26
BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU 1.0 PENGENALAN Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dikatakan masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka. Masyarakat Melayu mempunyai budaya yang menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud kini boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha. Penyerapan budaya ini berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya adat bersanding atau berinai yang diambil daripada masyarakat India. Secara ringkasnya, tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian. 1.1 Konsep Budaya Budaya merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Budaya dapat digunakan untuk membezakan manusia dengan haiwan. Manusia mempunyai kemampuan intelek dan daya berfikir yang dapat 1

Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kkp

Citation preview

Page 1: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

1.0 PENGENALAN

Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya

di rantau Nusantara ini. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum

terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dikatakan masyarakat

Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan

wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan Semenanjung

Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka.

Masyarakat Melayu mempunyai budaya yang menjadi panduan dalam

kehidupan mereka. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud kini

boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya

yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan

masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha. Penyerapan budaya ini

berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Contohnya adat bersanding atau berinai yang diambil daripada masyarakat India.

Secara ringkasnya, tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya.

Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan

kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan

proses penyesuaian.

1.1 Konsep Budaya

Budaya merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Budaya dapat digunakan untuk

membezakan manusia dengan haiwan. Manusia mempunyai kemampuan intelek

dan daya berfikir yang dapat digunakan untuk berhubung dan memahami satu sama

lain. Seperti yang kita perhatikan, manusia dapat menyesuaikan cara hidup dengan

alam sekeliling. Melalui proses penyesuaian tersebut, maka lahirlah budaya yang

berbeza-beza antara kawasan.

Jika dilihat takrifan melalui Kamus Dewan Edisi (2005), budaya ialah

kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya

budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan

tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

1

Page 2: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan

Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa

Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula ialah perkataan

Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika

dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga

fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.

Secara amnya, budaya boleh dibahagi kepada dua, iaitu budaya material dan

budaya bukan material. Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak.

Peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan

sebagainya merupakan contoh budaya material. Budaya bukan material pula ialah

unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical existence), misalnya adat,

kepercayaan, bahasa, dan nilai. Budaya adalah hak masyarakat yang akan

menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Seterusnya, kebudayaan adalah hasil karya manusia dalam usahanya

mempertahankan hidup, mengembangkan keturunan dan meningkatkan taraf

kesejahteraan dengan segala keterbatasan kelengkapan jasmaninya serta sumber-

sumber alam yang ada disekitarnya. Kebudayaan boleh dikatakan sebagai

perwujudan tanggapan manusia terhadap tentangan-tentangan yang dihadapi dalam

proses penyesuaian diri mereka dengan lingkungan. Kebudayaan adalah

keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya

untuk memahami dan menginterpretasi lingkungan dan pengalamannya, serta

menjadi kerangka landasan bagi mewujudkan dan mendorong terwujudnya

kelakuan.

1.2 Konsep Masyarakat

Masyarakat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa makna sebagai

kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara

tertentu. Anggota dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada individu, keluarga dan

kumpulan-kumpulan kecil yang mewujudkan jaringan erat melalui hubungan

bersemuka. Kekerapan pergaulan ini maka terbina satu kesepaduan dalam

masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.

2

Page 3: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

Kehidupan masyarakat sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan

personaliti dan identiti seseorang manusia, Masyarakat juga dapat memastikan

bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di

samping itu, masyarakat dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal

kepada anggota-anggotanya.

Atan (1980) mengatakan satu-satu masyarakat itu terdiri daripada individu

yang telah hidup dengan saling bertindak semenjak beberapa lama dengan

mempunyai kebudayaan yang merupakan keseluruhan cara hidup yang meliputi

kepercayaan, agama, sikap pandangan hidup, aspirasi, nilai dan ilmu pengetahuan

yang telah diwaris semenjak turun-temurun sehingga menjadikan kumpulan

masyarakat itu mempunyai sifat yang tersendiri berlainan daripada masyarakat yang

lain.

Antara ciri-ciri masyarakat ialah hidup dalam satu kelompok dan tinggal tetap

dalam kumpulannya serta saling bergantung dan memerlukan antara satu sama

lain.Sesebuah masyarakat mempunyai kebudayaan dan kebudayaan tersebut boleh

terus berkembang melalui bahasa dengan berinteraksi antara satu sama yang lain.

