Kerja Kursus Sejarah Pmr 2010

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SENARAI KANDUNGANMUKA SURATTAJUKPENGHARGAANOBJEKTIF KAJIANKAEDAH KAJIANHASIL KAJIANRUMUSANLAMPIRANRUJUKANSyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kali ini yang bertajuk µ Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia ¶. Tanpa izin-Nya mustahil saya dapat menyiapkan tugasan ini.Sekalung penghargaan saya tujukan kepada Pengetua SMK Seri Perak, Tuan Haji Idris bin Abdullah. Beliau telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian bagi menyi

Citation preview

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

TAJUK

PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kali ini yang bertajuk Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia . Tanpa izin-Nya mustahil saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Sekalung penghargaan saya tujukan kepada Pengetua SMK Seri Perak, Tuan Haji Idris bin Abdullah. Beliau telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian bagi menyiapkan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada guru mata pelajaran Sejarah saya, Puan Salina binti Mat Serat. Beliau banyak membimbing saya dan memberi nasihat yang berguna kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Jutaan terima kasih saya tujukan kepada penjaga saya iaitu En. Jamaludin bin Mat Saad dan Puan Rasnah binti Ahmad. Mereka banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Mereka juga banyak meluangkan masa untuk membawa saya ke perpustakaan untuk mencari bahan bagi Eleman 1.

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan saya, Arun A/L Gunasagaran, Nur Anis Izzati binti Che Mut, Abdul Jalil bin Othman dan Rahimah binti Jaafar yang banyak membantu saya untuk

menyiapkan tugasan ini. Mereka juga sering berbincang dan menerangkan kepada saya cara untuk menyiapkan kajian ini.

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di Malaysia untuk memenuhi syarat-syarat PMR 2010 seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perayaan yang dipilih oleh saya ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut :

a) Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti budaya dan perayaan tradisional kaum di negara kita dengan lebih mendalam dan berbangga dengan semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang perayaan kaum yang ada di Malaysia serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap kepelbagaian kaum di negara ini. Kajian ini juga bertujuan agar kita dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya dan warisan yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu lagi.

c) Kita juga akan dapat mengkelaskan ciri-ciri perayaan dengan lebih tepat dan terperinci dan menyedarkan saya bahawa kerjasama dan perpaduan sesama kaum akan membawa kebaikan.

d) Kita akan dapat membezakan perayaan tradisional kaum Melayu dengan perayaan kaum-kaum yang lain terdapat di negara kita sebagai lambang keunikan masyarakat majmuk Malaysia.

Dalam kajian saya ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian seperti berikut :

MELAYARI INTERNET

-

Saya melayari internet dengan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang Hari Raya Aidilfitri dengan lebih terperinci.

MENGKAJI BUKU-BUKU ILMIAH

-

Saya telah mengkaji beberapa buku ilmiah yang berkaitan dengan kajian saya dari perpustakaan awam sekitar kawasan kediaman saya.

MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

-

Saya telah menganalisis maklumat yang telah dikumpul di Elemen 1 bagi mendapatkan kepastian yang lebih tepat mengenai Hari Raya Aidilfitri.

1. PERAYAAN TRADISI

Hari Raya Aidilfitri

juga dikenali dengan nama Hari Raya Puasa. Manakala, di

Indonesia Hari Raya Aidilfitri dikenali sebagai Hari Lebaran. Dalam bahasa Arab disebut Ayd al-Fitr bermaksud perayaan Fitrah. Umat Islam di Bangladesh pula mengenali Hari Raya Aidilfitri dengan nama Shemai Eid Dn, manakala di Turki perayaan ini dikenali sebagai Ramazan Bayrami.

