16
Makalah ini telah terbit dalam Journal of Computer Science, 2010, jld.6(10):1189-1198 di bawah tajuk Usability Requirements of Formal Verification Tools: A Survey http://www.ftsm.ukm.my/apjitm Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik Vol.1 No. 2, December 2012 e-ISSN:2289-2192 KEPERLUAN KEBOLEHGUNAAN ALATAN PENGESAHBETULAN FORMAL Rozilawati Razali dan Paul Garratt ABSTRAK Tatatanda formal mengguna simbol dan interpretasi matematik bagi menggambar unsur sistem. Formaliti yang dikenakan oleh tatatanda tersebut memboleh ketepatan dan ketekalan model sistem disah oleh alatan pengesahbetulan. Namun, tatatanda formal secara umum adalah sukar difahami dan diguna. Sebagai instrumen sokongan, alatan pengesahbetulan seharusnya berupaya mengatasi kekangan ini. Kajian ini mempersembah satu kaji selidik yang dilaksana ke atas dua contoh alatan pengesahbetulan yang menyokong tatatanda formal iaitu ProB dan B-Toolkit. Kaji selidik ini bertujuan mengenal pasti ciri kebolehgunaan yang perlu ada pada sesuatu alatan pengesahbetulan. Kaji selidik ini mengguna rangka kerja Cognitive Dimensions of Notations (CD) dan beberapa kriteria yang dicadang oleh piawaian International Organization for Standardization (ISO) sebagai instrumen kajian. Enam puluh tiga peserta memberi maklum balas terhadap kajian ini. Data dianalisis mengguna pendekatan Grounded Theory. Analisis ini memboleh pengenalpastian ciri abstrak dan sifat yang membentuk garis panduan bagi mereka bentuk alatan pengesahbetulan yang berguna. Garis panduan ini meliputi tiga kategori ciri utama iaitu Antara muka, Utiliti dan Pengurusan Sumber. Ciri tersebut diperinci dengan penyataan sifat dan dimensi khusus pelaksanaannya. Garis panduan ini boleh diguna sebagai rujukan oleh pereka bagi mereka bentuk alatan pengesahbetulan yang menggalak penggunaan tatatanda formal. Kata Kunci: Keperluan kebolehgunaan, Alatan pengesahbetulan formal, Kajian empirikal. ABSTRAK Formal notations employ mathematical symbols and interpretation to illustrate system elements. The formality imposed by the notations allows the accuracy and consistency of a system model to be confirmed by verification tools. Formal notations on the other hand are difficult to understand and use by most users. As supporting instruments, verification tools are expected to be as usable as possible to overcome this limitation. This study presents a survey conducted on two instances of verification tools that support formal notations, namely ProB and B-Toolkit. The focus of the survey was to identify the important features that are necessary for verification tools to become usable to users. The survey assessed the tools’ usability based on the Cognitive Dimensions of Notations (CD) framework and several criteria suggested by the International Organization for Standardization (ISO). Sixty-three participants responded to the survey. The data were analyzed by using the Grounded Theory. The analysis enabled the identification of abstract features and properties that formed a design guideline for usable verification tools. The https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

KEPERLUAN KEBOLEHGUNAAN ALATAN ...contoh alatan pengesahbetulan yang menyokong tatatanda formal iaitu ProB dan B-Toolkit. Kaji selidik ini bertujuan mengenal pasti ciri kebolehgunaan

  • Upload
    others

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Makalah ini telah terbit dalam Journal of Computer Science, 2010, jld.6(10):1189-1198 di bawah tajuk

    Usability Requirements of Formal Verification Tools: A Survey

    http://www.ftsm.ukm.my/apjitm

    Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia

    Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik

    Vol.1 No. 2, December 2012

    e-ISSN:2289-2192

    KEPERLUAN KEBOLEHGUNAAN ALATAN PENGESAHBETULAN FORMAL

    Rozilawati Razali dan Paul Garratt

    ABSTRAK Tatatanda formal mengguna simbol dan interpretasi matematik bagi menggambar unsur sistem.

    Formaliti yang dikenakan oleh tatatanda tersebut memboleh ketepatan dan ketekalan model

    sistem disah oleh alatan pengesahbetulan. Namun, tatatanda formal secara umum adalah sukar

    difahami dan diguna. Sebagai instrumen sokongan, alatan pengesahbetulan seharusnya berupaya

    mengatasi kekangan ini. Kajian ini mempersembah satu kaji selidik yang dilaksana ke atas dua

    contoh alatan pengesahbetulan yang menyokong tatatanda formal iaitu ProB dan B-Toolkit. Kaji

    selidik ini bertujuan mengenal pasti ciri kebolehgunaan yang perlu ada pada sesuatu alatan

    pengesahbetulan. Kaji selidik ini mengguna rangka kerja Cognitive Dimensions of Notations

    (CD) dan beberapa kriteria yang dicadang oleh piawaian International Organization for

    Standardization (ISO) sebagai instrumen kajian. Enam puluh tiga peserta memberi maklum balas

    terhadap kajian ini. Data dianalisis mengguna pendekatan Grounded Theory. Analisis ini

    memboleh pengenalpastian ciri abstrak dan sifat yang membentuk garis panduan bagi mereka

    bentuk alatan pengesahbetulan yang berguna. Garis panduan ini meliputi tiga kategori ciri utama

    iaitu Antara muka, Utiliti dan Pengurusan Sumber. Ciri tersebut diperinci dengan penyataan sifat

    dan dimensi khusus pelaksanaannya. Garis panduan ini boleh diguna sebagai rujukan oleh pereka

    bagi mereka bentuk alatan pengesahbetulan yang menggalak penggunaan tatatanda formal.

    Kata Kunci: Keperluan kebolehgunaan, Alatan pengesahbetulan formal, Kajian empirikal.

    ABSTRAK

    Formal notations employ mathematical symbols and interpretation to illustrate system elements.

    The formality imposed by the notations allows the accuracy and consistency of a system model to

    be confirmed by verification tools. Formal notations on the other hand are difficult to

    understand and use by most users. As supporting instruments, verification tools are expected to

    be as usable as possible to overcome this limitation. This study presents a survey conducted on

    two instances of verification tools that support formal notations, namely ProB and B-Toolkit.

    The focus of the survey was to identify the important features that are necessary for verification

    tools to become usable to users. The survey assessed the tools’ usability based on the Cognitive

    Dimensions of Notations (CD) framework and several criteria suggested by the International

    Organization for Standardization (ISO). Sixty-three participants responded to the survey. The

    data were analyzed by using the Grounded Theory. The analysis enabled the identification of

    abstract features and properties that formed a design guideline for usable verification tools. The

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

    http://www.ftsm.ukm.my/apjitm

  • 38

    guideline includes three main categories of feature; Interface, Utilities and Resources

    Management. The features are further elaborated through the specification of specific properties

    and dimensions for implementation. The guideline could act as a roadmap for tool designers to

    design verification tools that promote the use of formal notations.