1.3 Asal Usul Budaya Melayu

Bidang kebudayaan boleh dilihat melalui fikiran atau idea, kebendaan, kesenian dan

seni tampak serta nilai dan norma masyarakat. Keempat-empat bidang tersebut

memperlihatkan bukan sahaja hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau

tidak kelihatan, tetapi juga yang bercorak kebendaan. Hasil tersebut lahir sebagai

bentuk fizikal (jasmaniah) atau bukan fizikal (rohaniah). Pertalian antara pemikiran

dengan perlakuan dan pemilikan digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang

lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan daripada perbuatan

mengukir dan akhirnya ukiran menjadi hasil warisan budaya. (Aziz, 2001).

Asal usul budaya Melayu ditakrifkan berbeza-beza mengikut pandangan

beberapa tokoh. Ciri-ciri budaya alam Melayu ini berkait rapat dengan hubungan

geografi, sejarah asal usul dan evolusi sosial masyarakat alam Melayu ini.

Kebudayaan Melayu berkembang sekian lama daripada masyarakat awal Melayu

yang sederhana kepada kompleks, mengalami perubahan dari semasa ke semasa

dengan adanya pertembungan pengaruh luar, dan lebih-lebih lagi manusia Melayu

3

Page 4: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

mempunyai kebolehan menguasai alam sekelilingnya bagi mencapai kehendak

biologinya dan sosiolnya. Perkembangan kemajuan hidup dan penyesuaian dengan

alam sekeliling merupakan faktor utama perubahan dari dalam (internalistic)

masyarakat Melayu sendiri.

Asal usul perkembangan kebudayaan Melayu dapat dilihat daripada

perkembangan kebudayaan di rantau ini sehingga kepada perkembangan pengaruh

barat. Pembahagian dibuat berdasarkan empat peringkat, iaitu zaman prasejarah,

zaman pengaruh Hindu, zaman pengaruh peradaban Islam dan zaman pengaruh

Barat. Zaman pengaruh Hindu, Islam dan peringkat kebudayaan tempatan melalui

zaman pengaruh luar. Kebudayaan Melayu mengalami perubahan disebabkan faktor

geografi Alam Melayu yang terdedah pada pengaruh luar sejak beribu-ribu tahun dan

menjadi tumpuan perdagangan dan perniagaan Timur-Barat zaman-berzaman.

Selain itu, budaya Melayu dikatakan adalah akulturasi dari banyak budaya

dunia. Asas budayanya adalah Jawa-Budha yang sebelumnya telah mendapat

pengaruh budaya hindu-budha dari India dan juga merupakan asas budaya sriwijaya

yang kemudian bercampur budaya Timur tengah-Islam, India, Eropa, dan Cina. Hal

ini berlaku kerana wujud hubungan antara budaya-budaya tersebut melalui jalur

perdagangan pada masa lalu. Kewujudannya dapat dilihat dari alat-alat muzik

Melayu yang merupakan asimilasi budaya-budaya tersebut.

Kebudayaan Melayu telah melalui berbagai-bagai ujian dalam perkembangan

selama lebih 3000 tahun, tetapi budaya ini tidak hilang telah disesuaikan dalam

kehidupan mengikut perubahan masa. Kebudayaan tersebut telah dapat mengatur

kehidupan orang Melayu Purba dengan mempunyai sistem pemerintahan, ekonomi,

dan sistem kepercayaan atau agama sendiri serta sentiasa terbuka pada idea baru

yang datang dari luar. Sebagai masyarakat yang liberal dan boleh menyesuaikan diri,

pengaruh yang datang itu menjadi rangsangan bagi sesuatu perubahan yang

berkesan dalam masyarakat.

Hakikatnya bahawa kebudayaan yang lahir dalam masyarakat Melayu ini

adalah kebudayaan kosmopolitan yang amat kaya dengan pelbagai unsur yang telah

disesuaikan dan dipadukan oleh anak negeri atau kreativiti masyarkat itu sendiri.

Dengan mengenal asal-usul budaya bangsa melayu, kita sebagai generasi baru

yang akan menjadi penerus dapat perlu berganding bahu dalam melestarikan

kebudayaan Melayu. Masyarakat Melayu tidak seharusnya saling menghancurkan,

merendahkan dan saling menguasai antara satu sama lain yang.

