Kertas Kerja Hari Keluarga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

g

Citation preview

KERTAS KERJA HARI KELUARGA 2014

KERTAS KERJA HARI KELUARGA 2014

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL AMPANGJALAN AMPANG68000 AMPANGSELANGOR

KERTAS KERJA

HARI KELUARGA

TARIKH :

25 MEI 2014 ( AHAD )

TEMPAT :

SJK (T) AMPANG

ANJURAN :

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SJK (T) AMPANG

1.0PENGENALAN

Hari keluarga SJK (T) Ampang merupakan aktiviti yang julung kalinya dirancang dan bakal dilaksanakan bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua guru-guru dan kakitangan di SJK (T) Ampang bersama ahli keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari keluargaini juga merupakan salah satu cara untuk untukmenyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan, pihak pengurusan dan guru-guru. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga SJK (T) Ampang. Antara pengisianini meliputi aspek kerohanian dan sukan.

2.0OBJEKTIF

2.1Memberikan ruang kepada staff dan guru-guru untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang dirancang.

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungansilaturrahim dikalangan staf dan guru-guru.

2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai- nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.4Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan stafsekolah dan guru sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

3.0TEMPAT DAN TARIKH

Tempat : Padang SJK (T) Ampang.Tarikh : 25 Mei 2014.

4.0SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah di kalangan staf, guru dan ahli keluarga.

5.0JUMLAH PESERTA

Jumlah peserta adalah seramai 500 orang (anggaran).

6.0TEMA

Cadangan tema Hari Keluarga SJKTA ialah Bersatu Teguh Bercerai Roboh .

7.0PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:1)Permainan stesen.2)Rumah Hantu.3)Jualan makanan.4) Cabutan bertuah.5) Jumble sale.

8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi: Pn Ghandimathy A/P Nadeson.Naib Pengerusi 1: Pn Sivabarathy A/P Visuvanathan.Naib Pengerusi 2: En Vadivelu A/L Arumugam. Naib Pengerusi 3: En Arul Selvam A/L Kasipillai.Naib Pengerusi 4: En Balakrishnan A/L Panchacaram.Setiausaha: Cik Syaanthini A/P Sankaran. Bendahari: En Magesvaran A/L Jayapalan.

9.0 AJK PELAKSANAAJKNAMA GURUBIDANG TUGAS

Urusetia & Pendaftaran En Magesvaran A/L Jayapalan. Cik Syaanthini A/P Sankaran.-Memastikan kelancaran majlis

Dokumentasi Pn Yoges A/P Marimuthu. Pn Sri Shasita A/P Ratnam.-Menyediakan dokumentasi lengkap

Persiapan & Teknikal Balakrishnan A/L Panchacaram. En Saravanan A/L Bakianathan.-Menyediakan peralatan yang diperlukan

Buku Program Cik Renuga A/P Ramalingam-Menyediakan buku program

Hadiah/cenderahati Pn Mageshuri A/P Venkataram. Cik Bathmah A/P Munusamy. Pn Eswari A/P Ramakrishnan.-Menyediakan cenderahati untuk ahli BEKABA-Menyediakan hadiah untuk sukaneka

Tajaan En Nandakumar A/L Ramasamy. En Mohammad Farid Bin Omar.-Mencari tajaan

Juruacara Pn Theivanai A/P Sengodan.-Menjadi juruacara majlis

Urusetia gerai jualan En Magendran A/L Mahalingam. Pn Gayatri A/P Periyasamy. Pn Anparasy A/P Ayyavoo.-Mengendalikan acara sukaneka

10.0PENUTUPDiharapkan agar Hari Keluarga bagi tahun 2014 ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________________________________________________________(SYAANTHINI A/P SANKARAN)(GHANDIMATHY A/P NADESON)SETIAUSAHA PIBG,GURU BESAR,SJK (T) AMPANG.SJK (T) AMPANG.

Disemakkan oleh,

_________________________( MURUGAN A/L MARI )YDP PIBG,SJK (T) AMPANG.SJKTA 2014