3
KERTAS KERJA KARNIVAL BOLA BALING JEMPUTAN TERTUTUP SMK BUKIT MERCHU PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN SMK BUKIT MERCHU TAHUN 2014 1. PENGENALAN Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh kelab bola baling SMK Bukit Merchu. Pertandingan ini disertai oleh ahli kelab bola baling dan pelajar yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling peringkat daerah . Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum. 2. MATLAMAT Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebelum bertanding perlawanan sebenar ke peringkat daerah. Melalui aktiviti ini dapat mengekalkan pencapaian permainan bola baling di tempat pertama lima kali berturut-turut untuk pemain bawah 18 tahun. 3. OBJEKTIF 3.1 Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. 3.2 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan pelajar dan guru melalui pertandingan. 3.3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga Merchuan dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya. 3.4. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah. 4. KUMPULAN SASARAN 4.1 SMK Bukit Merchu (2 kumpulan) 4.2 SMA Maahad al-Mizan 4.3 SM Perempuan RPK 4.4 SM Raja Muda Musa 5. FORMAT PERTANDINGAN Karnival ini berformat liga. Semua pasukan akan bertemu sekali dan juara ditentukan melalui kiraan mata.

Kertas Kerja Merentas Desa 2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Merentas Desa 2013

KERTAS KERJA

KARNIVAL BOLA BALING JEMPUTAN TERTUTUP SMK BUKIT MERCHU

PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN

SMK BUKIT MERCHU TAHUN 2014

1. PENGENALAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh kelab bola baling SMK Bukit Merchu. Pertandingan ini disertai oleh ahli kelab bola baling dan pelajar yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling peringkat daerah . Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum.

2. MATLAMAT

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebelum bertanding perlawanan sebenar ke peringkat daerah. Melalui aktiviti ini dapat mengekalkan pencapaian permainan bola baling di tempat pertama lima kali berturut-turut untuk pemain bawah 18 tahun.

3. OBJEKTIF

3.1 Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas.

3.2 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan pelajar dan guru melalui pertandingan.

3.3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga Merchuan dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

3.4. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 SMK Bukit Merchu (2 kumpulan)

4.2 SMA Maahad al-Mizan

4.3 SM Perempuan RPK

4.4 SM Raja Muda Musa

5. FORMAT PERTANDINGAN

Karnival ini berformat liga. Semua pasukan akan bertemu sekali dan juara ditentukan melalui kiraan mata.

5. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN

Tarikh : 15 Februari 2014.

Page 2: Kertas Kerja Merentas Desa 2013

Masa : 8.00 pagi 12.30 tengah hari

Tempat : SMK Bukit Merchu

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER KEWANGAN

Bantuan sukan sekolah RM 140.00

JUMLAH RM 140.00

PERBELANJAAN

Minuman dan makanan pelajar dan guru 50 x 2.00 RM 100.00HampersPiala PusinganBolaMinyak Hitam

Pancang Jaring

JUMLAH RM140.00

7. PENUTUP

Semoga aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar sebelum bertanding perlawanan sebenar di peringkat daerah. Melalui aktiviti ini dapat mengekalkan pencapaian permainan bola baling di tempat pertama empat kali berturut-turut untuk pemain bawah 18 tahun.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

......................................................... ........................................................(PN HJH ZUBEDAH BT HASHIM) ( PN ZAINI BINTI MAT SAMAN) Pengurus bola baling PK Kokurikulum SMK Bukit Merchu,K.Kangsar

Diluluskan Oleh ,

.............................................

Page 3: Kertas Kerja Merentas Desa 2013

( NOLITA BT ABD. RAHIM)

Pengetua

SMK Bukit Merchu,Kuala Kangsar