11
KERTAS KERJA LAWATAN KEBAJIKAN PERSATUAN PELAJAR KELOMPOK AMANAH 2014 TAJUK PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN “MASIH ADA YANG SAYANG” TARIKH 15 MARCH 2014, SABTU TEMPAT RUMAH KASIH NURUL HASANAH, AMPANG, SELANGOR PERUNTUKAN DIPOHON TUNAI - RM 3,280.00 | PENGANGKUTAN RM750.00

Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

  • Upload
    v6656

  • View
    7.536

  • Download
    266

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Berikut adalah contoh kertas kerja dari pelajar UNITEN untuk mengadakan Lawatan Kebajikan pada Tahun 2014. Moga kertas kerja ini menjadi rujukan Tuan/Puan

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

KERTAS KERJA

LAWATAN KEBAJIKAN PERSATUAN PELAJAR KELOMPOK AMANAH

2014

TAJUK

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN

“MASIH ADA YANG SAYANG”

TARIKH

15 MARCH 2014, SABTU

TEMPAT

RUMAH KASIH NURUL HASANAH, AMPANG, SELANGOR

PERUNTUKAN DIPOHON

TUNAI - RM 3,280.00 | PENGANGKUTAN – RM750.00

Page 2: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

RINGKASAN EKSEKUTIF

PENGANJUR

PERSATUAN PELAJAR KELOMPOK AMANAH, UNITEN

PROGRAM

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN

“MASIH ADA YANG SAYANG”

OBJEKTIF

Program ini dirangka untuk membina, membentuk

akhlak dan jati diri yang positif serta menanam sifat

kasih sayang dan sifat tolong-menolong dalam diri

setiap insan yang berguna pada masa akan

datang

Memberi semangat kepada penghuni RKNH dalam

menjalani kehidupan dengan lebih bermakna serta

membuktikan kepada mereka bahawa masyarakat

sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka.

Meningkatkan kerjasama dan sikap tolong

menolong di antara satu sama lain dalam proses

pelaksanaan program kemasyarakatan dalam

kalangan pelajar seterusnya memperkukuhkan

jalinan ikatan silaturrahim.

Program ini dapat dihayati dan diaplikasikan ke

dalam kehidupan seharian dan menjadi tuntutan

setiap agama untuk melakukan amal kebajikan

yang dianggap jariah dan mendapat pahala

daripada Tuhan sekiranya perbuatan tersebut

adalah berlandaskan kepada kejujuran dan

keikhlasan.

Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para

pelajar tentang proses pelaksanaan sesuatu projek

bermula dari percambahan idea, penghasilan

kertas kerja sehinggalah selesai sesuatu program

bagi menjamin kualiti program yang dilaksanakan

tersebut.

TARIKH 15hb March 2014

TEMPAT Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang, Selangor

BILANGAN PESERTA 44 Pelajar

PERBELANJAAN Tunai –RM3,280.00, Pengangkutan –RM750.00

Page 3: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan penilaian serta kelulusan

pihak universiti bagi menganjurkan PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN “MASIH

ADA YANG SAYANG” yang akan berlangsung pada 15 MARCH 2014 di

Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang, Selangor.

2.0 LATAR BELAKANG

Program yang ingin dilaksanakan ini adalah merupakan satu program

khidmat sosial atau pembangunan masyarakat khas untuk

mahasiswa/mahasiswi Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya. Rumah

Kasih Nurul Hasanah (RKNH) mula dibuka pada awal April 2012. Pada

awalnya RKNH bermula oleh kerana mendengar banyak keluhan,

permintaan dari golongan yang memerlukan pelindungan seperti anak-anak

yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas serta saudara baru maka RKNH

mengambil inisiatif membuka sebuah rumah/asrama bagi menempat anak-

anah yatim dan asnaf yang amat memerlukan bantuan serta pelindungan.

Antara objektif RKNH adalah berazam dan bertekad untuk membawa sinar

baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan

mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka

samada dari segi keperluan lahiriah ataupun rohaniah. Selain itu juga,

membimbing mereka sehingga menjadi insan yang cemerlang dan berjaya

didalam dunia dan akhirat. RKNH merupakan sebuah rumah kebajikan yang

tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan, persatuan yang menyalahi

undang-undang. Bilangan anak-anak di RKNH seperti berikut 55 – Anak-anak

yatim, 3 – Anak-anak yatim piatu, 42 – Anak Asnaf, 2 – Anak OKU. Terdapat

juga 15 – Warga Emas, 10 – Ibu Tunggal, 3 – Muallaf. Jumlah penghuni RKNH

adalah sekitar 130 orang.

