Upload
mentarihidup
View
153
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i) Kenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid
ii) Merancang tindakan penambahbaikan
Oleh :
Hafizah binti Zakaria
890622-11-5222
BAHAGIAN i : KENALPASTI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
MURID
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan
tidak merujuk kepada seni lain iaitu seni muzik, seni teater, seni sastera, seni
mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam
proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kurikulum
Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,
membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan dan kraf
tradisional.
Pemerhatian telah dijalankan terhadap murid-murid tahun 5 dalam bidang
membentuk dan membina. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini
menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk,
ruang, stuktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek-aspek tersebut murid
dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk atau membina sesuatu
model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid
dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa
menjalankan proses penghasilan seni. Walaubagaimanapun, saya telah mengesan
beberapa masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid ini ketika aktiviti
membentuk dan membina dijalankan. Antara masalah yang dihadapi ialah :
1) Murid tidak membawa peralatan dan bahan yang diperlukan
Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar. Hal ini
kerana terdapat segelintir murid yang tidak membawa peralatan dan bahan
diperlukan untuk menjalankan aktiviti membentuk dan membina yang telah
dirancangkan oleh guru. Alasan yang sering diberikan oleh murid ialah mereka
terlupa dan tertinggal bahan-bahan tersebut di rumah. Masalah ini turut
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu kerana murid-
murid yang tidak membawa alat dan bahan ini telah mengganggu rakan sekelas
yang lain.
2) Murid keliru dengan pemilihan warna
Murid-murid ini menghadapi masalah dalam penggunaan warna harmoni, warna
penggenap dan warna sewarna. Hal ini kerana mereka masih keliru dengan
penggunaan warna-warna ini. Penggunaan warna adalah penting kerana warna
merupakan salah satu daripada unsur seni. Penggunaan warna-warna yang
tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood
dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk
kepada prinsip-prinsip dan batasannya. Tujuan penggunaan warna adalah untuk
memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna
antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.
3) Masa aktiviti yang dijalankan tidak mencukupi
Penggunaan masa yang tidak mencukupi sering dihadapi oleh murid semasa
menjalankan aktiviti Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat apabila murid
tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam waktu yang telah
ditetapkan. Ini menyebabkan murid terpaksa menyiapkan tugasan tersebut di
rumah. Seringkali juga murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan semasa
di rumah dan ini menyebabkan guru terpaksa memberi teguran kepada murid
dan mengambil masa tambahan yang lain supaya murid menyudahkan tugasan
tersebut.
4) Murid tidak dapat membuat apresiasi seni terhadap aktiviti yang dijalankan
Aspek apresiasi ini melibatkan pernyataan dan unsur afektif yang mana terdapat
dua jenis utama aktiviti apresiasi. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini
memerlukan operasi logik seperti mentaksir, menilai dan menjelaskan. Dalam
apresiasi seni ini dapat menilai tahap kognitif dan kefahaman murid terhadap
aktiviti yang telah dijalankan. Namun, murid-murid ini menghadapi masalah
dalam memahami nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai sosio-
budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Selain itu, pemerhatian juga
mendapati masalah yang dihadapi oleh murid saya ialah dari segi
menghubungkaitakn diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain
berdasarkan persepsi visual. Bagaimanapun, murid-murid ini dapat menyatakan
perasaan dan penghargaan terhadap seni yang dilakukannya.
5) Murid tidak berminat terhadap aktiviti yang dijalankan
Masalah lain yang timbul dalam pembelajaran Pendidikan Seni dalam kalangan
murid-murid ialah kurang berminat terhadap aktiviti yang dijalankan. Hal ini
dapat dikesan apabila murid melakukan aktiviti dengan sambil lewa dan tidak
menunjukkan kekemasan terhadap hasil seni yang dilakukan. Seperti yang kita
tahu, setiap orang mempunyai bakat ataupun kecerdasan yang berbeza.
Seperti yang dinyatakan oleh Howard Gardner dalam Teori Kepelbagaian
Kecerdasannya. Ianya mengatakan bahawa terdapat sembilan kecerdasan bagi
setiap manusia iaitu kecerdasan logik matematik, muzik, kinestetik, naturalis,
verbal linguistik, interpersonal, intrapersonal, visual ruang dan eksistensialisme.
Seni termasuk dalam kecerdasan ruang visual dan ada juga naturalis yang
mana memerlukan kepekaan terhadap alam sekeliling. Begitu juga halnya bagi
murid. Setiap dari mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Maka
dengan itu minat mereka juga berbeza-beza. Tidak ramai yang berbakat dalam
bidang seni. Ini kerana mungkin mereka mempunyai bakat dalam bidang lain
dan lebih meminatinya berbanding seni.
