9
KERTAS KERJA PROJEK MURAL DAN HIASAN BILIK KOKURIKULUM ANJURAN GURU PELATIH PRAKTIKUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM PADA 8 APRIL 2013 HINGGA 26 APRIL 2013 TEMPAT SK PUTRAJAYA PRESINT 14 (1) NO 1A JALAN P14, 62300 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 1.0 PENDAHULUAN

Kertas Kerja Projek Mural Dan Hiasan Bilik Kokurikulum

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Kerja

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Projek Mural Dan Hiasan Bilik Kokurikulum

KERTAS KERJA PROJEK MURAL DAN HIASAN BILIK KOKURIKULUM

ANJURAN

GURU PELATIH PRAKTIKUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

PADA

8 APRIL 2013 HINGGA 26 APRIL 2013

TEMPAT

SK PUTRAJAYA PRESINT 14 (1)

NO 1A JALAN P14, 62300 PUTRAJAYA,

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Page 2: Kertas Kerja Projek Mural Dan Hiasan Bilik Kokurikulum

1.0 PENDAHULUAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui

persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana

untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari

persekitaran sekolah yang kondusif. Pembinaan Mural yang dibina di sekolah secara

tidak langsung dapat membentuk murid dalam meningkatkan pengalaman dalam

pengajaran dan pembelajaran serta dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif di

sesebuah sekolah.

2.0 MATLAMAT

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda

penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah

menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid. Oleh

itu, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah

mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna

pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan

dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang

mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyumbangkan sesuatu yang

bermakna kepada pihak sekolah.

3.2 Mewujudkan suasana yang menarik kepada guru, murid serta pengunjung yang

berada di kawasan sekolah.

3.3 Memberi pendedahan pendidikan awal kepada murid secara tidak langsung.

4.0 NAMA PROJEK

Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum

Page 3: Kertas Kerja Projek Mural Dan Hiasan Bilik Kokurikulum

5.0 TARIKH PROGRAM

Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum ini diadakan seperti butiran yang berikut:

Tarikh Butiran

8 April 2013 - 12 April 2013 Melakar lukisan pada dinding.

14 April 2013 - 19 April 2013 Mewarnakan lukisan mural.

21 April 2013 - 26 April 2013 Menghias dan menampal info pada papan

kenyataan.

6.0 TEMPAT

Bilik Kokurikulum SK Putrajaya Presint 14 (1).

7.0 PENYERTAAN

Projek ini disertai oleh enam orang guru pelatih praktikum IPG Kampus Pendidikan Islam

dengan kerjasama Unit Kokurikulum SK Putrajaya Presint 14 (1).

8.0 PENGANJUR

Projek ini ialah anjuran guru pelatih praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(PISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi, Selangor.

Page 4: Kertas Kerja Projek Mural Dan Hiasan Bilik Kokurikulum

9.0 JAWATANKUASA PROJEK MURAL DAN HIASAN BILIK KOKURIKULUM

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI

Tuan Haji Ayob bin Ibrahim

(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI

Puan Khatijah binti Abdullah

(GPK Akademik dan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI

Puan Rohana binti Jusoh

(GPK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI

Puan Noorsham Binti Ibrahim

(GPK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI

Encik Ahmad Azli bin Dakir

(GPK Pendidikan Khas)

PENASIHAT

Encik Sahnan Nuddin bin Abd. Razak

(Setiausaha Kokurikulum)

Page 5: Kertas Kerja Projek Mural Dan Hiasan Bilik Kokurikulum

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI

Cik Afiqah binti Adanan

TIMBALAN PENGERUSI

Encik Mohamad Norakmal bin Salmi

SETIAUSAHA

Cik Rabiatul Adawiyah binti Mahmuddin

BENDAHARI

Cik Nur Asyiqin binti Mohd Razli

UNIT GRAFIK

Encik Amar bin Zulkarnain

UNIT PERALATAN

Cik Nurul Izzah Khadijah binti Ishak

Page 6: Kertas Kerja Projek Mural Dan Hiasan Bilik Kokurikulum

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi Projek Mural dan Hiasan Bilik

Kokurikulum:

Bil. Perkara Kuantiti Harga

1 Berus Cat 2 set RM 40

2 Bekas Cat 2 set RM 30

3 Warna Pelaka 6 warna

putih

merah

biru

kuning

hijau

oren

hitam

RM 72

4 Thinner 2 botol RM 10

5 Masking Tape 3 RM 6

6 Polisterin 5 keping RM 10

7 Plastik Laminasi (A4) 50 helai RM 30

8 Kertas Warna 10 gulung RM 10

9 Span 2 RM 2

Jumlah RM 210

11.0 PENUTUP

Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum dapat memberikan nilai yang positif kepada

semua warga sekolah di samping dapat mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan

menarik.

Page 7: Kertas Kerja Projek Mural Dan Hiasan Bilik Kokurikulum

Disediakan oleh,

...............................................

(CIK RABIATUL ADAWIYAH BINTI MAHMUDDIN)

Setiausaha Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum

Disemak oleh,

.............................................

(ENCIK SAHNAN NUDDIN BIN ABD. RAZAK)

Penasihat Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum

Disokong oleh,

.............................................

(PUAN NOORSHAM BINTI IBRAHIM)

GPK Kokurikulum SK Putrajaya Presint 14 (1)

Diluluskan oleh,

...............................................

(TUAN HAJI AYOB BIN IBRAHIM)

Guru Besar SK Putrajaya Presint 14 (1)