Program ini merupakan salah satu aktiviti bagi melengkapkan

pembelajaran mahasiswa/mahasiswi UNITEN yang terlibat dengan memberi

pendedahan serta peluang kepada mahasiswa/mahasiswi bagi mengurus,

merangka, melaksana dan mendokumentasi sesuatu projek dengan

sempurna dan jayanya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan

pengetahuan para pelajar cara untuk menjayakan sesuatu projek

kemasyarakatan sebagai persediaan menjadi pemimpin masyarakat pada

masa hadapan sesuai dengan peningkatan status pendidikan mereka.

Sehubungan itu, program ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan,

meningkatkan kesedaran, memberi pendedahan tentang tanggungjawab

sosial setiap masyarakat (mahasiswa/mahasiswi) serta dapat memupuk

semangat kerjasama yang erat di antara satu sama lain di samping dapat

menimbulkan rasa ingin berbakti dan juga bertanggungjawab kepada

masyarakat di dalam diri mahasiswa/mahasiswi itu sendiri

Page 4: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

3.0 OBJEKTIF

Program ini dirangka untuk membina, membentuk akhlak dan jati diri

yang positif serta menanam sifat kasih sayang dan sifat tolong-

menolong dalam diri setiap insan yang berguna pada masa akan

datang.

Memberi semangat kepada penghuni RKNH dalam menjalani

kehidupan dengan lebih bermakna serta membuktikan kepada

mereka bahawa masyarakat sentiasa prihatin terhadap kebajikan

mereka.

Meningkatkan kerjasama dan sikap tolong menolong di antara satu

sama lain dalam proses pelaksanaan program kemasyarakatan dalam

kalangan pelajar seterusnya memperkukuhkan jalinan ikatan

silaturrahim.

Program ini dapat dihayati dan diaplikasikan ke dalam kehidupan

seharian dan menjadi tuntutan setiap agama untuk melakukan amal

kebajikan yang dianggap jariah dan mendapat pahala daripada

tuhan sekiranya perbuatan tersebut adalah berlandaskan kepada

kejujuran dan keikhlasan.

Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar tentang

proses pelaksanaan sesuatu projek bermula dari percambahan idea,

penghasilan kertas kerja sehinggalah selesai sesuatu program bagi

menjamin kualiti program yang dilaksanakan tersebut.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Ahli Kelab / Persatuan

Semua Pelajar

Umum (Terbuka)

4.2 Sasaran Penyertaan : 44 ORANG MAHASISWA/MAHASISWI

Page 5: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

4.3 Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

Penasihat : Dr Mardian Shah Omar

Pengarah Program : Vignes A/L Kannesan

Penolong Pengarah Program : Wan Fakhrul Izzat

Bendahari : Muhammad Afif Syakiran

Setiausaha : Prakash Krishnamurthi

Biro

Jemputan & Protokol : Raymond Wong

Publisiti & Promosi : Fareesh Timbadia

Teknikal & Multimedia : Jason Lim

Logistik & Kemudahan : Lutfi Darus

Keselamatan : Muhammad Zulfadli

Jamuan : Muhammad Shahid

Gotong Royong : Lai Jeng Hai

Fotografi : Muhammad Asyraf

Page 6: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI / PROGRAM

Tarikh:

15 MARCH 2014, SABTU

Tempat:

Rumah Kasih Nurul Hasanah, No 1, Jalan Pimping Kanan,

Ukay Height, 68000, Ampang, Selangor

Peralatan Yang Diperlukan:

FDM

Kenderaan – Bas (44 Penumpang) X 1

Hantar dan Ambil Pada 15 March 2014, 8am(Hantar) Dari

Uniten Ke RKNH dan 3PM(Ambil) Dari RKNH Ke Uniten

RM750.00

PHEP

1 X Dulang

Page 7: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

6.0 ATURCARA PROGRAM

No. Tempat. Masa. Aktiviti. Perkara.

1 UNITEN 8 am Pelajar

Berkumpul

2 UNITEN. 8.15 am Bertolak ke

destinasi

3

Pusat

Kebajikan

9 am Tiba di destinasi

9.15 am Ramah Mesra

9.30 am Taklimat Pengagihan

kumpulan

9.45 am

1. Gotong-

royong

2. Ziarah

3. Pertandingan

Mewarna,

Melukis, Seni

Tulisan Khat

1. Membersihkan

kawasan

persekitaran

2. Membantu

masyarakat di

pusat kebajikan

11.30 am

Majlis

Penghargaan

dan

Penyampaian

Sumbangan

Ucapan :

1. Presiden PPKA

2. Penasihat

Program

3. Wakil Pusat

kebajiakan

12.30 pm Makan

tengahari

1.15 pm Solat Berjemaah

4 UNITEN 2 pm Bertolak Pulang

Page 8: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA UNIT JUMLAH(RM) A. PENDAPATAN