4

Page 5: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

2.0 PENGARUH LUAR DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU

Masyarakat Melayu telah menerima kehadiran pelbagai budaya asing semenjak

beratus tahun lamanya sehingga mengalami revolusi. Terdapat banyak pengaruh

asing yang telah diterima dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu

sekarang dan ianya dapat dilihat dari segi cara berpakaian, makanan,hiburan, majlis

perkahwinan, majlis hari lahir dan sebagainya. Golongan lelaki memilih baju kemeja

dan seluar slack dan tali leher sebagai pakaianrasmi ke pejabat berbanding baju

Melayu, sampin dan songkok.

Pengaruh-pengaruh tersebut diterima daripada amalan orang Hindu, Islam,

Barat dan pengaruh asing yang lain seperti Cina.

2.1 Pengaruh Hindu

Pengaruh hindu telah dibawa oleh pedagang dan penyebar agama tersebut.

Sebelum agama Hindu berkembang di alam melayu, orang melayu dipengaruhi oleh

kepercayaan animism iaitu kepercayaan kepada semangat, pemujaan roh nenek

moyang dan makluk alam ghaib. Kepercayaan Hindu menjadi cara hidup

masyarakat. Upacara mandi safar misalnya merupakan pengaruh Hindu yang

mengambil amalan orang Hindu. Penganut agama Hindu mengamalkan mandi di

Sungai Ganges bagi membuang segala kejahatan.

Selain itu, konsep raja dan kerajaan adalah dari istilah kebudayaan hindu,

sementara konsep negeri atau negara adalah dari kata sanskrit, yang membawa erti

masyarakat yang hidup dalam suatu daerah secara berkawasan. Raja disamakan

dengan konsep “Devaraja” atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan

dewa-dewa. Oleh sebab itu “Raja sebagai dewa”, maka statusnya amat tinggi dan

merupakan wakil Tuhan di dunia. Kedudukan raja amat tinggi disisi rakyat. Baginda

dipercaya sebagai orang suci karena didalam sarafnya mengalir darah putih, oleh

sebab itu orang kebanyakan dilarang meyentuhnya. Raja dianugerahkan kuasa

daulat melalui istiadat pertabalan. Orang melayu yang melanggar daulat akan

menerima pembalasan dari kuasa gaib, kerana dimurkai raja.

Adat istiadat melayu bermula sejak seseorang itu lahir, sejak ibu

mengandung hingga kanak-kanak itu besar, berbagai adat istiadat dilakukan oleh

orang melayu seperti melenggang perut sewaktu ibu hamil, menjejak kaki kebumi

5

Page 6: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

sampai pada perkawinan hingga kematian. Upacara itu dilakukan untuk mohon

supaya sang dewa memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anak tersebut

serta seluruh anggota keluarganya. Pengaruh kebudayaan hindu juga terdapat

dalam perkawinan yaitu pada penggunaan sirih dan pinang, beras kunyit dan berinai,

Tapi dalam kematian adat hindu tidak diilakukan lagi oleh orang melayu, karena

ketentuan Islam sudah dominan terlaksana dalam masyarakat, namun unsur-unsur

kepercayaan hindu masih dilaksanakan bagi sebagian orang melayu seperti kenduri

kematian meniga hari, menujuh hari, empat puluh hari dan seratus hari.

Seterusnya jika dilihat dari segi bahasa, bahasa Sanskrit telah mempengaruhi

bahasa Melayu sejak pengaruh kebudayaan hindu hingga zaman kedatangan Islam

pada abad ke 13 masihi. Penyerapan kosa kata Sanskrit menjadikan kosa kata

bahasa Melayu lebih luas. Hindu juga membawa sastera lisan mereka seperti cerita

penglipur lara merupakan cerita lisan yang popular dan berkembang khususnya

dalam kalangan istana.

Dari segi kesenian, hindu juga mempunyai pengaruh yang kuat. Contohnya

motif-motif yang terdapat di dinding dan tempayan. Motif-motif yang berlambangkan

haiwan seperti ular, gajah dan sebagainya diambil daripada kesenian orang Hindu.