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kebesaran umat Islam di seluruh dunia termasuk umat Islam di negara kita. Hari Raya Aidilfitri dirayakan secara besar-besaran pada 1 Syawal mengikut kalendar Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini berhubung rapat dengan ibadah puasa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan kepada umat Islam yang berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Hikmah menjalani ibadah puasa ini adalah bagi menimbulkan rasa insaf dan belas kasihan terhadap golongan miskin. Selain itu, memberi keinsafan kepada setiap umatnya supaya bersyukur dengan rezeki yang diperoleh dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Umat Islam di Malaysia kini bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu, tetapi agama Islam juga dianuti oleh segelintir kecil kaum Cina dan India. Oleh itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja di sambut oleh umat Islam sahaja malahan , masyarakat yang bukan muslim turut meraikan perayaan ini.

Tarikh untuk menentukan Hari Raya Aidilfitri dilakukan melalui dua cara. Cara pertama adalah dengan cara rukyah, iaitu dengan melihat terbitnya anak bulan (hilal). Rukyah dilakukan pada petang ke-29 bulan Ramadhan selepas matahari terbenam iaitu masuknya waktu Maghrib. Melalui rukyah, sekiranya apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Selain itu, tarikh 1 Syawal ditentukan dengan cara kiraan (hisab) oleh ahli-ahli falak yang berpengalaman. Antara ahli falak Melayu yang terkenal ialah, Syeikh Tahir Jalaludin dan Syeikh Abdullah Fahim.

Di Malaysia Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Raja-raja Melayu akan mengeluarkan perintah untuk mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri setelah terbitnya anak bulan Syawal. Waktu untuk melihat anak bulan Syawal dilakukan pada waktu senja pada 29 atau 30 Ramadhan di beberapa tempat strategik yang telah ditentukan seperti di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan dan lainlain lagi. Anak bulan hanya akan kelihatan sekilas pandang pada waktu senja. Mereka menggunakan teropong jarak jauh dan peralatan-peralatan lain untuk merekodkannya. Jika anak bulan kelihatan, maka bermulalah sambutan hari raya pada malam itu. Tetapi jika anak bulan tidak kelihatan, umat Islam perlulah berpuasa pada hari esoknya dan 1 Syawal dianggap jatuh pada hari berikutnya.

Hari Raya Aidilfitri juga menandakan berakhirnya waktu membayar zakat fitrah. Zakat ialah Rukun Islam yang keempat Islam. Selain, zakat harta, setiap umat diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan ahli keluarganya. Dari segi syarak, zakat fitrah bermaksud mengeluarkan makanan asasi sesebuah negara dengan kadar yang tertentu dan di beri kepada orang-orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Masa untuk mengeluarkan zakat ialah bermula dari awal Ramadhan sehingga imam berdiri untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

Waktu Membayar Zakat Fitrah :

Waktu WAJIB SUNAT MAKRUH HARAM HARUS

Huraian Bermula dari terbenam matahari pada akhir Ramadhan Bermula dari masuk waktu solat Subuh hingga solat sunat Aidilfitri Selepas solat Aidilfitri hingga terbenam matahari 1 Syawal Setelah terbenam matahari 1 Syawal Sepanjang bulan Ramadhan

Apabila anak bulan Syawal dapat dilihat, maka bermulalah sambutan Hari Raya Aidilfitri. Takbir akan bergema memuji-muji kebesaran Ilahi dan menguatkan keimanan umat Islam supaya menjadi manusia yang soleh dan bertakwa. Upacara bertakbir akan diteruskan di masjid sehingga acara sembahyang hari raya dimulakan.

Hari Raya Aidilfitri tidaklah disambut pada 1 Syawal sahaja. Bagi umat Islam hari raya ini boleh dirayakan sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan pada 1 Syawal disebabkan hari pertama dibenarkan makan dan minum pada siang hari setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Pada hari raya pertama, kedua dan ketiga ziarah-menziarahi ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Seterusnya pula ada yang mengunjungi saudara-mara atau sahabat handai yang tinggal berjauhan dan lama tidak ditemui.