    Key words: Usability requirement, Formal verification tools, Empirical study.

    1. PENGENALAN Model konsepsi menetapkan ciri sistem sedia ada dan masa hadapan. Model tersebut

    kebanyakannya dihasil melalui penggunaan tatatanda permodelan khusus. Antara contoh

    tatatanda sedia ada termasuklah tatatanda grafik seperti Entity-Relationship Diagram (ERD)

    (Chen, 1976) dan Unified Modeling Language (UML) (Object Management Group, 2012) serta

    tatatanda formal seperti Z (Spivey, 1992) dan B (Abrial, 1996). Selain daripada itu, terdapat juga

    tatatanda yang menggabung kedua-duanya seperti UML dan Z (Martin, 2003) dan UML dan B

    (Snook & Butler, 2006).

    Tatatanda grafik mengguna objek visual manakala tatatanda formal mengguna simbol

    dan penterjemahan matematik bagi menggambar sistem yang dibina. Formaliti yang dikenakan

    oleh tatatanda formal memboleh sesuatu model ditentusah secara sistematik oleh alatan

    pengesahbetulan yang direka khusus untuk meningkat kepersisan dan ketekalan model. Sebagai

    contoh, tatatanda B mengguna alatan pengesahbetulan seperti ProB (Leuschel & Butler, 2008),

    Atelier-B (ClearSy, 2011) dan B-Toolkit (B-Core, 2002). Proses penentusahan bermula apabila

    keperluan sistem dinyata sebagai model konsepsi dengan mengguna tatatanda formal. Model

    tersebut seterusnya disalur ke dalam alatan pengesahbetulan bagi penyemakan sintaks dan

    semantik.

    Walaupun berupaya meningkat kepersisan dan ketekalan model, tatatanda formal

    dianggap sukar difahami oleh pengguna (Carew et al., 2005). Secara tidak langsung, alatan

    pengesahbetulan diharap dapat mengatasi halangan ini. Ini bermakna alatan pengesahbetulan

    bukan sahaja seharusnya menyokong penggunaan tatatanda formal, tetapi juga meningkat

    penerimaan pengguna terhadap tatanda tersebut. Kajian ini mengemuka kaji selidik yang

    dijalankan ke atas dua contoh alatan pengesahbetulan iaitu ProB dan B-Toolkit. Kaji selidik ini

    bertujuan memeriksa dengan teliti apakah ciri yang perlu bagi menjadikan alatan

    pengesahbetulan mempunyai tahap kebolehgunaan yang diterima pengguna. Kaji selidik ini

    mengguna rangka kerja Cognitive Dimensions of Notations (CD) (Green, 1989; Green & Petre,

    1996) dan beberapa kriteria kebolehgunaan yang dicadang oleh piawaian International

    Organization for Standardization (ISO) (ISO 9126-1, 2001) sebagai instrumen. Instrumen ini

    diguna sebagai alat perantara bagi mengenal pasti ciri umum, bukan untuk menilai

    kebolehgunaan alatan tersebut secara individu.

    2. LATAR BELAKANG Kaedah formal ditakrif sebagai pendekatan berasaskan matematik dalam pembangunan sistem

    perisian. Ia dilihat sebagai teknik pencegahan kesalahan yang bertujuan mengurangi pengenalan

    ralat ke dalam sistem. Kaedah tersebut diguna pada peringkat awal pembangunan terutamanya

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 39

    pada peringkat penyataan keperluan sistem. B (Abrial, 1996) adalah contoh kaedah formal yang

    berasaskan matematik untuk permodelan, reka bentuk dan pelaksanaan sistem. Ia memasti

    ketekalan sesuatu model dan menjamin pelaksanaan sistem mengikut permodelan yang dihasil.

    Terdapat dua aktiviti penentusahan utama yang terlibat dalam kaedah B iaitu penyemakan

    ketekalan dan penyemakan penghalusan. Penyemakan ketekalan memasti model sentiasa

    mengekal keadaan sebenarnya manakala penyemakan penghalusan memasti model adalah sahih

    pada setiap peringkat perincian.

    Beberapa alatan industri menyokong aktiviti penentusahan yang melibatkan penggunaan

    kaedah B. Rajah 1 menunjukkan contoh antara muka alatan pengesahbetulan industri iaitu B-

    Toolkit (B-Core, 2002). B-Toolkit menjana tetapan bukti dan membuktikannya secara automatik

    dan interaktif. Pembukti automatik mengeluar bukti secara langsung manakala pembukti

    interaktif memerlu campur tangan pengguna bagi melengkapi aktiviti pembuktian. Pembukti

    automatik selalunya mampu membukti sebahagian besar tetapan bukti. Pembuktian selebihnya

    perlu dilakukan secara interaktif oleh pengguna melalui pembukti interaktif. Membukti tetapan

    bukti secara interaktif adalah rumit tetapi dapat memberi lebih pemahaman kepada pengguna

    tentang sifat dan perilaku model yang dibangun.

    Selain daripada industri, terdapat juga alatan pengesahbetulan kaedah B yang dibina

    dalam kalangan komuniti penyelidikan. ProB (Leuschel & Butler, 2008) contohnya menyokong

    penyemakan ketekalan dan penghalusan berautomasi melalui penyemakan model (Model

    Checking) (Clarke et al., 1999). Tidak seperti alatan kaedah B yang lain, ProB mengandungi

    penyemak yang meneroka secara menyeluruh akan perilaku terhingga sesuatu model,

    juruanimasi yang melaksana operasi serta paparan grafik yang mengambar peralihan keadaan

    yang dilalui oleh penyemak model. Alatan ini menjalankan semakan dengan menentusah model

    terhadap sifat tertentu. Ia merentasi setiap keadaan model yang mampu dan mungkin dicapai

    serta menerokai keadaan model yang bermasalah. Animasi memboleh simulasi perilaku sesuatu

    model diperhati. Pengguna diperlihatkan gambaran keadaan semasa, jujukan acara yang

    menyebab keadaan tersebut serta operasi yang dilaksana. Rajah 2 menunjukkan contoh antara

    muka ProB (ProB, 2012).