Di samping itu, muzik tradisional Hindu turut masuk dalam masyarakat Melayu

khususnya di istana.

2.2 Pengaruh Islam

Selepas Hindu, pengaruh Islam pula berkembang dengan kedatangan mubaligh ke

rantau ini. Islam mula tersebar di alam Melayu sejak abad ke 13 Masihi. Islam

bermula di Pasai sekitar tahun 1297 Masihi dan Terengganu pada tahun 1303

Masihi. Mengikut Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob (2003), pengaruh agama Islam

terhadap orang Melayu sangat kuat. Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu terhakis

sedikit demi sedikit lalu digantikan dengan amalan Islam. Amalan yang bercanggah

dengan ajaran Islam digugurkan walaupun tidak sepenuhnya. Penyerahan diri

kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang dilakukan oleh kebanyakan

orang Melayu. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Agama

Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam

pemikiran mereka.

6

Page 7: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

Setelah kedatangan Islam , bahasa Arab  sebagai bahasa rasmi dan agama

Islam mulai mengambil alih bahasa sanskrit dikalangan orang melayu. Huruf arab

digunakan untuk penulisan bahasa melayu yang disebut huruf Jawi. Manakala, huruf

baru yang berasal dari alquran telah menggantikan huruf Kawi dan Nagari. Setelah

Islam masuk, bahasa melayu mengalami perubahan yang sangat pesat dengan

meminjam kata-kata arab, sehingga bahasa Melayu menjadi media ilmu

pengetahuan seperti Teologi, falsafah, etika dan lainnya.

Pendidikan turut berkembang dengan adanya pengaruh Islam. Madrasah

dibina untuk menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam.

Pengajian pondok begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal yang

demikian menyebabkan lahirnya masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu.

Bentuk tulisan Arab juga diterima dan digunakan seluas-luasnya oleh

masyarakat. Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh orang Melayu. Ahli-ahli

bahasa telah mengubah suai huruf Arab tersebut dengan menambahkan titik diakritis

pada huruf yang sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada

dalam tulisan Arab seperti huruf ‘p’ dan ‘g’. Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar

luas menggunakan tulisan jawi dan ini dapat difahami oleh kebanyakan orang. Jika

pada zaman Hindu, sastera tulisannya lebih berpusat di istana, pada zaman Islam,

sastera turut berkembang dalam kalangan rakyat jelata.

Sungguhpun demikian, pengaruh Hindu dan animisme tidak terhapus

seratus-peratus. Masih terdapat pengaruh tersebut dalam kehidupan masyarakat

Melayu. Terdapat sebahagian masyarakat yang mencampuradukkan ajaran Islam

dengan Hindu dan animisme. Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan

pemujaan terhadap makhluk halus. Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang

kulit, makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian lain. Pengaruh Islam juga

terdapat dalam seni bina. Reka bentuk ukirannya berbentuk geometri bagi

menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam. Reka bentuk

ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.

2.3 Pengaruh Barat

Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Kedatangan

Barat berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan. Sebelum itu, aktiviti

7

Page 8: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

perdagangan berlaku. Kedatangan mereka turut mempengaruhi orang Melayu.

Pengaruh barat mendatangkan impak positif dan impak negatif kepada masyarakat

Melayu.Impak positif hasil pengaruh barat boleh dilihat dari segi teknologi moden

dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat

mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu. Dari segi bahasa, banyak kosa kata

yang terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras

dengan arus globalisasi.

Kedatangan Inggeris yang membukan peluang pendidikan yang lebih luas

kepada masyarakat Melayu, khususnya golongan bangsawan yang kemudiannya

dibuka kepada orang awam. Ini mempengaruhi budaya fikiran masyarakat Melayu.

Di sekolah, anak-anak orang Melayu didedahkan kepada kaedah, idea dan

kosmologi sains. Alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu semakin lama

semakin terpencil terutamanya dalam kalangan mereka yang telah dididik dengan

alam sekular sains. Rumus-rumus saintifik menggantikan konsep keajaiban.

Manakala, ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.

Namun, pengarug barat juga membawa impak negatif. Apabila barat

menjajah rantau ini, nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala

bertentangan dengan ajaran Islam. Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui

batas agama merupakan pengaruh yang negative yang diamalkan oleh masyarakat

Melayu.