6) Sikap murid
Selain itu, sikap murid yang menganggap subjek pendidikan seni ini adalah
leceh dan menyusahkan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh murid.
Ini kerana dalam tugasan pendidikan seni, murid dikehendaki membawa alatan
dan bahan-bahan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Kos penyediaan alatan dan bahan juga turut menjadi faktor. Malah ada
yang beranggapan bahawa wang yang digunakan untuk membeli alatan seni
adalah lebih baik digunakan untuk membeli barangan keperluan lain.
7) Portfolio yang tidak dikemaskini
Murid-murid juga gagal mengemaskini portfolio merupakan masalah yang sering
dihadapi oleh murid. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid tidak memasukkan
hasil tugasan seni mereka ke dalam portfolio. Ini menyebabkan kesukaran
kepada guru untuk membuat penilaian terhadap murid-murid terhadap hasil
tugasan seni mereka. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu
koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan
pencapaian seseorang murid dalam satu atau lebih bidang pelajaran. Oleh itu,
portfolio adalah penting kerana mengandungi koleksi hasil kerja murid sebagai
bahan bukti mereka menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
BAHAGIAN ii : TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan
Seni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, bermaksud seni tampak yang
bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif,
berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan
menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan.
Oleh itu, penilaian dibuat untuk mengetahui tahap pencapaian murid. Menurut
Kamus Dewan, 1994:930, penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai,
menaksir. Justeru penilaian ialah suatu proses yang berterusan bagi mendapatkan
maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada muird dalam aspek
pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna. (Abu Bakar
Nordin,1990:4). Proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain memastikan murid-murid tidak
tergelincir daripada mengikuti sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Adalah
penting usaha membentuk murid mencakupi segala aspek ini sentiasa dikaji bagi
memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang dijalankan dapat memenuhi
kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu penilaian
merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan bermanfaat yang perlu dilakukan
seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P).
Bagi penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid pada
pembelajaran pada masa akan datang, saya telah mencadangkan beberapa
penambahbaikan. Antaranya ialah
1) Guru menyediakan alat dan bahan tambahan yang diperlukan
Sebagai guru, kita perlu bersedia terhadap perkara yang dilakukan oleh
murid-murid. Seringkali murid tertinggal bahan dan alat yang dipesan oleh
guru ketika sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual. Ini menyebabkan murid
tersebut tidak dapat mengikuti pembelajaran selain menganggu rakan yang
lain untuk belajar. Oleh itu, sebagai langkah mengatasi masalah tersebut ialah
guru perlu menyediakan alat dan bahan tambahan supaya semua murid
dapat menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama.
Walaubagaimnapun, guru perlu membuat teguran atau denda terhadap murid
yang tidak membawa peralatan Pendidikan Seni ke sekolah sebagai salah
satu ingatan kepada murid-murid yang lain supaya tidak mengulangi
kesalahan tersebut. Selain itu, penggunaan bahan terbuang dan benda-
daripada alam sekitar untuk menghasilkan seni memudahkan murid-murid
untuk menyediakan dan tidak memerlukan kos.
2) Penggunaan ton warna
Penggunaan warna adalah penting kerana penggunaan warna tertentu dalam
sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat
seseorang yang melihatnya. Oleh itu, guru perlu mendedahkan murid-murid
terhadap penggunaan warna. Sebagai contohnya, warna premier, warna
sekunde dan warna tertier. Selain itu, warna lain yang sering kali digunakan
ialah warna sejuk dan warna panas.
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid
terhadap aspekseni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspektersebut murid akan dapat memahami dengan
lebih jelas bila mereka membentuk danmembina sesuatu model. Sebelum
membina sesuatu model atau membentuk sesuatubinaan, pelajar harus
didedahkan dahulu dengan sesuatu benda yang konkrit ataumaujud supaya
pelajar dapat melihat dan membuat pemerhatian yang spesifik terhadapmodel
objek tersebut. Sebagai contoh pelajar diberikan model boneka, mereka
akanmenilai saiz boneka tersebut, struktur yang terlibat, bentuk yang
diperlukan danmemastikan sama ada boneka tersebut stabil atau tidak.
Pemerhatian secara aktif ini perlu supaya murid dapat membina
imaginasi konsep tersendiri seterusnya menggunakan pengetahuan hasil
pemerhatian tadi untuk membuatmodel atau boneka mereka sendiri. Hal ini
dapat dirujuk kepada Teori Permodelan Albert Bandura iaitu pembelajaran
melalui proses peniruan.Dalam bidang membentuk dan membuat binaan,
interaksi dengan alat danbahan amatlah penting untuk menghasilkan sesuatu
produk yang berkualiti. Sebagaicontoh, untuk membuat sesuatu origami yang
kemas dan sempurna memerlukan kertasyang baik dan sempurna agar
hasilnya memberangsangkan. Disamping itupenggunaan alat dan bahan
haruslah disesuaikan dengan teknik yang betul supayamenjamin mutu dan
kualiti bahan. Sebagai contoh, untuk menghasilkan sesuatu origamiseperti
burung memerlukan kemahiran dan langkah-langkah yang betul
untukmenghasilkan seekor burung yang berasal dari sekeping kertas.