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 40

    Rajah 1: Antara muka B-Toolkit

    Rajah 2: Antara muka ProB

    3. METOD Kaji selidik ini tidak bertujuan menyiasat setiap contoh alatan pengesahbetulan dan menonjolkan

    kekuatan dan kelemahannya. Ini kerana alatan sedia ada sentiasa menjalani penambahbaikan dan

    alatan baharu turut diperkenal dari semasa ke semasa. Sebaliknya, kaji selidik ini bertujuan

    mengenal pasti ciri asas yang perlu ada pada alatan pengesahbetulan bagi menjadikannya

    berguna. Penerokaan ini dimulai dengan mengguna dua contoh alat pengesahbetulan kaedah

    formal iaitu ProB dan B-Toolkit. Memandangkan kajian ke atas dua contoh berkenaan tidak

    mungkin dapat mendedah semua ciri, hasil penemuan kaji selidik ini dibuka untuk siasatan lanjut

    dan perbincangan masa hadapan untuk perkembangannya.

    Kaji selidik ini bersifat kualitatif yang mana analisisnya adalah berdasarkan tafsiran.

    Analisis ini mengenal pasti ciri yang dipercayai penting bagi memasti kebolehgunaan alatan

    pengesahbetulan melalui pengalaman pengguna. Ia mengambil kira faktor kebolehgunaan

    daripada perspektif pengguna baharu. Pengguna baharu merujuk kepada pembangun perisian

    yang bukan sahaja baru diperkenal kepada alatan bahkan tugasan pengesahbetulan model. Untuk

    mencapai matlamat tersebut, berikut adalah persoalan kajian ini:

    Apakah ciri yang patut tersedia dalam alatan pengesahbetulan untuk

    menjadikannya berguna (mudah difahami, boleh dipelajari, mudah dikendali dan

    menarik) kepada pengguna baharu?

    Instrumen kajian ini adalah berdasarkan rangka kerja Cognitive Dimensions of Notations

    (CD) (Green, 1989; Green and Petre, 1996). CD mengandungi empat belas dimensi seperti yang

    disenarai dalam Jadual 1. Selain dimensi CD, beberapa kriteria kebolehgunaan piawaian ISO

    juga diambil kira iaitu mudah difahami, boleh dipelajari, mudah dikendali dan menarik. Dimensi

    CD dan kriteria kebolehgunaan piawaian ISO ini bertindak sebagai pemboleh ubah kajian.

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 41

    Jadual 1: Cognitive Dimensions (Green, 1989)

    Dimensi Penerangan

    Abstraction gradient Tahap mekanisme pengkelasan yang dikuatkuasa oleh tatatanda

    Closeness of mapping Pemetaan di antara tatatanda dan domain masalah

    Consistency Semantik yang serupa dipersembah dalam sintaks yang serupa

    Diffuseness Kekompleksan atau bahasa tatatanda yang berjela untuk menyampai

    maksud

    Error-proneness Kecenderungan tatatanda untuk melakukan kesilapan

    Hard mental operations

    Kadar pemprosesan mental yang diperlu oleh pengguna bagi

    memahami tatatanda dan menjejaki apa yang sedang berlaku

    Hidden dependencies Hubungan di antara dua entiti yang bergantung tetapi

    kebersandarannya tidak kelihatan sepenuhnya

    Premature commitment Pembuatan keputusan sebelum maklumat yang diperlu disedia dan

    kekangan aturan tugasan

    Progressive evaluation Kebolehan menilai kerja semasa pada bila-bila masa

    Provisionality Kelenturan tatatanda untuk pengguna bermain dengan idea

    Role-expressiveness Tujuan entiti dan hubungannya dengan seluruh komponen adalah

    nyata dan boleh dikaitkan secara langsung

    Secondary notation Keupayaan mengguna tatatanda selain daripada semantik rasmi bagi

    menyampai maklumat atau maksud tambahan

    Viscosity Kadar usaha yang diperlu untuk melakukan perubahan

    Visibility/juxtaposibility

    Keupayaan melihat setiap komponen secara serentak atau melihat dua

    komponen yang berkaitan seiringan pada satu masa

    CD dipilih kerana merupakan alatan penilaian kebolehgunaan artifak berdasarkan

    maklumat (Green & Blackwell, 1998). Sebagai alatan kebolehgunaan, CD bertumpu kepada

    proses penggunaan artifak serta persekitarannya daripada pandangan pengguna. Sungguhpun

    kajian ini mengkhusus ke arah persekitaran alatan daripada artifak, pemilihan CD adalah sesuai

    dan relevan. Ini kerana alatan pengesahbetulan seperti ProB dan B-Toolkit direka untuk

    menyokong artifak yang menerang fungsian perisian. Alatan tersebut berinteraksi secara aktif

    dengan artifak bagi memasti ia menyatakan fungsian dengan tepat dan tekal. Oleh yang

    demikian, agak janggal mengkaji alatan tanpa mengambil kira artifak yang berinteraksi bersama

    dengannya. Artifak dalam konteks ini bermaksud model konsepsi yang mengandungi maklumat

    dalam bentuk tatatanda formal.

    Terdapat beberapa pendekatan yang berbeza bagi menganalisis data kualitatif (Cassell &

    Symon, 1994; Denzin & Lincoln, 1994; Strauss & Corbin, 1998). Kaji selidik ini memilih

    Grounded Theory (Strauss & Corbin, 1998) kerana selari dengan matlamat kajian, sistematik dan

    terpandu. Ia mengandungi prosedur berstruktur bagi menghasil teori berdasarkan kepada

    persoalan kajian yang dinyatakan. Teori dalam kajian ini berupa penyataan ciri alatan

    pengesahbetulan bersama sifat dan dimensi khusus pelaksanaannya.

    Soalan kaji selidik ini dirangka berdasarkan soal selidik CD (Blackwell & Green, 2000).

    Namun, soal selidik CD diubah suai supaya menepati ciri dan persekitaran alatan

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 42

    pengesahbetulan. Kaji selidik ini mengandungi sembilan belas soalan. Empat belas soalan

    mencerminkan empat belas dimensi CD, empat soalan mewakili kriteria kebolehgunaan

    piawaian ISO dan satu soalan cadangan penambahbaikan. Beberapa contoh soalan untuk

    gambaran secara ringkas adalah seperti berikut. Soalan pertama adalah tentang dimensi Visibility

    yang juga berkait dengan kriteria mudah dikendali/menarik ISO. Soalan kedua dan ketiga

    melibatkan dimensi Hard Mental Operations yang berkait dengan kriteria mudah difahami/boleh

    dipelajari ISO. Sebelum soal selidik kajian diedar, kesahan dan ketepatan soalan terlebih dahulu

    dinilai oleh kumpulan fokus. Empat peserta yang merupakan pakar domain terlibat dalam proses

    ini. Sesi tersebut bertujuan mengenal pasti soalan yang tertinggal atau tidak perlu serta

    memperbetul soalan dan arahan yang tidak jelas.

    1. Adakah mudah memapar dan mencari berbagai fungsi dalam ProB/BToolkit ketika anda sedang melakukan permodelan B? Mengapa?

