaluan kanan memandang rendah perjuangan PKMM

kerana terdapat hubungan dengan Komunis sedangkan hubungan tersebut adalah untuk

memperjuangkan kemerdekaan tanah air sendiri. Peristiwa ini juga menyebabkan terdapat

segelintir daripada pertubuhan berhaluan kiri mengambil keputusan untuk berperang

mengangkat senjata dengan memasuki Bintang Tiga dengan tujuan untuk menentang

penjajahan British di Tanah Melayu yang sememangnya mempunyai agenda untuk

memecahbelahkan orang-orang Melayu bagi mengaburi mata orang-orang Elit Melayu. Hal

ini disebabkan apabila pertubuhan ini mula diharamkan ketika peristiwa Darurat.

5.2 Campurtangan British

British tidak berdiam diri, bagi memastikan kepentingan mereka di Malaya, British

telah menjalankan pelbagai langkah bagi menentang pihak Komunis di Tanah Melayu

menyebabkan Pihak persekutuan Melayu dan British memutuskan untuk mengisytihartkan

darurat di Tanah Melayu bagi menghapuskan gerakan Bintang Tiga tersebut. British juga

melaksanakan system kad pengenalan bagi penduduk Tanah Melayu dan meminta bantuan

ketenteraan dari Negara-negara sekutunya khususnya Komanwel. Selain itu, pembunuhan Sir

Henry Gurney juga telah menyebabkan British mengambil tindakan yang agresif terhadap

Bintang Tiga.

Tindakan ini memburukan lagi keadaan dan kedudukan Bintang Tiga tersebut apabila

pihak British mula mengambil tindakan terhadap pemberontakan Bintang Tiga tersebut

dengan mengerakkan Force 136 dan melabelkan setiap kawasan sebagai kawasan hitam dan

putih yang menunjukkan tindakan pihak British terhadap mereka. Disebabkan terdapatnya

hubungan di antara para pemimpin PKMM, Parti Buruh dengan pemimpin Parti Komunis

Malaya di Tanah Melayu melalui pertubuhan PUTERA. British telah menyenaraihitamkan

pemimpin-pemimpin yang menerajui gerakan radikal di Tanah Melayu seperti Dr.

Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Abdullah C.D.

dan ramai lagi dan bagi British nama-nama tersebut memiliki pengaruh dan boleh

mengancam kedudukan British di Tanah Melayu.24 Rashid Maidin dan Abdullah C.D

23 Ishak Saat (2011). Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm.8824 Ishak Saat (2010). Caturan Politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian Jounal of History, Politics and Strategics, Vol.37: 68-85, hlm.

Page 13: Assignment Komunis (2)

merupakan wakil pemimpin Parti Komunis Malaya pada ketika itu dan mereka telah

ditangkap dibawah Akta Darurat 1948 sedangkan mereka juga berjuang untuk menuntut

kemerdekaan Tanah Air sendiri. Pihak British menolak gerakan Bintang Tiga kerana akan

menggugat kepentingan mereka di Malaya dan mereka yang berkompromi dengan British

mendapat kedudukan yang baik dalam politik Malaya era penjajahan British di Tanah

Melayu. Parti Kominis Malaya diharamkan dan Chin Peng juga menjadi buruan seperti

Rashid Maidin dan Abdullah C.D.

5.2.1 Rancangan Briggs

Rancangan Briggs merupakan satu strategi British untuk menghapuskan

perkembangan Bintang Tiga di Tanah Melayu. Pelaksanaan Rancangan Briggs oleh Harold

Briggs pada 1 Jun 1952 telah berjaya melumpuhkan mekanisme saluran bantuan Min Yuen

dan pemberontakan Komunis.25 Rancangan Briggs telah mengumpul dan menempatkan

penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan setinggan ke perkampungan Baru bagi

menangani penularan Bintang Tiga. Rancangan ini sememangnya memberikan kekecewaan

dan implikasi terhadap PKM ataupun Bintang Tiga dalam perjuangan mereka namun hanya

mendapat sedikit sahaja bantuan. Rancangan ini amat penting bagi mengelakkan segala

bantuan makanan dapat dihentikan daripada sampai ke tangan Bintang Tiga.