2.4 Pengaruh Lain

Menurut kajian beberapa tokoh, orang Cina datang ke Tanah Melayu pada zaman

pemerintah Inggeris. Mereka bekerja di lombong-lombong bijih di samping

menjalankan perniagaan. Komunikasi berlaku antara pelbagai kaum yang mendiami

negara ini. Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat Melayu dan masyarakat

Cina telah  menyebabkan kosa kata bahasa Cina meresap dalam bahasa Melayu.

Baba dan Nyonya adalah golongan yang berketurunan kaum Cina yang unik

kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah

Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil

diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang

berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh

8

Page 9: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana

sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan

campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu

Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa cina yang terdapat  dalam

bahasa Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun

sesetengahnya mengalami perubahan makna. Contoh kosa kata yang terserap

dalam bahasa Melayu ialah tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse, suun, lobak,

tocang, amah, angpau, capcai, pau, dan taugeh,

Dari segi masakan, makanan cina turut meresap dalam budaya masyarakat

Melayu. Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan bebola

ikan, ayam atau daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini

menjadi sebahagian daripada makanan popular masyarakat Melayu.

Seterusnya, pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya

yang asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina.  Dalam budaya masyarakat

Cina, pemberian angpau adalah dari golongan yang sudah berkahwin kepada

mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat Melayu, pemberian angpau

pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang

masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan

juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka.  Malahan ada juga yang

memberi angpau kepada nenek serta datuk. Amalan ini diterima kerana tidak

bercanggah dengan ajaran Islam.

3.0 BIDANG KESENIAN YANG MENERIMA PENGARUH LUAR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, seni didefinisikan sebagai karya (sajak,

lukisan, muzik dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu

ciptaan. Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan

masyarakat Melayu yang merupakan kesepaduan antara keindahan dan

kemanfaatan. Antara unsur-unsur budaya yang melahirkan kesenian ialah agama,

kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Seni juga terkandung bentuk-bentuk

yang menyenangkan, indah dan mengesankan. Kesenian atau seni boleh

dibahagikan kepada empat bahagian iaitu seni suara, seni gerak, seni rupa dan

permainan tradisional.

9

Page 10: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

Bidang kesenian banyak menerima pengaruh dari luar. Walaubagaimanapun

kesenian sudah lama wujud dalam masyarakat melayu sebelum kedatangan

pengaruh dari Hindu-Budha. Dalam bidang kesenian pengaruh Hindu dapat dilihat

pada binaan dan bangunan agama. Pengaruh hindu dalam kesenian Melayu jelas

kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai bahan utama untuk digunakan

membina rumah dewa dan dewi kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan

dianggap sesuai. Oleh sebab itu, tugu agama yang dibina pada zaman purba masih

dapat dikesan sehingga kini. Di samping itu, pengaruh ini jelas dilihat pada ukiran

seni pahat dinding patung dewa Logam yang berupa arca. Selain itu terdapat patung

Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari segi ukiran, yang

menjadi pola hiasan pada dinding candi-candi atau kuil ialah makhluk ajaib dan

tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran

yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan

bunga teratai.

Seterusnya, kewujudan wayang kulit juga adalah bukan perkara baru yang

dibawa dari India, tetapi ia sudah wujud dalam budaya dan kesenian masyarakat

tempatan.  Namun setelah kemasukan pengaruh dari Hindu-Budha maka carita

wayang kulit banyak ditokok tambah berdasarkan  karya Ramayana dan

Mahabhrata. Bagi alat-alat muzik, antara alat-alat muzik yang mendapat pengaruh

daripada Hindu adalah seperti ‘Tabla’ yang digunakan dalam permainan Ghazal

dikatakan berasal dari India. Begitu juga ‘Gendang Melayu’ yang juga berasal dari

India dan mempunyai persamaan bentuk seperti gendang ‘Mridanga’.

Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau

batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni

Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemui

ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang

dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini

terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat Al-Quran serta ajaran Islam yang

menekankan tentang hokum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di di Pekan

Pahang, tertulis ayat AlQuran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran

ayat 185, surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi corak batu

nisan tersebut, di samping menerima pengaruh asing ia juga memancarkan daya

kreativiti penduduk tempatan. Contohnya batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang

dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan

adanya pengaruh Parsi.