    2. Adakah ProB/BToolkit membenar anda melakukan tindakan yang diingini dengan mudah? Jika tidak, apakah tindakan yang memerlu masa dan usaha yang lebih untuk dilaksana? Mengapa?

    3. Sekiranya anda mengesahbetul model B di dalam ProB/BToolkit, semudah manakah untuk memahami apa yang sedang berlaku? Kenapa?

    Sejumlah 63 daripada 100 orang peserta memberi maklum balas kepada kaji selidik ini

    menjadikan kadar sambutan sebanyak 63 peratus. Mereka ialah pelajar peringkat ijazah

    sarjanamuda dan ijazah sarjana yang mengikuti kursus Sains Komputer dan Kejuruteraan

    Perisian di dua buah universiti di selatan United Kingdom. Satu pertiga penyertaan adalah pelajar

    peringkat ijazah sarjana. Separuh daripada penyertaan adalah pelajar daripada luar United

    Kingdom. Nisbah peserta lelaki dan perempuan adalah 1:4.

    Soal selidik diedar kepada peserta tersebut kerana mereka adalah pengguna bebas ProB

    dan B-Toolkit yang mengguna alatan tersebut buat kali pertama bagi tugasan pengesahbetulan

    model. Para peserta memperoleh pengalaman praktikal mengguna alatan tersebut semasa

    mengambil bahagian dalam kaji selidik ini. Mereka mengguna alatan ini bagi menganimasi dan

    menentusah model yang dibina semasa kursus. Para peserta berada dalam semester akhir kursus

    masing-masing justeru, mempunyai pengalaman dan pengetahuan pembangunan perisian yang

    bersesuaian. Sebahagian daripada pelajar ijazah sarjana mempunyai sekurang-kurangnya satu

    tahun pengalaman industri.

    Penyertaan adalah secara sukarela. Soal selidik disempurna dan diserah pada akhir

    semester. Para peserta dimaklum tentang tujuan penyelidikan. Kaji selidik ini mematuhi dasar

    dan etika menjalankan penyelidikan yang melibatkan peserta manusia. Bahan dan prosedur yang

    digunakan telah disemak dan diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Universiti yang terlibat.

    4. HASIL KAJIAN Kaji selidik ini bertujuan mengenal pasti ciri penting yang harus disedia oleh alatan

    pengesahbetulan bagi menjadikannya berguna kepada pengguna baharu. Untuk mencapai

    objektif ini, kaji selidik ini mengguna pendekatan Grounded Theory bagi menganalisis data.

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 43

    Pendekatan ini memboleh pengkategorian ciri yang berlandaskan sifat dan dimensi. Dimensi CD

    dan kriteria kebolehgunaan piawaian ISO tidak bertindak sebagai ciri, sebaliknya, diguna sebagai

    perantara bagi mengenal pasti ciri melalui penemuan sifat yang kerap muncul dalam data. Dalam

    erti kata lain, CD dan ISO berperanan sebagai alatan bagi analisis umum (broad brush). Andaian

    analisis ini ialah sifat yang kerap muncul adalah yang paling penting dan dijangka oleh

    pengguna. Sifat yang dikenal pasti tidak semestinya mencukupi, namun merupakan syarat

    penting untuk alatan pengesahbetulan berguna.

    Pendekatan Grounded Theory melibatkan tiga peringkat pengekodan dan analisis.

    Peringkat pertama ialah pengekodan terbuka iaitu maklum balas peserta dianalisis berdasarkan

    persoalan kajian dengan mengguna teknik analisis mikro (Strauss et al., 1998). Analisis ini

    bertumpu kepada pengenalpastian kategori ciri utama mengikut kekerapan penemuannya dalam

    data pada situasi yang berbeza. Seterusnya, pengekodan paksi dilakukan dengan mengenal pasti

    hubungan antara kategori melalui perkongsian atau perkaitan sifat. Sifat ditentu berpandu kepada

    persoalan “apa”, “kenapa”, “bagaimana” dan “di mana”. Pengekodan paksi ini melibatkan

    pemikiran induktif dan deduktif secara berterusan dengan membanding persamaan dan

    perbezaan antara sifat setiap kali timbul dalam data. Proses ini berlanjutan sehingga penepuan

    data dicapai iaitu tiada kategori dan sifat baharu yang ditemui. Akhirnya, pengekodan terpilih

    dilakukan dengan memilih satu kategori ciri teras yang mengait semua kategori.

    Melalui pengekodan terbuka dan paksi, beberapa sifat ditemui daripada data. Gabungan

    sifat yang setara memboleh pembentukan beberapa kategori ciri utama. Sifat saling berkait

    antara satu dengan yang lain. Oleh yang demikian, kategori tersebut dihubung melaluinya.

    Terdapat tiga kategori ciri utama yang ditemui iaitu Antara Muka, Utiliti dan Pengurusan

    Sumber. Sifat Utiliti mempunyai hubungan dengan sifat Antara Muka dan Pengurusan Sumber

    secara langsung seperti yang digambarkan dalam Rajah 3. Pengekodan terpilih memboleh Utiliti

    dikenal pasti sebagai kategori ciri teras. Secara ringkasnya, Uiliti merupakan keperluan fungsian

    utama alatan pengesahbetulan. Untuk memasti kebolehgunaan, Utiliti memerlu sokongan Antara

    Muka dan Pengurusan Sumber yang bersesuaian.

    Rajah 3: Hubungan antara Kategori Ciri Kebolehgunaan Alatan Pengesahbetulan

    Utiliti

    Penyuntingan dan Pemformatan

    Semakan/analisis Sintaks

    Animasi

    Penentusahan

    Penjanaan Aturcara

    Antara Muka

    Menu

    Anak Tetingkap

    Dialog

    Pengurusan Sumber

    Saling Kendali

    Pengurusan Fail

    Pengurusan Ralat

    Dokumentasi dalam Talian

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 44

    Setiap sifat mempunyai dimensi yang menerang perilaku khusus. Perenggan berikut

    menerang sifat dan dimensi bagi kategori ciri yang dikenal pasti. Sifat yang berkait antara

    kategori dinyata dalam kurungan dalam jadual Kategori 2 (K2) - Utiliti.

    4.1. Kategori 1 (K1) - Antara Muka Kategori ini merujuk kepada struktur dan organisasi skrin serta utiliti. Jadual 2 menyenarai sifat

    dan dimensi yang perlu.