5.3 Hubungan antara kaum

Parti Komunis Malaya juga telah menyebabkan hubungan antara kaum dalam

kalangan masyaraka Cina dan Melayu mula mengalami ketegangan. Orang Melayu mula

menganggap orang Cina sebagai pengganas di bumi mereka sendiri. Hal ini menyebabkan

orang Melayu mula memandang negatif terhadap tindakan Parti Komunis Malaya semasa

darurat berlaku. Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh Bintang Tiga menyebabkan orang

Melayu mula mengambil tempat dalam penentangan tersebut. Selain itu, tindakan British

juga menempatkan orang-orang Cina di sebuah perkampungan baru menyebabkan kelompok

Cina ini hidup bersama kaum mereka sahaja dan agak jauh dengan orang Melayu. Hal ini

menjejaskan hubungan orang Melayu dengan orang Cina di Malaya malahan menyebabkan

orang Cina menjadi lebih maju dibandingkan dengan orang Melayu pada masa tersebut.

5.4 Kesengsaraan terhadap rakyat

25 Kassim Thukiman (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 113

Page 14: Assignment Komunis (2)

Gerakan Bintang Tiga juga memberikan tamparan yang hebat terhadap kehidupan

masyarakat di samping ramai yang terkorban semasa penguasaan Bintang Tiga ini. Rumah

para pekerja telah dibakar juga dirompak wang, pakaian, makanan dan barang-barang

berharga walaupun pena oleh pengganas-pengganas yang bersenjata. Pada 12 Ogos 1949,

contohny, dua orang pengganas telah memasuki rumah para buruh di Ladang Jany, Selangor

dan merampas wang tunai dan barang kemas bernilai $1,000. Orang-orang yang tidak

berdosa juga telah dibunuh dalam serang hendap yang dilakukan ke atas bas-bas dan

keretapi-keretapi, pemandu-pemandu lori yang tidak berdosa juga telah di tembak. Selain itu,

sebutir bom tangan yang dilemparkan di tengah-tengah orang ramai yang menyaksikan

pertunjukkan sarkas di Kampar Perak pada 5 Julai 1949 telah membunuh empat orang dan

mencedarakan 46 orang yang lain termasuk kanak-kanak dan wanita. Di antara yang terbunuh

adalah wanita yang mengandung. Tindakan ini telah menyebabkan kesengsaraan yang cukup

besar terhadap masyarakat Malaya pada ketika tersebut yang memberikan kesan kepada

kehidupan mereka sendiri.26

6.0 Tokoh Parti Komunis Malaya

6.1 Abdullah C.D ( Che Dat bin Anjang Abdullah)

Abdullah C.D merupakan salah seorang tokoh perjuangan kemerdekaan yang ulung.

Beliau pernah mendapat pendidikan di Clifford School, Kuala Kangsar. Pemikiran beliau

yang cerdas terbuka, menyebabkan beliau menerima pengaruh progresif dari bangku sekolah

lagi terutamanya guru-guru yang demokratik, ahli-ahli KMM dan tokoh veteran Indonesia.

Demi memperjuangkan kemerdekaan tanah air, beliau telah menyertai KMM, PKMM dan

PKM. Rakan seperjuangan yang lain termasuklah DR. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad

26 Wan Hamzah Awang (1994). Baling membuka jalan damai, hlm. 134-135

Page 15: Assignment Komunis (2)

Boestaman, Ishak Haji Mohamad, Mustapha Hussein dan lain-lain.27 Mei 1949, beliau telah

mengasaskan dan memimpin Rejimen ke-10 yang merupakan satu-satunya pasukan Melayu

yang berjuang menentang penjajahan British secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air.

Pada tahun 1985, beliau telah dipilih sebagai Pengerusi PKM.28

Abdullah C.D atau nama sebenarnya Cik Dat bin Anjang Abdullah. Lahir di Lambor

Kiri , Daerah Parit , Perak Darul Ridzuan pada bulan Oktober tahun 1923.29 Emaknya

bernama Halimah. Bapanya merupakan seorang petani manakala ibunya seorang suri rumah.

Beliau mempunyai dua orang adik-beradik iaitu seorang kakak dan beliau sendiri.30 Gelaran

Abdullah C.D digunakan oleh beliau selepas perang sewaktu beliau terlibat dalam gerakan

buruh dan PKMM. Abdullah C.D mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lambor,

Parit dan tamat Darjah Lima. Beliau menyambung persekolahannya di Sekolah Inggeris

Clifford dan belajar sehingga Darjah 7 sahaja kerana tercetusnya perang. Faktor yang

mempengaruhi beliau terlibat dalam gerakan adalah berpunca daripada bapanya sendiri, guru-

guru dan kegiatan di sekolah setelah berdirinya Kesatuan Melayu Muda (KMM).31 Semasa di

sekolah Inggeris Clifford, seorang guru besar iaitu Mr. Lewis menjelaskan kepada beliau

tentang keburukan kapitalisme dan menyuruh Abdullah C.D membaca buku-buku Marx dan

belajar falsafah Marxis.32 Menurut Abdullah C.D, falsafah Marxis 33 merupakan satu senjata

yang terbaik dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Kaum komunis, nasionalis dan agama telah bersatu untuk untuk melawan penjajah

termasuk PKM dan PKMM di Malaya turut berkerjasama. Dr. Burhanuddin merupakan rakan

perjuangan rapat beliau, yang merupakan seorang tokoh agama yang berpandangan jauh.34

