Upload
kai-d-kailue
View
291
Download
26
Embed Size (px)
Citation preview
SK MUHIBBAH, KUDAT
PS 319, 89058 KUDAT, SABAH.
KERTAS KERJA
PROGRAM PASCA UPSR 2015
KARNIVAL PERMAINAN TAHUN 6
TARIKH : 28 – 30 SEPTEMBER 2015
MASA : 7.30 AM – 11.00 AM
TEMPAT : PADANG SK MUHIBBAH, KUDAT
ANJURAN : PANITIA P. JASMANI, UNIT BIMBINGAN
DAN KAUNSELING & UNIT KO KURIKULUM
1.0 PENGENALAN
Karnival Permainan Tahun 6 ini adalah adalah satu program tahunan yang termasuk
dalam takwim dan kalendar Panitia Pendidikan Jasmani di sekolah ini. Penganjuran
karnival ini amat sesuai dan dapat membawa banyak kebaikan kepada murid, guru, dan
pihak sekolah, lebih-lebih lagi dalam bidang pembangunan sukan.
2.0 MATLAMAT
Matlamat Karnival Permainan Tahun 6 ini diadakan adalah untuk mengembangkan
potensi pelajar dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.
3.0 OBJEKTIF
Mencungkil bakat sukan dan permainan dalam kalangan pelajar.
Memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan pasukan.
Memupuk semangat persaingan antara pasukan untuk tujuan yang baik, iaitu
kemenangan.
Menjalinkan hubungan silatulrahim antara murid, guru dan kakitangan SK
Muhibbah, Kudat.
Melahirkan warga SK Muhibbah yang sihat dan gembira semasa aktiviti.
Memberi peluang kepada pelajar tahun 6 untuk mengurangkan tekanan selepas
UPSR ke arah aktiviti yang sihat.
4.0 RASIONAL
Karnival Permainan Tahun 6 yang dijalankan ini amat penting untuk dijalankan di
sekolah. Segala pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperolehi bolehlah
diaplikasikan dalam aktiviti yang diadakan, seterusnya menambahkan keyakinan
pelajar dalam segala aktiviti yang diadakan.
5.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA
Padang SK Muhibbah, Kudat
28 – 30 September 2015
7.00 pagi – 11.00 pagi
6.0 SASARAN
Semua Pelajar tahun 6 SK Muhibbah, Kudat.
7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN
TAHUN 6
PENAUNG
En. Jamail Masador
Guru Besar
SK Muhibbah, Kudat
PENGERUSI
Pn. Saidatul Badriah Mokhtar
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Muhibbah, Kudat
SETIAUSAHA
En. Mohd Khairul Bin Patolga
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
SK Muhibbah, Kudat
AJK TERTINGGI
Guru kaunseling dan semua guru Tahun 6 2015.
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL
PERMAINAN TAHUN 6
Pengerusi : Pn. Saidatul Badriah Mokhtar
Setiausaha : En. Mohd Khairul Bin Patolga
URUSETIA / AJK PROGRAM
KESELAMATAN
Pn. Faridah Muda
Pn. Helda Hazeline
Bidang tugas
i. Memastikan keselamatan pelajar.
ii. Memastikan peti pertolongan cemas sentiasa ada dan boleh digunakan semasa pertandingan.
PERALATAN
En. Abdullah Chik Bin Aban (Ketua)
En. Rosley Marusin
Bidang tugas
i. Memastikan peralatan untuk setiap acara mencukupi.
ii. Memastikan peralatan yang dipinjam berada dalam keadaan baik sebelum dan selepas penyerahan semula.
DOKUMENTASI
En. M. Faizal Ebnu B Salleh (Ketua)
Bidang tugas
i. Mengambil gambar bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
ii. Menyusun gambar untuk setiap aktiviti.
iii. Menyerahkan gambar kepada ahli jawatankuasa laporan aktiviti untuk penyediaan laporan.
HADIAH/CENDERAMATA
Pn. Martinie (Ketua)
Pn. Shafinatun Bte Mohamed
Bidang Tugas
i. Menyediakan hadiah atau cenderamata untuk para peserta.
ii. Mengendalikan penyampaian hadiah pada hari pelaksanaan acara.
URUSETIA BAHAGIAN ACARA / PENGADIL PERTANDINGAN
Bola Tampar Campuran : En. Mohd Khairul Patolga
: En. Abdullah Chik
Futsal : En. Abdullah Chik
: En. Rosley Marusin
Bola Jaring : Pn. Faridah Muda
: Cik Cyrillie Jemmy
: Pn. Shafinatun Bte Mohamed
Bidang Tugas Urusetia Acara
i. Menyediakan peralatan dan kawasan acara.
ii. Menyediakan borang penyertaan berserta peraturan acara.
iii. Mengendalikan sukan / permainan yang dijalankan.
9.0 KEWANGAN
BIL PERKARA CATATAN
01 HADIAH
Hamper Tempat pertama – RM 25
Tempat kedua – RM 20
Tempat ketiga – RM 20
Jumlah : 65x3= RM 195
Melalui sumbangan
Syarikat pembersihan
dan PCG sekolah yang
belum dipakai.
10.0 PASUKAN
Semua murid akan dibahagikan kepada kumpulan masing-
masing. Permainan futsal dan bola jaring akan dijalankan mengikut
jantina lelaki dan perempuan, manakala permainan bola tampar
akan dijalankan secara campuran, iaitu 3 orang lelaki dan 3 orang
perempuan dalam satu pasukan yang bermain.
7 PENUTUP
Dengan adanya aktiviti karnival permainan ini diharapkan agar dapat
memberikan pengetahuan, pengalaman dan keseronokan yang
bermakna kepada murid tahun 6 SK Muhibbah, dan menjamin
kemajuan bidang sukan di sekolah ini.
Disediakan oleh:
.....................................................
( MOHD KHAIRUL BIN PATOLGA )
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
SK Muhibbah,
Kudat, Sabah.
PERAKUAN
SOKONGAN JAWATAN TANDATANGAN
Disediakan oleh
TARIKH :…………………
Ketua Panitia P. Jasmani
SK Muhibbah
Kudat, Sabah. …………………………………….
(MOHD KHAIRUL BIN PATOLGA)
Disokong / Tidak Disokong
TARIKH :…………………
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Muhibbah
Kudat, Sabah.……………………………………
(PN. SAIDATUL BADRIAH BT MOKHTAR)
Dilulus / Tidak diluluskan
TARIKH :…………………
Guru Besar,
SK Muhibbah
Kudat, Sabah. …………………………………..
(EN. JAMAIL MASADOR)