    Jadual 2: Sifat dan Dimensi “Antara Muka”

    Sifat Dimensi

    Menu Utiliti ditakrif dan dikumpul mengguna tajuk yang terang dan jelas tersendiri

    Utiliti yang disedia mudah dicari dan disimpul daripada tajuk

    Tiada utiliti yang lewah dan tidak diperlukan

    Utiliti diatur dan dikawal oleh aturan tugasan (dibenar bergantung kepada tugasan)

    Utiliti kerap tersedia sebagai arca pada bar alat, kekunci pintasan dan pilihan klik kanan tetikus

    Utiliti sepadan dengan prinsip kaedah formal

    Utiliti sokongan tersedia dan boleh ditetap/diatur/dipilih (cth: tambah nota/komen, pilih keutamaan untuk suntingan/paparan

    model)

    Anak

    Tetingkap Saiz kelebaran anak tetingkap boleh diubah

    Anak tetingkap boleh ditutup/dikecil dan dibuka semula/dibesar Membenar split view untuk melihat bahagian berlainan dalam

    model yang sama

    Membenar cascade/tile atau tab untuk melihat model berlainan

    Membenarkan penatalan Dialog Mengikut piawaian atau amalan biasa dialog (cth: memaklum status

    dan mengesah keputusan)

    Menggunakan butang piawai (cth: untuk mengesah dan untuk menunda/membatal)

    Bukan semua dialog perlu ditutup bagi menerus tugas (cth: tetingkap bantuan dalam talian boleh dipapar dan kekal ketika

    suntingan model)

    Menu mengambil kira persembahan dan susunan utiliti supaya senang dicari dan ditafsir.

    Utiliti sepatutnya ditakrif dan dikelas secara logik dengan tajuk yang mudah, jelas dan tersendiri.

    Tugasan yang terlibat dengan alatan pengesahbetulan kebiasaannya rumit. Oleh yang demikian,

    hanya utiliti yang perlu sahaja patut ditunjukkan. Memandangkan pemodelan formal menetapkan

    peraturan dan jujukan acara tertentu, adalah lebih baik sekiranya utiliti disusun dan dikawal

    dengan tertib khusus. Ini bagi memasti pengguna jelas dengan apa yang perlu dilaku tanpa

    diserabuti dengan utiliti yang tidak perlu. Bagi mempercepat tugasan, utiliti yang kerap diguna

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 45

    seharusnya boleh dicapai melalui penggunaan bar alat dan kekunci pintas selain daripada bar

    menu. Utiliti tersebut juga perlu menggambar sehampir mungkin prinsip kaedah formal supaya

    pengguna boleh mengguna kaedah tersebut dengan lancar. Selain daripada itu, utiliti sepatutnya

    dikawal dengan cara sepatutnya diguna. Oleh kerana pemodelan formal kebanyakannya tegar,

    pengguna sepatutnya diberi utiliti sokongan yang boleh ditetapkan bila diperlu. Ini bagi

    memudah kefahaman terhadap model.

    Anak tetingkap perlu lentur bagi memboleh pengguna melihat bahagian dan model yang

    berlainan. Ciri ini penting ketika melakukan penyuntingan dan pengubahsuaian model. Model

    formal melibatkan penggunaan ruang paparan yang besar. Alatan tersebut hendaklah memudah

    proses paparan bahagian model yang berjauhan atau terpisah. Malah, kaedah formal melibatkan

    beberapa peringkat pembangunan yang mewakili perspektif berbeza. Pengguna selalunya perlu

    membanding model dari berbagai peringkat. Selain boleh melihat beberapa bahagian atau model

    berlainan pada masa yang sama, pengguna seharusnya juga boleh mengubah saiz, membuka dan

    menutup anak tetingkap apabila perlu. Ini bagi mengelak skrin menjadi sesak dengan paparan

    yang banyak.

    Alatan perlu berkomunikasi dengan pengguna ketika operasi dilakukan. Dialog bertujuan

    memberitahu pengguna mengenai tindakan semasa dan akan datang serta memapar maklumat

    sebagai rujukan. Untuk memastikan berguna, dialog sepatutnya tersedia hanya jika diperlu.

    Dialog tersebut perlu mengikut piawaian dan amalan biasa penggunaanya bagi mengelak

    kekeliruan dan kesesakan mental. Tetingkap dialog kebiasaannya memerlu pengguna memilih

    salah satu daripada pilihan atau bebutang sebelum tindakan seterusnya. Namun, ada sesetengah

    tetingkap dialog mengandungi maklumat yang membimbing pengguna semasa proses. Tetingkap

    seperti ini perlu dibiar kekal ketika pengguna sedang melakukan tindakan. Sifat ini penting bagi

    permodelan formal disebabkan kerumitan tugasan tersebut.

    4.2 Kategori 2 (K2) – Utiliti

    Kategori ini merujuk kepada utiliti yang diperlu untuk permodelan formal. Jadual 3 menyenarai

    sifat dan dimensi yang perlu.

    Jadual 3: Sifat dan Dimensi “Utiliti”

    Sifat Dimensi

    Penyuntingan dan

    pemformatan Teks boleh diformat (cth: saiz; warna), disunting (cth: cut; paste;

    undo; redo) dan dicari (cth: find and replace; go to) (K1: Menu)

    Model/Fail boleh diatur dan dimanipulasi (cth: simpan sebagai fail berlainan; cetak) (K1: Menu; K3: Pengurusan Fail)

    Utiliti kerap untuk memformat dan menyunting tersedia pada bar alat dan juga kekunci pintas serta pilihan klik kanan tetikus (K1:

    Menu)

    Tetingkap suntingan adalah luas untuk memapar sebahagian besar model (K1: Anak Tetingkap)

    Maklumat tambahan tidak formal boleh dinyatakan pada model dan keutamaan menyunting boleh ditetapkan (K1:Menu)

    Rujukan tersedia bila diperlu (K3: Dokumentasi dalam Talian)

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 46

    Semakan/analisis

    sintaks Sintaks disemak secara automatik dan segera beserta dengan

    penjelasan kesilapan (cth: hilang kurungan dan tanda baca;

    kesilapan menaip kata kunci dan jenis data) (K1: Dialog; K3

    Pengurusan Ralat)

    Kesilapan sintaks yang tidak dapat diselesai secara automatik dimaklum dengan jelas dan khusus (K1:Dialog; K3: Pengurusan

    Ralat)

    Semakan dilaksana sebelum animasi dan pengesahbetulan (K1: Menu)

    Rujukan tersedia bila diperlu (K3: Dokumentasi dalam talian) Animasi Automatik dan separa automatik dengan maklumat apa yang

    terjadi; Animasi separa automatik dibimbing (K1:Dialog; K3

    Pengurusan Ralat)

    Pendekatan animasi berlainan tersedia untuk melihat animasi dari beberapa perspektif (K1: Menu)

    Mengguna grafik dengan warna kod yang bersesuaian untuk menunjukkan unsur animasi (K1: Menu; K3: Saling Kendali)

    Unsur animasi boleh dilihat dengan mudah (cth: penzuman; paparan secara bersebelahan) dan dimanipulasi (cth: cetak dan

    simpan) (K1: Tetingkap; Menu; K3: Pengurusan Fail)