Tujuan perayaan ini diraikan adalah untuk menandakan kemenangan bagi umat Islam berjaya menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan atau juga dikenali dengan nama Bulan Puasa. Kemenangan bagi sesiapa yang taat serta berjaya dalam mengekang nafsu semasa menjalani ibadah puasa. Tertunailah Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Selain itu, sambutan perayaan ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama manusia dengan amalan kunjung-mengunjungi dan saling bermaafan. Sambutan hari raya juga dapat menghapuskan permusuhan antara seorang individu dengan individu yang lain. Manusia kini semakin bersifat individualistik. Ini disebabkan mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Tetapi hari raya dapat menginsafkan kembali manusia kepada realiti hidup bermasyarakat.

Kemeriahan hari raya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan jiwa yang mungkin mereka hadapi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, hari raya yang disambut setahun sekali sedikit sebanyak dapat membawa pengertian yang mendalam dan bermakna kepada mereka yang merayakannya.

2. LATAR BELAKANG

Mengikut ulama hadis, menerangkan sebuah riwayat Anas bin Malik, asal-usul perayaan Aidilfitri bermula apabila Nabi Muhammad S.A.W sampai ke Madinah, orang-orang Ansar merayakan dua perayaan iaitu Nairus dan Mahrajan. Lalu Nabi Muhammad S.A.W dengan wahyu dari Allah sudah menukarkan kedua-duanya kepada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Nabi bersabda yang bermaksud, aku datang kepadamu sedangkan kamu menyambut dua hari raya yang menjadi hari kamu bergembira pada zaman jahiliah, maka Allah menggantikannya keduaduanya dengan Aidilfitri dan Aidiladha. Anugerah itu diberikan kepada hamba-Nya yang gemar bergembira, maka dianugerahkan kegembiraan itu. Dalam hadis lain, Nabi bersabda, Bagi setiap Muslim yang berpuasa baginya dua kegembiraan iaitu kegembiraan bila dia berbuka dan kegembiraan bertemu dengan Allah SWT, ( Riwayat Muslim ). Maksud berbuka dalam maksud yang lebih luas seperti yang difahami sebahagian ulama adalah berhari raya. Maka anugerah kegembiraan itulah seluruh umat Islam serata dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai satu hari kebesaran mereka termasuk umat Islam di negara kita.

Pelbagai upacara khusus yang dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Antaranya ialah Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Solat Sunat Aidilfitri ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan oleh umat Islam pada pagi 1 Syawal. Hukum solat ini ialah sunat muakad. Solat sunat ini disyariatkan pada tahun pertama hijrah, tetapi kali pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ialah solat sunat Aidilfitri pada tahun kedua hijrah. Waktu sembahyang sunat Aidilfitri ialah dari matahari naik kira-kira tiga meter hinggalah matahari tergelincir.

Antara amalan sebelum Solat Aidilfitri :

Menghidupkan malam raya.

-

Kita disunatkan menghidupkan malam Hari Raya Adilfitri dengan ibadah seperti takbir, solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.

-

Apabila hari raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari (Hari terakhir bulan Ramadhan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun hijrah. Mandi sunat pada pagi hari raya.

-

Rasullullah turut mengamalkan mandi sunat pada pagi hari raya sebelum baginda makan dan sebelum baginda menunaikan solat sunat hari raya. Memakai pakaian yang baru dan bersih

-

Kita disunatkan memakai pakaian yang baru dan bersih untuk merayakan hari kebesaran ini. Namun, hendaklah kita menjauhi dari memakai pakaian yang dibuat dari bahan-bahan yang haram seperti sutera bagi orang lelaki kerana dalam sebuah hadis apabila Umar memberikan untuk Nabi pakaian dari sutera untuk dipakai pada hari raya, maka Nabi dengan tegasnya bersabda ,Pakaian ini adalah pakaian untuk orang yang tidak berakhlak, ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ). Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki. Bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan keluarga. Bersarapan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. Pergi awal ke masjid dan sebaik-baiknya dengan berjalan kaki. Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang Islam yang ditemui. Memberi zakat fitrah dan banyak bersedekah.