Proses ini akanmemperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran
asas seni visual berhubungdengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-
teknik mudah.Disamping itu semasa berinteraksi dengan alat dan bahan,
murid dapat membuatinterpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
objek yang dilihat. Sebagaicontoh untuk menghasilkan model yang seakan-
akan seperti objek yang sebenar
Apresiasi seni visual secara mudah juga boleh dihayati dalam bidang
seni ini.Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada
murid membuatrujukan pemerhatian kepada objek sebenar. Hasilpemerhatian
seni inilah yang akan digunakan oleh para pelajar untuk membuat
modelmereka sendiri. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yangdilihat dari aspek seni melalui hasil kerja mereka.Hasil
binaan dan rekaan pelajar perlu dipamerkan di persekitaran sekolahataupun
di kelas sebagai tanda penghargaan atas hasil usaha mereka. Dengan cara
inipelajar akan lebih bermotivasi instrinsik untuk mempelajari pendidikan seni
dan seterusnyamembina sifat keyakinan diri yang tinggi dalam diri para
pelajar. Antara kegiatan lainyang boleh dilakukan sebagai tanda apresiasi
ialah seperti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita.
Dalam seni binaan dan rekaan juga kita boleh boleh terapkan nilai
mencintai unsur-unsur tradisi yang terdapat pada bangsa kita seperti binaan
rumah, masjid dansebagainya. Kita mengajar pelajar menghargai seni
warisan bangsa agar identiti Melayu dan warisan Melayu terus terpelihara.
Rendah diri yang keterlaluan. Salah satu daripada gangguan emosi yang
dihadapi oleh murid saya ialah perasaan rendah diri keterlaluan yang lazimnya
disebut inferiority complex. Hal ini dapat dilihaperasaan redah diri mengganggu
mereka mempelajari seni dengan baik. Kadangkala pelajar tersebut sengaja
merendah-rendahkan matlamat prestasinya dalam pembelajaran kerana jikalau
sebenarnya mereka gagal, mereka tidak perlu merasa dukacita.
Walaupun begitu, bakat seni ini bukanlah tidak boleh diasah dan dibina. Ianya
memerlukan latihan yang gigih dan menganggap yang mereka boleh
melakukannya. Apa yang menyebabkan murid tidak minat mata pelajaran seni
ini ialah mereka tiada keyakinan terhadap diri sendiri. Bukan dalam bidang seni
sahaja, dalam bidang lain pun jika murid yakin yang mereka boleh
melakukannya maka mereka pasti dapat hasilnya.
Dalam aktiviti seni membuat bentuk dan binaan, banyak nilai murni yangbolehkita terapkan pada
para pelajar. Sebagai contoh menghargai flora danfauna seperipoko, burung dan lain-lain. Model
sebenar yang diciptakan tuhanadalah makhluk atau ciptaan yang paling sempurna pernah
dijadikan berbandingdengan apa yang dihasilka melalui tangan manusia. Jadi kita harus
mengajar anak didik kita supaya cinta dan sayangkan alam sekitar. Penyerapan nilai
murnimelalui pendekatan eksplisit ini adalah lebih terancang bersesuaian denganmatlamat dan
kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas. Dalam pada itu,terdapat 17 nilai murni yang perlu
diserapkan dalam proses pengajaran danpembelajaran kepada murid
Pembelajaran Pendidikan Seni umumnya untuk membina keupayaan bagi
menghargai dan mendiskriminasi apa yang dilihat oleh mata meliputi
keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak seterusnya
mampu membaca imej-imej visual. Secara tidak langsung dapat
memahami simbol-simbol budaya yang wujud dalam ruang lingkup
kehidupan manusia.
Melalui Pendidikan Seni ini juga dapat membina kemahiran psikomotor
dalam pelbagai kemahiran di samping menyuburkan domain afektif setiap
pelajar, yakni teras kepada kepada pembelajaran Pendidikan Seni itu
sendiri. Justeru untuk mengenalpasti sejauh manakah matlamat pelajaran
ini terlaksana dengan berkesan, perlulah dibuat pengukuran, pengujian
dan penilaian dalam Pendidikan Seni ini.(Raminah Hj Sabran:1991)