Ramai tokoh agama yang menyokong perjuangan bersenjata untuk melawan penjajah

terutamanya Rejimen ke-10. Perjuangan perajurit Rejimen ke-10 dianggap sebagai jihad

untuk memperjuangkan tanah air dan agama. Abdullah C.D menyatakan terdapat dua

perkembangan penting dari segi perjuangan rakyat. Pertama, PKM yang ditubuhkan tahun

27 Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaie hj. Hamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob dan Mohamad Rodzi abd Razak. (2011). Jurnal Melayu: Pengaruh Nasionalisme Melayu Mewarnai Budaya Politik Melayu dalam UMNO. Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 205.28 Ibid., hlm. 10.29 Kamaruddin M. Said, (2011). Jurnal Akademika. Pilihan Rasional : Abdullah C.D, Pemimpin Komunis Melayu. University Kebangsaan Malaysia. hlm. 12.30 SIRD (2005). Islam Melayu Komunis : Wawancara dengan Abdullah C.D, Rashid Maidin, Abu Samah. Petaling Jaya :Perpustakaan Universiti Malaya, hlm. 10.31 Ibid., hlm. 11.32 Ibid., hlm. 12.33 Kamaruddin M. Said, (2011). Jurnal Akademika. Pilihan Rasional : Abdullah C.D, Pemimpin Komunis Melayu, hlm. 10.34 Ibid., hlm 13.

Page 16: Assignment Komunis (2)

1930 telah menyusun sebahagian rakyat melancarkan perjuangan. PKM mempunyai

pengaruh yang luas di kalangan orang Cina. Untuk melawan Jepun, PKM telah menubuhkan

Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) dan melancarkan perang gerila. Selain itu,

PKM juga bekerjasama dengan British untuk mendapatkan bekalan senjata. Kedua, semasa

awal pendudukan Jepun, KMM dibenarkan bergerak secara terbuka dan bekerjasama dengan

Jepun untuk melawan British untuk kemerdekaan Malaya. Pada tahun 1942, KMM telah

diharamkan oleh Jepun kerana Mustapha Hussein telah membuat tuntutan merdeka kepada

pihak Jepun. Abdullah C.D dan kawan-kawan KMM cawangan Lambor juga menandatangani

surat tuntutan tersebut.35

Selepas perang tahun 1946, Abdullah C.D menjadi Setiausaha Jabatan Kerja Melayu

Jawatankuasa Pusat PKM, yang bertanggungjawab atas kerja Melayu dalam PKM serta

gerakan massa Melayu. Gerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu selepas perang lebih

bergelora. Cita-cita KMM diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang

ditubuhkan Oktober 1945 dianggotai bekas pemimpin dan anggota KMM. Kongres kedua

PKMM di Melaka, Abdullah C.D telah dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat dan Biro

Politiknya.36

6.2 Rashid Maidin (Abdul Rashid bin Maidin)

Rashid Maidin adalah seorang pejuang kemerdekaan yang ulungf berasal daripada

kaum buruh. Akhir tahun 1930-an, beliau melibatkan diri dalam perjuangan menentang

penjajah British. Pada tahun 1955, beliau ikut serta dalam Rundingan Baling yang

berlangsung anatara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan pemerintahan sendiri

Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Rashid Maidin telah dilahirkan pada bulan

Oktober tahun 1917 dan meminati muzik asli sejak kecil lagi. Beliau dilahirkan di Kampung

Gunung Mesah, Gopeng, Perak.37 Datuk dan nenek beliau berasal dari Rawa, Sumatera.

Beliau mempunyai lapan orang adik-beradik, tujuh lelaki dan satu perempuan serta

merupakan anak yang paling tua. Rashid Maidin belajar di Sekolah Melayu Gunung Panjang,

Gopeng dan lulus Darjah Lima. Pada sebelah petang, beliau belajar agama di Madrasah

Kampung Gunung Mesah dan tahun 1928 selepas menamatkan persekolahan beliau bekerja.