- Bantuan Tabung Aktiviti Pelajar (PHEP)

3,280.00

JUMLAH PENDAPATAN 3,280.00

B. PERBELANJAAN

I. SEKRETERIAT & PROGRAM

Tag Nama Peserta

Banner 10x4

II. HADIAH PERTANDINGAN – Mewarna,

Melukis, Seni Tulisan Khat

Hamper

Hamper

Saguhati

Saguhati Staff RKNH

III. JAMUAN MAKAN SARAPAN – Penghuni

Pusat Kebajikan, Staff, Pelajar UNITEN =

120org Menu :

Bihun Singapore

Sambal

Kuih Karipap

Teh o

IV. JAMUAN MAKAN TENGAH HARI –

Penghuni Pusat Kebajikan, Staff, Pelajar

UNITEN = 120org Menu :

Nasi Putih

Ayam Masak Lemak

Telur Masak Sambal

Ikan Masin

Air Sirap

Air Mineral

Buah Tembikai

2

3

3

3

5

120

120

ITMS

100

50

30

50

3.50

7

80

300

150

90

250

420

840

Page 9: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

V. SUMBANGAN MAKANAN KERING

KEPERLUAN HARIAN YANG DIPERLUKAN

OLEH RKNH Beras

Gula

Minyak

Tepung

Susu Pekat

Telur

Cili Kering

Kicap

Sos cili

Kordial (Perasa Minuman)

Bihun Biskut

VI. SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS ASRAMA Sabun Mandi

Syampoo

Ubat gigi

Cloroxx

Sabun basuh baju

Sabun Cuci Lantai

Sabun Cuci Pinggan

Ridsect Nyamuk Dan Lipas

VII. SUMBANGAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN Buku Tulis Alat Tulis

VIII. SUMBANGAN KEPERLUAN ANAK YATIM

(KHAS)

Muhammad Ridzuan Bin Fauzi, Bayi

Berusia 3 bulan(Anak Yatim)

Keperluan – Pampers Saiz M

Siti Nurbella Zerlina Bt Sallahuddin,

Berusia 2 Tahun (Anak Yatim)

Keperluan – Pampers Saiz XL dan Susu

Dutch Lady 123

Siti Nurfatihah Bt Zulkefli, Berusia 12

Tahun (Anak Yatim & OKU) – Jenis

Ketidakupayaan Cerebral Palsy

Keperluan – Pampers Saiz XXL dan Susu Durgo 456 Bijirin

Anggaran

Perbelanjaan

Anggaran

Perbelanjaan

Anggaran

Perbelanjaan

Anggaran

Perbelanjaan

600

200

100

250

JUMLAH PERBELANJAAN 3,280

FDM PENGANGKUTAN Bas (Hantar & Ambil) – 15/03/2014

750

Page 10: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

8.0 MAKLUMAT PENYEDIA KERTAS KERJA

VIGNES A/L KANNESAN 013 – 4646460 [email protected]

9.0 PENUTUP

Diharap Program “Masih Ada Yang Sayang” ini dapat mencapai

objektif dan matlamat dengan jayanya. Sekiranya program ini berjalan

lancar dan dapat mencapai matlamatnya, ini akan meningkatkan lagi

kefahaman dan kesedaran kepada semua yang terlibat dan sekaligus

mengharumkan nama UNITEN serta semua pihak yang terlibat.

Sekian, Jutaan terima kasih dan ini adalah harapan kami agar Kertas Kerja

Lawatan Kebajikan bagi program “Masih Ada Yang Sayang” yang kami

sediakan ini dapat memberi manfaat dan mencapai objektif Universiti dalam

melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang mempunyai nilai kasih sayang

terhadap golongan kurang bernasib baik, semangat berpasukan,

pendedahan mengurus, merangka dan melaksanakan projek dengan

sempurna dan jayanya serta dapat berbakti kepada masyarakat.

Disediakan Oleh ,

.........................................

VIGNES A/L KANNESAN

Pengarah Projek,

Program Lawatan Kebajikan Masih Ada Yang Sayang,

Persatuan Pelajar Kelompok Amanah,

Universiti Tenaga Nasional.

Page 11: Kertas Kerja - Lawatan Kebajikan Ke Rumah Anak Yatim 2014

ULASAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

________________________________________

………………………………………………………………. …………… (TANDATANGAN & COP RASMI JAWATAN) (TARIKH)

ULASAN PENASIHAT PERSATUAN PELAJAR KELOMPOK AMANAH

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

________________________________________

………………………………………………………………. …………… (TANDATANGAN & COP RASMI JAWATAN) (TARIKH)