Imam yang bertauliah dilantik bertugas bagi mengetuai upacara khusus sembahyang sunat Aidilfitri.

Cara Solat Aidilfitri ditunaikan :

-

Takbiratul ihram serta niat

-

Lafaz niat solat Aidilfitri

Maksud : Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat mengikut imam/imam kerana Allah Taala.

-

Membaca doa Iftitah

-

Takbir 7 kali dan tasbih 6 kali pada rakaat pertama secara berselang seli.

-

Baca Fatihah dan mana-mana surah.

-

Rukuk, iktidal dan sujud. Pada rakaat kedua, takbir 5 kali dan tasbih 4 kali berselang seli. Baca Fatihah atau mana-mana surah.

-

-

Rukuk, iktidal, sujud, tahayyat akhir dan salam.

-

Membaca khutbah

Khutbah Aidilfitri :

HUKUM WAKTU RUKUN

Sunat Diadakan selepas solat sunat hari raya Memuji Allah Berselawat ke atas Nabi Muhammad Memberi peringatan kepada manusia supaya bertaqwa Membaca mana-mana ayat Al-Quran sama ada pada khutbah pertama atau khutbah kedua Memohon keampunan untuk setiap orang beriman dalam khutbah kedua

SYARAT

Menyampaikan rukun-rukun khutbah dalam bahasa Arab Khatib mestilah lelaki

SUNAT

Dimulakan dengan Allah huakhbar Khatib berdiri Suci daripada hadas Duduk antara dua khutbah

Tempat-tempat khusus bagi sambutan ini dijalankan adalah di masjid, surau atau padang. Padang digunakan jika bilangan jemaah itu terlalu padat sehingga memenuhi ruang masjid atau surau. Solat ini bolehkan dilakukan secara berjemaah ataupun secara bersendirian.

3. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

Sebelum Hari Raya Aidilfitri disambut, pelbagai persiapan dilakukan agar hari raya yang akan disambut akan berjalan dengan meriahnya. Terdapat sesetengah pihak yang telah melakukan persiapan sebulan sebelum Hari Raya disambut. Mereka tidak mahu sibuk untuk melakukan persiapan di saat-saat akhir.

Antara persiapan awal yang dilakukan ialah membuat kuih-muih, membeli pakaian anakanak dan sebagainya. Kad-kad ucapan akan mula dijual untuk dikirimkan kepada sanak saudara dan sahabat handai yang berada di perantauan. Bagi pengusaha kuih-muih mereka sudah mula sibuk menerima tempahan kuih raya dan begitu juga situasi tukang jahit yang sibuk menerima tempahan baju raya. Namun ada juga sesetengah pihak yang mengambil inisiatif membeli pakaian yang sudah dijahit untuk memudahkan kerja. Selalunya mereka akan memakai pakaian sedondon satu keluarga.

Bagi isteri yang sibuk bekerja, amalan membeli kuih amat popular bagi merek kerana ia lebih mudah, hanya membeli sahaja kuih raya yang tersedia di pasaran berbanding dengan isteri yang berada di kampung akan berhempas pulas menyiapkan kuih-muih bagi santapan tetamu yang akan datang pada Hari Raya. Pada Hari Raya Aidilfitri juga, umat Islam akan menyediakan pelbagai kuih tradisional yang dianggap sebagai kemestian, iaitu lemang, ketupat, nasi impit dan rending. Selain itu, kuih tradisional yang masih diminati ialah putu, dodol, wajik, bahulu dan lain-lain. Namun jika diperhatikan sekarang kuih moden banyak mendominasi pasaran kuih raya di Malaysia.

Masyarakat majmuk Malaysia yang unik ini menjadikan kuih-muih daripada kaum bukan Melayu juga menghiasi meja hidangan. Contohnya kuih sepit adalah kuih tradisonal kaum Cina, manakala kuih maruku adalah kuih tradisional kaum India. Semua kaum meminati kuih-muih ini tanpa mengira asal-usulnya. Oleh itu, masyarakat Malaysia harus berbangga dengan keunikan negara kita ini.