10

Page 11: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di

nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14

hingga abad 18 di mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh tradisi ini

dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali yang

disebut Meru. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara

kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh

masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi

perhiasan yang berasal dari zaman pra Islam seperti daun-daunan, bunga teratai,

bukit-bukit karang, permandangan dan garis-garis geometri. Di samping itu, terdapat

juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam,

masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar,

bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini

juga dipengaruhi oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat

tempatan.

Islam juga telah menerapkan unsur-unsur Islam ke dalam seni persembahan.

Ini dapat dilihat di dalam persembahan hadrah, rodat dan dikir rebana di mana

kesemuanya menggunakan nyanyian berkumpulan yang diiringi dengan beberapa

buah gendang rebana dan sebiji gong. Selain itu, kejayaan Islam juga adalah dengan

memperkenalkan tarian zapin dan beberapa bentuk nyanyian keagamaan yang

memuji Allah, Nabi dan para sahabatnya.

Bukan sahaja dapat dilihat dari seni persembahan, malah pengaruh muzik

dari Timur Tengah ini dapat dilihat dari segi alat-alat muzik yang dimainkan pada

masa kini. Pengaruh Timur Tengah telah banyak memberi kesan kepada

pembentukan alat-alat Gendang di Malaysia. Alat-alat seperti ‘Nekara’, ‘Marua’,

‘Gedombak’, ‘Kompang’, ‘Rebana’ dan juga ‘Rodat’ adalah terhasil daripada

perhubungan perdagangan dan penyebaran agama Islam di rantau ini sejak sekian

lama dan memperkayakan lagi unsur-unsur serta nilau budaya masyarakat

setempat. Alat-alat seperti ‘Gedombak’ yang terdapat dalam permainan Wayang

Kulit di Kelantan mempunyai pertalian dengan alat ‘Dombak’ atau ‘Zarb’ yang

terdapat di Iran dan ‘Darabuka’ di Iraq. Bagi ‘Kompang’, ianya merupakan alat

terpenting bagi meraikan majlis keagamaan masyarakat Islam di Timur Tengah.

Pengaruh barat pula dapat dilihat dari segi bidang muzik dan alat muzik.

Orang portugis membawa masuk biola dan gitar sementara orang British

mempopularkan alat-alat muzik barat yang lain seperti piano, trompet, seksafon dan

11

Page 12: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

sebagainya. Ketika kemasukan British ke Tanah Melayu, mereka juga telah

membawa budaya mereka masing-masing. Bermula dengan muzik yang digunakan

bagi tujuan hiburan, sedikit demi sedikit muzik tersebut menyerap masuk di kalangan

masyarakat melayu. Alat-alat muzik barat masih digunakan sehingga sekarang

termasuk untuk mengiringi lagu-lagu tadisional masyarakat Melayu. Dalam

pendidikan, murid-murid juga digalakkan menguasai kemahiran bermain alat-alat

muzik seperti piano, trompet dan lain-lain. Justeru itu, Pendidikan Muzik diwajibkan

di semua jenis sekolah.

Kesenian masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh Cina terutama dari segi

seni muzik. Faktor bencana alam yang berlaku di negara China beserta dengan

kemiskinan menyebabkan orang Cina ini datang ke Tanah Melayu. Hal ini telah

menyebabkan unsur-unsur budaya dari Cina meresap masuk ke dalam budaya

Melayu. Antara alat-alat muzik yang dipercayai berasal dari China adalah alat muzik

gong. Seni persembahan dapat dilihat dalam persembahan tarian naga dan tarian

singa.

Walaupun begitu, kebudayaan Melayu dari segi kesenian masih dikekalkan

iaitu sentiasa mengadaptasi dengan pengaruh-pengaruh dari luar.  Perkara ini

menunjukan proses pembentukan kesenian kebudayaan Melayu yang berlaku

melalui pertembungan-pertembungan budaya tempatan dengan budaya-budaya

yang dibawa masuk ke Alam Melayu yang dimulai dengan pengaruh Hindu-Budha. 

