Kesahan & Kebolehpercayaan Ujian

Embed Size (px)

Citation preview

BMM 3103: PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

KEPENTINGAN KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DALAM UJIAN & BAGAIMANAKAH KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN DAPAT DITINGKATKAN?

AMALI1. Ujian yang baik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Mengapakah ciri tersebut penting dan bagaimanakah kesahan dan kebolehpercayaan ujian ditingkatkan?

DEFINISI KESAHAN Sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur. Konsep Kesahan: Konsep kesahan merujuk keseluruhan apa-apa yang hendak kita ukur dan tiada lain selain apaapa yang hendak kita ukur. (Thorndike, 1991) Kesahan ialah ujian yang mengukur sesuatu sebaik mungkin. (Anastasi, 1988)

JENIS-JENIS KESAHAN

Kandungan Muka Semasa/ Serentak

JENIS KESAHANRamalan/ Telahan Konstruk/ Gagasan

Berkaitan kriteria

Kesahan Kandungan Menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang ujian yang hendak diuji.

Kesahan Semasa/ Serentak. Merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah.

Kesahan Ramalan/ Telahan Ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar sesorang murid untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan di dalam situasi yang lain.

Kesahan Konstruk/ Gagasan Ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia.

KEPENTINGAN KESAHAN

Kesahan Kandungan

Kesahan Semasa/ Serentak

Dapat digunakan dalam ujian pencapaian.

Dapat mengukur tahap pengetahuan atau kemahiran murid dalam matapelajaran tertentu.

Dapat buat perbandingan pencapaian murid dalam sesuatu ujian itu sama ada selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya atau tidak.

Kesahan Ramalan/ Telahan

Kesahan Konstruk/ GagasanDapat mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental.

Dapat meramalkan tahap pencapaian-pencapaian perubahan atau perlakuan akan datang.

Guru dapat membuat jangkaan awal tentang pencapaian murid

mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan.

DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN Tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran(Test Style Manual, EST, New Jersey, USA) Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.

KEPENTINGAN KEBOLEHPERCAYAAN Untuk memastikan bahawa jawapan yang dikemukakan oleh murid mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebabkan oleh nasib.

BAGAIMANAKAH KESAHAN UJIAN DAPAT DITINGKATKAN?

Soalan ujian dibina berdasarkan aras Taksonomi Bloom.

Soalan yang dibina perlulah memenuhi Spesifikasi Ujian, JSU dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Memastikan segala istilah yang diguna pakai dalam soalan difahami dan diketahui oleh murid.

Soalan dibina berdasarkan topik yang telah dipelajari oleh murid.

Guru perlu memastikan bahawa soalan dibina dengan arahan yang jelas dan mudah difahami oleh murid.

BAGAIMANAKAH KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN DAPAT DITINGKATKAN?Skrip jawapan murid perlulah dinilai oleh lebih daripada seorang pemeriksa untuk skrip jawapan yang sama. Skrip jawapan murid perlulah ditanda mengikut Panduan Memberi Markah (PMM) yang telah disediakan.

Ujian perlu ditadbir dalam suasana yang sesuai dan kondusif.

Elakkan daripada menggunakan ayat-ayat yang boleh mengelirukan murid selain mengelakkan masalah-masalah teknikal.

Meningkatkan bilangan pilihan jawapan bagi setiap soalan dalam ujian objektif serta memperbanyak bilangan soalan dalam ujian.

TAMAT

Disediakan oleh: Erin Niza Binti Ilaha Nurul Fathy Binti Jamuliddin Hamizah Binti Mohamed Saari Siti Nurdiyana Bte. Mohd Yusof Norhartini Binti Mohamad Pozi

5 PISMP Pemulihan (BM)/MT