Semangat untuk menyambut Hari Raya semakin dirasai apabila media massa banyak menayangkan drama-drama yang berkisarkan kisah ketika berpuasa dan berhari raya. Pihak radio juga turut memutarkan bermacam-macam jenis lagu-lagu raya yang popular pada zaman artis-artis veteran sedang meningkat naik. Pada masa itu jugalah jika kita berkunjung ke pusat membelibelah mereka sibuk mengadakan jualan murah dan tidak ketinggalan peniaga dari negara asing datang membuat exspo khas sempena musim perayaan.

Kegembiraan kian terasa apabila kedengaran letupan mercun yang dimainkan oleh kanakkanak. Namun ini bukanlah budaya yang dituntut dalam Islam. Ia hanya untuk memeriahkan suasana untuk menyambut Hari Raya. Di kampung ramai kanak-kanak yang bermain meriam buluh namun ia telah diharamkan. Mereka gemar mengusik rakan-rakan perempuan dan

mengejutkan orang yang sedang menunaikan solat terawih secara berjemaah. Namun, permainan ini kurang baik untuk dimainkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa atau anggota badan.

Malam Tujuh Likur ialah beberapa malam terakhir bulan Ramadhan iaitu saat bermulanya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dari sudut agama, Malam Tujuh Likur dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan bagi individu Muslim merebut syurga apabila malaikat Jibrail turun ke bumi untuk

mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita sebagi simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan solat tarawikh kerana merebutkan Lailatulqadar. Pada malam ini lampu-lampu minyak tanah dipasang di sekeliling rumah supaya suasana kelihatan lebih berseri. Terdapat juga yang memasang lampu elektrik bagi menggantikan lampu minyak tanah. Malam Tujuh Likur merupakan malam yang paling meriah bagi golongan kanak-kanak. Mereka bersuka ria bermain bunga api dengan disinari lampu-lampu pelita dan bintang-bintang di langit.

Umat Islam mempercayai bahawa pada malam-malam ganjil sebelum tiba Hari Raya terdapat satu malam yang dinamankan Malam Lailatul Qadar. Pada malam ini dipercayai semua doa akan dimakbulkan dan umat Islam digalakkan beribadat pada waktu malam untuk bersembahyang sunat dan berzikir kepada Allah S.W.T. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Apabila tiba hari-hari terakhir Ramadhan suasana semakin meriah dan sesak. Anak-anak muda di kota akan pulang ke kampung untuk menyambut Lebaran bersama keluarga yang berada di kampung. Para ibu di kampung sibuk meyiapkan ketupat, lemang, rendang dan berbagai lagi masakan yang akan dimakan pada pagi raya. Pada ketika itu juga cucu-cucu akan sibuk menangkap ayam untuk disembelih. Namun pada zaman sekarang ramai yang lebih senang untuk membeli sahaja di pasar.

Selain itu, tidak ketinggalan bagi jawatankuasa dan ahli-ahli kariah masjid merancang untuk mengadakan program gotong-royong membersihkan masjid dan kawasan perkuburan. Ini kerana selain daripada rumah-rumah dibersihkan dan dihias, mereka juga bersiap-sedia membersihkan masjid sebagai persiapan untuk menerima umat Islam yang akan menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kawasan perkuburan dibersihkan bertujuan agar memudahkan kaum keluarga mengunjungi kubur kaum keluarga yang telah meninggalkan mereka.