Setelah itu, kesenian kebudayaan Melayu dicorakkan dengan unsur-unsur Islam

sehinggalah kemasukan barat.  Keadaan ini menyebabkan kesenian dalam

kebudayaan Melayu semakin kaya dan berkembang.

12

Page 13: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi

antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral,

adat resam dan mana-mana kebolehan serta kebiasaan atau tabiat yang didapati

oleh manusia sebagai ahli sesbuah masyarakat.

Sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang telah menerima kehadiran

pelbagai budaya asing semenjak beratus tahun lamanya, budaya masyarakat

Melayu dengan sendirinya terevolusi.  Terdapat banyak pengaruh asing yang telah

diterima dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu sekarang dan ianya

dapat dilihat dari segi cara berpakaian, makanan, hiburan, majlis perkahwinan, majlis

hari lahir dan sebagainya.

Pengaruh budaya asing dalam masyarakat Melayu masih begitu banyak

cabangnya.  Sikap keterbukaan masyarakat, pengaruh arus kemodenan dan agenda

pembangunan negara adalah antara medium belakunya akulturasi budaya ini. 

Pengaruh yang baik wajar kita terima dalam budaya kita.  Walaubagaimanapun,

perlu ada pemantauan dilakukan terhadap kemasukan budaya asing ini supaya tidak

terus meresap ke dalam budaya tempatan dengan sewenang-wenangnya.  Sebagai

contoh, hiburan dan fesyen yang dibenarkan masuk dari luar tanpa sebarang had

telah menyebabkan tersebarnya budaya Black Metal, Punk, Gothic dan Skinhead di

kalangan remaja Melayu.  Budaya negatif seperti ini sekiranya tidak dibendung,

mampu menjadi punca kepada kehancuran negara.

13

Page 14: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

REFLEKSI

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada

Tuhan kerana dengan berkat-Nya selama ini telah banyak membantu saya dalam

proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa-Nya mungkin tugasan seperti ini sukar untuk

saya siapkan kerana proses menyiapkannya memerlukan kesabaran seseorang

individu itu.

Secara jujurnya saya katakan di sini bahawa, apabila menerima dan

membaca soalan tugasan BMM3114 iaitu Kebudayaan Melayu ini, saya berasa amat

gembira. Bagi saya, bukannya tersenyum gembira kerana mendapat tajuk tugasan

yang mudah tetapi tugasan atau soalan yang dikehendaki agak sinonim dengan topik

yang terdapat dalam subjek Hubungan Etnik yang telah dipelajari semasa berada di

semester 3.

Walaupun budaya ditakrifkan berbeza-beza mengikut pandangan pelbagai

tokoh, namun mengikut pemahaman saya, budaya ialah satu peraturan, sistem atau

amalan yang diamalkan secara turun-temurun untuk mewujudkan masyarakat yang

bijak, bertamadun dan sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan

di masa hadapan.

Kemahiran menganalisis dan membanding beza telah saya gunakan

sepanjang menjalankan tugasan ini melalui maklumat-maklumat yang telah saya

dapat. Antaranya ialah dalam menganalisis konsep budaya, masyarat dan asal usul

budaya Melayu, saya membandingkan persepsi beberapa tokoh. Selain itu, saya

telah menganalisis tentang pengaruh luar yang menjadi pengaruh tegar dalam

budaya Melayu di Malaysia. Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik.

Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga

berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan.

Melalui proses dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapat banyak input

baru yang selama ini tidak dipandang berat. Ketika merujuk beberapa buku untuk

mengkaji tentang asal usul budaya Melayu ini, saya dapati bahawa Melayu

mempunyai budaya yang senang diterima oleh semua lapis masyarakat walaupun

telah dipengaruhi oelh pelbagai pengaruh luar yang tidak dapat dikikis daripada

amalan kehidupan masyarakat Melayu. Walaupun banyak dipengaruhi oleh

pengaruh luar, masyarakat Melayu bijak dalam menentukan unsur dari pengaruh luar

sama ada ditolak atau diterima dalam masyarakat. Penolakan mungkin berlaku

14

Page 15: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan.

Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana anggota masyarakat

bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada

masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan

kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal

yang berkaitan dengan agama.