    Ralat yang ditemui dimaklum dengan jelas dan khusus (K1: Dialog: K3; Pengurusan Ralat)

    Status terkini dan jangkaan kesan dimaklum (K1: Dialog)

    Pematahbalikan adalah dibenar tetapi dibimbing dengan penjelasan (K1: Dialog)

    Rujukan tersedia bila diperlu (K3: Dokumentasi dalam talian) Penentusahan Automatik dan separa automatik dengan maklumat tentang apa

    yang berlaku; Pengesahan separa automatik dibimbing (K1:

    Dialog; K3: Pengurusan Ralat)

    Pendekatan pengesahbetulan berbeza tersedia untuk mengesah model daripada beberapa perspektif (C1: Menu)

    Menggunakan warna yang bersesuaian atau objek untuk menanda dan menonjol unsur/proses (K1: Menu)

    Dilaksana dengan cekap (K3: Saling Kendali)

    Unsur pengesahbetulan dapat dilihat dengan mudah (K1: Anak Tetingkap)

    Ralat yang ditemui diberitahu dengan jelas dan khusus (K1: Dialog; K3: Pengurusan Ralat)

    Status terkini dan jangkaan kesan dimaklum (K1: Dialog)

    Rujukan tersedia bila diperlu (K3: Dokumentasi dalam Talian) Penjanaan Aturcara Model boleh ditukar ke aturcara secara automatik (K3: Saling

    Kendali)

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 47

    Jenis penjanaan aturcara yang berlainan tersedia (K1: Menu)

    Ralat yang ditemui dimaklum dengan jelas dan khusus (K1: Dialog; K3: Pengurusan Ralat)

    Status terkini dan jangkaan kesan dimaklum (K1: Dialog)

    Rujukan tersedia bila diperlu (K3: Dokumentasi dalam Talian)

    Tatatanda yang diguna dalam model formal selalunya dalam bentuk teks. Oleh itu,

    penting bagi pengguna berupaya melakukan penyuntingan dan pemformatan teks. Alatan

    pengesahbetulan secara umum dijangka dapat melaksana operasi yang serupa seperti dalam

    penyunting teks atau aplikasi pemprosesan kata. Penampilan teks sekurang-kurangnya boleh

    ditukar, lokasinya boleh diubah dan dicari serta pengguna boleh berbalik ke tindakan

    sebelumnya. Pengguna juga boleh menjadikan model sebagai fail dokumen yang boleh ditukar

    ke bentuk dan lokasi yang berlainan. Bagi memudah tugasan menyunting dan memformat, utiliti

    yang kerap diguna mestilah mudah dicapai. Alatan pengesahbetulan juga perlu menyedia ruang

    kerja yang mencukupi bagi pengguna melakukan permodelan. Pengguna turut dibenar

    berkomunikasi secara tidak langsung dengan model melalui maklumat tambahan tidak formal.

    Rujukan mestilah tersedia apabila diperlu.

    Keupayaan memeriksa ketepatan dan ketekalan sesuatu model adalah kelebihan utama

    permodelan formal. Tatatanda formal adalah tegar dan khusus. Pengguna selalunya cenderung

    mengguna simbol dan kata kunci yang tidak tepat serta menetapkan jenis data yang tidak sesuai.

    Justeru, alatan perlu menyemak sintaks secara automatik dan menjelaskan hasilnya. Pengguna

    perlu dimaklum sewajarnya tentang sebarang penyalahgunaan dan kehilangan unsur.

    Penyemakan tersebut bertindak sebagai turas ralat pertama sebelum tugasan lebih rumit seperti

    animasi dan penentusahan dilakukan. Rujukan mestilah tersedia apabila diperlu.

    Alatan pengesahbetulan seharusnya dilengkapi kemudahan animasi untuk membolehkan

    pengguna menggambar perilaku model mengikut peraturan dan syarat tertentu. Kemudahan ini

    boleh disedia dalam beberapa bentuk dan dilakukan secara automatik serta separa automatik.

    Animasi automatik hanya sesuai untuk model yang tersedia tepat dan tekal. Animasi separa

    automatik berguna bagi mengenal pasti titik khusus yang menyebab berlakunya pencabulan

    peraturan dan perilaku tidak sengaja. Untuk tujuan ini, pematahbalikan juga seharsnya disedia.

    Memandangkan pencarisilapan boleh menjadi rumit, alatan ini juga seharusnya mempunyai

    mekanisme yang membimbing pengguna melalui proses tersebut. Untuk membantu pemahaman,

    animasi sepatutnya mengguna perwakilan bergraf dengan kod warna yang sesuai. Model boleh

    menjadi besar, maka paparan graf perlu dipermudah. Melalui animasi, pengguna sepatutnya

    dimaklum akan sebarang ralat yang ditemui, status semasa dan jangkaan kesan. Rujukan

    mestilah tersedia apabila diperlu. Penentusahan dianggap sebagai tugasan yang sukar untuk dilaksana ke atas sesuatu model formal. Ia adalah proses yang dapat menentusah ketepatan dan ketekalan model. Oleh itu, alatan pengesahbetulan seharusnya boleh menentusah model secara automatik sebanyak mungkin. Jika tidak, pengguna perlu dibantu supaya memahami model dan proses penentusahan. Pemahaman ini penting kerana beberapa aspek tugasan tidak boleh ditentusah secara automatik. Sebagai contoh, model yang tidak lengkap tidak boleh ditentusah yang mana pengguna sendiri perlu menyedari unsur yang hilang. Pengguna juga patut tahu bagaimana memadan unsur baharu dengan yang ditentu dalam model supaya keadaan dan tindakannya tidak bercanggah di antara satu dengan yang lain. Animasi boleh membantu pemahaman ini melalui pemvisualan model.

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 48

    Beberapa pendekatan berbeza perlu tersedia untuk pengguna menentusah model ini. Penunjuk tampak seperti warna atau objek boleh diguna bagi menunjukkan unsur penting. Unsur yang terlibat dalam tugasan penentusahan sepatutnya boleh dilihat. Proses penentusahan pula perlu dilaku secekap yang mungkin. Sebagaimana animasi, pengguna perlu dimaklum akan sebarang ralat yang ditemui, keadaan semasa dan jangkaan kesan. Rujukan mestilah tersedia apabila diperlukan. Kebanyakan kaedah formal direka bagi menyokong beberapa peringkat pembangunan.

    Sebagai contoh, B menggalak model konsepsinya diperhalusi. Model halus pada peringkat yang

    cukup rendah boleh diterjemah secara automatik ke aturcara. Alatan pengesahbetulan yang

    menyokong kaedah sedemikian sepatutnya memudahkan proses penjanaan aturcara. Secara

    idealnya, pengguna patut disedia dengan beberapa pilihan pelaksanaan. Alatan tersebut

    sekurang-kurangnya dilengkapi dengan bahasa pengaturcaraan yang boleh menyokong kaedah

    formal tersebut dengan baik. Sama seperti tugasan lain, pengguna patut diberitahu tentang

    sebarang ralat yang ditemui, keadaan semasa dan jangkaan kesan. Rujukan mestilah tersedia

    apabila diperlu. 4.3 Kategori 3 (K3) - Pengurusan Sumber

    Kategori ini merujuk kepada pengurusan entiti yang berkaitan dengan perlakuan utiliti. Jadual 4

    menyenarai sifat dan dimensi yang perlu.

    Jadual 4: Sifat dan Dimensi “Pengurusan Sumber”

    Sifat Dimensi

    Saling Kendali Alatan boleh ditetapkan dalam berbagai platform

    Aplikasi luar diintegrasi dengan lancar dan beroperasi seperti yang disasar

    Aplikasi berlainan (dalaman dan luaran) berinteraksi dengan cekap

    Pemasangan dan tatarajah boleh dilaksana dengan mudah dan disokong oleh dokumentasi terperinci

    Pengurusan Fail Fail diurus dan diawasi secara sistematik

    Ketekalan antara fail yang berkaitan adalah dipasti

    Perubahan dikawal, disemak dan dilapor Pengurusan Ralat Mesej ralat adalah deskriptif iaitu penyataan jenis ralat, bahagian

    yang terlibat, mengapa terjadi dan penyelesaian yang mungkin

    Mesaj ralat ringkas dan tepat

    Mesej ralat dipapar pada waktu dan di tempat yang betul

    Mesej ralat dipapar dengan terang supaya boleh dibaca

    Pustaka bukti (proof library) yang lengkap dan boleh dipercayai tersedia dan mengeluar mesej ralat yang boleh dipercayai/betul

    Dokumentasi dalam

    Talian Dokumentasi yang ringkas dan terperinci mengenai utiliti yang

    tersedia

    Ringkasan sintaks yang diguna dalam model dan pemetaan dengan entri papan kekunci (ASCII dan simbol khas)

    Pautan luaran/hiperteks mengenai kaedah formal yang disokong,

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 49

    forum perbincangan atau “Soalan Pertanyaan Kerap”/Frequently

    Asked Questions (FAQ)

    Contoh dan demonstrasi mengenai alatan dan kaedah yang disokong

    Tool Text Tip atau keterangan ringkas utiliti dan unsur tersedia di bar

    Kekunci pintas untuk bantuan dalam talian tersedia

    Rujukan tentang pembetulan ralat yang kerap terjadi

    Pengguna harus diberi beberapa pilihan mengguna alatan. Alatan perlu menyokong

    penggunaan platform berbeza supaya pengguna boleh memilih yang sesuai dengan persekitaran

    mereka. Selain daripada itu, alatan pengesahbetulan ada kalanya memerlu perkhidmatan yang

    disedia oleh aplikasi luaran. Animasi contohnya memerlu perisian pemvisualan. Saling boleh

    kendali antara aplikasi yang berlainan perlu dipasti dengan menggabung aplikasi tersebut sebagai

    satu unit operasi. Tambahan pula, aplikasi dalaman dan luaran perlu diserasi di antara satu

    dengan yang lain bagi memasti kecekapan proses. Jika pengguna perlu mendapat aplikasi luaran

    sendiri, maklumat mengenai lokasi sumber perlu disedia. Pemasangan dan tatarajah perlu dibuat

    semudah mungkin dan harus disokong dengan dokumentasi terperinci. Model formal biasanya berkembang dari satu peringkat pembangunan ke peringkat yang lain dengan peringkat yang terkemudian bergantung kepada peringkat yang terdahulu. Proses ini dipanggil penghalusan. Justeru, alatan perlu mempunyai mekanisme pengurusan fail bagi mengurus dan memantau pembangunan secara beransur-ansur. Bagi memasti ketekalan model, sebarang perubahan yang dibuat pada sesuatu peringkat perlu diselari dengan peringkat lain yang terlibat. Pengguna seharusnya dimaklum akan proses tersebut dan diberi peluang membuat keputusan sama ada perubahan tersebut diterima. Pengurusan ralat adalah kritikal kepada alatan pengesahbetulan. Kaedah formal secara umum sukar difahami dengan serta-merta menjadikan kadar pembelajaran pengguna boleh menjadi perlahan. Alatan perlu menjana mesej ralat yang tidak hanya menerang dengan jelas apa yang tidak kena tetapi juga memudah pembelajaran. Untuk mengelak beban mental, mesej ralat perlu mudah, tepat dan kena pada masanya. Sesetengah kesilapan perlu diselesai oleh pengguna sendiri disebabkan oleh penyataan keperluan yang tidak lengkap. Sungguh pun begitu, pengguna perlu disedia dengan mesej ralat berpandu bagi membantu mengenal pasti maklumat yang hilang. Selain daripada ralat ketidaklengkapan, alatan sepatutnya boleh menyelesaikannya secara automatik. Untuk menjadi lebih berkesan, alatan seharusnya mempunyai pustaka bukti yang mengandungi sebanyak mungkin peraturan agar dapat mengesan kebanyakan ketidaktekalan dan ketidaktepatan. Kerumitan tugasan pengesahbetulan memerlu dokumentasi dalam talian mudah dicapai

    oleh pengguna. Dokumentasi bukan sahaja perlu meliputi fungsian alatan tersebut tetapi juga

    kaedah formal yang disokong alatan. Penerangan bagaimana alatan menyokong kaedah formal

    perlu disertakan.

    5. PERBINCANGAN Kategori ciri, sifat dan dimensi yang diterangkan di atas bertujuan menjadi garis panduan bagi

    mereka alatan pengesahbetulan formal. Memandangkan kaji selidik ini merupakan usaha

    pertama memahami kebolehgunaan alatan sedemikian, maka garis panduan ini jauh daripada

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 50

    lengkap dan terperinci. Ia hanya mengambil kira ciri penting yang dipercayai mempengaruhi

    kebolehgunaan alatan ini. Untuk meningkat ketepatan garis panduan ini, siasatan dan

    perbincangan lanjut adalah perlu supaya boleh disah dan diperhalusi.

    Garis panduan ini mengutara ciri penting secara abstrak supaya dapat merangkumi semua

    alatan pengesahbetulan yang mungkin. Sebarang pelan reka bentuk bagi alatan pengesahbetulan

    yang tertentu perlu memperinci ciri abstrak tersebut dengan menerang dimensi dengan khusus

    supaya dapat menepati ketetapan konteks penggunaan alatan. Beberapa keseimbangan

    keutamaan (trade-off) adalah dijangka iaitu dimensi tertentu terpaksa tidak diutama untuk

    mendapat kebaikan dimensi lain yang lebih penting. Dokumentasi dalam talian dan mesej ralat

    contohnya akan menjadi panjang sekiranya perlu terperinci yang akhirnya mengakibat masalah

    paparan pada skrin. Begitu juga untuk paparan beberapa unsur pada masa yang sama, ruang skrin

    perlu dibahagi kepada beberapa anak tetingkap yang menyebabkan ruangan skrin menjadi sesak.