Pada pagi Hari Raya, umat Islam akan bangun lebih awal. Mereka akan mandi sunat Hari Raya dan kemudian sembahyang Subuh. Menurut Said bin al-Musayyib mengatakan, sunnah sebelum solat itu merangkumi tiga perkara iaitu mandi sebelum solat sunat Aidilfitri, makan sebelum pergi solat dan pergi dengan berjalan kaki. Selepas solat subuh si ayah akan bertakbir manakala si ibu sedang sibuk menyediakan makanan di dapur. Sebaik sahaja mengenakan pakaian yang baru dan cantik mereka akan ke ruang tamu untuk bermaaf-maafan sesama keluarga. Si isteri akan memohon maaf pada suami, anak akan memohon maaf pada ibu bapa dan yang muda akan memohon maaf pada yang tua. Setelah bersarapan mereka akan ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Selepas mereka menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, ibu bapa akan membawa anak-anak menziarahi tanah perkuburan sanak saudara yang telah meninggal. Membawa anakanak ke kubur diamalkan sebagai mengingati mereka yang sudah tiada. Selepas itu, mereka akan pulang ke rumah dan menyediakan hidangan termasuk kuih-muih untuk para tetamu.

Hari kedua perayaan diteruskan dengan menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai sama ada jauh atau dekat. Anak-anak kecil sangat gembira kerana akan mendapat duit raya daripada golongan yang lebih tua. Walaupun tiga hari pertama Hari Raya Aidilfitri disambut meriah namun masyarakat Islam masih menyediakan aktiviti rumah terbuka selama sebulan di mana rakan-rakan yang pelbagai bangsa dan agama akan dijemput hadir.

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada hari pertama hari raya itu ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aiilfitri selalunya akan berpanjangan selama sebulan. Di Malaysia, amalan mengadakan rumah terbuka sudah menjadi kebiasaan. Populasi rakyat majmuk Malaysia memperlihatkan sambutan ini juga dikunjungi oleh rakan-rakan pelbagai kaum. Situasi inilah yang menjadi tarikan pelancong sempena sesuatu perayaan berlangsung di Malaysia.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan ketika Hari Raya ialah berpuasa. Islam mengharamkan umatnya berpuasa pada 1 Syawal kerana 1 Syawal menandakan kita telah merdeka dari bulan Ramadhan. Namun Islam menggalakkan kita berpuasa sunat enam hari sepanjang bulan Syawal. Puasa sunat ini dikenali sebagai Puasa Enam dan ia boleh mula dilakukan pada 2 Syawal. Antara amalan lazim yang dilakukan ketika Hari Raya Aidilfitri ialah berkunjung ke rumah sanak saudara, menziarahi kubur, memberi duit raya dan lain-lain lagi.

4. KESAN PERAYAAN

Antara kesan-kesan yang diperoleh melalui perayaan kepada keluarga ialah hubungan silaturrahim antara keluarga dapat dieratkan. Pada Hari Raya semua ahli keluarga akan berkumpul dan berkongsi cerita setelah sekian lama tidak berjumpa kerana sibuk dengan hal masing-masing. Sebagai salah satu hari perayaan umat Islam di negara ini, kerajaan telah mengisytiharkan dua hari cuti umum, khasnya untuk umat Islam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ini memberi peluang kepada mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga berkumpul dan mengeratkan sialturahim.

Selain itu, peluang perniagaan dapat diperluaskan dan dipertingkatkan. Sepanjang bulan Ramadhan lagi umat Islam telah mula menjalankan perniagaan yang menjual makanan untuk berbuka puasa. Pasar Ramadhan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Perniagaan ini akan diteruskan sehingga saat tibanya Syawal. Para peniaga sibuk menjual kuih-muih, pakaian untuk dipakai pada Hari Raya dan beberapa barang-barang keperluan lain untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bukan sekadar kuih-muih yang dijual malah kadangkala ketupat dan lemang turut dijual.

Seterusnya kita juga akan dapat mengekalkan tradisi nenek moyang kita. Sebagai contoh sehingga sekarang kuih bahulu, dodol, wajik dan lain-lain lagi kuih-muih yang enak-enak yang masih popular di kalangan masyarakat sekarang. Bukan sahaja kita dapat mengekalkan kuih-muih tradisonal malah kita juga dapat mengekalkan jenis-jenis pakaian tradisional Orang Melayu walaupun pada zaman ini pelbagai fesyen baju yang baru namun pakaian tradisional tetap di hati masyarakat. Walaupun teknik pembuatan kuih-muih tradisional tidak seperti dahulu lagi tetapi rasanya masih dapat dikekalkan.