Sewaktu berusia 12 tahun, beliau ke Tapah bekerja dengan bapa saudaranya dan beliau

belajar bahasa Inggeris dengan seorang mubaligh yang menyebarkan agama Kristian di

35 SIRD (2005). Islam Melayu Komunis : Wawancara dengan Abdullah C.D, Rashid Maidin, Abu Samah, hlm. 18.36 Ibid., hlm. 19.37 Ibid., hlm. 55.

Page 17: Assignment Komunis (2)

kalangan orang asli. Semasa berusia 16 tahun, beliau menjadi magang di stesen janakuasa

elektrik milik Perancis. Kemudian, beliau bekerja dengan Talam Mines Company Limited

dan tahun 1938 beliau mengambil ujian Electrical Chargeman dan mendapat Sijil Kelas 1

serta dibayar upah RM60 sebulan.

Penglibatan beliau dalam politik bermula sejak pengaruh Perang Maharajalela. Rashid

Maidin telah melibatkan dirinya dalam kegiatan berorganisasi sejak tahun 1937 dengan

menjadi anggota Persatuan Drebar-Drebar Melayu Perak. Pada tahun 1939, beliau bekerja di

Tanjung Tualang dan menjadi ahli kesatuan sekerja Kinta Mining Workers Association.

Rashid Maidin diterima menjadi anggota PKM pada penghujung tahun 194138. Semasa

pendudukan Jepun, beliau terus bekerja di lombong kapal korek Tanjung Tualang yang

dipegang oleh Jepun. Beliau telah membuat propaganda secara rahsia di kalangan buruh

dengan mendedahkan tentang kezaliman Jepun. Rasih Maidin membuat pakatan mengambil

bijih di lombong waktu malam dan menjual kepada pemborong.39 PKM telah melancarkan

gerakan menentang kelaparan dan mengemukakan beberapa tuntutan kepada British.

Tuntutan pertama adalah memberi wang RM 10 seorang untuk menggantikan wang Jepun

yang sudah tidak laku lagi. Kedua, memberi pekerjaan kepada kaum penganggur, ketiga

mengubati orang sakit dan keempat segera menghantar makanan ke Malaya dan berikan

kepada orang ramai. Beliau dan ahli Parti telah mengadakan kegiatan masak nasi kawah

untuk orang ramai dan menimbulkan kemarahan kepada British. British menghantar seorang

pegawai tinggi dari Kuala Lumpur untuk mengugut Rashid Maidin dan ahli yang lain.40

Rundingan Baling yang disertai Rashid Maidin bersama Chin Peng dan Chen Tien 41

bertujuan untuk mencari jalan bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu daripada British

serta menamatkan perang yang dilancarkan oleh British 20 Jun 1948. PKM juga menyokong

rombongan Tunku pergi ke London untuk berunding dengan British bagi mendapatkan

kemerdekaan. Rashid Maidin ditangkap selepas Darurat diisytiharkan Julai 1948 di Labu

Kubung, Sungai Manik, Perak. Beliau dipenjarakan di Taiping selama enam bulan. Sewaktu

di kem tahanan di Pulau Jerejak, beliau bersama yang lain menubuhkan jawatankuasa mogok

menentang peraturan penjajahan British kerana tidak membenarkan mereka membeli barang

makanan dari luar atau menerima dari rumah. Rashid Maidin dituduh sebagai komunis.

38 Kamaruddin M. Said, (2011). Jurnal Akademika. Pilihan Rasional : Abdullah C.D, Pemimpin Komunis Melayu, hlm. 12.39 SIRD (2005). Islam Melayu Komunis : Wawancara dengan Abdullah C.D, Rashid Maidin, Abu Samah, hlm. 58.40 Ibid., hlm. 59.41Shaari Isa, (2009). ReleaseMe Back To The Sea. Volume 1. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, hlm. 184.

Page 18: Assignment Komunis (2)

Kemudian, beliau dihantar ke Tanjung Beruas, Melaka. Penjara Tanjung Beruas lebih buruk

dari Pulau Jerejak kerana setiap pagi mereka dipaksa mengangkut najis dan mencuci tandas.

Rashid Maidin dan kawannya melancarkan mogok lapar dengan membuat tuntutan supaya

diberhentikan mengangkut najis sendiri dan membenarkan mereka mendirikan madrasah. 42

Rashid Maidin telah melarikan diri tahun 1952 setelah tiga tahun di penjara. Beliau telah

bergabung dengan pasukan gerila dan dibawa untuk bertemu dengan Jawatankuasa Pusat

PKM dan Rejimen ke-10. Selain itu, beliau pernah memimpin Pasukan Kawasan Khas.43

6.3 Chin Peng (Ong Boon Hua)

Chin Peng dilahirkan 21 Oktober 1924, merupakan seorang ketua Parti Komunis

Malaya. Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan.