    Oleh itu, pereka alatan perlu memutus penyelesaian yang terbaik mengikut konteks dan

    keperluan penggunaan alatan.

    6. KESIMPULAN Terdapat tiga kategori ciri utama yang boleh memberi kesan kepada kebolehgunaan

    alatan pengesahbetulan iaitu antara muka yang mengatur utiliti alatan, utiliti alatan dan

    pengurusan sumber yang menyokong utiliti alatan. Setiap kategori ciri mempunyai sifat dan

    dimensi tertentu untuk menjadikannya berguna. Kategori ciri ini berkait antara satu dengan yang

    lain melalui sifat dan dimensi. Untuk memenuhi dimensi tertentu, ada kemungkinan dimensi

    yang lain perlu diabai. Oleh itu, ketiga-tiga kategori ciri ini perlu dipertimbang bersama ketika

    mereka alatan pengesahbetulan. Pereka perlu memilih dimensi yang paling sesuai dan penting

    dengan konteks penggunaan alatan yang direka.

    Kajian ini mencadang garis panduan reka bentuk untuk alatan pengesahbetulan yang

    berguna. Memandangkan garis panduan ini dihasil berdasarkan kepada dua contoh alatan

    pengesahbetulan, ia mungkin tidak meliputi semua ciri kebolehgunaan yang perlu. Maka, kajian

    pada masa hadapan adalah digalak bagi menyiasat alatan pengesahbetulan untuk kaedah formal

    yang lain supaya garis panduan ini dapat dilanjutkan dan diperhalusi. Garis panduan ini perlu

    diperluas dengan mengambil kira aspek rekaan secara lebih teknikal dan khusus. Sebagai contoh,

    peranti input dan output serta teknik dialog yang terbaik untuk mewakili utiliti patut dikaji.

    Kajian sedemikian memerlukan teori dan prinsip tertentu daripada disiplin Interaksi Manusia-

    Komputer.

    PENGHARGAAN Kajian ini ditaja oleh Kerajaan Malaysia dan Unversiti Kebangsaan Malaysia. Penulis berterima

    kasih kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama terhadap kajian ini.

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 51

    RUJUKAN

    Abrial, J. R. 1996. The B-Method-Assigning Programs to Meanings. Cambridge: Cambridge

    University Press.

    B-Core (UK) Limited. 2002. B-Toolkit.

    http://web.archive.org/web/20041012141220/http://www.b-

    core.com/ONLINEDOC/BToolkit.html [1 November 2012].

    Blackwell, A. F. & Green, T. R. G. 2000. A cognitive dimensions questionnaire optimized for

    users. Proceedings of the 12th Annual Meeting of the Psychology of Programming Interest

    Group. Cosenza: Memoria. 137-152. Carew, D., Exton, C. & Buckley, J. 2005. An empirical investigation of the comprehensibility of

    requirements specifications. Proceedings of the International Symposium on Empirical Software Engineering, Noosa Heads: IEEE. 256-265. doi: 10.1109/ISESE.2005.1541834.

    Cassell, C. & Symon, G. 1994. Qualitative Methods in Organizational Research. Thousand

    Oaks: Sage.

    Chen, P. 1976. The entity-relationship model: Toward a unified view of data. ACM Transactions

    on Database Systems. 1:9-37. doi: 10.1145/320434.320440.

    Clarke, E. M., Grumberg, O. & Peled, D. 1999. Model Checking. Massachusetts: MIT Press. ClearSy System Engineering. 2011. Atelier B. Aix-en-Provence, France.

    http://www.atelierb.eu/# [1 November 2012] Denzin, N. & Lincoln. Y. 1994. Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks: Sage. Green, T. R. G. & Blackwell, A. F. 1998. Design for usability using cognitive dimensions. The

    British Computer Society Conference on Human Computer Interaction. 1-75. Green, T. R. G. & Petre, M. 1996. Usability analysis of visual programming environments: A

    cognitive dimensions framework. Journal of Visual Languages Computing. 7:131-174. doi: 10.1006/jvlc.1996.0009.

    Green, T. R. G. 1989. Cognitive Dimensions of Notations. In A. Sutcliffe and L. Macaulay

    (Eds.). People and Computers V. Cambridge: Cambridge University Press. 443-460.

    ISO 9126-1. 2001. Software Engineering, Product Quality-Part I: Quality Model (Standard No.

    9126-1). International Organization for Standardization (ISO). Geneva: ISO.

    Leuschel, M. & Butler, M. 2008. ProB: An Automated Analysis Toolset for the B Method.

    International Journal on Software Tools for Technology Transfer (STTT). 10:185-203.

    Springer Berlin/Heidelberg. doi: 10.1007/s10009-007-0063-9.

    Martin, S. 2003. The best of both worlds integrating UML with Z for software specifications.

    Journal of Computing and Control Engineering. 14:8-11. doi: 10.1049/cce:20030201.

    Object Management Group. 2012. Introduction to OMG’s Unified Modeling Language (UML).

    http://www.omg.org/gettingstarted/what_is_uml.htm [1 November 2012].

    ProB. 2012. The ProB Animator and Model Checker. http://www.stups.uni-

    duesseldorf.de/ProB/index.php5/Main_Page [1 November 2012].

    Snook, C. & Butler, M. 2006. UML-B: Formal modeling and design aided by UML. ACM

    Transactions on Software Engineering and Methodology. 15:92-122. doi:

    10.1145/1125808.1125811.

    Spivey, J. M. 1992. The Z Notation: A Reference Manual. 2nd

    edition, Englewood Cliffs:

    Prentice-Hall.

    Strauss, A. L. & Corbin, J. 1998. Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for

    Developing Grounded Theory. 2nd

    edition, Thousand Oaks: Sage.

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04

  • 52

    NOTA BIOGRAFI:

    Dr. Rozilawati Razali adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti

    Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang penyelidikan beliau

    adalah Kejuruteraan Perisian dan Pengurusan Perisian.

    e-mel:[email protected]

    Dr. Paul Garratt adalah Pensyarah Kanan di School of Electronics and Computer Science,

    Faculty of Engineering, Science and Mathematics, University of Southampton, United Kingdom.

    Bidang penyelidikan beliau adalah Kejuruteraan Perisian dan Pengurusan Perisian.

    https://doi.org/10.17576/apjitm-2012-0102-04