Perayaan juga dapat meningkatkan perpaduan antara kaum. Walaupun Hari Raya Aidilfitri ini disambut oleh umat Islam namun pada masa sekarang Hari Raya Aidilfitri disambut oleh semua rakyat Malaysia tidak kira agama, atau bangsa. Pada Hari Raya Aidilfitri ramai yang akan membuat rumah terbuka dan semua orang akan dijemput. Pada peringkat kebangsaan kerajaan turut akan mengadakan rumah terbuka. Mereka akan menjemput semua pemimpin-pemimpin negara tidak kira agama atau bangsa. Dengan cara ini hubungan perpaduan dapat dieratkan. Perpaduan seperti ini tidak mungkin dapat dilihat di negara lain di mana rakyat yang berbilang kaum dapat merayakan sesuatu perayaan dengan aman damai. Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mengecapi nikmat kedamaian ini.

Hari Raya Aidilfitri disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa, juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama. Dengan cara ini kita akan dapat meningkatkan perpaduan antara kaum.

Pelbagai perisapan yang dilakukan untuk menyambut perayaan Aidilfitri. Terdapat juga persiapan yang dilakukan sebulan sebelum perayaan Aidilfitri disambut. Sering kali persiapan yang dilakukan itu berdasarkan amalan yang dilakukan oleh nenek moyang kita pada zaman terdahulu. Secara tidak langsung kita dapat kekalkan tradisi nenek moyang kita.

Berdasarkan kajian yang saya lakukan ini saya mendapati pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada sambutan perayaan ini. Sebagai contoh, kita dapat melihat kesan daripada institusi kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan kita akan menjadi lebih akrab. Di samping itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara saudara-mara yang jauh. Selain itu kita juga dapat mengekalkan tradisi nenek moyang kita. Contohnya, pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung

dan kebaya yang masih kekal sejak turun-temurun. Kuih-muih tradional Melayu seperti, kuih bahulu dan dodol juga masih kekal hingga ke hari ini walaupun pelbagai kuih-muih moden mula diperkenalkan.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia dan perayaan pelbagai kaum menjadikan negara kita berbeza daripada negara-negara lain di rantau ini. Semoga kemakmuran dan kedamaian ini berkekalan selama-lamanya.

1. BUKU ILMIAH

-

Koleksi Asal-usul Warisan Budaya, 2003, Zabri Zakaria, Noor Azilawati Mohd Sabda, Sejati Sdn.Bhd.

-

Siri Pengetahuan Popular Perayaan Orang Melayu, 1995, A.Aziz Deraman, Wan Ramli Wan Mohamad, Fajar Bakti Sdn.Bhd.

-

Siri Budaya Masyarakat Malaysia Orang Melayu, 1996, Siti Razmah Hj.Idris, Fatimah Azzahra, Shian Tai (M) Sdn.Bhd.

-

Siri Penemuan Dan Sejarah Perayaan Masyarakat Dunia, 2007, Wan Maizura Wan Mahmud, Bs Print (M) Sdn.Bhd.

-

Perayaan Malaysia Kita, 1988, A.Aziz Deraman, Kim Hup Lee Printing Co Pte Ltd

2. AKHBAR

-

Berita Harian

3. MAJALAH

-

Cahaya, Sept/Okt 2006

-

Dewan Budaya , Januari 1999

4. SUMBER INTERNET

-

http://www.zoom-a.com.my/

-

http://husain386.blogspot.com/

-

http://kebudayaan.blogspot.com/

-

http://perayaanmelayu.blogspot.com/

-

http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

5. ENSIKLOPEDIA

-

Siri Ensiklopedia Kebudayaan Perayaan Pelbagai Kaum, 2004, Jasiman Ahmad, Nora Hj Samat, Jade Grenn Publication Sdn.Bhd