Pengaruh luar yang mempengaruhi masyarakat Melayu kadangkalanya

membawa kebaikan dan juga keburukan. Kebaikan yang diperolehi ialah wujudnya

amalam baru yang boleh mengeratkan hubungan sesama masyarakat seperti

pengaruh cina iaitu memberi sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak atau

orang muda pada hari raya merupakan pengaruh yang kian sebati dalam masyarakat

Melayu, malah pemberian ini turut dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka.

Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Namun tidak dinafikan ada beberapa keburukan yang diperolehi iaitu dari

segi pemakaian. Dalam masyarakat Melayu, budaya menutup aurat sering

ditekankan dalam masyarakat tersebut. Namun seiring dengan peredaran zaman

moden ini, secara beransur-ansur, generasi muda mula terpengaruh dengan cara

pemakaian yang agak terdedah seperti yang diamalkan oleh masyarakat barat.

Justeru itu, sebagai masyarakat yang bijak, kita perlulah memilih pengaruh yang

sebati untuk diserap dan menolak pengaruh yang tidak sesuai bagi kebudayaan

masyarakat Melayu yang diamalkan secara turun-temurun.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya

rasakan mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih

awal. Antaranya ialah penggunaan masa yang tidak teratur dan masa lebih banyak

dihabiskan untuk menyiapkan tugasan praktikum. Namun, saya berusaha untuk

mencuri beberapa masa untuk menumpukan perhatian dalam menyiapkan tugasan

ini.

Melalui tugasan KKP ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati

ketika menyiapkannya. Antaranya, ialah memahami konsep sebenar budaya yang

diamalkan oleh masyarakat melayu di Negara ini. Selain itu, saya juga dapat

membanding bezakan setiap pengaruh luar yang mempengaruhi budaya masyarakat

Melayu. Ini menunjukkan bahawa objektif kerja kursus pendek ini telah pun

mencapai matlamatnya yang tersendiri.

15

Page 16: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria

tugasan yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan

saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak.

Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang

membacanya. Terima kasih saya ucapkan sebelum saya menutup kata-kata saya.

Bak kata pepatah orang berbudi, kita berbahasa. Salam persaudaraan, salam damai,

salam satu malaysia. Sekian.

16

Page 17: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

RUJUKAN

A. Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Aziz Deraman. (2005). Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Ismail. ( 2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Mohammed (Nakula). “Kelantan dari Zaman Prasejarah hingga Zaman Permulaan, Sriwijaya” dlm. Jurnal Persatuan Sejarah Kelantan. Bil. 1, 1964/5.

Chin Yee Wa. (2003). Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.

Clifford Geertz. (2008). Tafsiran Budaya. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Harris Md. Jadi. (1990). Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://kuliah.dinus.ac.id/edi-nur/mbbi/bab3.html. Dimuat turun pada 13 Febuari 2014.

http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-masyarakat-keperluan-mengkaji.html. Dimuat turun pada 16 Febuari 2014.

http://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/2010/08/pengaruh-barat-dalam-muzik-tradisional.html. Dimuat turun pada 20 Mac 2014.

http://ctu551.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalam-kebudayaan-melayu.html. Dimuat turun pada 21 Mac 2014.

17

Page 18: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

Jadual Pelaksanaan

Langkah Aktiviti/ tindakan TarikhPenglibatan/

Tanggungjawab

1Menerima kerja tugasan serta

sedikit penerangan tentang tugasan.

10 Februari 2014

Pensyarah & Pelatih

2

a) Cuba memahami kehendak tugasan.

b) Membuat pencarian maklumat untuk membantu penyempurnaan

tugasan.

-maklumat adalah tentang:

Konsep Budaya, Masyarakat dan Asal Usul Budaya Melayu

12 Februari 2012

Pelatih.

3

1) Membuat rujukan

2) Membuat rangka

3)Membuat perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah.

13 – 27 Februari

2014Pelatih

41) Melakukan penyusunan tugasan.

2) Menyelidiki semula tugasan.

28 Februari 2014

Pelatih

5 Membuat pra pemeriksaan terakhir 1 Mac 2014 Pelatih

6 Menghantar kerja tugasan 3 Mac 2014 Pensyarah

18

Page 19: Kkp Budaya Dan Masyarakat Melayu

BMM 3114 KEBUDAYAAN MELAYU

19