Ayahnya datang dari negara China dan akibat kemelesetan ekonomi 1930.44 Semasa kecil,

Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di

negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong.

Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis

berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan.

Namun, buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya

kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian

menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya dan dia turut

menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi

menentang Jepun di Tanah Melayu ketika berumur 18 tahun.45 Chin Peng memimpin

MPAJA atau Malayan People Anti-Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang

tentera Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Service dan MI6) yang di hantar ke hutan

Perak, telah memberi bantuan senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi

memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera

Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng

dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana

42 SIRD (2005). Islam Melayu Komunis : Wawancara dengan Abdullah C.D, Rashid Maidin, Abu Samah, hlm. 63.43 Ibid., hlm. 67.44 C.C. Chin dan Karl. Hack. (2004).Dialogues with Chin Peng : New Light On The Malayan Communist Party. Singapura : Singapore University Press, hlm. 3.45 Ibid., hlm. 4.

Page 19: Assignment Komunis (2)

sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi

tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British

dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan

maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah

Melayu.Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti

Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah

perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya. 46 Di bawah

pimpinannya, Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-

ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu.

Lantaran itu, ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini

membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan

orang Melayu.

Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia Dua dan taktik komunis yang

membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang

Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai

perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan

bukan untuk kemerdekaan Malaya. Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada

masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan

diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan

Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng

enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti

lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak

sebagai sebuah parti politik yang sah.47 Parti Komunis Malaya enggan berdamai, Tunku

Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di

Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan

runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin merosot. Selepas

1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara

Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti

46 Boon Kheng Cheah. (2003). Red Star Over Malaya : Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941-1946, hlm. 92.47 Ooi Keat Sin. (2004). Southest Asia : A Historical Encyclopedia from Angkor Wat to Timor. R-Z- Vollume 3. America : ABC-CLIO, Inc, hlm. 331.

Page 20: Assignment Komunis (2)

Chin Peng dan Rashid Maidin memilih untuk menetap di sebuah perkampung khas di Yala,

Thailand.48

7.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kebangkitan Bintang Tiga menunjukkan pro dan kontra

terhadap politik Malaya pada abad yang ke-20. Dasar pro-Barat dan anti-Komunis oleh

Tunku Abdul Rahman pada ketika itu membuatkan Parti Komunis Malaya ini mendapat

tentangan yang hebat daripada orang Malaya itu sendiri, tambahan pula campurtangan British

terhadapa penentangan Komunis merancakkan lagi penghapusan Parti Komunis Malaya di

Malaya. Bagi Parti Komunis pula tindakan mereka itu adalah untuk menuntut kemerdekaan

sedangkan kita tahu bahawa terdapat berbagai rejimen yang ada dalam Parti tersebut bagi

mencapai cita-cita politik mereka, mungkin juga rejimen yang berada dalam kelompok

Melayu adalah untuk menuntut kemerdekaan namun bergeraka atas nama Komunis

disebabkan terpengaruh dengan tindakan ideology Komunis dalam menuntut kemerdekaan

melalui senjata dan kekerasan.

48 Abu Samah Mohd Kassim. (1996). Sejarah dan Perjuangan Kemerdekaan. Hong Kong: Nan Dao Publisher, hlm. 264

Page 21: Assignment Komunis (2)

Bibliografi

Cheah Boon Kheng.(2003).Red Star Over Malaya:Resistence and Social Conflict During and After the Japanese Occupations of Malaya 1941-1946.Singapura:Singapore University Press.

Chin, Aloysius (1994). The Comunist Party of Malaya; The inside story. Kuala Lumpur: Vinpress Sdn. Bhd.

Ishak Saat (2010). Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian Jounal of History, Politics and Strategics, Vol.37: 68-85

Ishak Saat (2011). Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia

Hoo Hui Ling (2006). “Suasana di Tanah Melayu pada zaman darurat”, dalam Mohamad Redzuan Othman ed., Sejarah pembangunan Negara Malaysia. Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Ramlan Hamzah (1973). Parti Kominis Malaya: Penubuhan, peranan dan implikasinya. Bangi: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia 1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan.

Mohd. Reduan Hj. Aslie.(1993).Pemberontakan bersenjata komunis di Malaya.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Wan Hamzah Awang (1994). Baling membuka jalan damai. Kajang: Masa Enterprise.

Arkib Negara Malaysia. Diperoleh pada 26-27 September 2011 daripada http://www2.arkib.gov.my