Konsep Tayammum

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tayamum

Citation preview

  • Konsep Tayammum :Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu beserta dengan niat.

    Tayammum ialah ganti wuduk atau mandi disebabkan keuzuran.

    Tayammum merupakan rukhsah untuk beribadat.

  • Hukum Tayammum : Bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketika ketiadaan air untuk menunaikan solat dan tawaf.Wajib

  • Dalil tayammum :Maksudnya :Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanahdebu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.

  • Sebab-sebab diharuskan tayammum: Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakitKetiadaan air atau ada air tetapi hanya untuk keperluan makan dan minum sahaja

  • Syarat-syarat tayammum :1. Masuk waktu solat2. Debu tanah suci daripada najis3. Debu mestilah kering dan tidak bercampur lumpur atau kapur4. Menghilangkan najis sebelum bertayammum

  • Rukun tayammum :Berniat ketika menyapu debu ke mukaMenyapukan debu tanah sekali ke mukaMenyapu debu ke tangan sehingga ke sikuTertib iaitu menyapu muka dahulu kemudian menyapu kedua-dua belah tangan sehingga ke siku

  • Sunat-sunat tayammum :Membaca Bismillahirrahmanirrahim Mengadap qiblatMenipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu muka atau tanganMendahulukan menyapu muka tangan kanan daripada tangan kiriBerturut-turut antara menyapu muka dan tanganMerenggangkan jari semasa menekap debu

  • Perkara-perkara yang membatalkan tayammum :Semua perkara yang membatalkan wudukAda air sebelum solat jika Bertayammum kerana tiada air

  • Cara-cara tayammum :Membersihkan anggota tayammum dan badan daripada najis dan kekotoran.Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu kemudian sapukan debu ke muka dari bahagian atas ke bawah.Bersihkan debu yang telah digunakan untuk menyapu muka.Tekapkan tapak tangan ke debu, kemudian sapukan debu di tangan kiri ke tangan kanan bermula dari belakang tapak tangan sehinnga ke sikuKemudian sapukan debu tanah di tangan kanan kepada tangan kiri bermula dar

  • Tahukah anda?Sekali tayammum hanya untuk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat sahaja.

  • Lafaz niat tayammum : Maksudnya: Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah.